My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

07 April 2012

Aurora Hidupku 4

AURORA 4
      “Apa yang rosak bos?”soal Sharlyna kepada Ashraf yang sudah pun menyingsing lengan kemejanya ke siku.
            Ashraf lebih senang membisu sambil sibuk memeriksa keadaan enjin GD Romeo, milik abangnya itu. Dia terpaksa meminjam kereta abangnya itu kerana Ronn Scorpion miliknya perlu dihantar ke pusat service untuk di baik pulih. Haihh! Panas sungguh hati bila mengenangkan insiden keretanya yang berwarna hitam sudah di corakkan dengan perkataan ‘GTH’ (Go To Hell) bercat merah di atas cermin hadapan pagi tadi.
            ‘Kalau aku dapat siapa yang buat, memang lebam makan penumbuk!’ Tayar hadapan GD Romeo berwarna hitam metallic itu di sepak melepaskan geram.
“Bos?!!”ulang Sharlyna geram. Orang beria tanya dia dari tadi, dia boleh buat tak dengar je?
“Kalau aku bagi tahu kau pun apa yang boleh kau buat?!“balas Ashraf kasar. Dia sendiri tidak pasti sama ada dia marah pada kereta yang rosak atau soalan Sharlyna tadi. Mungkin juga emosinya masih tidak berapa stabil apabila kereta kesayangannya di sabotaj individu tertentu tadi. CCTV punya banyak dekat parking lot tu, tapi satu pun tak boleh harap! Licik sungguh!
 “Kalau bos pandai sangat, kenapa tak baikinya? Kata tadi nak ke pusat triple S di Nilai sebab ada urgent kan?”soal Sharlyna geram. Lelaki ni memang suka menaikkan darah aku. Makin lama aku duduk sekali dengan dia, memang free je dapat sakit hypertension. Huh!
Suara Sharlyna yang seakan mahu mencabarnya membuatkan Ashraf segera mengangkat muka memandang gadis di sebelahnya itu.
“Masalahnya enjin ni dah rosak teruk dan spare part enjin ni tak boleh dapat di workshop tepi jalan!” Suara Ashraf turut meninggi menahan amarah.
“Kenapa pula tak boleh?” Sharlyna sudah tegak berdiri di hadapan Ashraf sambil berpeluk tubuh. Merepek! Kalau tak reti, mengaku jelah. Tak payah nak berdolak dalik!
“Dear Princess, for your information, enjin ni rekaan eksklusif untuk GD Motor sebab syarikat dah tanda tangan MoU dengan syarikat pembuat enjin ni..”ucap Ashraf dengan senyuman sinis. Princess? Huh!
Sharlyna menjeling tajam wajah Ashraf yang sedang tersenyum sinis. Tak habis-habis lagi nak menyindir dia dengan nama pertamanya itu. Dah bonda nak letak pangkal nama aku Puteri, aku nak kata apa lagi?
“Tak rasa membebankan dan menyusahkan pelanggan ke?”soal Sharlyna.
“GD Motor buat begini untuk pastikan pelanggan guna sparepart yang original dan menepati spesifikasi yang telah di tetapkan oleh pihak PUSPAKOM dan JPJ untuk elak perkara yang tak di ingini berlaku..”ucap Ashraf sambil mencari sesuatu di dalam saku seluarnya.
             “Fine. Tertinggal dalam kereta aku. Sekarang macam mana?” tangan yang tadi di dalam saku seluarnya sudah naik meraup rambutnya.
            “Hisy! double  triple crush betul hari ni..”Bentak Ashraf kasar. Sekali lagi tayar hadapan GD Romeo Nashrin menjadi mangsa dia melepaskan amarah.
            Melihatkan gelagat Ashraf yang sudah ‘panas’, membuatkan Sharlyna spontan mengundur menjauhi Ashraf dua langkah. Kecut perut pula dia melihat wajah tegang Ashraf.
            “Bos boleh guna handphone saya...”ucap Sharlyna perlahan. Takut pula dia nak bercakap lebih-lebih dengan keadaan Ashraf ketika ini.
            “Kau ingat aku hafal nombor pusat service Triple S Seremban tu?”marah Ashraf. Huluran Sharlyna di kerling sekilas sebelum sebuah jelingan tajam di halakan ke wajah si gadis.
            Terkulat-kulat Sharlyna di jerkah begitu walhal niatnya begitu suci lagi murni mahu membantu. Ceh! Orang nak tolong pun kena jerkah. Entah apa-apa jelah!
            Ashraf terus mengatur langkah meninggalkan kereta setelah menguncinya.
            “Bos nak ke mana tu?”laju Sharlyna bertanya apabila menyedari langkah Ashraf yang sudah jauh di hadapan.
            “Takkan nak cari casino pulak kan? Mestilah cari bantuan, takkan nak tunggu bantuan jatuh dari langit kot?”balas Ashraf sinis. Nadanya masih tinggi seperti tadi.
            Sharlyna merengus geram dengan jawapan balas Ashraf. Nak tak nak terpaksa juga dia menuruti langkah  Ashraf. Sut kelabu dan juga tali leher hitam milik lelaki itu di genggam kemas, risau barang milik bosnya itu tercicir di mana-mana nanti.
            Awan mendung yang tadinya berarak tenang di langit, kini sudah mula menitiskan mutiara-mutiara jernih. Semakin lama semakin galak tangisan sang langit membasahi wajah bumi.
            Sebuah pondok menunggu bas yang sudah sedikit usang menjadi tumpuan mereka sebagai tempat berlindung dari titisan hujan yang semakin lebat.
            “Semua ni sebab kau!” Ashraf mendengus kasar sambil meraup wajahnya yang sudah lencun dek  hujan.
            “Apa pulak saya?” Sharlyna juga tidak mahu mengaku kalah. Suka hati dia je nak salahkan orang! Entah siapa yang boleh main aci ugut aku untuk ikut dia ke sini tadi? Konon suruh datang untuk sign surat, tiba-tiba buat gila seret aku sekali ke sini. Huh!
            “Nasib aku selalu jadi malang bila kau ada dengan aku!” Bagaikan anak kecil, Ashraf juga tidak mahu mengaku kalah. Dah memang betul apa? Setiap kali dengan perempuan ni, ada saja yang tak kena.
            Sharlyna sudah malas mahu membalas lagi. Bazir tenaga saja. Makin di lawan, makin menjadi kesengalan bosnya ini. Baju dress labuh cotton yang di pakainya sudah basah kuyup. Tudung bawal yang masih tersarung di kepalanya jangan di tanya macam mana rupanya.
            “Apasal diam? Dah habis modal nak menyangkal kebenaran kan?”masih sinis nada bicara Ashraf.
            Sharlyna buat tidak dengar saja. Sut Ashraf yang masih di pegangannya di tarik rapat ke tubuhnya. Cuba melindungi apa-apa yang tak patut di lihat oleh lelaki sengal di sebelahnya ini. Jenuh di tarik sana sini, namun akibat basah, baju dressnya tetap saja melekat ke tubuh sehingga membuatkan dia tidak selesa.
            “Malas nak layan perangai tak matang bos tu..” Gumam Sharlyna perlahan. Badan sudah terasa menggigil menahan sejuk. Hujan pula masih lebat.
            “Apa kau cakap?!” Ashraf yang sedari tadi sibuk mengibas-ngibas hujung kemejanya segera berpaling ke arah Sharlyna yang berdiri tidak jauh di belakangnya.
            Hati yang tadinya sudah terdetik rasa marah, serta merta bertukar simpati sebaik menyedari tubuh kecil molek yang sedang berpeluk tubuh di belakangnya itu, menggigil menahan sejuk.
            “Sini baju aku tu!” terus sahaja sut kelabu di tangan Sharlyna di rampas kasar.
            Spontan Sharlyna membawa beg tangan besar gedabaknya ke hadapan tubuh. Haisy! Tak ada sivik punya lelaki! Apa salahnya minta elok-elok?
            Sharlyna terus melabuhkan duduk di atas bangku yang sudah tersedia di pondok menunggu bas itu. Wajahnya sengaja di palingkan dari menatap seraut wajah milik Ashraf yang begitu menjengkilkan hatinya.
            ‘Harap muka je hensem tapi busuk hati buat apa? Membazir je!’ Sharlyna mengomel sendirian di hujung sana pondok menunggu bas tersebut.
            Ashraf menggeleng kepala perlahan melihat gelagat Sharlyna. ‘Tu tak lain tak bukan, mesti sibuk mengutuk aku dalam hati lah tu...’ bisik hati kecilnya. Sutnya di buka lalu di sarungkan ke tubuh Sharlyna.
            Sharlyna tersentak. Serta merta dia memanggung kepala. Sut mahal yang  di letakkan ke bahunya di pandang silih berganti dengan lelaki yang sudah duduk membelakanginya di hujung sebelah sana bangku yang sama di dudukinya.
            “Thanks.” Sharlyna berkata sepatah. Kenapa ucap terima kasih?
            “Nanti kalau aku tak buat macam tu, kau kutuk aku ni tak gentleman pulak.” Ashraf membalas acuh tak acuh.
            See? Macam ni nak beria-ria terharu sampai sebak? Memang taklah kan? Tak kuasa nak terharu ye. Buang tenaga saja. Silap-silap kena bantai gelak dek lelaki sengal ni lagi.
             Habis sebab apa?
            ‘Just being polite.’ Hati berbisik memberi jawapan. ‘Walaupun orang kat sana tu baik bersebab.’ Sharlyna menarik nafas perlahan.
            “Tunggu hujan reda sikit, kita sambung jalan cari bantuan.” Ashraf bersuara di hujung sana. Masih dalam posisinya tadi.
            Sharlyna sekadar mengangguk akur. Siapalah yang gila sangat nak redah hujan yang tengah menggila ni?
            “Jalan ni puaka sangat kenapa? Apasal dari tadi tak ada satu kenderaan pun lalu?” kedengaran suara Ashraf berkata lagi sambil merengus tak puas hati.
            ‘Mulut dia yang puaka tu tak sedar pula..’ sempat lagi Sharlyna mengutuk di dalam hati.
                       
           
           

            Langkah di atur laju menuju ke arah deretan bangunan 2 tingkat yang berwarna jingga tidak jauh di hadapan sana. Hujan masih renyai-renyai.
            Sharlyna segera mengesat wajahnya yang sudah lencun dengan air hujan sebaik mereka berada di hadapan koridor premis yang di hiasi pintu kaca itu. Beberapa saat mereka menjejakkan kaki ke koridor itu, hujan yang tadinya renyai bertukar lebat semula.
            “Check in hotel dulu lah. Keringkan baju sambil tunggu hujan berhenti.” Ashraf sudah bergerak menolak pintu kaca premis tersebut.
            Setelah penat tawar menawar dengan petugas di kaunter urusan, Ashraf terpaksa juga akur dengan cadangan yang di berikan oleh pemilik rumah tumpangan tersebut. Mereka terpaksa juga menyewa bilik yang sama kerana kesemua bilik yang lain telah penuh dan ini adalah bilik terakhir yang ada. Lebih parah apabila, ini adalah satu-satunya rumah tumpangan yang ada berhampiran sini.

           
            Sharlyna berdiri sambil berpeluk tubuh disebelah tingkap kaca besar di bilik hotel tersebut. Ashraf sudah awal-awal lagi masuk menerjah bilik air. Tak gentleman langsung. Apa salahnya ladies first kan? Huh! Dasar selfish!
            Sharlyna ralit memerhati titisan hujan di luar. Ada rasa sebak yang datang menganggu ketenangan hatinya. Wajahnya yang basah lencun bertukar muram. Ada kenangan mula mengasak fikirannya. Di pujuk hatinya agar tidak melayan rasa yang bukan-bukan itu lagi. Namun rasa pedih di kakinya membuatkan fokus Sharlyna beralih arah. Seketika kemudian, dia duduk bersimpuh dilantai sambil memeriksa kakinya yang telah melecet.
            ‘Kasut baru memang macam nilah jadinya.’kesan luka di hujung jari kakinya itu di usap lembut. Semakin pedih sebab basah terkena air hujan. Kesejukan kian mengigit tubuhnya.
            “Cepat pergi mandi, nanti demam pula.”ucap Ashraf yang entah bila muncul di tepinya.
            Usai Ashraf meluahkan katanya itu, guruh berdentum kuat di langit. Cahaya kilat memancar garang. Sharlyna spontan menutup wajahnya dengan kedua telapak tangannya. Mahu menghindar biasan cahaya yang mampu menyakiti matanya itu.
            Ashraf hampir tertawa geli hati tetapi cepat-cepat di tahannya sebaik menyedari terdapat esak tangis yang tenggelam timbul dalam bunyi hujan. Sharlyna yang masih duduk terjelepuk di lantai di pandang dengan dahi berkerut.
            ‘She’s crying?’detik hatinya tidak percaya.
            Ashraf duduk melutut disebelah Sharlyna. Entah bagaimana naluri hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang tak kena di sini. Melihatkan keadaan Sharlyna sebegitu, timbul pula  rasa simpati dalam hatinya.
            “Lynn, what’s wrong with you..?” Ashraf berkata perlahan.
            “You look...”tak sempat ayat itu habis diucapkan, Sharlyna spontan memeluk erat Asyraf sebaik guruh berdentum betul-betul di atas bangunan hotel itu. Kali ini bunyi dentumannya lebih kuat berbanding tadi. Bangunan yang di huni mereka ini turut terasa bergegar. Ashraf tergamam seribu bahasa dek kerana terkejut. Lantas dia diam tidak berkutik.
            Ashraf dapat merasakan tubuh kecil molek itu menggeletar sambil memeluknya erat.Dia juga dapat merasai betapa pantasnya denyutan nadi gadis itu.
            Ashraf masih  diam tidak berkutik.Dia tidak tahu apa yang perlu di lakukannya.
            “ Lynn, are  you okay?” soal Ashraf dalam nada yang cukup lembut.
            “Sorry bos, saya tak sengaja..saya ter..”Sharlyna mengangkat wajahnya sambil mengesat saki baki air mata yang masih bersisa di pipinya.
            “Astagfirullahalaziimm…”Sharlyna mengucap panjang sebaik menyedari Ashraf yang hanya bertuala separas lutut. Sepantas kilat dia berpaling membelakangi Ashraf. Mamat sengal ni memang tak sensitif laa..haish!
            Ashraf tersenyum sinis melihat perlakuan Sharlyna.
            “Sudah! Jangan nak pura-pura baik pulak.”
            “Bila masa pulak saya pura-pura?”soal Sharlyna tak puas hati.
            Ashraf tersenyum sinis.
            “Hipokrit.” Ashraf berkata sepatah. Mengingatkan Sharlyna pada peristiwa yang berlaku tak lama dulu. Peristiwa teh bergaram yang di bancuh Sharlyna untuknya.
            “Tak! Saya...” Sharlyna cuba membela diri namun Ashraf lebih cepat memotong percakapannya.
            “Enough okay!Sudah, tak payah berlagak alim kat sini. Tadi bukan main kuat lagi kau peluk aku macam aku ni laki kau saja?”sempat lagi Ashraf nak mengusik sambil tahan senyum yang hampir terukir di bibirnya.
            Sharlyna terdiam. Tidak tahu apa yang patut di lakukannya bagi melawan semula kata-kata yang di ucapkan Ashraf. Semua tu berlaku secara tak sengaja, sumpah memang tak sengaja!
‘Alamak, macam mana ni..malunya..’Tangan sudah naik menekup muka sendiri. Terlajak perahu boleh di undur,tapi jika terlajak laku?
“Sampai aku boleh rasa…”Ashraf diam tiba-tiba.
Suara Ashraf yang tiba-tiba memecah kebisuan mereka membuatkan Sharlyna menoleh sedikit ke arah lelaki itu. Ashraf tersenyum sambil meletakkan tapak tangannya ke dada. Buntang mata Sharlyna memandang Ashraf yang sedang memandangnya sambil tersenyum. Laju sahaja Sharlyna menyilangkan kedua tangannya ke bahu. Tak berkelip matanya memandang wajah Ashraf yang sedang tertawa kecil.
“Rasa apa?”soal Sharlyna perlahan dengan wajah yang merona merah. Serius rasa nak lari balik Desaru! Waaa!! Bonda..
Ashraf masih tersenyum. Sharlyna tidak dapat menduga erti di sebalik senyuman jejaka itu.
“Dapat rasa...” Ashraf berjeda lagi.
 Sharlyna telan liur yang tersekat di kerongkong.
 “..denyutan nadi kau...”ucap Ashraf. “Macam orang baru habis marathon..” Ashraf menyambung lagi.
Sharlyna jadi malu sendiri. Segera wajahnya di larikan memandang ke tempat  lain.
‘Kalau dah mamat ni dapat rasa nadi aku, tentu dia dapat...huaaa!! Apa aku dah buat ni?!’detik hati kecil Sharlyna.
            ‘Aku telah ternoda...’jerit hati kecilnya.
            Ashraf hanya bangkit sambil menarik senyum ditepi bibir melihatkan perubahan mendadak riak wajah gadis itu. Suka benar dia melihat riak gadis kecil molek itu.
            “Dah lah. Pergi mandi cepat. Karang demam makin menyusahkan aku.” arahnya sambil mengorak langkah menghampiri meja solek.
            ‘Habis basah wallet aku ni. Hmm.’wallet berwarna dark brown itu di belek beberapa kali sebelum dia melangkah menghampiri katil.
            Sharlyna serta merta mencerunkan pandangannya pada si empunya suara yang berkata-kata itu. Siapa yang susahkan siapa sebenarnya ni?!
            Langkahnya diatur ke bilik air. Sempat jejaka yang sudah berbaring di atas katil itu dijeling geram. Dalam hati, berbakul-bakul sumpah seranah dihadiahkan buat bosnya itu.



            Ashraf mengerling jam tangannya. Matanya ditala ke segenap ruang bilik tersebut. Mana pulak ikan bilis garang tu?
            “Belum siap lagi? Dah sejam ni, lama betul mandi.”Jam di dinding bilik suite di pandang sekilas. Rambutnya yang jatuh menutupi dahi di sebak kebelakang.
            “Perempuan, tak sah kalau mandi tak lama.” gumamnya rendah sambil sambil memisat mata yang mulai memberat. Masa hujan ni cepat je rasa mengantuk.
            Dia berbaring semula di atas tilam. Comforter ditarik menutupi seluruh badannya. Mengantuk dan sejuk. Bila dapat bantal ni..memang syok gila!
            Belum pun beberapa minit matanya dipejamkan, pintu utama bilik diketuk bertalu.
            “Lambat betullah servis dorang ni. Kalau tak ada comforter ni, alamat mati bekulah aku.” mulut mengomel perlahan sambil langkahnya diatur ke pintu bilik.
            Sebaik pintu utama dibuka, matanya menyapa sekumpulan lelaki berbaju melayu siap bersongkok. Siap ada yang berserban dan berjubah lagi.
            ‘Pelik je uniform pekerja hotel ni?’ detik hati Ashraf. Dia mengukir senyum ke arah sekumpulan lelaki dihadapannya, sekadar berbahasa.
            ‘Kalau ye pun nak hantar baju aku balik, tak perlulah ramai-ramai macam ni..’Terdetik juga rasa aneh di hati Ashraf dengan kedatangan ‘pekerja’ hotel tersebut. Namun mereka masih tayang wajah serius. Sedikit pun tidak membalas senyuman Ashraf tadi.
            “Ya?” Ashraf menyoal ringkas. Makin pelik pula jadinya. Nak kata hantar baju aku, nampaknya macam mereka ni datang berlenggang je. Siap tayang muka serius lagi.
            Lelaki-lelaki di hadapannya kelihatan berpandangan sesama sendiri sebelum seorang lelaki yang agak berusia di kalangan mereka mengangguk perlahan.
            ‘Aih? Guna sign language apa pula ni?’ Ashraf mengerutkan dahi. Dah lah sejuk ni..
            “Good evening sir. Ermm, may I know, where did you come from?” Soal lelaki berbaju melayu biru di hadapannya.
            “Ha?” Ashraf sedikit terkejut dengan soalan lelaki itu. Siap nak speaking pulak pehal?
            “KL.”Ashraf menjawab ringkas.
            Kelihatan lelaki-lelaki di hadapannya sekali lagi berpandangan sesama mereka. Kelihatan seperti mereka sedang berbisik sesuatu sebelum lelaki berbaju melayu biru tadi menggaru kepalanya perlahan.
            “Kenapa ni? Ada apa-apa yang boleh saya tolong?” Soal Ashraf. Mereka ni kenapa sebenarnya? Aku ni dah menggigil sejuk..
            “Tahu cakap melayu?” laju lelaki berbaju melayu biru itu bertanya.
            “Mestilah. I’m Malaysian.” Haihh. Peliklah mereka ni?
            “Maaf, tapi boleh saya tahu agama awak?” seorang lelaki lain bertanya.
            “Saya Islam.” Ashraf menjawab perlahan dengan muka yang makin keliru. Kenapa tanya macam polis pencen ni?
            Kelihatan wajah lelaki-lelaki di hadapannya makin tegang. Ashraf mengambil kesempatan dari kebisuan mereka di hadapannya ini untuk memerhatikan mereka seorang demi seorang. Kenapa semua orang pakai vest ni? Lambang tu macam...
            GULP!
            “Kami dari pejabat agama.” Kad kuasa ditunjukkan sebagai bukti kepada Ashraf.
            ‘I am dead.’ Detik hati Ashraf lemah.
            “Kami dapat aduan, ada pihak yang melaporkan terdapat beberapa pasangan yang mencurigakan memasuki hotel ini. Boleh kami masuk check?” ucap lelaki berjubah putih tadi sambil matanya tidak lepas memandang Ashraf yang hanya bertuala separas lutut. Siap dengan rambut yang kusut lagi tu. Memang mendatangkan curiga. Sepasang flat berenda ditepi pintu masuk semakin menambahkan syak.
            Wajah Ashraf berubah riak. Lelaki-lelaki tersebut mula memasuki bilik. Otak sudah tidak mampu mencerna pemikiran dengan baik apabila terpandangkan keadaan katil yang bersepah gara-gara dia sibuk berguling di situ tadi.
             Sungguh, Ashraf hilang arah. Dunia terasa kelam. Mendung kelabu seperti cuaca diluar sana.





____________________
1. Hari ni lalu blogger 2 kali. *ampun*
2. Chapter ni dah ad tambah beberapa perkara. Yang dah pernah bace boleh perasan kot? *ke dah lupe? errrr =.="*
3. Beberapa chapter akan datang tak banyak beza sangat kot.
4. Selamat berhujung minggu. Esok cuti, boleh rehat tenangkan fikiran:) 


Arin Arida.



1 comments:

nurash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

da prasan hahaha...ash matilahhhhh