My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 April 2012

Love Make Me Smile [6]


Love 6
            Ammar Adwan melangkah perlahan merapati katil di tengah ruang bilik milik si gadis kecil itu.
            Duduk di labuhkan pada birai katil. Rapat dengan sekujur tubuh kecil yang sudah lena dalam tidurnya. Lama matanya singgah pada wajah polos putih bersih yang sedang pulas tidur itu.
            “Maafkan papa, sayang.” Tangan kanannya sudah naik mengusap kepala Erina Casandra. Sejak lewat petang tadi lagi si kecil ini melancarkan mogok dengannya. Merajuk kerana terpaksa menunggu lama di pusat asuhannya. Marah kerana dia bersama dengan perempuan lain selain mamanya.
            Ammar Adwan berbaring di sebelah Erina. Comforter di tarik bagi menyelimuti tubuh kecil di sisinya itu.
            Wajah Puan Maimunah terlayar di mindanya. Perempuan tua itu masih belum letih merebut hak penjagaan Erina daripadanya. Perempuan tua itu mahu merampas Erina daripadanya. Sejak akhir-akhir ini, tindakan perempuan tua yang mengaku dirinya nenek kepada Erina itu lebih drastik. Bermacam isu di bawa ke mahkamah supaya dia dapat merebut Erina. Bermacam alasan juga di kemukakan pada pihak mahkamah bagi menyangkal kelayakan dia untuk mendapat hak penjagaan Erina.
            “Papa sayang Erina. Walau apapun jadi, Erina tetap anak papa. Tak kisahlah apa orang lain nak cakap.” Perlahan Ammar Adwan berkata seakan berbisik  pada Erina Casandra yang masih lena.
            “Apapun yang jadi, papa akan pastikan Erina milik papa. Perempuan tua tu, dia tak layak ambil Erina dari papa.” Ammar Adwan berkata perlahan sambil bibirnya singgah mengucup dahi anak kecil itu.
            “Sweet dream sayang.” Bisiknya perlahan sebelum dia bangkit menuju ke pintu bilik.
            “Wan,” satu suara yang menegurnya sebaik dia keluar dari bilik Erina tadi membuatkan Ammar Adwan mengukir senyuman kecil.
            “Ibu,”sapanya sambil tangan merapatkan kembali pintu bilik Erina.
            “Dah lewat ni, tak tidur lagi Wan?” soal Puan Wahidah.
            “Wan tengok Erina kejap tadi. Risau pula rajuk budak kecik tu berpanjangan.” Ammar Adwan senyum segaris.
            “Si Am ni pun satu, kenapalah tak call ibu awal-awal kata dia kena ganti kawan dia malam ni? Boleh juga ibu pergi jemput Erina.”luah Puan Wahidah. Memang kebiasaannya, adik Ammar Adwan iaitu Amir Adwa yang akan menjemput Erina dari Taska selepas dia habis syif kerja setiap hari. Tetapi, hari ini Amir terpaksa pula menyambung kerja ke waktu malam kerana menggantikan kawannya yang mengalami kemalangan sewaktu melakukan operasi petang tadi.
            “Takpelah bu, benda dah jadi. Am tengah kalut agaknya time tu. Wan dengar parah juga keadaan kawan dia yang kena rempuh dengan kereta tu.”ulas Ammar Adwan sambil bergerak beriringan dengan ibunya ke ruang rehat di hujung aras itu.
            “Mujurlah Am tak apa-apa. Risau ibu dengan kerja dia tu.”Puan Wahidah menggeleng perlahan. Keruh sedikit wajahnya memikirkan keselamatan anak bongsunya itu yang seringkali terancam setiap kali dia keluar melakukan operasi bersama anggota bawahannya.
            “Biasalah tu bu. Dah namapun kerja jadi abang JPJ...”Ammar Adwan berkata senada.
            “Kenapa pula ni?” Puan Wahidah menyedari kelainan intonasi Ammar Adwan tadi.
            “Hem.” Ammar Adwan menghela nafas perlahan.
            “Tak ada apalah.” Senyuman di hulur pada ibunya. Hati masih berbekas rasa geram dengan tindakan adik bongsunya itu menyamannya lewat petang tadi. Bukan main poyo lagi muka dia ketika menyerahkan surat saman tadi. Abang tak abang, kalau dah salah tetap kena kasi surat saman. Itulah katanya sewaktu Ammar Adwan sibuk menyatakan yang dia sedang mengejar masa untuk menjemput Erina di taska pada Amir Adwa. Mujur sahaja Nasha Athierah sudah awal-awal lagi di suruh duduk di dalam kereta sahaja. Kalau tidak, mahu panjang meleret pula celoteh menyakitkan hati adiknya itu.
            “Bu, Wan rasa nak bawa Erina jalan-jalanlah hujung minggu ni. Nak pujuk budak kecik tu, tak senang hati Wan tengok muka ketat dia tu. Ibu ikut sekali ye?” soal Ammar Adwan.
            “Kamu nak ke mana pula Wan? Kalau dekat-dekat sini je, insyaallah boleh juga Wan, tapi kalau jauh ke luar negara sana tu...” Puan Wahidah berjeda. Keadaan kesihatannya bukannya baik sangat untuk berjalan-jalan ke luar negara. Lagi-lagi negara eropah yang jauh dan berbeza keadaan cuacanya itu.
            “Tak jauh bu, kat singapore je. Wan nak bawa Erina pergi Universal studio. Lepas tu nak singgah Sentosa Island kejap.” Ucap Ammar Adwan.
            Puan Wahidah menggeleng perlahan dengan rancangan Ammar Adwan.
            “Wan, ibu bukan apa, tapi ibu kena ingatkan kamu. Jangan di manjakan sangat Erina tu. Ibu risau dia rosak sebab asyik di manjakan sangat.” perlahan dan lembut suara Puan Wahidah menegur. Minggu lepas sahaja, Ammar Adwan sudah membawa Erina ke Disneyland Hong Kong. Bermacam hadiah dan cenderahati di beli mereka dari sana. Naik penuh sesak bilik Erina dengan anak patung dan permainan yang di beli dari sana itu. Ammar Adwan selalu sangat mengikut apa kata si kecil itu. Jarang sekali anak keduanya ini akan membantah permintaan Erina Casandra.
            “Bu...” Ammar Adwan memandang muka ibunya.
            “Ibu bukan apa Wan. Ibu tahu, Wan sayangkan sangat dengan Erina. Dia satu-satunya kenangan yang arwah Fiya. Ibu pun sayangkan Erina. Macam tu juga dengan Am. Kami semua sayangkan Erina, cuma ibu tak nak kamu manjakan sangat Erina tu. Nanti dah besar, susah kamu nak bentuk dia Wan, kalau dari kecil ni semua permintaan dia kamu turuti...” Puan Wahidah sudah banyak kali menasihati Ammar Adwan berkenaan perkara yang satu ini, namun anaknya itu kurang mengambil perhatian tentang apa yang di perkatakannya.
            “Bu, Erina tak dapat rasa kasih sayang seorang ibu sejak dia lahir. Jadi, sebolehnya Wan tak nak dia rasa kekurangan. Sebab tu Wan cuba jadi papa yang terbaik untuk dia. Wan cuma nak dia gembira.” Luah Ammar Adwan. Suaranya sudah berubah sedikit lirih.
            “Ibu faham Wan. Tapi kamu lupa, arwah pesan supaya kita semua didik Erina sebaik mungkin?” Puan Wahidah menyentuh lengan anak keduanya itu.
            “Wan, ibu bukan minta kamu abaikan perasaan dia. Ibu cuma minta kamu lebih rasional dengan Erina. Ibu tak halang kamu nak manjakan dia. Tapi perlulah berpada-pada. Ibu lebih dulu makan garam Wan. Ibu pun pernah rasa bagaimana sukarnya membesarkan anak-anak tanpa kehadiran suami di sisi. Membesarkan, mengasuh dan mendidik anak perempuan ni, lebih sukar dari anak lelaki Wan. Banyak cabarannya. Dalam kelembutan, sekali sekala, kita kena bertegas juga. Biar dia tahu dan dapat bezakan mana yang baik, mana yang buruk.” Ucap Puan Wahidah.
            Ammar Adwan sekadar diam membisu. Otak sedang ligat memikirkan kata-kata ibunya itu. Mungkin ada wajarnya juga kata-kata ibunya itu, namun...
            “Kamu fikirkanlah Wan. Ibu pun mahukan yang terbaik untuk cucu ibu tu.” bahu Ammar Adwan di tepuk mesra sambil dia tersenyum.
            Ammar Adwan mengangguk perlahan sambil membalas senyuman ibunya.
            “Wan,” Puan Wahidah menarik nafas panjang sambil memandang ke wajah Ammar Adwan di sisinya.
            “Apa bu?” soal Ammar Adwan sambil turut memandang ke wajah ibunya.
            “Erina ada cakap dekat ibu tadi yang Wan ada girlfriend baru. Betul ke?”
            “Haa?!” Ammar Adwan jatuh rahang.
            “Tak pernah pula ibu tahu Wan ada girlfriend?” Puan Wahidah angkat sebelah keningnya sambil mengulum senyuman mengusik pada Ammar Adwan.
            “Err, tak. Perempuan yang Erina kata tu bukan girlfriend Wan lah bu. Tu staff Wan. Tadi ada satu benda dah jadi, so...”
            Ammar Adwan mengeluh berat. Sebab kelibat Nasha Athierah yang turut sama berada di dalam keretanya tadilah mogok Erina makin menjadi-jadi.
            “Wan tak pernah terfikir nak cari girlfriend ataupun berkahwin selepas kehadiran Erina bu. Cukuplah Wan ada Erina. Wan dah cukup bahagia bu,” Ammar Adwan menjawab ikhlas.
            “Wan,” Puan Wahidah cepat-cepat memotong bicara Ammar Adwan.
            “Ibu tak halang pun Wan nak bercinta. Tak perlulah Wan nak buat cerita untuk tutup perkara ni.” Puan Wahidah masih tersenyum mengusik.
            “Bu, Wan tak pernah terfikir nak bercinta-cinta pun. Macam yang Wan cakap tadi, cukuplah Wan ada Erina. Lagipun, Wan tak terfikir nak cari isteri untuk bantu Wan jaga dan besarkan Erina sebab Wan risau kebajikan Erina akan terabai. Erina...”
            “Wan, jangan jadikan Erina sebagai alasan untuk kamu mengelakkan diri dengan perkahwinan,” lembut suara Puan Wahidah berkata-kata.
            “Kita dah cukup bahagia kan bu? Selama ni, kita dah berjaya besarkan Erina dengan baik. So, Wan tak nak keruhkan keadaan. Mungkin Erina tak mahu ada ibu baru bu. Pasal dia nampak staff Wan petang tadi tu pun, dia dah mula buat mogok tak nak bercakap dengan Wan. Apatah lagi kalau Wan kata nak kasi dia ibu baru.” Ammar Adwan menyuarakan isi hatinya.
            “Wan, Erina tu masih kecil lagi. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu.” Puan Wahidah memandang tepat wajah Ammar Adwan. Sejak dari hari Erina di lahirkan, dan ketika itu jugalah arwah Awfiya meninggal dunia ketika melahirkan, Ammar Adwan sudah seakan menutup rapat pintu hatinya untuk mana-mana wanita.
            “Erina boleh dapat kasih sayang seorang ibu tu dari ibu.” Ammar Adwan tersenyum memandang Puan Wahidah sebelum dia menyandarkan badannya ke dada sofa.
            “Wan,” panggil Puan Wahidah. Ammar Adwan menoleh.
            “Ibu takkan halang kalau Wan nak bercinta pun. Serius ibu cakap ni.” kata-kata yang keluar dari bibir ibunya itu membuatkan Ammar Adwan terkebil-kebil. Laahh, tak habis lagi rupanya ibu ni?
            “No! Ibu, Wan mana ada bercintalah...serius perempuan tu staff kat office Wan je. Dia bukan girlfriend Wan.” Beria-ria Ammar Adwan menafikan. Entah kenapa hatinya jadi tak keruan melihat senyuman yang terukir di bibir ibunya itu.
            “Siapa nama dia Wan?” soal Puan Wahidah, langsung tidak mempedulikan hujah penafian Ammar Adwan tadi.
            “Ha?!” Ammar Adwan kelu nak menjawab.
            “Ibu bukan apa, saja nak tahu nama staff Wan tadi tu.” sengaja Puan Wahidah menekan sedikit perkataan staff pada ayatnya tadi. Sengaja nak menduga hati si anaknya ini.
            “Nasha. Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir.” Ucap Ammar Adwan. Lancar sahaja bibirnya menuturkan sebaris nama tersebut.
            “Oh...” meleret suara Puan Wahidah. “Bagus anak ibu ni. Boleh ingat nama penuh staff dia. Alamat penuh dia kamu ingat tidak?” soal Puan Wahidah dengan wajah selamba seakan tidak bermaksud apa-apa.
            “Apa ibu ni, kenapa pula Wan kena ingat alamat penuh dia sekali pula? Ingat nama dah cukup kut.” Jawab Ammar Adwan. Aneh je soalan ibu aku ni...
            “Yelah, ibu bukan apa...nanti senanglah ibu nak pergi meminang bakal menantu ibu tu. Kamu pun macam dah lancar je menyebut nama penuh dia tu. Selalu praktis ke?” Puan Wahidah menyakat.
            “Ibu...”Ammar Adwan melarikan wajahnya. Ya ALLAH, sejak bila perangai si Am dah berjangkit kat ibu ni?
            “Err, dah lewat ni. Wan masuk tidur dulu ye.” Ammar Adwan segera mencapai tangan ibunya lalu mengucupnya penuh hormat.
            “Good Night ibu. Assalamualaikum.” Ammar Adwan segera bangkit menuju bilik tidurnya selepas mengucup kedua belah pipi ibunya.
            “Wa’alaikumsalam. Nanti ada masa lapang, bawaklah staff kamu tu makan-makan kat sini. Jumpa ibu,” sempat Puan Wahidah berpesan bersama senyuman lebar.
            ‘Kata staff je. Yang muka nak merah padam bila kita ungkit pasal meminang tadi tu kenapa? Yang nak kalut tadi tu kenapa?’ Puan Wahidah tersenyum lagi. Setelah sekian lama, baru hari ini dia mendengar Ammar Adwan bersama seorang wanita. Selama ini, anak keduanya itu tidak pernah membawa mana-mana wanita menaiki kereta kuningnya itu selain dia dan Erina.
            “Nasha Athierah.” Bibir menyeru nama tersebut perlahan.
            “Sedap namanya. Mesti orangnya pun manis sahaja.” Sambil itu, hati sudah mekar dengan satu rasa yang mendamaikan. Otak pula sudah mula membayangkan macam-macam perancangan.
            Puan Wahidah turut bangkit menuju ke biliknya.  

            Ammar Adwan melabuhkan duduk di kerusi empuk pada meja kerjanya di dalam kamar tidur itu. Nafas yang terasa tak sekata cuba di stabilkan semula.
            “Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir.” Bibirnya menyebut sebaris nama itu perlahan. tidak semena-mena dadanya terasa berombak kuat. Spontan juga tangan kanannya naik menyentuh dada kirinya, turut menggeletar tak bersebab.
            “Kenapa dengan aku ni?”takkan dengan hanya menyebut nama tadi sahaja, impaknya sebegini dahsyat?
            Perlahan-lahan, briefcasenya di capai dari sudut meja tersebut. Sehelai kertas di keluarkan daripadanya.
           
            Keluarga saya:)
            1. Mak saya yang tersayang:
                        Nama:Hayati Bt Sulaiman. Tapi orang kampung panggil Kak Yatt. [ok, kelaaasss ye nama samaran mak saya. Moden gitu:P]
                        Alamat:Kampung Sungai Nibung, Selangor.[Tak mau kasi alamat penuh, nanti Encik Ammar datang rompak, susah saya...v(>.<)v ]
                        Kegemaran:Opkos la mak saya ni suka membebel. Pot pet pot pet memang terbaiikk woo (_ _”)menakutkan juga. HIHI. Taklaahh. Sebenarnye, mak saya hantu crita hindustan. Feeling habis apa yg Shah Rukh Khan tu kate sampai tak  sedar nangis macam apa.
                        Perangai:Yaa, ini bahaya. *Pssss(bisik kononnya)*, mak saya tu garang. Teman setia dia adalah rotan. Piapp! (-.-||) *sila takut dan buat muka cuak sekarang*. Trima kasih.

            2. Nenek saya yang vogeh (vogue kate omputih):
                        Nama: Hamidah Bt Mat Syukur. Nama glemer Cik Midah Bingka Ubi. Sebabnya, nenek saya teror habis buat kuih ni. Tak percaya? Heh, kena datang rasa ye:P [Sebelum tu pastikan buat appoinment dulu. Maklumlah, nenek sy busy. Eceh:P *tipu je*]
                        Alamat: tak payah saya ulang tulis ye. Sama je.
                        Kegemaran: Oppsss. Hati-hati. Nenek kuat melatah. Jangan berani usik dia time dia tgh khusyuk masak kuih bingka ubi dia tu ye, silap-silap, makan periuk kukus     on the spot. NAYA(-.-||)
                        Perangai: Haa, bab ni, nenek paling best. Paling penyayang:)
           
            3. Adik saya:
                        Nama: Nora Afieqah Bt Ahmad Nasir. Laahh, budak ni memang tak boleh blaaa. Sibuk mintak orang panggil dia Afi. Takpun Nora. Bukan apa, ada feel cantik macam Siti Saleha yang berlakon dalam crita Nora Elena tu katanya. Cehh. Pedulihape, mak panggil dia PIKAH je. Haha. Padan muka XD
                        Alamat: Ya ALLAH. Sila rujuk statement kat atas ye. TQ.
                        Kegemaran: budak ni meroyan sikit. Hobi dia joget hindustan bila mak tgh sibuk syahdu melayan crita tu. Last skali kena bantai cubit berdas-das. Haha. [sekali lagi padan muka XD]
                        Perangai: Dia ingat dia paling comel, *kononnya*:P padahal dia tak dapat trima hakikat kakak dia ni lagi cun dari dia. Kehkeh:P *tangan ke bahu mata ke atas*.        

           
            Buat kesekian kalinya untuk hari ini, Ammar Adwan tersenyum lagi membaca isi kandungan kertas tersebut.
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir, you make me smile.” Gumamnya perlahan.Terus terang dia katakan, ada satu rasa yang sedang berkembang mekar untuk gadis ini sejak semenjak dua ini. Rasa yang menyebabkan dia menyatakan permintaan aneh pada Nasha Athierah pagi tadi sehingga terwujudnya kertas yang masih di pegangnya ini.
            “Mungkinkah aku patut ikut cakap ibu?” kata-kata ibunya berkenaan perlunya kehadiran seorang ibu baru buat Erina Casandra tadi kembali terlayar di mindanya.
            Sambil itu matanya menyorot teliti alamat pendek yang di tulis Nasha Athierah pada kertas yang di pegangnya.
            ‘Dia kata aku nak rompak rumah dia ye?’bibir tersenyum lagi.
            “Mungkin lepas ni, aku perlu ‘rompak’ sesuatu dari sana. Maybe boleh start dengan ‘rompak’ hati 3 orang penghuni rumah sana tu dulu sebelum orang yang menulis perkara-perkara merepek ni nanti.” Kertas tersebut di simpan ke dalam laci mejanya sebelum dia melangkah merapati katil. Dia perlu berehat sebelum menjalani hari esok yang pastinya lebih mencabar dari biasa.
            “Mak yang garang, nenek yang penyayang, adik yang periang, Nasha Athierah yang kalut semedang. What a lovely family, Nasha Athierah binti Ahmad Nasir.” Bibir masih dengan senyuman sambil badannya sudah di rebahkan ke tilam.
            “Erina, ibu baru awak mungkin lebih childish dari awak nampaknya ni.” Ammar Adwan merenung siling tinggi yang di hiasi lampu kristal di atasnya. Mengenangkan kejadian petang tadi, di mana Nasha Athierah beria-ria menangis ketakutan bila doktor mencuci lukanya.
            “Erina pun tak nangis macam tu kalau kena inject dengan doktor.” Kepala sudah menggeleng perlahan.


   
_____________________
1. Hi, sorry lama Ad dengan Sha hilang ~
2. Enjoy reading:)
3. Betul ke Ad nak pergi 'rompak' hati family Sha? wohooo~ Meroyanlah Kak Dian ye:P


5 comments:

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haahaha.. Sengal betulla nasha athirahh nihh.. Hadoiii!!
So, erina tu anak adhwan tu la?
Adik adhwan pon xbley blaaa.. Saman abg sndiri. Haha

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Oppss.. This n3 make me smile ;)

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahaha...... so sweet.......
cik arin..... cite semakin menarik.... terbaiklah..... so funny....

aqilah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best!!!!!!!!!!!!!!!

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hahahah.. entry kali nih .. buat sy gelakkkk je memanjg