My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

05 April 2012

Aurora Hidupku 1 & 2


Bab 1
            Sharlyna  memerhati seorang demi seorang calon-calon yang turut menghadiri temuduga tersebut melangkah keluar dari bilik berpintu kaca tidak jauh daripadanya. Riak wajah mereka membuatkan Sharlyna gementar sendiri.
            Rata-rata yang datang pada hari itu kelihatan sangat layak untuk menyandang jawatan yang di tawarkan. Masing-masing datang dengan karisma yang tersendiri.
            Sebuah keluhan terbit dari ulas bibirnya. Sharlyna cuba bertenang. Cuba positifkan minda.
            Telefon bimbitnya di capai dari dalam beg tangan.
            Zaara mencapai handphonenya yang berkelip tanda ada mesej masuk ke dalam peti melnya.

            Aku x jdi la nk keje sini. Mcm ak apply keje slh tmpt je =.=’

            From: Lynn
            Tue:10:25:11

            Zaara mengerling ke wajah bosnya di sebelah. Lelaki itu sedang sibuk memeriksa dokumen yang di bawa oleh gadis berambut panjang yang sedang di temuduganya ketika itu.
           
            Jgn nk mgade ye. Blum try lg dah nk give up ke? So not u la Babe~

            From: Zaara
            Tue:10:26:01

            Sharlyna menghela nafas panjang. Bukan mahu berputus asa, cuma entah kenapa ada rasa tidak enak bertapak di lubuk hatinya. Gerak hati yang mahu menyampaikan sesuatu, tetapi dia sendiri tidak pasti apa. Laju tangannya menaip satu lagi mesej lalu di hantar kepada Zaara.
           
            Ak rse tak sedap hti la...
           
            From: Lynn
            Tue:10:26:45

            Zaara rasa nak tepuk dahi masa tu juga. Boleh pula kawan baiknya ini guna alasan macam ni? Jarinya lincah menaip sesuatu.
            “Zaara.” Suara bosnya membuatkan jarinya yang lincah bergerak tadi berhenti serta merta. Kepalanya di panggung menatap seraut wajah kacak di hadapannya.
            “Ya, bos?” Zaara maju menghampiri bosnya.
            “Bawa sebotol mineral ke sini.” Pinta lelaki itu sambil mengurut pelipisnya perlahan.
            “Okay.” Zaara terus berdesup keluar menuju ke pantri.

            “Mineral, encik.” Air mineral sejuk itu di tuangkan ke dalam gelas kaca tinggi di hadapan lelaki itu.
            “Berapa ramai lagi?” soal lelaki itu selepas meneguk sedikit airnya.
            “Ada 9 orang lagi encik.” Jawab Zaara.
            Lelaki berkemeja putih itu mengeluh lemah.
            “Next.” Ucapnya sepatah sambil menyelak helaian dokumen di hadapannya.
            Zaara membukakan pintu pejabat. Calon seterusnya di jemput masuk.
            “Good luck, kawan.” Sempat Zaara berbisik pada Sharlyna.
            Sharlyna pula hanya mampu tersenyum pahit menyambut kata-kata Zaara. Langkahnya di bawa menuruti Zaara ke meja lelaki yang sedang menundukkan wajahnya sambil membaca sesuatu.
            “Selamat pagi.” Sapa Sharlyna, penuh hormat.
            “Selamat pagi.” Balas lelaki itu.
            “Cik Puteri Balqish Sharlyna.”suara itu menyebut namanya sambil mengangkat muka dari helaian dokumen yang sedang di bacanya.
            Sharlyna terlopong.
            “Awak ni?!” spontan jari telunjuk Sharlyna naik di hadapan wajah lelaki tersebut.
            “Sorry? Kita pernah jumpa ke?”lelaki di hadapannya memandang dia dengan pandangan yang terpinga-pinga.
            Nashrin hampir tergolek jatuh dari kerusi tadi apabila gadis ayu di hadapannya ini secara tiba-tiba menjerit marah sambil mengangkat telunjuk ke mukanya. Gaya gadis itu seperti dirinya sudah berbuat satu kesalah besar yang tidak mungkin mampu di maafkan. Eh?
            “Berani awak tanya saya macam tu mat salleh celup?” Sharlyna berang dengan tingkah lelaki itu. Berani dia buat-buat tak kenal aku lepas apa yang dia dah buat dulu?
            “What?! Mat Salleh celup?” Nashrin sudah duduk tegak di kerusinya. Apasal perempuan ni? Ini datang nak cari kerja ke nak cari gaduh?
            “Lynn...” Zaara kalut melihat situasi.
            “Zaara! Kau kenal Mat Salleh celup ni ye? Patutlah hari tu bukan main lagi pertahankan dia ye?!” Sharlyna mengerling Zaara di sisinya.
            Zaara terkulat-kulat apabila turut terkena tempias amarah Sharlyna.
            “Sorry Lynn, tapi orang yang kita jumpa hari tu bukan bos aku ni. Serius!” Zaara separuh berbisik pada Sharlyna sambil sesekali tersengih memandang wajah keruh bosnya.
            “Ha?” Sharlyna kurang jelas dengan situasi. Mana mungkin? Dia yakin lelaki itu adalah orang yang sama dengan lelaki yang sedang duduk di hadapannya ini.
            “Bos, sorry...dia salah faham je ni..” Zaara memandang Nashrin sambil menghadiahkan senyuman manis untuk bosnya itu.
            “What? Salah faham? Sorry Zaara, tapi aku rasa memang dia nilah lelaki tu!” Sharlyna tidak mahu mengalah.
            “Hey, awak! Kenapa hari ni dah tak pakai lens kaler biru awak tu? Dah tercicir kat Genting ke?” sindir Sharlyna. Elok pula mata lelaki ni dah jadi warna coklat hari ni. Yang kali ini entah original ke fake juga, dia sendiri tidak pasti.
            Pandangan tajam dari lelaki di hadapannya ini sedikitpun tidak meresahkan dirinya. Sharlyna tidak kisah lagi jika tidak mendapat jawatan yang dipohonnya itu sekalipun.
            “What? Lens? Biru? Genting?” lelaki tersebut kelihatan bingung dengan kata-kata terjahan Sharlyna.
            “Apa awak merepek ni?”soalnya semula seketika kemudian.
            Sharlyna mencebik geram. Lelaki ni sengaja nak cari pasal dengan aku agaknya?
            “Maaflah, saya dah tak mahukan jawatan ni.” Sharlyna sudah berkira-kira untuk beredar dari situ, namun lelaki itu segera menahan.
            “Wait a minute.” Dari wajah penuh kebingungan, kini lelaki itu sedang tersenyum sedikit.
            Sharlyna jadi pelik. Ni senyum kenapa pula?
            “Awak cakap pasal lens biru tadi kan?” soal lelaki itu sambil memandang tepat ke wajah Sharlyna.
            Sharlyna tidak menjawab.
            “Cik Puteri.”
            “Awak tak layak panggil saya dengan nama Puteri...”Tingkah Sharlyna. Tajam matanya memandang wajah lelaki di hadapannya ini. Bukan dia mengada-ngada atau apa, cuma memang sejak dulu lagi tiada sesiapa dapat mandat nak panggil dia dengan panggilan puteri tu selain bonda dan...
            Sharlyna menunduk sedikit apabila fikiran mula teringatkan insan yang seorang itu.
            Zaara sudah menepuk dahinya perlahan. ‘Memang cari bala betul bos aku ni!’ dia faham benar kenapa Sharlyna tidak suka ada orang lain yang berani memanggilnya dengan nama ‘Puteri’.
            “Tak layak? Kenapa pula?” soal Nashrin dengan dahi berkerut. Tapi, kira normallah orang panggil guna nama pertama kan? Macam-macam betul perempuan ni.
            “Suka hati sayalah!” Sharlyna menjawab geram. Sibuk sangat nak tahu kenapa?
Beg tangan di sangkutkan ke bahunya.
            “Eh, nanti dulu. Kita belum settle lagi.” Nashrin segera menghalang.
            “Ada salah faham yang masih perlu di jelaskan.” Serius wajah Nashrin.
            “Salah faham?” Sharlyna tersenyum sinis. Dah terlambat nak jelaskan apa-apa pun!
            “Saya rasa awak dah salah faham ni Cik Balqish.” Tutur Nashrin sambil melabuhkan duduknya ke kerusi semula. Mineral dalam cawan di hadapannya di teguk perlahan.
            “Zaara, tolong bawa air untuk tetamu kita ni.” Nashrin mengeluarkan arahan kepada Zaara.
            Zaara hanya mengangguk.
            “Tak perlu. Saya bukan tetamu awak. Lagi pun ramai yang dah masuk interview tadi kan? Tak ada pula saya nampak setiausaha awak ni keluar ambilkan air?” Sharlyna menyoal tidak puas hati. Sekilas Zaara di kerling tajam.
            ‘Siap kau Zaara! Aku akan soal siasat kau habis-habisan malam nanti!’
            “Oh.” Nashrin berkata sepatah. Dia tersenyum memandang Zaara.
            “Sebab awak berbeza dari mereka semua.” Nashrin menjawab tenang. Eh? Boleh ke cakap macam ni? Hailaa, goreng jelah apa pun Nash!
            “Berbeza? Memanglah saya berbeza. Berbeza sebab orang lain beria nakkan jawatan ini, tetapi tidak saya. Jadi, terima kasih sajalah. Saya balik dulu.” Sharlyna mahu bangkit tetapi sekali lagi Nashrin menghalang.
            “Kenapa nak balik pula? Saya belum beritahu lagi details lain pasal kerja baru awak ni kan?” Nashrin sudah bersuara serius.
            “Ha? Details apa pula ni?” Sharlyna tidak faham. Apa lelaki ni merepek? Bukan aku dah cakap jelas nyata dan terang yang aku tak nakkan jawatan ni tadi ke?
            “Details pasal siapa bos awak nanti?”Nashrin tersenyum sedikit.
            “Zaara.”Nashrin menggamit Zaara untuk menghampirinya. Kelihatannya lelaki itu sedang membisikkan sesuatu kepada Zaara. Zaara mengangguk perlahan sebelum beredar keluar.
            “Congrats beb!” sempat Zaara berbisik ke telinga Sharlyna sebelum bergerak ke pintu pejabat.
            “Zaara?!” Sharlyna cuba menahan Zaara namun tidak sempat dia berbuat demikian, Zaara sudah menghilang di sebalik pintu.
            “Tapi, kan saya dah kata saya tak mahukan jawatan ni tadi?” soal Sharlyna tidak percaya. Lelaki ni betul ke tidak? Rasanya aku dah cakap terus terang yang aku tak nak jawatan ni tadi kan? Takkan tak dengar kot? Ataupun dia ni spesis yang  tak berapa nak faham bahasa melayu?
            ‘Maybe kot, tengok muka macam mat salleh. Memang sah lah tak reti bahasa ni...’Sharlyna mengomel sendiri.
            “Saya suka sikap awak.” Luah Nashrin ikhlas.
            “Ha?” Berkerut dahi Sharlyna mendengar kata yang terbit daripada mulut lelaki itu. Ni nak puji orang pula kenapa?
            “Kenapa pilih saya?” soal  Sharlyna.
            “Sebab awak suka marah-marah orang sesuka hati.” Tenang Nashrin menjawab.
            Gila! Sharlyna mendengus geram. Berasap telinga mendengarnya ya!
            “Awak ingat saya...”belum sempat Sharlyna meluahkan rasa tidak puas hatinya, Nashrin lebih pantas mencelah.
            “Sebab awak garang.” Masih tenang wajah Nashrin.
            “Apa?!” Sharlyna makin hilang sabar. “Awak ingat awak tu bagus sangatlah? Awak ingat awak ada rupa, ada harta, ada jawatan besar macam ni, awak dah cukup hebat lah?” berapi-api hati Sharlyna mendengar kata-kata lelaki di hadapannya ini.
            “Sebab awak jujur dan berani.”ucap Nashrin.
            Sharlyna tertawa kecil. Sinis.
            “Sebab ramai orang hipokrit kat dunia nilah, macam-macam masalah timbul.” Sarkastik Sharlyna berkata- kata. “Jangan harap saya akan termakan dengan pujian awak. Simpan saja untuk orang lain.” Sharlyna sudah bangkit. Apa nak jadi, jadilah. Dia tidak mahu ambil peduli lagi. Apa yang penting, dia tidak boleh berlama-lama di sini.
            “Sebab awak kalis pujian.” Nashrin masih tenang.
            “Dengan semua sebab yang saya katakan tadi, awak sememangnya calon yang saya cari.” Kata-kata Nashrin membuatkan langkah Sharlyna terhenti.
            Sharlyna berpaling memandang wajah Nashrin. Bukan kerana dia terharu dengan kata-kata lelaki itu, tetapi rasa semakin geram bila lelaki itu seperti sedang mempersendakan dia.
            “Saya tak mudah untuk di buli.” Lembut Sharlyna berkata, namun dalam lembut ada tegas yang menyokong bicaranya itu.
            “Memang tak mudah di buli. Sebab itu saya mahukan awak untuk jawatan ini. Seorang takkan mudah mengalah.”Nashrin masih bersandar pada kerusi empuknya.
            Senyuman yang terukir cantik di bibir lelaki itu membuatkan hati Sharlyna mula berlagu gusar.
            “Orang yang awak marahkan dari tadi tu adalah adik saya. Adik kembar saya.”kata-kata yang terbit dari bibir yang sedari tadi mengukir senyuman manis itu, membuatkan Sharlyna rasa mahu pengsan. Jadi, betullah apa yang Zaara kata tadi? lelaki yang dia jumpa hari tu bukan orang yang sama yang sedang duduk di hadapannya ini?
            Wajah lelaki di hadapannya di pandang dengan muka yang mula berbahang menanggung malu.
            ‘Moral of the story, jangan suka bertindak tanpa usul periksa.’ Jika tidak mahu mendapat malu percuma begini ya.
            “Ad..adik?” soalnya tergagap-gagap.
            Lelaki itu sekadar mengangguk.
            Haiyyaaakk! Tolong Puteri, bonda!!!
            “Bakal bos awak.” Dan ayat pernyataan terakhir daripada lelaki itu benar-benar membuatkan Sharlyna merasa dirinya hanyut dalam gelombang tsunami walau hakikatnya dia sedang berada di atas daratan.
            “Saya Nashrin. Tapi yang bakal menjadi bos awak, Ashraf. Kami kembar seiras. Apa yang membezakan saya dan dia adalah warna mata kami. Saya coklat gelap, manakala dia biru. Memang kaler mata dia originally  kaler biru. Bukan lens. Orang yang awak jumpa dekat Genting tu, bukan saya tetapi dia. Dia ke sana sebab nak habiskan cuti dia sebelum start kerja kat sini. “Nashrin sembunyi senyum melihat tingkah si gadis ayu di hadapannya yang tadi agak agresif, kini sudah bertukar menjadi lemah gemalai. Malu barangkali.
            “Kesan jari awak tu melekat kat muka dia, long lasting sehingga masa dia sampai ke rumah hari tu. I just can’t imagine, how can he spent his time, jalan-jalan dekat genting dengan muka ada corak jari macam tu.”Nashrin tertawa kecil apabila teringatkan riak wajah adiknya ketika sampai ke rumah dari Genting Highland beberapa hari lepas.
            Sharlyna teguk liur. Kuat sangat ke sampai kesan jari aku melekat dekat muka dia? Erk!
            “Saya tak ada asas dalam bidang kesetiausahaan.” Sharlyna masih mencari alasan munasabah untuk melepaskan diri dari semua ini.
            “Tak perlu risau. Ada jalan penyelesaian untuk masalah awak tu.” Nashrin berkata tenang.
            “Tapi, saya...”
            “Awak boleh. Gerak hati saya yakin mengatakan awak boleh menjalankan tugas dengan baik.”Nashrin segera memotong bicara Sharlyna.
            Sharlyna kematian kata. Kelu terus lidahnya mahu berkata-kata. Akhirnya, hanya keluhan lemah yang terluah dari bibirnya.

*****

Bab 2
            Sharlyna duduk di sofa L di dalam ruangan pejabat yang agak luas itu. Nashrin di hadapannya di pandang seketika sebelum dia kembali menundukkan pandangan.
            “Ke mana pula budak ni? Takkan sesat pula?” Nashrin bangkit dari duduknya lalu bergerak mundar mandir tidak jauh dari tempat Sharlyna duduk.
            “Siap engaged  call lagi.” handphonenya kembali di masukkan ke dalam saku sutnya. Nashrin mengomel sendiri sambil menilik jam di pergelangan tangannya. Dia kembali melabuhkan duduk berhadapan dengan Sharlyna.
            “Apa yang saya cakap kelmarin, saya harap awak ambil serius ye Cik Sharlyna.”Nashrin memandang Sharlyna di hadapannya.
            Sharlyna hanya mengangguk perlahan. Malapetaka sungguh!
            “Minumlah dulu. Pagi tadi dah breakfast belum?” soal Nashrin bersama senyuman.
            “Erm.” Sharlyna pelik dengan soalan Nashrin. Atau memang lelaki ini sangat prihatin dengan staf bawahannya?
            “Saya bukan apa, kejap lagi bila bos awak sampai, awak mesti kena guna banyak tenaga untuk ’jinak’kan dia.”Nashrin tertawa kecil melihat perubahan wajah Sharlyna.
            “Err, jinakkan dia? Kenapa saya tak nampak pun kriteria ni dalam offer letter semalam?” soal Sharlyna.
            “Kriteria apa?” Nashrin pula yang berkerut dahi tanda kurang mengerti.
            “Kriteria sama ada mempunyai pengalaman bertugas sebagai penjaga zoo sebagai syarat utama untuk jawatan ni?”Sharlyna sengih lebar sambil tayang muka tak bersalah dia pada Nashrin.
            Terus tawa Nashrin meledak kuat sebaik usai Sharlyna berkata-kata.
            “Kelakarlah awak ni.” Nashrin menggeleng kepala tak percaya. Pertama kali jumpa dulu, mati-mati dia ingat perempuan ni garang yang amat. Tak sangka pula perempuan garang ini punya bakat melawak.
            “Entah apa yang kelakarnya...” Sharlyna buat muka bosan. Orang sindir dia, dia boleh bantai gelak pula? Spesis manusia pelik betul.
            “Mungkin saya patut bawa cemeti sekali pagi tadi. Saya tengok dalam cerita kartun dekat TV, biasanya orang guna cemeti nak mengajar haiwan kat sarkas kan?” Sharlyna sudah mula merepek dengan cerita kartun dia.
            Makin galak tawa Nashrin mendengarkan omelan Sharlyna. Teringat kembali insiden kelmarin, ketika dia berusaha bagi mendapatkan persetujuan Sharlyna supaya gadis itu menerima tawaran bekerja di syarikat itu.
            “Itu dah kira kes penderaan pula. Nanti keluar muka depan news paper, setiausaha dera majikan. Famous awak.” Ucap Nashrin sambil menghabiskan tawanya yang masih bersisa.
            Kuakan pada pintu pejabat membuatkan tawa Nashrin yang masih meriah memenuhi suasana bilik pejabat sejak tadi, serta merta mati.
            “Meriahnya. Sampai luar dapat dengar suara kau Nash.” Lelaki itu melangkah masuk menghampiri Nashrin di sofa. Terdapat seorang gadis bertudung ungu  sedang duduk membelakanginya.
            “Ni, setiausaha kau ni. Buat lawak kartun dia pula pagi-pagi ni.” Nashrin sudah bangkit menghampiri Ashraf.
            “Come, aku kenalkan kau dengan cik setiausaha kau.”
            Ashraf melabuhkan duduk di tempatnya sambil mata tak lepas memandang si gadis yang masih duduk membelakanginya.
            “Kau?!!” Ashraf bingkas berdiri sebaik Sharlyna bangkit dan berpaling memandangnya. Buntang mata birunya memandang tajam ke arah Sharlyna.
            “Nash!?!” Nashrin pula menjadi mangsa renungan tajamnya.
            “Ni, Cik Puteri Balqish Sharlyna. Dia akan bekerja bersama kau mulai hari ini.” Nashrin tenang memperkenalkan Sharlyna pada Ashraf.
            “What?!” suara Ashraf masih meninggi tak puas hati.
            “Dia akan bantu uruskan apa-apa yang patut nanti.” Nashrin buat-buat tak faham dengan tingkah Ashraf.
            “No! Aku tak mahu tengok muka perempuan ni. Baik kau suruh dia balik.” Ashraf sudah berpeluk tubuh. Apa pun jadi, dia tak mahu melihat seraut wajah ini muncul menjelma di hadapannya. Wajah yang telah membuatkan maruah dan egonya sebagai seorang lelaki tercalar di hadapan halayak umum tempoh hari. Panas hatinya masih belum surut rentetan insiden memalukan di Genting Highland tempoh hari.
            “Ash...”
            “Suruh dia keluar sebelum apa-apa yang buruk jadi kat dia. Aku tak teragak-agak untuk balas balik apa yang dia buat dekat aku dulu, jika dia masih berdegil.”keras suara Ashraf memberi amaran. Tubuhnya di hempas ke kerusi empuk sebelum berpusing membelakangkan Nashrin.
            “Okay.” Nashrin berkata sepatah sambil membisikkan sesuatu kepada Sharlyna. Dengan muka  yang sudah masam mencuka, Sharlyna akur. Kakinya di hayun keluar dari ruangan pejabat tersebut.
            Taapp. Pintu pejabat tersebut kembali rapat.
            “Dalam ramai-ramai calon yang datang, kenapa mesti kau pilih dia?” soal Ashraf.  Tubuhnya di palingkan kembali memandang Nashrin yang sudah mengambil tempat di kerusi berhadapan dengannya.
            “Sebab dia menarik.”Nashrin sengih tak bersalah.
            “Perempuan nilah yang berani mati layangkan penampar dia kat muka aku hari tu tahu?” Ashraf merenung tajam wajah Nashrin yang sedang tersengih lebar. Apa yang menarik pasal perempuan tu entah?
            “Sebab dia berani tampar kaulah aku kata dia menarik.” Nashrin masih dengan senyumannya.
            “Argghh!” Ashraf merengus kasar.
            “Kau ni dah hilang akal ke bro?” tingkah Ashraf. Nashrin ni memang sengaja nak buli dia ke apa?
            “Aku okay, sihat walafiat sahaja. Thanks for your concern. Dan aku yakin kau akan okay dengan dia.”Nashrin mengukir senyum. Cuba menyakinkan Ashraf dengan kata-katanya.
            “Kau?! Arrghh!” Ashraf sekali lagi merengus kasar. Sudahlah tadi dia terpaksa berhadapan dengan kesesakan jalan raya. Terpaksa juga berhadapan dengan pemandu-pemandu yang menyakitkan hati. Sekarang, terpaksa pula menghadapi satu lagi keadaan yang membuatkan hatinya menggelegak panas.
            Bunyi ketukan pada pintu berjaya menghentikan perselisihan pendapat kedua kembar tersebut.
            “Kau masih berani nak tayang muka kat sini?!” Ashraf sudah bangkit. Wajah tenang bersahaja Sharlyna di rasakan seakan mahu mencabarnya.
            “Hey Ash, control sikit volume kau tu. Attitude dengan staf kena jaga juga.” Nashrin segera menegur.
            “Air encik.” Sharlyna meletakkan cawan di hadapan kedua lelaki itu.
            “Awak boleh pergi ke tempat awak Lynn. Sambung kerja awak semula.” Nashrin mengeluarkan arahan.
            Sharlyna hanya menurut. Dalam hati punyalah menyumpah seranah si lelaki bermata biru itu. Berani dia tengking aku ye?


            Sharlyna duduk di meja kerjanya. Fikiran melayang pada perbualan dia bersama Nashrin kelmarin.
            “Adik saya tu memang tak berapa layan perempuan. Pelik juga saya bila dengar cerita awak ni...” Nashrin berkata jujur. Setelah mendengar cerita sebenar daripada Sharlyna tadi, dia yakin apa yang berlaku di antara adiknya dan juga Sharlyna hanyalah satu salah faham.
            “Tak berapa layan perempuan?” Sharlyna meminta kepastian. Berkerut dahinya apabila melihat anggukan Nashrin. Patut pun muka beku tak berperasaan je walau budak perempuan tu puji dia melambung tinggi masa kat dalam kereta kabel hari tu...
            “Dia gay?” duga Sharlyna sambil sambut oleh gelak tawa Nashrin.
            “No, dia normal. Tapi ada beberapa sebab yang membuatkan dia tak berapa masuk sangat dengan perempuan. Ada je yang tak kena pada mata dia.” Balas Nashrin. Ada patut dia kata si Ashraf tu gay? Memang ada jugalah yang tercabut kepala dari badan nanti kalau budak Ashraf tu dapat tahu.
            Sharlyna menghela nafas perlahan. Satu lagi masalah dah bertambah. Kena pula berhadapan dengan karenah bos yang ala-ala anti-perempuan.
            ‘Kenapa dia jadi macam ni ye?’hatinya terdetik rasa ingin tahu.
            “Ehem!” suara deheman itu membuatkan Sharlyna spontan bangkit. Terkejut bila ada yang datang menganggu ketika dia sedang mengelamun.
            “Telefon tu yang rosak atau telinga kau yang dah lama tak ‘service’?” soal Ashraf sambil berdiri bercekak pinggang di hadapan meja kerja Sharlyna. Entah sejak bila pula lelaki ini sudah ada di depan meja kerjanya.
            “Masuk!” Ashraf mengisyaratkan bilik pejabatnya sebelum menghilang di sebalik pintu tanpa sempat Sharlyna berkata apa-apa.
            Dia bangkit sambil menghulur senyuman pada staf-staf lain yang sedang memandangnya tanpa berkelip sebaik di jerkah Ashraf tadi.
            ‘First day dah kena jerkah dengan bos. Sabar jelah.’ langkahnya di atur memasuki bilik pejabat Ashraf.
            Entah bagaimana nasibnya di kemudian hari nanti. Memang keputusannya untuk menyahut cabaran Nashrin adalah satu kerja gila. Nak menyesal pun dah terlambat. Apalagi yang boleh di buat? Redah ajelah...


            Pejam celik, sudah hampir 3 bulan masa berlalu. Sepanjang tempoh 3 bulan ini juga, dia sudah separuh gila bekerja sebagai setiausaha lelaki yang bernama Muhammad Danish Ashraf ini. Bermacam ragam dan karenah lelaki itu terpaksa di hadapinya dengan senyuman dan kesabaran.
            Masih segar di ingatannya, sepanjang hari pertama dia memegang jawatan ini dulu, dia terpaksa berhadapan dengan pandangan tajam Ashraf. Hari yang sama juga Ashraf mengungkapkan satu amaran padanya. Amaran yang menyatakan bahawa setiap masa yang berjalan hanya akan memberikan penderitaan pada dirinya.
            Keesokan harinya, Ashraf benar-benar mengotakan katanya. Pagi rabu yang indah permai itu sudah menjadi satu titik permulaan kepada zaman penderitaannya. Hari di mana terwujudnya satu senarai tugas untuk dirinya iaitu, Puteri Balqish Sharlyna WAJIB melakukan tugas-tugas tambahan yang di berikan oleh Ashraf kepadanya. Antara tugas-tugas itu adalah:

            1. Sediakan sarapan. Toasted bread + Bliss. Everyday. On time. Atas meja kerja aku.
            2. Pastikan stok Bliss dalam peti sejuk mini tak habis. Check it everyday.
            3. Siram kaktus 2 hari sekali. Jangan siram banyak sangat, mati kaktus aku, matilah kau.
            4. Ikut aku jumpa client. Jangan banyak alasan. Pagi petang siang malam, no excuses.
            5. Nanti aku beritahu apa lagi yang kau kena buat.

            Sharlyna tampar pipi sendiri perlahan. Memang tempah bala sungguh bekerja dengan lelaki ni. Kertas memo yang di lekatkan pada sudut moniter Pcnya di kerling geram. Nafasnya di hela panjang, cuba menstabilkan kembali rentak jantungnya yang masih berdegup laju. Mana tidaknya, dia baru berkejar ke sebuah pasaraya terdekat untuk mencari Bliss tadi.
            ‘Macam manalah aku lupa nak check semalam?’ hati berbisik kesal. Peluh yang merinik di dahi di seka dengan tisu muka. Air-cond kuat pun tak mampu nak sejukkan hatiku ini...ohh~
            Baiklah, di samping tugas utama sebagai setiausaha kepada Ashraf, dia juga bertidak sebagai isteri separuh masa lelaki itu, menyediakan sarapan di setiap pagi. Mengambil pakaian lelaki itu dari kedai dobi, tetapi, sejak peristiwa 2 minggu lepas, kerja mendobi pakaian lelaki itu WAJIB di lakukannya sendiri. Entah apa yang merasuk lelaki itu untuk bertindak sedemikian. Setiap hari sabtu, lelaki itu akan menghantar hampir 20 helai koleksi kemeja yang sudah siap di basuh ke rumah sewanya untuk di gosok. Zaaralah yang selalu jadi tukang gelak setiap kali dia menyelesaikan timbunan pakaian lelaki itu. Selain isteri separuh masa itu, dia juga adalah seorang tukang kebun. Bezanya, dia hanya perlu menjaga koleksi pokok kaktus ‘kesayangan’ bosnya di dalam pejabat lelaki itu. Selain itu, dia juga adalah seorang pengurus stok, yang di tugaskan untuk menyemak stok bliss milik lelaki itu di pejabat.
            Pasti ada yang tertanya-tanya, kenapa dia diam saja apabila di arah itu ini oleh Ashraf tanpa melawan langsung?
            Jawapannya mudah sahaja. Pada hari pertama dia memegang jawatan setiausaha Ashraf dahulu, sesuatu telah berlaku. Dia secara tak sengaja telah mengebabkan skrin Ipad lelaki bermata biru itu retak seribu akibat terhempas ke lantai konkrit di hadapan pintu lif kerana kecuaiannya! Di sebab insiden itulah, sepanjang hari dia terpaksa menahan debaran yang menggila apabila renungan tajam lelaki itu tidak lepas dari wajahnya. Kiranya sekarang, dia perlu bekerja hingga hujung bulan ini di sini supaya dapat membayar semula ganti rugi atas kerosakkan yang sudah di lakukannya. Maklum sahajalah, dia pun baru sahaja tamat belajar, duit simpanan yang sedia ada pun tidak cukup untuk membayar harga Ipad tersebut yang jelas mencecah RM 2000++.
            Namun itu adalah cerita  2 bulan lepas. Ketika dia membayar harga ganti rugi Ipad yang sudah retak itu, sekali menyerahkan surat perletakkan jawatannya pada Ashraf, bermacam alasan di berikan lelaki itu. Surat hilanglah, tercicir dekat meeting room lepas tu kena buang dengan makcik cleaner lah, sehingga menyebabkan dia terpaksa mencetak semula surat tersebut berulang kali. Banyak kali mencuba, tetapi pelbagai alasan diberikan oleh lelaki itu sehinga dia bosan kerana kadang kala alasan yang di berikan, langsung tidak munasabah di pendengarannya. Kali terakhir dia menghantar surat tersebut 2 minggu lepas, hari yang sama dimana lelaki itu memintanya untuk mengambil alih tugas kedai dobi, surat tersebut di koyakkan di hadapan matanya. Dengan muka tak bersalah, lelaki itu berkata;
            “Aku takkan lepaskan kau semudah ini, perempuan. Lupakan saja niat kau untuk lari dari aku.” sebaris ayat ini terimbas kembali di benaknya. Dia masih ingat betapa tajam pandangan mata Ashraf saat mengungkapkan ayat tersebut kepadanya.
            Telefon di atas meja kerjanya yang berdering tiba-tiba, membuatkan Sharlyna serta merta menegakkan badannya semula. Ganggang di capai lalu di bawa rapat ke telinga.
            “Ya?”
            “Okay.” Ganggang di letakkan pada tempatnya semula sebelum dia mengatur langkah ke dalam pejabat ‘puaka’ itu.
            “Fotokopi document ni. Satu set.”sebuah fail tebal di letakkan di hadapannya sebaik dia tiba di hadapan meja kerja Ashraf.
            “Yang ni, buat 10 salinan. Nak guna petang ni, pukul 3.00. Tapi aku nak benda ni siap 15 minit awal dari pukul 3.00.” sebuah fail di tindih pada fail tebal tadi.
            “Yang ni pula, 5 salinan. Nak guna sekarang. Tolong binding sekali. Kemas.”sebuah lagi fail di letakkan di hadapan Sharlyna.
            “Okay, boleh keluar.” Ashraf terus tunduk menaip sesuatu pada laptopnya. Wajahnya serius seperti sedang menumpukan sepenuh perhatian pada perkara yang sedang di bacanya itu.
            “Okay.” Sharlyna sempat mencuri pandang ke skrin laptop Ashraf. Sibuk je nampak? Tengah baca report ke apa?
            Logo biru dengan huruf ‘f’ itu benar-benar membuatkan darah di seluruh badan Sharlyna menggelegak.
            ‘FACEBOOK?!’
            ‘Bestnya jadi bos. Boleh senang-senang buli orang kan?’Laju kakinya di atur keluar. Kenapa mesti suruh aku buat kerja ni? Kenapa tak suruh office boy buat? Kenapa dia??
            “Err, buatkan aku air. Coffee.” Ucap Ashraf tanpa mengangkat mukanya dari skrin laptop.
            Sharlyna berhenti menapak. Fail besar gedabak yang punyalah berat di pegang kemas. Nafas di hembus perlahan. “Baik bos.” Ucapnya lembut.
            “Baik? Aku tahu aku memang baik. Terima kasih atas pujian.” Ucap Ashraf selamba.
            Aiihh?? Bos aku ni ada short circuit ke apa? Bila masa aku kata dia baik? Aku belum nyanyuk lagi nak beri dia puji-pujian macam tu.
            Segera langkah kakinya di bawa beredar dari situ. Malas mahu berlawan kata dengan singa jadian itu.
            Ashraf sekadar tersenyum melihat langkah Sharlyna yang sudah menghilang di sebalik pintu pejabatnya.
            “Kau takkan bertahan lama perempuan.” Dia tertawa sinis memikirkan rancangan seterusnya.
    

            “Coffee, bos.” Instant coffee tersebut yang sudah siap dibancuh di letakkan di hadapan Ashraf.
            Tanpa berlengah, Ashraf mencapai cawan tersebut lalu mensisip sedikit air yang sudah siap di bancuh Sharlyna.
            “Auuchh!” terkocoh-kocoh Ashraf mengeluarkan lidahnya yang sedikit pedih. Panas gila air ni!
            “Kau nak bunuh aku ke apa? Panas gila! Pergi buat sesuatu supaya air ni sejuk.”Ashraf memandang tajam wajah Sharlyna yang sedikit terkejut tadi.
            “Sorry...”Sharlyna capai semula cawan tersebut dan menghilang ke pantri. Seketika kemudian, dia masuk lalu meletakkan cawan tersebut di hadapan Ashraf semula.
            “Uiihh?! Apasal tawar ni? Apa gula dekat pantri tu dah habis ke?” sekali lagi Ashraf berang.
            “Perempuan apa kau ni? Takkan nak buat air pun tak pandai? Sudah, pergi buat semula!” jerkahnya kasar.
            Sharlyna yang terkejut dengan jerkahan Ashraf yang tidak di sangkanya itu terus sahaja menonong keluar.
            Buat kali yang ketiga, Sharlyna meletakkan cawan berisi kopi segera itu di hadapan Ashraf.
            “Kali ni apa? Nak bagi aku dapat diabetis pula? Berapa lori gula kau letak dalam air ni?” Ashraf makin hilang sabar setelah mensisip sedikit air yang di bawa Sharlyna tadi. Hakikatnya, air tersebut sudah sedang elok saja, sejak dari yang pertama tadi lagi sejujurnya. Panas sangatlah, tawar sangatlah dan sekarang manis sangat. Semua ini hanyalah alasan sahaja. Alasan untuk dia memarahi gadis itu. Sengaja mahu gadis itu kelihatan bodoh di hadapannya.
            “Ha?” Berkerut dahi Sharlyna mendengar kata-kata Ashraf. Manis sangat ke?
            Sharlyna garu kepala yang tidak gatal. 
            ‘Rasanya aku letak gula satu sudu teh je tadi..’ Ke aku yang salah sukat gula tadi?
            “Sorry, saya buat semula.” Sebelum dia di jerkah lagi, lebih baik dia keluar selamatkan diri awal-awal!
            Ashraf akhirnya mengukir senyum sendiri melihat Sharlyna yang sibuk terkejar-kejar ke sana sini sejak pagi tadi. Awal pagi tadi, stok Blissnya yang kononnya sudah habis padahal ada sahaja di sorokkan di dalam laci dokumen meja kerjanya ini. Sekarang pula, gadis itu sedang sibuk terkejar-kejar demi secawan kopi. Sengaja dia mahu mempermainkan kesabaran gadis tersebut yang jelas sudah tidak setebal mana kini.
            Sharlyna menarik nafas yang sudah berterabur semacam. Cawan di letakkan di hadapan Ashraf.
            “Coffee, bos. Kurang panas, kurang manis.” Ucap Sharlyna sepatah-sepatah. Semput nafasnya kena berkejar ke sana sini dengan heels tinggi begini. Kakinya sudah terasa sakit dan pedih.
            ‘Ni mesti tak lain tak bukan, melecet...’ hatinya merintih lemah. Maklum sahajalah, kasutnya ini baru pertama kali di pakai hari ini.
            “Erm. This one much better. Tapi tiba-tiba jadi loya pula tengok kopi ni. Tukar, buat secawan green tea. Kurang manis.” Selamba Ashraf berkata sambil meletakkan kembali cawan porselin putih itu ke meja selepas mensisipnya sedikit tadi.
            “Apa?!” suara Sharlyna sudah naik seoktaf.  Dulang kosong yang masih di genggamannya tadi spontan di hempas kuat ke meja Ashraf tanda protes.
            Hampir terlompat Ashraf dengan suara nyaring Sharlyna. Nasib saja dia tiada sejarah sakit jantung, kalau tak memang ada juga yang merasa naik ambulance hari ni.
            “Bos sengaja nak kenakan saya kan?” soal Sharlyna tidak puas hati. Sejak kelmarin dia beria memujuk hatinya supaya bersabar dengan setiap kelakuan Ashraf, namun entah kenapa saat ini kesabarannya seakan menipis. Dulu rasa dirinya hanya di buli oleh lelaki ini kerana dendam atas insiden yang lepas, namun kini terasa dirinya diperbodohkan oleh lelaki itu.
            “Kenakan kau? Ingat aku tak ada kerja lain ke?” Ashraf betulkan duduknya di atas kerusi empuknya. Riak tenang terpamer di wajahnya sambil mata mengerling sedetik wajah Sharlyna. Nasib tak luruh jantung aku ni.
            “Kalau tak, kenapa awal-awal tadi tak minta teh hijau tu? Saya masih banyak kerja lain yang nak di selesaikan bos. Tolonglah, saya tak larat nak layan lawak sengal bos ni!” luah Sharlyna. Biarlah kau bos ke apa, ada aku kesah? Kalau kena pecat lagi bagus dari kena seksa diri menghadap singa jadian ni setiap hari.
            Ashraf menghambur tawa melihat wajah kelat Sharlyna.
            “So, kau nak mengaku kalah? Nak resign?” provoke Ashraf.
            Sharlyna mengetap gigi menahan rasa geram dan amarah yang makin merebak meracuni hati dan akal warasnya.
            “Kalau kau resign, kau kena...” Ashraf berjeda sebentar. Wajah keruh Sharlyna di pandang lama. Seketika, dia tertawa kecil. Reaksi Sharlyna sudah mampu di jangkanya.
            “Arrggghhh!!!” cawan di hadapan Ashraf segera dicapai sebelum dia melangkah keluar untuk membancuh teh.
            Ashraf tersenyum sahaja melihat gelagat Sharlyna.
            Beberapa minit kemudian, Sharlyna muncul semula dengan wajah yang sudah kembali tenang.
            Nafas di hembus perlahan. Senyuman di ukir manis pada ulas bibirnya untuk Ashraf.
            “Green tea suam. Kurang manis. Jemput minum.”Sharlyna berkata penuh sopan dan lemah lembut.
            Terjungkit kening Ashraf dengan tingkah Sharlyna.
            Sharlyna berdebar menanti reaksi Ashraf. Dia gelak jahat di dalam hati. Agak-agak lelaki poyo yang sengal ni boleh pengsan tak lepas minum air teh yang aku bancuh penuh kasih sayang ni?
            “Sorry, aku kena jumpa Dato’ Ahmad Dani sekarang. Urgent.” Ashraf bangkit sambil mengemas beberapa helaian dokumen di hadapannya.
            “Ha?!” Sharlyna jatuh rahang. “Habis air ni?” matanya jatuh pada air teh hijau yang masih penuh tak berusik.
            “Kau minum sajalah kalau tak nak  membazir.” Ashraf sudah bangkit dari kerusinya.
            “Tapi...”
            “Don’t miss me.” Ashraf senyum sambil kenyit mata pada Sharlyna sebelum menghilang di sebalik pintu.
            Sharlyna terkebil-kebil sendiri. ‘Tak ada masa aku nak rindukan kau.’ Hatinya merengus geram.
            “Sia-sia aku beria letak 10 sudu garam dalam air ni tadi, sekalinya dia tak minum sikit pun. Cis!” Sharlyna mengomel sendiri sambil meletakkan kembali cawan tersebut ke atas dulang.
            Polo Black Forest yang menyapa deria baunya membuatkan Sharlyna bersusah payah mahu menelan liur yang terasa berpasir. Hampir terlepas dulang kosong yang di pegangnya.
            “Sejak bila ya, orang buat air teh letak garam?” suara yang terasa begitu rapat seakan berbisik kepadanya membuatkan badan Sharlyna menggigil menahan rasa.
            “Err, saya...” Sharlyna segera bergerak dua tapak ke kanan. Cuba menjauhi lelaki itu yang sememangnya sedang berada rapat dengannya tadi.
            “Sampai 10 sudu...” Ashraf mara setapak merapati Sharlyna. Tajam matanya menikam anak mata Sharlyna.
            “S..sa..saya..” Sharlyna tak tahu nak cakap apa pada lelaki itu.
            “Kau ada niat nak bunuh aku?” setapak lagi Ashraf mara menghampiri Sharlyna. Dia benar-benar tidak menyangka Sharlyna akan berbuat begini. Mujur sahaja dia tidak terus minum air itu tadi.
            “Tak! Bu..buk..bukan macam tu..” tergagap-gagap Sharlyna menjawab. Selangkah demi selangkah dia mengundur menjauhi Ashraf.
            “Kau kata aku jahat. Kau kata aku suka ambil kesempatan..tapi...”senyuman sinis terukir di bibirnya apabila Sharlyna sudah mati langkah apabila terhimpit oleh dinding konkrit dan dirinya.
            “...tapi, kau sedar tak yang kau ni berkali-kali lagi teruk dari aku?” kedua belah tangannya di letakkan ke dinding konkrit. Mengepung Sharlyna di hadapannya.
            “Sebab kau ni hipokrit. Back stabber.”hanya beberapa inchi memisahkan tubuh mereka dari saling bersentuhan.
            Sharlyna diam sambil menekur pandang ke lantai. Sungguh dia takut dengan apa yang sedang Ashraf lakukan kini. Dengan jarak mereka yang begitu hampir ini...
            ‘Ya ALLAH, aku berlindung padaMu daripada sebarang perkara yang boleh menjadi fitnah dan merosakkan maruahku.’hati sudah menitip doa pada Yang Maha Esa.
            “Sa..saya minta maaf..saya..”
            “Maaf sahaja tidak cukup.” Mata Ashraf masih tajam menikam wajah Sharlyna yang sudah pucat ketakutan.
            Sharlyna makin tak sedap hati.
            “Ha..habis?” soal Sharlyna takut-takut.
            Ashraf tertawa kecil sebelum tunduk mencari sepasang mata bundar milik si gadis di hadapannya ini.
            “Look at me.” Ucapnya perlahan.
            Sharlyna masih menunduk. Kata-kata Ashraf tadi seperti tidak langsung di endahkannya.
            “Look at me, or else...kau akan menyesal dengan apa yang aku buat...”kata-kata Ashraf berjaya membuatkan Sharlyna serta merta mengangkat muka memandang wajahnya. Wajah si gadis jelas masih dalam keadaan malu-malu dan takut-takut.
            “Aku akan maafkan kau. Aku akan lupakan apa yang kau dah buat, tapi dengan syarat.”senyuman yang terukir pada bibir Ashraf membuatkan Sharlyna merasa lututnya semakin lemah untuk terus berdiri.
            “Apa syaratnya?” Sharlyna makin tak sedap hati bila senyuman Ashraf makin melebar mendengarkan pertanyaannya.
            “Aku nak mulai esok, kau datang kerja tanpa baju kurung kau ni...”ucap Ashraf sambil menyentuh sedikit lengan baju kurung yang di pakai Sharlyna.
            “...tanpa tudung kau ni...” kepala Sharlyna yang di baluti sehelai pashmina di sentuh lembut.
            “Boleh?” soal Ashraf dengan nada lembut di sertakan dengan senyuman manis yang menggoda hati.
            “Apa ni?!” entah dari mana semangat melawan ini datang. Sharlyna menepis kasar tangan Ashraf yang sudah naik menyentuh kepalanya yang berpashmina ketika itu.
            “Gaya kau ni kolot. Ketinggalan zaman sangat. Kau tu setiausaha aku. Kena ikut aku keluar jumpa klient. Kau tak fikir ke apa yang akan klient-klient kita fikir bila nampak kau pakai macam ni? Erm?”
            “Apa kaitan pakaian saya dengan apa yang klient syarikat fikir?” soal Sharlyna.
            “Mestilah ada kaitan. Kau tu setiausaha aku, GM syarikat. Syarikat ni, international company...” Ashraf masih tenang.
            “Apa masalah dengan baju kurung? Dengan tudung?” soal Sharlyna, berang.
            “Kau nampak sangat tak up-to-date. Aku rasa, kalau kau pakai blouse and skirt, tanpa tudung kau ni, mesti kau cantik.” Ashraf masih memujuk sambil tersenyum.
            “Jangan harap!”tangannya menolak dada Ashraf supaya jauh daripadanya.
            “Lah, bukan ke kau pakai tudung, baju macam ni semata sebab fesyen je kan? Lilit sana, pin sini. Pusing sini, belit sana. Berlambak kat luar sana orang macam kau ni. Sekejap bertudung, sekejap tayang rambut baru lepas rebonding dekat fb. Lepas tu elok pula bungkus rambut tu dengan tudung belit-belit macam ni semula. Dah ramai sangat yang pakai tudung on off sekarang ni.” sarkastik bicara Ashraf.
            Sharlyna mengetap gigi menahan geram. Cetek betul fikiran lelaki ini. Semudah itu dia menghukum perempuan? Mungkin benar ada segelintirnya yang berperangai demikian, tetapi tidakkan lelaki ini terfikir di dalam dunia ini masih wujud lagi wanita yang begitu menitik beratkan hal tudung dan aurat mereka? Tidakkah  kejam untuk menjatuhkan tuduhan itu pada semua wanita islam masa kini? Tidakkah dia tahu, bicara dan tuduhan itu bakal mengguris hati wanita-wanita yang bersungguh menjaga aurat mereka ikhlas kerana ALLAH, kerana agama dan maruah diri?
            “Dunia sekarang ni, sudah penuh dengan perempuan plastik. Mudah sangat terpengaruh sehingga sanggup gadaikan maruah.”Ashraf tertawa kecil melihat wajah Sharlyna yang jelas sedang menanggung amarah. Tangannya naik cuba menyentuh wajah merah padam Sharlyna. Tetapi gadis itu cekap mengelak.
            “So, apa salahnya kau ikut saja arahan aku? Mungkin lepas kau buat macam yang aku suruh, ada Dato’ atau Tan Sri yang berminat nak jadikan kau ‘gundik’ mereka kan?..atau kau nak aku yang...”Ashraf tersenyum lagi melihat wajah Sharlyna yang kelihatan semakin keruh dengan kata bicaranya tadi.
            PAAPP!!
            “JANGAN HARAP!” marah Sharlyna. Tangannya masih pedih selepas menyapa kasar pipi putih bersih Ashraf tadi, menggeletar menahan rasa.
            “Dalam mimpi pun jangan harap!”sambungnya tegas.
            “Saya takkan ikut apa yang bos minta. TAK KAN!!”Sharlyna laju mengatur langkah keluar.
            “Nak ke mana?” soal Ashraf sedikit kaget.
            “Nak keluar, siapkan apa-apa yang patut. Saya tak tahan lagi nak bekerja di neraka dunia ni!” balas Sharlyna berani. Apa pun nak jadi, dia sudah tidak mahu ambil kisah! Apa yang penting, dia mahu segera keluar dari sini!
            10 minit berlalu. Sharlyna masuk semula  ke pejabat Ashraf dengan muka yang masih keruh. Sepucuk sampul surat di letakkan di atas meja kerja  Ashraf. Lelaki itu tiada di pejabatnya kerana ada urusan dengan Dato’ Ahmad Dani. Seperti yang di katakannya tadi.
            Sharlyna sempat mengerling setiap sudut bilik pejabat itu. Pada susunan bunga kaktus di atas kabinet di tepi tingkap pejabat itu. Bunga yang sudah terasa dekat di hatinya. Dia tersenyum pahit mengenangkan dia selalu sahaja meluahkan rasa hatinya di saat sedang menyiram dan merapikan bunga-bunga kaktus tersebut dulu.
            Kaki di atur menuju ke pintu lif tanpa mempedulikan mata-mata yang memandangnya dengan pelbagai jenis pandangan.
            “Lynn, janganlah resign...” ucap seseorang sambil menarik lengannya. Menahan dia daripada melangkah keluar dari ruangan tersebut.
            “Tak boleh kak, saya dah tak tahan lagi nak kerja dengan singa jadian tu.” ucap Sharlyna terus terang.
            “Lah, nanti matilah kami kat sini bila singa jadian tu asyik ‘mengaum’ tak sudah sebab orang kanan kesayangan dia ni tak ada. Silap-silap ada yang kena ‘baham’ pula nanti.” Wanita berusia pertengahan 30-an itu berkata sambil di sambut oleh gelak tawa kecil beberapa pekerja lain.
            “Maaflah kak, tapi saya memang dah tak boleh nak pandang muka dia pun. Saya doakan akak dengan yang lain-lain baik-baik sahaja kat sini.” Sharlyna tersenyum pahit. Bila masa pula dia jadi orang kanan kesayangan lelaki itu? Orang suruhan yang paling selalu di buli lelaki itu adalah agaknya.
            “Saya pergi dulu. Karang terserempak pula dengan singa jadian tu lagi.” Sharlyna meminta diri. Beberapa barang kepunyaanya sudah di masukkan ke dalam kotak dan di bawa bersamanya sekali.



            “Apa?!!” nyaring suara Nashrin memecah ruangan pejabat milik abangnya itu. Ashraf hanya tayang muka minta belas kasihannya.
            “Kau buat apa pada dia Ash?!” suara Nashrin masih tinggi seperti tadi.
            “Aku tak buat apa pun.”dalih Ashraf.
            “Mustahil!” suara Nashrin masih memetir. Bingkas dia bangkit dari duduknya sambil berjalan mundar mandir.
            “Aku tak kira, walau apa cara sekali pun, aku tahu mulai minggu depan, Lynn dah kembali ke meja dia. Bekerja semula sebagai secretary kau." Nashrin mengambil tempatnya semula. Wajah Ashraf yang sedang menayang muka terkejut di hadapannya di pandang tajam.
            “Tapi...”
            “Aku kata, walau apa cara sekali pun kan? Maknanya, tak ada tapi-tapi lagi dah. Kalau pun kau kena melutut depan dia untuk minta maaf sekalipun, aku tak peduli!” Nashrin berkata tegas.
            “Apasal kau beria nak ‘simpan’ dia dekat syarikat kita Nash?!” soal Ashraf tidak puas hati.
            “Kenapa? Kau tanya aku kenapa?” soal Nashrin pula.
            “Sebab bukan senang nak cari orang untuk gantikan tempat Lynn. Leceh kau tahu tak? Masih banyak kerja yang perlu di selesaikan,  dan sekarang nak tambah lagi masalah untuk cari pengganti Lynn? Dah, aku ada banyak lagi nak di buat ni.” Nashrin berkata sambil mencapai beberapa dokumen yang bertimbun di sisi mejanya.
           
          

____________________

PESANAN PENAJA PANJANG BERJELA. so sorry:P

1. Saya tahu ada yang bosan. Pada yang sudi membaca, meluangkan masa..Terima kasih tidak terhingga.
2. Saya kena rombak semula chapter yang dah siap di edit. Untuk pengetahuan anda, ini dah masuk kali ke 5 plot Aurora di rombak sejak saya mula menulis kisah ini di pada tahun 2007 dahulu.
3. Rombakan di lakukan atas sebab-sebab penting yang tak dapat di elakkan.
4. Saya sendiri pun tengah pening nak susun semula chapter2 yang dah di siap ni *serius rasa nak pitam ye*. Jadi, saya ambil keputusan nk -just go with the flow-.
5. Entry ni nak cerita sebab kenapa Lynn benci + sakit hati dengan Ash.
6. Kalau rasa entry ni macam serabut, boleh komen di bawah. Sementara masih ada masa ni, boleh saya edit lagi mana-mana yang patut.
7. Terima kasih:)


Arin Arida.



7 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best la kak arin

-nur far-

Wan Ruzana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Besss,.ok je plot ny keke

aini said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best sgt... tak boring pun..bru tahu knp lyn benci ash..

Ai NuRaSh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

seriously citer ni da makin menarik...don't give up ye cik writer
i akn sentiasa sokong hehehe

ajeje said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg best kkep up the good job. tumbs up 4u. :)

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

semakin menarik..... teruskan usaha anda......

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

InsyaALLAH rasanya best j baca nye.. keep spirit :)