Bab 18
Nuralia menuruti langkah yang diatur Naudir kedalam sebuah
bilik di hujung aras 8 menara Al-Iqrami Holdings.
“Puan
tunggu di sini, saya nak selesaikan sesuatu dahulu.” Naudir melangkah keluar
dari bilik itu semula dengan tergesa-gesa.
Suasana sudah
mulai sepi. Nuralia perlahan-lahan menarik nafas sedalam yang mungkin.
Perlahan-lahan dia bangkit. Pandangannya disorot ke segenap ruangan bilik
mesyuarat itu. Bilik itu dihias ringkas dengan mengadunkan elemen ukiran
kaligrafi Islam dan juga elemen moden kontemporari. Beberapa gambar ilmuan
serta cendekiawan Islam turut menghiasi dinding konkrit. Unik idea penataan
bilik mesyuarat tersebut.
Seketika
kemudian, pintu bilik mesyuarat tersebut di kuak dari luar. Naudir melangkah
merapati Nuralia.
“Puan, kita
ada masalah besar ni..translator yang sepatutnya ada dalam meeting ni tak dapat
datang..dan kami tak dapat cari pengganti sebab masa dah suntuk..” Nada suara
Naudir kedengaran amat risau.
“Err…”
kata-kata Nuralia termati apabila pintu bilik tersebut diketu dari luar.
“Encik
Naudir, Encik Nakamura dah sampai..nak
minta beliau masuk sekarang ke?” soal seorang gadis yang ayu berbaju kurung
moden dan bertudung sedondon.
“Ha? Dah
sampai?”
“Jemput
beliau masuk sekarang..tak baik buat tetamu tertunggu-tunggu..”Ucap Nuralia
sambil mengambil tempatnya semula.
Naudir
sudah mati bicara. Tak sudah-sudah masalah datang bertimpa hari itu.
Sepasang
warga asing melangkah masuk dengan diiringi gadis berbaju kurung moden tadi.
Naudir menundukkan kepala kepada pasangan Jepun itu sambil berjabat tangan
dengan lelaki Jepun tersebut.
“Selamat
datang ke Malaysia dan Al-Iqrami Holdings.”
“Puan,
kenalkan Encik Kusano Nakamura..CEO Vahalla Medical Centre & co.”ucap
Naudir sambil mengukir senyum.
“Anzen'na
yoru..”Nuralia menundukkan kepala sambil mengucapkan selamat petang kepada
pasangan Jepun dihadapannya itu. Dia mengukir senyum.
Naudir
disebelahnya sudah buat pandangan pelik pada Nuralia. Eh? Cakap Jepun ke Puan
Nur ni?
“Haite!”Pasangan
Jepun tersebut turut menundukkan kepala.
“Watashi
wa jōshi
ni kawatte owabi mōshiagemasu. Kare wa watashi
wa kare ga kono giron o haichi shi tsuzukeru koto ni okikae raremasu, kyō
mo imasendeshita (saya mohon maaf bagi pihak bos
saya. dia tidak sihat hari ini, jadi saya akan gantikan tempat dia untuk
teruskan perbincangan ini.)” Nuralia memulakan bicara.
Naudir sudah jatuh rahang mendengar
Nuralia menuturkan bahasa Jepun dengan begitu lancar. Ini sudah baik..tanpa
sedar Naudir menarik senyum, lega dengan situasi yang mula menampakkan impak
positif.
“Oh.. Watashi
wa kare ni mo hayai kaifuku o negatte imasu (saya harap dia akan cepat
sembuh..)”ucap Encik Nakamura. Wanita disebelahnya hanya mengangguk.
“Arigato gozaimas..!” Nuralia sekali
lagi menundukkan kepalanya tanda hormat. Nuralia tersenyum melihat wanita di
sebelah Encik Nakamura, wanita separuh abad itu masih kelihatan anggun, sama seperti dahulu.
“Wareware wa wareware no giron o
hajimeru koto ga dekimasu ka?( boleh kita mulakan perbincangan kita?)” ucap
Nuralia.
“Haite!”Encik Nakamura mengangguk
setuju.
Perbincangan dimulakan selepas Encik
Nakamura dan wanita disebelahnya mengambil tempat masing-masing.
Naudir hanya menjadi pemerhati.
Perbincangan tersebut berjalan sepenuhnya dalam bahasa yang sepatah haram pun
tidak difahaminya. Sesekali kelihatan
Encik Nakamura tertawa mendengar bicara Nuralia. Entah apa yang diperkatakan
mereka, Naudir tidak pasti. Seketika kemudian, kelihatan Encik Nakamura
menganggukkan kepala tanda faham dengan penjelasan Nuralia.
“Watashi ga konseputo to wa, hyōji shiyou to suru
kangae ga sukidesu.
Hijō ni kyōmibukai. Hijō ni hageshii (saya suka akan konsep serta idea yang cuba kamu tampilkan. Sangat menarik. Sangat hebat sekali.)” Encik Nakamura tertawa senang.
Hijō ni kyōmibukai. Hijō ni hageshii (saya suka akan konsep serta idea yang cuba kamu tampilkan. Sangat menarik. Sangat hebat sekali.)” Encik Nakamura tertawa senang.
“Arigato..arigato
gozaimas!” Nuralia menundukkan kepalanya.
“Watashi wa anata ga sore o kiniitte kurete ureshii (saya gembira tuan sukakannya.)” Nuralia
mengukir senyum. Namun dia terlupa senyumannya tidak mungkin dapat dilihat oleh
Encik Nakamura mahupun Naudir kerana dia niqab yang di pakainya.
“Sorekara, watashi wa atode oshiete
kureru, anata no kaisha no saisho no ofā o kentō suru (Saya akan pertimbangkan tawaran syarikat kamu
dahulu, kemudian saya akan beritahu kemudian.)” Encik Nakamura membelek
dokumen proposal yang diserahkan kepadanya.
“Haite!”Nuralia mengangguk perlahan. Pandangannya
ditala pada wanita disebelah Encik Nakamura.
“Shi Kusano, suru ni wa, yūga
de itsumo no yō ni
(Puan Kusano, kamu masih anggun seperti dahulu.)” Nuralia
memandang Puan Kusano yang hanya berdiam diri dari tadi. Tersentak wanita Jepun
itu mendengar Nuralia menyapanya begitu.
“Arigato..”teragak-agak Puan Kusano
menjawab. Dia memandang suaminya disebelah.
“Wareware wa kore ni sakidatte atta
koto mo nai (Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?)” Puan Kusano bertanya
sopan.
“Watashi wa saisho no fujin ni Nippon
de atte ita ( Saya pernah berjumpa dengan Puan sewaktu di Jepun dahulu.)”Nuralia
membalas.
“A re?”Puan Kusano sedikit terkejut
dengan jawapan Nuralia.
“Watashi wa shi Kusano no kazoku no ie
ni shite kita..( Saya pernah ke kediaman keluarga Encik Kusano..)”
Sepi. Puan Kusano memandang suaminya
dengan dahi berkerut.
“Inami-chan?!”soalnya tidak percaya.
“Haite.” Nuralia pantas bangkit
selepas Puan Kusano sudah melangkah menghampirinya.
“Nagai jikan ga nai anata sotsugyō-go, marēshia ni modotte anata o kikanakereba naranai. Anata wa,
watashi wa hotondo anata gata o shitte ita koto ga dekimasu.. Kisai o sanshō shite kudasai ! (Lama tidak mendengar khabar kamu
selepas kamu tamat pengajian dan pulang ke Malaysia. Kamu Nampak lain..saya
hampir tidak dapat kenal kamu!)” Puan Kusano memeluk Nuralia erat. Encik Nakamura hanya tersenyum. Gembira dapat
berjumpa dengan gadis Malaysia ini kembali.
“Anata wa kono nochi lainkah shigoto
ga arimasu ka? Watashi-tachi to issho ni ki nomimono wa.. Tabun watashi-tachi
wa nagai.. Chatto ka? (Kamu ada kerja
lainkah selepas ini? Marilah minum bersama kami..mungkin kita boleh bersembang
panjang..?) ”pelawa Encik Nakamura. Puan Kusano hanya mengangguk, setuju
dengan cadangan suaminya.
“Watashi wa taisetsuna mono o motte
irunode mōshiwake arimasenga, kono hi wa.. Sa renai baai ga
arimasu. Gomen ne. (Maaf, untuk hari ini..mungkin tidak boleh kerana saya
ada hal penting. Saya minta maaf.)” Nuralia sekali lagi menundukkan
kepalanya.
“Ā~ Nai mengapalah. Wareware wa rikai shite( Oh Tidak
mengapalah.Kami faham. )” Puan Kusano mengukir senyum.
“Anata wa koko ni dore kurai sa rete
iru ? (Berapa lama kamu di sini?)” soal Nuralia.
“Ashita made..(Sehingga lusa..)”Balas
Encik Nakamura.
“Akira-chan san wa subete no shuppatsu
raishū
hikitsugimasu. Kare wa, purojekuto zentai o kanri suru (Akira-chan akan
mengambil alih semuanya mulai minggu hadapan. Dia akan menguruskan keseluruhan
projek ini.)” Ucap Encik Nakamura.
“Akira-chan wa, buranchi no direkutā
sa remasu Vahalla Malaysian..(Akira-chan
akan menjadi pengarah cawangan Vahalla di
Malaysia..)”Puan Kusano berbisik ketelinga
Nuralia. Encik Nakamura dihujung sana sudah tertawa besar melihat telatah
isterinya.
“Watashi wa anata no kaisha no teikyō shite dōi suru mono to shimasu (saya setuju dengan tawaran syarikat kamu.)”Encik Nakamura akhirnya
memutuskan.
“A re? “Nuralia terkejut dengan
kata-kata Encik Nakamura. Eh? Tak perlu pertimbangkan lagi ke?
“Arigatōgozaimasu.
Wareware wa shōrai-teki ni mo kyōryoku
suru koto ga dekiru to omoimasu (terima kasih tuan. harap kita akan dapat menjalin kerjasama yang baik
pada masa hadapan).” Nuralia menundukkan lagi kepalanya.
Encik
Nakamura dan Puan Kusano juga menundukkan kepala sebagai tanda hormat. Senyuman
tidak lekang dari bibir Puan Kusano. Gembira benar dia.
“Watashi-tachi
wa jibun ga saisho ni tazuneru ( Kami minta diri dulu.)” Ucap Encik Nakamura sambil
bangkit dari tempat duduknya.
“Haite.”
Nuralia turut bangkit.
“
Inami –chan, Mōichido
o sanshō
shite kudasai (Jumpa lagi..)”Puan Kusano memeluk Nuralia
kembali. Nuralia hanya mengangguk.
“Anata ni o wakare (selamat
jalan tuan).”Nuralia menghantar Encik Nakamura menuju ke dalam lif. Naudir hanya menuruti langkah Nuralia. Mereka
bersama-sama menaiki lif menuju ke lobi syarikat.
Encik Nakamura serta Puan Kusano
bergerak meninggalkan menara Al-Iqrami holdings.
“Puan, apa dah jadi sebenarnya ni?”
soal Naudir, bingung.
“Awak boleh mula siapkan mou..”Balas
Nuralia.
“Encik Nakamura berminat dengan
proposal Encik Is?” Soal Naudir teruja.
Nuralia hanya mendiamkan diri. Dia
tersenyum sebenarnya, namun malangnya, senyumannya tidak mampu dilihat Naudir.
“Sangat.” Balas Nuralia.
“Sangat? Alhamdulillah..”Naudir
tersenyum senang hati.
“Tapi..kenapa puan tak cakap awal-awal
yang puan boleh bertutur dalam bahasa Jepun? Encik Is ni pun satu..senyap
saja..”Naudir mengomel sendirian.
Nuralia hanya membiarkan Naudir.
“Saya
balik dulu lah ya? sini dah selesaikan?” soal Nuralia.
“Ha..a’ah. sudah. Puan nak kemana?
Hospital semula ke?”
Nuralia hanya mengangguk. Risau pula
meninggalkan Syed Iskandar lama-lama.
“Mari saya hantarkan..bahaya puan
ambil teksi sorang-sorang. Kalau jadi apa-apa pada puan macam mana saya nak
jawab dengan encik Is nanti?” Naudir sudah melangkah ke kaunter pertanyaan
utama di lobi.
Syed
Iskandar membuka matanya perlahan. Bingkas dia bangkit dari pembaringannya.
Terasa seluruh badannya bermandi peluh. Panas yang amat. Semakin lama, bahang semakin menggigit
kulitnya. Pantas pandangannya ditala ke seluruh bilik. Pandangannya terkunci
pada sebuah frame gambar disisi ruang tamu mini di dalam ruangan tidur itu.
Gambar dia dan Bella semasa mereka pergi bercuti ke Mauritius hujung tahun
lepas yang sedang terbakar.
Sepantas kilat, api tersebut merebak ke
permaidani di hujung katil. Api berwarna biru itu semakin marak. Sepantas
kilat, Syed Iskandar turun daripada katil menuju kearah bilik air. Sebaldi air
di jirus kearah api yang semakin merebak ke katil. Namun, api yang pada asalnya
berwarna merah bertukar menjadi biru sebaik Syed Iskandar menyimbahkannya
dengan air. Api biru yang pada mulanya
sudah merebak ke katil kini berubah arah menuju kearah tempat dimana Syed Iskandar
berdiri. Tergesa-gesa Syed Iskandar berlari menuju ke pintu bilik. Semakin laju
langkah yang diatur Syed Iskandar, semakin marak api biru itu menjejaki langkah
yang diaturnya.
Kain
langsir pintu sorong berhampiran ruang rehat di rentap keras lalu dilemparkan
kearah api biru yang seakan sedang memburunya. Malang baginya apabila api biru
itu dengan mudah telah terkena pada baju t-shirt yang di pakainya. Syed
Iskandar cuba memadamkan api yang sedang membakar t-shirtnya itu. Ketika itulah, entah bila masanya,
Tan Sri Syed Izzudin dan Puan Sri Zarina berdiri dihadapannya. Wajah keduanya nampak
sugul.
“Walid,
ummi……tolong Is..panas!! tolong Ummi…panas…” raung Syed Iskandar, cuba
mendapatkan pertolongan walid serta umminya.
Namun,
walid serta umminya hanya kaku tanpa kata. Walidnya masih berwajah sugul
sedangkan umminya hanya mampu mengalirkan air mata.
“Tolong Is
ummi….tolong..” rintih Syed Iskandar.
“Maafkan
ummi sayang..ummi tak berdaya..” usai Puan Sri Zarina menuturkannya, sedikit
demi sedikit bayangan mereka menghilang.
“Ummi..!!”jerit
Syed Iskandar, api di badannya sudah semakin marak. Pantas langkahnya diatur
ketingkat bawah. Cuba mencari kolam renang. Sebaik sahaja dia tiba di gigi
kolam renang, langkahnya mati serta merta. Seakan kakinya terpasung kukuh di
bumi. Dia tidak berdaya untuk mengorak walau selangkah pun kehadapan sedangkan
api biru itu sudah menjilat hampir keseluruhan badannya.
“Tolong…..!!!
panas!!”
“Sakit….!”rintihnya.
Namun keadaan sekeliling sepi. Seakan dia kini berada di suatu tempat yang
hanya ada dia saja. Tiada orang lain. Sedang dia meraung kesakitan itu,
terdengar suatu suara sedang berkata-kata kepadanya.
“Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang. Bertaubatlah kamu dengan
taubat nasuha, nescaya Allah akan mengampunkan dosa-dosamu. Sesungguhnya, pintu
rahmat Allah itu luas. Insafilah ke khilafanmu..”
Sepasang
tangan memaut erat lengannya lantas menyedarkannya. Pantas Syed Iskandar
menoleh mencari si empunya tangan kecil yang memaut lengannya. Serta merta
pasungan kakinya dilepaskan. Lantas tubuhnya terjelepuk ke bumi. Dia sudah
tidak punya upaya untuk menyelamatkan diri lagi.
Syed
Iskandar mengamati wajah gadis berpakaian serba putih yang kini sedang memangku
kepalanya. Gadis itu masih berwajah tenang. Cukup berseri wajah putih mulus itu
dalam persalinan serba putihnya. Entah kenapa, hati Syed Iskandar terasa lapang dan damai melihat
wajah gadis itu. Gadis itu kelihatannya seakan sedang terkumat kamit membaca
sesuatu lantas meniup ubun-ubun Syed Iskandar perlahan. Api biru yang menjilat
tubuhnya padam sedikit demi sedikit. Disaat itulah tubuhnya terasa amat pedih.
Kesan melecur yang teruk diseluruh tubuhnya memperlihatkan luka yang parah.
“Sakit..pedih..”
perlahan dia mengerang sakit yang sudah tidak tertanggung lagi.
“Dengan
nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan
seluruh alam. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan.
Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon
pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. (iaitu) jalan orang-orang yang
Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula
jalan mereka yang sesat.. (Al- Fatiha ayat 1-7)” gemersik suara gadis itu
membisikkannya ketelinga kanan Syed Iskandar. Beberapa ketika kemudian,sedikit
demi sedikit kesan luka melecur ditubuh Syed Iskandar pulih.
Syed
Iskandar meneliti tangan serta seluruh tubuhnya. Ternyata semuanya sudah
kembali seperti sedia kala. Tiada langsung kesan luka mahupun parut akibat luka
melecur tadi. Gadis disisinya dipandang dengan senyuman. Gadis itu menarik
senyuman nipis. Senyuman Syed Iskandar mati tiba-tiba saat pandangannya menyapa
sepasang mata milik gadis itu. Dia kenal benar sepasang mata itu. Sepasang mata
yang sering kali menggoyahkan tembok keegoannya.
Tangan
gadis itu yang masih memaut lengannya dicapai dan di genggam erat. Gadis itu
hanya menurut, tidak langsung cuba melepaskan genggaman Syed Iskandar.
“Nur..terima
kasih..” ucapnya perlahan. Bergetar suaranya menahan sebak yang muncul tiba-tiba.
“Kenapa
berterima kasih pada saya?” soal gadis itu lembut.
“Sebab..
you saved my life.”
Gadis itu
tersenyum lagi.
“Alhamdulillah.
Segala puji hanya pada ALLAH.”ucapnya perlahan.
Sepantas
kilat tubuh disebelahnya ditarik kedalam dakapannya. Tanpa mampu ditahan, air
matanya begitu deras mengalir. Nuralia hanya membiarkan kelakuan Syed Iskandar.
“Saya
banyak sakiti awak Nur..sebelum ni..dan sekarang, awak yang selamatkan saya..”
pelukan dilepaskan.
“Biarlah
perkara yang lepas menjadi sejarah yang boleh dijadikan pedoman untuk kita
memperbaiki diri kita..” balas Nuralia dengan senyuman yang indah menghiasi
wajahnya.
Lama mereka
saling berbalas pandangan sebelum senyuman Nuralia bertukar menjadi titisan
mutiara jernih yang deras beranak sungai di pipi gebunya. Syed Iskandar kaget.
“Kenapa
Nur..?” soal Syed Iskandar teragak-agak. Jarinya pantas menyeka mutiara jernih
yang membasahi pipi Nuralia.
Nuralia
memandang Syed Iskandar dengan mata yang masih berkaca.
“Syed
Iskandar Zulkarnain al-Iqrami..”ucap Nuralia perlahan.
Syed
Iskandar memandang Nuralia dengan dahi berkerut. Aneh dengan tingkah mendadak
Nuralia.
“Takdir
ALLAH adalah takdir terindah. Redhalah dengan ketentuan-Nya, kerana setiap yang
berlaku pasti ada hikmahnya.” Ucap Nuralia sambil menggenggam erat jemari Syed
Iskandar.
“ALLAH
sentiasa bersama hamba-Nya yang sabar..” perlahan Nuralia mengucup lembut dahi
Syed Iskandar. Lama. Syed Iskandar mengatup rapat matanya. Hatinya berbunga
riang. Entah mengapa dia berperasaan begitu.
Genggaman
Nuralia semakin longgar. Perlahan-lahan Syed Iskandar membuka matanya.
Dilihatnya Nuralia sudah bangkit, berdiri tegak dihadapannya. Nuralia mula
mengatur langkah meninggalkannya.
“Nur..!
tunggu!” Syed Iskandar cuba mengejar langkah Nuralia, namun sedikit demi
sedikit tubuh kecil molek itu hilang di sebalik kabus..
‘Air mata
itu… untuk apa?’ hati Syed Iskandar berlagu gusar.
“Nur!!!”
Syed
Iskandar memandang sekeliling. Bingung.
“Ya ALLAH,
Encik Iskandar…kenapa ni?” Kak Imah di sebelahnya di pagut risau. Terkejut
benar dia tatkala Syed Iskandar tiba-tiba sahaja terjaga daripada lenanya
sambil menyebut nama Nuralia. Pelik-pelik saja perangai budak sorang ni sejak
dia masuk wad kelmarin..
“Kak Imah?”
soal Syed Iskandar, masih bingung.
“Encik tak
ape-ape ke? Ada sakit kat mana-mana tak? Nak Kak Imah panggilkan doktor ke?”
Kak Imah semakin risau melihatkan wajah Syed Iskandar yang berkerut seakan
sedang menanggung kesakitan yang amat.
“Tak…Is
okay.” Balas Syed Iskandar lemah. Cukup-cukuplah dengan perkataan doktor tu..
“Kak…Nur…”
“Ada..Puan
Nur ada..dia minta Kak Imah tengokkan Encik Is sekejap sebab dia nak solat..”
balas Kak Imah sebelum sempat Syed Iskandar menghabiskan bicaranya.
Syed
Iskandar menarik nafas lega sambil meraup wajahnya. Apa semua ni? Kebelakangan
ini, lenanya seringkali diganggu mimpi yang aneh.
“Kak
Imah…kenapa macam…” kata-kata Nuralia termati apabila terpandangkan Syed
Iskandar yang sudah terpacak 90 darjah ditengah-tengah katil. Kain telekung
diangkat sedikit bagi memudahkan dia berjalan merapati katil.
“Awak okay
tak?” soal Nuralia sambil melabuhkan duduk disisi katil.
“Badan awak
panas lagi ke?” Nuralia menekapkan tangannya kedahi dan pipi Syed Iskandar.
Lelaki itu diam tidak berkutik.
“Maaf..tadi
saya..” Terasa tubuhnya melayang seketika.
“Solat.”
Sambung Nuralia perlahan. Syed Iskandar semakin mengeratkan dakapannya.
“Jangan
tinggalkan saya.” bisik Syed Iskandar dengan suara yang bergetar menahan sendu.
Nuralia
mengangkat kening. Aneh. Wajah Kak Imah yang berdiri berhampiran katil di
pandang sekilas. Wajah wanita separuh abad itu juga nyata memperlihatkan betapa
dia tidak menyangka tindakan drastik Syed Iskandar itu.
“Saya minta
maaf..tadi saya pergi solat sekejap..waktu asar dah nak habis..”ucap Nuralia
takut-takut. Risau Syed Iskandar mengamuk besar kerana dia menghilangkan diri
secara tiba-tiba.
Syed
Iskandar melepaskan pelukannya. Wajahnya ditundukkan bagi menyembunyikan sendunya.
Kenapalah dirinya seakan selalu hilang kawalan sewaktu berhadapan dengan gadis
bernama Nuralia Imani ni? Selalu sahaja anggota badannya bertindak tanpa
arahannya. Buat malu betul laa..
“ Awak
nampak lesu sangat ni. Mandi jom? Biar badan awak segar sikit..” ucap Nuralia
sambil berjalan kearah almari besar di sisi kiri katil. Sehelai tuala mandi di
capai.
“Hah?!”
buntang mata Syed Iskandar memandang langkah Nuralia. Biar betul?! Mandi sama?
Dah putus fius ke perempuan ni?
“Awak pergi
mandi dulu, saya nak turun masak sesuatu untuk awak. Bolehkan?” Tuala mandi
sudah bertukar tangan. Nuralia membantu Syed Iskandar bangkit dari katil.
“Aa..”
perlahan Syed Iskandar membalas. Senyuman nipis tersungging di pinggir
bibirnya. Haila..otak kau ni yang ada short
circuit Is..ada ke fikir benda gila
macam tu…kau overdose ubat apa sampai jadi macam ni ha?
“Saya turun
dulu ye?” Nuralia sudah bergerak ke pintu bilik. Sempat gadis itu mengukir
senyum. Senyuman pertama Nuralia untuk Syed Iskandar. Syed Iskandar masih
tergamam di pinggir katil. Senyuman itu telah mengusik hatinya. Wajahnya terasa
panas tiba-tiba.
“Demam aku
ni makin parah ke? Apesal rasa macam panas semacam je ni?” perlahan-lahan Syed
Iskandar melangkah ke bilik air.
Setelah
usai mandi dan berpakaian, Syed Iskandar mengatur langkah menuju ke balkoni
dihujung kamar tidurnya. Fikirannya menerawang jauh.
‘Zul,
hargai apa yang ada didepan kau sebelum kau kehilangannya.’ Wajah tenang arwah
Fiq sewaktu mengucapkannya terpahat kukuh dimindanya.
“Hargai apa
yang aku miliki sebelum aku kehilangannya..”tanpa sedar Syed Iskandar
mengucapkannya.
Mutiara jernih
tumpah lagi di saat satu persatu memori persahabatan mereka terimbas kembali.
Betapa dia merindui gelak tawa dan usikan nakal kawan baiknya itu. Renungannya
jatuh pada cahaya berwarna jingga di kaki langit menandakan matahari sudah mula
melabuhkan tirainya di ufuk barat.
13 comments:
best sgt...next n3...
cik writer...sgt best!!
next yer
best sangat! :)
Best sebab Is dah sedar..hikmah drp demam.. menginsafkan dia.. hopefully dia akan berubah lepas ni jadi suami yg soleh, penyayang dan romantik buat Nur..
Tak sangka Nur pandai cakap jepun dan pernah berada di sana dulu. Siapa Nur ni? Nak tau background dia sblm ni... :-)
salam....thx for the entry..hebatnya nuralia..tabik spring beribu ribu kali kat dia...sayu bila i baca cerita ni..wanita muslimah..yg sejati..hope mamamt poyo tu insaf dan menyanyangi nuralia dgn sepenuh jiwanya..tahniah buat penulis...hopefully ari ari ada entry utk cerita ni...
sebenarnya...nur....bukan seperti apa yg SID sangkakan..dia bukan calang-calang orang. bukan semata perempuan yg ummi n walid dia kutip utk dijadikn istrinya.
takdir allah mmg takdir terindah.
cpt wat sambungan....x sbr nk tau ape yg bkl berlaku...
tryin' my very bezz...stay tuned ya...:))struggle with all of my assgmnts..n class..n lectres...sorry sbb kne tunggu lama..
I feel that is among the so much vital info for me. And i'm glad studying your article. However should remark on few normal issues, The website taste is perfect, the articles is in reality nice : D. Just right job, cheers
my web page: click through the up coming post
Asking questions are in fact pleasant thing if you are not understanding anything
fully, however this paragraph offers good understanding
even.
Review my page :: hotgirlsexcam.com
I know this web site offers quality based content and extra data, is there any other
site which presents these kinds of things in quality?
Also visit my site www.wildpartygirls.org
Yesterday, while I was at work, my sister stole my apple ipad
and tested to see if it can survive a thirty foot drop, just so she can be a
youtube sensation. My iPad is now broken and she has 83 views.
I know this is entirely off topic but I had to share it with someone!
Here is my blog; zorporno.com
Nice post. I was checking continuously this blog and I'm impressed! Extremely useful information particularly the last part :) I care for such information a lot. I was looking for this particular information for a long time. Thank you and best of luck.
my blog :: sexygirlchat.net
Post a Comment