Bab 3
Ashraf berjalan mundar mandir di
dalam ruangan pejabatnya. Fikirannya buntu. Sejak semalam dia berfikir dan
mempertimbangkan buah fikirannya setelah berfikir panjang selama seminggu ini.
Seminggu tanpa kelibat Sharlyna,
jelas membuatkan dirinya tidak keruan. Kekusutan dengan kerja-kerja pejabat,
juga dengan kehidupan hariannya. Tiada lagi set breakfast di atas meja
kerjanya, Blissnya juga sudah beberapa kali habis dari simpanannya di pejabat,
kaktus pula sudah hampir mati kerana kelalaiannya menyiram terlalu banyak air,
baju-baju kemeja yang perlu di gosoknya sendiri, dan juga appointment dia dengan
klient yang saling bertindih. Pendek kata, hidupnya selama seminggu sejak
ketiadaan Sharlyna ini benar-benar jadi tunggang-langgang. Kalah tongkang
pecah. Berserabut macam akar pokok bakau saja rasanya! Itu belum campur bebelan
dan sindiran Nashrin padanya selama tempoh masa seminggu ini.
Akhirnya, galaxy s di capai dari
atas mejanya. Beberapa kali juga dia terpaksa mengulang dail nombor yang sama
kerana panggilannya tidak bersambut. Setelah beberapa kali mencuba, masih juga
tidak berangkat.
Ganggang telefon di meja kerjanya di
capai lalu sekali lagi nombor yang sama di dail. Tidak lama dia menanti,
panggilannya sudah di sambut.
Setelah bercakap-cakap seketika,
akhirnya panggilan di tamatkan.
Suara yang bercakap-cakap dengannya
tadi berjaya menerbitkan sebuah senyuman di bibir Ashraf, walau kata-kata yang
di ungkapkan oleh suara tersebut tajam menghiris perasaan. Tiada lenggok manja
pada suara itu tadi, namun entah kenapa hatinya di usik rasa senang bila suara
itu menyatakan persetujuan untuk datang berjumpanya di pejabat selepas lunch
hour nanti bagi menyelesaikan beberapa procedur berhenti kerja menurut polisi
syarikat. Namun, hakikatnya kesemua procedur yang di beritahu olehnya pada si gadis
tadi tidak lebih daripada helah rekaannya semata-mata untuk memancing si gadis.
Ashraf tersenyum lagi. Dia punya
rancangan yang tersendiri buat si gadis itu.
Pintu pejabatnya di kuak dari luar.
Ashraf tersenyum melihat wajah cemberut tetamu istimewa yang di
nanti-nantikannya itu.
“Mana dokumen yang saya kena sign tu?”
soal Sharlyna terus pada point utama kedatangannya ke pejabat tersebut semula.
“Please have a sit, Cik Puteri
Balqish Sharlyna.”Ashraf tayang riak serius sambil menjemput Sharlyna duduk.
“Tak payah! Saya bukan nak
berlama-lama di sini. Mana dia surat yang saya kena sign tadi?” Sharlyna
berdiri tegak di hadapan meja Ashraf sambil berpeluk tubuh.
“Fine.” Ucap Ashraf sepatah. Wajah
Sharlyna yang masih cemberut di tatap lama. Entah kenapa terasa sukar untuk dia
mengalih pandangannya dari seraut wajah yang tidak punya senyuman itu. Gadis
itu kelihatan lain dari kebiasaannya. Atau mungkin sahaja nampak lain di
pandangan matanya kerana sudah lama tidak menatap seraut wajah ini? Tidak,
bukan itu penyebabnya kerana selama seminggu ini, bayangan wajah di hadapannya
ini sering menjadi peneman setiap mimpinya.
Sharlyna jadi tidak selesa apabila
Ashraf tidak berkelip memandangnya sejak tadi. Pelik sangat ke rupa dia bila
memakai dress labuh bercorak bunga2 kecil dengan renda ala vantage ni? Rasanya
tak adalah over sangat. Lagipun, dia berada di shopping complex sewaktu lelaki
ini menelefonnya tadi. Dah alang-alang ada di luar, dia langsung sahaja ke sini
tadi. Lagi pun nak tandatangan satu dua dokumen saja, tak kuasa dia nak balik
menyalin pakaian lain.
“Dokumen tu boleh TERtanda dengan
sendirinya hanya dengan memandang muka saya ke?” soal Sharlyna geram. Boleh
pula lelaki ni nak main tenung muka dia bagai nak tembus macam tu?
“Aaa. Err..” Ashraf kalut sendiri.
Tak sedar pula dia terhanyut melayan perasaan sendiri tadi.
“Apa tadi?” Soalnya cuba mengawal
suasana.
“Surat yang encik nak saya sign tu.”
jawab Sharlyna. Terdetik juga perasaan pelik di hati Sharlyna dengan tingkah
bosnya itu. Eh, silap! EX-bos ya.
“Oh ya. Pasal tu.” Ashraf tayang
senyuman penuh muslihat sambil bangkit dari duduknya.
“Jom.” Ucapnya sepatah sambil
menarik lengan Sharlyna agar menuruti langkahnya.
“Hey! Apa pegang-pegang tangan orang
ni? Lepaslah!” Sharlyna cuba meronta untuk melepaskan lengannya dari pegangan
Ashraf.
“Kau nak jalan baik-baik, atau nak
aku angkat kau depan orang ramai ni?” soal Ashraf dengan riak wajah yang
sengaja di seriuskan. Seakan mahu menggertak hati gadis tersebut.
“Apa ni? Lepas!!” Sharlyna masih
meronta-ronta. Gertakan Ashraf tadi langsung tidak mahu di endahkannya. Boleh
pula lelaki ni sesuka hati dia je nak pegang anak dara orang ye?
“Kau cabar aku ya?” Ashraf pula
hampir hilang sabar dengan hati batu Sharlyna. Langsung tak berbekas gertakannya
tadi pada gadis tersebut.
“Ya! Memang saya cabar awak! Sebab
awak takkan berani buat macam tu dekat sini!” Sharlyna membalas berani. Sedaya
upaya dia cuba merungkai genggaman Ashraf pada lengannya. Skirt labuh yang di
pakainya menyukarkan dia untuk membuka segala langkah taek won donya. Jika
tidak, ada juga orang yang bakal merangkak cari doktor petang ni!
“Fine. Jangan salahkan aku, sebab
kau yang salah kerana mencabar aku.” Ashraf segera menghampiri Sharlyna sambil berkira-kira untuk mengangkat tubuh
gadis itu ke bahunya.
“Kau nak sangat kan?”
Melihatkan gaya Ashraf yang seakan
benar-benar mahu mengangkatnya membuatkan Sharlyna hampir pitam. Tak
semena-mena, tangan kirinya yang bebas dari di pegang Ashraf tadi melayangkan
satu tumbukan yang menjadikan perut Ashraf sebagai sasarannya.
“Arrgghhh!!” pegangan pada lengan
Sharlyna terlepas apabila tangannya serta merta bergerak mengusap perutnya yang
terasa senak akibat tumbukan tangan kecil yang tidak di sangka-sangka olehnya.
Sharlyna segera mengambil peluang
yang ada untuk melarikan diri dari Ashraf. Lelaki itu seperti sudah hilang
akal!
“Wait!” belum sempat Sharlyna
memulas tombol pintu, sekali lagi tangannya di tarik Ashraf.
Serentak itu juga tubuhnya sudah
tersekat ke dinding konkrit bersebelahan pintu.
“Kau. Kau akan menyesal. “Ucap
Ashraf sambil sebelah tangannya bergerak mengunci pintu pejabatnya. Nafasnya
juga sudah tidak sekata rentak turun naiknya.
“Kau akan menyesal, kalau kau tak
ikut apa yang aku suruh.”ucap Ashraf
separuh berbisik. Dia akan psiko gadis di hadapannya ini habis-habisan!
“A...aapa yang awak nak bu..buat
ni?” soal Sharlyna, mulai gugup.
“Kau rasa?” soal Ashraf.
Sharlyna telan liur. Matanya sudah
berkaca. Apa yang dia fikirkan ketika ini hanyalah untuk...
“Jangan jerit.” Bagaikan dapat
membaca apa yang sedang Sharlyna fikirkan, Ashraf segera menekup mulut gadis
itu. Sebagai langkah berjaga-jaga.
“Aku akan lepaskan kau. Aku akan
luluskan permohonan kau untuk berhenti. Tetapi dengan syarat.” Ucap Ashraf
perlahan. Mata Sharlyna yang sudah berkaca di pandang penuh minat.
“Ikut aku pergi pusat Triple S kat
Nilai sekarang. Ada urgent kat sana, jadi aku kena turun pantau. Lepas habis
kerja, aku ada benda nak bincang dengan kau. For the last time. Please.”tutur
Ashraf.
Sharlyna diam merenung wajah Ashraf
yang sememangnya sudah begitu hampir dengannya kini.
“Boleh tidak?”soal Ashraf meminta
kepastian.
Sharlyna mengangguk lemah.
Menyatakan persetujuan dengan permintaan Ashraf. Permintaan berbentuk paksaan.
Entah apa pula yang mahu di bincangkan lelaki ini. Jika di ikutkan kata
hatinya, dia tidak mahu menuruti permintaan lelaki ini. Namun, dia bimbang
lelaki ini akan bertindak di luar sangkaannya jika dia menolak tadi.
_____________________
1. Ini chapter sebelum insiden di tangkap khalwat mereka di Nilai tu.
2. Ashraf yang nakal nilah menjadi penyebab Lynn tu selalu emo dengan dia sampai ke sudah ye.
3. Sorry kalau ada yang berserabut dan memeningkan kepala.
3 comments:
hahahah likeeeee sukeeee sangatttt..
sian kene tumbuk
haha ^-^
Salam cik arin,
sy just nk tnye kenapa cite ni dirombak?
sy x smpt nk baca version yg lama smpi habis coz sy bru je jumpa blog ni...sedih rasanya coz sy suka cie ni
Wasalam. crita ni di rombak utk penambahbaikan. ada beberapa penambahan chapter awal, chapter pertengahan masih di kekalkan, chapter akhir bakal jadi rahsia sbb akn di hntr utk penilaian penerbit. *kira advance sikit pd yg dah sempat bace crita ni dulu*
maaf ye:)
Post a Comment