My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 January 2011

Qaseh Nuralia Imani 6



Bab 6
Syed Iskandar Zulkarnain Bin Syed Izzudin al-Iqrami, aku nikahkan dikau dengan Nur Alia Imani Binti Mohamad Luqman dengan maskahwinnya RM100 ringgit, Tunai.” Ucap lelaki bersongkok hitam serta berbaju melayu ungu itu kepada Iskandar yang segak berbaju melayu putih gading lengkap bersamping songket ungu muda.
“Aku terima nikah Nur Alia Imani Binti Mohamad Luqman dengan maskahwinnya RM100 ringgit tunai.” Sambut Iskandar tenang.
Selepas doa kesyukuran dibaca, Iskandar berjalan ke suatu sudut masjid. Jauh sedikit daripada para hadirin yang datang menyaksikan majlis pernikahannya untuk menunaikan solat sunat dua rakaat sebelum upacara membatalkan air sembahyang diadakan.
Iskandar hanya menuruti langkah langkah umminya menuju kearah pengantin perempuan. Entah bagaimana rupa isterinya, dia sendiri tidak tahu. Kerana sebelum ini dia sendiri tidak mahu ambil kisah.
Perlahan-lahan Iskandar duduk berhadapan dengan seorang wanita yang duduk bersimpuh diatas bantal besar berwarna ungu muda sambil memegang sejambak bunga ros segar berwarna ungu. Wanita itu anggun dalam busana kaftan moden yang disuntik sedikit elemen jubah. Fabrik sifon berwarna putih gading itu kelihatan secocok dengan tampalan france lace berwarna ungu muda. Ringkas, namun tetap anggun.
Sebentuk cincin platinum bertatahkan berlian dari Tiffani& co di serahkan padanya. Seketika kemudian cincin tersebut sudah bertukar tangan.
Iskandar memandang gadis dihadapannya. Berkerut seribu dahinya. Hanya sepasang mata gadis itu yang dapat di pandangnya. Separuh dari wajahnya dilindungi oleh fabrik sifon senada dengan busananya.
Tangan kanan gadis itu di capai lalu cincin tersebut pantas disarung pada jari manis gadis itu. Senyuman plastik terukir diwajahnya disaat telinganya dapat mendengar usikan nakal tetamu yang hadir.
Tanpa sepatah kata, gadis itu menundukkan wajahnya sambil mencapai tangan kanan Iskandar. Tangan Iskandar disalam penuh hormat. Puan sri Zarina membisikkan sesuatu ke telinga Iskandar. Gadis itu mengangkat semula wajahnya. Dagunya diangkat perlahan lalu satu kucupan singgah di dahinya. Iskandar hanya menurut permintaan umminya. Namun entah mengapa Iskandar merasa seakan ada sesuatu perasaan aneh sedang meresap masuk kedalam jiwanya. Degupan nadinya serta nafasnya jadi tidak teratur disaat matanya bertembung dengan sepasang mata berwarna hazel itu. Orang ramai disekelilingnya terasa lenyap satu persatu. Akhirnya hanya ada mereka berdua disitu. Hanya mereka.
Flash kamera photographer melenyapkan segalanya. Iskandar pantas menjarakkan dirinya.  Dilihatnya umminya serta Auntie Faridah sudah tersenyum penuh makna kepadanya. Bukan, kepada mereka berdua. Dia dan juga…isterinya. Isteri? Iskandar masih berperang dengan perasaanya sendiri.




“Is dah siap sayang?” soal Puan sri Zarina yang entah bila muncul disitu. Iskandar masih menatap wajahnya dihadapan cermin gergasi. Tangannya mengemaskan kedudukan kot songket yang dipadankan dengan baju melayu kontemporari itu. Keris perak dipinggang dibetulkan kedudukannya.
Perlahan-lahan dia menoleh kearah umminya sambil mengangguk.
“I’m done ummi.” Jawabnya acuh tak acuh.
“okay, great. Ummi tengok Nur sekejap.”ucap Puan sri Zarina.


Beberapa ketika kemudian, Puan sri Zarina muncul semula dihadapan Iskandar. Namun kali ini dia bersama dengan menantu kesayangannya itu. Gadis itu kelihatan anggun dalam busana putihnya yang dihiasi lace serta corak kecil berwarna ungu muda itu. Busana indah berkonsepkan jubah moden itu diberi sedikit suntikan gaun moden yang menjadikannya terletak elok ditubuh gadis kecil molek itu. Tidak langsung menampakkan susuk tubuhnya. Masih selaras dengan kehendak agama. Jauh tersasar daripada perkahwinan impian Iskandar bersama Bella yang bakal bertemakan budaya barat.
“Is, cepat nak..tetamu dah lama tunggu..”Puan sri Zarina menghulurkan tangan Nur kepada Iskandar. Namun tiada sebarang respons dari Iskandar. Pandangannya tepat  kearah gadis di sebelah umminya itu.
‘Kenapa tak tutup je semua muka tu. Macam mumia. Gempak sikit.’ Iskandar mengomel dalam hatinya. Geram pula melihat gadis tersebut masih melindungi sebahagian wajahnya dengan kain organza yang direka khas, satu set dengan busana yang digunakannya.
Iskandar melangkah longlai ke ruang kamar tidurnya. Sebaik kakinya melangkah ke dalam, semerbak bau wangian bunga-bungaan segar menusuk hidungnya. Amat menenangkan jiwa. Habis lenguh-lenguh badannya melayan para tetamu yang bagai tidak pernah surut. Kebanyakannya rakan kongsi walidnya. Takpun client-client penting syarikat. Tu belum kira lagi saudara maranya.  Matanya cepat menangkap satu susuk tubuh di sudut kiri bilik tidurnya itu. Di atas permaidani tebal bersebelahan dengan ruang almari pakaiannya. Gadis yang sudah sah bergelar isterinya siang tadi itu langsung tidak diambil peduli. Membiarkan sahaja gadis itu yang masih duduk berteluku di atas tikar sembahyangnya sambil khusyuk menadah tangan memohon pada Pencipta-Nya.
“Stay away from me.” Ucap Iskandar sebaik gadis itu bangkit.
Gadis itu memandang kearahnya. Tanpa kata.
“Apsal?
Sepi.
“Oh, mungkin kau tak faham ya?” Iskandar ketawa mengejek.
“okay, I’ll translate to malay then. Aku bagi amaran kat kau. Jangan berani datang dekat kat aku.” Tajam suara Iskandar memberi amaran.
“Jangan buat bilik aku ni macam bilik kau.” Ucap Iskandar kasar. Sebiji bantal dibaling tepat ke muka gadis yang masih dengan kain penutup mukanya itu. Hampir gadis itu tersungkur gara-gara tindakan keterlaluan Iskandar yang di luar jangkaan itu.
“Jangan keluar dari garisan karpet tempat kau berdiri tu.
“Aku tak nak lantai bilik aku ni kotor..” sengaja perkataan kotor itu di tekannya. Iskandar melemparkan senyum sinis kearah gadis yang masih dengan telekungnya itu. Sepatah haram dia tidak melawan kata-kata Iskandar. Hanya mendiamkan diri sedari tadi. Segala kata-kata kejam Iskandar ditelan bulat-bulat. Tidak langsung mempamerkan keinginan ingin mempertahankan dirinya.
“ Aku benci perempuan hipokrit!”ucap Iskandar.
Iskandar berlalu kebilik air untuk membersihkan dirinya. Penat serta mengantuk yang teramat. Tak kuasa hendak membazirkan air liurnya untuk bertegang urat memerah otak untuk memarahai gadis itu. Tidak perlu tergesa-gesa. Esok masih ada untuk mebuatkan hidup gadis itu menderita. Derita yang tidak berpenghujung kerana  menerima permintaan ummi dan walidnya yang menginginkanya untuk jadi isteri kepada Syed Iskandar Zulkarnain al-Iqrami.




cinta itu pengorbanan.








0 comments: