My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

25 December 2011

Love make me Smile [2]


Love 2
Sejak peristiwa ‘perlanggaran maut’ dengan big bossnya beberapa hari lalu, satu office sibuk nak bercakap-cakap pasal dirinya. Dan lebih memeritkan ada juga insan yang melebelkannya perempuan sundal. Berani menjalin hubungan sulit dengan big boss kerana mahu hidup senang dengan cara yang mudah dan cepat. Seisi pejabat memandang sinis kepadanya hanya kerana satu salah faham.
            ‘Tulah kau ni mulut..cubalah kau tak celopar nak panggil dia sayang bagai dulu...’Nasha Athierah mengeluh lemah sambil matanya masih pada skrin Pcnya. Kerja makin banyak. Beban makin banyak. Sekarang ada pulak manusia-manusia yang suka bercakap ikut sedap mulut. Tak kisah perasaan orang langsung. Cakap tak pakai otak. Kalau ye pun dia ada hubungan ‘istimewa’ seperti yang di dakwa manusia-manusia ni, tak perlulah dia nak bersusah payah bangun pagi-pagi buta. Bersiap nak ke office seawal pagi semata-mata nak kejar bas rapidKL, nak kejar tren..kejar mono lagi.  Duduk layan bos mereka ni je dekat rumah. Bila tak ada duit, minta saja. Tak perlu susah-susah lemah lutut berkejar ke sana ke mari semata-mata tak nak kena marah sebab datang lewat.
            “Huh.” Nasha Athierah menghela nafas berat. Hidupnya benar-benar tertekan kini. Namun untuk mengundur diri dan lari dari segala caci maki ini dia tidak sanggup. Zaman sekarang ni bukan senang nak cari kerja. Jawatan yang disandangnya kini bukan diperolehi dengan cara yang senang.
            “Cepatlah Kak Dian, banyak lagi kerja nak kena settle ni..karang tak siap mengamuk pula Encik Ammar kita tu..” suatu suara berkata-kata. Agak jelas di pendengaran Nasha Athierah kerana kebetulan si empunya suara tadi sedang berjalan di lorong berhampiran meja kerjanya. “Hurm..betul tu Sue..kita ni kenalah kerja bersungguh-sungguh..kalau tak, alamat terbang melayanglah kena jerkah nanti..” satu lagi suara berkata-kata. Sengaja suaranya di lantangkan.
            “Lainlah orang tu..ada imuniti...bolehlah nak duduk termenung depan PC je...” makin sinis nada bicara wanita pertengahan 30-an yang anggun bersut pejabat dengan skirt sendat separas lutut lengkap dengan heels yang tingginya entah berapa inchi. Kalau jatuh silap-silap patah kaki kau. Heh!
            Nasha Athierah memejam rapat matanya. Cuba mengawal rasa hati. Sabar Sha. Ingat ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Sabar tu separuh dari iman.
            Nasha Athierah menarik nafas. Satu persatu nasihat ibunya melayang ke ruang mindanya. Sedikit sebanyak hatinya yang mulai mendidih tadi sedikit menyusut. Bibirnya mengucap istighfar perlahan. Sejuklah hati. Tenanglah hati. Allah itu Maha Mengetahui. Maha Adil.
            “Kalau dah dasar pisau cukur tu..herm!” Wanita tadi masih tidak berputus asa mahu menyakiti hati Nasha Athierah. “Patutlah asyik pakai baju kurung 24 jam..7 hari seminggu..entah-entah nak sembunyikan kerja terkutuk dia tu..”Wanita di sebelahnya tadi pula menyampuk.
            Astaghfirullah. Terasa seluruh tubuhnya menggeletar menahan rasa. Sungguh semua penderaan emosi ini menganggu tumpuan kerjanya. Letih melayan karenah kaki gosip dan si mulut tempayan ni. Tetapi..kenapa si lelaki itu hanya berdiam diri walaupun hampir semua manusia di dalam office ini sibuk menyebarkan khabar angin berkenaan hubungan sulit mereka? Kenapa lelaki itu seperti langsung tidak mengambil peduli? Masih tenang seperti selalu seperti tidak tahu apa-apa? Kenapa??Kenapa??
            Nasha Athierah mengetap bibir. Kelopak matanya terasa panas. Jangan leleh Sha..kau perempuan kuat...
            “Hei Sha!” Jerkah si wanita berskirt sendat separas lutut tadi. Geram pula dia bilamana Nasha Athierah seperti tidak menghiraukan kata-katanya langsung. Gadis itu masih diam menunduk. Masih cuba mengumpul kekuatan. Masih mencuba mengawal rasa hatinya. Ibu kata, amarah hanya akan membunuh rasioanal akal kita.
            Nasha Athierah menganggkat muka memandang wajah si wanita yang sedari tadi sibuk cot cet cot cet berkata itu ini sesedap rasanya. Dia hanya berdiam diri. Tiada sebarang kata terluah dari ulas bibirnya. Tetapi sepasang mata bundarnya merenung tajam ke arah si wanita itu. Ke arah Diana Abdul Rauf. Berumur 35 tahun. Masih bujang.
             Itulah serba sedikit maklumat peribadi si wanita itu.
            “Kau jangan ingat nak menggatal dengan Encik Ammar. Ingat sikit kau tu siapa. Dia tu siapa. Jangan kau harap nak rebut dia dari aku!” tanpa segan silu Diana berkata. Semua orang di office ini tahu bahawasanya Diana Abdul Rauf ini menyimpan rasa pada si encik CEO, Ammar Adwan. Mereka juga faham sangat betapa Diana berusaha gigih untuk menawan sekeping hati sejuk beku milik Ammar Adwan. Namun usahanya tidak satupun menampakkan hasil hingga kini. Dia cukup cantik. Cukup seksi. Cukup menggoda. Tetapi ternyata itu bukan citarasa seorang Ammar Adwan. Lelaki itu benar-benar sukar di jangka.
            Nasha Athierah merengus kasar. Entah siapa nak rampas Encik Ammar tu dari dia entah! Sudah beribu kali dia menjelaskan. Sudah beribu kali juga dia menafikan. Namun, entah bila agaknya perempuan ni nak faham? Susah sangat ke nak faham apa yang di jelaskannya itu? Ataupun perempuan yang sibuk memakai lens berwarna azura blue ni tak faham bahasa melayu dah? Maklumlah..orang mata birukan?
            “Kau ingat dengan muka kau ni..gaya kolot kau yang very the kampung ni..Encik Ammar tu suka lah? Hah?” Diana sudah berdiri tegak dihadapan meja kerja Nasha Athierah. Pekerja yang lain pula malas mahu ambil peduli. Tahu sangat dengan perangai Diana yang selalu ‘moody’ bila Ammar Adwannya di ‘kacau’.
            “Yang Kak Dian nak marah-marah saya ni kenapa? Kan saya dah kata saya dengan Encik Ammar tu tak ada apa-apa. Saya sedar siapa saya ni. Dahlah tak secantik dan se-vogue macam Kak Dian..very the kampung pula tu..” Nasha Athierah meniru gaya dan lenggok Diana sewaktu bercakap padanya tadi.
            Diana merengus kasar. Buntang matanya yang di hiasi lens itu memandang Nasha Athierah.
            Nasha Athierah kerut dahi. Eh? Aku puji dia pun nak marah??  
            “Kau ni....!!!” Diana sudah mengangkat tangannya sambil cuba merapati Nasha Athierah yang sudah buat muka terkejut ala-ala baru nampak hantu Kak Limah. Tom Ford Grey Vertiver. Dia maii dahhh...at last! My hero!!
            ‘Come on Sha get a firm grip on earth. Hero kebendenyer? Kalau betul hero kau, dah lama dah dia datang tolong kau..ni tak, nak tunggu kau hampir mati kena cekik dengar si andartu ni baru dia nak sibuk datang.’ Suara halus itu terus sahaja membunuh angan-angan seindah kebun bunga Nasha Athierah.
            “Apa yang riuh sangat ni?”sapaan dari satu suara serta merta membuatkan suasana pejabat yang sudah sedikit hingar-bingar tadi serta merta sepi.
            “Err..Encik..Amm..Ammar..” Diana spontan membetulkan rambutnya. Wajahnya di maniskan semanis yang boleh. Kalah madu tualang asli tu agaknya.
            Ammar Adwan tidak mengambil pusing Diana yang sudah seperti ‘obor-obor’ di sisinya. Pandangannya tepat menangkap sepasang mata milik Nasha Athierah yang sedikit kemerahan. Apa dah jadi?
            “Come to my office. Both of you.” Tenang nada bicara Ammar Adwan tanpa melepaskan renungannya pada seraut wajah polos milik Nasha Athierah. Selepas menghabiskan bicaranya, Ammar Adwan segera berpaling untuk melangkah ke arah pejabatnya. Sekilas dia menghalakan jelingan tajam ke seluruh ruangan pejabat. Sepantas kilat juga semua staf bawahannya kembali menyambung kerja masing-masing.
            Diana sudah laju menapak menuruti langkah Ammar Adwan. Melenggang lenggok langkahnya persis seorang model sedang berjalan di atas pentas runway. Nasha Athierah pula seperti cacing kepanasan sebaik teringatkan renungan tajam lelaki itu sebentar tadi. Lambat-lambat langkahnya diatur ke bilik pejabat Ammar Adwan. Entah malapetaka apa pula kali ini...
            Buat sekian kalinya dia melepaskan nafas berat.

*selingan* iklan sekejap!



Memperkenalkan:
Ammar Adwan yg baru.

sekian.




           
           _____________________

salam semua.

entah sebab apa tetiba rasa nak kongsi continuation Ad + Sha. tadi selongkar document + nak kemas2 sikit file2 yang dah bersepah seperti sarang cik si Ti..kus dalam drive c ni..TERjumpe chapter ni. alamak. rupenye dah lama siap type, tapi TERlupa nk updated. jd..mintak ampun la sesannggat pd yg tertunggu2 sambungn LOVE MAKE ME SMILE ni..*kalau ad yg tunggulah..*

hehe, so apepun hopefully semua boleh enjoy reading..

psal Ash + Lynn nnti2lah dulu ye? idea semua tengah lemau pasal dorang..sy sendiri pun tak sudi nk bace chapter 21 yg baru siap 6-7 pages tu. boring gila kot. *jujur dan ikhlas kritik diri sendiri*

banyak pulak sy membebel eh? hehe..sorry2..jd lepas bce entry ni..anda rasa puas hati/ tak?
apapun tinggalkan komen sikit please?
*sy hampir hilang semangat untuk meneruskan semua ni (menulis kesemua ceritera ini) kerana....T.T so...helppppp~~ [sebak]*

 readers n followers budiman yg follow CK ni..pleaaaasssseeeee..doakan sy boleh kejar balik mood menulis yang dah lari entah kemana tu...

sedang sebak entah kenapa,
ARIN