Love 4
Nasha Athierah kalut
dengan senyuman lelaki di hadapannya ini. Sekali pandang memang hati wanitanya
cair dengan senyuman si kacak ini. Tetapi bila dua kali pandang, dia jadi gerun pula.
“Bos, saya ada benda nak
tanya ni.” ujar Nasha Athierah sambil berdiri tegak di hadapan Ammar Adwan yang
sudah duduk menyandar pada meja kerjanya.
“Tanyalah.” Ammar Adwan duduk
sambil berpeluk tubuh. Matanya tepat menikam wajah Nasha Athierah yang seakan
takut-takut memandangnya itu.
“Cuba encik teka ni apa?” soal Nasha Athierah sambil menayangkan
dua jarinya. Jari telunjuk dan jari tengahnya.
“Soalan apa ni? Mestilah
itu jari.”geram pula Ammar Adwan dengan soalan yang keluar dari mulut gadis
itu.
“Bukan, ini kan tanda ‘peace’?
Isy encik ni! langsung tak mengikuti perkembangan semasa ye?” Nasha Athierah ketawa
sendiri dengan lawak ‘sengal’nya itu.
Mencerlung pandangan mata Ammar
Adwan pada gadis di hadapannya ini. Dia main-mainkan aku ye?!
“Nasha Athierah binti
Ahmad Nasir.” Sedikit tegas nada suaranya sehingga membuatkan tawa Nasha
Athierah serta merta mati.
“Sorry bos. Saya cuma nak
pastikan yang bos okay atau tidak sebab saya risau lepas fail saya jatuh atas
kepala encik hari tu, kepala encik ni ada cedera...”ucap Nasha Athierah jujur.
“...saya risau sebab encik
sampai cakap benda pelik-pelik tadi.”sambungnya sedikit perlahan dengan kepala
yang sudah menunduk.
“Benda pelik?” dahi Ammar
Adwan sedikit berkerut. Apa pula yang peliknya?
“Pasal saya ni girlfriend
bos dan...” Nasha Athierah meneguk liur. Tak berani nak menyudahkan ayatnya
itu.
“Bakal tunang saya tu?”
soal Ammar Adwan dengan muka serius.
Nasha Athierah mengangguk
perlahan. Takut-takut.
“Tak payah ambil peduli
pasal tu.” kata Ammar Adwan.
“Ha?!” Amboi! Sedap Encik
Ammar kata ye? Nanti di buatnya Kak Dian tu gila meroyan kat luar tu. Kepala
aku juga yang bocor tertusuk kasut bertumit runcing Kak Dian tu!
Mengenangkan hal tersebut,
Nasha Athierah mengeluh berat. Diana tidak akan lepaskan dia atas apa yang telah berlaku. Dia sangat pasti akan hal yang satu ini!
“Jangan risau pasal Diana.
Dia takkan berani apa-apakan awak lepas ni.” ucap Ammar Adwan bagai dapat
membaca apa yang sedang gadis itu fikirkan ketika itu.
“Tapi Kak Dian...”
...Encik Ammar tak tahu perangai Kak Dian tu macammana!
“Nasha Athierah, tolonglah
jangan jadi naif dan terlalu baik hati dengan orang. Lepas tu, boleh pula awak
berdiam diri sahaja bila di buli oleh staf lain?” suara Ammar Adwan sedikit
meninggi.
“Tolong menolong amalan
mulia lagi berpahala Encik Ammar...” perlahan Nasha Athierah menjawab.
Hampir sahaja Ammar Adwan jatuh
rahang dengan jawapan yang di berikan Nasha Athierah itu.
“Awak, err. Haahh!” Ammar
Adwan merengus kasar.
Nasha Athierah kembali
menikus di hadapn Ammar Adwan. ‘Apa salah ke nak cari pahala?’ detik hati
kecilnya.
“Pahala tak pahala. Mulai hari
ni, saya tak mahu dengar lagi awak stay back dekat office semata-mata nak
tolong siapkan kerja orang lain. Dekat sini, semua ada tanggungjawab
masing-masing. Kalau saya dapat tahu awak tolong orang lain lagi lepas ni, awak
siap Nasha Athierah binti Ahmad Nasir. Ini amaran pertama dan terakhir dari
saya.” wajah Ammar Adwan serius memandang Nasha Athierah yang masih tidak
berani memandangnya lama.
Gadis itu mengangguk
perlahan.
“Err, kalau tak ada
apa-apa lagi, saya minta diri dulu encik. Nak sambung kerja.” Nasha Athierah
sudah berkira-kira untuk beredar dari situ. Boleh luruh jantungnya jika tetap
berlama-lama di situ menghadapi wajah serius milik majikannya itu.
“No. Saya belum habis lagi
dengan awak Nasha Athierah binti Ahmad Nasir. Duduk dulu.” Usai mengucapkannya,
Ammar Adwan berlalu ke tempatnya semula.
Dengan langkah lemah dan
muka yang penuh pasrah, Nasha Athierah akur juga. Usai melabuhkan duduk di
kerusi berhadapan dengan Ammar Adwan, dia hanya membisu tanpa kata. Hanya diam
menanti majikannya itu meneruskan bicara.
Seminit berlalu, masih
tiada sebarang kata yang diluahkan oleh lelaki bernama Ammar Adwan itu. Nasha
Athierah makin gelisah apabila mata lelaki itu masih tak sudah merenungnya
sedari tadi. Dia ada buat salah apa lagi ni?
‘Kenapa bos pandang aku
macam nak makan ni?’ Nasha Athierah terkebil-kebil menghindari panahan mata
Ammar Adwan. Debaran di hati, tak usah di tanya bagaimana rentak paluannya. Rasa
nak luruh ke perut saja jantungnya!
‘Isy! Patutlah dalam novel
selalu cerita betapa berdebarnya hati, bila orang yang kita suka tengah tenung
kita tajam-tajam macam ni. Memang berdebar tahap rasa nak pitam!’tanpa sedar
bibir mengukir senyum segaris.
‘Pitam?’ Nasha Athierah
sudah tinggi di terbangkan angan-angannya. Kejadian Diana yang rebah secara
tiba-tiba kembali berlegar di pandangannya. Tetapi bukan Diana yang menjadi
teraju utama situasi itu, sebaliknya dia sendiri. Dia yang rebah tidak sedarkan
diri di lantai. Melihatkan keadaannya yang lemah lesu serta masih tidak
sedarkan diri, Ammar Adwan segera mencempung tubuhnya lalu berlari keluar dari
ruangan pejabat. Ketika itu, entah dari mana lagu hindustan yang menjadi
favaurite emaknya berdendang lembut.
‘Apa pulak lagu mak aku
pun boleh masuk kacau line sekali ni?’ dia mengeluh perlahan sebaik kembali
berpijak ke bumi nyata. Terbayang wajah emaknya yang garang dan tegas itu sering
menyanyi lagu hindustan semasa menyapu daun kering di halaman rumahnya. Hehe. Garang,
tapi dalam hati ada taman. Nasib saja emaknya tidak berguling-guling sama atas
daun-daun kering itu sambil menari mengikut lagu hindustan tersebut. Mahu
pengsan dia yang melihatnya ini.
Senyuman melebar di bibir
bila hati mula terkenangkan emaknya. Pandangannya dibawa ke hadapan semula. Di
lihatnya, majikannya si Ammar Adwan ini masih tak habis lagi merenungnya. Aih?
“Bos?” perlahan dia
memanggil.
Masih tiada perubahan. Dia
pandang Ammar Adwan, Ammar Adwan juga memandang dia.
“Bos?!” kali ini Nasha
Athierah menaikkan sikit volume suaranya.
“Aa?” Ammar Adwan
terpinga-pinga. Seketika kemudian, dia mula menyedari kelekaannya tadi.
‘Buat malu ye Ad?!’
hatinya menyindir sinis.
“Ehem.” Serta merta Ammar
Adwan berdehem bagi mengusir rasa segan yang bertimpa-timpa padanya kini. Mukanya
juga sudah terasa panas walau di pejabatnya sudah di lengkapi penyaman udara.
“Encik okay?” soal Nasha
Athierah prihatin. Lembut dan sopan dia bertanya.
“Er, I’m okay. Why?” soal
Ammar Adwan sambil menegakkan badannya. ‘Jangan buat kau nampak bodoh kat depan
dia Ad!’ satu suara mengingatkannya.
“Tak adalah...manalah
tahu...” Nasha Athierah mengerling wajah Ammar Adwan seketika.
Ammar Adwan masih memasang
telinga sambil membetulkan duduk di atas kerusi empuknya.
“...kotlah bos lapar, pandang
saya macam nak telan sambil cicah dengan sos blackpaper je...” sambung Nasha
Athierah selamba sehingga hampir membuatkan Ammar Adwan yang mendengar, jatuh
tergolek dari kerusi empuknya.
“Apa?!” soal Ammar Adwan.
Masih tak percaya dengan apa yang baru sahaja di perkatakan oleh gadis di
hadapannya ini. Cicah dengan sos blackpaper?
Seketika kemudian, dia
mula pecah tawa. Lucu dengan kata-kata Nasha Athierah tadi. Jujur gila
perempuan ni bila bercakap!
“Betullah kan?” soal Nasha
Athierah dengan wajah curiga.
Ammar Adwan melopong.
Lawak apa pula yang cuba di buat si Nasha Athierah ini?
“Baik bos
mengaku....hehe...” Nasha Athierah tertawa sopan sambil menghantar jelingan
manja pada Ammar Adwan.
Kelu. Ammar Adwan
benar-benar kelu seribu bahasa. Jelingan Nasha Athierah tadi menusuk terus ke dalam
hatinya! Senyuman manis gadis itu mengoncang kuat hatinya.
“Mengaku apa pula ni?” Ammar
Adwan pura-pura buat tak faham.
Nasha Athierah yang
tadinya galak dengan senyumannya mula terkebil-kebil pula. ‘Ye tak yelah,
mengaku apa ye?’kepala di garu perlahan. Keliru dengan lawak yang di
cetuskannya sendiri.
Ammar Adwan geli hati
melihat gelagat Nasha Athierah. Nak buat lawak, tetapi akhirnya dia yang pening
sendiri. Comel!
Sehelai kertas di bawa
keluar lalu di hulurkan kepada gadis itu.Berkerut dahi Nasha Athierah melihat
lelaki itu meletakkan kertas putih di hadapannya.
“Tulis biodata lengkap
ibubapa awak.” Pinta Ammar Adwan.
Nasha Athierah masih
terkulat-kulat. Apasal pula tetiba nak biodata makbapak dia pulak ni?
“Ayah saya dah lama meninggal
dunia, bos.” Ucap Nasha Athierah perlahan. ada sebak yang terasa mengetuk pintu
hatinya.
“Err, sorry. Saya tak
bermaksud...” Ammar Adwan jadi serba salah dengan permintaannya tadi. Sepatutnya
dia siasat dahulu latarbelakang keluarga gadis ini tadi.
“Tak apa. Dalam family
saya ada saya, emak saya, nenek saya dan juga adik perempuan saya.” Jelas Nasha
Athierah. Tetapi sesaat kemudian tangannya automatik naik mengetuk kepala
sendiri.
‘Yang kau peramah sangat
bagitahu Encik Ammar ni kenapa? Dia ada tanya ke tadi?’ Aiyaa. Hatinya mengeluh
perlahan.
“Okay. Tulis sajalah biodata
lengkap emak, nenek dan adik awak.” Ammar Adwan masih duduk tegak di hadapan Nasha
Athierah.
“Tapi bos nak buat apa
dengan benda ni?” soal Nasha Athierah, aneh dengan permintaan majikannya.
“Tulis saja nama penuh,
alamat rumah, dan perkara kegemaran mereka. Kalau boleh tulis sekali mereka ni jenis
orang yang bagaimana. Garang ke? Penyayang ke?” Ammar Adwan tidak mempedulikan
soalan dari Nasha Athierah tadi. Dia masih memandang Nasha Athierah sambil
menongkat dagu di hadapan gadis itu.
“Ha? Alamat rumah saya kat
kampung? Bos nak buat apa?!” Nasha Athierah terkejut badak dengan permintaan
majikannya ini. Serius pelik ya!
Ammar Adwan malas mahu
menjawab. Dia tersenyum saja melihat wajah Nasha Athierah yang kelihatannya
sudah mula curiga dengan permintaannya ini.
“Jangan-jangan bos nak
rompak rumah saya tak?” teka Nasha Athierah dengan muka curiga yang sudah mulai
memerah menahan marah.
Buukkk!
“Aduh!” serta merta Ammar
Adwan mengusap dagunya yang jatuh mencium permukaan meja kerjanya tadi. Punyalah
terkejut dengan tuduhan gadis itu tadi sampai tergigit lidah sendiri ni!
“Buat apa pula saya nak
rompak rumah awak tu? Macamlah ada harta karun banyak membukit!” Ammar Adwan sudah
mula nak melenting.
“Err. Ye tak ye jugak ye.
Hehe. Sorry bos, sakit sangat ke?” soal Nasha Athierah sebaik menyedari dagu Ammar
Adwan yang sudah mula memerah. Namun lelaki itu sekadar memberikan sebuah
jelingan tajam tanpa jawapan.
“Cepat tulis apa yang saya
suruh tadi! Lepas siap, awak boleh keluar sambung kerja semula!” suara Ammar
Adwan mula meninggi sambil tangannya masih sibuk mengusap dagu sendiri. Sakit masih belum hilang.
“Ba..baik bos!” Nasha
Athierah segera menyudahkan tulisannya apabila majikannya itu berpusing
membelakangi dia.
Ammar Adwan membuang
pandang ke luar tingkap gersasi bilik pejabatnya. Segaris senyuman terukir di bibirnya.
‘Nasha Athierah binti
Ahmad Nasir, you will be mine. Maaf mungkin saya terburu-buru, tapi saya betul-betul terdesak sekarang ni.’ Detik hati kecilnya penuh semangat. Serentak itu
bibir makin melebar dengan senyuman.
________________
1. Apa Ad nak buat dengan biodata tu? Terdesak? Ad terdesak? Kenapa ye?*oohh, okay saya tinggalkan kalian dengan tanda tanya:P*
1. Apa Ad nak buat dengan biodata tu? Terdesak? Ad terdesak? Kenapa ye?*oohh, okay saya tinggalkan kalian dengan tanda tanya:P*
2. Hopefully saya boleh taip lelaju lagi lepas ni:)
3. Sorry, entry kali ni pendek je. *sengaja nak dera perasaan u olls. HIHI.*. Tak, bukan itu kebenarannya..tak terniat nak dera perasaan sesape pun, cuma entry kali ni memang pendek sikit. Jangan risau, saya cuba taip laju2 untuk chapter 5 nanti:)
Arin Arida.
3. Sorry, entry kali ni pendek je. *sengaja nak dera perasaan u olls. HIHI.*. Tak, bukan itu kebenarannya..tak terniat nak dera perasaan sesape pun, cuma entry kali ni memang pendek sikit. Jangan risau, saya cuba taip laju2 untuk chapter 5 nanti:)
Arin Arida.
9 comments:
hahaha.... lawaklah diorg ni.....
nak biodata yea.... mesti nak ambil hati bakal mertua.... alamat kg...dah tentu nak masuk meminang....
Sila cpt tulis next en3 ye cik arin keke
hahahaha..kelakar sangat2..ske la tgk nasha athierah yg wat lawak..hehehehhe..nak lagi..ske2..cpt tulis nest en3,,
hahaha lawak tul lah du orng ni cepat lah smbg x sabar nak tau...
sampai sakit daguuu.. hehe. ganas jugak cik heroin kitee:)
comelnye......
Thanks sudi singgah bace kisah ni:D
erks.. chumell la nasha ni.. haiii.. ptt la kena buli.. :)
ad nak wat per tu.. bekenan ckp je terus sng.. :)
usahkan Ad, saya yg membaca ni pn rasa nak hempuk kepala je dgn ke-highway-an Asha, kanda... *tepuk dahi*
sila sambung..
Post a Comment