My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

19 May 2012

Love Make Me Smile 12



Love 12
            Buat kesekian kalinya, Ammar Adwan merenung skrin handphonenya. Namun untuk yang kesekian kalinya juga, dia hampa.
            Handphone di capai sambil dia bangkit, berjalan mundar mandir di ruang tamu utama.
            ‘Nak call ke tidak ye?’ skrin handphone di pandang sekilas.
            ‘Isy, malulah pula,’ Ammar Adwan sebak rambutnya kebelakang. Dia berjalan lagi ke kiri dan ke kanan sofa. Dia runsing. Dia risau. Dia resah.
            ‘Tapi kenapa dia tak balas sms aku tadi? Dia okay ke tak?’ penat berjalan mundar-mandir, Ammar Adwan melabuhkan duduk di sofa empuk semula. Handphone di campakkan ke sisi sambil dia bersandar lemah ke dada sofa.
            Sebuah keluhan berat di luahkan sambil dia memejam rapat mata.
            Amir Adwa yang sedari tadi menjadi pemerhati tersenyum segaris melihat gelagat abangnya. Perlahan-lahan dia mengatur langkah merapati si abang di ruang tamu.
            “Hey, ni dah kenapa macam kucing nak beranak je gayanya?” Amir Adwa mengambil tempat di sebelah Ammar Adwan.
            “Kau Am.” Ammar Adwan mengambil handphonenya lalu di letakkan ke meja kopi di depan.
            “Kenapa dia tak reply sms ye?” gumam Ammar Adwan perlahan, menyatakan rasa resahnya.
            Walaupun perlahan, telinga Amir Adwa masih dapat menangkap butir bicara abangnya dengan jelas.
            “Dia tak perasan kot. Kalau urgent, kenapa tak call je? Isy, takkanlah tu pun Am nak kena kasi tahu?” Amir Adwa tertawa kecil melihatkan gelagat abangnya.
            “Call je?” Ammar Adwan bertanya ragu-ragu. Alamak, malulah nak call anak dara orang malam-malam macam ni...
            Amir Adwa mengangguk sambil mencapai controller televisyen.
            “Call,” Ammar Adwan merenung lama handphonenya di atas meja kopi.
            ‘Kalau tak call, naya je tak lena tidur aku malam ni.’ Ammar Adwan berkira-kira sendiri. Akhirnya, handphonenya di capai sebelum contact list dibuka.
            “Malu, tapi mahu.” Usik Amir Adwa sambil memperlahankan volume televisyen.
            Ammar Adwan buat-buat tak dengar saja apa yang di katakan Amir Adwa tadi.
            “Alahai, call pun dia tak angkat ni...” Ammar Adwan bangkit sebelum berjalan mundar mandir semula.
            Sekali nombor yang sama di dail.
            “Dia tak okay ke?” Ammar Adwan bertanya perlahan. lebih kepada menyoal dirinya sendiri.
            “Dia?” Amir Adwa pelik dengan tingkah abangnya yang di rasakan pelik semacam sahaja.
            “Staff abang. Siang tadi dahi dia cedera kena fail yang jatuh dari rak.”beritahu Ammar Adwan. Sebelum budak sorang ni buat spekulasi yang bukan-bukan, baik aku buat penjelasan yang sebenar.
            “Macammana keadaan dia?”soal Amir Adwa. Parah sangat ke sampai muka abang aku yang sorang ni berkerut seribu, risau yang amat nampaknya!
            “Ada luka dan lebam. Tadi dah check doktor. Abang bukan apa, risau kalau ada side effect lain ke kan.” Ammar Adwan masih berjalan mundar mandir. Sesekali anak rambutnya di sebak kebelakang.
            “Abang Wan, pleaselah duduk dulu. Pening kepala Am macam ni.” Amir Adwa menarik lengan abangnya untuk duduk.
            “Tengok gaya abang ni, mati-mati Am ingat dia parah sampai tahap kena tahan dalam wad, rupanya luka dan lebam je?” soal Amir Adwa sambil menggeleng lemah. Apa kenalah dengan abang aku ni? Isy!
            “Kau tak faham Am, abang...”
            “Lelaki ke perempuan ni?” soal Amir Adwa. Entah macam mana dia rasa ada yang tak kena dengan abangnya malam ni.
            Ammar Adwan tidak ambil peduli. Dia masih sibuk menekan skrin handphonenya.
            “Mesti perempuan ni...” Amir Adwa sudah bersila di atas sofa sambil menghadap abangnya.
            “Kan? Betul kan?” soalnya lagi sambil tersengih pada Ammar Adwan yang sedang buat muka tenang.
            “Perempuan hari tu ke?” soal Amir Adwa.
            “Perempuan mana pula ni?” Ammar Adwan pura-pura tak faham.
            “Alah, berapa ramai pula bakal kakak ipar Am kan? Mestilah kakak pakai spek hari tulah.”Amir Adwa ketawa lepas melihat wajah abangnya yang jelas tengah menahan rasa geram.
            “Betulkan? Bakal kakak ipar Am yang cedera tu kan?” soal Amir Adwa.
            “Hisy, bisinglah kau ni Am. Erina dah tidur kat atas tu.” Ammar Adwan memberi alasan. Mukanya terasa berbahang apabila Amir Adwa sesuka hati saja menggunakan gelaran kakak ipar pada si dia.
            “Eleh, tak yah sembunyi-sembunyi dari Am lah bang,” Amir Adwa mengusik lagi.
            “Hah, sibuklah kau ni!” Ammar Adwan menolak jauh kepala Amir Adwa yang semakin menghampir kepadanya.
            “Meriah nampak dua beradik ni?” Puan Wahidah tiba dengan dua mug minuman. Dia mengambil tempat di sofa tunggal sambil memerhatikan Ammar Adwan yang masih sibuk dengan handphone malam-malam begini.
            “Kenapa Wan? Gelisah semacam je muka kamu ni?” soal Puan Wahidah.
            “Dia tengah gundah gulana, risaukan bini dia nak bersalin tu bu.” Seloroh Amir Adwa.
            “Ha?!” Puan Wahidah terkejut dengan kata-kata Amir Adwa. Apa yang si adik ni maksudkan?
            Ammar Adwan pula sudah spontan menyenggol lengan Amir Adwa.
            Hahahaha. Amir Adwa ketawa lagi.
            “Bu, Abang Wan ni kalut jelah. Dahi kakak ipar luka dengan lebam je pun, dia punyalah kalut ke hulu ke hilir dari tadi, risau sebab kakak ipar tak reply sms dia, tak angkat call dia.” Amir Adwa pecah tembelang.
            “Kakak ipar?” Puan Wahidah tersenyum memandang Amir Adwa sebelum pada Ammar Adwan pula.
            “Nasha Athierah tu ke?” soal Puan Wahidah.
            “Wow, ibu dah tahu nama bakal menantu, tapi kenapa tak kasi tahu dekat Am pun?” Amir Adwa makin ligat mengusik.
            Puan Wahidah hanya tertawa kecil mendengar bicara si bongsu Amir Adwa. Anak bongsunya ini memang gemar mengusik. Paling nakal pun dia juga. Tak sangka pula bila dah besar, dia menjadi seorang pegawai  di usia yang baru mencecah pertengahan 20-an.
            “Macam mana boleh jadi tu Wan? Dia okay tak?” soal Puan Wahidah.
            Ammar Adwan menghela nafasnya.
            “Dia nak capai fail dekat rak, tapi fail tu jatuh. Kena dahi dia. Lebam, luka.” Jawab Ammar Adwan.
            Puan Wahidah mengangguk perlahan. Sekilas wajah Amir Adwa yang sedang tersengih di pandang.
            “Bahaya juga tu. Mana tahu ada beri kesan pada otak ke apa. Kepala ni bukan boleh buat main...” ucap Puan Wahidah prihatin.
            “Erm, itu yang buat Wan risau ni.” Sekali lagi nama Nasha Athierah pada contact list di tekan. Namun tetap tak berangkat.
            “Alah, rileks lah bang. Maybe sekarang ni dia tengah berehat kut? Isy, abang ni gelabah sangat. Macammanalah nak handle situasi kakak ipar nak bersalin nanti. Mmm, mesti haru.” Amir Adwa tekup mulutnya menahan tawa melihat jelingan tajam Ammar Adwan padanya.
            Puan Wahidah pula sekadar tersenyum mendengar.

            Ammar Adwan  bersandar pada sisi badan keretanya, menghadap perkarangan rumah sewa yang di jejaki dengan bantuan alamat yang tercatat dalam profile pekerja.
            ‘Nasha Athierah binti Ahmad Nasir, you totally drove me crazy.’ Hati mengumam sendiri. Bibir pula mengukir senyum lebar sebaik kelibat yang di nantikannya muncul di sebalik pintu.
            “Encik Ammar,” Nasha Athierah mengukir senyuman walau hati terdetik rasa pelik dengan kehadiran big bossnya seawal pagi begini.
            Melihatkan gaya lelaki ini, dia pastinya sudah bersedia untuk ke pejabat.
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir, awak tahu apa salah awak?” soal Ammar Adwan dengan muka serius.
            “Ha?” Err. Nasha Athierah kalut sendiri. Rasanya semalam doktor memang ada kasi aku MC kan? Jadi memanglah aku tak perlu datang kerja hari ni.
            ‘Aku buat salah apa ye?’ tangan sudah naik menggaru kepala yang sempat di sarung dengan tudung ber-awning tadi.
            “Kenapa tak reply sms saya?” soal Ammar Adwan.
            “Oh, sorry Encik Ammar, kredit expired. Tak perasan.” Jawab Nasha Athierah jujur.
            “Fine, so kenapa saya call tak angkat?” soal Ammar Adwan.
            “Encik Ammar ada call? Tak perasan pun?” Nasha Athierah garu kepala lagi. Ataupun...
            “Aaa, sorry Encik Ammar, saya lupa tukar mode silent...” jawab Nasha Athierah takut-takut.
            “LUPA?!” suara Ammar Adwan sudah naik seoktaf. Aku punyalah tak boleh lelap semalaman sebab dia tak angkat call, tak reply sms...
            “Ssshhhh, Encik Ammar..jangan jerit macam tu, nanti ganggu jiran-jiran...” Nasha Athierah teragak-agak menegur.
            Ammar Adwan menghela nafas. Cuba bertenang.
            “Awak okay? Ada rasa sakit?” soal Ammar Adwan seketika kemudian.
            “Encik Ammar, datang sini pagi-pagi ni sebab risaukan saya?” soal Nasha Athierah dengan muka terharu.
            “Erm.” Ammar Adwan membuang pandang ke tempat lain. Nampak sangat ke?
            “Tak, sebenarnya, ya. Eh, tak. Maksud saya...” Ammar Adwan jadi tak tentu arah. Alamak, aku nak cakap apa ni?
            “Okay, saya dah okay. Sikit je ni. Kalau masuk kerja hari ni pun tak pe..”Nasha Athierah tunduk bermain dengan jari sendiri. Terharunya...
            “NO! Awak duduk rumah je. Rehat.” Sekali lagi suara Ammar Adwan sedikit nyaring meninggi.
            “SSshhhh...” sekali lagi Nasha Athierah meletakkan jarinya ke bibir.
            “Oh, sorry.” Ammar Adwan berdehem beberapa kali. Isy, emosional sangat ni kenapa Ad...
            ‘Comellah Encik Ammar ni. Pertama kali nampak dia gelabah semacam.’ Nasha Athierah tersenyum sendiri. Namun...
            ‘Comel, tapi dah jadi bapak orang. Anak dia pun dah besar kut. Wuwu. Melepaslah aku.’ hati mengomel sendiri. Nasha Athierah menghela nafas. Tak baik kacau suami orang.
            ‘Kumbang bukan seekor Sha,’ hatinya mengingatkan. Serta merta dia cuba mengukir senyum.
            “Erm, saya gerak dulu. If anything, just let me know ye. Kalau ada rasa sakit ke...please, inform saya.” pesan Ammar Adwan.
            “Okay boss!” Nasha Athierah buat tabik hormat sambil tersenyum manis.
            Ammar Adwan hampir terhambur ketawa dengan gelagat Nasha Athierah. Namun senyuman manis yang menghiasi wajah yang di risaukannya sampai tak lena tidur semalam buat hatinya lega. Sejuk.
            “Assalamualaikum.” Ucap Ammar Adwan.
            “Wa’alaikumsalam,” Nasha Athierah menjawab sambil melambai pada Ammar Adwan.
            Ammar Adwan memecut keretanya menuju ke pejabat. Mata yang terasa letih tadi, kini bertukar segar. Hati yang sejak semalam panas dek rasa gundah gulana, kini sudah sejuk dan lega.
           


           
_________________
Hi:)
1. Ad yang nampak cool tu sebenarnya naif dengan benda yang namanya cinta. *hint untuk LMMS 13*
2. Sha buat mind set- Encik Ammar Adwan suami orang. Tak boleh simpan perasaan pada suami orang-
3. LMMS 13-bila Ad mulakan langkah menyatakan rasa, Sha pula dah condong pada Megat Adney. Aiyayaya, the conflict will begin...


9 comments:

Nur Alia said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wiii..first reader :D
best laa entry kali nihhh
but for LMMS 13..taknak baca boleh ?
nk baca yg lepas tuhh punya ? HAHA

Lieynaim mohd noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhhh makin menarik nie..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kalut jg ammar ni ye,sayang punya psl, mesti comel kan..kan...ala takkan adney nak potong jln kot, hish....xsuke xsuke

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

AlAaaaaaaaaaa.. Xmo la rapat ngn adney! Sian ad nti.. Dh la jjeniss payah nak sbut cinta bagaiiii.. Kuciwa dia nti! Plsss.. Nasha ni pon tny laa.. @ ad bgtauu je la tu anak buah dia..

Nak lagiiiiii!!

cikpelangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by the author.
cikpelangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hallah,tak mahu lah atie dgn adney.jgn bg die jatuh2 kt adney tu.jatuh chenta dkt encik ammar tu takpe.

** so sweet. =)

HaNa91 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ad, ko pinang terus je la si sha tu.. kill 2 birds with 1 stone apa.. dpt cik adik syg n blh settle kes Erina..

kanda, sila sambung!

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Terima kasih pd yg singgah dan tinggalkan jejak kat sini:)

Tengah nak start taip LMMS 13. Draft dah ade, tinggal merajinkan jari je lagi ni~

Kak Zai said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

so sweet....
senyum meleret baca bab ni..