My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

11 February 2011

Qaseh Nuralia Imani 11




Bab 11
Syed Iskandar  berjalan beriringan dengan Bella ke ruang makan. Ruangan tersebut terhias indah.
“Please have a seat my lovely queen of heart.” Syed Iskandar menarikkan kerusi untuk Bella sambil mempersilakannya duduk.
“Thanks.” Bella mengukir senyum mendengar Syed Iskandar memanggilnya dengan panggilan itu.
“Nampak best je menu dinner malam ni?” Bella memandang Syed Iskandar yang sedang tersengih disebelah sana meja.
“Anything for you my sweetheart.” Syed Iskandar tersenyum lagi bila senyuman Bella singgah pada pandangannya.
“Smell great la Bie.”Bella menghidu hidangan dihadapannya.
“Maid baru I yang sediakan semua ni” balas Syed Iskandar selamba.
Nuralia yang sedang menuangkan air kedalam gelas kristal di hadapannya di kerling tajam. Namun gadis itu buat-buat tidak dengar sahaja kata-katanya tadi.
“Bie, I tak biasalah makan without spoon and fork.” Bella merengek seperti anak kecil.
“Kau dengar tak? Tunggu apa lagi? Pergilah ambil!” ucap Syed Iskandar kasar. Nuralia meletakkan sudu dan garfu dihadapan Bella.
“You ke maid baru yang masak semua ni?”soal Bella separuh megejek.
“Sayang, dia..”
Belum sempat Syed Iskandar menghabiskan ayatnya, Kak Imah sudah menyangkal.
“Bukan maid, tapi  MENANTU   Tan sri Syed Izzudin dan Puan sri Zarina.” Puding caramel yang disediakan Nuralia diletakkan diatas meja.
“Oh? So you lah Nur? Wife Iskandar?” Bella mempamerkan riak wajah terkejut yang dibuat-buat.
“Really? So, come on join us Nur?” pelawa Bella dengan senyuman plastik dibibir.
“Sayang, you’ll spoil my mood if you really do that okay.” Tajam suara Syed Iskandar memberi amaran. Sempat matanya menghadiahkan jelingan tajam kepada Nuralia.
“Apa you ni Bie..kesian kat wife you.”
“Anyway Nur, cantik dressing you. Tak panas ke pakai macam tu malam-malam macam ni?” soal Bella selamba sambil memerhatikan Nuralia yang mengenakan jubah coklat tua. Pashmina rona coklat muda terlitup kemas di kepalanya. Lengkap dengan niqab yang menjadi pelindung sebahagian besar  wajahnya.
Nuralia hanya mendiamkan diri. Seperti selalu.
“Cantik? Macam tu?” syed Iskandar mengukir senyum sinis.
“Apa masalahnya Bie? Memang cantik apa?” Bella tertawa mengejek.
“Berbungkus  macam mumia you kata cantik sayang?”Syed Iskandar mencebik kepada Nuralia.
“I tak faham betul apa yang walid I tergila-gilakan sangat perempuan tu?”Syed Iskandar menyuap nasi tomato ke mulut.
“Jangan-jangan walid dengan ummi you dah diguna-gunakan dengan dia tak Bie?” ujar Bella selamba. Gelas berisi jus segar dihadapannya itu dicapai lalu dibawa ke mulut.
Kak Imah sudah panas hati. Langkahnya diatur pantas ke ruang makan. Berdesing telinganya mendengarkan perbualan dua orang makhluk Allah itu.
Mangkuk koktel yang dibawanya tadi diletakkan di atas meja.
            “Api neraka lagi beribu kali ganda panasnya..”
            “Lebih baik berbungkus seperti mumia daripada terdedah sana sini. Belum apa-apa dah tahu cacat celanya.” Ucap kak Imah selamba sambil mengatur langkah ke dapur semula.
“Harap nak tayang muka cantik sana sini..kalau hati busuk nak buat apa? Kalau dah make-upnya tebal seinci, dayang senandung pun boleh jadi snow white.”  Kak Imah tidak peduli lagi perang dunia keberapa yang bakal tercetus selepas itu.
Buntang mata Bella mendengar kata-kata kak Imah. Merah padam mukanya disindir begitu. Lebih –lebih lagi oleh Kak Imah. Wajahnya terus mencuka.
Syed Iskandar turut tergamam ditempatnya. Tidak tahu apa yang patut dilakukannya. Dayang senandung pun boleh jadi snow white?
“I nak bailk!” Bella pantas mencapai tas tangannya.
“Sayang, wait!” lengan Bella dicapai Syed Iskandar.
“Sayang…”Syed Iskandar cuba memujuk.
“No! I kata I nak balik, I nak balik jugak. No matter what. Fullstop!”balas Bella. Panas sungguh hatinya.
“Bie, I nak you pecat perempuan tua tak sedar diri tu!”
Syed Iskandar berkecamuk. Kacau!
“Pecat dia kalau you betul sayang I Bie!” jerit Bella bilaman Syed Iskandar hanya berdiam diri.
“Sayang..janganlah macam ni..nanti I suruh Kak Imah minta maaf pada you ya?” Syed Iskandar masih memujuk.
“No!! sekarang I nak you pilih. I atau perempuan tua tak sedar diri tu?!”lengannya yang dicapai Syed Iskandar tadi direntap kasar.
“Sayang, janganlah paksa I pilih macam ni..I sayangkan you more than anything else..”
“so, I nak you halau perempuan tua tu. Now!” lantang suara Bella.
“sayang..”Syed Iskandar mengeluh berat.
“you tahukan, Kak Imah tu pembantu kesayangan walid dan ummi. Susahlah I kalau I buat macam you nak tu. Walid mesti mengamuk besar..”Syed Iskandar kembali mencapai lengan Bella.
“So, you pilih dia lah ni? Okay, fine!”makin tegang suara Bella.
“ My hand please!” Bella merentap tangannya.
“Sayang, wait. I belumhabis cakap lagi ni.” Lengan Bella kembali dicapai oleh Syed Iskandar.
“I tak boleh buang kak Imah sesuka hati sebab dia tahu semua yang I buat pada Nur. Nanti kalau dia report pada walid macam mana. Kan kita juga yang susah?”Syed Iskandar berbisik perlahan ke telinga Bella. Perlahan tubuh Bella ditarik kedalam pelukannya. Cuba memujuk.
Bella berpaling memandang wajah syed Iskandar yang begitu mengharap agar situasinya difahami.
“It’s not my problem.” Bella tersenyum sinis sebelum berkira-kira untuk beredar. Tubuh Syed Iskandar ditolak kasar.
Besar mata Syed Iskandar mendengar ayat yang meluncur dari mulut bella.
“Tepilah!!” tidak cukup tubuh Syed Iskandar ditolak untukmelempiaskan amarahnya, kini Nuralia pula yang menjadi sasarannya. Dahi Nuralia terhantuk keras ke bucu kabinet kayu berhampiran meja makan itu.
Sekali lagi dahi gadis itu tercedera. Darah yang mengalir dari luka di dahi…dan luka dihatinya, semakin parah. Dihadapan matanya, suaminya bermesra dengan perempuan lain. Dengan telinganya sendiri dia mendengar suaminya sendiri memanggil perempuan itu sayang. Matanya dapat melihat susuk tubuh Syed Iskandar yang sedang memandang tepat kearahnya. Ya Allah…. Pandangan  Nuralia semakin berbalam sebelum semuanya lenyap dari pandangan..




Kelopak matanya dibuka. Pandangannya masih berpanar-panar. Kepalanya masih terasa pening. Ketika itu jugalah dia dapat menangkap susuk tubuh yang sedang duduk disebelahnya.
“kak Imah, saya kat mana ni?” Soal Nuralia sambil cuba untuk bangun dari pembaringannya.
“Nur, jangan banyak gerak. Nur belum elok betul lagi tu.” Kak Imah menegahnya untuk bergerak.
“Nur ada kat hospital ni.” Ucap Kak Imah.
“Kat hospital?” Soal Nuralia tergagap-gagap sambil memandang sekeliling. Benar seperti apa yang di beritahu Kak Imah.
“Nur pengsan tadi. Dahi Nur tu luka lagi di kerjakan perempuan gila tu.” Kak Imah membetulkan selimut yang menutupi tubuh Nuralia separas pinggang itu.
Pantas Nuralia merenung wajah kak Imah. Ada satu persoalan yang sedang berlegar-legar dimindanya saat itu.
“Kenapa Nur?”
Kak Imah tersenyum beberapa ketika kemudian.
“Encik Is yang hantar.” Ucap Kak Imah.
Serta merta wajah Nuralia bertukar riak.
“Nur, jangan risau. Dia tak nampak pun apa yang Nur selindungkan selama ni..”Kak Imah masih tersenyum.
“Sebab lepas hantar Nur ke sini, dia terus bergegas cari perempuan gila tu.”sambung Kak Imah perlahan.
Nuralia menarik nafas lega.
“Tapi Nur..” serta merta Nuralia mengangkat wajahnya memandang Kak Imah.
“Dia nampak risau sangat bila tengok kamu pengsan tadi. Belum sempat akak buat apa-apa, dia terus angkat kamu dan cakap nak hantar kamu ke hospital.” Ucap kak Imah sambil mengeluarkan sesuatu dari beg kertas di sisi katil.
Nuralia hanya mendengar.
“Agaknya dia takut Nur saman kekasih hati dia atas tuduhan mencederakan orang dengan sengaja kot?” nuralia tergelak kecil mendengar kata-kata Kak Imah.
“Makan sikit Nur. Mari akak suapkan Nur. Nur  tak makan apa-apa sejak tengah hari tadi sebab sibuk sangat memasak.” Ucap kak Imah sambil membuka penutup bekas berisi bubur itu.
“Terima kasih kak Imah.” Ucap Nuralia sambil tersenyum.
‘Subhanallah..’
Kak Imah mengusap lembut rambut Nuralia. Wajah pucat gadis itu di tenung lama. Andai sahaja Syed Iskandar menunggu bersamanya tadi, mungkin lelaki itu juga akan berpeluang melihat kebenaran yang sedang terbentang di depan mata. Keindahan ciptaan yang Maha Esa.
‘Senyuman pada wajah  masih begitu cantik walau kelihatan sedikit pucat’. Hati Kak Imah berbisik perlahan.
             




1 comments:

Dr.LoVe said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mesti Nur ni cantik macam bidadari..kalau penulis letak gambar Nur sekali kat blog ni mesti best...dpt baca sambil mgambarkan kecantikan Nur...bila baca ni akak dok teringatkan cerita ayat2 cinta sbb heroin pakai niqab...hihihi