My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

11 February 2011

Qaseh Nuralia Imani 10




                Bab 10
Syed Iskandar menuruni tangga ke ruang makan. Matanya ditala ke ruangan tersebut sehingga ke ruang dapur.
“Hei kau! Sini kejap.” Jerkah Syed Iskandar kepada Nuralia yang sedang membantu perkakas memasak di sinki. Kak Imah turut menoleh. Syed Iskandar sedang menyandarkan tubuhnya pada bingkai pintu dapur sambil merenung tajam kearah Nuralia.
Nuralia merapati Syed Iskandar perlahan. pedih hatinya dengan cara Syed Iskandar memanggilnya tadi tidak di pedulikan.
“malam ni aku ada special guest. Make sure kau masak sedap-sedap. Jangan nak malukan aku.” Ucap Syed Iskandar.
Nuralia hanya mengangguk. Wajahnya masih tenang. Pandangannya dihalakan tepat kewajah Syed Iskandar.
“Kau nak tahu siapa dia?” soal Syed Iskandar. Wajahnya di dekatkan setentang dengan wajah Nuralia.
“My sweetheart, Bella.”ucap Syed Iskandar. Dia tersenyum sinis.
Namun wajah Nuralia masih tenang tidak beriak. Dia berkira-kira untuk mengatur langkah untuk menyambung kembali kerjanya yang tertangguh tadi.
Tiba-tiba lengannya di rentap kasar dari belakang.
Wajah tegang Syed Iskandar terbentang dihadapannya. Wajah itu merona merah. Mungkin sedang menanggung amarah.
“Kau memang sengaja nak cabar aku ya?!” tengking Syed Iskandar. Bergema ruang dapur itu dengan suara nyaring Syed Iskandar.
Nuralia hanya menundukkan kepalanya.
Rahang Nuralia dicengkam kuat lalu diangkat kasar untuk memaksa gadis itu memandang wajahnya. Sepasang mata milik gadis itu mulai berkaca.
“Kau tak reti cakap ke? Dah bisu? Ataupun kau ni pekak sebenarnya?!!”sekali lagi suara Syed Iskandar memecah keheningan suasana pagi itu.
Nuralia masih diam, sepi seribu bahasa. Kak Imah yang turut serta menyaksikan situasi itu mula rasa serba salah. Nak masuk campur, hal rumah tangga orang. Namun jika nak dibiarkan sahaja, dia tidak tegar.
“kau nak mati sangat agaknya ya?!”
Masih tiada respons dari Nuralia.
Paaanggg!
Nuralia sudah tersungkur ke lantai. Syed Iskandar pantas mencengkam Pashmina Nuralia lalu di tarik kasar untuk memaksa Nuralia berdiri. Telapak tangan kanannya yang terasa perit tidak diendahkan. Tubuh kecil molek Nuralia di tarik merapati dinding konkrit yang memisahkan ruangan dapur dengan ruang makan.
Dalam beberapa saat, dahi Nuralia sudah mencium dinding konkrit berwarna krim itu.
“Ya Allah…Encik Iskandar! Bawa mengucap!”jerit kak Imah sambil cuba melepaskan Nuralia dari cengkaman Syed Iskandar. Keadaan sudah semakin tegang, dia tidak boleh hanya duduk memeluk tubuh melihat penderitaan Nuralia.
“Kak Imah ketepi. Jangan sibuk hal rumahtangga orang.” Jerkah Syed Iskandar.
 “Dahi puan Nur dah berdarah tu! Kalau ya pun marah, jangan lah sampai nak buruh orang!!” Nuralia ditarik dari cengkaman Syed Iskandar. Nuralia sudah terduduk di lantai. Longlai tubuhnya.
“Buang masa aku saja!”
“Dah lah hodoh, bisu pulak tu!!”
Syed Iskandar merengus geram.
“Entah perempuan mana yang walid dengan ummi kutip untuk dijadikan bini aku ni entah?!”sengaja perkataan kutip itu di tekan. Supaya gadis dihadapannya itu merasa terhina.



Nuralia Imani duduk sendirian di halaman belakang rumah. Terdapat taman mini ala kolonial di situ.
Tanpa sedar fikirannya melayang jatuh pada peristiwa pagi tadi. Masih terasa pedih pada hujung bibirnya. Bengkak serta luka di dahinya masih berdenyut-denyut.
Semenjak dia masuk ke rumah ini, sudah lama rasanya dia tidak berbual dengan sahabat baiknya, Umairah. Rasa rindu datang bertamu di hatinya.
“Jauh mengelamun Puan?” sapa suatu suara. Kak Imah sudah mengambil tempat di sebelahnya.
“Tak adalah kak, Nur saja ambil angin kat sini. Leka pula dengan udara yang nyaman ni..” ucap Nur sambil tertawa kecil.
“Banyakkan bersabar puan..”Kak Imah menepuk bahu Nur penuh kasih.
“Terima kasih ya kak, sebab tolong Nur pagi tadi.”Nuralia tersenyum ikhlas.  Namun baru dia sedar,senyumannya tidak mungkin dapat dilihat Kak Imah.
“Akak kesiankan Puan..”bicara Kak Imah jujur.
“kak, panggil saya Nur sajalah. Saya rasa janggal bila orang panggil saya puan. Tolong ya kak?” rayu Nuralia.
Perlahan-lahan Kak Imah mengangguk faham.
“Tak apalah kak. Mungkin Allah nak uji Nur. Nur redha dengan apa yang terjadi. Kita doa sama-sama, mudah-mudahan..Syed Iskandar akan sedar ke khilafannya.Insyaallah..”ucap Nuralia.
“kak Imah bukan apa Nur. Kak Imah tak sanggup tengok kamu jadi macam ni. Tak sepatutnya dia layan kamu macam ni.” Kak Imah memandang wajah Nuralia. Sayu hatinya melihat kesan luka di dahi Nuralia yang semakin membiru.
“tak apa kak. Nur, Insyaalllah akan cuba sedaya upaya untuk bertahan. Nur sayangkan walid, ummi, Kak Imah, Pak Man..Bik Sri..”bicara Nuralia tersekat di situ. Hatinya sebak tiba-tiba.
“Nur hidup sendirian selama ni kak. Dah lama Nur rindukan suasana keluarga macam ni. Nur tak ada niat buruk pada keluarga ni kak. Nur bukan kejar harta keluarga ni. Nur Cuma mahu berkongsi kasih sayang milik keluarga ni…”
“Mungkin Syed Iskandar salah faham. Sebab tu dia marah sangat dengan saya. Sebab saya, dia tak boleh kahwin dengan kekasih hatinya.”sayu suara Nuralia.
“Akak anggap Nur macam adik kandung akak sendiri.” Tubuh Nuralia di tarik ke dalam pautan eratnya.
“sebab tu Nur akan sedaya upaya bertahan. Nur tak menyesal dan salahkan Allah atas apa yang berlaku. Andai kata Nur tak setuju dengan permintaan walid dan ummi, Nur takkan pernah kenal seorang kakak yang sangat baik, macam kak Imah.”
“Semua perkara yang terjadi, ada hikmah yang kita tak nampak.”ucap Nuralia.
Kak Imah tersenyum. Sungguh Nuralia ini insan istimewa. Satu dalam sejuta. Begitu luhur budinya. Dia jatuh sayang pada gadis ini pada pertemuan mereka yang pertama. Iaitu pada hari pernikahan Syed Iskandar Zulkarnain dengan gadis bernama Nuralia Imani ini. Pandangan mata Nuralia yang redup, begitu indah.
“Nur, akak tanya sikit boleh?”soal Kak Imah. Cuba menukar suasana perbualan.
Nuralia hanya mengangguk.
“Kenapa Nur masih pakai pelindung muka ni dengan tudung dalam rumah ni? Sedangkan  dalam rumah ni hanya ada akak dengan Encik Iskandar saja.”soal Kak Imah berhati-hati. Risau soalannya menyinggung hati gadis itu.
Nuralia terdiam.
“Nur, maaf kalau soalam akak ni menyinggung hati Nur..” Kak Imah mula rasa serba salah.
“sebenarnya Nur dah tetapkan satu syarat. Nur akan buka pelindung wajah ini bila Nur yakin telah bertemu dengan insan yang dapat menjadi pelindung Nur, dunia dan akhirat.”
“Nur akan tetap memakai pelindung ni sampailah suami Nur dapat terima Nur seikhlas hatinya.”ujar Nur.
“Kenapa kak Imah tak pernah dengar sekali pun Nur bercakap dengan Syed Iskandar?” soal kak Imah lagi. Musykil hatinya.
“Nur takut kalau Nur bersuara, keadaan akan bertambah rumit dan tegang.” Jawab Nuralia tenang.
“Sebab Nur mendiamkan diri tulah dia mengamuk sakan dengan Nur.” Kak Imah tahu syed Iskandar sememangnya tidak suka orang yang tenang.
“Nur tak kisah semua tu kak. Biarlah dia nak buat apa pun pada Nur. Tak kisahlah dia nak cakap apa pun pasal Nur. Nur tak dapat halang semua tu. Nur cuma tak nak situasi jadi lebih rumit.” Nuralia masih tenang menegakkan pendiriannya.

1 comments:

Dr.LoVe said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kurang hajau betul Iskandar ni...binatang ke apa...sanggup dia buat Nur macam tu...