My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

05 April 2012

Love make me Smile [4]


Love 4
            Nasha Athierah kalut dengan senyuman lelaki di hadapannya ini. Sekali pandang memang hati wanitanya cair dengan senyuman si kacak ini. Tetapi bila dua kali  pandang, dia jadi gerun pula.
            “Bos, saya ada benda nak tanya ni.” ujar Nasha Athierah sambil berdiri tegak di hadapan Ammar Adwan yang sudah duduk menyandar pada meja kerjanya.
            “Tanyalah.” Ammar Adwan duduk sambil berpeluk tubuh. Matanya tepat menikam wajah Nasha Athierah yang seakan takut-takut memandangnya itu.
            “Cuba encik teka ni  apa?” soal Nasha Athierah sambil menayangkan dua jarinya. Jari telunjuk dan jari tengahnya.
            “Soalan apa ni? Mestilah itu jari.”geram pula Ammar Adwan dengan soalan yang keluar dari mulut gadis itu.
            “Bukan, ini kan tanda ‘peace’? Isy encik ni! langsung tak mengikuti perkembangan semasa ye?” Nasha Athierah ketawa sendiri dengan lawak ‘sengal’nya itu.
            Mencerlung pandangan mata Ammar Adwan pada gadis di hadapannya ini. Dia main-mainkan aku ye?!
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir.” Sedikit tegas nada suaranya sehingga membuatkan tawa Nasha Athierah serta merta mati.
            “Sorry bos. Saya cuma nak pastikan yang bos okay atau tidak sebab saya risau lepas fail saya jatuh atas kepala encik hari tu, kepala encik ni ada cedera...”ucap Nasha Athierah jujur.
            “...saya risau sebab encik sampai cakap benda pelik-pelik tadi.”sambungnya sedikit perlahan dengan kepala yang sudah menunduk.
            “Benda pelik?” dahi Ammar Adwan sedikit berkerut. Apa pula yang peliknya?
            “Pasal saya ni girlfriend bos dan...” Nasha Athierah meneguk liur. Tak berani nak menyudahkan ayatnya itu.
            “Bakal tunang saya tu?” soal Ammar Adwan dengan muka serius.
            Nasha Athierah mengangguk perlahan. Takut-takut.
            “Tak payah ambil peduli pasal tu.” kata Ammar Adwan.
            “Ha?!” Amboi! Sedap Encik Ammar kata ye? Nanti di buatnya Kak Dian tu gila meroyan kat luar tu. Kepala aku juga yang bocor tertusuk kasut bertumit runcing Kak Dian tu!
            Mengenangkan hal tersebut, Nasha Athierah mengeluh berat. Diana tidak akan lepaskan dia atas apa yang telah berlaku. Dia sangat pasti akan hal yang satu ini!
            “Jangan risau pasal Diana. Dia takkan berani apa-apakan awak lepas ni.” ucap Ammar Adwan bagai dapat membaca apa yang sedang gadis itu fikirkan ketika itu.
            “Tapi Kak Dian...” ...Encik Ammar tak tahu perangai Kak Dian tu macammana!
            “Nasha Athierah, tolonglah jangan jadi naif dan terlalu baik hati dengan orang. Lepas tu, boleh pula awak berdiam diri sahaja bila di buli oleh staf lain?” suara Ammar Adwan sedikit meninggi.
            “Tolong menolong amalan mulia lagi berpahala Encik Ammar...” perlahan Nasha Athierah menjawab.
            Hampir sahaja Ammar Adwan jatuh rahang dengan jawapan yang di berikan Nasha Athierah itu.
            “Awak, err. Haahh!” Ammar Adwan merengus kasar.
            Nasha Athierah kembali menikus di hadapn Ammar Adwan. ‘Apa salah ke nak cari pahala?’ detik hati kecilnya.
            “Pahala tak pahala. Mulai hari ni, saya tak mahu dengar lagi awak stay back dekat office semata-mata nak tolong siapkan kerja orang lain. Dekat sini, semua ada tanggungjawab masing-masing. Kalau saya dapat tahu awak tolong orang lain lagi lepas ni, awak siap Nasha Athierah binti Ahmad Nasir. Ini amaran pertama dan terakhir dari saya.” wajah Ammar Adwan serius memandang Nasha Athierah yang masih tidak berani memandangnya lama.
            Gadis itu mengangguk perlahan.
            “Err, kalau tak ada apa-apa lagi, saya minta diri dulu encik. Nak sambung kerja.” Nasha Athierah sudah berkira-kira untuk beredar dari situ. Boleh luruh jantungnya jika tetap berlama-lama di situ menghadapi wajah serius milik majikannya itu.
            “No. Saya belum habis lagi dengan awak Nasha Athierah binti Ahmad Nasir. Duduk dulu.” Usai mengucapkannya, Ammar Adwan berlalu ke tempatnya semula.
            Dengan langkah lemah dan muka yang penuh pasrah, Nasha Athierah akur juga. Usai melabuhkan duduk di kerusi berhadapan dengan Ammar Adwan, dia hanya membisu tanpa kata. Hanya diam menanti majikannya itu meneruskan bicara.
            Seminit berlalu, masih tiada sebarang kata yang diluahkan oleh lelaki bernama Ammar Adwan itu. Nasha Athierah makin gelisah apabila mata lelaki itu masih tak sudah merenungnya sedari tadi. Dia ada buat salah apa lagi ni?
            ‘Kenapa bos pandang aku macam nak makan ni?’ Nasha Athierah terkebil-kebil menghindari panahan mata Ammar Adwan. Debaran di hati, tak usah di tanya bagaimana rentak paluannya. Rasa nak luruh ke perut saja jantungnya!
            ‘Isy! Patutlah dalam novel selalu cerita betapa berdebarnya hati, bila orang yang kita suka tengah tenung kita tajam-tajam macam ni. Memang berdebar tahap rasa nak pitam!’tanpa sedar bibir mengukir senyum segaris.
            ‘Pitam?’ Nasha Athierah sudah tinggi di terbangkan angan-angannya. Kejadian Diana yang rebah secara tiba-tiba kembali berlegar di pandangannya. Tetapi bukan Diana yang menjadi teraju utama situasi itu, sebaliknya dia sendiri. Dia yang rebah tidak sedarkan diri di lantai. Melihatkan keadaannya yang lemah lesu serta masih tidak sedarkan diri, Ammar Adwan segera mencempung tubuhnya lalu berlari keluar dari ruangan pejabat. Ketika itu, entah dari mana lagu hindustan yang menjadi favaurite emaknya berdendang lembut.
            ‘Apa pulak lagu mak aku pun boleh masuk kacau line sekali ni?’ dia mengeluh perlahan sebaik kembali berpijak ke bumi nyata. Terbayang wajah emaknya yang garang dan tegas itu sering menyanyi lagu hindustan semasa menyapu daun kering di halaman rumahnya. Hehe. Garang, tapi dalam hati ada taman. Nasib saja emaknya tidak berguling-guling sama atas daun-daun kering itu sambil menari mengikut lagu hindustan tersebut. Mahu pengsan dia yang melihatnya ini.
            Senyuman melebar di bibir bila hati mula terkenangkan emaknya. Pandangannya dibawa ke hadapan semula. Di lihatnya, majikannya si Ammar Adwan ini masih tak habis lagi merenungnya. Aih?
            “Bos?” perlahan dia memanggil.
            Masih tiada perubahan. Dia pandang Ammar Adwan, Ammar Adwan juga memandang dia.
            “Bos?!” kali ini Nasha Athierah menaikkan sikit volume suaranya.
            “Aa?” Ammar Adwan terpinga-pinga. Seketika kemudian, dia mula menyedari kelekaannya tadi.
            ‘Buat malu ye Ad?!’ hatinya menyindir sinis.
          “Ehem.” Serta merta Ammar Adwan berdehem bagi mengusir rasa segan yang bertimpa-timpa padanya kini. Mukanya juga sudah terasa panas walau di pejabatnya sudah di lengkapi penyaman udara.
            “Encik okay?” soal Nasha Athierah prihatin. Lembut dan sopan dia bertanya.
            “Er, I’m okay. Why?” soal Ammar Adwan sambil menegakkan badannya. ‘Jangan buat kau nampak bodoh kat depan dia Ad!’ satu suara mengingatkannya.
            “Tak adalah...manalah tahu...” Nasha Athierah mengerling wajah Ammar Adwan seketika.
            Ammar Adwan masih memasang telinga sambil membetulkan duduk di atas kerusi empuknya.
            “...kotlah bos lapar, pandang saya macam nak telan sambil cicah dengan sos blackpaper je...” sambung Nasha Athierah selamba sehingga hampir membuatkan Ammar Adwan yang mendengar, jatuh tergolek dari kerusi empuknya.
            “Apa?!” soal Ammar Adwan. Masih tak percaya dengan apa yang baru sahaja di perkatakan oleh gadis di hadapannya ini. Cicah dengan sos blackpaper?
            Seketika kemudian, dia mula pecah tawa. Lucu dengan kata-kata Nasha Athierah tadi. Jujur gila perempuan ni bila bercakap!
            “Betullah kan?” soal Nasha Athierah dengan wajah curiga.
            Ammar Adwan melopong. Lawak apa pula yang cuba di buat si Nasha Athierah ini?
            “Baik bos mengaku....hehe...” Nasha Athierah tertawa sopan sambil menghantar jelingan manja pada Ammar Adwan.
            Kelu. Ammar Adwan benar-benar kelu seribu bahasa. Jelingan Nasha Athierah tadi menusuk terus ke dalam hatinya! Senyuman manis gadis itu mengoncang kuat hatinya.
            “Mengaku apa pula ni?” Ammar Adwan pura-pura buat tak faham.
            Nasha Athierah yang tadinya galak dengan senyumannya mula terkebil-kebil pula. ‘Ye tak yelah, mengaku apa ye?’kepala di garu perlahan. Keliru dengan lawak yang di cetuskannya sendiri.
            Ammar Adwan geli hati melihat gelagat Nasha Athierah. Nak buat lawak, tetapi akhirnya dia yang pening sendiri. Comel!
            Sehelai kertas di bawa keluar lalu di hulurkan kepada gadis itu.Berkerut dahi Nasha Athierah melihat lelaki itu meletakkan kertas putih di hadapannya.
            “Tulis biodata lengkap ibubapa awak.” Pinta Ammar Adwan.
            Nasha Athierah masih terkulat-kulat. Apasal pula tetiba nak biodata makbapak dia pulak ni?
            “Ayah saya dah lama meninggal dunia, bos.” Ucap Nasha Athierah perlahan. ada sebak yang terasa mengetuk pintu hatinya.
            “Err, sorry. Saya tak bermaksud...” Ammar Adwan jadi serba salah dengan permintaannya tadi. Sepatutnya dia siasat dahulu latarbelakang keluarga gadis ini tadi.
            “Tak apa. Dalam family saya ada saya, emak saya, nenek saya dan juga adik perempuan saya.” Jelas Nasha Athierah. Tetapi sesaat kemudian tangannya automatik naik mengetuk kepala sendiri.
            ‘Yang kau peramah sangat bagitahu Encik Ammar ni kenapa? Dia ada tanya ke tadi?’ Aiyaa. Hatinya mengeluh perlahan.
            “Okay. Tulis sajalah biodata lengkap emak, nenek dan adik awak.” Ammar Adwan masih duduk tegak di hadapan Nasha Athierah.
            “Tapi bos nak buat apa dengan benda ni?” soal Nasha Athierah, aneh dengan permintaan majikannya.
            “Tulis saja nama penuh, alamat rumah, dan perkara kegemaran mereka. Kalau boleh tulis sekali mereka ni jenis orang yang bagaimana. Garang ke? Penyayang ke?” Ammar Adwan tidak mempedulikan soalan dari Nasha Athierah tadi. Dia masih memandang Nasha Athierah sambil menongkat dagu di hadapan gadis itu.
            “Ha? Alamat rumah saya kat kampung? Bos nak buat apa?!” Nasha Athierah terkejut badak dengan permintaan majikannya ini. Serius pelik ya!
            Ammar Adwan malas mahu menjawab. Dia tersenyum saja melihat wajah Nasha Athierah yang kelihatannya sudah mula curiga dengan permintaannya ini.
            “Jangan-jangan bos nak rompak rumah saya tak?” teka Nasha Athierah dengan muka curiga yang sudah mulai memerah menahan marah.
            Buukkk!
            “Aduh!” serta merta Ammar Adwan mengusap dagunya yang jatuh mencium permukaan meja kerjanya tadi. Punyalah terkejut dengan tuduhan gadis itu tadi sampai tergigit lidah sendiri ni!
            “Buat apa pula saya nak rompak rumah awak tu? Macamlah ada harta karun banyak membukit!” Ammar Adwan sudah mula nak melenting.
            “Err. Ye tak ye jugak ye. Hehe. Sorry bos, sakit sangat ke?” soal Nasha Athierah sebaik menyedari dagu Ammar Adwan yang sudah mula memerah. Namun lelaki itu sekadar memberikan sebuah jelingan tajam tanpa jawapan.
            “Cepat tulis apa yang saya suruh tadi! Lepas siap, awak boleh keluar sambung kerja semula!” suara Ammar Adwan mula meninggi sambil tangannya masih sibuk mengusap dagu sendiri. Sakit masih belum hilang.
            “Ba..baik bos!” Nasha Athierah segera menyudahkan tulisannya apabila majikannya itu berpusing membelakangi dia.
            Ammar Adwan membuang pandang ke luar tingkap gersasi bilik pejabatnya. Segaris senyuman terukir di bibirnya.
            ‘Nasha Athierah binti Ahmad Nasir, you will be mine. Maaf mungkin saya terburu-buru, tapi saya betul-betul terdesak sekarang ni.’ Detik hati kecilnya penuh semangat. Serentak itu bibir makin melebar dengan senyuman.

           
________________
1. Apa Ad nak buat dengan biodata tu? Terdesak? Ad terdesak? Kenapa ye?*oohh, okay saya tinggalkan kalian dengan tanda tanya:P*
2.  Hopefully saya boleh taip lelaju lagi lepas ni:)
3. Sorry, entry kali ni pendek je. *sengaja nak dera perasaan u olls. HIHI.*. Tak, bukan itu kebenarannya..tak terniat nak dera perasaan sesape pun, cuma entry kali ni memang pendek sikit. Jangan risau, saya cuba taip laju2 untuk chapter 5 nanti:)

Arin Arida.


9 comments:

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha.... lawaklah diorg ni.....
nak biodata yea.... mesti nak ambil hati bakal mertua.... alamat kg...dah tentu nak masuk meminang....

Wan Ruzana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Sila cpt tulis next en3 ye cik arin keke

norma yusof said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahaha..kelakar sangat2..ske la tgk nasha athierah yg wat lawak..hehehehhe..nak lagi..ske2..cpt tulis nest en3,,

almuzni said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha lawak tul lah du orng ni cepat lah smbg x sabar nak tau...

apa YANG ku rasa said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sampai sakit daguuu.. hehe. ganas jugak cik heroin kitee:)

zm said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

comelnye......

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thanks sudi singgah bace kisah ni:D

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

erks.. chumell la nasha ni.. haiii.. ptt la kena buli.. :)
ad nak wat per tu.. bekenan ckp je terus sng.. :)

HaNa91 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

usahkan Ad, saya yg membaca ni pn rasa nak hempuk kepala je dgn ke-highway-an Asha, kanda... *tepuk dahi*
sila sambung..