My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

09 April 2011

Qaseh Nuralia Imani 20




Bab 20


          “Air mata lelaki amat mahal..jadi, janganlah bazirkan ia. Apa kata awak simpan ianya untuk sesuatu yang gembira?” ringan saja tangan Nuralia mengesat sisa air mata di wajah Syed Iskandar. Apa kau buat ni Nur..don’t go over boundary Nur..things will getting worse if you do so..hatinya mengeluh perlahan sebaik menyedari keterlanjuran tingkahnya. Terlajak pandu kereta masih ada gear reverse..kalau terlajak perbuatan macam mana? Aduhai…
          Syed Iskandar tergamam dengan bicara dan tingkah spontan Nuralia. Sentuhan gadis dihadapannya ini membuatkan hatinya bergetar hebat. Matanya tidak lepas dari merenung ke wajah Nuralia yang masih dilindungi kain organza hitam.
          “Dah nak maghrib ni..mari masuk?” ucap Nuralia sambil cuba melarikan wajahnya. Tidak selesa direnung sebegitu oleh Syed Iskandar.
          Langkahnya mula diatur sambil matanya masih pada wajah Nuralia. Dua langkah memasuki ruangan biliknya, pandangannya sedikit berbalam. Kepalanya mula terasa berat. Spontan kedua belah tangannya memegang kepala.
          “Arghh..” antara dengar dan tidak suaranya.
          “Awak..kenapa ni? Sakit kepala ke?” Nuralia pantas memaut lengan Syed Iskandar lalu memapahnya kekatil. Syed Iskandar berbaring di katil. Kepalanya masih terasa sakit yang amat.
          Seketika kemudian, terasa ada jemari yang sedang mengurut pelipisnya perlahan. Pantas kepalanya didongakkan untuk mencari si pemilik jemari tersebut.
          “Jangan tegangkan urat leher awak..nanti makin sakit kepala awak ni..releks je okay..” ucap suara itu. Sedikit sebanyak, urutan pada pelipisnya itu mengurangkan kesakitan yang sedang ditanggungnya. Suasana mulai menyepi. Masing-masing mengambil keputusan untuk berdiam diri. Kedengaran azan mulai berkumandang menandakan sudah masuk waktu maghrib. Sayup-sayup dan mendayu suara azan itu kedengaran daripada masjid berhampiran.
          “Awak rehat dulu ya. Saya nak solat sekejap.” Ucap Nuralia perlahan sambil turun dari katil bersaiz king itu.
          “Awak tentu dah lapar. Tu yang sampai sakit kepala, sebab perut dah masuk angin. Tapi bubur dengan sup nih dah sejuk..nanti saya panaskan sekejap ya.” dulang berisi bubur dan sup di angkat semula.
          Syed Iskandar tidak menjawab. Hanya sekadar mendiamkan diri. Matanya dipejam perlahan. Nuralia melangkah keluar dari kamar Syed Iskandar menuju ke ruangan dapur.
          Perlahan-lahan Syed Iskandar membuka kembali matanya sebaik terdengar bunyi daun pintu dirapatkan. Satu keluhan berat dilepaskan perlahan. Matanya kembali dipejamkan. Tanpa sedar, dia terlelap.
          “Awak..bangun. Tak elok tidur senja-senja ni..”Ucap Nuralia perlahan sambil melabuhkan duduk di sisi Syed Iskandar. Berkerut dahi Syed Iskandar melihat Nuralia tanpa pelindung wajahnya.
          “Mana penapis habuk kau tu?” spontan Syed Iskandar menyoal seperti tiada perasaan.
          “Ha?” alamak! Baru dia tersedar yang dia terlupa mengenakan niqabnya tadi kerana tergesa-gesa untuk menghantar makanan untuk lelaki ini. Astagfirullah Nur..macammana kau boleh jadi pelupa sangat ni?
          “Err..awak makan ni dulu. Lepas tu boleh makan ubat.” Nuralia tidak mempedulikan soalan Syed Iskandar.
          Mangkuk berisi bubur nasi dan ayam itu di dicapai dan dihulurkan kepada Syed Iskandar. Namun dilihatnya lelaki itu masih berbaring ditempatnya. Tidak langsung menunjukkan tanda-tanda dia akan bangkit. Eh? Dengar ke tidak ni? Ke dia ingat aku tengah cakap dengan perabot dalam bilik dia ni?
          “Awak..makan bubur ni..lepastu makan ubat.” Ulang Nuralia.
          “No. Aku tak ada selera nak makan. Lagi - lagi kau yang masak. Entah apa yang kau masukkan dalam bubur tu.” Sengaja Syed Iskandar mengucapkan bicara tajam yang mungkin akan melukakan perasaan gadis di sisinya ini. Sungguh dia melakukan ini kerana ingin melawan suatu perasaan aneh yang sering muncul disaat dia bersama dengan gadis ini. Suatu perasaan yang menyebabkan dia sukar untuk bernafas. Dengupan jantungnya juga dirasakan berterabur. Semuanya serba tidak kena sekarang.
          “Makanlah sikit..nanti makin melarat pula sakit awak tu..karang tak pasal-pasal kena tahan kat wad lagi..”ucap Nuralia, masih mencuba. Kata-kata kejam Syed Iskandar tadi walaupun melukakan perasaannya, namun tidak terlalu dilayan.
          Demi mendengarkan perkataan ‘wad’ disebut Nuralia tadi, terus Syed Iskandar tidak senang hati. Perlahan-lahan dia menyandarkan tubuhnya ke kepala katil. Mangkuk yang sedang dipegang Nuralia dicapai perlahan. Pantas bubur nasi dan ayam itu disudu dan disuap kemulutnya.
          “Awak…”tidak sempat Nuralia menghalangnya kerana Syed Iskandar terlebih dahulu menyuapkannya kemulutnya.
          “Ahhh..! Panas!!”Segera bubur tersebut diluak kembali. Pantas gelas berisi air masak diatas cabinet disisi katilnya dicapai.
          “Hati-hati..bubur tu panas lagi..”Ucap Nuralia sambil menghulurkan tisu kepada Syed Iskandar. Mangkuk bubur ditangan Syed Iskandar dicapai.
          “Sini saya suap.” Bubur tersebut disudu lalu ditiup perlahan. walaupun sebenarnya, tidak elok untuk meniup makanan mahupun minuman yang panas..namun, dimasa-masa seperti ini, tidak ada cara lain lagi melainkan ini.
          Perlahan bubur itu dibawa kemulut Syed Iskandar. Hendak tak hendak saja Syed Iskandar menyambut suapan tersebut. Perlahan bubur tersebut dikunyahnya sambil matanya tidak henti merenung tajam kewajah tenang gadis dihadapannya ini. Sedap. Bisik hati kecil Syed Iskandar. Saat itu juga matanya mencuri pandang untuk merenung  wajah yang sering dilindungi gadis ini.  Matanya, alisnya, hidungnya, bibirnya, kulit wajahnya. Cantik. Hatinnya merumuskan tanpa sedar.
          Tanpa sedar hampir 5 suapan sudah ditelannya. Ralit benar meneliti wajah gadis itu sehingga tidak sedar hampir habis bubur itu ditelannya. Walhal tadi dengan yakinnya dia mengatakan tidak berselera menjamah makanan tersebut.
          “Nak air ke?” gemersik suara itu kedengaran. Serta merta Syed Iskandar kembali pada realiti.
          “Erm..”balas Syed Iskandar perlahan. Pantas pandangannya dialih ketempat lain. Apa kau buat ni Is…?
          ‘Dia dah mula dah..’ hatinya merungut perlahan kerana dirinya sudah hilang keselesaan. Nafasnya sudah tidak teratur. Terasa sukar untuk bernafas. Seperti bumi sudah kekurangan oksigen saja gamaknya. Jantungnya pula sudah berdegup laju. Entah berapa kalilah denyutan nadinya untuk seminit ketika ini..mungkin dapat menyaingi kadar nadi seseorang yang baru sahaja menamatkan larian. Penyakit apa sebenarnya aku ni..?
          “Tinggal sikit lagi ni, lepas ni boleh lah makan ubat..”Ucap Nuralia sambil kembali menyuakan sudu berisi bubur itu kepada Syed Iskandar.
          “Enough. Tak nak dah. Rasa nak terkeluar balik saja apa yang masuk tadi.” Ucap Syed Iskandar. Nada suaranya sudah mengendur. Hilang seleranya mendengar perkataan ‘ubat’. Sejak dari kecil, itulah yang amat dibencinya-ubat.
          “Okay. Sekarang makan ubat ya.” Ucap Nuralia, persis seorang ibu yang sedang menjaga anak kecilnya yang jatuh sakit.
          “You keluarlah dulu. Nanti I pandai lah nak makan ubat tu sendiri.” Ucap Syed Iskandar sambil membetulkan duduknya. Dari beraku-kau, kini sudah bertukar kepada I –you. Haru kau ni Syed Iskandar Dzulkarnain oi..
          “Saya nak bawa turun sekali ubat-ubat ni sekali.” Nuralia sudah mencapai peket kecil berisi ubat-ubat itu.
          “Nah..”beberapa biji pil dihulurkan kepada Syed Iskandar. Buntang mata lelaki itu melihat jumlah dan saiz pil serta kapsul yang perlu ditelannya. Gila ke apa doktor ni? Nak suruh aku mati ke apa?
          “Makan sebiji je tak boleh ke? Dah lah besar macam ni..kalau tercekik then mati macam mana?” berkerut dahi Syed Iskandar sebaik melihat pil yang dihulurka Nuralia.
          “Mana ada orang meninggal sebab tercekik pil..saya tak pernah dengar lagilah..”balas Nuralia. Pemikiran jenis apa pula ni boleh mati gara-gara tercekik paracetamol?
          “I’ll be the first then..!” ucap Syed Iskandar, masih tidak mahu menyerah kalah. Nuralia gagal menahan tawanya sebaik melihat ekspresi wajah Syed Iskandar tadi. Comel betul, macam budak-budak saja.
          “Awak ni..! bukan-bukan saja..” Nuralia tanpa sedar mengukir senyum mengenangkan perangai Syed Iskandar yang amat keanak-anakan. Syed Iskandar sudah kaku ditempatnya saat terpandangkan senyuman Nuralia. Kelu langsung lidahnya tika itu.
          “Cepat makan ubat ni..lepas tu rehat.” Tanpa sedar Syed Iskandar perlahan-lahan membuka mulutnya perlahan. Nuralia hanya mampu tersenyum melihat telatah Syed Iskandar.
          ‘Eh? Apa benda pahit dalam mulut aku ni?’ Syed Iskandar menggerakkan lidahnya. Oh no! What the hell am I doing just now?!
          “Nur..!” jerit Syed Iskandar spontan lalu tanpa sedar mengakibatkan pil yang masih didalam mulutnya sudah turun melepasi anak tekaknya..sebelum sempat dia meluakkannya kembali. Alamak! Gelas air ditangan Nuralia pantas dicapai. 
          “Awak okay?” soal Nuralia, mulai risau melihat keadaan Syed Iskandar. Eh? Betul-betul tercekik pil pula dah cik abang sorang ni ha..
          Gelas air diberikan kembali kepada Nuralia. Sebuah renungan tajam ditalakan kewajah mulus dihadapannya itu.
          “You almost kill me.”Tajam nada ais batu itu meluncur dari ulas bibir Syed Iskandar.
          “Ha?” pulak dah..bisik hati Nuralia perlahan. Syed Iskandar sudah kembali berbaring. Namun matanya masih tidak henti merenung Nuralia. Perlahan-lahan Nuralia menarikkan comforter separas pinggang Syed Iskandar. Renungan lelaki itu pura-pura tidak diambil peduli. Mangkuk bubur dan sup di masukkan kedalam dulang semula. Begitu juga dengan gelas air.
          “You almost kill me. With your smile.” Ucap Syed Iskandar perlahan dengan mata tertutup. Lain benar dengan nada sebelum ni yang kedengaran amat kasar. Beku pergerakan Nuralia sebaik mendengar kata-kata Syed Iskandar. Serta merta pandangannya ditala kearah lelaki itu. Bingkas dia bangkit. Dulang makanan pantas dicapai sambil berkira kira untuk mengatur langkah. Beberapa langkah diatur meninggalkan ruangan tengah kamar tidur itu sebelum telinganya dapat menangkap sesuatu.
          “Thanks for your attention.” Ucap Syed Iskandar.
          ‘I appreciate your kindness. But please don’t smile just like what you did just before. It’s really killing me..sayang.’ bisik Syed Iskandar sebaik daun pintu bilinnya dirapatkan. Dia sedar, mulai saat ini dia perlu menerima hakikat. Hakikat bahawa hatinya sudah terpaut pada sang bidadari yang sudah sah menjadi miliknya. Sang bidadari yang tertulis di Arash’ Allah sebagai teman hidupnya. 

          Syed Iskandar menggeleng perlahan sambil mengukir senyum. Peristiwa malam semalam menyapa ingatannya.
          “I’m really falling for her.”bisik hati kecilnya perlahan. Figura wajahnya di cermin direnung lama.
          “And I need to do something about that.” Senyuman makin mekar dibibirnya.


          Langkahnya diatur ke ruang dapur. Dilihatnya Nuralia sedang membantu Kak Imah di dapur. Kedengaran tawa halus dari ruang dapur. Entah apalah yang lucu sangat pagi-pagi begini. Langkahnya diatur merapati keduanya. Setapak demi setapak dia merapati Nuralia yang sedang berdiri disisi Kak Imah berhampiran sinki.
          “Morning Nur..you buat apa tu?” hampir jatuh jantung Nuralia apabila terdengar suara menyapanya betul-betul disebelah telinganya. Tubuh lelaki itu yang sedang berdiri betul dibelakangnya sedikit menyentuhnya.
          “Er..tengah buat air..” ucap Nuralia perlahan. Tangannya masih lincah mengacau gula supaya cepat larut kedalam air.
          “Macam mana demam awak tu..? dah okay?” soal Nuralia sambil masih sibuk dengan bancuhan airnya.
          “Demam? Entah..”Balas Syed Iskandar. Sengaja.
          “Eh? Boleh pulak entah? Badan awak panas lagi tak?” soal Nuralia. Apa ke pelik sangat cik abang sorang ni? Badan sendiri sakit pon boleh tak tahu ke?
          Nuralia berpaling menghadap Syed Iskandar yang masih setia berdiri di belakangnya. Tangannya dilekapkan kedahi Syed Iskandar. Jenuh juga dia nak berjengket untuk menyentuh dahi lelaki tinggi lampai itu.
          “Dah tak panas lagi ni..patut lah dah boleh senyum..”ucap Nuralia spontan. Haila..berani pula haa nak mengusik Si S.I.D..kau ni Nur..
          “So, after this tak payah lah  I nak pertaruhkan nyawa untuk telan segala pil tu kan?” ucap Syed Iskandar sambil buat muka comelnya.
          “A’ah. Tak perlu makan dah..pil besar-besar tu..” ucap Nuralia. Teko air dibawa ke meja makan utama. Senyuman lebar terukir dibibir Syed Iskandar.
          “Tapi, kapsul antibiotic tu kena habiskan…walaupun demam dah kebah.” Ucap Nuralia sambil berjalan ke ruang makan utama. Mati terus senyuman Syed Iskandar.
          Perlahan langkahnya diatur ke ruang makan utama. Ketat mukanya.
          “I don’t want to.” Duduknya dilabuhkan diatas kerusi.
          Berkerut dahi Nuralia. Ni kenapa pula..?
          “I hate medicine.”luah Syed Iskandar.
Boleh pulak ha..bisik hati Nuralia.
          “Apa..”mati bicara Nuralia apabila penggera pintu berbunyi sebagai tanda ada orang diluar rumah.
          “Siapa yang datang pagi-pagi ni?” Syed Iskandar menuruti langkah Nuralia yang sedang menghampiri pintu utama. Pintu besar itu dikuak perlahan.
          “Ummi?” ucap Nuralia sepatah.
          “Assalamualaikum..”ucap Puan Sri Zarina.
          “Wa’alaikumsalam.. masuk ummi..”ucap Nuralia sambil menyalami Puan Sri Zarina.
          “Mana Is, Nur?” soal Puan Sri Zarina. Risau benar wajah wanita separuh abad itu. Belum sempat Nuralia menjawab, Syed Iskandar sudah terpacak disisinya.
          “Ummi??”  Syed Iskandar terkejut melihat umminya sudah terpacak dihadapan pintu rumahnya pagi-pagi begini.
          “Macam mana boleh demam ni sayang..ummi dengar sampai masuk wad..”wajah Syed Iskandar dibelek beberapa kali. Tangan umminya diraih lalu disalam.
          “Salah Is sendiri ummi..lagipun tak ada apa sangat pun..sekarang dah okay pun..”Syed Iskandar hanya mampu tersenyum dengan gelagat umminya.
          “Risaunya ummi..Iskandar…!” lirih suara wanita tua itu.
          “Jangan risau ummi..Is dah okay..kan Nur?”Syed Iskandar memeluk bahu Nuralia perlahan.
“Insyaallah ummi,..demam pun dah kebah. Sekarang ni..tinggal nak habiskan antibiotic saje lagi..”sengaja Nuralia membangkitkan perihal ubat antibiotic itu.
          “Kami baru nak breakfast ni ummi..marilah breakfast sekali..”Syed Iskandar sudah menarik umminya ke meja makan. Perempuan ni..tak habis-habis dengan ubat-ubatan dia tu. Macam nurse pencen saja. Haisy!
          “Ummi datang sorang je ke? Walid mana?”soal Syed Iskandar.
          “Ada kat luar tadi..”
          “Assalamualaikum..” Tan Sri Syed Izzudin muncul dari pintu dapur.
          “Dah jumpa anak menantu..suami awak ni awak tinggal je ye Cik Puan Rina oi?”  Tan Sri Syed Izzudin berjalan mengahampiri meja makan.
          “Bukan maam tu bang..saya risau benar tadi..tu yang semua benda dah lupa..” ucap Puan Sri Zarina perlahan.
          “Mari breakfast sekali walid..”Nuralia bangkit menyalami walid. Entah bila, Syed Iskandar juga menuruti langkahnya untuk menyalami walidnya sambil mempersilakan walidnya duduk. Dia mengambil tempat di sebelah Nuralia.
          Tan Sri Syed Izzudin melabuhkan duduknya sambil matanya tidak lepas memandang Syed Iskandar. Apa ke pelik sangat rasanya bila Syed Iskandar jadi sopan macam ni tiba-tiba? Isterinya disebelahnya dipandang dengan kening terjungkit sebelah.
          “Kak Imah, jomlah breakfast sekali..nanti je kemas dapur tu..”Ucap Syed Iskandar sambil membetulkan duduknya. Tan Sri Syed Izzudin dan Puan Sri Zarina saling berpandangan sebaik mendengar kata-kata Syed Iskandar. Betul apa mereka dengar ni?
          “Is, demam Is tu dah kebahkan?”soal Puan Sri Zarina dengan wajah gusar. Manalaha tahu demam panaslah yang menyebabkan Syed Iskandar berperangai pelik macam tu..Namun seketika kemudian,masing-masing mengukir senyum.
          “Ni kenapa senyum-senyum pula?”soal Syed Iskandar, aneh-aneh saja perangai ummi dengan walid ni.
          “Bila ummi dengan walid balik? Bukan sepatutnya walid dengan ummi nak pergi honey moon kat Europe ke?”soal Syed Iskandar separuh mengusik. Umminya yang duduk berhadapan dengannya sempat menghadiahkan jelingan. Pandai anak bujang aku ni nak menggula aku ye..?
          “Walid dengan ummi sampai sini semalam. Pasal vacation  ke Europe tu..walid dengan ummi setuju nak berikan pada kamu. Kan sayang?” walid memandang ummi disebelahnya.
          Tersedak Syed Iskandar mendengar kata-kata walidnya. Ni lawak apa pula..?
          “Pardon walid?” soal Syed Iskandar ragu-ragu. Biar betul walid aku ni?
          “Walid nak kamu berdua yang ganti ummi dengan walid. Walid dah booking tiket flight, hotel untuk kamu menginap..pendek kata..semuanya dah settle, tinggal kamu bawa badan je lagi..” ucap walid sambil tersenyum. Puan Sri Zarina disebelah turut mengukir senyum.
          “Tapi, kerja kat office tu makin banyak..walid. Mana boleh nak cuti sesuka hati macam ni..?” Syed Iskandar member alasan. Why all of this happen all of sudden?  Kalau ya pun bagilah aku masa untuk biasakan diri dulu..nih tiba-tiba setkan vacation..apalah walid denga ummi ni..hati kecil Syed Iskandar merungut sendiri.
          “Vacation tu akhir bulan ni..sempat kamu nak mohon cuti ke nak siapkan mana yang boleh dulu..jangan cari alasan lagi Is..”Puan Sri Zarina sudah dapat menghidu tingkah Syed Iskandar. Tu tak lain tak bukan nak mengelat lah tu..
          “But..speaking about..office..hari ni berapa hari bulan ye?”soal Syed Iskandar sambil cuba mengingat sesuatu.
          “9th April 2011.” Ucap Tan Sri Syed Izzudin. Baru nak ingat hari ni ke encik CEO oi?
          “Proposal Mr Nakamura…”ucap Syed Iskandar. Wajahnya diraup perlahan. Macam mana dia boleh lupa langsung pasal benda sepenting ni?
          “Kenapa dengan proposal tu?”soal Tan Sri Syed Izzudin. Pandangannya dihalakan kepada Nuralia. Nyata gadis itu seperti tidak senang duduk. Nur..apa yang kamu rahsiakan dari kami sebenarnya ni? Apalagi yang kami terlepas pandang berkenaan kamu?
          “Sepatutnya, Is  jumpa Mr Nakamura beberapa hari lepas. Hari yang Is kena tahan kat wad tu..”Ucap Syed Iskandar lemah. Sia-sia saja penat lelahnya menyiapkan proposal tersebut.
          “Is nak call  Naudir kejap.” Syed Iskandar mula berkira-kira untuk bangkit.
          “Tak perlu..”Balas Tan Sri Syed Izzudin. Suasana sudah bertukar genre. Syed Iskandar memandang walidnya dengan dahi berkerut.
          “Tak payah fikir pasal proposal tu lagi dah. Just let bygone be bygone okay. Sekarang ni, focus  untuk segera siapkan kontrak berkaitan sebab minggu depan pihak encik Nkamura tu akan datang untuk tanda MOU dengan syarikat kita.”ucap Tan Sri Syed Izzudin.
          “Nak tanda MOU apa bendanya walid..kalau proposal pun kita tak bentang dekat dia orang?”soal Syed Iskandar pelik.
          “Pasal presentation proposal tu, tak payah risau. Dah ada orang baik hati nak bentangkan untuk kamu. Seseorang yang fasih bertutur dalam bahasa Jepun.” Tan Sri Syed Izzudin sudah tersenyum sambil memandang Nuralia yang hanya diam membisu sejak tadi.
          “Ha? Siapa?”soal Syed Iskandar aneh. Main-mainlah walid ni..!
          “Someone yang kamu kenal je pun. Dan kamu kena berterima kasih pada dia..no matter what.” Ucap Tan Sri Syed Izzudin.
          “Walid kena balik dulu ni..ada temujanji dengan Dato’ Jamal.”ucap Tan Sri Syed Izzudin.
          “Ummi pun ada perjumpaan dengan Untie Faridah kamu pasal Rumah Tautan Kasih tu..”ucap ummi pula.
          Setelah menghantar ummi dan walidnya ke kereta, Syed Iskandar dan Nuralia masuk kerumah semula. Syed Iskandar menyelak helaian akhbar sambil matanya mencuri pandang kearah Nuralia yang sedang menyusun majalah di sudut berhampiran tempat dia duduk.
          “Nur.”panggilnya sepatah. Nuralia menoleh kearahnya.
          “Come.”Ucapnya sepatah. Suaranya dibuat-buat serius.
          ‘Apa pula ni..? dia dah tahu ke? Alamak..nak jawab apa pada dia ni..?’Langkahnya diatur ke arah Syed Iskandar.
          “Ye saya?”ucap Nuralia sambil berdiri disisi Syed Iskandar.
          “Have a seat.” Ruangan disebelahnya ditepuk untuk mengisyaratkan supaya Nuralia mengambil tempat disebelahnya. Nuralia turutkan juga walau hati sudah tidak senang melihat reaksi Syed Iskandar yang serius semacam. Hilang terus aura kanak-kanak riangnya sewaktu cuba mencari alasan kerana tidak mahu makan ubat tadi.
          Lama Syed Iskandar memandang tepat ke wajahnya.
‘Apa pula ni?’ hati Nuralia mula berlagu gusar.
          “I tak nak you guna penapis habuk you ni lagi. From now on and ever after .”ucap Syed Iskandar.
          “Ha?!” eh? bukan dia nak tanya pasal presentation proposal tu ke?
          “Ingat tak time you  masuk wad lepas selamatkan I dulu tu?”soal Syed Iskandar. Nuralia diam sebelum mengangguk perlahan. Kenapa dengan peristiwa tu?
          “Doktor ada cakap dengan I pasal medical record you. Dia tak galakkan you guna penapis habuk you tu dalam keadaan you sekarang ni.” Ucap Syed Iskandar. Wahai Iskandar, pernah ke doktor tu cakap pasal ayat terakhir kau tadi tu?  Hah! Diamlah. Tu alasan jelah. Aku nak dia buka pelindung dia tu depan aku. Tu je . Ada ke depan husband sendiri pun nak pakai benda tu?tak patut tau. Lagipun apa yang dia nak lindung sangat..aku dah nampak semuanya pun.. Hatinya berperang sesama sendiri.
          “So, I rasa..starting from now on..you tak boleh guna lagi pelindung you ni. Sebagai husband you, I ada hak untuk pastikan yang terbaik untuk you. So please, jangan guna lagi benda ni..”ucap Syed Iskandar. Perlahan-lahan dia membetulkan duduknya. Tubuhnya dipalingkan menghadap Nuralia. Sedikit demi sedikit dia merapati tubuh Nuralia yang masih kaku ditempatnya. Jarum peniti yang digunakan untuk mengemaskan kedudukan kain organza itu pada selendang pashmina Nuralia dicabut satu persatu. Kain pelindung itu ditanggalkan dan diletakkan di atas meja kaca dihadapan sofa. Syed Iskandar memandang wajah Nuralia yang sudah menunduk.
          Kedengaran pintu utama diketuk dari luar. Nuralia bangkit lalu berjalan menghampiri pintu utama. Syed Iskandar menyambung bacaannya yang tertangguh tadi.
          “Assalamualikum..” ucap si tetamu. Lelaki itu mengukir senyum.
          “Wa’alaikumsalam.”jawab Nuralia perlahan. Benar-benar tidak menyangka kehadiran tetamu dihadapannya ini.
          “Zarul..?”Nuralia turut mengukir senyum. Gembira dapat bertemu kembali selepas sekian lama.
          “Hai sayang..!”lelaki yang dipanggil Zarul tadi tersenyum riang.
Syed Iskandar yang sedang membaca diruang tamu terus tersentak. Zarul? Sayang?? Apa semua ni??
         





7 comments:

Hafia Hana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nk lg..
cpt mskkn n3 k
x sbr nk tau sape zarul

Seorg wanita... said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alamak! Baru nak bermesra dgn Nur, datanglah pulak tetamu yg tak diundang. Saper Zarul ni? Muhrim ke bukan muhrim Nur? Musykil ni...

kak ida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

salam arin..kak baru lega..bila baca mamat poyo tu da sikit sikit jatuh sayang kat nur...

mcm seorg wanita tu tanya...siap pulak..zarul ni...penat otak dan sakit hati ...bila nak baca mamat poyo tu mesti ingat..nurin nak mainkan perasaan dia..

hoefully next entry nak baca yg molek molek aje pasaal nurin dan mamat poyo..hopefully mrk pi honeymoon dan ceritala babak romatis mrk di Paris..plz..

Izzatti said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mane sambungan ni... huhuu

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

QNI tgh di nilai oleh pihak bwajib:)

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sapa zarul ni??

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haah