Syed Iskandar
mengatur langkah kedalam rumah yang
dihadiahkan walid dan umminya.
“Kak
Imah?!”Laung Syed Iskandar dari ruang tamu. Nuralia hanya menuruti langkah Syed
Iskandar.
Terkejar-kejar
wanita yang di gelar Kak Imah itu ke ruang tamu.
“saya Encik
Iskandar..”wanita itu mengelap tangannya yang basah pada apronnya. Sudah
berbelas tahun Kak Imah bekerja untuk Tan sri Syed Izzudin dan Puan sri Zarina,
dia faham benar perangai anak bongsu Tan sri Izzudin itu. Angin monsun satu
badan. Walaupun jarang berjumpa sejak Syed Iskandar melanjutkan pelajaran di
luar negara, namun perangai baran Syed Iskandar bukan lagi suatu rahsia
padanya. Sayangnya, Syed Iskandar yang dihadapannya ini, bukan Syed Iskandar
yang dikenalinya dulu. Sejujurnya, dia rindukan Iskandar yang dahulu.
“Saya tahu
susah Kak Imah nak uruskan rumah sebesar ni sendirian. So, saya bawakan sorang
pembantu khas untuk Kak Imah.” Sengaja ditekan perkataan pembantu itu. Nuralia
disebelah dijeling sesaat.
“Lah, ye ke?
Alhamdulillah la..”Kak Imah mengukir senyum. Namun demi terpandangkan senyuman
Syed Iskandar, mati terus senyuman yang
tadunya mekar di bibirnya. Hatinya terdetik gusar.
“Tapi mana?”
soal Kak Imah teragak-agak.
“Ni.” Balas
Syed Iskandar ringkas.
“Mana Encik
Iskandar?”soal Kak Imah.
“Ni.” Syed
Iskandar memuncungkan mulutnya kesebelah.
“Ni?” Kak Imah
teragak-agak.
“Yeah. You’re
right Kak Imah.”Syed Iskandar tersenyum senang. Tidak ada riak bersalah
langsung pada wajah itu.
“Tapi ni kan
Puan Nur? Isteri encik Iskandar?” soal Kak Imah lagi.
“Sebab
isterilah dia kena buat kerja-kerja rumah.. nak suruh tolong walid kat office
tu jauh panggang dari api..apa lagi yang dia mampu buat? Takkan nak duduk
goyang kaki saja? Nak jadi macam ular sawa? Makan tidur saja kerjanya..”laju
bicara tajam umpama pedang itu meluncur keluar dari mulut Syed Iskandar tepat
mengenai jiwa Nuralia.
Perlahan-lahan
dia mernarik nafas panjang. Cuba memujuk hatinya supaya bersabar.
Syed Iskandar
memandang gadis disebelahnya. Gadis itu masih dengan sikap tenangnya. Composure
habisan! Makin panas hati Syed Iskandar.
‘masih belum
cukup nak buat dia marah nampaknya..’ Syed Iskandar berkira-kira untuk
melangkah ke tangga.
“Aha. Before
I’m forgot Nur, bilik you kat sebelah bilik Kak Imah. Senang you nak buat
kerja-kerja you nanti.”ucap Syed Iskandar selamba.
“Encik
Iskandar, itukan bilik orang gaji..takkan Puan Nur kena duduk ditu pula?” soal
kak Imah.
“Dan, bukan ke
bilik sebelah bilik Akak tu dah di ubah suai jadi bilik dobi?”kak Imah terkejut
mendengar kata-kata syed Iskandar. Melampau!
“Oh ya? kalau
macam tu, kak Imah pindah barang kak Imah naik bilk tamu kat atas, biar Nur
duduk bilik kak Imah tu.” Arah Syed Iskandar.
“Tapi Encik
Iskandar…”
“No more
tapi-tapi kak Imah. Buat je macam apa yang sa suruh. Apa masalahnya?!”tingkah
Syed Iskandar.
“And, one more
thing, kak Imah jangan cuba nak report kat walid atau ummi. Kalau tak, kak Imah
sendiri tau apa akan jadi kan?” Syed Iskandar tersenyum sinis sebelum
meneruskan langkahnya ke biliknya di tingkat atas.
Kak Imah menghampiri
Nuralia yang hanya berdiam diri sejak
tadi. Mata tua itu sudah mula berkaca. Tan sri Syed Izzudin sengaja
menghantarnya bekerja untuk Syed Iskandar supaya dia dapat menjaga Nuralia.
“Puan,
maaflah..kak Imah..”
“Tak apa
kak..saya tak kisah pun. Mana-manapun sama saja.”
“cepatlah, biar
saya tolong kak Imah.”ucap Nuralia. Masih dengan sikap tenangnya itu. Namun,
gelora di hatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
Sanggup lelaki
itu menjatuhkan maruahnya sebagai isteri dihadapan kak Imah. Apa salah dia? Apa
dosanya? Sehingga dirinya diperlakukan sebegitu kejam oleh Syed Iskandar. Ya
Rahman..
“Puan..”Kak
Imah jelas kelihatan berat hati dengan apa yang berlaku.
“Tak perlulah
akak panggil saya Puan, saya cuma pembantu je kat sini..”ucap Nuralia sambil
tertawa kecil.
“Puan Nur,
kalau Tan sri dengan Puan sri tahu ni..tentu..”kak Imah sebak tiba-tiba.
Kasihan benar dia pada Nuralia.
“Kak
Imah..jangan bagi tau apa-apa pada walid dan ummi ya? biarlah kami selesaikan
masalah rumahtangga kami ni sendiri..akak tak perlu risaukan Nur..Nur
okay..”Nuralia memaut erat bahu wanita berusia akhir 40-an yang sudah dianggap
seperti kakak kandungnya sendiri.
“kak Imah, jom
Nur tolong akak kemas barang pindah bilik tamu kat atas..nanti dia marah kak
Imah pula..”ucap Nur sambil membantu kak Imah mengemaskan kain bajunya kedalam
beg.
Kak Imah
memandang wajah Nuralia. Sayu benar hatinya mengenangkan nasib gadis itu di
bawah wilayah tadbir diktator yang bernama Syed Iskandar Zulkarnain ini. Ya
ALLAH..dalam keadaan begini pun dia masih risaukan orang lain..Ya Allah, Ya
Rahman..lindungilah gadis berhati mulia ini. Peliharalah dia dengan payung
rahmat-Mu Ya Allah..amiiinn.
“kak
Imah?”suara Nuralia membawa Kak Imah kembali kepada realiti.
“Kak Imah
menungkan apa ni..?”nada Nuralia separuh mengusik.
“Tak adalah.
Mana pula kak Imah termenung?”kak Imah pantas menyambung kerjanya.
Barang-barangnya di kemaskan satu persatu. Rasa bersalah semakin bertimpa-timpa
di hatinya.
Nuralia Imani
menagtur langkah menghampiri katil bujang di sudut bilik serda kurang itu.
Pintu bilik telah di tutup rapat.
Pashmina yang
membaluti kepalanya ditanggalkan lalu diletak di rak penyidai kain sembahyang.
Niqab yang melindungi wajahnya juga diletakkan sekali dengan pashmina hitam
tersebut. Buat pertama kalinya dia boleh tidur dengan selesa tanpa niqabnya.
Senyuman nipis terlukis dibibirnya tanpa di paksa.
Pandangannya
disorotkan kesegenap ruang bilik tersebut. Ada satu set katil bujang di tepi
dinding,meja lampu di sisi katil, sebuah almari yang sederhana besarnya, dan
juga rak penyidai kain sembahyang tempat dia meletakkan pashmina dan niqabnya.
Pandangannya ditala ke siling. Hanya ada satu kipas siling dan juga satu lampu
kalimantan panjang.
“Alhamdulillah..sekurang-kurangnya
tak perlulah tidur atas sofa lagi.” Nuralia tersenyum lagi. Badannya direbahkan
ketilam. Hatinya sebak mengenangkan kata-kata Iskandar sebentar tadi. Namun dia
tidak berhak menyesali ketentuan dan takdir ALLAH..
6 comments:
Arin, thanks coz dah letak nombor... tapi awat ada entry2 yg xder? Edit balik ke? Tak sabor nak tau citer seterusnya...
writer, tak post episod lain dh ke?
suka ur story ni. :)
miss seorang wanita: a'ah. kne edit blik *sbb sy pon ala" pning dgn entry" sy..* hehehhe;p
kblakgn ni bz prepare tuk final exm..sorry sgt...
miss umi kalsom: Tq:) insyaallah jka ad klapgn akn diusahakn...:)
nira nira .. nak lagi nak lagi... smbung lahh citer nyer... heeeee
sabaq sedari...after final paper nih ak smbng k. insyaallh:)
Assalamualaikum.Kak Arin,dh nk habis dh baca buku ni.Bestlah.Kak
Arin umo bape?buku apa lg yg kak arin tulis?
Post a Comment