Love 3
Nasha Athierah menguak perlahan daun
pintu pejabat milik Ammar Adwan. Diana sudah awal-awal lagi melabuhkan duduk di
atas kerusi berhadapan dengan Ammar Adwan. Terus sahaja matanya di kalih
memandang ke arah Ammar Adwan.
Melihatkan pandangan tajam dari
lelaki itu, laju sahaja kakinya di atur ke dalam.
“Duduk.” Kata Ammar Adwan sepatah.
Nasha Athierah akur. Takut sungguh
dia melihatkan riak wajah lelaki itu.
Ammar Adwan menekur pandang satu
persatu wajah di hadapannya. Bermula dengan wajah cantik menggoda Diana yang
tebal dengan lapisan make up kemudian beralih pada wajah putih bersih Nasha Athierah yang kini sudah sedikit
kemerahan sebaik mata mereka bertentangan tadi.
“Awak berdua ingat, syarikat saya ni
pasar ikan ke?”soal Ammar Adwan dengan nada sinis.
“Bukan macam tu Encik Ammar, saya
cuma nak menegur Sha ni. Dah lama saya perhatikan dia asyik termenung depan PC
dia.”Diana segera membela dirinya.
“Asyik berangan je, bilanya nak siap
kerja?” sempat Diana menyindir Nasha Athierah dalam nada yang perlahan. Sengaja
mahu menyakiti hati gadis itu.
“Kalau Encik Ammar nak tahu, si Sha
ni suka sangat berangan. Sebab tu kerja dia selalu je lambat siap.” Diana
beria-iya menyakinkan Ammar Adwan.
“Oh ya?” duga Ammar Adwan. Wajah
Nasha Athierah yang hanya menunduk di hadapannya, di pandang lama. Kenapa gadis
ini hanya berdiam diri mendengar dirinya di fitnah sebegini?
“Betul Encik! Kadang-kala, saya ni
yang terpaksa terhegeh-hegeh, berhempas pulas tolong dia. Pernah sekali tu,
kena stay back kat office ni sampai malam. Yalah, saya ni bukan apa, saya kalau
boleh tak naklah buat Encik Ammar hilang mood.”terang Diana panjang lebar
sambil tersenyum manja.
“Oh. Macam tu ke?” Ammar Adwan
pandang muka Diana sambil matanya sempat mengerling wajah gadis di sebelah
wanita itu. lirikan matanya dapat mengesan pergerakan mulut Nasha Athierah yang
sedang mengomel sendiri. Mungkin tak berpuas hati dengan kata-kata yang di
ucapkan Diana tadi. Alah, tak payah risaulah wahai cik Nasha Athierah, aku
bukan bodoh nak percaya bulat-bulat apa perempuan tak sedar diri ni cakapkan
tadi.
“Kalau betul apa yang awak cakapkan
tu Diana, saya rasa saya wajar berbuat sesuatu pada ORANG TAK SEDAR DIRI tu.
Kan?” Ammar Adwan berkata sambil mengusap dagunya persis sedang menimbang keputusannya
itu. Sengaja dia menekan patah kata ORANG TAK SEDAR DIRI itu tadi sambil
bernada sinis. Matanya kini tajam memandang wajah Diana yang sudah sedikit
tersentak. Jelas riak gusar terpeta di wajah cantik itu.
“Betul tu. saya setuju encik. Orang
macam tu memang kena sangatlah kalau di beri pengajaran.” Diana buat muka
tenang. Senyumannya masih manis menggoda. Sekilas wajah Nasha Athierah di
sisinya di kerling dengan pandangan sinis. Padan muka kau budak kampung!
“Betul apa yang Diana katakan ni?”
soal Ammar Adwan pada Nasha Athierah yang sejak tadi hanya tunduk menikus.
Nasha Athierah tersepit dalam
dilema. Sekilas anak matanya berlaga dengan jelingan tajam berbaur amaran dari
Diana di sisinya. Menggertak dia untuk tidak berbuat macam-macam.
“Nasha Athierah Ahmad Nasir!” sekali
lagi Ammar Adwan menyebut nama penuh gadis itu. Orang tanya, dia boleh buat dek
je?
“Aa..sa..ya..” Nasha Athierah gugup.
Lantang suara Ammar Adwan memanggil namanya tadi terus membuatkan jantungnya
hampir melompat keluar dari badan. Tu yang automatik jadi gagap.
“Tak apa. Saya akan siasat perkara
ini. saya tak suka ada ‘ular’ yang suka
‘membelit’ dan mengambil kesempatan ke
atas orang lain dalam syarikat saya.” Ammar Adwan pamer wajah tenangnya sambil
matanya masih tertancap pada wajah Nasha Athierah.
“Saya akan check semua rakaman cctv
dalam pejabat ini semula. mungkin dengan cara ni, saya boleh tangkap ‘ular’ tu
kan?” matanya yang tadi memandang Nasha Athierah, kini bergerak mencari wajah
Diana pula.
Diana jadi panas punggung. Kata-kata
Ammar Adwan tadi bagai menjerut lehernya.
“Dalam office ni ada cctv?” soal
Diana. Dia ingatkan cctv tu hanya ada di pintu utama syarikat iaitu berdekatan
dengan kaunter hadapan itu. Tak tahu pula dalam office pun ada...
“Ada. Ada lebih kurang 4 kamera.
Seluruh kawasan office ni berada dalam pemerhatian saya. Satu pun tak
terkecuali. Dekat pantri ada satu. Cuma dalam toilet je tak ada.” Ammar Adwan
rasa mahu terburai tawa melihat titik-titik peluh yang mulai pecah di dahi
Diana.
“Oh, ye ke?” perlahan Diana berkata.
“Office saya ni ‘panas’ ke Diana?”
Ammar Adwan menghulurkan sekotak tisu muka kepada Diana.
“Err...” Diana menyambut huluran
Ammar Adwan dengan muka malu-malu. Namun sempat juga dia menghadiahkan senyuman
menggodanya pada lelaki muda itu.
‘Memang caring gila Abang Ammar I
ni. Auuw, rasa nak gigit.’ Bisik hati kecilnya nakal.
“Hati sayapun tengah panas ni.”
Ammar Adwan tersenyum sinis melihat senyuman yang di berikan oleh Diana tadi.
Maaflah, jangan harap kau boleh goda aku dengan senyuman kau tu!
“Encik panas hati?” Diana kembali
gusar. Lain macam je gaya senyuman Abang Ammar I ni? Seram pula I di buatnya...
“Diana Abdul Rauf.” Ammar Adwan
menyandarkan tubuh ke kerusi empuknya.
“Saya encik.” Diana kembali pada
perangai gediknya semula. Suka benar hatinya mendengar lelaki di hadapannya ini
memanggil nama penuhnya. Abang Ammar memang sweet! Siap praktis sebut nama
penuh I supaya mudah kalau nak nikah nanti.
“Saya nak tahu, agak-agaklah kan,
berapa kali dalam sehari awak tengok cermin?” soal Ammar Adwan. Nasha Athierah
sudah seakan tunggul disitu. Sejak tadi duduk membatu dan membisu di situ
memerhatikan dan mendengar perbualan dua insan ini. seorang dengan muka bajet
cool. Seorang dengan muka bajet cun.
‘Heh. Memang padanlah dorang berdua
ni!’ hati Nasha Athierah menggerutu geram kalau di ikutkan hatinya, mahu saja
dia angkat kaki beredar dari situ ketika itu juga. Banyak lagi kerja yang boleh
di siapkannya di luar sana daripada duduk macam tugu peringatan kat dalam ni.
“Berapa kali saya tengok cermin?”
Diana tertawa kecil sambil cover ayu.
‘Kalau ye pun I ni cantik sangat,
janganlah tanya direct menusuk jiwa macam ni Abang Ammar. Malulah I, kalau you
puji I cantik.’ Hati kecil Diana berbisik riang. Kembang setaman hatinya.
“Actually, saya mana ada selalu
tengok cermin encik. Tak sempat. Maklumlah, busy dengan kerja. Kenapa encik?
Rambut saya mengerbang ke? Ke bibir saya nampak kering?” soal Diana sambil
berpura-pura sibuk merapikan rambutnya yang sudah sedia cantik beralun lembut.
Bibirnya elok saja nampak mungil dengan lapisan lipstik dan pengilat bibir
berjenama terkenal.
“Bukan bibir awak yang kering, tapi
hati awak tu yang kering.”tenang muka Ammar Adwan.
Diana terpempan. Terkelip-kelip
matanya yang cantik di sapu pembayang mata ala smokey eyes lengkap berbulu mata
palsu yang tebal melentik.
“Saya tak pernah terlepas pandang
apa-apa hal pun yang berlaku dalam office ni. Segala perangai dan onar yang di
lakukan oleh staf-staf saya, semuanya ada dalam genggaman saya.” Ammar Adwan
tersenyum sinis.
Sehelai kertas di bawa keluar dari
drawer meja kerjanya. Kertas tersebut di letakkan di hadapan Diana.
Terus buntang mata Diana
melihat isi kandungan kertas di hadapannya.
“Saya kumpulkan kesemua kesalahan
yang ‘ular-ular’ ni dah buat. Sekarang, tunggu masa yang sesuai je untuk...”
kertas tadi kembali di ambil oleh Ammar Adwan.
“...hantar ‘ular-ular’ ni ke tempat
sepatutnya.” Kertas di gengamannya di renyukkan sebelum di campak ke dalam
bekas sampah tidak jauh dari mejanya itu.
Diana terlopong.
Nasha Athierah pula
terpinga-pinga.‘Bos ni suka memang sukakan reptilia ke? Dari tadi tak
habis-habis dengan ular dia tu? hesy!’ Nasha Athierah mengomel di dalam hati.
‘Isy! Tak faham aku, cubalah sebut haiwan-haiwan lain yang lagi comel.’
Seketika wajah Ammar Adwan di kerling seketika.
GULP.
‘Salah timing...’ serta merta Nasha
Athierah tunduk semula. Hampir saja jantungnya meletup sebaik dia tertangkap
ketika mencuri-curi pandang ke wajah lelaki itu tadi. Berdebar hebat seluruh
jantungnya ketika ini.
“Err, Encik Ammar...” Diana makin
tak senang duduk dengan reaksi yang di tunjukkan lelaki di hadapannya ini tadi.
“Diana, awak tahu tak siapa Nasha
Athierah binti Ahmad Nasir ni?” soal Ammar Adwan sambil matanya ralit memerhatikan
Nasha Athierah yang sedikit tersentak apabila nama penuhnya turut di sebut tadi.
“Err..” Diana berkerut dahi tak tahu
mahu menjawab apa. Apa yang dia tahu Nasha Athierah binti Ahmad Nasir ini
hanyalah seorang budak kampung yang baru sahaja beberapa bulan bekerja di
syarikat ini. Budak kampung yang ‘nerd’ kerana berkaca mata dan berpenampilan
skema dan ringkas.
“Siapa?” soal Diana. Malas dia mahu
memikir lebih-lebih. Yang Abang Ammar ni sibuk nak usha budak kampung ni dari
tadi kenapa? Kalau you pandang muka I yang cantik jelita lagi menggoda ni kan
lebih bermanfaat dari merenung budak selekeh yang menyakitkan mata ni?
“She’s my girl.”sebaris kata ringkas
yang di ucapkan oleh Ammar Adwan itu serta merta membuatkan Nasha Athierah rasa
nak pengsan mendengar jeritan ‘super duper’ terkejut Diana tadi.
“Budak ni girlfriend Encik Ammar?!!”
soal Diana seraya berdiri bercekak pinggang di hadapan Nasha Athierah yang
masih melopong tak percaya denga sebaris ayat yang di ucapkan Ammar Adwan tadi.
“Yes. Dia girlfriend, or should I
says bakal menjadi tunang saya.” wajah Ammar Adwan masih tenang walaupun
selepas Diana menjerit terkejut seperti tarzan versi perempuan tadi.
“Tunang?!!!” sesaat kemudian, Diana
rebah ke lantai.
“Kak Dian!!” Nasha Athierah kaget.
Namun Ammar Adwan sempat pula tertawa kecil dengan apa yang berlaku.
“Encik Ammar?”Nasha Athierah pelik
mendengar tawa kecil majikannya itu. Kak Dian dah tergolek pengsan dekat sini,
Encik Ammar ni boleh aci gelak lagi?
“Kejap, saya call Uncle Muthu kat bilik
security. Minta dia dukung Cik Diana ni ke klinik.” Ammar Adwan berkira-kira
untuk mencapai ganggang telefonnya.
Serentak itu...
“Err, saya dekat mana ni?” soal
Diana sambil membuka matanya perlahan-lahan. Suaranya kedengaran perlahan dan
lemah sekali.
“Uncle Muthu, masuk office saya
sekejap.” Ucap Ammar Adwan sebelum menamatkan talian.
“Kak Dian okay?” Nasha Athierah
beriak risau. Kenapa boleh sampai pengsan pula dia ni?
“Ya Encik Ammar, ada apa boleh saya
bantu?” beberapa minit kemudian, wajah Uncle Muthu tersembul di pintu pejabat
Ammar Adwan.
“Tolong bawa Cik Diana ke klinik.
Dia ‘pitam’ tadi.” ucap Ammar Adwan seraya berjalan merapati ruang hadapan
mejanya, tempat di mana Diana masih terbaring lemah di dalam pangkuan Nasha
Athierah.
“Woh. Baik Encik Ammar.” Uncle Muthu
menurut sahaja arahan majikannya itu. Selama ini Encik Ammar tidak pernah
berkira dengannya, apalah salahnya dia bantu sahaja apa yang perlu.
“Saya rasa elok Uncle Muthu dukung
saja dia. Nampak lemah sangat ni...” ucap Ammar Adwan dengan senyuman sinisnya.
Mendengarkan kata-kata yang di
ucapkan Ammar Adwan itu, serta merta Diana bangkit lalu kembali berdiri tegak.
“Tak, tak apa Uncle, Dian boleh
jalan sendiri.” Ucap Diana sambil masih berpura-pura memicit pelipisnya.
“Boleh tak ni Kak Dian?” soal Nasha
Athierah, prihatin.
“Jangan harap awak boleh tipu saya
Diana. Saya tahu awak pura-pura pitam dengan niat...”Ammar Adwan benar-benar
rasa nak tergelak sakan dengan reaksi balas yang di tunjukkan Diana.
“...saya yang akan bawa awak ke
klinik kan?” Ammar Adwan sinis memandang ke wajah Diana.
“Sa..saya..”tersentak Diana apabila
niatnya mampu di hidu setepat ini oleh Ammar Adwan.
“Last warning Diana. Saya takkan
bertolak ansur lagi jika awak berani buat hal lagi selepas ini.” tegas suara
Ammar Adwan menyatakan amaran.
“Dan, jika saya dapat tahu awak
cakap dan sebarkan cerita ataupun gosip liar berkaitan bakal tunang saya ni,
saya takkan lepaskan awak begitu sahaja. Please mark my words.” Tutur Ammar
Adwan.
Nasha Athierah sekali lagi terlopong
bila isu ‘bakal tunang’ di bangkitkan oleh majikannya itu.
‘Bos aku ni sihat ke tidak?’
‘Takkan effect sebab fail-fail aku
jatuh atas kepala dia tempoh hari, dia dah jadi tak berapa waras macam ni?’
hati Nasha Athierah benar-benar di balut resah.
‘Agak-agak aku kena saman tidak ye?’
Aiyayayayaya! Matilah kalau keluarga
Encik Ammar failkan saman sebab aku buat anak diorang terencat akal sampai
boleh cakap benda-benda merepek macam ni...
Nasha Athierah masih tergamam di
tempatnya apabila kelibat Diana sudah menghilang keluar bilik pejabat itu
meninggalkan dia dan Ammar Adwan sendirian. Terkebil-kebil dia memandang wajah Ammar
Adwan yang sedang tersenyum memandangnya.
Erk?!
___________________
Mood agak baik hari ni. kemain lancar menaip chapter ini:D
enjoy reading pd yg sudi menunggu cerita ini.
*sy post awal sikit (sebab asalnya janji minggu ke-2 bulan april kan?) hehe. semoga terhibur:)
enjoy reading pd yg sudi menunggu cerita ini.
*sy post awal sikit (sebab asalnya janji minggu ke-2 bulan april kan?) hehe. semoga terhibur:)
8 comments:
ermmmm... suka2....
Ammar you are the hero...... i like....padan dgn muka si Diana tu..ingatkan Ammar tergoda dgn dia...... sekali kena sebijik...
lama tunggu cite ni....akhirnya....
hoho. just nice! lucu sangat!!!
best. tq
Alalaaa.. Chumell nye nasha nii.. Ammar, u r hero.. Pls mark my word ;)
~mizz acu~
suke..hahah padan muke diana sengalllll
best-best, nak lagi hehe ^^
hehe..terbaik!!!!.. lagi lagi! ^_*
Best nyer.. padan muka diana tu
Post a Comment