My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

14 May 2012

Love Make Me Smile 9




Love 9
            Amir Adwa memakir keretanya di bahu jalan berhampiran pintu pagar utama taska. Dia melangkah ke dalam taska tersebut.  Tidak seperti kebiasaannya, kelibat Erina Casandra langsung tidak kelihatan.
            “Encik Am,” satu suara kedengaran menyapa Amir Adwa.
            “Cikgu Laila,” Amir Adwa tersenyum lebar.
            “Sihat?” soal Amir Adwa kemudian.
            “Alhamdulillah, Encik?” Laila turut tersenyum sopan.
            “Makin sihat lepas jumpa awak,” Amir Adwa tersengih lebar melihat muka Laila yang kemerahan .
            “Isy, ada-ada je Encik Am ni,” Laila jadi serba tak kena.
            “Kenapa Encik datang ni?”soal Laila, cuba berlagak tenang.
            “Oh, mestilah nak jemput tuan puteri sorang tu. Macam biasa,” jawab Amir Adwa. Karang kalau dia kata nak jumpa awaklah Cik Laila, mahu ada yang berdesup masuk dalam taska terus pula.
            “Mana dia? Masih kat dalam ke?” Amir Adwa terjenguk-jenguk ke dalam taska. Takkanlah Erina nak merajuk sebab dia terlambat?
            “Eh? Encik Am tak tahu ke?” berkerut dahu Laila.
            “Tahu apa?” Amir Adwa pelik dengan soalan Laila.
            “Erina dah balik. Tadi ada sorang perempuan muda jemput dia. Saya benarkan Erina balik sebab Erina kata itu mama dia.” Tutur Laila.
            Amir Adwa tersentak mendengar kenyataan Laila. Perempuan muda? Mama?
            “Oh no,” Amir Adwa sebak rambutnya yang tidaklah panjang mana tu ke belakang. Dia resah.
            “Kenapa?” soal Laila. Terdetik juga rasa tak sedap hati apabila melihat gaya Amir Adwa tadi.
            “Dia, dia datang ambil Erina? Dah lama ke?” soal Amir Adwa dengan muka serius.
            “Err, dalam 15 minit lepas.” Laila takut-takut menjawab.
            “Habis...”Amir Adwa menggumam perlahan.  Handphonenya di bawa keluar dari saku seluar.
            “Saya minta diri dulu Laila.” Amir Adwa bergerak mendapatkan keretanya semula.
            “Encik Am, saya...”
            “Hisy, dia tak angkat call pulak.” Amir Adwa kembali menekan skrin handphonenya tanpa menyedari wajah Laila yang mula berubah riak.
            “Cikgu Laila, next time kalau perempuan tu datang nak ambil Erina, please jangan lepaskan Erina keluar. Atau incase ada orang lain yang datang jemput dia pun, jangan benarkan. Hanya saya, papa Erina dan ibu saya yang boleh bawa Erina keluar dari taska ni. Please.” Laju Amir Adwa menyampaikan kata-katanya.
            Belum sempat Laila mahu bertanya lanjut, Amir Adwa sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta.
            Akhirnya, Laila di tinggalkan terpinga-pinga sendirian.

           
            “Awak buat apa ni?”terus Amir Adwa terjah pakai suara serius bila panggilannya di sambut. Tangan masih mengawal stereng selepas kedudukan handsfree di betulkan.
            “Am, saya minta maaf.” Lembut dan sayu suara di hujung sana talian berkata.
            Look, jangan buat kerja gila boleh tak? Kalau abang Wan tahu ni...”
            Please Am, please.” Suara di sana merayu.
            “Awak kat mana ni?” soal Amir Adwa. Ada rasa bersalah di hatinya, namun dia terpaksa buat hati kering. Dia risaukan keselamatan Erina, lebih daripada segalanya. Cukuplah sekali Erina di larikan wanita tua yang juga merupakan ibu kepada wanita ini dahulu. Dia sudah serik.
            Please Am, jangan bagitahu abang awak. Saya betul-betul rindukan Erina.” Suara di hujung sana sudah bergetar menahan sendu.
            “Awak dekat mana?” soal Amir Adwa. Dia faham perasaan wanita di hujung sana talian  tersebut, tetapi dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.
            Please Am, sejam pun cukup. Saya berdua dengan Erina je ni. Saya janji tak beritahu pada mak saya. Please, Am?” ucap wanita tersebut.
            Amir Adwa mengeluh perlahan.
           

            Ammar Adwan segera mencapai telefon bimbitnya. Seketika, panggilannya sudah bersambut.
            “Assalamulaikum,”
            “Wa’alaikumsalam, Wan.” Puan Wahidah menjawab salam anaknya.       
            “Ibu, Erina ada? Wan nak cakap sikit dengan dia ni.”pinta Ammar Adwan.
            “Erina belum sampai lagi ni Wan. Kamu cuba telefon adik kamu tu. Dia bawa Erina jalan-jalan dulu agaknya.” Kata Puan Wahidah.
            “Oh, okay. Wan letak dulu bu,”setelah berbalas salam, Ammar Adwan segera mendail nombor telefon adiknya, Amir Adwa.
            “Hello,” lambat-lambat Amir Adwa mengangkat panggilan abangnya. Hati sudah tak senang.
            Hello, Am. Erina ada? Abang nak cakap dengan dia kejap.” Pinta Ammar Adwan.
            “Err,” Amir Adwa garu kepala sendiri.
            “Kenapa?”
            “Sebenarnya,” Amir Adwa tarik nafas dalam.
            “Erina tak ada dengan Am,” jawabnya seketika kemudian.
            WHAT?!” Amir Adwa menyeringai menahan jeritan abangnya. Sudahlah dia guna handsfree ni, rasa nak pecah gegendang telinga tahu.
            “Sebelum Am sampai tadi, dah ada seorang perempuan ambil Erina.”jawab Amir Adwa.
            “Perempuan?” Ammar Adwan berkerut dahi. Perempuan? Takkanlah...
            “Perempuan tu? Perempuan tu yang dah bawa Erina kan?!” Ammar Adwan tak sedar suaranya sudah makin meninggi.
            “Abang Wan,  macam ni...”
            “Am, kau lupa apa yang abang pesan? Kau lupa Am?!” Ammar Adwan makin hilang sabar.
            “Abang Wan, Am...”belum sempat Amir Adwa menyudahkan kata-katanya, talian sudah diputuskan.
           

            “Hello,” lembut suara di hujung talian menyambut panggilannya langsung tidak berjaya membuatkan hatinya sejuk.
            “Mana Erina?” terus terang dia bertanya.
            “Awak,”
            “Mana Erina?!” makin tegang suara Ammar Adwan bertanya.
            Suara halus di hujung talian kedengaran lemah melepaskan keluhan.
            “Awak, saya bawa Erina jalan-jalan je...saya...”
            “Cakap, mana Erina?” Ammar Adwan sudah bangkit berjalan mundar mandir di hadapan meja kerjanya.
            “Ammar Adwan, saya...”
            “Kalau tak, saya buat laporan polis, awak cuba culik anak saya.” Ammar Adwan mula mengugut.
            “Wan! Awak dah melampau,” suara di hujung talian sudah bergetar sebak.
            “Salah ke saya nak jumpa Erina, nak luangkan masa dengan Erina?”
            Ammar Adwan melepaskan keluhan berat. Getar suara wanita di hujung sana talian membuatkan hatinya terbahagi dua.
            Buat beberapa ketika, talian sepi tanpa sebarang kata.
            “Saya dekat  Sunway Pyramid.” Beritahu suara di hujung talian tanpa di soal.
            “Papa! Jomlah datang sini! Best! Mama bawak Erina main dekat sini, jomlah papa!”suara comel Erina menyapa telinga Ammar Adwan.
            “Sayang,”
            “Papa, cepatlah! Datang ye...lama kita tak jalan-jalan dengan mama,” suara ceria Erina mengundang rasa sebak di hati Ammar Adwan. Pasti si kecil itu merindui mamanya. Namun dia tidak punya pilihan. Mungkin tindakannya kejam, tapi dia tidak punya pilihan lain lagi.
            “Erina sayang, papa kena duduk dekat office, ada kerja lagi. Erina main dengan mama je ye?” sayup-sayup suara si wanita memujuk Erina.
            Sekilas jam tangannya di kerling. Masih dalam waktu pejabat.
            “Papa, papa busy ye? Alahh, tak bestlah papa tak de...” kedengaran suara Erina mengomel tak puas hati.
            “Best sangat ke? Papa nak join boleh?” soal Ammar Adwan.
            “Papa nak datang?” jelas suara Erina kedengaran ceria sekali.
            “Kejap lagi papa sampai.” Balas Ammar Adwan.
            “Hooray!!”
            “Papa, drive safely ye. Erina tunggu kat sini dengan mama.” Erina berkata ceria.
            “Okay sayang,” Ammar Adwan menamatkan panggilan sambil berjalan keluar dari pejabatnya.
            “Zana, saya keluar kejap. Kalau ada benda penting, awak text  saya.” sempat Ammar Adwan berpesan pada PAnya sambil melangkah beredar dari situ.
            Ammar Adwan nekad kali ini. Ada beberapa perkara yang perlu di selesaikan antara dia dan wanita tersebut. Ini untuk masa depan Erina.
           

            “Papa!!” Erina ceria menyapanya sebaik dia sampai.
            “Hai sayang,” sekilas kedua belah pipi Erina di kucup sebelum Erina di bawa ke dukungannya.
            “Papa, lambatnya papa sampai. Erina dah penat. Lapar.”Erina buat muka kelatnya.
            “Alah, kesian anak papa ni. Lapar?” Ammar Adwan mengusap kepala Erina yang masih di dalam dukungannya.
            Erina Casandra segera mengangguk.
            “Okay, jom.” Erina di turunkan daripada dukungannya.
            “We need to talk.” Ammar Adwan berkata pada wanita muda yang anggun bergaya di hadapannya.
            “Wan,”baru selangkah Ammar Adwan bergerak, wanita muda itu memanggil namanya.
            “Maaf, saya...”
            “Ayang, come. Kita bawa Erina makan dulu. Later on kita cakap. Okay?”Ammar Adwan terus melangkah sambil memimpin  tangan Erina.
            Wanita itu hanya mengangguk perlahan tanda bersetuju.
           
 ____________________
Hi:)
1. Siapa perempuan yang Ad panggil Ayang tu? Hehe, kontroversi kan?






4 comments:

cikpelangi said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

haduiyai,sape pulak yg die panggil ayang ni??mintak2 lah si nasha athierah ammar adwan tu. =)

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Siapa dia ayang, kita cerita next chapter ye:)

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Erkss.. Sapa lak ni.. Eyyy! Ad ni da kawen ke blom.. Konpius aiii! Tu anak dia ke bukan.. Ayang tu xwife ke..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Kak Arin nii suka bikin saspens tahu :(

Siapa pulak yg di panggil ayang tuh? Sya? Takkan Sya ikut Wan pegi amek Erina kot? Huii, bikin hati sye gundah gelana la akak ni :p