My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

29 March 2012

Aurora Hidupku [PROLOG]



PROLOG

            Suasana di Genting Skyway masih agak lengang. Cuaca juga kelihatannya amat baik hari ini. Rasa dingin kawasan tanah tinggi membuatkan tubuhnya sedikit menggeletar.
            ‘Nasib baiklah dah siap sarung sweater awal-awal.’ Sharlyna tersenyum sendiri sambil beriringan dengan Zaara di sebelahnya. Seawal jam 8.00 pagi tadi mereka sudah mengambil bas  untuk ke sini. Datang tanpa perancangan. Tiba-tiba lepas solat subuh tadi, Zaara buat cadangan gila untuk ke Genting. Bosan mahu menghabiskan masa cuti hujung minggu di rumah sahaja katanya.
            “Aku pergi kaunter dulu. Kau tunggu sini kejap.” Zaara sudah berdesup ke kaunter tiket. Namapun pelancongan ekspress, jadi mereka tidak mengambil pakej dengan tiket bas tadi. Sharlyna hanya berdiri memerhati kelibat Zaara di kaunter tiket sambil matanya liar memerhati keadaan sekeliling. Sudah lama juga dia tidak berkunjung ke sini. Kali terakhir dia ke sini adalah semasa mengkuti rombongan sekolah rendah dahulu. Berbelas tahun jugalah.
            “Nah. Jom!” Sekeping tiket di berikan kepada Sharlyna.
            “Eh?” Sharlyna buat muka terkejut.
            “Aku belanja.” Zaara tersengih lebar. “Jom cepat!” Zaara segera menarik tangan Sharlyna yang masih kelihatan terpinga-pinga.
            “Tapi, Zaara...” Sharlyna rasa tidak enak hati.
            “Lah, don’t worry lah. Bonus last year banyak lagi ni. Nanti kau belanja aku pula. Relex sudah.” Bahu Sharlyna di tepuk perlahan.
            “Yelah tu. Bonus besar kan?” Sharlyna tertawa kecil melihat riak wajah Zaara.
            “A’ah, bonus besar, bos pun punyalah hensem!” Zaara berkata nakal.
            Sharlyna hanya mampu menggeleng kepala perlahan. Macam-macam perangai Zaara Nasuha ni!
            “Tulah, aku ajak kau kerja sekali dekat syarikat tu, kau tak nak...”Zaara menyambung.
            Sharlyna senyum sahaja mendengar omelan Zaara. Entah kenapa hatinya seakan berat mahu menuruti cadangan Zaara untuk memohon jawatan di syarikat tempat Zaara bekerja.
           

            “Maaf, lebih muatan. Salah seorang kena keluar dan ambil kereta kabel seterusnya.”Seorang petugas bersuara kepada pengunjung yang sudah pun mengambil tempat di dalam kereta kabel tersebut. Masing-masing saling berpandangan tanpa ada tanda-tanda mahu mengalah untuk keluar dan mengambil kereta kabel seterusnya.
            “Zaara, kau naik dululah.” Sharlyna sudah berkira-kira untuk melangkah keluar. Beg tangan sudah di galas ke bahunya. Kalau macam nilah gayanya, sampai ke sudahlah kereta kabel ni tak bergerak.
            “Aku ikut sekalilah.” Zaara sempat mengerling pengunjung-pengunjung lain di dalam kereta kabel itu. Semua pentingkan diri! Huh!
            ‘Tapi, aku pun sama. Kalau boleh, memang tak nak mengalah.’ Zaara sengih dalam diam.
            “Cik, maaf..tapi ramai lagi yang tunggu nak naik ni. Sekarang, berat dah okay ni. Cik naik sini saja ya?”Petugas itu berkata untuk menegur kelakuan Zaara.
            “Kau naiklah dulu. Aku ada dekat bawah kau je...” Sharlyna berkata sambil tersenyum. Faham benar dengan riak wajah Zaara yang jelas-jelas tidak berpuas hati.
            “Okay.” Zaara kelihatan berat hati melepaskan Sharlyna turun. Niat hatinya mahu menghabiskan masa menikmati permandangan cantik sewaktu menaiki kereta kabel bersama Sharlyna terpadam begitu sahaja. Isy!
            Sharlyna masuk ke dalam perut kereta kabel seterusnya. Selain dia, ada dua orang gadis melayu yang mungkin saja masih menuntut di IPT, dan juga seorang pelancong asing. Lelaki berambut coklat gelap itu tampak santai dengan Jeans dan hoody putih.
            “Hensem kot mat salleh ni..” gadis berblouse kotak-kotak berkata perlahan pada kawannya di sebelah.
            “Tahu tak pe. Tinggi. Tough. Stailo. Memang perfect.” Balas kawannya pula.
            ‘Perfect? Itu baru fizikal luaran, dalaman dia korang belum tahu lagi macam mana wahai adik-adik...’ Sharlyna membidas, namun sekadar dalam hati.
            “Kalau dapat pakwe stock macam ni, serius tak lena tidur aku...” gadis berbaju kotak-kotak tertawa kecil. Dua gadis itu masih memandang pelancong asing tersebut  sambil tersenyum comel tanpa segan silu.
            Sharlyna yang terdengar perbualan gadis-gadis tersebut hanya tersenyum sendiri. ‘Macamlah lelaki Malaysia ni semuanya dah pupus. Ada hati pula nak cari pakwe foreigner macam ni...’pelancong asing tersebut di pandang sekilas.
            Hensem memanglah hensem. Dengan spek mata hitam dia yang penuh gaya tu, memang sekali pandang rasa nak pandang lagi, tapi semua tu tak menjamin apa-apa yang pasti pun.
            Lelaki berhoody putih itu sibuk mengambil gambar sedari tadi. Sepatah pun dia tidak berkata sejak tadi. Sedikit pun tidak mengambil peduli pada mereka bertiga ni. Tak peramah mat salleh ni dik oi!
            ‘Teringin juga nak tahu, dari negara mana agaknya dia ni?’ hati terdetik untuk bertanya, namun tidak mungkin dia akan melakukan itu.
            Tanpa sebarang amaran, kereta kabel terhenti di pertengahan jalan. Tubuh Sharlyna jadi tak seimbang apabila kereta kabel itu bergoyang secara tiba-tiba.
            ‘Alamak! Kereta kabel ni nak jatuh ke? Ke dah rosak? Stuck kat sini ke?’hati jadi makin cuak. Melihatkan keadaan  di luar tingkap kereta kabel, membuatkan Sharlyna jadi gayat. Tegal bulu roma apabila si otak sudah membayangkan bagaimana keadaannya jika kereta kabel ini terhempas ke bawah. Haiyaa! Ngeri!
            Sharlyna memejam matanya serapat mungkin. Cuba mengusir andaian yang tidak-tidak. Tanpa di duga, kereta kabel itu kembali bergoncang, malah sedikit kuat dari yang tadi membuatkan Sharlyna terhuyung-hayang menstabilkan diri sendiri.
            Sepasang lengan yang menahan tubuhnya dari jatuh terduduk di lantai, membuatkan Sharlyna menarik nafas lega. Nasib tak jatuh terduduk. Kalau tidak, buat malu je dekat pelancong asing yang hensem tu. Mungkin  dua orang gadis tadi yang membantunya.
            ‘Terima kasihlah dik..’ Sharlyna cuba berdiri semula. Dia mula berpaling untuk mencari raut wajah dua orang gadis di sebelahnya tadi.
            Namun...
            “Akak okay?” soal mereka di penjuru sana kereta kabel. Eh? Kenapa mereka berdiri nun jauh di sana? Habis yang tolong aku tadi siapa pula?
            Segera Sharlyna berpaling ke belakang. Siapa lagi yang ada di situ selain dua orang gadis tadi jika bukan si pelancong asing ini?
            ‘ Jadi tangan yang dah selamatkan dia tadi...?’
            GULP.
            ‘Nak mengamuk marah ke nak menangis terharu sekarang ni?’hati menyoal akal rasionalnya.
            ‘Menangis terharu sebab dia dah tolong aku?’
            ‘Atau nak mengamuk marah sebab dia dah ‘tolong’ ambil kesempatan melakukan pencabulan?’ hati jadi panas membara apabila mengenangkan tempat di mana tangan lelaki itu ‘landing’ sewaktu membantunya tadi. Waaaaa!!!!
            “Err, thank you.” Ucap Sharlyna gugup. Gugup bukan menahan rasa gementar, tetapi rasa marah.
            ‘Maybe dia tak sengaja Lynn.’ Si hati cuba memujuk akal rasionalnya. Nafas di hela berat. Jauh di dalam hati, Sharlyna benar-benar berharap dia tidak di bantu lelaki ini tadi. Dia lebih rela jatuh terduduk di lantai daripada di sentuh lelaki ini! Huaarrrggg!
            Lelaki tadi sekadar mengangguk perlahan. Tanpa kata, tanpa senyuman, lelaki tinggi lampai itu kembali menghadap pemandangan di luar tingkap kereta kabel.
            Sharlyna terpinga-pinga sendirian. Mukanya merah berbahang. Wajah dua orang gadis di penjuru sana yang sedang mengukir senyuman kepadanya di pandang sekilas sebelum dia membuang  pandang ke luar tingkap kereta kabel.
            ‘Berani budak berdua ni sengih-sengih macam kerang busuk tu? Apa diorang ingat aku suka ke dengan apa yang dah jadi?’ Sharlyna membebel di dalam hati. Nak di luahkan amarahnya ini, lain pula yang jadi nanti. Jadi, lebih baik diam sahaja.
            Lelaki ‘baik hati’ (kononnya) itu di jeling sedikit. Tak pasal-pasal je dia...huh! Sungguh lepas ni dia tidak mahu lagi menaiki kereta kabel lagi!!

            Akhirnya, perjalanan ke puncak yang sungguh kekok selepas insiden yang berlaku, mereka tiba juga ke destinasi yang di tuju. Zaara kelihatannya sudah terpacak menunggunya di luar sana. Sharlyna menarik senyum apabila menyedari Zaara yang sedang melambai ke arahnya.
            Sebaik pintu di buka, Sharlyna segera mengatur langkah ke arah pintu. Sungguh dia tidak betah lagi berlama-lama di dalam sini. Entah di mana silapnya, Sharlyna hampir sahaja jatuh tersembam ke lantai platfom. Mujur sahaja, ada insan berhati mulia sudi membantunya. Pinggangnya terasa di paut kemas oleh sepasang lengan.
            Mata yang di pejam rapat tadi cuba di buka sedikit. Careless sangat! Hati sempat mengomel sendiri, di atas kecuaian dirinya.
            “Be careful, young lady.”satu suara berbisik rapat di telinganya. Bauan yang terasa mencucuk rongga hidungnya seakan sudah  terakam kukuh di dalam otaknya.
            ‘Pelancong asing tu? Again?!’
            Tangan yang menyelamatkannya daripada mendapat malu besar tadi, masih kemas di pinggangnya membuatkan Sharlyna segera membuka matanya seluas mungkin.
            Wajah lelaki itu betul-betul berada di hadapan mukanya. Terlalu rapat kerana hanya terpisah beberapa inci sahaja. Matanya bertembung dengan sepasang mata kebiruan yang sudah tidak di lindungi spek mata hitam besar seperti sebelum ini. Cantik sepasang mata biru itu membuatkan Sharlyna terleka seketika. Terleka sehingga tidak sedar ‘drama’ mereka kini sedang menjadi tontonan umum.
            “Cik, cik okay ke?” suara petugas yang membukakan pintu kereta kabel tadi membuatkan keduanya bagai tersedar dari suatu pukauan.
            “Okay...” Sharlyna menoleh sekilas pada petugas lelaki tersebut sebelum berkalih pada wajah lelaki di hadapannya ini. Eh? Kenapa dia tak lepaskan aku lagi? Ni, nak tolong ke nak ambil kesempatan? Lelaki ni memang cari masalah nampaknya...
            “Apa ni?!” marah Sharlyna. Spontan tangan lelaki itu di rungkai kasar. Kalau dalam kereta kabel tadi, masih boleh di anggap dia tak sengaja, tetapi yang sekarang ni? Memang jelas lagi nyata lelaki ini sememangnya punya niat jahat!
            Lelaki itu tidak menjawab, sebaliknya hanya tersenyum penuh sinis sambil berjalan keluar tanpa mempedulikan Sharlyna.
            Melihatkan reaksi bersahaja lelaki itu, Sharlyna jadi panas hati. Berani tunjuk belang dekat negara orang ye?
            “Hey you!” Sharlyna turut melangkah keluar sambil berlari-lari anak mengejar langkah panjang lelaki tersebut.
            “Lynn?” Zaara segera menuruti langkah Sharlyna. Lelaki yang tadi tu macam...
            Lelaki itu langsung tidak menoleh apatah lagi memberhentikan langkahnya. Sedikitpun tidak mahu mempedulikan jeritan gadis yang di bantunya tadi.
            “Hey you! Stop there! You owe me an apology mister!” jerit Sharlyna.
            Zaara sudah mahu menghalang, namun Sharlyna sedikit pun tidak mahu mempedulikannya. Hati Zaara sudah terdetik gusar. Kalau cik Puteri yang seorang ni mengamuk, memang habislah!
            Lelaki tersebut serta merta memberhentikan langkahnya. Geram pula dengan kekecohan yang cuba di cetuskan gadis tadi. Dia tidak suka ada mata yang memandangnya dengan pandangan sinis apabila gadis di belakangnya ini tidak habis-habis menjerit seperti orang gila memintanya untuk berhenti.
            ‘Dia nak apa ni? Nak minta nombor telefon ke?’ hatinya mendongkol geram sambil dia berpaling mencari kelibat gadis yang semestinya sudah berdiri di belakangnya. But, she did mention about an apology, right? Maaf apa pula ni?
            “Yes miss, what..”
            Paappp!!
            Lelaki itu terpempan di saat satu tamparan melayang ke pipinya. Gadis di hadapannya di pandang dengan riak terkejut bercampur dengan tak percaya. Dia tampar aku tengah orang ramai ni?!
            “LYNN?!” buntang mata Zaara dengan apa yang baru di lakukan Sharlyna. Dia berdiri takut-takut di sebelah Sharlyna. Matanya mencuri pandang lelaki di hadapan mereka ini. Cuba mencari kepastian. Namun sebaik terpandang mata si lelaki yang berwarna biru, Zaara menarik nafas lega. Nasib bukan bos aku yang makan penampar kau ni Lynn oii~
            ‘Syukurlah bukan dia.’ Detik hati kecil Zaara.
            “Sorry mister, she...”
            “Zaara! Kau tahu tak apa dia dah buat? Kau nampakkan apa yang dia dah buat tadi?” Sharlyna tidak puas hati apabila Zaara sibuk mengucapkan kata maaf pada lelaki tersebut.
            “Lynn, janganlah macam ni. Dia kan pelancong asing. Kalau kau buat macam ni, nanti nama baik negara kita akan rosak. Maybe ada salah faham, so better kita settle elok-elok okay...”Zaara cuba menasihati Sharlyna.
            “Aku tak peduli.” Sharlyna membalas ringkas.
            Sharlyna sudah tidak kisah puluhan mata yang sedang menonton drama sebabak yang di lakonkannya. Hatinya geram dengan tingkah lelaki di hadapannya ini. Pesalah harus di beri hukuman!
            “Pengajaran. Jangan sesekali bermain dengan api. Perempuan zaman sekarang, tidak lagi lemah. Tidak lagi begitu mudah untuk di buli. Untuk di ambil kesempatan sesuka hati!”Sharlyna memuntahkan rasa tidak puas hatinya pada lelaki di hadapannya ini.
            Lelaki itu masih kaku terpegun di tempat dia berdiri. Sebelah tangan masih mengusap pipi kirinya yang menjadi mangsa tamparan Sharlyna tadi.
            “Datang negara orang, nak cari pasal pula!” Sharlyna menghambur amarahnya yang masih bersisa. Biarlah dia tak faham aku cakap melayu pun!
            “Lynn, dahlah tu...” Zaara memeluk lengan Sharlyna. Risau pula jika Sharlyna bertindak yang tidak-tidak ke atas lelaki asing ini. Silap-silap boleh kes polis nanti. Sharlyna ni bukan boleh di jangka sangat, harap badan je kecik, garangnya bukan main lagi.
            “Behave!” jari telunjuk Sharlyna naik kehadapan wajah lelaki itu mengisyaratkan amaran.
            Tangan si gadis yang masih di hadapan mukanya di capai lalu di cengkam kuat.
            “I owe you an apology. But young lady, you owe me an apology and a gratitude.” Lelaki merenung tajam seraut wajah yang agak comel di hadapannya ini. Comel dan nampak lemah lembut tapi garangnya, masyaAllah!
            “Why should I?”Sharlyna masih tidak mahu mengalah. Dia membalas renungan tajam lelaki itu sambil merentap kasar lengannya yang masih di pegang kejap lelaki itu. Mujur saja lengannya di baluti lengan panjang sweater yang di pakainya, kalau tidak ada pula yang dapat mata panda free nanti!
            “Sorry mister...” wajah keruh lelaki di hadapannya itu di pandang sekilas. Zaara kalut melihatkan suasana yang makin tegang antara keduanya. “Lynn, dahlah tu... kita datang sini nak jalan-jalan, tak bestlah kalau macam ni...” lembut suara Zaara memujuk Sharlyna.
            “Tapi Zaara, dia...” Langkahnya bergerak menuruti Zaara yang sedang sibuk menarik lengannya untuk segera beredar dari situ.
            “Aku tak tahu pula perempuan zaman sekarang ni ucap terima kasih dengan kasi penampar?” suara yang baru selesai berkata-kata itu membuatkan langkah Sharlyna mati. Tangan Zaara yang masih mencuba untuk menariknya segera di tepis.
            ‘Aku tak salah dengar kan? Mat salleh ni baru je cakap guna Bahasa Melayu kan?’ Buntang mata Sharlyna menikam wajah lelaki berkulit cerah itu. Jelas kelihatan kesan jarinya  yang memerah di pipi kiri lelaki itu. Tapi, ada aku kesah? Siapa suruh dia cari pasal? Dah tu, cari pasal pula dengan Puteri Balqish Sharlyna. Memang salah oranglah bro!
            “Malaysia dah banyak berubah...” lelaki itu bergerak menghampirinya. Sebuah senyuman sinis di berikan kepada Sharlyna sebelum lelaki itu menghilang di celah-celah pengunjung yang sudah mula membanjiri kawasan sekitar.
            “Dia, dia...” Sharlyna terkaku di situ. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. 











__________________

1. Maaf lama buat blog ni macam harta sendiri.*Aiyayayaya. Beribu ampun maaf semua!*
2. Harap entry ni akan ceriakan anda *tak banyak, sikit pun okay:)*
3. Kita start semula dgn kisah AH ni *Versi lama yang ada dalam blog ni dah selamat di removed dan di gantikan dengan yang versi edited ini.*
4. Harap anda sukakan wajah baru CK selepas di-make over oleh pembantu khas saya:)* Ehem. Thanks sbb sudi tolong tunjuk ajar*
5. Seperti yang saya beritahu sebelum ini, start minggu kedua bulan 4(april) ni saya akan mula post entry Love Make Me Smile *Aurora Hidupku versi edited sebagai selingan sahaja*


Akhir sekali, jutaan terima kasih kpd awak yg sedang membaca ayat2 boring saya ini:)
Arin Arida.

7 comments:

zm said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

windu...............
blog pun dh makin cantik

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nape arin edit balik cite AH ni ye??? mmg totaly akan lain dari yg dlu ke??

Wan Ruzana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Waaa terubat rindu keke

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rindu kat DA :)

Atty Ismail said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oh Padanla tetiba website ni xle buka....Anyway..nice

Josephine JM said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waa...best nya....

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by the author.