My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

10 May 2012

Aurora Hidupku 23**


Aurora 23**
(sneak peek chapter 23)

Pintu bilik di tolak perlahan sambil dia menjengukkan sedikit kepalanya ke dalam. Beria dia mengetuk tadi, namun langsung tidak berbalas. Betul pengsan ke apa mamat sengal ni? Puteri Balqish Sharlyna, bagus sangatlah kau gelar suami kau yang bukan-bukan tu kan? Dengar dek bonda, memang teruk kau karang!
            Matanya dapat menangkap susuk tubuh Ashraf yang sedang meringkuk di tengah-tengah katil secara melintang. Ewahh..pakcik sorang ni, sedap dia tidur ye?
            “Awak. Bangun.” Sepatah-sepatah dia berkata. Bahu Ashraf di cuit sedikit.
            Satu saat. Dua saat. Diam. Senyap. Tak ada tindak balas. EH?
            “Awak.” Sharlyna memberanikan diri mengoncang bahu Ashraf. Berkerut dahi Sharlyna apabila lena Ashraf langsung tidak tergugat. Ewaahh! Tidur ke pengsan ni?
            Bantal guling yang sedang di peluk erat Ashraf di tarik geram. Ketika itu barulah Ashraf bergerak sedikit. Malangnya, dia hanya bertukar posisi tidurnya dengan mata masih terpejam. Dan...bertukar ‘bantal guling’nya sekali.
            Sharlyna hilang kata. Erk!
            “Aw..wak.” terkelip-kelip mata Sharlyna sebaik dia cuba sedaya upaya mendongakkan wajahnya, cuba mencari seraut wajah yang masih belum sedar dari lena milik Ashraf. Hidungnya betul-betul sudah bersentuh dengan bibir seksi encik mata biru ini. Err..seksi? Sharlyna teguk liur sambil buang pandang ke tempat lain. Penderaan jiwa betul dia ni.
            ‘Kau kena segera jumpa doktor buat CT scan dengan otak kau ni Lynn.’ Nafas hangat milik lelaki itu menampar lembut wajahnya membuatkan jantungnya seakan mahu meloncat keluar. Alamakk..
            Sharlyna cuba menarik nafas yang sudah sumbang semacam. Pelukan Ashraf  pula semakin erat mengepung badannya. Amboiii! Sesuka hati dia je main peluk-peluk anak dara orang ye? Tak takut kena parang?
            Di saat hatinya sedang sibuk membebel yang entah apa-apa terasa pipinya pula di sentuh sesuatu. Lembut. Mesra. Dan hangat. Serta-merta wajahnya kebas entah kenapa. Haiiyaaakk!!
            ‘PENCABULLLL!!!’ hatinya menjerit geram sambil matanya di pejam rapat.
            “Ada jugak yang kena gigit ni karang..” Sharlyna mengumam perlahan sambil mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri dari ‘kepungan’ Ashraf. Gila ketat dia ni peluk orang.
            Semput nafasnya dek kerana pelukan ketat Ashraf. Oksigen....oksigennn....tolonggg...
            “Hisy, Abang...lepaslahhh..” Meleret dan perlahan suara Sharlyna berkata. Dia hampir berputus asa untuk melepaskan diri dari kepungan lengan Ashraf. Kelat wajahnya dengan keadaan sekarang. Tadi punyalah terkejut sampai tak sempat nak buka kuda-kuda untuk mengelak dari mamat sengal ni. Kalau tak mesti sekarang dia tak semput nafas dalam pelukan lelaki ni. Hisy!
            ‘Abang,abang...tidur mati betul!’Gumam hatinya sambil memandang kosong corak pada T-shirt yang di pakai Ashraf. Cantik juga baju dia ni. Entah berapa pula lah harganya ni...
            Haiyaaakk!! Apa aku sebut tadi?
            “Ab...Abb..bbang?” gumam Sharlyna tak percaya. Kau panggil budak muda 2 tahun daripada kau ni, ABANG?? Apa kena dengan otak kau ni Lynn??!!
            “Hermm..” Ashraf sudah bergerak sambil menggesel perlahan matanya. ‘Bantal guling’nya yang sedari tadi di peluk erat sudah di lepaskan. Tercunggap-cungap Sharlyna menarik nafas.
            AikK? Panggil ABANG sekali je dah bangun?  Ajaib sungguh!
            ‘Ni tidur betul ke pura-pura je tadi?’
            Sharlyna mengurut dadanya yang masih sibuk berdebar entah apa-apa.  Ashraf yang masih berbaring sambil menggeliat malas di atas katil di jeling geram.
            “Kau buat apa kat sini? Dah siap masak ke?” soal Ashraf dengan suara yang sedikit serak. Dia masih berbaring di atas katil sambil memandang Sharlyna yang sedang duduk tegak di sebelahnya.
            Mencerun mata Sharlyna memandang Ashraf. Hisy dia ni....!
            “Ni kenapa muka merah padam ni?” soal Ashraf sambil bangkit dari pembaringannya. Wajah Sharlyna yang jelas merona merah di pandang pelik.
            Sharlyna tak berkelip memandang Ashraf. Alamak! Muka aku?
            Err, dia ni sedar tak ni? Ke masih mamai lagi?
            “Kau ni kenapa?” Ashraf masih sibuk menenyeh kelopak matanya sambil memandang Sharlyna yang masih tidak berkutik.
            Sharlyna mendengus geram. “Panas.” Sharlyna tayang muka confident dengan jawapannya. Dia bingkas turun dari katil sebelum lengannya terasa di tarik secara tiba-tiba. Dia kembali terduduk di hujung birai katil. Baru dia membuka mulut untuk menghamburkan berbakul-bakul rasa ketidakpuasan hatinya di perlakukan sebegitu tadi, Ashraf sudah terlebih dahulu mencelah.
            “Meh ABANG tolong sejukkan muka sayang ni..” Ashraf mengukir senyum sambil mengucup lembut pipi isterinya yang dah sah-sah tengah buat muka terkejut. Sengaja dia menekan perkataan ABANG pada bicaranya tadi.  Sekali. Dan sekali lagi.
            GULP. Apakah?
            Sharlyna rasa nak tanam kepala dalam mana-mana perigi buta. Mamat ni dah sedar ke tadi? Jadi dia dengarlah apa aku cakap tadi? Yang dia peluk cium aku tadi tu...dia memang sengajalah? Dia..ARRRGGGHHH!!!
            Makin buntang mata Sharlyna menentang renungan Ashraf. Nafasnya sudah turun naik menahan perasaan yang saling berbaur. Malu, marah, geram semua ada. Memang tempah liang lahat betul mamat sengal ni...
            “Laparnya. Lambat betullah you masak sayang..”Ashraf sudah bergerak ke pintu bilik sambil menggosok-gosok perutnya. Sharlyna yang sikit lagi nak pengsan akibat ‘hadiah’ dia tadi dibuat tak endah saja.
            “Tu kenapa pulak? Nak minta abang dukung pulak?” Ashraf tayang muka tak bersalahnya sambil melangkah keluar dengan tiada perasaan bersalah langsung.
            “Memang ada kepala kena pancung dengan pedang samurai ni karang..!” gerutu Sharlyna sambil menggosok pipinya yang menjadi mangsa Ashraf sebentar tadi. Silap-silap ada juga yang makan sup kepala sendiri tengahhari ni!!



****** 


            Sharlyna duduk  berteleku di hadapan almari baju milik cucu-cucu perempuan nenek. Dekat pintu bilik tadi, siap ada tampal sign board ‘GIRLS’.
            Itu tak kena. Ini pun tak kena. Ada yang labuh, jarang pula. Ada yang tak jarang terbuka sana, terdedah sini pula.
            Nak pinjam dengan nenek, rasa bersalah pula nak mengganggu nenek yang pastinya sudah mahu tidur ketika ini.
            Kepalanya yang tak gatal di garu lemah. Alahai..
            Ashraf yang baru usai menelefon adik tersayangnya, mati langkah sewaktu melalui bilik tersebut. Kelihatan Sharlyna yang masih tegak di hadapan almari baju dengan baju kurung cotton yang digunakannya tadi.
            Aih? Belum salin baju lagi?
            “Cari baju ke jahit baju?” soalnya sambil melangkah masuk ke dalam bilik tersebut yang pada ke biasaannya di huni adik perempuannya serta sepupu-sepupu perempuannya yang lain.
            Sharlyna mendengus geram sambil menghantar jelingan tajam pada Ashraf yang sudah berT-shirt ringkas dengan bermuda. Mamat ni, tak habis-habis dengan bermuda dia tu. Hisy!
            ‘Aku punyalah stress kat sini, boleh pula dia senyum macam kerang busuk dekat situ?’ hatinya berbisik tidak puas hati.
            “Apa masalahnya? Pilih jelah baju-baju yang ada dalam tu..” Ashraf mencadangkan.
            Sharlyna menghela nafas berat. Kalau dia kena tidur sorang-sorang memang dia tak ada masalah nak pakai apa pun. Tapi masalahnya sekarang, kena duduk sekali dengan kamu!
            “Ohh..” Ashraf baru terfikir sesuatu. Ni mesti kes cerewet pilih baju. Terus tawanya terhambur. Faham sangat dengan riak muka Sharlyna tu.
            “Awak ni tak penat ke asyik gelak je dari tadi?” marah Sharlyna. Namun suaranya terpaksa di kawal sehabis baik. Risau pula jika nenek dapat menghidu drama mereka ini.
            “Eh? Marah pula sayang abang ni..” Ashraf sempat kenyit mata untuk mengusik Sharlyna.
            Sharlyna yang sudah sedia panas hati terus mengisyaratkan penumbuknya yang tidak seberapa itu kepada Ashraf. Konon nak ugut Ashraf supaya berhenti membuat onar dengannya.
            Ashraf tersengih lagi melihat tingkah Sharlyna.Samseng pantai Desaru ni nak isyhtihar perang ke apa?
            Langkahnya diatur merapati Sharlyna yang masih berdiri di hadapan pintu almari. Otaknya sudah merencana agenda nakalnya.
            “SAYANG ingat dengan penumbuk SAYANG yang comel ni..” Ashraf makin merapati. “...ABANG takut? Herm?” makin rapat. Dan makin rapat.
            “Err..” Sharlyna dah cuak semacam. Apa mamat ni nak buat??
            BUT wait. SAYANG? ABANG?? Drama tak habis lagi ke?
            “Awak, awak nak buat apa ni?” soalnya takut-takut. Gerun pula melihat perlakuan Ashraf yang ‘semacam’.
            “Ajar SAYANG cara nak layan suami SAYANG ni dengan baik..” makin lebar dan nakal senyuman Ashraf.
            HAIYAKK!
            “Awak jangan macam-macam...” Sharlyna segera mengundur.
            “Macam-macam apa? Kata nak bagi nenek cucu mata biru kan?” Ashraf masih dengan senyumannya.
            “Err..” MAMPUS aku. Hatinya sudah berperang sesama sendiri. Apa gila dia ni? Apa aku nak buat ni? Terjun tingkap? No, tak boleh. Karang patah kaki pulak. Habis macam mana ni? Come on Lynn..fikir...fikir...sebelum kau  di apa-apakan..cepat..
            Sharlyna tersentak apabila terasa tubuhnya sudah terapung. EH? Aku dah terjun tingkap ke?
            Polo Black Forest yang menyapa deria baunya membuatkan jantungnya hampir berhenti berdegup. Alamakk..
            Ketika tubuhnya di letakkan di atas katil, Sharlyna masih tidak mampu berkata apa. Nak melarikan diri pun dah rasa mustahil sekarang. Lutut dah lemah semacam. Nak berdiri pun dah tak mampu. Matanya setia mengekori setiap geri dan tindak tanduk Ashraf.
            “Nah. Gunalah baju ni.” Ashraf menghulurkan sehelai baju kepada Sharlyna.
            “Maybe besar sikit, tapi betterlah dari baju-baju yang kau tengok tadi tu kan?” Ashraf buat muka tak bersalah walau Sharlyna dah pucat lesi menahan debaran.
            “Err..” Sharlyna sedikit terketar-ketar menyambut huluran Ashraf.
            “Dahlah. Pergilah salin baju. Nanti jangan lupa switch off lampu. Aku nak tidur dulu.” Sejurus selesai menuturkan bicaranya, Ashraf terus merebahkan tubuhnya ke atas tilam. Buat-buat tak tahu dengan Sharlyna yang hampir pengsan akibat tingkah luar alamnya tadi.
            Dengan kaki yang masih lembik macam octopus, Sharlyna mengatur langkah keluar bilik. Sharlyna, sejak bila sotong kurita ada kaki?
            Lupakan. Otak dah tak boleh berfikir dengan betul ni.

            Setelah usai mandi dan menyalin pakaian, Sharlyna melangkah ke dalam bilik semula. Rambutnya di rapikan dengan jari. Seketika figuranya di cermin meja solek di pandang lama. Kain batik bunga-bunga kaler pink terang di padankan dengan T-shirt Hard Rock Cafe kaler hitam. Huh. Macam zaman ratu kebaya clash dengan zaman rock kapak. Boleh tahan besar jugalah baju mamat ni pada tubuhnya. Entah macam apa saja rupanya. Tapi buat biasa sudahlah, lagipun, bukan dia tak biasa pakai baju tee besar gedabak macam ni.
            Alamak. Pandangannya mati pada katil. Ashraf sudah hanyut entah ke mana. Tanpa sedar dia mengeluh lemah. Satu lagi masalah. Mana dia nak tidur ni?
            “Tak tidur lagi?” suara serak Ashraf yang bertanya tiba-tiba mengejutkan Sharlyna. Nasib tak keluar latahnya tadi. Kalau tidak, tak pasal-pasal malu percuma.
            “Er..”
            “Switch off lampu tu cepat. Aku tak boleh tidur ni..” Ashraf bertukar posisinya sambil menarik selimut.
            Sharlyna terpaksa juga akur. Lampu bilik di padamkan. Kini hanya cahaya samar dari lampu di anjung rumah yang menerangi bilik mereka. Langkahnya diatur ke katil. Bantal di sebelah Ashraf di tarik dan di letakkan ke lantai.
            “Baik kau tidur dekat atas  katil ni je. Aku risau kalau ada benda lain teman kau dekat bawah tu.” Mata masih pejam. Tapi bibir sempat mengukir sengihan nakal.
            Terkocoh-kocoh Sharlyna memanjat katil. Terus badannya direbahkan di hujung katil. Tubuhnya di iringkan membelakangi Ashraf. Suka betul buat aku rasa sesak nafas! Gerutu hati kecil Sharlyna. Mulutnya masih rancak mengomel perlahan.
            “Tak baik tidur membelakangkan suami...” Meleret suara bersahaja Ashraf menegur. Sharlyna merengus geram sambil menelentang menghadap siling. Namun kedudukannya masih 1 meter radius dari Ashraf. Nun di hujung katil.
            Dalam kesamaran cahaya, Sharlyna masih mampu menangkap senyuman nakal yang terukir di bibir Ashraf. GERAM macam nak ‘makan’ orang malam ni! Hatinya makin menggelegak kini.
            “Sayang, meh sini dekat dengan abang. Nanti ada apa-apa tarik sayang dari bawah katil tu, jangan salahkan abang tak warning sayang.” ucap Ashraf separuh berbisik. Sharlyna mencebik geram. Ni apa ayat drama suami isteri bahagia tak habis-habis lagi ni?
            “Sayang....” Ashraf masih mahu meneruskan usikkannya walaupun matanya nyata sudah mengantuk yang amat.
            “Diamlah. Nak tidur, tidur jelah.” Sharlyna merengus geram.
            “Ada jugak yang makan bantal karang.” Gumamnya perlahan.
            “Makan bantal nak buat apa..”Ashraf juga menukar posisinya kepada menelentang.
            Buntang mata Sharlyna memandang Ashraf sebaik telinganya bagai dapat menangkap butir akhir bicara Ashraf tadi. Sayup-sayup je..
            ‘...kalau ‘makan’ sayang okay jugak..’
            GILA! Sharlyna meletakkan bantal guling di tengah-tengah katil.
            Ashraf hanya mampu tertawa kecil dengan tingkah Sharlyna. Bukan dia nak buat apa-apa pun. Sengaja nak mengusik je. Lagi pun dia dah penat gila dengan majlis kenduri Abang Remy tadi.
           
            Sharlyna mencuri pandang Ashraf yang nyata sudah lena di sisinya. Xperia di sisinya di capai.
            ‘Dah nak pukul 3 pagi ni..kenapa masih tak boleh tidur ni?’ hatinya mengeluh lemah.
            Dengan Ashraf yang sedang tidur  di sebelahnya. Dengan baju yang sedang tersarung di tubuhnya yang penuh dengan ‘bau Ashraf’. Terasa dirinya sedang berada begitu dekat dengan Ashraf  walaupun hakikatnya, Ashraf berbaring di hujung sana katil. Ya ALLAH, terus insomnia jadinya!
            Sharlyna masih terkebil-kebil menala pandang pada bumbung rumah yang di lapisi siling putih.
            ‘Hisy! Tak boleh jadi ni..’
            Dia bangkit mencapai mp3 player dari beg tangannya di atas meja solek. Sharlyna kembali berbaring sambil menyumbat kedua belah telinganya dengan earphones.
            My Love by Sia berlagu lembut.  Dan entah bila, akhirnya dia terlena juga.  Tanpa sedar dia yang bergerak memeluk ‘bantal guling’ di sisinya.





__________________________
Hi:)
1. Selamat membaca. Ini adalah sebahagian daripada chapter 23.
2. SE Aurora dah 24 pages. sy hold dulu sampai beberapa lg chapter yg sy nak masukkan dalam blog ni habis di post, then after that, baru sy post chaper extra untuk SE tu ye.
3. Pada yang tanya dan tunggu chapter terbaru Love Make Me Smile, sy mintak maaf, tak sempat nak menaip sekarang ni. berkejar nak siapkan editing Aurora Hidupku dalam versi full manuskrip.
4. Have a nice day, my dear readers. May ALLAH bless:) Thanks.


Arin Arida.



2 comments:

CoReTAn HaTi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cik arin ble nk sambung ni...~~~~~
^__^

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Hi Arin Arida...

Before that, nak ckp juz finished reading Qaseh Nuralia Imani..mmg best sangat novel nih..sukaaaaa....tu yg nak tgk blog ni..tup tup ada cite best juga AURORA HIDUPKU....alsoo besttt...2 thumbs up...wpun frust sbb episode skip byk...

Bila nak post komplit episode? hehhe

keep it up.....