My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

06 November 2011

Love make me Smile [1]


Love 1
            Nasha Athierah tergesa-gesa melangkah menghampiri pintu lif. Tangannya mengemaskan kedudukan fail-fail tebal yang di bawanya bersama tadi. Dibuatnya jatuh berselerak kat tengah-tengah lobi ni..buat tambah masalah je!
            Sebaik pintu lif terbuka di tingkat 5, Nasha Athierah segera meluru keluar. Sekilas jam di pergelangan tangan kirinya di jeling. MATILAH KALI NI!
            Mata-mata yang sedang memandangnya dengan senyum sinis tidak di endahkannya. Langkahnya masih laju di atur ke meja kerjanya. Dia sudah lewat hari ini..dan sebaik sebaris nama muncul di benaknya ketika itu, jantungnya makin berdebar hebat. Matilah dia menadah telinga mendengar amarah Ammar Adwan. Sudahlah kebelakangan ini angin bos yang itu sering sahaja turun naik. Tak menentu dan tak mampu di ramal langsung. Sekejap marah-marah sampai satu office ni bergema suara dia memekik. Sekejap lagi diam sambil renung orang macam nak telan hidup-hidup. Selama hampir 6 bulan sejak bosnya itu mula masuk bekerja di pejabat itu, tidak sesiapa pun pernah melihat lelaki bernama Ammar Adwan ini mengukir senyum, apatah lagi bergelak ketawa. Macam hebat sajakan?
            Kaca matanya yang hampir melorot jatuh kerana terlalu tawaduk menunduk sedari tadi cuba di betulkan duduk letaknya semula.
            ‘Minta-mintalah mood Encik Ammar baik hari ni..’ Nasha Athierah memejam mata sesaat dua sambil memanjat doa penuh pengharapan. Tanpa dia sedari..
            “Oh sayangku Ammar Adwan!!” fail-fail tebal yang di peluknya erat ke dada sejak dari awal tadi sudah terbang melayang ke udara. Sepertimana terbang melayang semangatnya sebaik terasa tubuhnya di rempuh sesuatu.
            “Aduh..”Nasha Alia menggosok pinggangnya yang terasa sengal dek kerana terhumban ke lantai. Macam mana dia boleh secuai itu sehingga terlanggar dinding pagi-pagi ni?
            ‘Tapi sejak bila pula ada dinding kat tengah-tengah jalan ni?’ perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Sepasang Clark Un. Morris berwarna hitam berkilat menyapa pandangannya.
            Nasha Athierah hilang rentak nafas. Kertas-kertas dari fail yang sudah tercampak entah ke mana tadi, berselerakan di atas lantai. Suasana sekeliling juga senyap sepi. Dia cuba menarik nafas panjang. Moga-moga debaran yang sedang menggila sedikit reda.
            “Sayang..”satu suara menggumam rendah. Mungkin hanya untuk di dengari olehnya sahaja.  Suara itu begitu hampir dengannya yang masih terduduk di lantai. Serta merta hidungnya sesak dengan bauan ala ‘corporate’. Tom Ford Grey Vertiver! Nasha Athierah meneguk liur yang terasa kesat. Sahlah hari ini bakal tamatnya riwayat dan hikayat seorang Nasha Athierah!
            “Err..” mulut dah tergagap tak tahu nak cakap apa. Namun tangannya masih lagi ligat mencapai kertas-kertas yang masih berselerakan.
            ‘Apa yang aku dah terlepas cakap tadi..’Wajahnya sedikit pun tidak di angkat memandang makhluk tuhan yang sedang tunduk dihadapannya kini.
            Serta merta otaknya dapat mengimbau aksi latahnya tadi. GULP.Tanpa sepatah kata dia terus bangkit untuk segera ke tempatnya. Mahkluk tadi pura-pura tidak di lihatnya.
            “Malunya..malunya..malunyaa!” mulutnya masih mengomel perlahan. Seumur hidup nilah kali pertama dia rasa malu sampai tahap nak korek lubang kemudian tanam kepalanya!
            “Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir!” suara yang sedang jelas menyebut sebaris nama penuh miliknya membuatkan langkah Nasha Athierah mati. Dengan tubuh yang sudah sedikit menggigil, dia berpaling juga. Rela dalam terpaksa.
            “Sa..saya Bos..” ucapnya tersekat-sekat. Mahkluk yang baru sahaja memanggil namanya tadi sedang merenung tajam ke arahnya.
            “Masuk jumpa saya.” Ucap lelaki itu sambil mula mengatur langkah menuju ke arah bilik pejabatnya. Tombol pintu di putar perlahan. Dia kembali berpaling ke belakang sebaik menyedari Nasha Athierah yang masih di meja kerjanya.
            “NOW!!” jeritnya lantang.
            Nasha Athierah sudah hampir terjatuh dari kerusinya dek kerana suara yang bagai petir tadi itu. Raja Suprano agaknya lelaki ni!
            ‘Alamak..’ Nasha Athierah sudah di buru perasaan resah yang makin menggila. Segera dia berlari anak menghampiri pejabat bosnya yang sedang jelas lagi bersuluh sedang marah.
            Perlahan-lahan dia berlalu masuk ke dalam bilik pejabat lelaki itu. Wajah lelaki itu sememangnya sudah memerah sempat di kerlingnya sesaat sewaktu melangkah masuk tadi.
            ‘Bagus eh bos aku ni, dah marah sampai merah muka pun masih nak jadi gentleman kan? Siap buka pintu untuk aku lagi..sweetnya dia ni..’Nasha Athierah mahu mengukir senyum sebaik terpandangkan wajah tegang bosnya itu yang sedang menala pandang ke arah rakan sekerjanya yang lain, terus mati niatnya.
            “Pandang apa?!” jerkahnya lantang. Staf bawahannya yang seakan baru tersedar dari lamunan panjang segera meneruskan kerja masing-masing. Dari tadi ke semuanya sibuk menjadi penonton tayangan percuma diantara Big Boss hensem yang panas baran, Ammar Adwan dan juga Pembantu audit yang comel dan naif, Nasha Athierah. 
            Pintu pejabatnya di hempas kuat. Ammar Adwan berjalan ke meja kerjanya. Matanya tidak lepas memandang Nasha Athierah yang sedang menikus. Ammar Adwan hampir sahaja terlepas tawanya melihat wajah Nasha Athierah sudah pucat dan berpeluh walaupun dalam keadaan pejabatnya yang di lengkapi air-cond.
            Dia berjalan perlahan menuju ke arah tingkap kaca besar di belakang meja kerjanya. Pandangannya di buang jauh ke luar. Cuba menenangkan hatinya yang sedikit di cuit rasa lucu. Depan staf, kena tunjuk personaliti yang baik, *ehem* tegas sebenarnya supaya staf bawahan tak berani nak carik pasal..
            Beberapa saat kemudian dia kembali memalingkan tubuhnya memandang Nasha Athierah yang masih kaku seperti patung cendana di tengah bilik pejabatnya. Gadis itu masih setia merenung lantai.
            ‘Apa cantik sangat ke karpet kat office aku ni?’hatinya berdetik sambil dia menarik senyum sinis di pinggir bibir.
            “Saya nak tengok tangan kiri awak.” Ammar Adwan berkata dengan nada serius. Dia sudah berdiri betul-betul di hadapan Nasha Athierah yang sopan berbaju kurung cotton dengan bungaan berwarna turqoise. Lengkap dengan shawl cotton senada.
            “Err..bos nak buat apa?!” Nasha Athierah spontan mengundur beberapa langkah ke belakang.
            “Bertindak mengikut arahan.” Ucap Ammar Adwan. Soalan Nasha Athierah tidak dihiraukannya.
            “Tapi bos, mak saya kata..kalau bukan muhrim..haram pegang-pegang tangan ni..berdosa..!” Yakin Nasha Athierah mengeluarkan hujahnya. Matanya mencerlung memandang Ammar Adwan yang juga sedang memandangnya.
            “Ada saya kata nak pegang-pegang tangan awak?” soal Ammar Adwan serius.
            Nasha Athierah terkulat-kulat sendirian. ‘Betul juga..’rasa macam nak ketuk kepala ni! Hisy, buat malu lagi!!
            Perlahan-lahan tangan kirinya di angkat dan di tunjukkan di hadapan Ammar Adwan.
            “Jam tangan awak ni jenama apa ?” soal Ammar Adwan sinis.
            Nasha Athierah mencebik geram tanpa sedar. “Tahulah jam tangan bos tu harga hampir beribu..” gumamnya geram. “Saya punya beli kat uptown je!” jawab Nasha Athierah geram. Lupa pada ketakutannya yang hampir menggigil kepala lutut tadi.
            Kedengaran Ammar Adwan tertawa sinis. Nasha Athierah makin panas hati. Lelaki itu sudah melabuhkan duduknya di kerusi empuknya.
            “Jam awak tu masih berfungsi dengan baik tak?” soalnya lagi sambil bersandar pada kerusinya.
            “Ya. Walaupun murah..dan..tiruan, tapi ianya masih berfungsilah!” Nasha Athierah menjawab geram. Nilah perangai orang kaya, suka tunjuk lagak dan perlekehkan orang lain!
            “So, saya rasa awak jelas dengan kesalahan awak.”Ammar Adwan sudah kembali berwajah serius.
            Nasha Athierah yang tadinya yakin membalas setiap kata Ammar Adwan sudah kembali menjadi bisu.
            “Beri satu alasan kukuh.” Ammar Adwan merenung tajam pada Nasha Athierah.
Diam, sepi. Nasha Athierah masih lagi tunduk tanpa sepatah kata.
            “Nasha Athierah!” jerkahan tersebut membuatkan semangatnya terbang melayang.
            “Atau should I..” Ammar Adwan masih dengan renungan tajam ala-ala lasernya pada Nasha Athierah yang sudah seperti cacing kepanasan. Tidak selesa di renung sebegitu.
            “Saya minta maaf bos, saya tahu saya dah lewat!” Nasha Athierah bersuara. Wajah Ammar Adwan yang sedang merenungnya dengan pandangan maha tajam sedari tadi cuba dipandangnya barang sesaat dua.
            “Abang rapidkl buat hal..dia terlambat  sampai..then sebab tulah saya terlambat sampai ke stesen Tasik Selatan..terlambat naik LRT..terlambat naik mono..dan kisahnya..terlambat..sampai ke..”Nasha Athierah segera menundukkan pandangannya. Terasa berderau turun darahnya sebaik melihat wajah Ammar Adwan yang sudah merona merah menahan amarah. Tinggal tunggu turn je nak meletup.
            “Office..” Nasha Athierah menyambung bicaranya perlahan. Hampir saja tidak kedengaran.
            “Apa kata saya ringkaskan alasan awak ni?” Cadang Ammar Adwan. Dia sudah bangkit menghampiri Nasha Athierah yang masih tegak berdiri.
            “Over slept.” Ucap Ammar Adwan sambil memberhentikan langkahnya sebaik dia berhadapan dengan Nasha Athierah.
            “Punca utama masalah ‘terlambat’ awak ni, sebab awak lewat bangun..”
            Nasha Athierah masih tidak berani memanggung kepalanya.
            ‘Eh, cantik juga kasut bos aku ni..high taste kononnya..’ Nasha Athierah ralit memandang kasut yang sedang di sarung Ammar Adwan di lantai.
            “Kan, sayang?” Ammar Adwan menundukkan wajahnya setentang dengan Nasha Athierah.
            Nasha Athierah terkaku. Apa dia panggil aku tadi?
        Segera dia memanggung kepalanya. Ammar Adwan yang sedang tertawa kecil menarik perhatiannya. Bos aku memang hensem meyh..betapa beruntungnya aku dapat tengok dia ketawa hari ni..’ Tanpa sedar dia mengukir senyuman lebar. Hatinya jadi kembang setaman sebaik melihat wajah Ammar Adwan yang sedang tertawa suka. Alangkah indahnya dunia jika dia dan Ammar Adwan adalah ..
            “Hey!”suara keras Ammar Adwan di sebelahnya membuatkan Nasha Athierah jatuh dari syurga angan-angannya. Terpinga-pinga dia memandang Ammar Adwan yang juga sedang merenungnya tajam. GULP. Berangan apa kau ni Sha?
            “Huh!” Ammar Adwan mendengus geram. Time aku tengah marah dia, dia boleh tersenyum lebar macam tengah angau macam tu? Nak mati agaknya perempuan ni..
            “Saya nak awak siapkan report yang saya minta semalam dan hantar sebelum lunch hour nanti.” Ammar Adwan mengeluarkan arahan.
            Hah?! Nasha Athierah jatuh rahang. Tinggal 2 jam lebih je ni..mana nak sempatnya! Kerja yang sedia ada pun dah menimbun, sekarang nak tambah yang baru lagi?
            “Apa tercegat lagi tu?!” sekali lagi bagai nak luruh jantungnya gara-gara suara ala soprano si Ammar Adwan yang sememangnya tidak merdu bak Ning Baizura.
            Tanpa menunggu lama terus saja Nasha Athierah berlalu keluar. Pintu pejabat bosnya di rapatkan.
            Ammar Adwan  melabuhkan duduknya ke sisi meja kerjanya sambil memerhati langkah Nasha Athierah yang sedang melangkah ke meja kerjanya di luar sana melalui tingkap gergasi bercermin gelap di hadapan pejabatnya itu. Kepalanya di geleng beberapa kali.
            Tangannya naik mengusap perlahan kepalanya. Sakitnya masih bersisa. Sudahlah badannya di langgar secara tiba-tiba, kemudian kepalanya pula jadi mangsa tempat fail-fail yang terbang tadi melakukan pendaratan cemas. Nasib tak bergegar otaknya!
            “Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir.”hatinya masih berbekas rasa geram namun entah mengapa bibirnya tergerak untuk mengukir senyum sebaik terkenang si empunya nama tersebut.

           
 __________________
first chapter, harap dapat komen sikit..
jika ada sambutan..bolehlah di teruskan untuk chapter yang berikutnya:D

salam sayang disayang,
ARIN


8 comments:

blinkalltheday said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice intro ..

kak ida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak lagi adik sambung citer ni..apa ek..yg menyebabkan mamat poyo tu garang giler..

aya said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak lagi!

alizah sweet said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cerita nya santai dan menarik,,, sempat lg berangan bila kena marah...he,,he... kelakar sgt dgn sifat nasha yg cuai tu... nice,, story...

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

thanks for reading semua!
insyaallh, nnti sy updated yg ni same okie:D

CoReTAn HaTi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice...next, hehe ^__^

Hamiza said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

next next! huhu

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nice33!!