Love 14
“Sha?!” baru Nasha
Athierah mahu melabuhkan duduknya, ada lagi suara nyaring yang menegurnya.
“Zana, terkejut saya awak
tetiba jerit macam tu...” ujar Nasha Athierah.
“Ya ALLAH, mati-mati saya
ingat ada staff baru tadi. Rupanya awak,” bahu Nasha Athierah di tepuk
perlahan.
“Kalau ye pun tak suka
kawan dengan saya, tak perlulah sampai tak boleh nak cam saya...” seakan
merajuk saja nada suara Nasha Athierah.
“Alah! Eh, dah
cantik-cantik macam ni mana boleh nak buat nada sentap macam tu,” Zana
tersenyum mengusik. Wajah Nasha Athierah nampak lain benar hari ni. Siap dengan
lens dia...kalahlah lens azura blue Kak Dian tu haa...
“Cantik ke? Saya rasa
pelik je tak pakai spek macam ni...” Nasha Athierah menjawab perlahan.
“Cantiklah!” kata Zana jujur.
“Kalah Kak Dian you,” Zana
separuh berbisik. Kak Dian tu pula sekarang ni macam pelik semacam je. Dah tak
macam dulu-dulu. Diana yang sekarang ni lebih best di buat kawan. Tak gedik dan
seksi macam dulu dah. Dah insaf betul ke tidak, dia tak pastilah pula.
“Bukan-bukanlah awak ni
Zana.” Nafi Nasha Athierah.
“Sementara je ni. Lepas
spek baru saya siap, tak ada maknanya saya nak pakai benda ni dah.” Balas Nasha
Athierah sambil menyimpan beg tangannya ke dalam drawer.
“Hi, morning.” Suara yang
ceria menyapa membuatkan fokus Zana dan Nasha Athierah tertumpu padanya.
“Morning Encik Adney,”
Zana turut membalas dalam nada ceria. Nasha Athierah pula sekadar tersenyum
pada Megat Adney.
“See, I told you kan? You look
good dengan lens tu,” Megat Adney membalas senyuman Nasha Athierah sebelum
melangkah ke dalam bilik pejabatnya.
Selepas pintu pejabat
Megat Adney kembali rapat, Zana memandang wajah Nasha Athierah dengan pandangan
musykil.
“Sha, I smell something fishy here...” kata Zana.
“Tak ada apalah Zana. Apa
nak fishy pulak ni?” Nasha Athierah
berdalih.
“Yelah tu. Okaylah, saya
nak pergi tempat saya dulu. Kejap lagi big boss datang, mengamuk pula dia
tengok kita bersidai gosip kat
sini.” sejurus itu Zana terus berlalu ke
tempatnya.
“Sha, dah siap list yang
saya minta semalam?” soal Megat Adney sambil berjalan menghampiri meja Nasha
Athierah.
“Dah.” Nasha Athierah
meletakkan fail dokumen itu di hadapan Megat Adney.
“Okay.” Megat Adney
tersenyum lagi.
“Nah.” Satu kotak comel di
letakkan di atas meja Nasha Athierah.
“Apa ni?” soal Nasha
Athierah dengan dahi berkerut. Aiya. Encik Adney kasi apa ni? Bom ke? Atau
ular? Tak pun katak?
Erk! Nasha Athierah telan
liur yang terasa kesat.
“Bukalah, jangan risau
bukannya saya kasi bom pun.” Megat Adney tertawa kecil melihat muka curiga +
takut-takut Nasha Athierah.
Perlahan-lahan Nasha
Athierah membuka penutup kotak bercorak polkadots itu. sejurus itu, senyuman
terukir segaris di wajahnya.
“Coklat macam semalam!”
senyuman Nasha Athierah melebar ke pipi. Coklat ni memang sedap. Dan yang
paling penting memang boleh pulihkan mood.
“Saya suka awak yang
selalu senyum. So, boleh simpan semua coklat ni buat stock. Boleh makan bila
perlu nanti. ” Megat Adney senyum lagi.
“Terima kasih.” Nasha
Athierah senyum lagi. Makin lebar apabila terkenangkan hal yang berlaku antara
dia dan Megat Adney semalam.
Pertama, Megat Adney sekarang
adalah officially kawan dia bila di luar pejabat. Kata Megat Adney, kalau ada
apa-apa yang nak minta tolong, boleh cakap. Bukan ke seorang kawan akan tolong
kawan dia yang dalam kesusahan?
Kedua, semalam selepas
waktu kerja, Megat Adney bawa dia berjalan di megamall. Tujuan utamanya adalah
untuk buat spek baru. Tapi di sebabkan semalam
dah agak lewat dan banyak tempahan, spek dia akan siap hari ni. Jadi,
untuk sementara ni, Megat Adney cadangkan dia guna lens saja. Dan lens yang
sedang di pakainya ketika ini adalah pilihan Megat Adney. Cantik memang cantik,
tapi masa mula belajar pakai benda ni semalam, seksanya bukan main lagi.
Ketiga, ketika mereka
sedang berjalan-jalan di megamall tu, kebetulan bertembung dengan seorang
makcik peramah yang juga kenalan Megat Adney. Seronok juga bersembang dengan
makcik tu. Namun, dia bersimpati dengan cerita makcik itu berkenaan anaknya. Menurut
makcik tersebut, anak keduanya sudah menjadi seorang ayah pada usia muda. Menjadi
ayah kepada anak saudaranya yang kematian ibu. Ayah kandung si anak pula masih
tak berjaya dikesan. Paling dia kasihan, lelaki itu rela mengetepikan
kebahagiaan dan kehidupan sendiri selama ini demi si anak. Sekarang ni si
lelaki mula sukakan seorang gadis tetapi dia masih ragu-ragu dengan penerimaan
si gadis pada dirinya yang sudah bergelar seorang ayah ni.
“Berangan,” teguran Megat
Adney membuatkan peristiwa semalam lenyap dari pandangan Nasha Athierah.
“Saya teringat makcik
semalam tu.” jujur Nasha Athierah memberitahu.
Megat Adney tersenyum.
“Kenapa pula?” duganya.
“Kesian anak dia tu kan?
Pada pendapat saya, lelaki macam tu, susah nak jumpa sekarang ni. Mesti dia baik
kan?” Nasha Athierah senyum mengenangkan perkara itu. Dia kagum dengan lelaki
itu.
“Erm, beruntung siapa yang
dapat cinta dia.” Megat Adney tersenyum sambil mengetuk meja Nasha Athierah.
“Dah, kerja-kerja. Jangan nak
berangan pula. Nanti kena ‘libas’(mangsa kemarahan) lagi.” pesan Megat Adney sebelum
masuk ke dalam pejabatnya semula.
“Terima kasih Encik Adney,
untuk ini.” kotak berisi coklat itu di angkat.
Nasha Athierah tersenyum
lagi. Megat Adney ni boleh tahan juga loyar buruknya. Entah kenapa dia senang sekali
dengan Megat Adney. Ketika di pejabat, Megat Adney seorang ketua yang boleh
bertoleransi dan berdiplomasi namun tegasnya masih ada. Ketika di luar pejabat
pula, Megat Adney bertukar menjadi seorang kawan yang prihatin dan
menghiburkan.
Ammar Adwan melangkah melintasi
Nasha Athierah seperti tidak melihat apa-apa walhal hatinya menggelegak melihat
kedua insan itu berbalas senyuman tadi. Pintu pejabatnya di hempas kuat
membuatkan semua mata di dalam ruangan itu terpaku pada pejabatnya.
“Kenapa pula Encik Ammar tu?”kedengaran
satu suara berbisik di belakangnya. Nasha Athierah hanya menggeleng perlahan. Dah
kenapa pula dengan lelaki tu pagi ni?
Ammar Adwan menghempaskan
tubuh ke kerusi empuknya.
“Dia bagi coklat?” Ammar
Adwan tertawa sinis mengingatkan babak antara Megat Adney dan Nasha Athierah tadi.
“Atie pula, kalau setakat
dapat coklat yang berapa bijilah sangat dalam kotak tu, tak perlu nak senyum
sampai telinga!” Ammar Adwan mengomel tak puas hati.
“Isy! Kusut kepala aku
macam ni.”Ammar Adwan bungkam memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa.
Kes Erina belum selesai,
datang pula masalah si Ayang yang memberi cadangan berani mati supaya mereka
berkahwin untuk kepentingan masa depan Erina. Dan sekarang ni pula, gelagat Megat
Adney dan Nasha Athierah.
‘Baru berapa hari kat
sini, diorang dah jadi semakin rapat. Tak boleh jadi ni!’ getus hati Ammar
Adwan.
“Kalau Adney bagi sekotak
coklat, aku boleh buat lebih dari dia.” Ammar Adwan sudah punya rancangan
sendiri. Apa yang penting, dia takkan kalah pada Megat Adney.
Ammar Adwan gelisah sendiri
di dalam bilik mesyuarat. Fokusnya terganggu. Apa yang di bentangkan bagaikan
masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja gamaknya. Sesekali dia mengerling
jam tangannya.
Akhirnya, mesyurat yang
kebiasaannya akan di muatkan dengan penggulungan panjang dan terperinci
daripada Ammar Adwan berakhir begitu ringkas.
Ammar Adwan terus menuju
ke pejabatnya. Dari situ, dia mengintai di sebalik tingkap kaca gelap di
pejabatnya.
Nasha Athierah terkebil-kebil
memerhatikan bakul rotan besar yang cantik di hiasi reben organza di atas
mejanya. Bakul itu penuh dengan bermacam jenis coklat.
Kad kecil yang di lekatkan
pada pemegang bakul itu di buka sedikit. Makin terbeliak matanya sebaik
menyedari namanya tercatat pada kad itu.
‘Aku ingat ada orang salah
letak kat meja aku tadi, tapi rupanya benda ni memang untuk aku...’ Nasha
Athierah duduk menongkat dagu di atas mejanya.
‘Siapa yang kasi ni?’
otaknya ligat berfikir.
“Encik Adney...” gumamnya
perlahan. Ya, mungkin lelaki itu. Tapi, apa motif nak bagi coklat sampai
sebakul ni? Yang dia bagi semalam tu pun tak habis makan lagi.
Nasha Athierah tersenyum
lebar. Dokumen yang di minta oleh Megat Adney sudah berjaya di sudahkannya.
‘Boleh tanya pasal coklat
tu masa hantar ni,’ Nasha Athierah bangkit sambil berkira-kira untuk ke bilik
pejabat Megat Adney.
“Ini yang Encik Adney minta
tu.” Nasha Athierah menyerahkan helaian kertas tersebut pada Megat Adney.
“Thanks Sha.” Megat Adney seyum
segaris sebelum kembali menghadap kerjanya.
“Err, Encik Adney.”
“Ya?” sekilas, wajah Nasha
Athierah di pandang sebelum dia mengerling kertas-kertas yang di berikan Nasha
Athierah tadi.
“Thanks,” ucap nasha
athiera malu-malu. Sebakul kot coklat tu. Mahu berbulan-bulan juga baru habis
agaknya.
“Thanks?” Megat Adney tak
mengerti.
“Coklat yang penuh sebakul
tu,” jelas Nasha Athierah. Isy, Encik Adney ni...buat-buat tak tahu pula.
Berkerut dahi Megat Adney.
“Setahu saya, saya tak
bawa sebiji coklat pun hari ni, so...” Megat Adney berterus terang.
“Ha?” Nasha Athierah terkejut
beruk. Bukan Megat Adney ke yang bagi? Habis siapa?
“Secret admirer awak tak?”
ujaran Megat Adney membuatkan wajah Nasha Athierah jadi pucat.
“Sec..secret admirer?!”
soal Nasha Athierah.
“Erm,” Megat Adney mengangguk
sambil sembunyi senyum. Ni mesti kes ada orang tu dah rasa tergugat. Tapi takkan sampai sebakul coklat?
“Saya minta diri dulu,” Nasha
Athierah segera bangkit untuk beredar.
Megat Adney pula semakin
melebar senyuman.
‘Kalau aku kasi Sha sebakul
coklat semalam, hari ni mungkin dia bagi satu lori agaknya?’ akhirnya, Megat
Adney tertawa kecil mengenangkan agenda dia yang seterusnya. Entah bagaimana
pula rupanya si dia yang seorang tu nanti.
Nasha Athierah kembali
menongkat dagu merenung bakul yang penuh berisi coklat itu. kalau bukan Encik
Adney, habis siapa pula yang bermurah hati nak bagi benda ni?
Namun, mengenangkan
perkataan ‘secret admirer’ yang dikatakan Megat Adney tadi, Nasha Athierah jadi
takut.
‘Kutlah coklat ni dah kena
jampi serapah ke, naya je aku.’ detik hati kecilnya. Demi memikirkan perkara
itu, satu idea telah terlintas di fikirannya. Lantas bakul berisi coklat itu di
angkat. Langkahnya dibawa meninggalkan meja kerjanya.
Dari meja ke meja dia
bergerak, memberikan coklat-coklat tersebut kepada semua staff. Tak terkecuali Ammar Adwan.
“Apa ni?” berkerut dahi Ammar
Adwan apabila Nasha Athierah meletakkan beberapa keping coklat di atas mejanya.
“Ada orang bermurah hati
bagi saya coklat-coklat ni. Dan, untung panjangkan pahalanya, saya ambil
keputusan nak sedekah sorang sikit kat semua orang.” Nasha Athierah senyum
sambil menayangkan bakul yang pada awalnya penuh dengan coklat kini sudah
kosong.
Ammar Adwan hilang kata. Sedekah?
‘Baguslah Ad, kau dapat
banyak pahala pagi ni.’ terus saja tangannya naik mengurut pelipis sendiri.
Coklat yang di berikan khas untuk Nasha Athierah kini sudah...
‘Arrrgggghhh!!!’ Ammar
Adwan genggam erat jari jemarinya. Nak marah pun tak guna dah...
“Te..terima..ka..kasih,
bagi saya coklat ni.” tersekat-sekat bicara Ammar Adwan.
“Sama-sama,” dengan nada
ceria Nasha Athierah menjawab sebelum meminta diri untuk beredar tanpa
menyedari Ammar Adwan yang tengah ‘berasap’.
____________________
Hi:)
1. Aiyaa. Konflik LMMS tak berapa complicated/ berat.
2. Enjoy reading. Ada typo, ampun ye. Tadi taip laju-laju sbb nak kena buat benda lain lepas ni. Ohh mai, agak busy. Tapi gedik nak update LMMS 14 juga sebab tak sampai hati biar anda tunggu lama.
3. Take care:)
9 comments:
CEPAT2 LA LAMAR ATIE 2 AD OI..UHUHUHHU
suke suke..hehehhe caya lah sha
Very funny indeed.... Hahahaha..... Dan comel gak....
aduh ammar,....kenapa la slow sangat????? hantar aje pinangan??? kan senang?????
apapun, best!!!!!!!!!!!!!!!
Haha.... Lwk r.... Kecian ad....
Len Kali kt lad tu tls la nama pengirim kan senang....
Kakakakakakkaka.. Cayalah pakatan auntie wahi ngn adney nni..mmg berasap si dia tu!!
Ad ni pon.. Xpyh coklat2 bagai.. Hr tu kan dh ada alamat rumah..shoot la terussss!!
ayookk jeles suda... cik writer hurry up pls, next... ^_______^
cumell je ad...hehe
best part atie jmpe sorh mak cik tuu
Post a Comment