My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

21 May 2012

Love Make Me Smile 13



Love 13
            Nasha Athierah berjalan menuju ke meja kerjanya. Sedari pintu masuk tadi lagi, semua mata merenung dia dengan bermacam pandangan. Tak kurang juga ada yang berbisik sesama sendiri.
            ‘Apa kena pula dengan office ni? Pelik je perangai diorang ni?’ Nasha Athierah  melabuhkan duduk di tempatnya.
            “Sha?” suara yang memanggil namanya itu membuatkan Nasha Athierah yang terkejut terus bangkit.
            “Encik Adney,” Nasha Athierah senyum pada ketua barunya yang sedang tayang muka terkejut.
            “Bukan ke?” Megat Adney tegak berdiri di hadapan Nasha Athierah. Matanya singgah pada kesan luka yang sudah kering di dahi Nasha Athierah.
            “Saya dah okay. Jangan risau.” Cepat-cepat Nasha Athierah memjawab.
            “Tapi...”
            “Sha, Encik Ammar panggil masuk bilik dia. Sekarang.” Setiausaha Ammar Adwan tercungap-cungap menyampaikan arahan.
            “Kenapa tak telefon sini je?” Nasha Athierah pelik bila setiausaha Ammar Adwan ni boleh pula berlari ke mejanya ini semata-mata nak menyampaikan pesan tersebut? Dunia kan dah canggih, boleh jimat tenaga.
            “Panjang ceritanya. Nanti saya cerita, tapi sekarang awak masuk jumpa Encik Ammar dulu.” Kata gadis itu sambil mengambil nafas.
            “Sha, baik awak cepat. Angin Encik Ammar macam tak berapa okay je lately. Semalam pun...”
            “Semalam saya dah kena,” Megat Adney tertawa kecil. Semalam, hampir semua ketua department kena tengking. Ada saja yang tak kena di mata Ammar Adwan. Tunggang langgang satu office semalam. Semua orang tak berani nak masuk jumpa big boss mereka sehari suntuk. Bila Ammar Adwan keluar dari office dia pun, semua staff dah tunduk menikus. Memang horror!
            “Ha?” Nasha Athierah kembali kalut. Alamak, kenapa pula dia nak jumpa aku ni?
            “Ke..kenapa?” soal Nasha Athierah takut-takut. Tak okay? Pagi semalam aku tengok okay je mood dia masa datang terpacak depan rumah aku tu?
            Takkan dia masih simpan rasa marah sebab aku tak balas sms dan call dia tu? Err, macam tak je. Encik Ammar Adwan kan seorang yang profesional selama ni...
            ‘Maybe dia ada masalah lain kut? Masalah rumahtangga ke...’ Nasha Athierah angguk kepala perlahan.
            “Sha! Cepatlah!” gesa setiausaha Ammar Adwan itu.
            “Apalah awak ni Sha,” Megat Adney ketawa kecil melihat Nasha Athierah yang hampir terlompat bila di sergah oleh setiausaha Ammar Adwan tadi sebelum dia menghilang ke dalam ruangan pejabatnya. Nanti tak pasal-pasal dengan dia sekali pula terseret menghadap Ammar Adwan yang sedang ‘berangin’ semacam tu.
            “Aaa, ye ye. Saya pergilah ni.” ribut Nasha Athierah mengatur langkah menuju ke ruangan bilik pejabat Ammar Adwan.


            Pintu di ketuk 3 kali. Seketika, kedengaran suara Ammar Adwan yang meminta dia masuk.
            “Bos panggil saya?” soal Nasha Athierah takut-takut.
            Ammar Adwan tidak terus menjawab, sebaliknya merenung tajam Nasha Athierah yang masih terpacak berdiri di depannya.
            “Duduk.” Suara tegas Ammar Adwan membuatkan Nasha Athierah menurut tanpa bantahan.
            “Apa awak buat ni Nasha Athierah?” soal Ammar Adwan sebaik gadis di hadapannya itu mengambil tempat.
            “Err, tengah duduk.” Nasha Athierah memandang muka tegang Ammar Adwan. Suaranya juga sudah tersekat-sekat dek kerana rasa gementar.
            Ammar Adwan terus bersandar pada kerusinya. Wajahnya di raut dengan kedua belah tangannya. Sebuah keluhan juga terluah dari ulas bibirnya seketika kemudian.
            Lupa. Lupa dengan kenaifan seorang Nasha Athierah.
            “Atie, saya tanya apa awak buat kat sini hari ni? Kan awak masih dalam MC?” soal Ammar Adwan. Lebih jelas dan spesifik soalannya kali ini.
            Nasha Athierah senyum segaris.
            “Kenapa boss panggil saya Atie?” akhirnya, dia punya peluang untuk bertanya soalan yang satu ini kepada Ammar Adwan.
            “Saya tanya awak apa tadi Atie?” Ammar Adwan masih bertegas dengan soalannya tadi.
            “Saya dah okay bos. Dah sihat wal afiat ni ha. Lagipun, boring duduk rumah tak buat apa,” jelas Nasha Athierah dengan senyuman manisnya.
            “Bos tak jawab lagi kenapa panggil saya Atie tadi,” Nasha Athierah mengulang soalannya tadi.
            “Awak ingkar arahan saya Atie?” duga Ammar Adwan. Semalam kan dia dah pesan panjang lebar pada gadis ini, takkan dah lupa pula?
            “Maaflah bos, tapi saya betul dah okay. Kenapa panggil saya Atie ni?” soal Nasha Athierah. Dari tadi orang tanya dia asyik elak dengan hal lain je.
            Ammar Adwan menghela nafasnya.
            “Kenapa? Tak boleh?” soal Ammar Adwan. Dia tahu, lama kelamaan, Nasha Athierah pasti akan bertanyakan perkara yang satu ini.
            “Err, bukan tak boleh, cuma saya pelik je.” Nasha Athierah menjelaskan.
            “Saja. Lagipun, apa yang peliknya kalau saya panggil awak ‘Atie’?” soal Ammar Adwan.
            Nasha Athierah terkelu nak menjawab. Sebenarnya masalahnya satu saja.
            “Sebab semua kawan-kawan saya panggil saya Sha,” takut-takut Nasha Athierah berkata. Dia bukan apa, cuma bila dah ada yang mengata di belakang berkenaan hal kecil begini, dia jadi tak sedap hati. Sejak kebelakangan ni, makin kerap pula dia terdengar staff-staff lain menggelarkan dia dengan bermacam perkara tidak baik.
            “Saya bukan kawan awak. So, saya tak perlu panggil awak Sha.” Jawapan dari Ammar Adwan menimbulkan kerutan di dahi Nasha Athierah.
            ‘Betul jugak. Dia kan bos aku, bukannya kawan aku.’ Nasha Athierah rasa nak ketuk kepala sendiri.
            Reaksi wajah Nasha Athierah yang kelihatannya sedang mengomel perlahan di pandang dengan senyuman oleh Ammar Adwan.
            ‘Saya bukan kawan awak.’ Ammar Adwan senyum sendiri dengan kenyataan berani mati dia tadi.
            ‘..dan, saya tak nak jadi kawan awak. Saya tak nak jadi sekadar seorang kawan pada awak.’detik hati Ammar Adwan.
            “Tapi,”Deringan telefon di hujung meja kerja Ammar Adwan mematahkan niat Nasha Athierah untuk berbicara lanjut.
            “Ye,”
            “Siapa?” soal Ammar Adwan dengan dahi berkerut. Rasanya dia tak ada buat appointment dengan sesiapa pagi ni.
            “Panggil dia masuk.” Ucap Ammar Adwan. Matanya tak lepas daripada memandang Nasha Athierah. Gagang telefon di letakkan ke tempatnya kembali.
            “Bos ada tetamu? Saya keluar dululah kalau tak ada apa-apa lagi.” Nasha Athierah sudah bangkit.
            “Okay.” Ammar Adwan berkata sepatah.
            “Erm.” Nasha Athierah pula tidak mahu berlengah-lengah lagi. Wajah dan nada suara Ammar Adwan yang secara tiba-tiba bertukar serius membuatkan dia kecut perut. Teringat kata-kata Zana dan ketuanya, Megat Adney berkenaan mood bos mereka yang tidak menentu kebelakangan ini.
            Ketika dia menguak pintu untuk melangkah keluar, Nasha Athierah berselisih bahu dengan seorang wanita muda yang cantik bergaya. Wanita muda itu sempat menghulur segaris senyuman yang cukup cantik padanya.
            “Wan,” sebelum pintu pejabat Ammar Adwan di rapatkan, sempat telinganya menangkap lenggok manja suara si wanita muda tadi kepada Ammar Adwan.
            Dengan langkah yang mula melonglai tak bersemangat, Nasha Athierah kembali ke meja kerjanya.
            ‘Siapa tu? Takkanlah...’
            “..isteri bos kut?” gumam Nasha Athierah perlahan sambil menongkat dagu di hadapan PCnya.
            ‘Cantik,’ Nasha Athierah memuji di dalam hati. Spontan juga matanya turun meneliti keadaan dirinya sendiri.
            ‘Jangan beranganlah Sha nak rebut Encik Ammar Adwan, pergi cermin dulu diri kau tu.’satu suara berbisik padanya.
            Tidak semena-mena matanya terasa panas. Aih? Apa nak sampai leleh bagai ni Sha?
            Segera dia berlari menuju ke arah toilet. Di dalam toilet, lama dia merenung figura wajahnya di dalam cermin.
            “Inhale. Exhale. Kosongkan fikiran. Jangan fikir apa-apa. Bertenang.” Bisik Nasha Athierah perlahan, sekadar dia sendiri yang mendengar. Sejak dari dulu lagi, inilah cara dia untuk bertenang. Masa gabra nak buat presentation depan lecturer, masa kena observed time industry traning dulu, masa putus cinta pun inilah caranya dia stabilkan perasaan yang tengah bercelaru.
            Setelah yakin emosi dan fikirannya yang sudah kembali stabil, Nasha Athierah segera melangkah keluar. Namun, ketika dia melalui pantri, kedengaran namanya di seru seseorang.
            “Sha! Kau tolong aku hantarkan air ni ke office Encik Ammar. Aku nak pergi toilet ni. Tolong ye, thanks!” belum sempat Nasha Athierah menjawab, Zana si setiausaha Ammar Adwan terus menyerbu masuk ke dalam toilet.
            ‘Zana, aku bukan tak nak tolong, tapi...’ pintu pejabat Ammar Adwan di pandang dengan perasaan yang berbaur.
            Mahu tak mahu, Nasha Athierah akur juga. Langkahnya di bawa perlahan menuju ke bilik pejabat Ammar Adwan.
            Pintu di ketuk 3 kali. Sebelah tangannya mencapai tombol sambil dia menyandarkan tubuh pada pintu untuk menolaknya nanti.
            Namun...
            “Aaaaaahhh!”
            Cawan di atas dulang sudah terbang menyembah ke lantai. Pecah berderai.
            “Sorry,” sepatah wanita muda itu berkata sebelum dia terus melangkah pergi.
            “Ayang,” kedengaran suara Ammar Adwan memanggil. Namun wanita muda tersebut terus sahaja berlalu pergi tanpa mempedulikan panggilan Ammar Adwan tadi.
            Ammar Adwan berang. Helaian kertas yang di serahkan Dayang Safiya tadi, di ronyok sebelum di campak kasar ke lantai.
            Nasha Athierah yang masih di lantai tersentap.
            “Damn!” bentak Ammar Adwan kasar. Nasha Athierah yang masih terduduk di lantai tidak di hiraukan. Ammar Adwan melangkah deras keluar dari pejabatnya.
            “Zana!!” lantang suaranya memetir mencari kelibat setiausahanya.
            “Ye Encik Ammar!” Zana terus tegak berdiri.
            “Panggil cleaner, bersihkan office saya. Saya nak keluar, ada urgent. Petang ni saya tak masuk office. Semua appointment saya awak arrange semula hari lain. Kalau ada benda penting, text saya.” sejurus itu, Ammar Adwan terus melangkah pergi dengan muka bengis.
            Satu office sunyi sepi. Hanya derap langkah Ammar Adwan yang kedengaran. Masing-masing  kecut perut. Risau juga insiden semalam berulang kembali hari ini.
            Zana pula bergegas menuju ke bilik pejabat Ammar Adwan.
            Di lihatnya, Nasha Athierah masih tergamam di atas lantai.
            “Encik Ammar marah kau ke Sha?” soal Zana sambil membantu Nasha Athierah bangkit.
            “Za..Zana.” Nasha Athierah memandang wajah Zana.
            “Tak,” gumam Nasha Athierah perlahan. dia tunduk mengutip serpihan kaca yang bersepah di lantai.
            “Eh, tak payah, kejap lagi cleaner datang kemas semua tu.” Zana segera menghalang Nasha Athierah.
            Nasha Athierah akur. Spek matanya yang juga sudah pecah di capai.
            “Dah, jom.” Zana memimpin Nasha Athierah keluar.
            “Aku okay, aku boleh jalan.” Tangan Zana yang memaut bahunya di rungkaikan perlahan.
            Satu persatu langkahnya di atur menuju ke meja kerjanya. Duduk di labuhkan ke kerusi. Spek matanya yang sudah retak seribu di pandang dengan rasa berbaur.
            ‘Hati aku dah pecah macam mana keadaan spek aku ni agaknya,’ detik hati kecilnya.
            “Inhale. Exhale. Kosongkan fikiran. Jangan fikir apa-apa. Bertenang.” Gumamnya perlahan sambil meletakkan spek matanya ke tepi. Kerja dan hidup masih perlu di teruskan juga walau dunianya sudah kabur kini.


            Megat Adney yang baru pulang dari urusan luar pejabat pelik melihat Nasha Athierah yang begitu rapat dengan skrin PCnya.
            “Sha, kenapa tu?” soalnya sambil lalu. Dia tiada sewaktu ‘sketsa pendek’ di office itu berlaku tadi.
            “Oh, spek pecah.” Balas Nasha Athierah ringkas.
            “Okay tak tu?” soal Megat Adney sambil memulas tombol pintu bilik pejabatnya.
            “Okay,” jawab Nasha Athierah sepatah.
            Megat Adney jadi semakin pelik.
            ‘Macam tengah bad mood je ni?’ Megat Adney terus sahaja masuk ke dalam pejabatnya, tidak mahu menganggu Nasha Athierah.
            “Sha,”
            “Saya, Encik Adney. Ada apa-apa nak saya tolong ke?” soal Nasha Athierah. Tanpa senyuman, tanpa nada. Macam tak ikhlas pun ada juga.
            “Ada. Saya nak awak tolong...” Megat Adney senyum melihat wajah serius Nasha Athierah.
            “...makan ni.” sesuatu di letakkan ke atas meja kerja Nasha Athierah.
            “Coklat?” soal Nasha Athierah dengan muka terkejut.
            “Shhh.” Megat Adney letak jari telunjuk ke bibirnya.
            “Erm. Coklat boleh buat orang senyum. Dan, saya tak suka kawan sekerja saya muka ketat macam yang tengah awak tayang kat saya ni.”Ucap Megat Adney sambil meletakkan satu fail di meja Nasha Athierah.
            “Tolong check list ni.”Megat Adney tersenyum kacak.
            “Dan, sebelum awak keluar lunch nanti, masuk jumpa saya kejap.” Pesan Megat Adney sebelum menghilang ke dalam pejabatnya semula.
            Nasha Athierah merenung lama coklat yang diberikan oleh Megat Adney tadi. Nafas di tarik sedalam mungkin.
            ‘Macam mana nak senyum kalau hati tengah remuk?’ detik hati kecil Nasha Athierah. Dia sendiri tidak mengerti kenapa dia di landa perasaan sebegini selepas apa yang berlaku tadi.
            ‘Ayang...’ masih terngiang-ngiang suara Ammar Adwan memanggil wanita muda tadi.
            Megat Adney mencuri pandang gelagat Nasha Athierah dari dalam bilik pejabatnya. Dia pasti ada sesuatu yang sudah berlaku ketika dia tiada di sini tadi. Mungkinkah Nasha Athierah juga sudah menjadi mangsa amarah majikannya itu?
            Tetapi, bercakap mengenai Ammar Adwan dan Nasha Athierah, dia yakin ada sesuatu yang tak selesai antara dua orang insan ini. Jika benar apa yang di fikirkannya itu, Puan Wahidah tentu gembira.
            Pandangan mata Ammar Adwan pada Nasha Athierah mempunyai sejuta rasa yang mungkin Ammar Adwan seorang saja yang tahu apa maksudnya.
            Tetapi, dia juga lelaki. Sama seperti Ammar Adwan. Justeru, sedikit sebanyak, dia mampu membuat andaian dari perspektif seorang lelaki.
            Dia tidak buta melihat gaya layanan Ammar Adwan pada gadis naif ini. Melihatkan reaksi cemas melampau Ammar Adwan beberapa hari lepas ketika dahi Nasha Athierah luka terkena fail itu juga satu bukti yang boleh di katakan kukuh untuk mensabitkan sejauh mana kebenaran bahawa kedua mereka, ada rasa yang tak terluah. Ada perasaan yang tersimpan.
            Tetapi, bagaimana pula Nasha Athierah juga tak terkecuali menerima tempias bad mood Ammar Adwan?
            Ataupun, dia yang salah mengandaikan cerita?Mungkinkah ada perkara lain yang berlaku di sini tadi?
            “Tak pe, nanti lunch aku korek cerita sebenar dari budak Sha ni.”Megat Adney bergerak ke mejanya.
            “Untie Wahi, anak untie ni memang boleh buat kepala saya kusut. Unpredictable. Tapi bakal menantu untie ni pula, makin hari makin comel pula rasanya. Jangan saya yang jatuh tersungkur dek penangan love at the first sight sudahlah.” Megat Adney mula menyambung kerjanya yang tertangguh.

           
           
_____Salah faham boleh menghancurkan kepercayaan______

HI:)
1. Enjoy reading.
2. Megat Adney ni perisik upahan ke apa? haaa, tunggu~
3. Sekarang mood Ad dengan Sha. Mood Zaimy dengan Dina dah slow. Hihi, so sorry pada yang tunggu sambungan Blue VS Pink.
4. Thanks singgah dan luangkan masa di sini:)


7 comments:

cikpelangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak lagi entry hari ni blh tak??tak sanggup nak tggu lama2. =(

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

LMMS 14 baru 2 pages. tak tahulah sempat ke tak kalau nak post hari ni..hee:)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bile nk cnfess?
Lama lg ke?
Zue

Lieynaim mohd noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hri2 nak..huhuuu..salah faham la sha ayang 2 dayang..heheheh

ani man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak lg plez...best sgt....asal la ayang muncul dah salah faham,kesian sya....huhuhuhu....

arifuka kashirin said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak arin,nak lagi boleh?

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haihhhh.. Nape ad sanggup biarkan sha kat lantaii?? Xgentlemannya!! Hishhh lagi kurang point kt mata sha.. Panggil ayang lak tu! Iskhh..
Uhhh.. I'm glad adney tu perisik mak ad. Hehehe..
Yg c ad tu nak marah nape? Hr tu kataa xkesah kalo bwk p mahkamah cm ade bukti kukuh jerr