Love 10
Ammar Adwan senyap sambil
matanya memerhatikan tindak tanduk dan gelagat wanita di hadapannya ini
melayani Erina Casandra menghabiskan makanannya.
Erina yang ceria masih
menghabiskan suapan aiskrim yang di pesannya tadi. Sesekali Erina dan wanita
tersebut berbalas senyum.
Ammar Adwan masih
memerhati. Hanya diam membisu, langsung tiada hati mahu masuk campur.
Dalam diam, fikirannya
melayang ke pejabat. Hari ini, seorang staff baru mendaftar diri. Lelaki.
Seorang lelaki muda yang kacak bergaya. Dan, lelaki tersebut akan memulakan
tugas sebagai ketua Nasha Athierah, bagi mengantikan Puan Baiti yang sudah
meletak jawatan.
Bagaimanalah agaknya
keadaan Nasha Athierah di sana? Baik-baik sahajakah?
“Papa?” sentuhan jemari
kecil Erina pada lengannya membuatkan Ammar Adwan tersedar dari lamunannya.
“Yes?” Ammar Adwan
mengukir senyum.
“Papa dengar tak apa yang
Erina cakap tadi?” soal Erina dengan muka yang sudah kelat.
“Aa?” Ammar Adwan
terkebil-kebil sendiri. Cakap? Erina ada cakap apa tadi?
“Isy, tak nak kawan dengan
papa,” Erina segera meletakkan sudu ke dalam bekas kaca yang masih separuh
terisi dengan aiskrim. Dia berpeluk tubuh dengan muncung panjang.
“Erina Casandra, budak kecik yang comel lagi cantik bergaya ni, tak mau lah macam ni...”wanita itu memujuk
lembut.
“Erina tak nak pergi
Singapore dengan papa.” Erina masih berpeluk tubuh.
Ammar Adwan terkejut. Tak
nak?!
“Erina nak ikut mama.
Erina nak ikut mama pergi France.” Luah Erina.
Ammar Adwan tersentak.
Membulat matanya memandang wajah Erina dan wanita muda itu silih berganti.
“France?” soal Ammar Adwan
sepatah pada wanita muda itu.
“Erina nak ikut mama pergi
sana.”Erina mula merengek.
“No way. No!” tegas suara
Ammar Adwan.
“Apa awak cakap dengan
Erina?” soal Ammar Adwan separuh berbisik.
Wanita muda itu mengeluh
lemah sambil memandang Erina.
“Sayang, Erina tak boleh
ikut. Mama pergi sana untuk kerja, bukan jalan-jalan. Nanti mama kena siapkan
kerja, Erina takutkan tinggal sorang-sorang dalam bilik hotel?” wanita muda itu
mencapai tangan Erina. Sambil itu, dia mengusap kepala Erina.
“Erina ikut papa ye? Best
tau. Rugi tak pergi.” Wanita muda itu tersenyum pada Erina.
Erina memandang lama wajah
mamanya. Akhirnya, dia mengangguk juga.
“Good girl.”
“Jom, kita pergi
playground?”Ammar Adwan memberi usul.
Mereka melabuhkan duduk di
sebuah kerusi taman. Erina pula sibuk bermain tidak jauh di hadapan mereka. Mujur sahaja kawasan sekitar taman ini redup dengan pokok-pokok rendang yang hijau memayungi bumi.
“Lama kita tak jumpa.”
Tutur wanita di di sebelahnya setelah mereka hanya diam membisu beberapa
ketika.
“Erm.” Hanya itu yang terluah
oleh Ammar Adwan. Matanya masih rapat mengekori setiap gerak geri Erina. Risau
andai ada sesuatu yang buruk jadi.
“Sayang, be carefull.”
Sempat Ammar Adwan berpesan pada Erina. Anak kecil itu hanya mengangguk sambil
tersenyum.
“Wan, saya...” kata-kata
Dayang Safiya terganggu dengan deringan telefon bimbit Ammar Adwan.
“Excuse me,” Ammar Adwan
bangkit berjalan menjauh sedikit untuk menjawab panggilan tersebut.
Dayang Safiya hanya
memerhati perlakuan Ammar Adwan sambil mengeluh lemah. Ammar Adwan mengingatkan
dia pada seorang lelaki yang amat di sayanginya suatu masa dahulu. Namun...
“Am nak datang ambil
Erina.” Entah bila, Ammar Adwan sudah duduk di tempatnya tadi semula.
Dayang Safiya hanya
mengangguk. Seketika kemudian, dia bangkit mendapatkan Erina yang sedang
bermain gelungsur di tengah taman.
Ammar Adwan mengekori dari
belakang.
“Mama! Papa!” Erina
tertawa ceria. Kanak-kanak sekecil dia masih tidak mengerti tentang realiti
yang sudah terjadi.
“Papa, Erina nak main
benda tu, tapi takut...” luah Erina sambil jari comelnya menunjuk arah benda
yang di maksudkan.
“Come, papa tolong,” Ammar Adwan tersenyum dengan telatah Erina.
Erina pula tertawa suka
apabila Ammar Adwan menawarkan bantuan.
“Hi dear princess!” satu suara riang menyapa dari belakang,
membuatkan Ammar Adwan dan Dayang Safiya
serentak menoleh.
“Pak su hensem!” Erina
sudah bersorak riang.
“Haip! Janganlah jerit
kuat-kuat, malulah Pak su nanti ramai perempuan ngorat,” Amir Adwa tersengih lebar sebaik menyedari jelingan
abangnya Ammar Adwan.
“Opss,” Erina cepat-cepat
menekup mulutnya.
“Kesianlah Cikgu Laila,
nanti bila Pak su curang,” gumam Erina perlahan yang di sambut oleh tawa kecil
Ammar Adwan.
“Hisy, mana ada Pak su
curang, tak baik tau main tuduh-tuduh,” Amir Adwa buat-buat merajuk dengan
Erina yang kini sudah berada di dalam dukungannya.
“Pak su, lelaki mana boleh
merajuk macam ni. Tak macho!” petah Erina berkata.
“Tak macho? Siapa cakap
ni?” soal Amir Adwa. Abangnya dan Dayang Safiya sudah tersenyum mendengar
kata-kata Erina tadi.
“Cikgu Lailalah yang
cakap.” Jawab Erina.
“Cikgu Laila?” soal Amir
Adwa terkejut. Wajah Ammar Adwan di kerling sekejap. Mak oi, apa cikgu cantik
tu ajar anak sedara aku ni?
“Cikgu cakap macam tu masa
pujuk Fiziey pagi tadi. Masa tu Fiziey merajuk tak nak makan sebab ada orang
rosakkan lukisan dia.” Erina menjelaskan.
“Ohh...” Amir Adwa
tersenyum mendengar cerita Erina.
“So, dear princess, jom
kita balik. Pak su ada game baru tau. Best!” Amir Adwa berkata cuba memancing minat Erina.
“Alah, kalau game macam
hari tu, Erina tak nak main. Game budak-budak mana best.” Erina memeluk leher
Amir Adwa yang mendukungnya.
“Habis nak main game apa?”
soal Amir Adwa.
“Nak main game yang papa
dengan Pak su main hari tu. Tembak-tembak, barulah best!” Amir Adwa terlopong
mendengar kata-kata Erina.
“Ish, game tu susah. Erina
boleh kalah nanti kalau main game macam tu dengan Pak su,” Amir Adwa memberi
alasan. Gila nak kasi budak-budak main game spesis macam tu?
“Bukan hari tu Pak su
kalah dengan papa ke? Maknanya Pak su tak kuatlah kan?” soal Erina dengan dahi
berkerut.
“Haip! Suka-suka je kata
Pak su tak kuat ye? Hari tu Pak su saje je kasi papa Erina ni menang,” Cehh,
kenapa Erina asyik buat malu dia je hari ni? Isy, isy, tak boleh jadi ni!
“Am bawak tuan puteri ni balik
dululah ye.” Selepas mengucapkan kata pamitan, Erina bersalaman dengan Ammar
Adwan dan Dayang Safiya.
“Sorry, tak boleh lama
Ayang.” Sempat Amir Adwa berkata pada Dayang Safiya. Sekadar bersopan. Dia
jelas dengan apa yang terjadi dalam keluarga mereka. Dia ada pada ketika semua
masalah tersebut menjadi kian runcing dulu.
Di saat Kak Ruby meninggal
dunia selepas melahirkan Erina dulu, sehinggalah Ammar Adwan yang tabah dan
sabar berkorban kehidupan dia sendiri untuk membesarkan dan mendidik Erina sejak hari pertama anak kecil itu
lahir ke dunia. Abangnya yang berhati keras macam batu dulu bertukar menjadi
seorang ayah yang penyayang untuk Erina. Bermacam fitnah dan tohmahan di hadapi
Ammar Adwan selama dia membesarkan Erina. Namun semua itu tidak langsung mengubah kasih sayang dia pada Erina.
Paling teruk, Ammar Adwan pernah di tuduh melakukan
perbuatan keji pada kakak ipar sendiri sehingga menyebabkan kewujudan Erina.
Tetapi, hakikatnya, Erina Casandra hanyalah anak saudaranya. Erina Casandra
adalah anak perempuan Amran Adli, iaitu abang sulung mereka.
Namun, keadaan memaksa
Ammar Adwan mengambil alih tanggungjawab yang sepatutnya tergalas di bahu Amran
Adli.
Amir Adwa mengucup sedikit
dahi Erina. Kaki mula melangkah beredar meninggalkan Ammar Adwan dan Dayang
Safiya sendirian.
“Oh, macam tu ke?” Erina
buat muka sangsi dengan jawapan Amir Adwa tadi.
“Eh, mestilah! Pak su kan
polis yang kacak dan gagah perkasa.” Amir Adwa ketawa besar dengan ayat puji diri
melambung tingginya tadi. Masuk bakul angkat sendiri betul!
“Pak su, Cikgu Laila kata,
kita kena sentiasa merendah diri. Allah tak suka tau pada orang yang suka
riak.” Ucap Erina perlahan.
"Riak tu apa?" soal Amir Adwa, sengaja menduga si kecil.
"Riak tu macam Pak su lah." Erina mengekek ketawa bila Amir Adwa membuntangkan matanya.
"Riak tu apa?" soal Amir Adwa, sengaja menduga si kecil.
"Riak tu macam Pak su lah." Erina mengekek ketawa bila Amir Adwa membuntangkan matanya.
“Eh, cikgu cakap macam
tu?” Amir Adwa tersenyum sendiri bila terasa diri di ‘sekolah’kan oleh anak
sekecil Erina.
“A’ah.” Jawab Erina dengan
muka serius.
“Bijak, jom Pak su belanja lolipop besar. Tapi jangan kasi tau papa okay?”Amir Adwa berkata sambil mengukir senyuman.
"Okay," Erina mengangkat ibu jarinya mengisyaratkan 'OK'.
"Macamlah abang tak dengar Am," laung Ammar Adwan dari jauh sambil di sambut gelak tawa Erina dan Amir Adwa. Konon nak rahsia, tapi dia yang cakap macam guna mikrofon tu apa kes pula?
Ammar Adwan hanya menggeleng perlahan dengan gelagat adik lelakinya itu.
"Okay," Erina mengangkat ibu jarinya mengisyaratkan 'OK'.
"Macamlah abang tak dengar Am," laung Ammar Adwan dari jauh sambil di sambut gelak tawa Erina dan Amir Adwa. Konon nak rahsia, tapi dia yang cakap macam guna mikrofon tu apa kes pula?
Ammar Adwan hanya menggeleng perlahan dengan gelagat adik lelakinya itu.
“Terima kasih sebab
benarkan saya luangkan masa dengan Erina hari ni. Hilang sikit rindu saya pada
dia.” Tutur Dayang Safiya sebaik kelibat Amir Adwa dan Erina hilang daripada
pandangan. Dia mengambil tempat bersebelahan Ammar Adwan.
“Ayang, apa yang saya nak
perkatakan ni, mungkin kejam untuk awak, tapi saya tak nak awak jumpa Erina
lagi.” luah Ammar Adwan.
“Wan, apa yang awak cakap
ni?” soal wanita itu. Terkejut dengan ayat yang dituturkan lelaki di sebelahnya
ini.
“You hear me, Dayang
Safiya.”balas Ammar Adwan.
Wanita bernama Dayang Safiya
itu tergamam.
“Keselamatan Erina,
keutamaan saya.” tanpa nada Ammar Adwan berkata.
“Wan, dah 6 tahun Kak Ruby
pergi. Sepanjang tempoh tu, Allah saja yang apa yang saya rasa.”luah Dayang
Safiya.
“Dia satu-satunya kakak
yang saya ada. Kami rapat sejak kecil lagi malah kami ada banyak persamaan.
Tapi tak sangka pula kami akan suka pada sorang lelaki yang sama.” Dayang
Safiya menarik nafas panjang.
“Kerana saya yang berhati
busuk ni, Kak Ruby hidup terseksa. Kerana saya, rumah tangga Kak Ruby dan Abang
Adli runtuh.” Dayang Safiya berkata dengan mata yang mulai berkaca.
“Kerana saya, semua benda
jadi rumit. Dan...”
“Dan, Erina kehilangan
kasih sayang daripada ibubapa dia.”mutiara jernih yang jatuh satu persatu ke
pipinya di seka dengan belakang tangan.
“Kerana saya, awak turut
menjadi mangsa Wan,” wajah Ammar Adwan di pandang dengan rasa bersalah.
“Kalau bukan kerana saya,
Kak Ruby dengan Abang Adli takkan bertengkar, Abang Adli pun tentu takkan
pergi. Kalau bukan kerana saya, Kak Ruby takkan hidup dalam tekanan, dan
mungkin saat ini, Erina masih punya seorang ibu. Awak pula, awak tentunya tak
perlu korbankan kebebasan dan kebahagiaan awak untuk jadi papa Erina kan?”
"Saya tak pernah rasa terpaksa menjaga dan menyayangi Erina selama ni." Jawab Ammar Adwan.
"Saya tak pernah rasa terpaksa menjaga dan menyayangi Erina selama ni." Jawab Ammar Adwan.
“Salah saya teramat besar
untuk di maafkan,” kata Dayang Safiya sambil menyeka air mata yang makin galak
mengalir keluar.
Ammar Adwan hanya diam
membisu. Buat beberapa ketika hanya sepi membalut keadaan. Dia hanya membiarkan
Dayang Safiya mengambil masa untuk bertenang sendiri. Mana mungkin dia memujuk
gadis itu yang jelas sedang terbeban dengan rasa bersalah padahal hatinya
sendiri masih terluka dalam dengan apa yang sudah berlaku.
“Wan, Erina adalah
satu-satunya kenangan arwah. Erina sajalah satu-satunya pengubat rindu saya
pada arwah. Saya harap sangat, awak boleh tolerate,” pinta Dayang Safiya.
Ammar Adwan tertawa kecil.
Sinis.
“Baguslah kalau betul awak
rasa bersalah atas apa yang terjadi. Itu bermakna, awak masih manusia. Manusia
yang masih punya hati perut.” Tutur Ammar Adwan.
Dayang Safiya senyap
menundukkan wajahnya. Kata-kata Ammar Adwan tadi terasa merobek hati
perempuannya. Tetapi apalah sangat rasa sakitnya itu jika di bandingkan dengan
apa yang di rasai arwah kakaknya dulu?
“Tapi, semua tu tak dapat
ubah apa yang terjadi. Dah terlambat kalau awak nak menyesal sekali pun. Kak
Ruby dah tak ada. Abang Adli pula, entah kat mana.” Ammar Adwan menala pandang
ke hadapan. Sedikit pun dia tidak menoleh ke sisi, mencari seraut wajah adik
kepada kakak iparnya, Dayang Rubiya.
“Saya tahu semua ni dah
terlambat Wan. Tapi, saya sayangkan Erina. Mak saya...”
“Apa? Awak nak kata yang
mak awak pun sayangkan Erina?” Ammar Adwan mula panas hati bila perihal ibu
arwah kakak iparnya itu di sebut tadi.
“Kenapa selepas 6 tahun,
baru sekarang nak cari Erina? Baru sekang nak terhegeh-hegeh kata sayangkan
dia?!” soal Ammar Adwan, dengan suara yang sedikit tertahan. Mengenangkan
mereka sekarang di tempat awam, dia berusaha juga menyabarkan hatinya daripada
menengking wanita di hadapannya ini.
“Wan, Erina perempuan.
Sepatutnya, waris dari pihak ibu yang dapat hak penjagaan Erina. Awak lelaki,
awak takkan dapat menguruskan Erina sebaiknya. Tambahan pula, awak masih
bujang.” Dayang Safiya meluahkan bicaranya. Dia risau mengenangkan agenda
ibunya untuk merampas Erina daripada jagaan Ammar Adwan sekeluarga.
Sekali lagi Ammar Adwan
tertawa sinis.
“Kenapa selepas 6 tahun,
baru masalah ni di bangkitkan?” soal Ammar Adwan.
“Wan, saya...”
“Dayang Safiya, sepanjang
Kak Ruby mengandung, sekali pun awak mahupun mak awak tak pernah bertanya
khabar kan? Bila Kak Ruby kena admitted ke wad pun, batang hidung korang tak
nampak langsung. Semua ni sebab awak. Sebab awak, mak awak buang Kak Ruby,”
Dayang Safiya tunduk
menahan sendu. Ya, memang dia salah. Semua yang di katakan Ammar Adwan itu
benar belaka sehingga dia tidak tahu mahu menjawab apa.
“Sampai hari pengebumian
Kak Ruby pun, tak ada seorang ahli keluarga dia iringi jenazah ke kubur...”
Ammar Adwan berjeda seketika. Dia menarik nafas panjang, menstabilkan
perasaannya kembali. Wajah tenang cuba di pamerkan walhal matanya sudah memerah
menahan rasa sedih berbaur kecewa dan marah.
“Sejak Erina lahir, saya
berjanji saya akan besarkan dia macam anak kandung saya sendiri. Ibu saya
dengan Am yang banyak membantu selama ni. Kami sayangkan Erina lebih daripada
segalanya.” Ammar Adwan meluahkan rasa hatinya.
“Saya tahu Wan. Tapi saya
juga sayangkan Erina. Kami juga ada hak untuk berjumpa dengan dia. Erina anak
kakak kandung saya Wan, awak jangan lupa tu.” Dayang Safiya membalas kata Ammar
Adwan.
“Kakak awak? Mungkin saya
terlupa yang Kak Ruby, masih ada keluarga selama ni,” sinis ayat yang di ungkapkan Ammar
Adwan.
“Wan,” Dayang Safiya makin
terluka dengan tajamnya kata-kata seorang Ammar Adwan.
“Awak boleh buat seperti
tak ada apa-apa yang berlaku ketika kami khabarkan pemergian Kak Ruby serta
kehadiran Erina Casandra 6 tahun lepas, jadi kenapa tidak awak buat macam tu
untuk selamanya?” tungkas Ammar Adwan.
“Wan, saya...”
“Erina bahagia sekarang
ni. Di bawah jagaan saya, Am dan ibu kami. Dia tak perlukan awak, mahupun mak
awak.”Ammar Adwan menghela nafas.
“Wan, awak tak boleh buat
macam ni...awak tak boleh pisahkan kami,” Dayang Safiya segera mencapai lengan
Ammar Adwan yang sudah bangkit untuk beredar.
“Kenapa pulak tak boleh?”
soal Ammar Adwan.
“Saya...” dengan mata
berkaca, Dayang Safiya membalas pandangan Ammar Adwan.
“Erina dah anggap saya
seperti ibu dia...awak tak boleh pisahkan kami Wan, saya tak nak Erina sedih...
saya,”
“Stop it Ayang. Erina tak
perlukan orang seperti awak untuk jadi ibu dia,” tegas nada Ammar Adwan sambil
dia merungkai pegangan Dayang Safiya di lengannya. Segera langkahnya di bawa
pergi daripada situ.
“Mak saya kan fight
perkara ni dekat mahkamah Wan.”
Suara Dayang Safiya di
belakang membuatkan Ammar Adwan mati langkah.
“Saya terdengar perbincangan
mak saya dengan lawyer dia tempoh hari. Mereka nak gunakan alasan yang awak
masih bujang dan tidak mampu memberikan Erina sebuah penjagaan yang sempurna.
Selain tu, mungkin ada beberapa hal lagi yang akan di bawa ke tengah. Saya
risau Wan. Saya risau sebab saya cukup kenal mak saya. Dia akan buat apa saja
untuk dapat apa yang dia nak.”kata-kata Dayang Safiya membuatkan darah Ammar
Adwan menggelegak panas.
“Saya tak mahu emosi Erina
terganggu gara-gara kes ini. Saya nampak kegembiraan Erina di samping awak dan
keluarga awak Wan. Tapi, jujur saya risaukan keengganan awak membenarkan Erina
berjumpa dengan mak saya ni,
berkemungkinan besar akan buat awak
kehilangan kuasa dan hak penjagaan dia Wan.”luah Dayang Safiya.
“Silakan. Silakan bawa ke
mahkamah. Saya tak takut.” Ucap Ammar Adwan. Yakin, kerana jika itu yang di
bangkitkan oleh wanita tua itu nanti, dia sudah ada sesuatu yang kuat untuk
melawan kembali.
“Apa pun terjadi, saya
takkan serahkan Erina.” Sejurus selesai berkata-kata, Ammar Adwan terus berlalu
pergi.
Dia perlu bergegas semula
ke pejabat kerana masih ada hal yang perlu di awasinya di sana. Hatinya jadi
tak tenang sejak awal pagi tadi lagi. Bos baru Nasha Athierah itu perlu di
perhatikan gerak gerinya.
Hati mungkin sudah mampu memaafkan, namun untuk melupakan, ianya memakan masa bertahun.
___________________________________
Hi:)
1. Abang Ad kita bukan duda ye;)
1. Abang Ad kita bukan duda ye;)
2. Ayang = Dayang Safiya. Nama mesra dia Ayang.
3. Siapa pula ketua baru Sha yang buat Abang Ad tak senang duduk ni? nanti kita cerita lain kali ye.
4. Pada yang singgah baca, terima kasih.
5. Pada yang singgah baca dan tinggalkan komen, Thanks alot, anda kekuatan saya untuk terus menulis.
6. Pada yang rasa tak puas hati / dan rasa cerita ni boring, maaf, saya tak mungkin dapat puaskan hati semua orang.
6. Pada yang rasa tak puas hati / dan rasa cerita ni boring, maaf, saya tak mungkin dapat puaskan hati semua orang.
9 comments:
Haihhh.. Tetiba rasa lega sbb ad xkawen lg. Ekekekekekee..
Oh.. Means papa kandung erina masih hidup?? Baiknyaa ad nni.. Tp cmne lak erina tu leh pggl ayang tu mama plak?
Harap sgt kalo abg ad blk pon.. Xakan pilih dayang tu utk kawen. Xsukanya pompuan perangai cmtu
Hee:P
Yupp, papa kandung Erina masih hidup somewhere kat muka bumi ni.
Kita tunggu sama2 macammane akhirnya ye:)
best2... kesian Erina jadi mangsa percaturan cinta makciknya... harap2 adwan tabah menghadapi tuntutan mahkamah nanti.
nak new n3... xsabar
mintak mintak erina dapat terima nasha jadi mom die.
ammar jelous dengan pekerja lelaki yg baru masuk tu.
sweet. tuggu next n3.
wah.. cpt2 sambung next n3.. cerita yg best
menarik dengan banyak persoalan nie???
best!!!!!!!!!
followwwwwwwwwwwwwwwwww
otak sudah aktif mmbuat konklusi plot cerita sendiri.
haha..part nk survey ketua baru Sya tu comel.. Sya tu Erina versi besar mungkin? ^^
kanda, cepat sambung!
semakin banyak persoalan..... semakin rasa ingin mengetahuinya.... moga tak lama nak menunggunya....
Post a Comment