My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

22 May 2012

Love Make Me Smile 14


Love 14
            “Sha?!” baru Nasha Athierah mahu melabuhkan duduknya, ada lagi suara nyaring yang menegurnya.
            “Zana, terkejut saya awak tetiba jerit macam tu...” ujar Nasha Athierah.
            “Ya ALLAH, mati-mati saya ingat ada staff baru tadi. Rupanya awak,” bahu Nasha Athierah di tepuk perlahan.
            “Kalau ye pun tak suka kawan dengan saya, tak perlulah sampai tak boleh nak cam saya...” seakan merajuk saja nada suara Nasha Athierah.
            “Alah! Eh, dah cantik-cantik macam ni mana boleh nak buat nada sentap macam tu,” Zana tersenyum mengusik. Wajah Nasha Athierah nampak lain benar hari ni. Siap dengan lens dia...kalahlah lens azura blue Kak Dian tu haa...
            “Cantik ke? Saya rasa pelik je tak pakai spek macam ni...” Nasha Athierah menjawab perlahan.
            “Cantiklah!” kata Zana jujur.
            “Kalah Kak Dian you,” Zana separuh berbisik. Kak Dian tu pula sekarang ni macam pelik semacam je. Dah tak macam dulu-dulu. Diana yang sekarang ni lebih best di buat kawan. Tak gedik dan seksi macam dulu dah. Dah insaf betul ke tidak, dia tak pastilah pula.
            “Bukan-bukanlah awak ni Zana.” Nafi Nasha Athierah.
            “Sementara je ni. Lepas spek baru saya siap, tak ada maknanya saya nak pakai benda ni dah.” Balas Nasha Athierah sambil menyimpan beg tangannya ke dalam drawer.
            “Hi, morning.” Suara yang ceria menyapa membuatkan fokus Zana dan Nasha Athierah tertumpu padanya.
            “Morning Encik Adney,” Zana turut membalas dalam nada ceria. Nasha Athierah pula sekadar tersenyum pada Megat Adney.
            See, I told you kan? You look good dengan lens tu,” Megat Adney membalas senyuman Nasha Athierah sebelum melangkah ke dalam bilik pejabatnya.
            Selepas pintu pejabat Megat Adney kembali rapat, Zana memandang wajah Nasha Athierah dengan pandangan musykil.
            “Sha, I smell something fishy here...” kata Zana.
            “Tak ada apalah Zana. Apa nak fishy pulak ni?” Nasha Athierah berdalih.
            “Yelah tu. Okaylah, saya nak pergi tempat saya dulu. Kejap lagi big boss datang, mengamuk pula dia tengok kita bersidai gosip  kat sini.”  sejurus itu Zana terus berlalu ke tempatnya.
            “Sha, dah siap list yang saya minta semalam?” soal Megat Adney sambil berjalan menghampiri meja Nasha Athierah.
            “Dah.” Nasha Athierah meletakkan fail dokumen itu di hadapan Megat Adney.
            “Okay.” Megat Adney tersenyum lagi.
            “Nah.” Satu kotak comel di letakkan di atas meja Nasha Athierah.
            “Apa ni?” soal Nasha Athierah dengan dahi berkerut. Aiya. Encik Adney kasi apa ni? Bom ke? Atau ular? Tak pun katak?
            Erk! Nasha Athierah telan liur yang terasa kesat.
            “Bukalah, jangan risau bukannya saya kasi bom pun.” Megat Adney tertawa kecil melihat muka curiga + takut-takut Nasha Athierah.
            Perlahan-lahan Nasha Athierah membuka penutup kotak bercorak polkadots itu. sejurus itu, senyuman terukir segaris di wajahnya.
            “Coklat macam semalam!” senyuman Nasha Athierah melebar ke pipi. Coklat ni memang sedap. Dan yang paling penting memang boleh pulihkan mood.
            “Saya suka awak yang selalu senyum. So, boleh simpan semua coklat ni buat stock. Boleh makan bila perlu nanti. ” Megat Adney senyum lagi.
            “Terima kasih.” Nasha Athierah senyum lagi. Makin lebar apabila terkenangkan hal yang berlaku antara dia dan Megat Adney semalam.
            Pertama, Megat Adney sekarang adalah officially kawan dia bila di luar pejabat. Kata Megat Adney, kalau ada apa-apa yang nak minta tolong, boleh cakap. Bukan ke seorang kawan akan tolong kawan dia yang dalam kesusahan?
            Kedua, semalam selepas waktu kerja, Megat Adney bawa dia berjalan di megamall. Tujuan utamanya adalah untuk buat spek baru. Tapi di sebabkan semalam  dah agak lewat dan banyak tempahan, spek dia akan siap hari ni. Jadi, untuk sementara ni, Megat Adney cadangkan dia guna lens saja. Dan lens yang sedang di pakainya ketika ini adalah pilihan Megat Adney. Cantik memang cantik, tapi masa mula belajar pakai benda ni semalam, seksanya bukan main lagi.
            Ketiga, ketika mereka sedang berjalan-jalan di megamall tu, kebetulan bertembung dengan seorang makcik peramah yang juga kenalan Megat Adney. Seronok juga bersembang dengan makcik tu. Namun, dia bersimpati dengan cerita makcik itu berkenaan anaknya. Menurut makcik tersebut, anak keduanya sudah menjadi seorang ayah pada usia muda. Menjadi ayah kepada anak saudaranya yang kematian ibu. Ayah kandung si anak pula masih tak berjaya dikesan. Paling dia kasihan, lelaki itu rela mengetepikan kebahagiaan dan kehidupan sendiri selama ini demi si anak. Sekarang ni si lelaki mula sukakan seorang gadis tetapi dia masih ragu-ragu dengan penerimaan si gadis pada dirinya yang sudah bergelar seorang ayah ni.
            “Berangan,” teguran Megat Adney membuatkan peristiwa semalam lenyap dari pandangan Nasha Athierah.
            “Saya teringat makcik semalam tu.” jujur Nasha Athierah memberitahu.
            Megat Adney tersenyum.
            “Kenapa pula?” duganya.
            “Kesian anak dia tu kan? Pada pendapat saya, lelaki macam tu, susah nak jumpa sekarang ni. Mesti dia baik kan?” Nasha Athierah senyum mengenangkan perkara itu. Dia kagum dengan lelaki itu.
            “Erm, beruntung siapa yang dapat cinta dia.” Megat Adney tersenyum sambil mengetuk meja Nasha Athierah.
            “Dah, kerja-kerja. Jangan nak berangan pula. Nanti kena ‘libas’(mangsa kemarahan) lagi.” pesan Megat Adney sebelum masuk ke dalam pejabatnya semula.
            “Terima kasih Encik Adney, untuk ini.” kotak berisi coklat itu di angkat.
            Nasha Athierah tersenyum lagi. Megat Adney ni boleh tahan juga loyar buruknya. Entah kenapa dia senang sekali dengan Megat Adney. Ketika di pejabat, Megat Adney seorang ketua yang boleh bertoleransi dan berdiplomasi namun tegasnya masih ada. Ketika di luar pejabat pula, Megat Adney bertukar menjadi seorang kawan yang prihatin dan menghiburkan.
            Ammar Adwan melangkah melintasi Nasha Athierah seperti tidak melihat apa-apa walhal hatinya menggelegak melihat kedua insan itu berbalas senyuman tadi. Pintu pejabatnya di hempas kuat membuatkan semua mata di dalam ruangan itu terpaku pada pejabatnya.
            “Kenapa pula Encik Ammar tu?”kedengaran satu suara berbisik di belakangnya. Nasha Athierah hanya menggeleng perlahan. Dah kenapa pula dengan lelaki tu pagi ni?
            Ammar Adwan menghempaskan tubuh ke kerusi empuknya.
            “Dia bagi coklat?” Ammar Adwan tertawa sinis mengingatkan babak antara Megat Adney dan Nasha Athierah tadi.
            “Atie pula, kalau setakat dapat coklat yang berapa bijilah sangat dalam kotak tu, tak perlu nak senyum sampai telinga!” Ammar Adwan mengomel tak puas hati.
            “Isy! Kusut kepala aku macam ni.”Ammar Adwan bungkam memikirkan masalah yang datang bertimpa-timpa.
            Kes Erina belum selesai, datang pula masalah si Ayang yang memberi cadangan berani mati supaya mereka berkahwin untuk kepentingan masa depan Erina. Dan sekarang ni pula, gelagat Megat Adney dan Nasha Athierah.
            ‘Baru berapa hari kat sini, diorang dah jadi semakin rapat. Tak boleh jadi ni!’ getus hati Ammar Adwan.
            “Kalau Adney bagi sekotak coklat, aku boleh buat lebih dari dia.” Ammar Adwan sudah punya rancangan sendiri. Apa yang penting, dia takkan kalah pada Megat Adney.


            Ammar Adwan gelisah sendiri di dalam bilik mesyuarat. Fokusnya terganggu. Apa yang di bentangkan bagaikan masuk telinga kanan keluar telinga kiri saja gamaknya. Sesekali dia mengerling jam tangannya.
            Akhirnya, mesyurat yang kebiasaannya akan di muatkan dengan penggulungan panjang dan terperinci daripada Ammar Adwan berakhir begitu ringkas.
            Ammar Adwan terus menuju ke pejabatnya. Dari situ, dia mengintai di sebalik tingkap kaca gelap di pejabatnya.
           
            Nasha Athierah terkebil-kebil memerhatikan bakul rotan besar yang cantik di hiasi reben organza di atas mejanya. Bakul itu penuh dengan bermacam jenis coklat.
            Kad kecil yang di lekatkan pada pemegang bakul itu di buka sedikit. Makin terbeliak matanya sebaik menyedari namanya tercatat pada kad itu.
            ‘Aku ingat ada orang salah letak kat meja aku tadi, tapi rupanya benda ni memang untuk aku...’ Nasha Athierah duduk menongkat dagu di atas mejanya.
            ‘Siapa yang kasi ni?’ otaknya ligat berfikir.
            “Encik Adney...” gumamnya perlahan. Ya, mungkin lelaki itu. Tapi, apa motif nak bagi coklat sampai sebakul ni? Yang dia bagi semalam tu pun tak habis makan lagi.
            Nasha Athierah tersenyum lebar. Dokumen yang di minta oleh Megat Adney sudah berjaya di sudahkannya.  
            ‘Boleh tanya pasal coklat tu masa hantar ni,’ Nasha Athierah bangkit sambil berkira-kira untuk ke bilik pejabat Megat Adney.
            “Ini yang Encik Adney minta tu.” Nasha Athierah menyerahkan helaian kertas tersebut pada Megat Adney.
            “Thanks Sha.” Megat Adney seyum segaris sebelum kembali menghadap kerjanya.
            “Err, Encik Adney.”
            “Ya?” sekilas, wajah Nasha Athierah di pandang sebelum dia mengerling kertas-kertas yang di berikan Nasha Athierah tadi.
            “Thanks,” ucap nasha athiera malu-malu. Sebakul kot coklat tu. Mahu berbulan-bulan juga baru habis agaknya.
            “Thanks?” Megat Adney tak mengerti.
            “Coklat yang penuh sebakul tu,” jelas Nasha Athierah. Isy, Encik Adney ni...buat-buat tak tahu pula.
            Berkerut dahi Megat Adney.
            “Setahu saya, saya tak bawa sebiji coklat pun hari ni, so...” Megat Adney berterus terang.
            “Ha?” Nasha Athierah terkejut beruk. Bukan Megat Adney ke yang bagi? Habis siapa?
            “Secret admirer awak tak?” ujaran Megat Adney membuatkan wajah Nasha Athierah jadi pucat.
            “Sec..secret admirer?!” soal Nasha Athierah.
            “Erm,” Megat Adney mengangguk sambil sembunyi senyum. Ni mesti kes ada orang tu dah rasa tergugat.  Tapi takkan sampai sebakul coklat?
            “Saya minta diri dulu,” Nasha Athierah segera bangkit untuk beredar.
            Megat Adney pula semakin melebar senyuman.
            ‘Kalau aku kasi Sha sebakul coklat semalam, hari ni mungkin dia bagi satu lori agaknya?’ akhirnya, Megat Adney tertawa kecil mengenangkan agenda dia yang seterusnya. Entah bagaimana pula rupanya si dia yang seorang tu nanti.
            Nasha Athierah kembali menongkat dagu merenung bakul yang penuh berisi coklat itu. kalau bukan Encik Adney, habis siapa pula yang bermurah hati nak bagi benda ni?
            Namun, mengenangkan perkataan ‘secret admirer’ yang dikatakan Megat Adney tadi, Nasha Athierah jadi takut.
            ‘Kutlah coklat ni dah kena jampi serapah ke, naya je aku.’ detik hati kecilnya. Demi memikirkan perkara itu, satu idea telah terlintas di fikirannya. Lantas bakul berisi coklat itu di angkat. Langkahnya dibawa meninggalkan meja kerjanya.
            Dari meja ke meja dia bergerak, memberikan coklat-coklat tersebut kepada semua staff.  Tak terkecuali Ammar Adwan.
            “Apa ni?” berkerut dahi Ammar Adwan apabila Nasha Athierah meletakkan beberapa keping coklat di atas mejanya.
            “Ada orang bermurah hati bagi saya coklat-coklat ni. Dan, untung panjangkan pahalanya, saya ambil keputusan nak sedekah sorang sikit kat semua orang.” Nasha Athierah senyum sambil menayangkan bakul yang pada awalnya penuh dengan coklat kini sudah kosong.
            Ammar Adwan hilang kata. Sedekah?
            ‘Baguslah Ad, kau dapat banyak pahala pagi ni.’ terus saja tangannya naik mengurut pelipis sendiri. Coklat yang di berikan khas untuk Nasha Athierah kini sudah...
            ‘Arrrgggghhh!!!’ Ammar Adwan genggam erat jari jemarinya. Nak marah pun tak guna dah...
            “Te..terima..ka..kasih, bagi saya coklat ni.” tersekat-sekat bicara Ammar Adwan.
            “Sama-sama,” dengan nada ceria Nasha Athierah menjawab sebelum meminta diri untuk beredar tanpa menyedari Ammar Adwan yang tengah ‘berasap’.

____________________
Hi:)
1. Aiyaa. Konflik LMMS tak berapa complicated/ berat. 
2. Enjoy reading. Ada typo, ampun ye. Tadi taip laju-laju sbb nak kena buat benda lain lepas ni. Ohh mai, agak busy. Tapi gedik nak update LMMS 14 juga sebab tak sampai hati biar anda tunggu lama.
3. Take care:)


9 comments:

Lieynaim mohd noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

CEPAT2 LA LAMAR ATIE 2 AD OI..UHUHUHHU

Ai NuRaSh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

suke suke..hehehhe caya lah sha

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Very funny indeed.... Hahahaha..... Dan comel gak....

aqilah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

aduh ammar,....kenapa la slow sangat????? hantar aje pinangan??? kan senang?????
apapun, best!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Haha.... Lwk r.... Kecian ad....
Len Kali kt lad tu tls la nama pengirim kan senang....

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kakakakakakkaka.. Cayalah pakatan auntie wahi ngn adney nni..mmg berasap si dia tu!!
Ad ni pon.. Xpyh coklat2 bagai.. Hr tu kan dh ada alamat rumah..shoot la terussss!!

CoReTAn HaTi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ayookk jeles suda... cik writer hurry up pls, next... ^_______^

ulat gonggok said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

cumell je ad...hehe

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best part atie jmpe sorh mak cik tuu