Love 11
Nasha Athierah melangkah
laju menuju ke arah bilik ketuanya. Pintu di ketuk 3 kali sebelum dia melangkah
memasuki ruangan pejabat tersebut.
“Encik Adney cari saya?”
soal Nasha Athierah kalut. Spek matanya yang sedikit melorot jatuh di betulkan
semula duduk letaknya pada batang hidung.
“Ya. Sha, awak boleh
tolong saya cari latest financial report tak? Rasanya tadi saya dah masuk bilik
rekod tapi...”
“Bo..boleh Encik Adney.
Boleh,” Nasha Athierah menjawab laju. Dia masih menunduk.
“Boleh? Betul ni?” Megat
Adney tersenyum lega apabila gadis di hadapannya itu mengangguk perlahan.
“So, kita pergi cari
sekaranglah ye?” Megat Adney bangkit dari kerusinya lalu bergerak menghampiri Nasha
Athierah.
“Jom,” Megat Adney bergerak
keluar sambil di ekori Nasha Athierah.
Megat Adney bersandar pada
sisi meja yang di sedikan di sudut hadapan berhampiran pintu masuk bilik rekod.
“Err, apa kata Encik Adney
tunggu dekat office je. Nanti saya masuk hantar. Kat sini sempit, banyak
habuk...mesti encik tak selesa kan?” usul Nasha Athierah dengan suara yang
seakan tenggelam timbul.
“Oh, tak apa. Saya okay
je. Lagipun, saya rasa banyak juga fail yang awak kena bawa nanti. Takkan saya
nak biarkan awak terhuyung hayang bawa semua fail-fail berat ni sendiri kan? Tak
gentlement lah.” Megat Adney senyum manis.
Nasha Athierah balas
senyuman Megat Adney dengan rasa kekok.
‘Ish, kenapa pula dengan Encik
Adney ni? Macam semacam je?’ Nasha Athierah bergerak menuju ke rak. Tangan sudah
bergerak meneliti fail-fail dokumen.
Sekilas, dia menoleh ke
belakang. Megat Adney masih tegak berdiri di tempat tadi. Megat Adney melemparkan
sebuah lagi senyuman pada Nasha Athierah.
‘Isy, susahlah aku kalau
ramai peminat macam ni...’ Nasha Athierah mengomel dalam hati. Encik Ammar
Adwan tu pun dah tak terlayan rasanya, takkanlah sekarang Encik Adney pun sama
juga?
‘Ish, tak sangka pula aku
ni boleh ada ramai peminat macam ni...’ Nasha Athierah sudah sengih sendiri.
“Sha, dah jumpa?” soal Megat
Adney apabila di lihatnya Nasha Athierah membeku di hujung sana rak sambil
membelek sebuah dokumen.
“Sha,” sekali lagi dia
memanggil namun gadis itu masih tidak menyahut.
“Nasha Athierah?” Megat
Adney merapat.
“Ye Encik Ammar!” terus
terlepas fail yang di pegang Nasha Athierah. Entah macam-mana nama big bossnya
pula yang meluncur di mulutnya.
“Encik Ammar?” Megat Adney
tunduk untuk mencapai fail tebal yang sudah mendarat ke lantai.
“Err, sorry Encik Adney..saya,”Nasha
Athierah yang kalut juga segera tunduk untuk mengambil fail yang sama.
“Aucchh!” masing-masing
mengaduh sakit bila kepala mereka berlaga kuat.
“Eh, sorry Encik Adney,” Nasha
Athierah sempat memohon maaf sambil sebelah tangannya naik mengusap dahi
sendiri.
“Eh, tak. Salah saya. Awak
okay Sha?” soal Megat Adney prihatin.
“Okay. Saya okay.” Jawab Nasha
Athierah. Takkan nak menangis golek-golek dekat sini pulakan?
“Nah. Ini satu, rasanya
ada beberapa lagi. Kejap saya cari lagi,” Nasha Athierah segera melangkah ke
rak semula.
“Erm. Okay,” Megat Adney pula
berlalu ke meja diberhampiran pintu masuk tadi. helaian fail di semak.
Sambil itu, sesekali
matanya singah mencari kelibat Nasha Athierah di sebalik rak. Melihatkan gelagat
Nasha Athierah yang sibuk sok sek sok sek menggumam entah apa di hujung sana
membuatkan senyuman terukir di bibir Megat Adney.
‘Menarik dia ni.’ hatinya
merumuskan dalam diam. Teringat insiden petang semalam. Insiden yang membuatkan
wajah kalut Nasha Athierah seakan terakam kukuh di ingatannya.
Mengenangkan semua itu, Megat
Adney tersenyum lagi sambil kembali memandang laporan yang di pegangnya.
Ammar Adwan resah sendiri
di dalam ruangan pejabatnya. Banyak perkara yang menganggu fikirannya
kebelakangan ini.
Hal berkenaan hak
penjagaan Erina pula seakan makin meruncing apabila mak arwah kakak iparnya itu
bertindak lebih drastik kini. Walaupun dia punya wasiat bertulis daripada arwah
Dayang Rubiya yang mahukan dia menjadi penjaga Erina, wanita tua itu tetap
mengasak dia dengan alasan dia yang masih berstatus bujang dan tidak layak
untuk menjaga Erina yang bakal membesar.
Kusut. Kusut otak dia
memikirkan sebab mengapa wanita tua itu benar-benar mahukan Erina sedangkan
selama ini, dia tak pernah pula nak ambil kisah apa-apa berkenaan Erina.
Mungkinkah ada agenda
rahsia yang untuk menghancurkan masa depan Erina? Kata-kata Dayang Safiya ketika
mereka bertembung di pintu keluar mahkamah minggu lepas kembali
terngiang-ngiang di pendengarannya.
“No matter what, aku akan
buat perempuan tua tu habis modal nak sua pada mahkamah lagi. Mungkin aku patut
setuju dengan kata-kata ibu.”Ammar Adwan sebak rambutnya.
“Dayang Safiya.” Bibir menggumam
nama itu sebelum dia mengeluh berat.
“Nasha Athierah.” Nama Nasha
Athierah pula meniti di bibirnya.
Mengenangkan si pemilik
nama itu, terus sahaja kakinya melangkah menuju ke pintu pejabat.
‘Siapa tahu, stress boleh
berkurang bila nampak senyuman dia.’ Ammar Adwan mengukir senyum sambil kaki
mula mengatur langkah menuju ke meja kerja Nasha Athierah.
Langkahnya mati di depan
meja Nasha Athierah yang kosong.
“Mana...” Ammar Adwan memandang
staff dia yang duduk di sebelah Nasha Athierah.
“Dia dengan Encik Adney tadi.
Rasanya pergi ke bilik rekod.”pantas staff lelaki itu menjawab.
Ammar Adwan mengangguk
sambil mengeluh lemah. Bilik rekod?
Segera pandangannya di
halakan ke hujung sana pejabat, ke arah bilik di bahagian kanan. Bilik rekod.
Kaki di atur menuju ke
sana.
Pintu bilik rekod di kuak
perlahan.
“Erm?” Ammar Adwan sedikit
terkejut.
“Kosong?” gumam Ammar
Adwan sambil matanya di sorotkan ke segenap bilik tersebut. Memang mereka tak
ada di sini.
“Aku tak faham betul
dengan si budak Sha tu. Gedik nak mampus kot.” Suara di luar sana pintu
membuatkan Ammar Adwan tak jadi mahu melangkah keluar.
“Berani dia nak
gedik-gedik dengan Encik Adney dekat pantri? Isy, buat maksiat betullah budak
tu. Geram aku. Mentang-mentanglah Encik Adney tu hensem, dia jual minyak pula.”
suara itu sinis. Nadanya seakan dia benar-benar jengkil dengan apa yang telah
terjadi.
“Tulah, dulu dia jual
minyak, tergedik-gedik dengan Encik Ammar. Sekarang ni dah tukar selera pulak
dengan Encik Adney? Hem,” satu suara yang lain pula berkata.
Ammar Adwan mengetap gigi.
Jemarinya di genggam kuat. Tanpa menunggu lama, pintu bilik rekod di kuak
kasar.
“Banyak sangat masa lapang
ke?” soal Ammar Adwan pada dua orang staff perempuannya yang berdiri tak jauh daripada bilik rekod
itu.
“Err, Encik Ammar...”
keduanya sudah pucat muka.
“Pergi sambung kerja!”
arah Ammar Adwan sambil menghempas kasar pintu bilik rekod. Langkahnya deras
menuju ke pantri yang terletak di hujung aras.
“Bos?” Megat Adney segera
bangkit apabila kelibat Ammar Adwan muncul di ruangan rehat itu. Wajah tegang
majikannya itu membuatkan Megat Adney gelisah. Apa yang tak kena ni?
Nasha Athierah pula dah
kaku di depan Megat Adney. Alamak, kenapalah Encik bos boleh muncul time-time
macam ni? Aiyoyo, nak sorok macam mana ni?
“Kalau nak dating, buat
luar masa pejabat. Saya takkan halang.” Ammar Adwan mencapai botol mineral dari
dalam peti sejuk mini.
“Bos, bos dah salah faham
ni. Saya,”Megat Adney tersentak mendengar kata-kata Ammar Adwan.
“Adney, saya harap saya
tak buat pilihan yang salah untuk terima awak di dalam syarikat ni.” kata Ammar
Adwan. Sekilas Nasha Athierah di kerling dengan hujung matanya. Gadis itu masih
menunduk sambil duduk membelakanginya.
“Bos dah salah faham. Saya
dengan Sha bukan dating, tapi tu.” Megat Adney mengangkat jari menunding ke
arah peti first aid.
Mata Ammar Adwan serta
merta terbuntang luas. First aid? Siapa yang cedera?
Segera matanya naik
meneliti Megat Adney. Lelaki itu kelihatannya baik-baik saja.
“Bukan saya, tapi Sha.” Beritahu
Megat Adney.
“Nasha Athierah binti
Ahmad Nasir?!” dek kerana terkejut dengan perkhabaran yang di katakan Megat
Adney, terus sahaja tangannya naik menyentuh bahu Nasha Athierah. Tubuh gadis
itu di tarik untuk berpaling menghadapnya.
“Mana yang cedera ni?”
soal Ammar Adwan kalut. Bukan ke gadis ni fobia dengan darah?
“Bos...”Nasha Athierah masih
menunduk. Aiyoyo, janganlah buat nada risau macam tu...saya terharu nanti, tak
pasal-pasal pantri ni banjir.
“Dahi dia luka kena fail
tadi.” takut-takut Megat Adney bercerita. Tapi hati mula berlagu aneh dengan
tingkah Ammar Adwan yang kalut semacam.
“Macam mana awak buat
kerja ni Atie?” soal Ammar Adwan sambil meneliti kesan luka yang masih
mengalirkan darah. Walaupun taklah banyak mana darah yang keluar, namun hatinya
tetap risau.
“Maaf,” Nasha Athierah dah
mula sebak.
“Ni mesti berangan yang
bukan-bukan kan?” tebak Ammar Adwan sambil menyentuh kawasan yang sudah sedikit
kebiruan itu.
Nasha Athierah menarik
muncung. “Mana adalah! Tadi saya nak capai fail kat rak paling atas, tapi entah
macam mana ada pula fail lain yang jatuh baiikkkk punya atas dahi saya ni.” Nasha
Athierah menjelaskan.
“Jom, saya bawak awak
pergi klinik. Hari ni ambil half day. Esok MC. Lusa pergi check doktor semula.
Tulat baru masuk kerja semula.” Ammar Adwan mengeluarkan arahan mandatori.
“Hah?!” Nasha Athierah hampir
jatuh tergolek dari kerusi mendengar arahan Ammar Adwan. Megat Adney pula
melopong tak percaya.
“Apa hah-hah? Dah cepat,” Ammar
Adwan menggesa Nasha Athierah untuk segera bangkit mengikuti dia ke klinik.
“Cepat apa?” soal Nasha
Athierah takut-takut. Megat Adney di sisinya sempat di kerling. Terus senyap
pula ketuanya itu.
“Cepat saya bawa awak
jumpa doktorlah. Karang tak pasal-pasal pula awak pengsan tengah office ni,” Ammar
Adwan bersuara tegas.
“Eh, bos...sikit je ni. Tak
perlulah jumpa doktor. Tak payahlah nak MC semua tu, lepas tampal plaster luka
dah okay ni.” beritahu Nasha Athierah. Tangannya
sudah bergerak mencapai plaster luka dari kotak first aid.
“No. Sekarang siapa bos?”
soal Ammar Adwan yang membuatkan Nasha Athierah terkulat-kulat bangkit berdiri.
“Yelah...” kaki di seret untuk
akur mengekori Ammar Adwan.
Selangkah melangkah, Nasha
Athierah segera berpaling semula mencari wajah Ammar Adwan yang berjalan di
belakangnya.
“Tapi bos, saya belum siap
lagi tolong Encik Adney cari fail-fail do...”
“Jangan risau, SAYA
SENDIRI yang akan tolong dia cari nanti.” Ucap Ammar Adwan sambil matanya
mencerun berlaga pandangan dengan Megat Adney.
Erk?
Nasha Athierah terkebil-kebil
melihat wajah tegang Ammar Adwan juga wajah keliru Megat Adney.
- Megat Adney-
______________________________
Hi:)
1. Tak tahu nak cakap apa kali ni.
1. Tak tahu nak cakap apa kali ni.
2. Jumpa next entry.
3. Thanks puji.
3. Thanks puji.
4. Thanks kasi komen menegur.
5. Thanks follow cerita ni. Semalam upload LMMS 10, tadi check total page view LMMS 10 dah cecah 642.
*konon tak tahu nak cakap apa, tapi sampai 6 ni apa? haiihh (_ _||) ampun. Hopefully enjoy reading.
5. Thanks follow cerita ni. Semalam upload LMMS 10, tadi check total page view LMMS 10 dah cecah 642.
*konon tak tahu nak cakap apa, tapi sampai 6 ni apa? haiihh (_ _||) ampun. Hopefully enjoy reading.
6 comments:
Salam,
Hehehehe... comei aje Atie 2.. Am lak... hailaaa... mgelabah xtentu psl lak... apa2 pun best...
Wasalam~
Thanks Cik Mi:)
hahhahaahah...lawak siap la ammar nie
ekekekekeke.. baeknya boss!! dahi lebam pon leh mc.. company ni kat mana? nak apply keja situ laaa... nak bos Ad :P
ad, jelesnya awak..... tergugat ke dgn adney........
sentiasa tertunggu2 entry seterusnya....hihi
Post a Comment