Bab 2
S uasana di ruang makan utama
sunyi seperti selalu. Puan Sri Zarina sedang mengatur hidangan sarapan di meja
makan utama sambil dibantu oleh dua orang pembantu dapur. Seketika kemudian Tan
Sri Syed Izzudin turun lengkap beserta sut pejabatnya.
“Sarapan
dulu bang..” ucap Puan Sri Zarina sambil mengukir senyum.
“Anak
bujang kesayangan awak tu mana? Dia
ingat tak apa yang saya cakap awal pagi tadi tu?” soal Tan sri Syed Izzudin
sambil menarik kerusi.
“Biar
saya pergi jenguk..” Puan sri Zarina berkira-kira melangkah ke bilik anak
bujangnya di tingkat atas.
Lima
belas minit kemudian Puan Sri Zarina turun ke ruang makan semula dengan wajah
hampa.
“Kenapa?”soal
Tan Sri Syed Izzudin sepatah.
“Puas
saya panggil, tapi masih tak ada jawapan.. masih tidur agaknya..” jawab Puan
Sri Zarina.
Sebaik
sahaja Puan sri Zarina habis menuturkan kata-katanya, Tan sri Syed Izzudin
sudah sampai ke tangga untuk menuju ke bilik Syed Iskandar di tingkat atas.
“Iskandar...!!!”bergegar
seluruh banglo itu dengan jeritan Tan sri Syed Izzudin.
Syed Iskandar
yang sedang lena diulit mimpi terus tersedar. Dek kerana terkejut yang amat
dengan jeritan walidnya itu, dia tergolek ke lantai. Habis sakit-sakit
badannya. Dengan pandangan yang masih berpinar-pinar, dia menuju ke pintu
biliknya. Tombol pintu di putar perlahan. Sebaik pintu di kuak, Tan Sri syed
Izzudin terus menyerbu masuk.
“Iskandar!
Kamu ingat tak walid cakap apa awal pagi tadi?!”marah Tan Sri Syed Izzudin.
“Ermm..ingat.”balas
Syed Iskandar sambil menggosok matanya.
“Habis
tu apa yang kamu buat sekarang? Cepat bersiap. Walid tunggu kat bawah.”arah Tan
Sri Syed Izzudin .
Sebaik dia menoleh semula di lihatnya Syed Iskandar masih
tidak berganjak dari tempat dia berdiri.
“Apa lagi tu? Cepat!” gesaTan Sri Syed Izzudin sebelum
berlalu keluar.
Tan Sri Syed Izzudin sedang membaca surat khabar sambil
menjamah hidangan sarapan. Sesekali dia menjeling jam besar di ruang tamu.
“ Apa lah yang di buat si Iskandar ni. Lama betul dia
bersiap.” Rungut Tan Sri Syed Izzudin sambil meletakkan surat khabar yang
dibacanya tadi ketepi.
“Tak apa bang, biar saya pergi jenguk..”Puan sri Zarina
berkira-kira untuk menuju ke bilik Syed Iskandar.
“Tak perlu ummi. Is dah siap ni..”ucap Syed Iskandar
sambil mengatur langkah menuruni tangga ke ruang makan utama.
Puan Sri Zarina hanya memandang langkah Syed Iskandar.
Lain benar rupa Syed Iskandar dengan sut pejabatnya. Segak. Perlahan-lahan
senyuman terukir dibibirnya.
“Iskandar, ini hari pertama kamu bekerja di sini. Walid
harap kamu dapat jaga ..”
“Nama baik keluarga Al-Iqrami..jangan rosakkan reputasi
keluarga..” Syed Iskandar sudah dapat mengagak apa yang ingin diperkatakan oleh
walidnya itu.
“walid, Is dah dewasa..biar Is tentukan hidup Is
sendiri.” Ujar Syed Iskandar.
“kita tengok macam mana nanti..” Tan Sri syed Izzudin
tersenyum.
“Sudah, mari walid kenalkan kamu pada semua ahli lembaga
pengarah dan ketua jabatan. Kemudian baru kamu akan dibawa ke semua departmen
di Al-Iqrami Holdings ni.” Ucap Tan Sri Syed Izzudin sambil mengatur langkah
menuju ke bilik mesyuarat utama. Syed Iskandar hanya menuruti langkah walidnya.
“Whatever.” Balasnya sepatah. Dia hanya menurut dalam
keterpaksaan.
Syed Iskandar di bawa melawat keseluruh Al-Iqrami
Holdings untuk diperkenalkan kepada semua staf yang kebanyakkannya beragama
Islam. Sengaja Tan Sri syed Izzudin mendahulukan bangsanya. Jika bukan orang
melayu sendiri yang membantu bangsanya siapa lagi? Itulah yang di fikirkan Tan
Sri syed Izzudin. Memang itu matlamat sampingannya membangunkan Al- Iqrami
Holdings.
“ Ni office kamu. Kejap lagi pembantu peribadi kamu akan
datang untuk terangkan apa yang kamu patut buat.”
Syed Iskandar sekadar mengangguk perlahan.
“Assalamualaikum..”seorang lelaki tinggi lampai dalam
lingkungan sebaya dengan Syed Iskandar masuk selepas mengetuk pintu.
“Ha..panjang umur kamu.”
Tan Sri Syed Izzudin tersenyum.
“Is, ni personal assistant kamu..”ujar Tan Sri Syed
Izzudin.
“Him?” Syed Iskandar menunjuk kearah lelaki di hadapannya
itu sambil mencebik muka.
“Kenalkan..inilah anak saya, Iskandar.”
“Iskandar, ni lah PA kamu, Ahmad Naudir. Assistant
kamu..kamu bincang-bincanglah apa yang patut, walid ada kerja lain ni. Walid
pergi dulu lah..” ucap Tan Sri Syed Izzudin sambil berlalu keluar.
Syed Iskandar hanya melihat langkah walidnya yang
menghilang di sebalik dinding konkrit.
“What the hell lah..” rungut Syed Iskandar perlahan.
“ Tak baik merungut Encik Iskandar..”ucap Naudir. Jejaka
itu tersenyum.
“What? You think you’re the better one just because you
wearing the songkok?”
“Huh?!” Iskandar sudah mulai meninggikan suaranya.
“Tak..”ringkas balasan Naudir. Tenang.
Syed Iskandar mencebik muka. Meluat melihat reaksi
Naudir.
“Hipokrit!” ucap Syed Iskandar selamba.
“Itu pun tidak.” Balas Naudir tenang sambil mengukir
senyum.
“That’s enough! Can you just leave me alone here? You’re
very annoying you know?” luah Syed Iskandar. Meluat sungguh dia melihat reaksi
pembantu peribadinya itu.
Dia benci sikap tenang Naudir. Bukan dengan Naudir sahaja
bahkan semua orang yang bersikap tenang begitu.
“Baiklah..kalau encik perlu apa-apa, encik boleh panggil
saya.”
“Minta diri dulu..assalamualaikum.” Naudir melangkah
menuju ke pintu pejabat.
‘Pelik betul manusia sorang nih. Tak ada angin tiba-tiba
nak ‘ribut taufan’..’bisik hati kecil Naudir.
“Belum apa-apa lagi dah buat aku hangin!”Syed Iskandar
mengomel sendirian.
“Walid pun satu. Ada ke bagi lelaki jadi PA aku?
Menghilangkan semangat aku saja..”Iskandar menyandarkan badannya ke kerusi
empuk dipejabat Genaral Manager itu.
cinta perlu dibajai dengan kepercayaan. |
3 comments:
saye shuke ( ^_ ^ )
bru nk start bce....hehehehe
haha, x bley bla o tan sri izzudin jd alrm clock Is. sian pg2 dh tergolek jatuh katil. bagus2
Post a Comment