My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

11 February 2011

Qaseh Nuralia Imani 12







Bab 12
Banglo dua tingkat itu terasa begitu sepi. Penghuninya kini hanya tinggal dua orang sahaja kerana Kak Imah telah memohon cuti selama seminggu kerana ibunya sedang sakit dikampung. Tiada sesiapa lagi yang dapat diharapkan untuk menjaga ibunya. Dengan hati yang berat, terpaksa juga Kak Imah mengambil cuti. Sungguh! Begitu berat rasa hatinya ketika melangkah keluar dari banglo lewat pagi tadi. Risau hatinya bila mengenangkan Syed Iskandar Zulkarnain akan memperlakukan Nuralia Imani sesuka hatinya. Sedangkan dia ada di dalam rumah itu pun Nur sudah diperlakukan sebegitu kejam, apatah lagi disaat dia tiada! Ya Allah lindungi gadis bernama Nuralia Imani ini..


Seorang wanita pertengahan usia 20-an yang anggun bergaya dengan gaun singkat paras lutut berwarna cyan, baru sahaja melangkah keluar dari bangunan mewah itu. Langkah Syed Iskandar mati di situ. Tidak berkelip matanya memandang gadis tersebut yang sedang tertawa manja disamping seorang lelaki yang berusia dalam awal 50-an. Helaian rambut dikepalanya sudah mula memutih. Tangan lelaki itu melingkar kemas di pinggang gadis itu yang sedang berjalan terhuyung-hayang. Mabuk. Kedua-duanya memboloskan diri ke dalam perut kereta. Kereta mewah yang dipandu lelaki itu meluncur meninggalkan bangunan kelab malam eksklusif itu. Tanpa berlengah, Syed Iskandar mengambil keputusan untuk menyusul dari belakang. Dia mahukan kepastian. Kebenaran di sebalik pengkhianatan ini.

““kami buat semua ni sebab kami fikir untuk kebaikan Is..untuk kebahagiaan Is..”
“Dengan paksa Is buat benda yang Is tak suka? Macam tu?” Iskandar mencebik geram.
“Iskandar..listen to me now. Wanita yang nak di jadikan isteri kamu ni juga akan jadi ibu kepada anak-anak kamu nanti. Mana boleh tangkap muat saja..”ucap Tan sri Izzudin.
“tangkap muat?” Iskandar tertawa sendiri.
“walid bercakap berkenaanTANGKAP MUAT?”sengaja ditekan perkataan tangkap muat itu.
“siapa yang tangkap muat sekarang ni walid?”buntang mata Tan sri Izzudin mendengar kata-kata anaknya itu. Iskandar…
“Is Cuma nak habiskan the rest of my life with someone I know..someone I love..bukan perempuan yang Is tak kenal..”ucap Iskandar tenang.
“Whose? Bella?”                                               
Syed Iskandar terdiam tatkala walidnya menyebut nama kekasihnya itu. Terbayang wajah anggun kekasih hatinya itu. Belum sempat dia berkata apa-apa, walidnya sudah bersuara.
“Perempuan macam tu tak layak masuk dalam keluarga ni. Tak layak menyambung generasi al-Iqrami. Jangan mimpi kamu dapat bawa dia masuk kedalam keluarga ni.”
“Perempuan macam tu tak boleh dibuat keturunan.” Ucap Tan sri Izzudin
Terngiang-ngiang kata-kata walidnya. Syed Iskandar pantas tersedar. Peristiwa dia bertegang urat dengan walidnya sehingga menyebabkan walidnya terlantar di wad. Semua gara-gara mempertahankan pendiriannya. Pendiriannya yang mencintai seorang wanita bernama Bella. Terbit rasa sesal kerana dia mementingkan diri. Pandangannya dihalakan kearah jalan raya yang terbentang dihadapannya. Sebelah tangannya meraup wajah, sebelah lagi masih setia mengawal stereng. 

“Zul, aku nak bagi tau kau something ni.” Luah Azahari ketika mereka menghabiskan masa lapang hujung minggu di kelab equestrian.
“Apahal pula kau ni Arie? Serius semacam je? Kau nak kahwin dengan cucu Queen Elizebert ke?” pecah tawa Syed Iskandar.
“Zul, ni bukan pasal aku la. Tapi pasal kau.” Ucap Arie dengan riak yang masih serius. Langsung tak terkesan dengan usikan Syed Iskandar tadi.
Syed Iskandar Zulkarnain hanya mengangkat kening. Menunggu  bicara lanjut rakan sepermainannya sejak kecil itu.
“Kita kenal sejak kecik lagi, so, aku rasa bersalah kalau aku tak bagi tau kau pasal benda ni.”
Syed Iskandar hanya menunggu bicara lanjut dari Azahari yang bertugas sebagai juruterbang pesawat airbus milik MAS.
“Zul, aku..sebenarnya..”
“Ni sejak bila kau jadi gagap ni Arie? Jatuh saham kapten bus kau tu..”Syed Iskandar tertawa lagi.
“Pasal Bella Zul.” Tutur Azahari lancar. Tawa Syed Iskandar mati serta merta sebaik kawannya itu menyebut nama Bella.
“Kenapa dengan Bella?” soal Syed Iskandar.
Azahari memandang tepat ke wajah Syed Iskandar. Rasa kasihan dan simpati saling berbaur. Patut ke bagi tau dia ni?
“Aku terserempak dengan Bella last week, masa bertugas kat London.”
“oh, dia ada bagi tau aku dia ada fashion show kat sana. Then, ada kerja dengan syarikat pengiklanan kat LA sampai minggu depan.” Syed Iskandar tersenyum.
“Zul, ada benda yang kau patut tahu.”
Berkerut dahi Syed Iskandar mendengar kata-kata Azahari.
“Aku baru terserempak dengan dia kat Paris kelmarin. Sebelum aku flight balik sini. Dia dengan  seorang lelaki dalam lingkungan awal 30-an. Setahu aku, Bella tak ada abang kan?” Azahari memandang wajah syed Iskandar yang sudah beruabah riak.
“Zul, aku rasa..Bella tak serius dengan kau. Dia ada banyak lelaki lain. “
Selesai bicaranya diluahkan, Azahari tersungkur ke lantai. Satu tumbukan padu tepat mengenai wajahnya.
“Kalau kau berani, ulang apa yang kau cakap tadi?!” jerkah Syed Iskandar bagai orang sasau.
“Aku dah banyak kali terserempak dia kat luar sana Zul. Setiap kali aku terserempak dia, dia mesti mengelak. Sebab, lelaki yang aku nampak dengan dia adalah berbeza. Kalau dia tak salah, kenapa mesti mengelak bila nampak aku?!”Azahari masih tidak mahu mengalah. Dia perlu membuka mata kawan baiknya itu.
“Cukup! Aku tak mahu dengar apa-apa lagi!!”
“Jangan kau berani tunjuk muka kau depan aku lagi!” Syed Iskandar melepaskan cengkamannya pada kolar baju T yang dipakai Azahari. Langkahnya diatur meninggalkan Azahari yang masih terduduk dilantai.
“Aku nak kau tahu Zul! Aku buat macam ni sebab kau kawan aku. Aku tak nak tengok kau dipermainkan perempuan macam tu. Tak berbaloi Zul!!” jerit Azahari.


Langkahnya diatur ke lobi hotel, menuju ke kaunter urusan.
“Saya nak tahu no bilik perempuan tadi.” Syed Iskandar merenung wajah gadis yang sedang bertugas di kaunter.
“maaf  encik, maklumat klien adalah sulit.”gadis itu mengukir senyuman.
“Saya kenal bos kamu. Ezany Nidzarief Dato’ Affendi. Beri kerjasama atau kamu akan hilang kerja.” Tenang wajah Syed Iskandar. Pandangan matanya mencerun ke wajah gadis yang kemas menyarung uniform kerjanya.
“218.”balas gadis itu perlahan.



Pintu bilik 218 diketuk bertalu. Loceng pada pintu itu tidak dihiraukannya. Beberapa minit kemudian, wajah Bella dengan rambut yang serabut tersembul dimuka pintu. Gadis itu hanya menyarung robe mandi berwarna putih separas lutut.
“Bie…?” ucap Bella tersekat-sekat. Jemarinya pantas merapikan rambutnya yang masai.
“You buat apa kat sini?”soal Bella perlahan sambil cuba tersenyum. Cuba menyembunyikan perasaan gentarnya melihat wajah ketat kekasih hatinya itu. Dia masak benar perangai Syed Iskandar.
“YOU buat apa kat sini?” Ulang Syed Iskandar dengan suara yang bergetar menahan amarah. Sengaja dia mengulang soalan yang diajukan Bella tadi.
“Errr..”
“Siapa darling?”satu suara dari dalam bilik menyoal. Wajah lelaki itu muncul dari ruang bilik tidur. Hanya bertuala separas lutut.
Tanpa berlengah, Syed Iskandar meluru masuk. Satu tumbukan padu tepat pada wajah lelaki tua itu. Satu tendangan hinggap di perut lelaki itu. Dia jatuh kelantai sambil mengerang sakit.
“Bie! Stop it!”
“Shut up!”satu tamparan hinggap di pipi Bella sebelum dia melangkah keluar dari Deluxe Suite hotel itu.
Fikiran Syed Iskandar Zulkarnain kembali pada realiti. Perlahan-lahan dia bangkit. Langkahnya diatur menghampiri kolam renang. Sungguh fikirannya berkecamuk malam itu. Rasa sesal yang teramat pada walid dan ummi. Rasa bersalah pada Azahari. Seakan seluruh semesta alam sedang mentertawakannya. Geram, sedih, kecewa, marah, benci yang saling berbaur. Sesak dadanya  ketika itu. Emosional sudah menundukkan rasionalnya tika itu. Bisikan syaitan menyebabkan kewarasan akal fikirannya lenyap.













2 comments:

Dr.LoVe said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Padan ngan muka Iskandar...ingat yag dipuja2 selama ini belian..rupanya hanya kaca....

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oh yeah! bella is down! go Nur