My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

30 April 2012

Love make me smile [8]




Love 8
            Bukk!
            Nasha Athierah spontan mengurut dada. Terkejut apabila secara tiba-tiba meja kerjanya di hentak kasar.
            “Kak Dian?” Nasha Athierah mula rasa tidak sedap hati melihat wajah bengis Diana.
            “Aku belum habis dengan kau.” tajam pandangan mata Diana pada Nasha Athierah.
            “Err, Kak Dian...” ...alamak, Kak Dian nak buat apa kat aku ni?
            “Perempuan tak sedar diri!” Diana terus sahaja menarik bahu Nasha Athierah untuk memaksa gadis itu berdiri.
            “Kak, sakit...” Nasha Athierah mengusap bahunya yang di cengkam kuat Diana tadi.
            “Sakit?” Diana tertawa sinis.
            “Hati aku ni lagi sakit tahu tak?!” serentak itu, Diana terus sahaja mencekik batang leher Nasha Athierah yang berbalut tudung.
            “Kak! Lepas..” Nasha Athierah mulai gelabah. Dia mula hilang nafas.
            “Ya ALLAH, Kak Dian, lepaskan Sha! Kenapa sampai nak cekik-cekik orang ni?” seorang rakan sekerja mereka terus mendapatkan Diana.
            “Biarkan! Biarkan betina ni mati!” Diana bagai sudah di rasuk hantu. Tangannya masih kuat mencengkam leher Nasha Athierah.
            “Kak Dian, lepaskan Sha, nanti dia mati macam mana?!” pekerja lain masing-masing sudah datang berkerumun sambil beberapa orang cuba menarik Diana daripada berterusan mencekik leher Nasha Athierah.
            “Ah! Perempuan gatal! Berani kau rampas Encik Ammar daripada aku ye?” Diana makin naik hantu apabila rakan-rakannya sibuk mahu meleraikan pergaduhan mereka. Tubuh Nasha Athierah di tolak jatuh ke atas lantai.
            “Aku takkan benarkan kau berkahwin dengan Encik Ammar! Takkan!” Diana masih belum melepaskan cengkaman tangannya pada leher Nasha Athierah. Mereka bergelut di atas lantai.
            Nasha Athierah makin lemah. Dadanya terasa makin sempit dek kerana hilang oksigen. Dia terasa pandangannya mulai berbalam sebelum...
            “Nasha!”
            Panggilan itu serta merta membuatkan Nasha Athierah serta merta bangkit tegak. Hilang terus lamunannya tadi. Segera dia menilik dirinya sendiri. Aku masih bernyawa kan?
            Dalam kekalutan itu, sempat juga Nasha Athierah memeriksa denyut nadinya sendiri. Fuh, alhamdulillah, ALLAH masih beri masa untuk aku bertaubat. Perlahan, senyuman mekar di bibirnya.
            Namun hatinya jadi kecut melihat wajah yang berada di hadapannya ketika ini.
            “Kak Dian...” hampir tak terkeluar suaranya apabila otak mulai terbayangkan adengan cekik-mencekik yang dia fikirkan tadi.
            “Kau ni Sha, dari tadi akak panggil, yang kau dok beku tenung PC tu kenapa?” soal Diana  dengan muka tak puas hatinya.
            “Err, sorry kak, saya...” Nasha Athierah sengih bersalah.
            “Erm, tak pelah. Ni dah sampai lunch hour ni. Akak dengan Wina nak keluar, kau nak join tak?” soal Diana sambil bibirnya di tampal senyuman palsu.
            “Ha?” Nasha Athierah mengerling jam tangannya. Cepatnya masa berlalu, tak perasan dah tengahhari.
            “Err, saya...” Nasha Athierah tak tahu nak jawab macam mana. Kalau dia jawab jujur dengan Kak Dian ni, agak-agak petang nanti dia hidup lagi ke?
            “Lah, ni kenapa pulak?” soal Diana. Pelik pula dia melihat gelagat si Nasha Athierah yang sedang seperti cacing kepanasan.
            “Err, saya...sebenarnya...”
            “Lunch dengan saya.” suara yang muncul secara tiba-tiba itu membuatkan semua mata berpaling mencari si empunya suara itu.
            “Err, Encik Ammar...” Wina di sisi Diana sudah tidak sedap hati. Sekilas dia mengerling wajah Diana. Sah, tengah merah padam.
            “Atie, awak dah siap kemas belum?” tanpa menghiraukan Diana, Ammar Adwan terus saja bertanya pada Nasha Athierah.
            ‘Atie? Dia panggil aku Atie?’ berkerut dahi Nasha Athierah mendengarnya. Namun, lambat-lambat dia mengangguk.  Beg tangan di capai dari dalam drawer.
            “Kalau dah, jom kita gerak sekarang? Saya dah laparlah...” Ammar Adwan tersenyum pada Nasha Athierah. Nak kata gaya dan suara yang sedikit gedik pun iya jugak.
            Ammar Adwan senyum sendiri memikirkan perlakuannya tadi. Tak pernah dia buat begitu walhal pada ibunya sendiri pun sebelum ini.
            Ammar Adwan memang dah kena virus angau agaknya.
            “Kami gerak dulu.” Sempat dia senyum kepada Diana dan Wina sebelum dia melangkah seiringan dengan Nasha Athierah.
            Nasha Athierah hanya senyum segaris. Sumpah, dia risau melihat reaksi wajah Diana tadi.
            “Dia ada apa-apakan awak ke?” sempat Ammar Adwan berbisik perlahan pada Nasha Athierah sewaktu mereka sedang menunggu lif.
            Nasha Athierah segera menggeleng. Dalam realiti memang tak, cuma dalam fantasi je dia ekstrem tadi. Auww, ngeri!
            Sekilas, wajah Ammar Adwan yang sedang tunduk memeriksa sesuatu pada skrin handphonenya dipandangnya lama. Entah kenapa, nota kecil yang di letakkan di atas keyboard PC nya seawal pagi tadi itu kembali mengganggu fikirannya. Nota kecil yang di tulis pada sehelai kertas memo kecil berwarna biru tanpa nama.

            ‘Siapa agaknya yang meletakkannya di situ?’
            “Atie, tunggu apa lagi tu?” suara Ammar Adwan dari dalam perut lif yang sudah ternganga memyedarkan Nasha Athierah.
            “Err, sorry.” Cepat saja kakinya melangkah masuk ke dalam perut lif sebelum pintu lif tersebut terkatup rapat.
            ‘Takkanlah Encik Ammar pulak? Lagipun, dia kan dah berkahwin. Dah ada anak pun. Buat apalah dia nak kasi aku nota macam tu?’ Nasha Athierah tersenyum tawar mengenangkan status lelaki pujaan dalam diamnya itu.
            ‘Tapi pelik juga, sebab semua staff kat office tu tak pernah pula cerita pasal anak isteri Encik Ammar ni? Kak Dian pula, takkanlah Kak Dian berani mati nak tackle suami orang kot? Ke Encik Ammar ni kahwin curi-curi kat sempadan siam tu tak? Sebab tu semua orang tak tahu bos diorang ni dah kahwin...siap ada anak sorang lagi. Dah besar pulak tu anak dia...’
            “Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir?” Ammar Adwan berkerut dahi memandang Nasha Athierah yang tiba-tiba kaku berdiri, betul-betul di luar pintu lif. Naik lenguh juga tangannya menekan butang lif untuk mengelakkan pintu lif tertutup sedari tadi.
            ‘Ya ALLAH, masa macam ni pun dia boleh berangan? Biar betul?’ Ammar Adwan tahan senyum melihat muka Nasha Athierah yang seakan sedang khusyuk memikirkan sesuatu.
            “Aaa. Sorry Encik Ammar. Jomlah.” Nasha Athierah terpinga-pinga. Ya ALLAH, mati-mati aku ingat aku dah masuk dalam lif tadi. Cis! Buat malu lagi depan Encik Ammar, kau ni Sha!
            “Baru saya perasan, rupanya hobi cik Nasha Athierah ni adalah berangan.” Ammar Adwan tertawa kecil dengan gelagat Nasha Athierah yang mudah sahaja menerbitkan senyuman di bibirnya.
            “Err, mana ada Encik Ammar. Saya bukan beranganlah, tapi tengah berfikir masalah negara ni!” bersungguh-sungguh Nasha Athierah menafikannya.
            “Ye ke? Bukan awak tengah fikirkan saya ke?” Ammar Adwan hanya berniat mengusik.
            “Ahh?” Nasha Athierah kalut lagi.
            “Ma..mana ada. Encik ni perasan tau.” Nasha Athierah ketawa kecil menutup rasa malu. Ketara sangat ke aku tengah fikirkan dia tadi sampai Encik Ammar ni boleh meneka dengan jayanya?
            “Saya ingatkan ada orang yang sudi nak rindukan saya sepanjang ketiadaan saya pagi ni tadi...” Ammar Adwan senyum sekilas pada Nasha Athierah yang dah merah muka.
           
           
 ***********

Hi!
1. Nasha athierah mmg kuat berangan ye. harap maklum:P
2. Siapa pengirim nota misteri itu? eh, Nasha athierah ada secret admire ke? alalah, kalau betul macam tu, kesianlah Ad ada pesaing pulak dah lepas ni...(-.-)
3. Sy hargai kesudian anda membaca coretan saya ini, walaupun anda adalah silent readers, dan saya tak tahu siapa pun awak:)  Thanks.
4. Juga pd readers yg selalu masuk dan tinggal komen, sy sayang kalian:) Much love + thanks.





28 April 2012

Love make me smile [7]



Love 7
            Ammar Adwan mengerling ke sisinya. Wajah cemberut Erina menyapa pandangannya. Sejak awal tadi lagi gadis kecil itu hanya diam membisu dengan wajah masam mencuka sambil duduk berpeluk tubuh.
            “Sayang, kenapa tak makan ni?” soal Ammar Adwan sambil mengusap kepala Erina yang sudah di dandan kemas.
            Erina hanya diam membisu sambil muncungnya makin memanjang.
            “Erina Casandra sayang, kenapa ni? Masih marah dengan papa ye?” pipi halus Erina di cuit sedikit.
            Erina mencebik sambil berpaling dari memandang wajah papanya.
            Ammar Adwan tertawa kecil melihat riak wajah Erina. Comel!
            “Erina. Look at this.” Ammar Adwan mengunjukkan skrin galaxy notenya pada Erina Casandra.
            Dengan muka yang masih sengaja di kelatkan, Erina tetap memandang ke arah skrin tersebut. Seketika kemudian, wajah Ammar Adwan yang sedang tersenyum di pandang lama.
            “Nampaknya, papa terpaksalah pergi sorang-sorang sebab ada orang tu tengah buat mogok dengan papa kan...” Ammar Adwan tayang muka kecewa sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulut perlahan-lahan.
            “Erm, terpaksalah papa jalan-jalan sorang je nanti...”Ammar Adwan menambah lagi sambil sekilas dia mengerling Erina Casandra di sisinya. Jelas kelihatan wajah putih bersih itu sedang berkerut dengan mata yang sedang berkelip-kelip. Ammar Adwan tahan senyum yang hampir terukir di bibirnya.
            “Papa nak air milo tak?” suara Erina memecah kesunyian. Senyuman manis sudah menampakkan sepasang lesung pipit di kedua belah pipi anak kecil itu.
            Ammar Adwan tersenyum lebar. Perlahan-lahan dia mengangguk.
            Erina sudah menghilang keruangan dapur mencari kelibat neneknya.
            “Baik-baik Erina...”Puan Wahidah mengekori langkah Erina yang sedang membawa segelas milo suam.
            “Untuk papa.” Erina tersenyum manis selepas meletakkan gelas tersebut di hadapan Ammar Adwan.
            Thanks sayang.” Pipi Erina di kucup sekali. Erina tersengih sambil mengambil tempatnya semula.
            “Dah, cepat makan. Nanti lewat nak pergi sekolah.” Puan Wahidah turut mengambil tempat. Erina senyum sambil akur dengan arahan neneknya.
            “Papa...”suara Erina meleret manja.
            “Ye sayang?” Ammar Adwan mensisip sedikit air milo yang di bawa Erina tadi.
            “Nak ikut...” Erina sudah memaut lengan Ammar Adwan.
            “Nak ikut?”
            Erina mengangguk laju.
            “Merajuk dengan papa lagi tak?” soal Ammar Adwan pula. Erina cepat-cepat menggeleng.
            “Marah dengan papa lagi tak?” soal Ammar Adwan lagi. Erina geleng kepala juga.
            “Sayang papa tak?” Ammar Adwan bertanya lagi. Erina mengangguk.
            “Nak bukti?” pinta Ammar Adwan, sengaja mahu mengusik dan bermanja dengan Erina.
            “Okay. Nanti kita pack barang ye.” Ammar Adwan tersenyum menerima kucupan Erina di pipi kanannya.
            “Hooraaayy!” Erina sudah bertepuk tangan.
            “Nenek?” wajah Ammar Adwan di pandang silih berganti dengan wajah neneknya.
            “Nenek tak larat nak jalan jauh macam tu Erina...” Puan Wahidah tertawa kecil melihat wajah Erina yang sedikit muram sebaik dia berkata tadi.
            “Pak su?” soal Erina lagi.
            “Bercakap pasal Pak su ni, mana Am bu? Dia dah balik belum ni?” soal Ammar Adwan.
            “Be...”
            “Assalamualaikum......” ucapan salam yang panjang beralun-alun itu menarik perhatian mereka bertiga. Wajah yang sudah sedikit lesu milik Amir Adwa menyapa pandangan. Lelaki itu masih dalam uniform lengkapnya.
            “Pak su!” Erina berlari-lari anak mendapatkan Amir Adwa.
            “Oh, tuan puteriku sayang!” Amir Adwa mendukung Erina sambil berjalan merapati meja makan.
            “Lapar....mengantukkkk......” dia meletakkan Erina ke kerusi sebelum berjalan menyalami ibu dan abangnya.
            “Pak su nak air?” soal Erina dengan muka berseri-seri.
            “Okay.” Amir Adwa tersenyum sambil mengusap rambut Erina. Tanpa menunggu lama, Erina sudah menghilang ke dapur.
            “Abang Wan,” Amir Adwa sengih gatal sambil memandnag abangnya yang sedang menyuap nasi goreng ke mulut.
            “Hmm.” Ammar Adwan mengerling sekilas pada wajah adiknya itu.
            “Tak ada nak umumkan apa-apa ke?” soal Amir Adwa dengan sengihannya tadi.
            “Apa pula?” soal Ammar Adwan tak faham.
            “Pasal semalam?” Amir Adwa duduk menongkat dagu, berhadapan dengan abangnya itu.
            “Semalam?” dahi Ammar Adwan berkerut.
            “Bu, Am macam ada terbau nasi minyaklah...”Amir Adwa spontan menghambur tawa besar melihatkan perubahan wajah Ammar Adwan.
            Puan Wahidah pula hanya sekadar memandang kedua orang anak lelakinya dengan pandangan yang penuh tanda tanya.
            “Nasi minyak apa pula kamu ni Am. Ibu masak nasi goreng je pagi ni...” Puan Wahidah menggeleng kepala dengan telatah anak bongsunya ini.
            Hahahaha. Amir Adwa tergelak lagi.
            “Apa-apa jelah. Tapi rasanya, tak lama lagi adalah orang yang teman ibu dekat dapur tu...” Amir Adwa masih berkias-kias.
            “Pak su, air.” Erina meletakkan gelas di hadapan Amir Adwa sebelum duduk di tempatnya semula.
            “Terima kasih.” Amir Adwa berkata sambil mensisip air yang di bawa Erina tadi.
            “Cantik bu.” Amir Adwa tiba-tiba berkata selepas meletakkan gelas airnya di atas meja semula.
            “Ha?” Puan Wahidah garu kepala yang tidak gatal. Apa kena agaknya si Am ni? Boleh pula dia merepek pagi-pagi macam ni?
            “Erina, cepat jom. Papa dah lambat ni.” Ammar Adwan segera bangkit mencapai beg pejabatnya. Erina tanpa banyak kata hanya akur.
            “Salam nenek dengan Pak su.” Ammar Adwan sudah mencapai beg sekolah Erina.
            “Wan pergi dulu bu.”
            “Abang Wan,” Amir Adwa memanggil.
            Ammar Adwan menoleh.
            “Jangan lupa kirim salam dekat bakal kakak ipar Am yang cantik manis tu.” Amir Adwa sempat kenyit mata. Muka serius abangnya langsung tidak menggerunkan dia.
            “Pak su,” Erina Casandra tiba-tiba tersenyum lebar.
            “Ye, kenapa?” soal Amir Adwa sambil meneguk sedikit airnya.
            “Semalam, Cikgu Laila kata dia kena balik kampung hari sabtu nanti. Tak dapat ikut pak su jalan-jalan.” Lancar Erina berkata-kata.
            Semua mata serentak memandang ke wajah Amir Adwa.
            “Uhuk, uhuk.” Amir Adwa mengurut tekak yang sedikit perit.
            “Cikgu Laila...” Ammar Adwan tak jadi nak melangkah keluar.
            “Hahaha. Erm, Erina...” Amir Adwa kalut sendiri.
            “Cikgu cakap terima kasih sebab hadiah pak su semalam.” Erina menyampaikan satu lagi pesanan daripada cikgunya.
            “Aaa...” Amir Adwa garu kepala sendiri melihat renungan minta penjelasan daripada ibu dan abangnya itu.
            “Am rasa pening kepalalah. Am naik rehat dulu ye.” Amir Adwa senyum segaris sebelum segera beredar menuju ke biliknya.
            “Ibu, nampaknya tak lama lagi ibu dapat menantu perempuan ni.” Ammar Adwan senyum meleret sambil mendukung Erina Casandra.
            “Erm, untung-untung ibu dapat DUA menantu perempuan tahun ni.” Puan Wahidah membalas dengan senyuman penuh makna.
            “Ibu...”
            “Wan, fikirkanlah apa yang ibu cakap pada kamu semalam tu ya?” pinta Puan Wahidah sebelum menghilang ke dapur.
            Ammar Adwan mengeluh perlahan. Sekilas wajah putih bersih Erina Casandra di pandang.
            ‘Bagaimana Erina kalau dia memilih untuk menuruti kata ibunya?’
            “Jom sayang,” akhirnya, langkah kaki di bawa keluar rumah.


            “Sayang, Pak su selalu ke jumpa dengan Cikgu Laila tu?” Ammar Adwan menyoal. Sengaja mahu memecah kesunyian di dalam ruangan keretanya itu.
            Erina mengangguk laju.
            “Pak su selalu tunggu Cikgu Laila masa hantar Erina. Papa nak tahu, pak su selalu kasi cikgu hadiah...” Erina mula membuka cerita.
            “Oh ya?”
            “Pak su suruh Erina yang tolong kasikan.” Erina senyum.
            Ammar Adwan jungkit kening mendengar cerita Erina. Aih, guna Erina sebagai orang tengah pulak dah adik aku ni?
            “Lepas tu, bila pak su ambik Erina, pak su mesti belanja Erina sebab dah tolong dia.” Erina masih ceria bercerita.
            “Erm.” Ammar Adwan mengangguk. Rasuah ke?
            “Tapi kan papa,”
            “Erm?” Ammar Adwan mengerling Erina sesaat.
             “Kenapa pak su kasi hadiah coklat dekat cikgu? Bukan coklat ni untuk budak-budak je ke?” soal Erina sambil memandang papanya di sisi.
            “Err...” Ammar Adwan tak menyangka soalan sebegitu yang akan di utarakan si anak.
            “Nanti balik, Erina tanya sendiri kat pak su ye. Sekarang, kita dah sampai. Jom?” Ammar Adwan memakirkan kereta di bahu jalan berhampiran pintu pagar pusat asuhan itu.
            “Come,” tangan Erina di pimpin ke pintu masuk utama.
            “Take care okay?” pesan Ammar Adwan sambil menghulurkan tangan pada Erina. Erina mengangguk lalu menyambut salam papanya sebelum melangkah ke dalam.
            “Good morning Cikgu Laila!” Erina sudah berlari-lari anak mendapatkan Cikgu Lailanya.
            “Morning Erina.” Gadis muda yang dipanggil Cikgu Laila tadi melempar senyuman pada Ammar Adwan.
            ‘Oh, jadi inilah Cikgu Laila si Am tu ye...’ hati sudah tersenyum sendiri mengenangkan gelagat Amir Adwa pagi tadi.
            Ammar Adwan memboloskan dirinya ke dalam kereta semula. Dia perlu bergerak menuju ke pejabat sekarang kerana tidak mahu terperangkap di dalam kesesakkan jalan raya nanti.
            Kereta di belokkan ke jalan besar semula, melintasi sebuah pondok menunggu bas.
            Serentak itu juga, Ammar Adwan segera membaw keretanya ke bahu jalan. Kelibat insan berbaju kemeja putih berjalur dengan skirt labuh berwarna hitam di bangku menunggu pondok bas tersebut.
            Segera keretanya di undurkan sehingga berada betul-betul di hadapan pondok menunggu tersebut. Cermin pada tingkap kereta segera di turunkan.
            “Nasha?”
            “Bos?!” Nasha Athierah sudah terlopong memandang Ammar Adwan dengan riak muka tak percayanya.
            “Jom, naik sekali dengan saya.” Ammar Adwan sudah menolak pintu di sebelahnya.
            “Tapi Encik Ammar, saya...” Nasha Athierah serba salah. Malu semalam tak hilang lagi ni...
            “Cepat. Awak lupa hari tu saya dah warning awak, kalau awak lambat sampai office lagi saya...”
            “Okay, cepatlah.” Nasha Athierah berdesup masuk sambil tangannya lincah mengenakan tali pinggang keselamatan. Risau kes abang JPJ semalam berulang semula.
            Ammar Adwan mahu tergelak dengan gelagat Nasha Athierah yang sedikit gelabah.
            Kereta mula bergerak menuju ke destinasi.
            “Tak pernah saya nampak awak pakai baju macam ni masuk office sebelum ni?” soal Ammar Adwan apabila menyedari penampilan Nasha Athierah ketika itu.
            “Oh.” Nasha Athierah mengeluh berat.
            “Mesin basuh buat hal. Semalam saya terlebih rajin pergi basuh semua baju-baju kurung saya, sekalinya, spinner mesin basuh tu entah kenapa. Air bertakung dalam tab. Ciss.” Nasha Athierah mendengus marah.
            “Kenapa tanya? Saya cantik ye hari ni?” Nasha Athierah bertanya dengan senyuman.
            Ammar Adwan tertawa kecil dengan gelagat Nasha Athierah. Boleh dia tanya aku soalan macam tu?
            “Luka semalam macam mana? Dah okay?” soal Ammar Adwan. Baru teringat hal semalam.
            “Hem! Sakit jugaklah. Niat asalnya, saya nak saman encik sebab dah buat kaki dan tangan saya berparut tau.” Nasha Athierah.
            “Saman?” terkejut juga Ammar Adwan mendengarnya. Parah sangat ke sampai nak saman orang ni?
            “A’ah. Saman sebab encik dah buat saya berparut. Habislah harga ‘saham’ saya jatuh macam ni. Kesian dekat bakal suami saya tau, dapat isteri berparut macam ni...” Nasha Athierah selamba berkata seperti terlupa yang kini dia sedang berbicara dengan majikan yang amat di geruninya suatu masa dahulu.
            “Oh. Kalau pasal tu, awak tak perlu risau. Saya akan bertanggungjawab.” Ammar Adwan berkata tanpa memandang wajah Nasha Athierah. Bukan apa, dia risau tawanya bakal terhambur keluar di hadapan gadis ini nanti.
            “Erm?” Nasha Athierah seakan ragu-ragu dengan kata-kata Ammar Adwan tadi.
            “Eh, bos! Saya turun dekat sini jelah.” Nasha Athierah segera membuat isyarat supaya Ammar Adwan memberhentikan keretanya di pondok bas lokasi di mana kejadian ‘perlanggaran’ semalam berlaku.
            “Kenapa pula? Kan jauh nak jalan tu?” soal Ammar Adwan prihatin.
            “Tak, tak apa. Saya tak nak orang cakap yang bukan-bukan nanti.” Gumam Nasha Athierah antara dengar dan tidak. Cukuplah hatinya sakit dengan semua tuduhan yang di lemparkan padanya selama ini.
            “Okay.”  Ammar Adwan tidak mahu memaksa. Dia yakin, Nasha Athierah pasti punya alasan sendiri.
            “Saya kena keluar kejap lagi. Ada meeting dengan klient.” Kata Ammar Adwan. Central lock kereta masih belum di buka.
            Nasha Athierah mengerutkan kening. Motif nak cakap dengan dia semua tu?
            “Lunch nanti, tunggu saya kat lobi. Saya datang jemput awak. Kita lunch sama.” Ucap Ammar Adwan dengan riak muka seriusnya.
            “Ha?” Nasha Athierah terkejut lagi.
            “Ini satu arahan. Sebagai staf, awak tak boleh bantah.” Ammar Adwan sempat berpesan sebelum keretanya bergerak meninggalkan Nasha Athierah yang masih terkedu.
            ‘Lunch dengan bos...’ Nasha Athierah sudah jauh berangan. Dalam angannya, dia sudah berhadapan dengan pelbagai jenis makanan yang lazat. Suasana yang romantik dan mewah. Dia dan Ammar Adwan duduk berhadapan sambil berbalas senyum...
            “Oh, tak sabarnya tunggu tengahhari...” dengan senyuman meleret, Nasha Athierah mula mengorak langkah menuju ke bangunan tinggi di hadapannya tanpa menyedari ada sepasang mata yang asyik memerhatikannya dari kejauhan dengan perasaan sebal.
            “Perempuan tak tahu malu! Berani dia!” bibir yang di saluti lipstik merah darah itu menyumpah marah.
            “Siap kau. Aku takkan benarkan kau miliki Encik Ammar. Encik Ammar, aku yang punya.” Enjin keretanya di hidupkan sambil dia memandu menuju ke kawasan parkir berhampiran bangunan pejabat.

           
           
           
           
           

++++++++++


Hi sekali lagi:)
1. Kalau rasa tak puas hati boleh tinggal komen kat ruangan bawah ni. nak tulis kat cbox pon boleh.
2. Kita tunggu apa yang jadi seterusnya ya.
3. Maaflah kalau ada yang rasa cerita ni macam boring *dah selalu sangat orang buat, sampai dah boleh agak apa yang jadi seterusnya*. sejujurnya, cerita ini sudah saya olah bersama seorang kawan saya sejak tahun 2007 lagi. kini ianya dalam proses di tulis semula dalam bentuk yang lebih baik. saya masih kekalkan 85 peratus plot asalnya.
4. Thanks pada yg sudi tunggu dan follow cerita ni:)
           
           
           
           
            


19 April 2012

Love Make Me Smile [6]


Love 6
            Ammar Adwan melangkah perlahan merapati katil di tengah ruang bilik milik si gadis kecil itu.
            Duduk di labuhkan pada birai katil. Rapat dengan sekujur tubuh kecil yang sudah lena dalam tidurnya. Lama matanya singgah pada wajah polos putih bersih yang sedang pulas tidur itu.
            “Maafkan papa, sayang.” Tangan kanannya sudah naik mengusap kepala Erina Casandra. Sejak lewat petang tadi lagi si kecil ini melancarkan mogok dengannya. Merajuk kerana terpaksa menunggu lama di pusat asuhannya. Marah kerana dia bersama dengan perempuan lain selain mamanya.
            Ammar Adwan berbaring di sebelah Erina. Comforter di tarik bagi menyelimuti tubuh kecil di sisinya itu.
            Wajah Puan Maimunah terlayar di mindanya. Perempuan tua itu masih belum letih merebut hak penjagaan Erina daripadanya. Perempuan tua itu mahu merampas Erina daripadanya. Sejak akhir-akhir ini, tindakan perempuan tua yang mengaku dirinya nenek kepada Erina itu lebih drastik. Bermacam isu di bawa ke mahkamah supaya dia dapat merebut Erina. Bermacam alasan juga di kemukakan pada pihak mahkamah bagi menyangkal kelayakan dia untuk mendapat hak penjagaan Erina.
            “Papa sayang Erina. Walau apapun jadi, Erina tetap anak papa. Tak kisahlah apa orang lain nak cakap.” Perlahan Ammar Adwan berkata seakan berbisik  pada Erina Casandra yang masih lena.
            “Apapun yang jadi, papa akan pastikan Erina milik papa. Perempuan tua tu, dia tak layak ambil Erina dari papa.” Ammar Adwan berkata perlahan sambil bibirnya singgah mengucup dahi anak kecil itu.
            “Sweet dream sayang.” Bisiknya perlahan sebelum dia bangkit menuju ke pintu bilik.
            “Wan,” satu suara yang menegurnya sebaik dia keluar dari bilik Erina tadi membuatkan Ammar Adwan mengukir senyuman kecil.
            “Ibu,”sapanya sambil tangan merapatkan kembali pintu bilik Erina.
            “Dah lewat ni, tak tidur lagi Wan?” soal Puan Wahidah.
            “Wan tengok Erina kejap tadi. Risau pula rajuk budak kecik tu berpanjangan.” Ammar Adwan senyum segaris.
            “Si Am ni pun satu, kenapalah tak call ibu awal-awal kata dia kena ganti kawan dia malam ni? Boleh juga ibu pergi jemput Erina.”luah Puan Wahidah. Memang kebiasaannya, adik Ammar Adwan iaitu Amir Adwa yang akan menjemput Erina dari Taska selepas dia habis syif kerja setiap hari. Tetapi, hari ini Amir terpaksa pula menyambung kerja ke waktu malam kerana menggantikan kawannya yang mengalami kemalangan sewaktu melakukan operasi petang tadi.
            “Takpelah bu, benda dah jadi. Am tengah kalut agaknya time tu. Wan dengar parah juga keadaan kawan dia yang kena rempuh dengan kereta tu.”ulas Ammar Adwan sambil bergerak beriringan dengan ibunya ke ruang rehat di hujung aras itu.
            “Mujurlah Am tak apa-apa. Risau ibu dengan kerja dia tu.”Puan Wahidah menggeleng perlahan. Keruh sedikit wajahnya memikirkan keselamatan anak bongsunya itu yang seringkali terancam setiap kali dia keluar melakukan operasi bersama anggota bawahannya.
            “Biasalah tu bu. Dah namapun kerja jadi abang JPJ...”Ammar Adwan berkata senada.
            “Kenapa pula ni?” Puan Wahidah menyedari kelainan intonasi Ammar Adwan tadi.
            “Hem.” Ammar Adwan menghela nafas perlahan.
            “Tak ada apalah.” Senyuman di hulur pada ibunya. Hati masih berbekas rasa geram dengan tindakan adik bongsunya itu menyamannya lewat petang tadi. Bukan main poyo lagi muka dia ketika menyerahkan surat saman tadi. Abang tak abang, kalau dah salah tetap kena kasi surat saman. Itulah katanya sewaktu Ammar Adwan sibuk menyatakan yang dia sedang mengejar masa untuk menjemput Erina di taska pada Amir Adwa. Mujur sahaja Nasha Athierah sudah awal-awal lagi di suruh duduk di dalam kereta sahaja. Kalau tidak, mahu panjang meleret pula celoteh menyakitkan hati adiknya itu.
            “Bu, Wan rasa nak bawa Erina jalan-jalanlah hujung minggu ni. Nak pujuk budak kecik tu, tak senang hati Wan tengok muka ketat dia tu. Ibu ikut sekali ye?” soal Ammar Adwan.
            “Kamu nak ke mana pula Wan? Kalau dekat-dekat sini je, insyaallah boleh juga Wan, tapi kalau jauh ke luar negara sana tu...” Puan Wahidah berjeda. Keadaan kesihatannya bukannya baik sangat untuk berjalan-jalan ke luar negara. Lagi-lagi negara eropah yang jauh dan berbeza keadaan cuacanya itu.
            “Tak jauh bu, kat singapore je. Wan nak bawa Erina pergi Universal studio. Lepas tu nak singgah Sentosa Island kejap.” Ucap Ammar Adwan.
            Puan Wahidah menggeleng perlahan dengan rancangan Ammar Adwan.
            “Wan, ibu bukan apa, tapi ibu kena ingatkan kamu. Jangan di manjakan sangat Erina tu. Ibu risau dia rosak sebab asyik di manjakan sangat.” perlahan dan lembut suara Puan Wahidah menegur. Minggu lepas sahaja, Ammar Adwan sudah membawa Erina ke Disneyland Hong Kong. Bermacam hadiah dan cenderahati di beli mereka dari sana. Naik penuh sesak bilik Erina dengan anak patung dan permainan yang di beli dari sana itu. Ammar Adwan selalu sangat mengikut apa kata si kecil itu. Jarang sekali anak keduanya ini akan membantah permintaan Erina Casandra.
            “Bu...” Ammar Adwan memandang muka ibunya.
            “Ibu bukan apa Wan. Ibu tahu, Wan sayangkan sangat dengan Erina. Dia satu-satunya kenangan yang arwah Fiya. Ibu pun sayangkan Erina. Macam tu juga dengan Am. Kami semua sayangkan Erina, cuma ibu tak nak kamu manjakan sangat Erina tu. Nanti dah besar, susah kamu nak bentuk dia Wan, kalau dari kecil ni semua permintaan dia kamu turuti...” Puan Wahidah sudah banyak kali menasihati Ammar Adwan berkenaan perkara yang satu ini, namun anaknya itu kurang mengambil perhatian tentang apa yang di perkatakannya.
            “Bu, Erina tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu sejak dia lahir. Jadi, sebolehnya Wan tak nak dia rasa kekurangan. Sebab tu Wan cuba jadi papa yang terbaik untuk dia. Wan cuma nak dia gembira.” Luah Ammar Adwan. Suaranya sudah berubah sedikit lirih.
            “Ibu faham Wan. Tapi kamu lupa, arwah pesan supaya kita semua didik Erina sebaik mungkin?” Puan Wahidah menyentuh lengan anak keduanya itu.
            “Wan, ibu bukan minta kamu abaikan perasaan dia. Ibu cuma minta kamu lebih rasional dengan Erina. Ibu tak halang kamu nak manjakan dia. Tapi perlulah berpada-pada. Ibu lebih dulu makan garam Wan. Ibu pun pernah rasa bagaimana sukarnya membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi. Membesarkan, mengasuh dan mendidik anak perempuan ni, lebih sukar dari anak lelaki Wan. Banyak cabarannya. Dalam kelembutan, sekali sekala, kita kena bertegas juga. Biar dia tahu dan dapat bezakan mana yang baik, mana yang buruk.” Ucap Puan Wahidah.
            Ammar Adwan sekadar diam membisu. Otak sedang ligat memikirkan kata-kata ibunya itu. Mungkin ada wajarnya juga kata-kata ibunya itu, namun...
            “Kamu fikirkanlah Wan. Ibu pun mahukan yang terbaik untuk cucu ibu tu.” bahu Ammar Adwan di tepuk mesra sambil dia tersenyum.
            Ammar Adwan mengangguk perlahan sambil membalas senyuman ibunya.
            “Wan,” Puan Wahidah menarik nafas panjang sambil memandang ke wajah Ammar Adwan di sisinya.
            “Apa bu?” soal Ammar Adwan sambil turut memandang ke wajah ibunya.
            “Erina ada cakap dekat ibu tadi yang Wan ada girlfriend baru. Betul ke?”
            “Haa?!” Ammar Adwan jatuh rahang.
            “Tak pernah pula ibu tahu Wan ada girlfriend?” Puan Wahidah angkat sebelah keningnya sambil mengulum senyuman mengusik pada Ammar Adwan.
            “Err, tak. Perempuan yang Erina kata tu bukan girlfriend Wan lah bu. Tu staff Wan. Tadi ada satu benda dah jadi, so...”
            Ammar Adwan mengeluh berat. Sebab kelibat Nasha Athierah yang turut sama berada di dalam keretanya tadilah mogok Erina makin menjadi-jadi.
            “Wan tak pernah terfikir nak cari girlfriend ataupun berkahwin selepas kehadiran Erina bu. Cukuplah Wan ada Erina. Wan dah cukup bahagia bu,” Ammar Adwan menjawab ikhlas.
            “Wan,” Puan Wahidah cepat-cepat memotong bicara Ammar Adwan.
            “Ibu tak halang pun Wan nak bercinta. Tak perlulah Wan nak buat cerita untuk tutup perkara ni.” Puan Wahidah masih tersenyum mengusik.
            “Bu, Wan tak pernah terfikir nak bercinta-cinta pun. Macam yang Wan cakap tadi, cukuplah Wan ada Erina. Lagipun, Wan tak terfikir nak cari isteri untuk bantu Wan jaga dan besarkan Erina sebab Wan risau kebajikan Erina akan terabai. Erina...”
            “Wan, jangan jadikan Erina sebagai alasan untuk kamu mengelakkan diri dengan perkahwinan,” lembut suara Puan Wahidah berkata-kata.
            “Kita dah cukup bahagia kan bu? Selama ni, kita dah berjaya besarkan Erina dengan baik. So, Wan tak nak keruhkan keadaan. Mungkin Erina tak mahu ada ibu baru bu. Pasal dia nampak staff Wan petang tadi tu pun, dia dah mula buat mogok tak nak bercakap dengan Wan. Apatah lagi kalau Wan kata nak kasi dia ibu baru.” Ammar Adwan menyuarakan isi hatinya.
            “Wan, Erina tu masih kecil lagi. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu.” Puan Wahidah memandang tepat wajah Ammar Adwan. Sejak dari hari Erina di lahirkan, dan ketika itu jugalah arwah Awfiya meninggal dunia ketika melahirkan, Ammar Adwan sudah seakan menutup rapat pintu hatinya untuk mana-mana wanita.
            “Erina boleh dapat kasih sayang seorang ibu tu dari ibu.” Ammar Adwan tersenyum memandang Puan Wahidah sebelum dia menyandarkan badannya ke dada sofa.
            “Wan,” panggil Puan Wahidah. Ammar Adwan menoleh.
            “Ibu takkan halang kalau Wan nak bercinta pun. Serius ibu cakap ni.” kata-kata yang keluar dari bibir ibunya itu membuatkan Ammar Adwan terkebil-kebil. Laahh, tak habis lagi rupanya ibu ni?
            “No! Ibu, Wan mana ada bercintalah...serius perempuan tu staff kat office Wan je. Dia bukan girlfriend Wan.” Beria-ria Ammar Adwan menafikan. Entah kenapa hatinya jadi tak keruan melihat senyuman yang terukir di bibir ibunya itu.
            “Siapa nama dia Wan?” soal Puan Wahidah, langsung tidak mempedulikan hujah penafian Ammar Adwan tadi.
            “Ha?!” Ammar Adwan kelu nak menjawab.
            “Ibu bukan apa, saja nak tahu nama staff Wan tadi tu.” sengaja Puan Wahidah menekan sedikit perkataan staff pada ayatnya tadi. Sengaja nak menduga hati si anaknya ini.
            “Nasha. Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir.” Ucap Ammar Adwan. Lancar sahaja bibirnya menuturkan sebaris nama tersebut.
            “Oh...” meleret suara Puan Wahidah. “Bagus anak ibu ni. Boleh ingat nama penuh staff dia. Alamat penuh dia kamu ingat tidak?” soal Puan Wahidah dengan wajah selamba seakan tidak bermaksud apa-apa.
            “Apa ibu ni, kenapa pula Wan kena ingat alamat penuh dia sekali pula? Ingat nama dah cukup kut.” Jawab Ammar Adwan. Aneh je soalan ibu aku ni...
            “Yelah, ibu bukan apa...nanti senanglah ibu nak pergi meminang bakal menantu ibu tu. Kamu pun macam dah lancar je menyebut nama penuh dia tu. Selalu praktis ke?” Puan Wahidah menyakat.
            “Ibu...”Ammar Adwan melarikan wajahnya. Ya ALLAH, sejak bila perangai si Am dah berjangkit kat ibu ni?
            “Err, dah lewat ni. Wan masuk tidur dulu ye.” Ammar Adwan segera mencapai tangan ibunya lalu mengucupnya penuh hormat.
            “Good Night ibu. Assalamualaikum.” Ammar Adwan segera bangkit menuju bilik tidurnya selepas mengucup kedua belah pipi ibunya.
            “Wa’alaikumsalam. Nanti ada masa lapang, bawaklah staff kamu tu makan-makan kat sini. Jumpa ibu,” sempat Puan Wahidah berpesan bersama senyuman lebar.
            ‘Kata staff je. Yang muka nak merah padam bila kita ungkit pasal meminang tadi tu kenapa? Yang nak kalut tadi tu kenapa?’ Puan Wahidah tersenyum lagi. Setelah sekian lama, baru hari ini dia mendengar Ammar Adwan bersama seorang wanita. Selama ini, anak keduanya itu tidak pernah membawa mana-mana wanita menaiki kereta kuningnya itu selain dia dan Erina.
            “Nasha Athierah.” Bibir menyeru nama tersebut perlahan.
            “Sedap namanya. Mesti orangnya pun manis sahaja.” Sambil itu, hati sudah mekar dengan satu rasa yang mendamaikan. Otak pula sudah mula membayangkan macam-macam perancangan.
            Puan Wahidah turut bangkit menuju ke biliknya.  

            Ammar Adwan melabuhkan duduk di kerusi empuk pada meja kerjanya di dalam kamar tidur itu. Nafas yang terasa tak sekata cuba di stabilkan semula.
            “Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir.” Bibirnya menyebut sebaris nama itu perlahan. tidak semena-mena dadanya terasa berombak kuat. Spontan juga tangan kanannya naik menyentuh dada kirinya, turut menggeletar tak bersebab.
            “Kenapa dengan aku ni?”takkan dengan hanya menyebut nama tadi sahaja, impaknya sebegini dahsyat?
            Perlahan-lahan, briefcasenya di capai dari sudut meja tersebut. Sehelai kertas di keluarkan daripadanya.
           
            Keluarga saya:)
            1. Mak saya yang tersayang:
                        Nama:Hayati Bt Sulaiman. Tapi orang kampung panggil Kak Yatt. [ok, kelaaasss ye nama samaran mak saya. Moden gitu:P]
                        Alamat:Kampung Sungai Nibung, Selangor.[Tak mau kasi alamat penuh, nanti Encik Ammar datang rompak, susah saya...v(>.<)v ]
                        Kegemaran:Opkos la mak saya ni suka membebel. Pot pet pot pet memang terbaiikk woo (_ _”)menakutkan juga. HIHI. Taklaahh. Sebenarnye, mak saya hantu crita hindustan. Feeling habis apa yg Shah Rukh Khan tu kate sampai tak  sedar nangis macam apa.
                        Perangai:Yaa, ini bahaya. *Pssss(bisik kononnya)*, mak saya tu garang. Teman setia dia adalah rotan. Piapp! (-.-||) *sila takut dan buat muka cuak sekarang*. Trima kasih.

            2. Nenek saya yang vogeh (vogue kate omputih):
                        Nama: Hamidah Bt Mat Syukur. Nama glemer Cik Midah Bingka Ubi. Sebabnya, nenek saya teror habis buat kuih ni. Tak percaya? Heh, kena datang rasa ye:P [Sebelum tu pastikan buat appoinment dulu. Maklumlah, nenek sy busy. Eceh:P *tipu je*]
                        Alamat: tak payah saya ulang tulis ye. Sama je.
                        Kegemaran: Oppsss. Hati-hati. Nenek kuat melatah. Jangan berani usik dia time dia tgh khusyuk masak kuih bingka ubi dia tu ye, silap-silap, makan periuk kukus     on the spot. NAYA(-.-||)
                        Perangai: Haa, bab ni, nenek paling best. Paling penyayang:)
           
            3. Adik saya:
                        Nama: Nora Afieqah Bt Ahmad Nasir. Laahh, budak ni memang tak boleh blaaa. Sibuk mintak orang panggil dia Afi. Takpun Nora. Bukan apa, ada feel cantik macam Siti Saleha yang berlakon dalam crita Nora Elena tu katanya. Cehh. Pedulihape, mak panggil dia PIKAH je. Haha. Padan muka XD
                        Alamat: Ya ALLAH. Sila rujuk statement kat atas ye. TQ.
                        Kegemaran: budak ni meroyan sikit. Hobi dia joget hindustan bila mak tgh sibuk syahdu melayan crita tu. Last skali kena bantai cubit berdas-das. Haha. [sekali lagi padan muka XD]
                        Perangai: Dia ingat dia paling comel, *kononnya*:P padahal dia tak dapat trima hakikat kakak dia ni lagi cun dari dia. Kehkeh:P *tangan ke bahu mata ke atas*.        

           
            Buat kesekian kalinya untuk hari ini, Ammar Adwan tersenyum lagi membaca isi kandungan kertas tersebut.
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir, you make me smile.” Gumamnya perlahan.Terus terang dia katakan, ada satu rasa yang sedang berkembang mekar untuk gadis ini sejak semenjak dua ini. Rasa yang menyebabkan dia menyatakan permintaan aneh pada Nasha Athierah pagi tadi sehingga terwujudnya kertas yang masih di pegangnya ini.
            “Mungkinkah aku patut ikut cakap ibu?” kata-kata ibunya berkenaan perlunya kehadiran seorang ibu baru buat Erina Casandra tadi kembali terlayar di mindanya.
            Sambil itu matanya menyorot teliti alamat pendek yang di tulis Nasha Athierah pada kertas yang di pegangnya.
            ‘Dia kata aku nak rompak rumah dia ye?’bibir tersenyum lagi.
            “Mungkin lepas ni, aku perlu ‘rompak’ sesuatu dari sana. Maybe boleh start dengan ‘rompak’ hati 3 orang penghuni rumah sana tu dulu sebelum orang yang menulis perkara-perkara merepek ni nanti.” Kertas tersebut di simpan ke dalam laci mejanya sebelum dia melangkah merapati katil. Dia perlu berehat sebelum menjalani hari esok yang pastinya lebih mencabar dari biasa.
            “Mak yang garang, nenek yang penyayang, adik yang periang, Nasha Athierah yang kalut semedang. What a lovely family, Nasha Athierah binti Ahmad Nasir.” Bibir masih dengan senyuman sambil badannya sudah di rebahkan ke tilam.
            “Erina, ibu baru awak mungkin lebih childish dari awak nampaknya ni.” Ammar Adwan merenung siling tinggi yang di hiasi lampu kristal di atasnya. Mengenangkan kejadian petang tadi, di mana Nasha Athierah beria-ria menangis ketakutan bila doktor mencuci lukanya.
            “Erina pun tak nangis macam tu kalau kena inject dengan doktor.” Kepala sudah menggeleng perlahan.


   
_____________________
1. Hi, sorry lama Ad dengan Sha hilang ~
2. Enjoy reading:)
3. Betul ke Ad nak pergi 'rompak' hati family Sha? wohooo~ Meroyanlah Kak Dian ye:P