My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

23 March 2011

Qaseh Nuralia Imani 18



Bab 18
         

Nuralia menuruti langkah yang diatur Naudir kedalam sebuah bilik di hujung aras 8 menara Al-Iqrami Holdings.
          “Puan tunggu di sini, saya nak selesaikan sesuatu dahulu.” Naudir melangkah keluar dari bilik itu semula dengan tergesa-gesa.
          Suasana sudah mulai sepi. Nuralia perlahan-lahan menarik nafas sedalam yang mungkin. Perlahan-lahan dia bangkit. Pandangannya disorot ke segenap ruangan bilik mesyuarat itu. Bilik itu dihias ringkas dengan mengadunkan elemen ukiran kaligrafi Islam dan juga elemen moden kontemporari. Beberapa gambar ilmuan serta cendekiawan Islam turut menghiasi dinding konkrit. Unik idea penataan bilik mesyuarat tersebut.
          Seketika kemudian, pintu bilik mesyuarat tersebut di kuak dari luar. Naudir melangkah merapati Nuralia.
          “Puan, kita ada masalah besar ni..translator yang sepatutnya ada dalam meeting ni tak dapat datang..dan kami tak dapat cari pengganti sebab masa dah suntuk..” Nada suara Naudir kedengaran amat risau.
          “Err…” kata-kata Nuralia termati apabila pintu bilik tersebut diketu dari luar.
          “Encik Naudir, Encik Nakamura dah sampai..nak minta beliau masuk sekarang ke?” soal seorang gadis yang ayu berbaju kurung moden dan bertudung sedondon.
          “Ha? Dah sampai?”
          “Jemput beliau masuk sekarang..tak baik buat tetamu tertunggu-tunggu..”Ucap Nuralia sambil mengambil tempatnya semula.
          Naudir sudah mati bicara. Tak sudah-sudah masalah datang bertimpa hari itu.
          Sepasang warga asing melangkah masuk dengan diiringi gadis berbaju kurung moden tadi. Naudir menundukkan kepala kepada pasangan Jepun itu sambil berjabat tangan dengan lelaki Jepun tersebut.
          “Selamat datang ke Malaysia dan Al-Iqrami Holdings.”
          “Puan, kenalkan Encik Kusano Nakamura..CEO Vahalla Medical Centre & co.”ucap Naudir sambil mengukir senyum.
          Anzen'na yoru..”Nuralia menundukkan kepala sambil mengucapkan selamat petang kepada pasangan Jepun dihadapannya itu. Dia mengukir senyum.
          Naudir disebelahnya sudah buat pandangan pelik pada Nuralia. Eh? Cakap Jepun ke Puan Nur ni?
          “Haite!”Pasangan Jepun tersebut turut menundukkan kepala.
          Watashi wa jōshi ni kawatte owabi mōshiagemasu. Kare wa watashi wa kare ga kono giron o haichi shi tsuzukeru koto ni okikae raremasu, kyō mo imasendeshita (saya mohon maaf bagi pihak bos saya. dia tidak sihat hari ini, jadi saya akan gantikan tempat dia untuk teruskan perbincangan ini.)” Nuralia memulakan bicara.
          Naudir sudah jatuh rahang mendengar Nuralia menuturkan bahasa Jepun dengan begitu lancar. Ini sudah baik..tanpa sedar Naudir menarik senyum, lega dengan situasi yang mula menampakkan impak positif.
          “Oh.. Watashi wa kare ni mo hayai kaifuku o negatte imasu (saya harap dia akan cepat sembuh..)”ucap Encik Nakamura. Wanita disebelahnya hanya mengangguk.
          “Arigato gozaimas..!” Nuralia sekali lagi menundukkan kepalanya tanda hormat. Nuralia tersenyum melihat wanita di sebelah Encik Nakamura, wanita separuh abad itu masih kelihatan  anggun, sama seperti dahulu.
          “Wareware wa wareware no giron o hajimeru koto ga dekimasu ka?( boleh kita mulakan perbincangan kita?)” ucap Nuralia.
          “Haite!”Encik Nakamura mengangguk setuju.
          Perbincangan dimulakan selepas Encik Nakamura dan wanita disebelahnya mengambil tempat masing-masing.
          Naudir hanya menjadi pemerhati. Perbincangan tersebut berjalan sepenuhnya dalam bahasa yang sepatah haram pun tidak difahaminya. Sesekali  kelihatan Encik Nakamura tertawa mendengar bicara Nuralia. Entah apa yang diperkatakan mereka, Naudir tidak pasti. Seketika kemudian, kelihatan Encik Nakamura menganggukkan kepala tanda faham dengan penjelasan Nuralia. 
          Watashi ga konseputo to wa, hyōji shiyou to suru kangae ga sukidesu.
Hij
ō ni kyōmibukai. Hijō ni hageshii (saya suka akan konsep serta idea yang cuba kamu tampilkan. Sangat menarik. Sangat hebat sekali.)” Encik Nakamura tertawa senang.
          “Arigato..arigato gozaimas!” Nuralia menundukkan kepalanya.
          Watashi wa anata ga sore o kiniitte kurete ureshii (saya gembira tuan sukakannya.)” Nuralia mengukir senyum. Namun dia terlupa senyumannya tidak mungkin dapat dilihat oleh Encik Nakamura mahupun Naudir kerana dia niqab yang di pakainya.
          “Sorekara, watashi wa atode oshiete kureru, anata no kaisha no saisho no ofā o kentō suru (Saya akan pertimbangkan tawaran syarikat kamu dahulu, kemudian saya akan beritahu kemudian.)” Encik Nakamura membelek dokumen proposal yang diserahkan kepadanya.
          “Haite!”Nuralia mengangguk perlahan. Pandangannya ditala pada wanita disebelah Encik Nakamura.
          “Shi Kusano, suru ni wa, yūga de itsumo no yō ni (Puan Kusano, kamu masih anggun seperti dahulu.)” Nuralia memandang Puan Kusano yang hanya berdiam diri dari tadi. Tersentak wanita Jepun itu mendengar Nuralia menyapanya begitu.
          “Arigato..”teragak-agak Puan Kusano menjawab. Dia memandang suaminya disebelah.
          “Wareware wa kore ni sakidatte atta koto mo nai (Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?)” Puan Kusano bertanya sopan.
          “Watashi wa saisho no fujin ni Nippon de atte ita ( Saya pernah berjumpa dengan Puan sewaktu di Jepun dahulu.)”Nuralia membalas.
          “A re?”Puan Kusano sedikit terkejut dengan jawapan Nuralia.
          “Watashi wa shi Kusano no kazoku no ie ni shite kita..( Saya pernah ke kediaman keluarga Encik Kusano..)”
          Sepi. Puan Kusano memandang suaminya dengan dahi berkerut.
          “Inami-chan?!”soalnya tidak percaya.
          “Haite.” Nuralia pantas bangkit selepas Puan Kusano sudah melangkah menghampirinya.
          “Nagai jikan ga nai anata sotsugyō-go, marēshia ni modotte anata o kikanakereba naranai. Anata wa, watashi wa hotondo anata gata o shitte ita koto ga dekimasu.. Kisai o sanshō shite kudasai ! (Lama tidak mendengar khabar kamu selepas kamu tamat pengajian dan pulang ke Malaysia. Kamu Nampak lain..saya hampir tidak dapat kenal kamu!)” Puan Kusano memeluk Nuralia erat.  Encik Nakamura hanya tersenyum. Gembira dapat berjumpa dengan gadis Malaysia ini kembali.
          “Anata wa kono nochi lainkah shigoto ga arimasu ka? Watashi-tachi to issho ni ki nomimono wa.. Tabun watashi-tachi wa nagai.. Chatto ka?  (Kamu ada kerja lainkah selepas ini? Marilah minum bersama kami..mungkin kita boleh bersembang panjang..?) ”pelawa Encik Nakamura. Puan Kusano hanya mengangguk, setuju dengan cadangan suaminya.
          “Watashi wa taisetsuna mono o motte irunode mōshiwake arimasenga, kono hi wa.. Sa renai baai ga arimasu. Gomen ne. (Maaf, untuk hari ini..mungkin tidak boleh kerana saya ada hal penting. Saya minta maaf.)” Nuralia sekali lagi menundukkan kepalanya.
          Ā~ Nai mengapalah. Wareware wa rikai shite( Oh Tidak mengapalah.Kami faham. )” Puan Kusano mengukir senyum.
          “Anata wa koko ni dore kurai sa rete iru ? (Berapa lama kamu di sini?)” soal Nuralia.
          “Ashita made..(Sehingga lusa..)”Balas Encik Nakamura.
          “Akira-chan san wa subete no shuppatsu raishū hikitsugimasu. Kare wa, purojekuto zentai o kanri suru (Akira-chan akan mengambil alih semuanya mulai minggu hadapan. Dia akan menguruskan keseluruhan projek ini.)” Ucap Encik Nakamura.
          Akira-chan wa, buranchi no direkutā sa remasu Vahalla Malaysian..(Akira-chan akan menjadi pengarah cawangan  Vahalla di Malaysia..)”Puan Kusano berbisik ketelinga Nuralia. Encik Nakamura dihujung sana sudah tertawa besar melihat telatah isterinya.
          “Watashi wa anata no kaisha no teikyō shite dōi suru mono to shimasu (saya setuju dengan tawaran syarikat kamu.)”Encik Nakamura akhirnya memutuskan.
          “A re? “Nuralia terkejut dengan kata-kata Encik Nakamura. Eh? Tak perlu pertimbangkan lagi ke?
          Arigatōgozaimasu. Wareware wa shōrai-teki ni mo kyōryoku suru koto ga dekiru to omoimasu (terima kasih tuan. harap kita akan dapat menjalin kerjasama yang baik pada masa hadapan).” Nuralia menundukkan lagi kepalanya.
          Encik Nakamura dan Puan Kusano juga menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Senyuman tidak lekang dari bibir Puan Kusano. Gembira benar dia.
          Watashi-tachi wa jibun ga saisho ni tazuneru ( Kami minta diri dulu.)” Ucap Encik Nakamura sambil bangkit dari tempat duduknya.
          “Haite.” Nuralia turut bangkit.
          “ Inami –chan, Mōichido o sanshō shite kudasai  (Jumpa lagi..)”Puan Kusano memeluk Nuralia kembali. Nuralia hanya mengangguk.
          Anata ni o wakare (selamat jalan tuan).”Nuralia menghantar Encik Nakamura menuju ke dalam lif.  Naudir hanya menuruti langkah Nuralia. Mereka bersama-sama menaiki lif menuju ke lobi syarikat.
          Encik Nakamura serta Puan Kusano bergerak meninggalkan menara Al-Iqrami holdings.
          “Puan, apa dah jadi sebenarnya ni?” soal Naudir, bingung.
          “Awak boleh mula siapkan mou..”Balas Nuralia.
          “Encik Nakamura berminat dengan proposal Encik Is?” Soal Naudir teruja.
          Nuralia hanya mendiamkan diri. Dia tersenyum sebenarnya, namun malangnya, senyumannya tidak mampu dilihat Naudir.
          “Sangat.” Balas Nuralia.
          “Sangat? Alhamdulillah..”Naudir tersenyum senang hati.
          “Tapi..kenapa puan tak cakap awal-awal yang puan boleh bertutur dalam bahasa Jepun? Encik Is ni pun satu..senyap saja..”Naudir mengomel sendirian.
          Nuralia hanya membiarkan Naudir.
“Saya balik dulu lah ya? sini dah selesaikan?” soal Nuralia.
          “Ha..a’ah. sudah. Puan nak kemana? Hospital semula ke?”
          Nuralia hanya mengangguk. Risau pula meninggalkan Syed Iskandar lama-lama.
          “Mari saya hantarkan..bahaya puan ambil teksi sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa pada puan macam mana saya nak jawab dengan encik Is nanti?” Naudir sudah melangkah ke kaunter pertanyaan utama di lobi.




          Syed Iskandar membuka matanya perlahan. Bingkas dia bangkit dari pembaringannya. Terasa seluruh badannya bermandi peluh. Panas yang amat.  Semakin lama, bahang semakin menggigit kulitnya. Pantas pandangannya ditala ke seluruh bilik. Pandangannya terkunci pada sebuah frame gambar disisi ruang tamu mini di dalam ruangan tidur itu. Gambar dia dan Bella semasa mereka pergi bercuti ke Mauritius hujung tahun lepas yang sedang terbakar.
           Sepantas kilat, api tersebut merebak ke permaidani di hujung katil. Api berwarna biru itu semakin marak. Sepantas kilat, Syed Iskandar turun daripada katil menuju kearah bilik air. Sebaldi air di jirus kearah api yang semakin merebak ke katil. Namun, api yang pada asalnya berwarna merah bertukar menjadi biru sebaik Syed Iskandar menyimbahkannya dengan air. Api  biru yang pada mulanya sudah merebak ke katil kini berubah arah menuju kearah tempat dimana Syed Iskandar berdiri. Tergesa-gesa Syed Iskandar berlari menuju ke pintu bilik. Semakin laju langkah yang diatur Syed Iskandar, semakin marak api biru itu menjejaki langkah yang diaturnya.
          Kain langsir pintu sorong berhampiran ruang rehat di rentap keras lalu dilemparkan kearah api biru yang seakan sedang memburunya. Malang baginya apabila api biru itu dengan mudah telah terkena pada baju t-shirt yang di pakainya. Syed Iskandar cuba memadamkan api yang sedang membakar  t-shirtnya itu. Ketika itulah, entah bila masanya, Tan Sri Syed Izzudin dan Puan Sri Zarina berdiri dihadapannya. Wajah keduanya nampak sugul.
          “Walid, ummi……tolong Is..panas!! tolong Ummi…panas…” raung Syed Iskandar, cuba mendapatkan pertolongan walid serta umminya.
          Namun, walid serta umminya hanya kaku tanpa kata. Walidnya masih berwajah sugul sedangkan umminya hanya mampu mengalirkan air mata.
          “Tolong Is ummi….tolong..” rintih Syed Iskandar.
          “Maafkan ummi sayang..ummi tak berdaya..” usai Puan Sri Zarina menuturkannya, sedikit demi sedikit bayangan mereka menghilang.
          “Ummi..!!”jerit Syed Iskandar, api di badannya sudah semakin marak. Pantas langkahnya diatur ketingkat bawah. Cuba mencari kolam renang. Sebaik sahaja dia tiba di gigi kolam renang, langkahnya mati serta merta. Seakan kakinya terpasung kukuh di bumi. Dia tidak berdaya untuk mengorak walau selangkah pun kehadapan sedangkan api biru itu sudah menjilat hampir keseluruhan badannya.
          “Tolong…..!!! panas!!”
          “Sakit….!”rintihnya. Namun keadaan sekeliling sepi. Seakan dia kini berada di suatu tempat yang hanya ada dia saja. Tiada orang lain. Sedang dia meraung kesakitan itu, terdengar suatu suara sedang berkata-kata kepadanya.
          “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Bertaubatlah kamu dengan taubat nasuha, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosamu. Sesungguhnya, pintu rahmat Allah itu luas. Insafilah ke khilafanmu..”
          Sepasang tangan memaut erat lengannya lantas menyedarkannya. Pantas Syed Iskandar menoleh mencari si empunya tangan kecil yang memaut lengannya. Serta merta pasungan kakinya dilepaskan. Lantas tubuhnya terjelepuk ke bumi. Dia sudah tidak punya upaya untuk menyelamatkan diri lagi.
          Syed Iskandar mengamati wajah gadis berpakaian serba putih yang kini sedang memangku kepalanya. Gadis itu masih berwajah tenang. Cukup berseri wajah putih mulus itu dalam persalinan serba putihnya. Entah kenapa, hati  Syed Iskandar terasa lapang dan damai melihat wajah gadis itu. Gadis itu kelihatannya seakan sedang terkumat kamit membaca sesuatu lantas meniup ubun-ubun Syed Iskandar perlahan. Api biru yang menjilat tubuhnya padam sedikit demi sedikit. Disaat itulah tubuhnya terasa amat pedih. Kesan melecur yang teruk diseluruh tubuhnya memperlihatkan luka yang parah.
          “Sakit..pedih..” perlahan dia mengerang sakit yang sudah tidak tertanggung lagi.
          “Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.. (Al- Fatiha ayat 1-7)” gemersik suara gadis itu membisikkannya ketelinga kanan Syed Iskandar. Beberapa ketika kemudian,sedikit demi sedikit kesan luka melecur ditubuh Syed Iskandar pulih.
          Syed Iskandar meneliti tangan serta seluruh tubuhnya. Ternyata semuanya sudah kembali seperti sedia kala. Tiada langsung kesan luka mahupun parut akibat luka melecur tadi. Gadis disisinya dipandang dengan senyuman. Gadis itu menarik senyuman nipis. Senyuman Syed Iskandar mati tiba-tiba saat pandangannya menyapa sepasang mata milik gadis itu. Dia kenal benar sepasang mata itu. Sepasang mata yang sering kali menggoyahkan tembok keegoannya.
          Tangan gadis itu yang masih memaut lengannya dicapai dan di genggam erat. Gadis itu hanya menurut, tidak langsung cuba melepaskan genggaman Syed Iskandar.
          “Nur..terima kasih..” ucapnya perlahan. Bergetar suaranya menahan sebak yang muncul tiba-tiba.
          “Kenapa berterima kasih pada saya?” soal gadis itu lembut.
          “Sebab.. you saved my life.”
          Gadis itu tersenyum lagi.
          “Alhamdulillah. Segala puji hanya pada ALLAH.”ucapnya perlahan.
          Sepantas kilat tubuh disebelahnya ditarik kedalam dakapannya. Tanpa mampu ditahan, air matanya begitu deras mengalir. Nuralia hanya membiarkan kelakuan Syed Iskandar.
          “Saya banyak sakiti awak Nur..sebelum ni..dan sekarang, awak yang selamatkan saya..” pelukan dilepaskan.
          “Biarlah perkara yang lepas menjadi sejarah yang boleh dijadikan pedoman untuk kita memperbaiki diri kita..” balas Nuralia dengan senyuman yang indah menghiasi wajahnya.
          Lama mereka saling berbalas pandangan sebelum senyuman Nuralia bertukar menjadi titisan mutiara jernih yang deras beranak sungai di pipi gebunya. Syed  Iskandar kaget.
          “Kenapa Nur..?” soal Syed Iskandar teragak-agak. Jarinya pantas menyeka mutiara jernih yang membasahi pipi Nuralia.
          Nuralia memandang Syed Iskandar dengan mata yang masih berkaca.
          “Syed Iskandar Zulkarnain al-Iqrami..”ucap Nuralia perlahan.
          Syed Iskandar memandang Nuralia dengan dahi berkerut. Aneh dengan tingkah mendadak Nuralia.
          “Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Redhalah dengan ketentuan-Nya, kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.” Ucap Nuralia sambil menggenggam erat jemari Syed Iskandar.
          “ALLAH sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar..” perlahan Nuralia mengucup lembut dahi Syed Iskandar. Lama. Syed Iskandar mengatup rapat matanya. Hatinya berbunga riang. Entah mengapa dia berperasaan begitu.
          Genggaman Nuralia semakin longgar. Perlahan-lahan Syed Iskandar membuka matanya. Dilihatnya Nuralia sudah bangkit, berdiri tegak dihadapannya. Nuralia mula mengatur langkah meninggalkannya.
          “Nur..! tunggu!” Syed Iskandar cuba mengejar langkah Nuralia, namun sedikit demi sedikit tubuh kecil molek itu hilang di sebalik kabus..
          ‘Air mata itu… untuk apa?’ hati Syed Iskandar berlagu gusar.




          “Nur!!!”
          Syed Iskandar memandang sekeliling. Bingung.
          “Ya ALLAH, Encik Iskandar…kenapa ni?” Kak Imah di sebelahnya di pagut risau. Terkejut benar dia tatkala Syed Iskandar tiba-tiba sahaja terjaga daripada lenanya sambil menyebut nama Nuralia. Pelik-pelik saja perangai budak sorang ni sejak dia masuk wad kelmarin..
          “Kak Imah?” soal Syed Iskandar, masih bingung.
          “Encik tak ape-ape ke? Ada sakit kat mana-mana tak? Nak Kak Imah panggilkan doktor ke?” Kak Imah semakin risau melihatkan wajah Syed Iskandar yang berkerut seakan sedang menanggung kesakitan yang amat.
          “Tak…Is okay.” Balas Syed Iskandar lemah. Cukup-cukuplah dengan perkataan doktor tu..
          “Kak…Nur…”
          “Ada..Puan Nur ada..dia minta Kak Imah tengokkan Encik Is sekejap sebab dia nak solat..” balas Kak Imah sebelum sempat Syed Iskandar menghabiskan bicaranya.
          Syed Iskandar menarik nafas lega sambil meraup wajahnya. Apa semua ni? Kebelakangan ini, lenanya seringkali diganggu mimpi yang aneh.
          “Kak Imah…kenapa macam…” kata-kata Nuralia termati apabila terpandangkan Syed Iskandar yang sudah terpacak 90 darjah ditengah-tengah katil. Kain telekung diangkat sedikit bagi memudahkan dia berjalan merapati katil.
          “Awak okay tak?” soal Nuralia sambil melabuhkan duduk disisi katil.
          “Badan awak panas lagi ke?” Nuralia menekapkan tangannya kedahi dan pipi Syed Iskandar. Lelaki itu diam tidak berkutik.
          “Maaf..tadi saya..” Terasa tubuhnya melayang seketika.
          “Solat.” Sambung Nuralia perlahan. Syed Iskandar semakin mengeratkan dakapannya.
          “Jangan tinggalkan saya.” bisik Syed Iskandar dengan suara yang bergetar menahan sendu.
          Nuralia mengangkat kening. Aneh. Wajah Kak Imah yang berdiri berhampiran katil di pandang sekilas. Wajah wanita separuh abad itu juga nyata memperlihatkan betapa dia tidak menyangka tindakan drastik Syed Iskandar itu.
          “Saya minta maaf..tadi saya pergi solat sekejap..waktu asar dah nak habis..”ucap Nuralia takut-takut. Risau Syed Iskandar mengamuk besar kerana dia menghilangkan diri secara tiba-tiba.
          Syed Iskandar melepaskan pelukannya. Wajahnya ditundukkan bagi menyembunyikan sendunya. Kenapalah dirinya seakan selalu hilang kawalan sewaktu berhadapan dengan gadis bernama Nuralia Imani ni? Selalu sahaja anggota badannya bertindak tanpa arahannya. Buat malu betul laa..
          “ Awak nampak lesu sangat ni. Mandi jom? Biar badan awak segar sikit..” ucap Nuralia sambil berjalan kearah almari besar di sisi kiri katil. Sehelai tuala mandi di capai.
          “Hah?!” buntang mata Syed Iskandar memandang langkah Nuralia. Biar betul?! Mandi sama? Dah putus fius ke perempuan ni?
          “Awak pergi mandi dulu, saya nak turun masak sesuatu untuk awak. Bolehkan?” Tuala mandi sudah bertukar tangan. Nuralia membantu Syed Iskandar bangkit dari katil.
          “Aa..” perlahan Syed Iskandar membalas. Senyuman nipis tersungging di pinggir bibirnya. Haila..otak kau ni yang ada short circuit  Is..ada ke fikir benda gila macam tu…kau overdose ubat apa sampai jadi macam ni ha?
          “Saya turun dulu ye?” Nuralia sudah bergerak ke pintu bilik. Sempat gadis itu mengukir senyum. Senyuman pertama Nuralia untuk Syed Iskandar. Syed Iskandar masih tergamam di pinggir katil. Senyuman itu telah mengusik hatinya. Wajahnya terasa panas tiba-tiba.
          “Demam aku ni makin parah ke? Apesal rasa macam panas semacam je ni?” perlahan-lahan Syed Iskandar melangkah ke bilik air.




          Setelah usai mandi dan berpakaian, Syed Iskandar mengatur langkah menuju ke balkoni dihujung kamar tidurnya. Fikirannya menerawang jauh.
          ‘Zul, hargai apa yang ada didepan kau sebelum kau kehilangannya.’ Wajah tenang arwah Fiq sewaktu mengucapkannya terpahat kukuh dimindanya.
          “Hargai apa yang aku miliki sebelum aku kehilangannya..”tanpa sedar Syed Iskandar mengucapkannya.
          Mutiara jernih tumpah lagi di saat satu persatu memori persahabatan mereka terimbas kembali. Betapa dia merindui gelak tawa dan usikan nakal kawan baiknya itu. Renungannya jatuh pada cahaya berwarna jingga di kaki langit menandakan matahari sudah mula melabuhkan tirainya di ufuk barat.



13 comments:

blinkalltheday said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best sgt...next n3...

ai chika_chan said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cik writer...sgt best!!
next yer

umi kalsom said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best sangat! :)

Seorg wanita... said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best sebab Is dah sedar..hikmah drp demam.. menginsafkan dia.. hopefully dia akan berubah lepas ni jadi suami yg soleh, penyayang dan romantik buat Nur..

Tak sangka Nur pandai cakap jepun dan pernah berada di sana dulu. Siapa Nur ni? Nak tau background dia sblm ni... :-)

kak ida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam....thx for the entry..hebatnya nuralia..tabik spring beribu ribu kali kat dia...sayu bila i baca cerita ni..wanita muslimah..yg sejati..hope mamamt poyo tu insaf dan menyanyangi nuralia dgn sepenuh jiwanya..tahniah buat penulis...hopefully ari ari ada entry utk cerita ni...

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sebenarnya...nur....bukan seperti apa yg SID sangkakan..dia bukan calang-calang orang. bukan semata perempuan yg ummi n walid dia kutip utk dijadikn istrinya.
takdir allah mmg takdir terindah.

scorpiongirl ajaar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cpt wat sambungan....x sbr nk tau ape yg bkl berlaku...

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tryin' my very bezz...stay tuned ya...:))struggle with all of my assgmnts..n class..n lectres...sorry sbb kne tunggu lama..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

I feel that is among the so much vital info for me. And i'm glad studying your article. However should remark on few normal issues, The website taste is perfect, the articles is in reality nice : D. Just right job, cheers
my web page: click through the up coming post

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Asking questions are in fact pleasant thing if you are not understanding anything
fully, however this paragraph offers good understanding
even.

Review my page :: hotgirlsexcam.com

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

I know this web site offers quality based content and extra data, is there any other
site which presents these kinds of things in quality?

Also visit my site www.wildpartygirls.org

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Yesterday, while I was at work, my sister stole my apple ipad
and tested to see if it can survive a thirty foot drop, just so she can be a
youtube sensation. My iPad is now broken and she has 83 views.

I know this is entirely off topic but I had to share it with someone!


Here is my blog; zorporno.com

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nice post. I was checking continuously this blog and I'm impressed! Extremely useful information particularly the last part :) I care for such information a lot. I was looking for this particular information for a long time. Thank you and best of luck.

my blog :: sexygirlchat.net