Love 7
Ammar Adwan mengerling ke
sisinya. Wajah cemberut Erina menyapa pandangannya. Sejak awal tadi lagi gadis
kecil itu hanya diam membisu dengan wajah masam mencuka sambil duduk berpeluk
tubuh.
“Sayang, kenapa tak makan
ni?” soal Ammar Adwan sambil mengusap kepala Erina yang sudah di dandan kemas.
Erina hanya diam membisu
sambil muncungnya makin memanjang.
“Erina Casandra sayang,
kenapa ni? Masih marah dengan papa ye?” pipi halus Erina di cuit sedikit.
Erina mencebik sambil
berpaling dari memandang wajah papanya.
Ammar Adwan tertawa kecil
melihat riak wajah Erina. Comel!
“Erina. Look at this.” Ammar Adwan mengunjukkan
skrin galaxy notenya pada Erina
Casandra.
Dengan muka yang masih
sengaja di kelatkan, Erina tetap memandang ke arah skrin tersebut. Seketika
kemudian, wajah Ammar Adwan yang sedang tersenyum di pandang lama.
“Nampaknya, papa
terpaksalah pergi sorang-sorang sebab ada orang tu tengah buat mogok dengan
papa kan...” Ammar Adwan tayang muka kecewa sambil menyuap nasi goreng ke dalam
mulut perlahan-lahan.
“Erm, terpaksalah papa
jalan-jalan sorang je nanti...”Ammar Adwan menambah lagi sambil sekilas dia
mengerling Erina Casandra di sisinya. Jelas kelihatan wajah putih bersih itu
sedang berkerut dengan mata yang sedang berkelip-kelip. Ammar Adwan tahan
senyum yang hampir terukir di bibirnya.
“Papa nak air milo tak?”
suara Erina memecah kesunyian. Senyuman manis sudah menampakkan sepasang lesung
pipit di kedua belah pipi anak kecil itu.
Ammar Adwan tersenyum
lebar. Perlahan-lahan dia mengangguk.
Erina sudah menghilang
keruangan dapur mencari kelibat neneknya.
“Baik-baik Erina...”Puan
Wahidah mengekori langkah Erina yang sedang membawa segelas milo suam.
“Untuk papa.” Erina
tersenyum manis selepas meletakkan gelas tersebut di hadapan Ammar Adwan.
“Thanks sayang.” Pipi Erina di kucup sekali. Erina tersengih sambil
mengambil tempatnya semula.
“Dah, cepat makan. Nanti
lewat nak pergi sekolah.” Puan Wahidah turut mengambil tempat. Erina senyum
sambil akur dengan arahan neneknya.
“Papa...”suara Erina
meleret manja.
“Ye sayang?” Ammar Adwan
mensisip sedikit air milo yang di bawa Erina tadi.
“Nak ikut...” Erina sudah
memaut lengan Ammar Adwan.
“Nak ikut?”
Erina mengangguk laju.
“Merajuk dengan papa lagi
tak?” soal Ammar Adwan pula. Erina cepat-cepat menggeleng.
“Marah dengan papa lagi
tak?” soal Ammar Adwan lagi. Erina geleng kepala juga.
“Sayang papa tak?” Ammar
Adwan bertanya lagi. Erina mengangguk.
“Nak bukti?” pinta Ammar
Adwan, sengaja mahu mengusik dan bermanja dengan Erina.
“Okay. Nanti kita pack
barang ye.” Ammar Adwan tersenyum menerima kucupan Erina di pipi kanannya.
“Hooraaayy!” Erina sudah
bertepuk tangan.
“Nenek?” wajah Ammar Adwan
di pandang silih berganti dengan wajah neneknya.
“Nenek tak larat nak jalan
jauh macam tu Erina...” Puan Wahidah tertawa kecil melihat wajah Erina yang
sedikit muram sebaik dia berkata tadi.
“Pak su?” soal Erina lagi.
“Bercakap pasal Pak su ni,
mana Am bu? Dia dah balik belum ni?” soal Ammar Adwan.
“Be...”
“Assalamualaikum......”
ucapan salam yang panjang beralun-alun itu menarik perhatian mereka bertiga.
Wajah yang sudah sedikit lesu milik Amir Adwa menyapa pandangan. Lelaki itu
masih dalam uniform lengkapnya.
“Pak su!” Erina
berlari-lari anak mendapatkan Amir Adwa.
“Oh, tuan puteriku
sayang!” Amir Adwa mendukung Erina sambil berjalan merapati meja makan.
“Lapar....mengantukkkk......”
dia meletakkan Erina ke kerusi sebelum berjalan menyalami ibu dan abangnya.
“Pak su nak air?” soal
Erina dengan muka berseri-seri.
“Okay.” Amir Adwa
tersenyum sambil mengusap rambut Erina. Tanpa menunggu lama, Erina sudah
menghilang ke dapur.
“Abang Wan,” Amir Adwa
sengih gatal sambil memandnag abangnya yang sedang menyuap nasi goreng ke
mulut.
“Hmm.” Ammar Adwan
mengerling sekilas pada wajah adiknya itu.
“Tak ada nak umumkan
apa-apa ke?” soal Amir Adwa dengan sengihannya tadi.
“Apa pula?” soal Ammar
Adwan tak faham.
“Pasal semalam?” Amir Adwa
duduk menongkat dagu, berhadapan dengan abangnya itu.
“Semalam?” dahi Ammar
Adwan berkerut.
“Bu, Am macam ada terbau
nasi minyaklah...”Amir Adwa spontan menghambur tawa besar melihatkan perubahan
wajah Ammar Adwan.
Puan Wahidah pula hanya
sekadar memandang kedua orang anak lelakinya dengan pandangan yang penuh tanda
tanya.
“Nasi minyak apa pula kamu
ni Am. Ibu masak nasi goreng je pagi ni...” Puan Wahidah menggeleng kepala
dengan telatah anak bongsunya ini.
Hahahaha. Amir Adwa
tergelak lagi.
“Apa-apa jelah. Tapi
rasanya, tak lama lagi adalah orang yang teman ibu dekat dapur tu...” Amir Adwa
masih berkias-kias.
“Pak su, air.” Erina
meletakkan gelas di hadapan Amir Adwa sebelum duduk di tempatnya semula.
“Terima kasih.” Amir Adwa
berkata sambil mensisip air yang di bawa Erina tadi.
“Cantik bu.” Amir Adwa
tiba-tiba berkata selepas meletakkan gelas airnya di atas meja semula.
“Ha?” Puan Wahidah garu
kepala yang tidak gatal. Apa kena agaknya si Am ni? Boleh pula dia merepek
pagi-pagi macam ni?
“Erina, cepat jom. Papa
dah lambat ni.” Ammar Adwan segera bangkit mencapai beg pejabatnya. Erina tanpa
banyak kata hanya akur.
“Salam nenek dengan Pak
su.” Ammar Adwan sudah mencapai beg sekolah Erina.
“Wan pergi dulu bu.”
“Abang Wan,” Amir Adwa memanggil.
Ammar Adwan menoleh.
“Jangan lupa kirim salam
dekat bakal kakak ipar Am yang cantik manis tu.” Amir Adwa sempat kenyit mata. Muka
serius abangnya langsung tidak menggerunkan dia.
“Pak su,” Erina Casandra tiba-tiba
tersenyum lebar.
“Ye, kenapa?” soal Amir
Adwa sambil meneguk sedikit airnya.
“Semalam, Cikgu Laila kata
dia kena balik kampung hari sabtu nanti. Tak dapat ikut pak su jalan-jalan.” Lancar
Erina berkata-kata.
Semua mata serentak
memandang ke wajah Amir Adwa.
“Uhuk, uhuk.” Amir Adwa mengurut
tekak yang sedikit perit.
“Cikgu Laila...” Ammar
Adwan tak jadi nak melangkah keluar.
“Hahaha. Erm, Erina...” Amir
Adwa kalut sendiri.
“Cikgu cakap terima kasih
sebab hadiah pak su semalam.” Erina menyampaikan satu lagi pesanan daripada
cikgunya.
“Aaa...” Amir Adwa garu
kepala sendiri melihat renungan minta penjelasan daripada ibu dan abangnya itu.
“Am rasa pening kepalalah.
Am naik rehat dulu ye.” Amir Adwa senyum segaris sebelum segera beredar menuju
ke biliknya.
“Ibu, nampaknya tak lama
lagi ibu dapat menantu perempuan ni.” Ammar Adwan senyum meleret sambil
mendukung Erina Casandra.
“Erm, untung-untung ibu
dapat DUA menantu perempuan tahun ni.” Puan Wahidah membalas dengan senyuman
penuh makna.
“Ibu...”
“Wan, fikirkanlah apa yang
ibu cakap pada kamu semalam tu ya?” pinta Puan Wahidah sebelum menghilang ke
dapur.
Ammar Adwan mengeluh
perlahan. Sekilas wajah putih bersih Erina Casandra di pandang.
‘Bagaimana Erina kalau dia
memilih untuk menuruti kata ibunya?’
“Jom sayang,” akhirnya,
langkah kaki di bawa keluar rumah.
“Sayang, Pak su selalu ke
jumpa dengan Cikgu Laila tu?” Ammar Adwan menyoal. Sengaja mahu memecah
kesunyian di dalam ruangan keretanya itu.
Erina mengangguk laju.
“Pak su selalu tunggu
Cikgu Laila masa hantar Erina. Papa nak tahu, pak su selalu kasi cikgu hadiah...”
Erina mula membuka cerita.
“Oh ya?”
“Pak su suruh Erina yang
tolong kasikan.” Erina senyum.
Ammar Adwan jungkit kening
mendengar cerita Erina. Aih, guna Erina sebagai orang tengah pulak dah adik aku
ni?
“Lepas tu, bila pak su
ambik Erina, pak su mesti belanja Erina sebab dah tolong dia.” Erina masih
ceria bercerita.
“Erm.” Ammar Adwan mengangguk.
Rasuah ke?
“Tapi kan papa,”
“Erm?” Ammar Adwan mengerling
Erina sesaat.
“Kenapa pak su kasi hadiah coklat dekat cikgu?
Bukan coklat ni untuk budak-budak je ke?” soal Erina sambil memandang papanya
di sisi.
“Err...” Ammar Adwan tak
menyangka soalan sebegitu yang akan di utarakan si anak.
“Nanti balik, Erina tanya
sendiri kat pak su ye. Sekarang, kita dah sampai. Jom?” Ammar Adwan memakirkan
kereta di bahu jalan berhampiran pintu pagar pusat asuhan itu.
“Come,” tangan Erina di
pimpin ke pintu masuk utama.
“Take care okay?” pesan Ammar
Adwan sambil menghulurkan tangan pada Erina. Erina mengangguk lalu menyambut
salam papanya sebelum melangkah ke dalam.
“Good morning Cikgu Laila!”
Erina sudah berlari-lari anak mendapatkan Cikgu Lailanya.
“Morning Erina.” Gadis muda
yang dipanggil Cikgu Laila tadi melempar senyuman pada Ammar Adwan.
‘Oh, jadi inilah Cikgu
Laila si Am tu ye...’ hati sudah tersenyum sendiri mengenangkan gelagat Amir
Adwa pagi tadi.
Ammar Adwan memboloskan dirinya
ke dalam kereta semula. Dia perlu bergerak menuju ke pejabat sekarang kerana
tidak mahu terperangkap di dalam kesesakkan jalan raya nanti.
Kereta di belokkan ke
jalan besar semula, melintasi sebuah pondok menunggu bas.
Serentak itu juga, Ammar
Adwan segera membaw keretanya ke bahu jalan. Kelibat insan berbaju kemeja putih
berjalur dengan skirt labuh berwarna hitam di bangku menunggu pondok bas
tersebut.
Segera keretanya di undurkan
sehingga berada betul-betul di hadapan pondok menunggu tersebut. Cermin pada
tingkap kereta segera di turunkan.
“Nasha?”
“Bos?!” Nasha Athierah sudah
terlopong memandang Ammar Adwan dengan riak muka tak percayanya.
“Jom, naik sekali dengan
saya.” Ammar Adwan sudah menolak pintu di sebelahnya.
“Tapi Encik Ammar, saya...”
Nasha Athierah serba salah. Malu semalam tak hilang lagi ni...
“Cepat. Awak lupa hari tu
saya dah warning awak, kalau awak
lambat sampai office lagi saya...”
“Okay, cepatlah.” Nasha
Athierah berdesup masuk sambil tangannya lincah mengenakan tali pinggang
keselamatan. Risau kes abang JPJ semalam berulang semula.
Ammar Adwan mahu tergelak
dengan gelagat Nasha Athierah yang sedikit gelabah.
Kereta mula bergerak
menuju ke destinasi.
“Tak pernah saya nampak
awak pakai baju macam ni masuk office sebelum ni?” soal Ammar Adwan apabila
menyedari penampilan Nasha Athierah ketika itu.
“Oh.” Nasha Athierah mengeluh
berat.
“Mesin basuh buat hal. Semalam
saya terlebih rajin pergi basuh semua baju-baju kurung saya, sekalinya, spinner
mesin basuh tu entah kenapa. Air bertakung dalam tab. Ciss.” Nasha Athierah mendengus
marah.
“Kenapa tanya? Saya cantik
ye hari ni?” Nasha Athierah bertanya dengan senyuman.
Ammar Adwan tertawa kecil
dengan gelagat Nasha Athierah. Boleh dia tanya aku soalan macam tu?
“Luka semalam macam mana?
Dah okay?” soal Ammar Adwan. Baru teringat hal semalam.
“Hem! Sakit jugaklah. Niat
asalnya, saya nak saman encik sebab dah buat kaki dan tangan saya berparut tau.”
Nasha Athierah.
“Saman?” terkejut juga Ammar
Adwan mendengarnya. Parah sangat ke sampai nak saman orang ni?
“A’ah. Saman sebab encik
dah buat saya berparut. Habislah harga ‘saham’ saya jatuh macam ni. Kesian
dekat bakal suami saya tau, dapat isteri berparut macam ni...” Nasha Athierah selamba
berkata seperti terlupa yang kini dia sedang berbicara dengan majikan yang amat
di geruninya suatu masa dahulu.
“Oh. Kalau pasal tu, awak
tak perlu risau. Saya akan bertanggungjawab.” Ammar Adwan berkata tanpa
memandang wajah Nasha Athierah. Bukan apa, dia risau tawanya bakal terhambur
keluar di hadapan gadis ini nanti.
“Erm?” Nasha Athierah seakan
ragu-ragu dengan kata-kata Ammar Adwan tadi.
“Eh, bos! Saya turun dekat
sini jelah.” Nasha Athierah segera membuat isyarat supaya Ammar Adwan memberhentikan
keretanya di pondok bas lokasi di mana kejadian ‘perlanggaran’ semalam berlaku.
“Kenapa pula? Kan jauh nak
jalan tu?” soal Ammar Adwan prihatin.
“Tak, tak apa. Saya tak
nak orang cakap yang bukan-bukan nanti.” Gumam Nasha Athierah antara dengar dan
tidak. Cukuplah hatinya sakit dengan semua tuduhan yang di lemparkan padanya
selama ini.
“Okay.” Ammar Adwan tidak mahu memaksa. Dia yakin, Nasha
Athierah pasti punya alasan sendiri.
“Saya kena keluar kejap
lagi. Ada meeting dengan klient.” Kata
Ammar Adwan. Central lock kereta masih belum di buka.
Nasha Athierah mengerutkan
kening. Motif nak cakap dengan dia semua tu?
“Lunch nanti, tunggu saya
kat lobi. Saya datang jemput awak. Kita lunch sama.” Ucap Ammar Adwan dengan
riak muka seriusnya.
“Ha?” Nasha Athierah terkejut
lagi.
“Ini satu arahan. Sebagai staf,
awak tak boleh bantah.” Ammar Adwan sempat berpesan sebelum keretanya bergerak
meninggalkan Nasha Athierah yang masih terkedu.
‘Lunch dengan bos...’ Nasha
Athierah sudah jauh berangan. Dalam angannya, dia sudah berhadapan dengan
pelbagai jenis makanan yang lazat. Suasana yang romantik dan mewah. Dia dan Ammar
Adwan duduk berhadapan sambil berbalas senyum...
“Oh, tak sabarnya tunggu
tengahhari...” dengan senyuman meleret, Nasha Athierah mula mengorak langkah
menuju ke bangunan tinggi di hadapannya tanpa menyedari ada sepasang mata yang
asyik memerhatikannya dari kejauhan dengan perasaan sebal.
“Perempuan tak tahu malu! Berani
dia!” bibir yang di saluti lipstik merah darah itu menyumpah marah.
“Siap kau. Aku takkan
benarkan kau miliki Encik Ammar. Encik Ammar, aku yang punya.” Enjin keretanya
di hidupkan sambil dia memandu menuju ke kawasan parkir berhampiran bangunan
pejabat.
++++++++++
Hi sekali lagi:)
1. Kalau rasa tak puas hati boleh tinggal komen kat ruangan bawah ni. nak tulis kat cbox pon boleh.
1. Kalau rasa tak puas hati boleh tinggal komen kat ruangan bawah ni. nak tulis kat cbox pon boleh.
2. Kita tunggu apa yang jadi seterusnya ya.
3. Maaflah kalau ada yang rasa cerita ni macam boring *dah selalu sangat orang buat, sampai dah boleh agak apa yang jadi seterusnya*. sejujurnya, cerita ini sudah saya olah bersama seorang kawan saya sejak tahun 2007 lagi. kini ianya dalam proses di tulis semula dalam bentuk yang lebih baik. saya masih kekalkan 85 peratus plot asalnya.
4. Thanks pada yg sudi tunggu dan follow cerita ni:)
6 comments:
Alooo.. Awat pendek jer??
Chumell la dua beradik nih.. Nak kantoikan abg dia yang kantoiii.. Heehehe.. Nasha ni selamber xbley blahh ;)
thanks kak for the entry, lame saya dah tunggu,best sangat ^^
lame dh tunggu...akhirnya update jgk :D best la kak arin..ngee :D
Hahaha, kantoi dah Am xD Sakan nak menyakat aban dia, last last dia terkena. Suka laa dengan Erina! :D
suke tang adek bradek tuh...haha sporting gi-lak.
hihi. thanks singgah bace yaaww:D
chapter baru je apdet tadi:)
Post a Comment