My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

20 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 9

Bab 9
Syed Iskandar mengatur langkah kedalam  rumah yang dihadiahkan walid dan umminya.
“Kak Imah?!”Laung Syed Iskandar dari ruang tamu. Nuralia hanya menuruti langkah Syed Iskandar.
Terkejar-kejar wanita yang di gelar Kak Imah itu ke ruang tamu.
“saya Encik Iskandar..”wanita itu mengelap tangannya yang basah pada apronnya. Sudah berbelas tahun Kak Imah bekerja untuk Tan sri Syed Izzudin dan Puan sri Zarina, dia faham benar perangai anak bongsu Tan sri Izzudin itu. Angin monsun satu badan. Walaupun jarang berjumpa sejak Syed Iskandar melanjutkan pelajaran di luar negara, namun perangai baran Syed Iskandar bukan lagi suatu rahsia padanya. Sayangnya, Syed Iskandar yang dihadapannya ini, bukan Syed Iskandar yang dikenalinya dulu. Sejujurnya, dia rindukan Iskandar yang dahulu.
“Saya tahu susah Kak Imah nak uruskan rumah sebesar ni sendirian. So, saya bawakan sorang pembantu khas untuk Kak Imah.” Sengaja ditekan perkataan pembantu itu. Nuralia disebelah dijeling sesaat.
“Lah, ye ke? Alhamdulillah la..”Kak Imah mengukir senyum. Namun demi terpandangkan senyuman Syed  Iskandar, mati terus senyuman yang tadunya mekar di bibirnya. Hatinya terdetik gusar.
“Tapi mana?” soal Kak Imah teragak-agak.
“Ni.” Balas Syed Iskandar ringkas.
“Mana Encik Iskandar?”soal Kak Imah.
“Ni.” Syed Iskandar memuncungkan mulutnya kesebelah.
“Ni?” Kak Imah teragak-agak.
“Yeah. You’re right Kak Imah.”Syed Iskandar tersenyum senang. Tidak ada riak bersalah langsung pada wajah itu.
“Tapi ni kan Puan Nur? Isteri encik Iskandar?” soal Kak Imah lagi.
“Sebab isterilah dia kena buat kerja-kerja rumah.. nak suruh tolong walid kat office tu jauh panggang dari api..apa lagi yang dia mampu buat? Takkan nak duduk goyang kaki saja? Nak jadi macam ular sawa? Makan tidur saja kerjanya..”laju bicara tajam umpama pedang itu meluncur keluar dari mulut Syed Iskandar tepat mengenai jiwa Nuralia.
Perlahan-lahan dia mernarik nafas panjang. Cuba memujuk hatinya supaya bersabar.
Syed Iskandar memandang gadis disebelahnya. Gadis itu masih dengan sikap tenangnya. Composure habisan! Makin panas hati Syed Iskandar.
‘masih belum cukup nak buat dia marah nampaknya..’ Syed Iskandar berkira-kira untuk melangkah ke tangga.
“Aha. Before I’m forgot Nur, bilik you kat sebelah bilik Kak Imah. Senang you nak buat kerja-kerja you nanti.”ucap Syed Iskandar selamba.
“Encik Iskandar, itukan bilik orang gaji..takkan Puan Nur kena duduk ditu pula?” soal kak Imah.
“Dan, bukan ke bilik sebelah bilik Akak tu dah di ubah suai jadi bilik dobi?”kak Imah terkejut mendengar kata-kata syed Iskandar. Melampau!
“Oh ya? kalau macam tu, kak Imah pindah barang kak Imah naik bilk tamu kat atas, biar Nur duduk bilik kak Imah tu.” Arah Syed Iskandar.
“Tapi Encik Iskandar…”
“No more tapi-tapi kak Imah. Buat je macam apa yang sa suruh. Apa masalahnya?!”tingkah Syed Iskandar.
“And, one more thing, kak Imah jangan cuba nak report kat walid atau ummi. Kalau tak, kak Imah sendiri tau apa akan jadi kan?” Syed Iskandar tersenyum sinis sebelum meneruskan langkahnya ke biliknya di tingkat atas.
Kak Imah menghampiri Nuralia  yang hanya berdiam diri sejak tadi. Mata tua itu sudah mula berkaca. Tan sri Syed Izzudin sengaja menghantarnya bekerja untuk Syed Iskandar supaya dia dapat menjaga Nuralia.
“Puan, maaflah..kak Imah..”
“Tak apa kak..saya tak kisah pun. Mana-manapun sama saja.”
“cepatlah, biar saya tolong kak Imah.”ucap Nuralia. Masih dengan sikap tenangnya itu. Namun, gelora di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
Sanggup lelaki itu menjatuhkan maruahnya sebagai isteri dihadapan kak Imah. Apa salah dia? Apa dosanya? Sehingga dirinya diperlakukan sebegitu kejam oleh Syed Iskandar. Ya Rahman..
“Puan..”Kak Imah jelas kelihatan berat hati dengan apa yang berlaku.
“Tak perlulah akak panggil saya Puan, saya cuma pembantu je kat sini..”ucap Nuralia sambil tertawa kecil.
“Puan Nur, kalau Tan sri dengan Puan sri tahu ni..tentu..”kak Imah sebak tiba-tiba. Kasihan benar dia pada Nuralia.
“Kak Imah..jangan bagi tau apa-apa pada walid dan ummi ya? biarlah kami selesaikan masalah rumahtangga kami ni sendiri..akak tak perlu risaukan Nur..Nur okay..”Nuralia memaut erat bahu wanita berusia akhir 40-an yang sudah dianggap seperti kakak kandungnya sendiri.
“kak Imah, jom Nur tolong akak kemas barang pindah bilik tamu kat atas..nanti dia marah kak Imah pula..”ucap Nur sambil membantu kak Imah mengemaskan kain bajunya kedalam beg.
Kak Imah memandang wajah Nuralia. Sayu benar hatinya mengenangkan nasib gadis itu di bawah wilayah tadbir diktator yang bernama Syed Iskandar Zulkarnain ini. Ya ALLAH..dalam keadaan begini pun dia masih risaukan orang lain..Ya Allah, Ya Rahman..lindungilah gadis berhati mulia ini. Peliharalah dia dengan payung rahmat-Mu Ya Allah..amiiinn.
“kak Imah?”suara Nuralia membawa Kak Imah kembali kepada realiti.
“Kak Imah menungkan apa ni..?”nada Nuralia separuh mengusik.
“Tak adalah. Mana pula kak Imah termenung?”kak Imah pantas menyambung kerjanya. Barang-barangnya di kemaskan satu persatu. Rasa bersalah semakin bertimpa-timpa di hatinya.





Nuralia Imani menagtur langkah menghampiri katil bujang di sudut bilik serda kurang itu. Pintu bilik telah di tutup rapat.
Pashmina yang membaluti kepalanya ditanggalkan lalu diletak di rak penyidai kain sembahyang. Niqab yang melindungi wajahnya juga diletakkan sekali dengan pashmina hitam tersebut. Buat pertama kalinya dia boleh tidur dengan selesa tanpa niqabnya. Senyuman nipis terlukis dibibirnya tanpa di paksa.
Pandangannya disorotkan kesegenap ruang bilik tersebut. Ada satu set katil bujang di tepi dinding,meja lampu di sisi katil, sebuah almari yang sederhana besarnya, dan juga rak penyidai kain sembahyang tempat dia meletakkan pashmina dan niqabnya. Pandangannya ditala ke siling. Hanya ada satu kipas siling dan juga satu lampu kalimantan panjang.
“Alhamdulillah..sekurang-kurangnya tak perlulah tidur atas sofa lagi.” Nuralia tersenyum lagi. Badannya direbahkan ketilam. Hatinya sebak mengenangkan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Namun dia tidak berhak menyesali ketentuan dan takdir ALLAH..








19 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 8



Bab 8
Syed Iskandar melabuhkan duduk diatas tilam empuknya. Sut pejabatnya di letakkan ke tepi. Tanpa sengaja, pandangannya jatuh pada tubuh yang sedang berbaring diatas sofa berhadapan dengan peti televisyen tidak jauh dari tempat dia duduk.
Fikirannya melayang pada peristiwa pagi tadi. Perbualan dia dan Bella.

“Bie, kenapa you tak minta dengan walid you untuk stay kat kondo you tu je?”ucap Bella sambil menjamah hidangan sarapannya.
“For what?” Iskandar mengacau kapucino di hadapannya.
“Bie..you ni kenapa?”pandangan Bella mencerun mendengar soalan Syed Iskandar.
“sayang, you nak I buat apa sebenarnya ni?” pandangannya sudah dihalakan tepat ke wajah Bella.
“I nak you bawa ‘wife’ you tu stay kat kondo you tu.”sengaja dia menekan perkataan wife itu untuk menduga Iskandar.
Berkerut dahi Iskandar mendengarnya. Apa hal pulak?
“I tak nak you duduk sebilik dengan perempuan tu Bie..please, you keluar dari rumah walid you, jadi you boleh duduk asing bilik dengan perempuan tu..”
Syed Iskandar menarik senyum di bibir.
“kenapa senyum macam tu?” soal Bella dengan muncung panjang. Sudu dan garfu di tangan sudah dilepaskan. Dia menyandarkan badannya pada kerusi lalu menbuang pandangan keluar.
“you takut apa ni sayang?”Syed Iskandar mencuit dagu Bella.
Bella pantas menepis.
“I’ve told you before kan? I’m not interested  with those kampung girl..lagipun I kan dah ada you..”Syed Iskandar mencapai tangan Bella dengan senyuman yang masih belum cair di bibir.


Tanpa sedar Syed Iskandar tersenyum sendirian. Pandangannya masih tertancap kukuh pada gadis yang sudahpun terlena itu. Tubuhnya masih dibaluti jubah serta pashmina. Comforter tebal menyelimuti tubuh itu separas pinggang.
Entah mengapa bagai ada satu perasaan aneh yang selalu bertandang di hatinya setiap kali mata mereka bertemu. Kerana itulah Nuralia sering menjadi mangsa keadaan. Rasa yang bertandang mengundang kecamuk dihatinya. Ditambah pula dengan sikap tenang Nuralia. Gadis itu hanya menurut tanpa sebarang bantahan. Dia benci orang yang bersikap tenang. Dia sengaja menyakiti hati gadis itu, namun sedikitpun tidak mendatangkan kesan pada gadis bernama Nuralia Imani ini.
Satu hal lagi. Sudah seminggu mereka hidup bersama sebagai suami isteri,namun tidak pernah walau sekalipun dia mendengar suara gadis itu. Gadis itu hanya membisu seribu bahasa.
‘Atau dia memang bisu?’
‘tak pun pekak?’
Hati syed Iskandar berteka teki sendirian.
“Manalah walid dengan ummi jumpa perempuan tu..saja lah nak dera aku..”gumam Iskandar perlahan.
‘Entah apa la bagusnya budak tu kalau nak bandingkan dengan Bella?’
Syed Iskandar bangkit lalu berjalan ke bilik air.
“Apa lah punya gila budak ni? Tidur pun guna ‘penapis habuk’ dia tu ke?” Iskandar berbisik perlahan.
‘Apa agaknya yang dia sembunyikan sangat disebalik kain tu agaknya? Gigi yang penuh berkarat? Tak pun pakai gigi emas? Kulit muka yang menggerutu macam kulit limau purut?  Ada parut dahsyat ala mafia kot?Ke budak ni sumbing?’ akibat diasak dengan segala macam persoalan yang memerlukan jawapan,tanpa sedar kakinya yang tadi mengatur langkah menuju kebilik air kini sudah menukar haluan kearah sofa kulit berbentuk L di sudut kiri bilik tersebut. Jari jemarinya sudah berkira-kira untuk menanggalkan kain organza yang menutupi wajah gadis itu.
Namun bunyi deringan telefon bimbitnya mematikan niat syed Iskandar. Segera telefon bimbit itu dicapainya lalu icon hijau ditekan.
“Walid, Is rasa Is nak bawa Nur pindah.”
Tan sri Izzudin memandang tepat kewajah Iskandar. Surat khabar diletakkan keatas meja.
“maksud Is, rumah kami sendiri..”lambat-lambat syed Iskandar menyambung. Tangannya menyuap tuna roll ke mulut.
“Tak ada taufan, tak ada petir tiba-tiba saja ni kenapa?”soal Tan sri Izzudin sambil menyuap nasi goreng.
“Kami nak berdikari walid. Lagipun kami perlukan masa untuk kenal dengan lebih rapat lagi. Demi rumah tangga dan keluarga kami nanti,kan sayang?” Syed Iskandar sudah memeluk bahu Nuralia.
Sekali lagi Nuralia hanya menuruti rentak yang ditarikan Syed Iskandar. Bukan kerana dia wanita lemah yang tidak punya maruah serta prinsip hidup jauh sekali tidak punya hati dan perasaan sehingga tidak merasa terluka bila di maki dan dihamun. Dia hanya tidak mahu menjadi yatim semula. Sebatang kara dalam menempuhi lorong kehidupan. Sendirian menanti saat dan ketika rohnya bercerai dari jasad. Dia bahagia kini dengan kehadiran walid dan ummi yang melayannya persis anak kandung mereka. Dia tidak mahu kehilangan kasih seorang ayah dan sayang seorang ibu lagi. Cukuplah sekali dia merasainya.
Biarlah hatinya terluka sendirian. Andai ini takdir hidupnya yang telah ditentukan Allah, dia nyata tidak punya hak untuk membantah. Namun jauh disudut hatinya, dia tahu ada hikmah atas semua kejadian yang berlaku. Hanya masa yang masih mahu berteka-teki dengan kebenarannya. Dia yakin, pelangi pasti ada setiap kali lepas hujan.
“Is nak bawa Nur ke kondo Is?” soal Puan sri zarina pula.
Syed Iskandar mengangguk.
“you’re not allowed to do so.”tenang Tan sri Izzudin mengucapkannya.
Semua mata tertumpu kepadanya. Termasuk Nuralia.
“but walid..”
“No more excuse Syed Iskandar Zulkarnain al-Iqrami. Fullstop.”tingkah Tan sri syed Izzudin.
“kamu tak boleh pindah sebelum rumah baru kamu siap di renovate.”tambah Tan sri syed Izzuddin.
Berkerut dahi Syed Iskandar.
“hadiah perkahwinan dari walid dengan ummi.”ucap Puan sri Zarina.
Perlahan Iskandar menarik senyuman. Lega hatinya.tapi kira baguslah tu. Pucuk di cita, ulam yang mendatang.



cinta adalah nyawa untuk jiwa.


Qaseh Nuralia Imani 7



Bab 7
      Genap seminggu Nuralia Imani menjadi sebahagian keluarga Al-Iqrami. Ternyata dia amat di senangi semua orang. Dari pembantu rumah, pengurus lanskap, pemandu, sehinggalah kedua orang mentuanya, Tan sri Syed Izzudin dan juga Puan sri Zarina. Ya,semua orang amat baik terhadapnya, melainkan…

“Bik Seri! Mana baju kerja? saya dah siapkan ke belum?!”laung Syed Iskandar dari tingkat atas kepada pembantu rumahnya yang sedang sibuk menyediakan sarapan pagi di dapur.
 Belum sempat Bik Seri berkata apa-apa, Puan sri Zarina sudah mengisyaratkan dia supaya senyap. Wanita dari seberang itu hanya akur sebaik melihat senyuman di bibir majikannya itu.
“Is, Bik Seri tengah sibuk ni. Apa kata Is minta Nur yang siapkan?”ucap Puan sri Zarina dari ruang makan di tingkat bawah.
Iskandar merengus geram. Kakinya kembali melangkah ke dalam bilik.

“Nur, tolong ya? Iskandar tu cerewet sikit..kat sini biar Ummi yang tolong.” Puan sri Zarina menepuk mesra bahu Nuralia.
Nuralia hanya akur. Langkahnya diatur  menuju ke bilik Iskandar di tingkat atas.
“why take you so long to come here hah?!” jerkah Iskandar sebaik Nur melangkah masuk ke biliknya.
“Kau tau tak aku dah lambat ni?!”
Sepi. Nuralia memandang wajah Iskandar tanpa riak.
“Hey perempuan! Dengar tak apa aku cakap ni? Pekak ke hah?!” pantas tudung Nuralia dicengkam kasar. Gadis itu diheret untuk menuruti langkahnya.
“Iron cepat!” Nuralia di tolak kasar. Tersungkur gadis itu di sisi bilik almari pakaian Iskandar.
“Make sure you do it properly ya..” Iskandar mengarahkan kasar.
“Oh, lupa. Pastikan kamu melakukannya dengan baik ya.” Sengaja dia menterjemah kata-katanya dengan bahasa kamus. Senyuman sinis berbaur ejekan terukir dibibirnya. Dia tertawa kecil sambil berlalu ke bilik air.


Deras langkah Iskandar menuju ke koridor hadapannya. Kepalanya di jengukkan ke tingkat  bawah. Mencari kelibat seseorang. Dia merengus geram. Iskandar  menarik nafas dalam. Cuba menenangkan hatinya.
“Nur, tolong I kejap sayang?” laung Iskandar dengan suara yang sengaja dimesrakan.
Puan sri zarina mengisyaratkan Nur menuruti permintaan Iskandar. Nuralia hanya mengangguk lalu berlalu ke tingkat atas.

Selendang pashmina bercorak geometri yang terletak kemas membaluti kepala Nuralia sekali lagi dicengkam kasar sebaik dia memasuki bilik Iskandar.
“Hey perempuan kampung!kau memang sengaja nak cari pasal dengan aku ye?!”tanpa belas Iskandar menolak Nuralia kelantai. Gadis kecil molek itu tersungkur ditengah ruang kamar tidur Iskandar itu.
Perlahan-lahan Nuaralia mengangkat muka memandang Iskandar yang sedang menyinga sambil bercekak pinggang dihadapannya.
“kau tahu tak hari ni aku ada meeting dengan client penting?!”
“kau tak ada otak ke hah? Yang kau pergi iron baju batik tu apa pasal? Kau ingat aku ni apa? Pegawai kerajaan?!”marah Iskandar sambil menunding ke arah baju yang sudah di iron Nuralia. Nuralia menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Iskandar. Perlahan dia bangun sambil menahan kesakitan akibat perlakuan kasar Iskandar sebentar tadi. Langkahnya di atur kedalam bilik khas yang digunakan untuk menyimpan segala pakaian serta aksesori milik Iskandar.
Seketika kemudian dia keluar semula dengan tangan kanannya memegang sepasang sut pejabat berwarna kelabu berserta dengan kemeja lengan panjang hitam serta tali leher berwarna kelabu, sedondon dengan sut. Pakaian tersebut diletakkan diatas katil. Tangannya lincah menulis sesuatu pada sekeping kertas memo lalu diletakkan di atas baju tadi.
Tanpa kata dia menuju kearah pintu sebaik Iskandar merapati katil. Pandangan mereka bertemu. Namun tidak lama kerana Nuralia kembali menyambung langkahnya ke pintu .
Iskandar mencapai kertas memo yang di tinggalkan oleh Nuralia sebaik gadis itu menutup kembali pintu kamarnya.
Berkerut dahi Iskandar membaca memo tersebut. Perlahan-lahan baju batik yang tergantung elok di tepi pintu masuk bilik almarinya dipandang.


Baju batik tu awak nak guna untuk pergi majlis tautan amal dengan walid esok.

Iskandar menepuk dahi. Perlahan wajahnya diraup.
“Apsal la kau ni nyanyuk sangat Iskandar? Dah terlebih minum kappucino ke apa?”marah Iskandar. Kertas memo tersebut dicampak ke dalam bakul sampah di sebelah meja solek.
“buat rosak mood sendiri je..” Iskandar mengomel sendirian. Terselit satu rasa yang bertandang di hatinya. Kenapalah aku memalukan diri pagi-pagi buta ni? Iskandar mencapai sut yang di letakkan Nuralia di atas katil.
“Very conservative thinker. Old fashion match up. Kolot. But still okay bile nak dibandingkan dengan the Batik one.” Iskandar mengomel sendirian sambil meneliti figura dirinya pada cermin gergasi di dalam bilik almarinya itu.





“Morning!” Iskandar berdiri di sisi meja makan sambil tersenyum. Lesung pipit jelas kelihatan di pipi kirinya.
“Assalamualaikum.” Balas Tan sri Syed Izzudin tanpa menoleh kearah Iskandar. Matanya masih tertancap kukuh pada akhbar yang dipegangnya.
“wa’alaikumsalam.” Iskandar mengumam rendah. Mati senyumannya gara-gara sindiran tajam walidnya tadi.
“sarap sekali Is..”pelawa Puan sri Zarina yang sudah duduk di sebelah Tan sri Izzudin.
Nuralia berdiri disebelah Iskandar yang masih terpacak di sisi meja makan. Cawan porselin dihadapan Iskandar di isi dengan air the hijau yang masih berasap.
“It’s okay Ummi. Is tengah rush ni nak jumpa client pagi ni. Is breakfast kat sana je la.”Iskandar memandang Nuralia yang sudah berlalu ke ruang dapur.
“Is jalan dulu walid, ummi..” Iskandar menyalami walid serta umminya.
“Nak jumpa client ke nak jumpa perempuan tu?” mata Tan sri Izzudin masih pada berita sukan pada helaian terakhir akhbar yang sedang dibacanya.
“Perempuan mana pula ni walid? Is betul kena jumpa client lah pagi ni..” Iskandar cuba mengawal perasaannya. Harap-harap walid tak tanya lebih lanjut berkenaan ‘client’ tersebut. ‘Walid ni kalau hal yang melibat Bella mesti dia macam dapat tahu je..seakan dapat membaca hati aku je walid ni..’ hati Iskandar berkata sendirian.
Nuralia meletakkan nasi goreng yang telah siap dimasak oleh kak Imah keatas meja.
Tanpa sedar tangan Iskandar sudah menarik tubuhnya.
“I pergi dulu ya sayang, take care yourself okay.” Dahi Nuralia di kucup perlahan. Nuralia hanya mengikut rentak yang ditarikan Iskandar.
Iskandar mula berkira-kira untuk beredar. Sempat dia mengerling kearah umminya. Senyuman terukir dibibir wanita itu.
Puan sri Zarina senang hati melihat layanan Iskandar pada Nuralia. Dia tahu anak bujangnya itu kelihatan sangat degil dari luarannya, namun punya sekeping hati yang lembut. Dalam hati dia berdoa kehadrat Illahi agar cinta Iskandar akan dilabuhkan untuk Nuralia. Dia tahu suatu hari nanti Iskandar pasti akan jatuh sayang pada gadis kecil molek itu. Sepertimana dia dahulu. Nuralia telah dianugerahkan kelebihan yang berharga untuk seorang wanita. Kecantikan luaran yang setanding kecantikan dalaman.
“Iskandar, jangan lupa kamu tu dah beristeri.” Ujar Tan sri Izzudin sebelum menarik cawan dihadapannya. Air teh yang sudah suam itu di hirup perlahan.
Langkah Iskandar termati di tengah ruang.
‘ Sah! Walid dah dapat hidu something..’ hati Iskandar berlagu gusar.
“okay. I won’t.” Balas Iskandar. Langkahnya yang tertangguh di atur kembali ke pintu utama. Tidak betah menghadap walidnya.

Sedang dia berjalan menghampiri keretanya, telefon bimbitnya menjerit minta diangkat.
“Morning, sayang..”
“I on the way lah ni..sorry la sayang..” Syed Iskandar memboloskan badannya kedalam keretanya. Enjin kereta di hidupkan.



Qaseh Nuralia Imani 6



Bab 6
Syed Iskandar Zulkarnain Bin Syed Izzudin al-Iqrami, aku nikahkan dikau dengan Nur Alia Imani Binti Mohamad Luqman dengan maskahwinnya RM100 ringgit, Tunai.” Ucap lelaki bersongkok hitam serta berbaju melayu ungu itu kepada Iskandar yang segak berbaju melayu putih gading lengkap bersamping songket ungu muda.
“Aku terima nikah Nur Alia Imani Binti Mohamad Luqman dengan maskahwinnya RM100 ringgit tunai.” Sambut Iskandar tenang.
Selepas doa kesyukuran dibaca, Iskandar berjalan ke suatu sudut masjid. Jauh sedikit daripada para hadirin yang datang menyaksikan majlis pernikahannya untuk menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum upacara membatalkan air sembahyang diadakan.
Iskandar hanya menuruti langkah langkah umminya menuju kearah pengantin perempuan. Entah bagaimana rupa isterinya, dia sendiri tidak tahu. Kerana sebelum ini dia sendiri tidak mahu ambil kisah.
Perlahan-lahan Iskandar duduk berhadapan dengan seorang wanita yang duduk bersimpuh diatas bantal besar berwarna ungu muda sambil memegang sejambak bunga ros segar berwarna ungu. Wanita itu anggun dalam busana kaftan moden yang disuntik sedikit elemen jubah. Fabrik sifon berwarna putih gading itu kelihatan secocok dengan tampalan france lace berwarna ungu muda. Ringkas, namun tetap anggun.
Sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian dari Tiffani& co di serahkan padanya. Seketika kemudian cincin tersebut sudah bertukar tangan.
Iskandar memandang gadis dihadapannya. Berkerut seribu dahinya. Hanya sepasang mata gadis itu yang dapat di pandangnya. Separuh dari wajahnya dilindungi oleh fabrik sifon senada dengan busananya.
Tangan kanan gadis itu di capai lalu cincin tersebut pantas disarung pada jari manis gadis itu. Senyuman plastik terukir diwajahnya disaat telinganya dapat mendengar usikan nakal tetamu yang hadir.
Tanpa sepatah kata, gadis itu menundukkan wajahnya sambil mencapai tangan kanan Iskandar. Tangan Iskandar disalam penuh hormat. Puan sri Zarina membisikkan sesuatu ke telinga Iskandar. Gadis itu mengangkat semula wajahnya. Dagunya diangkat perlahan lalu satu kucupan singgah di dahinya. Iskandar hanya menurut permintaan umminya. Namun entah mengapa Iskandar merasa seakan ada sesuatu perasaan aneh sedang meresap masuk kedalam jiwanya. Degupan nadinya serta nafasnya jadi tidak teratur disaat matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna hazel itu. Orang ramai disekelilingnya terasa lenyap satu persatu. Akhirnya hanya ada mereka berdua disitu. Hanya mereka.
Flash kamera photographer melenyapkan segalanya. Iskandar pantas menjarakkan dirinya.  Dilihatnya umminya serta Auntie Faridah sudah tersenyum penuh makna kepadanya. Bukan, kepada mereka berdua. Dia dan juga…isterinya. Isteri? Iskandar masih berperang dengan perasaanya sendiri.




“Is dah siap sayang?” soal Puan sri Zarina yang entah bila muncul disitu. Iskandar masih menatap wajahnya dihadapan cermin gergasi. Tangannya mengemaskan kedudukan kot songket yang dipadankan dengan baju melayu kontemporari itu. Keris perak dipinggang dibetulkan kedudukannya.
Perlahan-lahan dia menoleh kearah umminya sambil mengangguk.
“I’m done ummi.” Jawabnya acuh tak acuh.
“okay, great. Ummi tengok Nur sekejap.”ucap Puan sri Zarina.


Beberapa ketika kemudian, Puan sri Zarina muncul semula dihadapan Iskandar. Namun kali ini dia bersama dengan menantu kesayangannya itu. Gadis itu kelihatan anggun dalam busana putihnya yang dihiasi lace serta corak kecil berwarna ungu muda itu. Busana indah berkonsepkan jubah moden itu diberi sedikit suntikan gaun moden yang menjadikannya terletak elok ditubuh gadis kecil molek itu. Tidak langsung menampakkan susuk tubuhnya. Masih selaras dengan kehendak agama. Jauh tersasar daripada perkahwinan impian Iskandar bersama Bella yang bakal bertemakan budaya barat.
“Is, cepat nak..tetamu dah lama tunggu..”Puan sri Zarina menghulurkan tangan Nur kepada Iskandar. Namun tiada sebarang respons dari Iskandar. Pandangannya tepat  kearah gadis di sebelah umminya itu.
‘Kenapa tak tutup je semua muka tu. Macam mumia. Gempak sikit.’ Iskandar mengomel dalam hatinya. Geram pula melihat gadis tersebut masih melindungi sebahagian wajahnya dengan kain organza yang direka khas, satu set dengan busana yang digunakannya.
Iskandar melangkah longlai ke ruang kamar tidurnya. Sebaik kakinya melangkah ke dalam, semerbak bau wangian bunga-bungaan segar menusuk hidungnya. Amat menenangkan jiwa. Habis lenguh-lenguh badannya melayan para tetamu yang bagai tidak pernah surut. Kebanyakannya rakan kongsi walidnya. Takpun client-client penting syarikat. Tu belum kira lagi saudara maranya.  Matanya cepat menangkap satu susuk tubuh di sudut kiri bilik tidurnya itu. Di atas permaidani tebal bersebelahan dengan ruang almari pakaiannya. Gadis yang sudah sah bergelar isterinya siang tadi itu langsung tidak diambil peduli. Membiarkan sahaja gadis itu yang masih duduk berteluku di atas tikar sembahyangnya sambil khusyuk menadah tangan memohon pada Pencipta-Nya.
“Stay away from me.” Ucap Iskandar sebaik gadis itu bangkit.
Gadis itu memandang kearahnya. Tanpa kata.
“Apsal?
Sepi.
“Oh, mungkin kau tak faham ya?” Iskandar ketawa mengejek.
“okay, I’ll translate to malay then. Aku bagi amaran kat kau. Jangan berani datang dekat kat aku.” Tajam suara Iskandar memberi amaran.
“Jangan buat bilik aku ni macam bilik kau.” Ucap Iskandar kasar. Sebiji bantal dibaling tepat ke muka gadis yang masih dengan kain penutup mukanya itu. Hampir gadis itu tersungkur gara-gara tindakan keterlaluan Iskandar yang di luar jangkaan itu.
“Jangan keluar dari garisan karpet tempat kau berdiri tu.
“Aku tak nak lantai bilik aku ni kotor..” sengaja perkataan kotor itu di tekannya. Iskandar melemparkan senyum sinis kearah gadis yang masih dengan telekungnya itu. Sepatah haram dia tidak melawan kata-kata Iskandar. Hanya mendiamkan diri sedari tadi. Segala kata-kata kejam Iskandar ditelan bulat-bulat. Tidak langsung mempamerkan keinginan ingin mempertahankan dirinya.
“ Aku benci perempuan hipokrit!”ucap Iskandar.
Iskandar berlalu kebilik air untuk membersihkan dirinya. Penat serta mengantuk yang teramat. Tak kuasa hendak membazirkan air liurnya untuk bertegang urat memerah otak untuk memarahai gadis itu. Tidak perlu tergesa-gesa. Esok masih ada untuk mebuatkan hidup gadis itu menderita. Derita yang tidak berpenghujung kerana  menerima permintaan ummi dan walidnya yang menginginkanya untuk jadi isteri kepada Syed Iskandar Zulkarnain al-Iqrami.




cinta itu pengorbanan.








Qaseh Nuralia Imani 5



Bab 5         
Lama Nur Alia Imani berteleku diatas tikar sembahyangnya. Tanpa disedari mutiara jernih itu berjuaraian dipipi gebunya. Air matanya pantas di seka dari terus membasahi pipinya. Kedua belah tapak tangannya dibawa menyapu keseluruhan wajahnya setelai usai memanjatkan doa kepada Yang Maha Pencipta. Sejadah serta telekungnya di sangkutkan ke penyidai khas yang diperbuat daripada kayu di sisi  almari pakaiannya.
Kedengaran ketukan pada pintu biliknya.
“masuklah Maira..pintu tak kunci pun..” ucap Nur Alia.
Umairah tersenyum di muka pintu. Perlahan-lahan langkahnya diatur menghampiri Nur Alia. Dia mengambil tempat di sebelah Nur yang sudah melabuhkan duduknya di birai katil.
“Dah lewat ni.. Maira tak tidur lagi?” soal Nur Alia. Wajah sahabat baiknya itu ditenung lama.
“Mai dari dapur tadi..nampak bilik Nur terang..tu yang Mai jenguk ni.”
“Mai risaukan Nur..”
“terima kasih Maira..” tubuh Umairah di tarik kedalam dakapannya.
“Nur okay je..”
Pelukan di lepaskan. Umairah memandang wajah Nur Alia.
“Nur ada apa-apa masalah ke?” ujar Umairah. Dia perasan perubahan sahabat baiknya itu sejak kebelakangan ini.
Nur Alia sekadar menggeleng lemah sambil cuba mengukir senyum bagi menyembunyikan gelora dihatinya saat itu.
“Nur..”
Suasana sepi buat beberapa ketika.
“Mai dah lama kenal Nur..dari sekolah rendah sampailah sekarang. Mai tahu ada perkara yang mengganggu fikiran Nur kan?” Umairah masih memujuk.
Nur Alia merenung wajah Umairah. Sahabat yang sentiasa ada disaat dia susah. Disaat dia senang. Wajah cerah kemerah-merahan Umairah di pandang lama. Cuba mengambil masa untuk menyusun kata-kata.
“Maira..”
Umairah masih setia menanti bicara lanjut sahabatnya itu.
“sebenarnya..Maira.. Nur..
Wajah Umairah berubah mendadak sebaik Nur Alia menyudahkan kata-katanya. Rasa tidak percaya dengan apa yang di dengarnya saling berbaur dengan gembira untuk melihat kebahagiaan sahabatnya itu. Namun segera tubuh Nur Alia didakap mesra.





Lama Puan Sri Zarina merenung wajah anak bongsunya itu. Tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dituturkan Iskandar sebentar tadi.
“Apa Is cakap tadi?” Puan sri Zarina mengulang soalan buat kali yang kedua.
“Is setuju dengan permintaan walid dan ummi tu.” Balas Iskandar .
“maksud Is, Is setuju nak menikah dengan pilihan walid dan ummi?” soal Puan sri Zarina. Iskandar mengangguk malas.
“Is setuju nak kahwin dengan Nur?”kali ini senyuman lebar terukir dibibir  Puan sri Zarina. Senyuman plastik tanpa rela terukir di wajah Iskandar.
Terus tubuh tinggi lampai Iskandar ditarik kedalam dakapannya. Dahi Iskandar di kucup penuh kasih.
            Sungguhpun tidak dinafikan Iskandar seorang yang degil, namun masih mempunyai hati yang lembut.
            Akhirnya Iskandar tersenyum sendiri. Bukan kerana akan mengahwini wanita yang di panggil Nur oleh umminya itu, tetapi kebahagiannya bersama Bella yang bakal tercapai dengan perkahwinannya bersama insan bernama Nur itu.
            Sungguh cintanya pada Bella bukan mainan. Bella ada disaat dia memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hatinya. Bella yang memenuhi hidupnya dengan kasih dan sayang. Perhatian yang dia dambakan selama ini.





Beberapa hari sebelum itu..
            “I tension sayang..tension!”luah Iskandar pada gadis yang anggun berblaus putih sendat bercorak ala inggeris berwarna merah muda itu.
            Bella tersenyum sambil tangannya pantas mancapai tangan Iskandar. Perlahan-lahan tangan Iskandar diusapnya.
            “kenapa ni bie..?”suara manja Bella menyapa pendengaran Iskandar. Suara yang sering membuatkan tidur Iskandar tak lena.
            “ Bie…? Apa yang buat you tension sangat ni?” lembut jari Bella menyentuh hidung Iskandar. Iskandar tersenyum. Senang hati dengan sentuhan kekasih hatinya itu.
            “Parent I aturkan I menikah dengan someone…” luah Iskandar teragak-agak sambil memandang tepat ke wajah milik Bella.
            Wajah Bella yang manis dengan senyuman menggoda kelat serta merta. Dia tahu keluarga Iskandar sememangnya membantah hubungan mereka. Lebih-lebih lagi ayah Iskandar, Tan sri Syed Izzudin. Namanya memang tidak termasuk dalam senarai calon menantu mereka sejak Iskandar lahir kedunia lagi. Satu keluhan berat dilepaskan. Wajah muram Iskandar ditatap lama. Darah arab yang mengalir dalam badan Iskandar menyebabkan jejaka itu mempunyai seraut wajah yang mampu meggetarkan jiwa insan yang bernama wanita.
            Tanpa sedar Bella mengukir senyum.
            “Kenapa you senyum sayang? I dah hampir nak gila you boleh senyum?”
            “you ni sayang..” Iskandar mendengus geram.
            Bella masih berdiam diri dengan senyuman yang masih mekar dibibirnya.
            “Bie..janganlah marah..” sepantas kilat lengannya memaut erat lengan Iskandar.
            “Bie I tau parent you tak sukakan I ,and I know I bukan calon menantu pilihan mereka..”luah Bella.
            Mereka saling berpandangan.
            “ sayang, you can’t given up this way. I tak nak hilang you.” Ucap Iskandar sambil mencapai jemari Bella.
            “Bie, you betul sayang I ? cinta I ?”soal Bella.
            “ For sure sayang. You’re my only one Bella.” Iskandar mengusap pipi kekasihnya itu.
            “You ‘re my soul. My life sayang. I can’t life without you..” luah Iskandar. Bella tersenyum mendengar bicara Iskandar.
            “I ada permintaan. Boleh?” Bella kembali memaut lengan Iskandar.
            “ Anything for you my dear..” Iskandar  memaut mesra pinggang Bella.
            “Then, promise me you will get married dengan pilihan parent you.” Ucap Bella tenang. Serta merta pautan Iskandar longgar.
            “Pardon me sayang?
            “What did you says just now?” Dahi Iskandar berkerut. Tidak percaya dengan apa yang didengarinya sebentar tadi. Keruh wajahnya.
            “Please get married dengan perempuan pilihan parent you. As they wish..”ucap Bella.
            “what?!” tinggi suara Iskandar. Buat beberapa ketika mereka menjadi tumpuan pelanggan yang duduk berhampiran mereka.
            “Syyytt..”jari telunjuk Bella diletakkan diatas bibir Iskandar.
            “Bie, can you please listen to me first?”ujar Bella. Iskandar hanya akur.
            “I tau apa yang I buat..” dahi Iskandar kembali berkerut mendengar kata-kata Bella.
            “I ada plan. Untuk makesure you dapat hak you sebagai Syed Iskandar Zulkarnain al-Iqrami and at the same time you pujuk walid you untuk izinkan you kahwin dengan I ..”Bella mengukir senyum. Iskandar disebelahnya turut perlahan-lahan mengukir senyum.
            “Brilliant idea my dear..”hidung Bella ditarik manja.
            “But how?”soal Iskandar tiba-tiba.
            “you kena bertahan for at least 5 month then you can tell your parent yang perempuan tu mandul. Then, cakaplah you nak anak and you suggestkan I lah.” Terang Bella.
            “5 month sayang? Kenapa lama sangat?” Iskandar kedengaran kecewa.
            “sabarlah ..” Bella memujuk.
            “ But I warning you, don’t  you dare to touch her.” Ujar Bella sambil disambut oleh tawa kecil Iskandar.
            “You ingat I kemaruk sangat ke dengan perempuan tu?” Bella tersenyum mendengar jawapan Iskandar.
            “Tak ada sesiapa pun dapat tandingi kecantikan you Bella..” bisik Iskandar nakal. Makin melebar senyuman Bella mendengar pujian Iskandar.
            If beauty were time, you'd be eternity.” Ucap Iskandar sambil tersenyum.
            “Oh ya?”duga Bella manja.
            “You tak perasan ke I selalu je sakit gigi sayang?” berkerut dahi Bella mendengar pertanyaan Iskandar.
            “Kenapa you nampak okay saja?tak ada bengkak pon? Sakit belah mana Bie?” soal Bella sambil menyentuh serta membelek pipi Iskandar.
            “You makan apa ni Bie sampai sakit gigi..nak cakap you makan banyak coklat, you nampak coklat pon rasa nak pitam..you minum benda manis banyak sangat kot?” Bella membebel persis seorang doktor gigi.
            “Sayang, I sakit gigi bukan pasal selalu makan atau minum benda manis..tapi sebab you terlalu manis..”pipi Bella dicubit manja. Pecah derai tawanya melihat wajah risau Bella.
            “You ni Bie…” Bella tersenyum simpul mendengar kata-kata Iskandar.
           

Tidak semuanya pasal cinta itu indah.