My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

30 April 2012

Love make me smile [8]




Love 8
            Bukk!
            Nasha Athierah spontan mengurut dada. Terkejut apabila secara tiba-tiba meja kerjanya di hentak kasar.
            “Kak Dian?” Nasha Athierah mula rasa tidak sedap hati melihat wajah bengis Diana.
            “Aku belum habis dengan kau.” tajam pandangan mata Diana pada Nasha Athierah.
            “Err, Kak Dian...” ...alamak, Kak Dian nak buat apa kat aku ni?
            “Perempuan tak sedar diri!” Diana terus sahaja menarik bahu Nasha Athierah untuk memaksa gadis itu berdiri.
            “Kak, sakit...” Nasha Athierah mengusap bahunya yang di cengkam kuat Diana tadi.
            “Sakit?” Diana tertawa sinis.
            “Hati aku ni lagi sakit tahu tak?!” serentak itu, Diana terus sahaja mencekik batang leher Nasha Athierah yang berbalut tudung.
            “Kak! Lepas..” Nasha Athierah mulai gelabah. Dia mula hilang nafas.
            “Ya ALLAH, Kak Dian, lepaskan Sha! Kenapa sampai nak cekik-cekik orang ni?” seorang rakan sekerja mereka terus mendapatkan Diana.
            “Biarkan! Biarkan betina ni mati!” Diana bagai sudah di rasuk hantu. Tangannya masih kuat mencengkam leher Nasha Athierah.
            “Kak Dian, lepaskan Sha, nanti dia mati macam mana?!” pekerja lain masing-masing sudah datang berkerumun sambil beberapa orang cuba menarik Diana daripada berterusan mencekik leher Nasha Athierah.
            “Ah! Perempuan gatal! Berani kau rampas Encik Ammar daripada aku ye?” Diana makin naik hantu apabila rakan-rakannya sibuk mahu meleraikan pergaduhan mereka. Tubuh Nasha Athierah di tolak jatuh ke atas lantai.
            “Aku takkan benarkan kau berkahwin dengan Encik Ammar! Takkan!” Diana masih belum melepaskan cengkaman tangannya pada leher Nasha Athierah. Mereka bergelut di atas lantai.
            Nasha Athierah makin lemah. Dadanya terasa makin sempit dek kerana hilang oksigen. Dia terasa pandangannya mulai berbalam sebelum...
            “Nasha!”
            Panggilan itu serta merta membuatkan Nasha Athierah serta merta bangkit tegak. Hilang terus lamunannya tadi. Segera dia menilik dirinya sendiri. Aku masih bernyawa kan?
            Dalam kekalutan itu, sempat juga Nasha Athierah memeriksa denyut nadinya sendiri. Fuh, alhamdulillah, ALLAH masih beri masa untuk aku bertaubat. Perlahan, senyuman mekar di bibirnya.
            Namun hatinya jadi kecut melihat wajah yang berada di hadapannya ketika ini.
            “Kak Dian...” hampir tak terkeluar suaranya apabila otak mulai terbayangkan adengan cekik-mencekik yang dia fikirkan tadi.
            “Kau ni Sha, dari tadi akak panggil, yang kau dok beku tenung PC tu kenapa?” soal Diana  dengan muka tak puas hatinya.
            “Err, sorry kak, saya...” Nasha Athierah sengih bersalah.
            “Erm, tak pelah. Ni dah sampai lunch hour ni. Akak dengan Wina nak keluar, kau nak join tak?” soal Diana sambil bibirnya di tampal senyuman palsu.
            “Ha?” Nasha Athierah mengerling jam tangannya. Cepatnya masa berlalu, tak perasan dah tengahhari.
            “Err, saya...” Nasha Athierah tak tahu nak jawab macam mana. Kalau dia jawab jujur dengan Kak Dian ni, agak-agak petang nanti dia hidup lagi ke?
            “Lah, ni kenapa pulak?” soal Diana. Pelik pula dia melihat gelagat si Nasha Athierah yang sedang seperti cacing kepanasan.
            “Err, saya...sebenarnya...”
            “Lunch dengan saya.” suara yang muncul secara tiba-tiba itu membuatkan semua mata berpaling mencari si empunya suara itu.
            “Err, Encik Ammar...” Wina di sisi Diana sudah tidak sedap hati. Sekilas dia mengerling wajah Diana. Sah, tengah merah padam.
            “Atie, awak dah siap kemas belum?” tanpa menghiraukan Diana, Ammar Adwan terus saja bertanya pada Nasha Athierah.
            ‘Atie? Dia panggil aku Atie?’ berkerut dahi Nasha Athierah mendengarnya. Namun, lambat-lambat dia mengangguk.  Beg tangan di capai dari dalam drawer.
            “Kalau dah, jom kita gerak sekarang? Saya dah laparlah...” Ammar Adwan tersenyum pada Nasha Athierah. Nak kata gaya dan suara yang sedikit gedik pun iya jugak.
            Ammar Adwan senyum sendiri memikirkan perlakuannya tadi. Tak pernah dia buat begitu walhal pada ibunya sendiri pun sebelum ini.
            Ammar Adwan memang dah kena virus angau agaknya.
            “Kami gerak dulu.” Sempat dia senyum kepada Diana dan Wina sebelum dia melangkah seiringan dengan Nasha Athierah.
            Nasha Athierah hanya senyum segaris. Sumpah, dia risau melihat reaksi wajah Diana tadi.
            “Dia ada apa-apakan awak ke?” sempat Ammar Adwan berbisik perlahan pada Nasha Athierah sewaktu mereka sedang menunggu lif.
            Nasha Athierah segera menggeleng. Dalam realiti memang tak, cuma dalam fantasi je dia ekstrem tadi. Auww, ngeri!
            Sekilas, wajah Ammar Adwan yang sedang tunduk memeriksa sesuatu pada skrin handphonenya dipandangnya lama. Entah kenapa, nota kecil yang di letakkan di atas keyboard PC nya seawal pagi tadi itu kembali mengganggu fikirannya. Nota kecil yang di tulis pada sehelai kertas memo kecil berwarna biru tanpa nama.

            ‘Siapa agaknya yang meletakkannya di situ?’
            “Atie, tunggu apa lagi tu?” suara Ammar Adwan dari dalam perut lif yang sudah ternganga memyedarkan Nasha Athierah.
            “Err, sorry.” Cepat saja kakinya melangkah masuk ke dalam perut lif sebelum pintu lif tersebut terkatup rapat.
            ‘Takkanlah Encik Ammar pulak? Lagipun, dia kan dah berkahwin. Dah ada anak pun. Buat apalah dia nak kasi aku nota macam tu?’ Nasha Athierah tersenyum tawar mengenangkan status lelaki pujaan dalam diamnya itu.
            ‘Tapi pelik juga, sebab semua staff kat office tu tak pernah pula cerita pasal anak isteri Encik Ammar ni? Kak Dian pula, takkanlah Kak Dian berani mati nak tackle suami orang kot? Ke Encik Ammar ni kahwin curi-curi kat sempadan siam tu tak? Sebab tu semua orang tak tahu bos diorang ni dah kahwin...siap ada anak sorang lagi. Dah besar pulak tu anak dia...’
            “Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir?” Ammar Adwan berkerut dahi memandang Nasha Athierah yang tiba-tiba kaku berdiri, betul-betul di luar pintu lif. Naik lenguh juga tangannya menekan butang lif untuk mengelakkan pintu lif tertutup sedari tadi.
            ‘Ya ALLAH, masa macam ni pun dia boleh berangan? Biar betul?’ Ammar Adwan tahan senyum melihat muka Nasha Athierah yang seakan sedang khusyuk memikirkan sesuatu.
            “Aaa. Sorry Encik Ammar. Jomlah.” Nasha Athierah terpinga-pinga. Ya ALLAH, mati-mati aku ingat aku dah masuk dalam lif tadi. Cis! Buat malu lagi depan Encik Ammar, kau ni Sha!
            “Baru saya perasan, rupanya hobi cik Nasha Athierah ni adalah berangan.” Ammar Adwan tertawa kecil dengan gelagat Nasha Athierah yang mudah sahaja menerbitkan senyuman di bibirnya.
            “Err, mana ada Encik Ammar. Saya bukan beranganlah, tapi tengah berfikir masalah negara ni!” bersungguh-sungguh Nasha Athierah menafikannya.
            “Ye ke? Bukan awak tengah fikirkan saya ke?” Ammar Adwan hanya berniat mengusik.
            “Ahh?” Nasha Athierah kalut lagi.
            “Ma..mana ada. Encik ni perasan tau.” Nasha Athierah ketawa kecil menutup rasa malu. Ketara sangat ke aku tengah fikirkan dia tadi sampai Encik Ammar ni boleh meneka dengan jayanya?
            “Saya ingatkan ada orang yang sudi nak rindukan saya sepanjang ketiadaan saya pagi ni tadi...” Ammar Adwan senyum sekilas pada Nasha Athierah yang dah merah muka.
           
           
 ***********

Hi!
1. Nasha athierah mmg kuat berangan ye. harap maklum:P
2. Siapa pengirim nota misteri itu? eh, Nasha athierah ada secret admire ke? alalah, kalau betul macam tu, kesianlah Ad ada pesaing pulak dah lepas ni...(-.-)
3. Sy hargai kesudian anda membaca coretan saya ini, walaupun anda adalah silent readers, dan saya tak tahu siapa pun awak:)  Thanks.
4. Juga pd readers yg selalu masuk dan tinggal komen, sy sayang kalian:) Much love + thanks.





8 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahaahaaa...sian la kt nasha ni..bile nk tau yg ad pun syok kt dia..
Keep it up,cite ni makin sronok.

Zue

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Alaaaaa... Awat pendek jer n3 nih..
Hehe.. Chumell la 2org niii.. Sorang suka berangan sorang suka ngusik.. Bleh la imagine kna cekik.. Cettt!!
Hari ni Ad macho habesss!! Meletup dian pasnih.. ;)

Tiara aka Nurul Fairuz said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alaaaa, kenape pendek sangat, tapi tak ape sebab ade entry baru ni n thanks, best2 ^^

mallar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi...hehehhe..best dgan AD and atie tapi..pendek sgt..hehehhe

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best!!!
mesti AD nak bawak sha gi lunch umah dia kan? jpa bakal mak mertua.

~nor

Rafiqah Shah ツ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

pendek... huuhuuu tp tak pe, sbb best !! :D i like it. :D waiting for the next entry hehee :)

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thanks semua atas sokongan kalian:)

intan abd wahab said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalam...
arin arida...maaf ats kealpaan akak
br hr ni akak muloa mmbacanya...trsyum sndiri dgn sgala klakuan dan kekalutan sha,ad pun dlm ketegasanya trbit satu aura yg mmbuatkn smua prmpuan trpesona....
tahniah