Love 9
Amir Adwa memakir keretanya di bahu
jalan berhampiran pintu pagar utama taska. Dia melangkah ke dalam taska tersebut. Tidak seperti kebiasaannya, kelibat Erina
Casandra langsung tidak kelihatan.
“Encik Am,” satu suara kedengaran
menyapa Amir Adwa.
“Cikgu Laila,” Amir Adwa tersenyum
lebar.
“Sihat?” soal Amir Adwa kemudian.
“Alhamdulillah, Encik?” Laila turut
tersenyum sopan.
“Makin sihat lepas jumpa awak,” Amir
Adwa tersengih lebar melihat muka Laila yang kemerahan .
“Isy, ada-ada je Encik Am ni,” Laila
jadi serba tak kena.
“Kenapa Encik datang ni?”soal Laila,
cuba berlagak tenang.
“Oh, mestilah nak jemput tuan puteri
sorang tu. Macam biasa,” jawab Amir Adwa. Karang kalau dia kata nak jumpa
awaklah Cik Laila, mahu ada yang berdesup masuk dalam taska terus pula.
“Mana dia? Masih kat dalam ke?” Amir
Adwa terjenguk-jenguk ke dalam taska. Takkanlah Erina nak merajuk sebab dia
terlambat?
“Eh? Encik Am tak tahu ke?” berkerut
dahu Laila.
“Tahu apa?” Amir Adwa pelik dengan
soalan Laila.
“Erina dah balik. Tadi ada sorang
perempuan muda jemput dia. Saya benarkan Erina balik sebab Erina kata itu mama
dia.” Tutur Laila.
Amir Adwa tersentak mendengar
kenyataan Laila. Perempuan muda? Mama?
“Oh no,” Amir Adwa sebak rambutnya
yang tidaklah panjang mana tu ke belakang. Dia resah.
“Kenapa?” soal Laila. Terdetik juga
rasa tak sedap hati apabila melihat gaya Amir Adwa tadi.
“Dia, dia datang ambil Erina? Dah
lama ke?” soal Amir Adwa dengan muka serius.
“Err, dalam 15 minit lepas.” Laila
takut-takut menjawab.
“Habis...”Amir Adwa menggumam
perlahan. Handphonenya di bawa keluar
dari saku seluar.
“Saya minta diri dulu Laila.” Amir
Adwa bergerak mendapatkan keretanya semula.
“Encik Am, saya...”
“Hisy, dia tak angkat call pulak.”
Amir Adwa kembali menekan skrin handphonenya tanpa menyedari wajah Laila yang
mula berubah riak.
“Cikgu Laila, next time kalau perempuan tu datang nak ambil Erina, please jangan lepaskan Erina keluar.
Atau incase ada orang lain yang
datang jemput dia pun, jangan benarkan. Hanya saya, papa Erina dan ibu saya
yang boleh bawa Erina keluar dari taska ni. Please.”
Laju Amir Adwa menyampaikan kata-katanya.
Belum sempat Laila mahu bertanya
lanjut, Amir Adwa sudah memboloskan dirinya ke dalam kereta.
Akhirnya, Laila di tinggalkan
terpinga-pinga sendirian.
“Awak buat apa ni?”terus Amir Adwa
terjah pakai suara serius bila panggilannya di sambut. Tangan masih mengawal
stereng selepas kedudukan handsfree di betulkan.
“Am, saya minta maaf.” Lembut dan
sayu suara di hujung sana talian berkata.
“Look,
jangan buat kerja gila boleh tak? Kalau abang Wan tahu ni...”
“Please
Am, please.” Suara di sana merayu.
“Awak kat mana ni?” soal Amir Adwa.
Ada rasa bersalah di hatinya, namun dia terpaksa buat hati kering. Dia risaukan
keselamatan Erina, lebih daripada segalanya. Cukuplah sekali Erina di larikan
wanita tua yang juga merupakan ibu kepada wanita ini dahulu. Dia sudah serik.
“Please
Am, jangan bagitahu abang awak. Saya betul-betul rindukan Erina.” Suara di
hujung sana sudah bergetar menahan sendu.
“Awak dekat mana?” soal Amir Adwa.
Dia faham perasaan wanita di hujung sana talian
tersebut, tetapi dia tidak mahu mengambil sebarang risiko.
“Please
Am, sejam pun cukup. Saya berdua dengan Erina je ni. Saya janji tak beritahu
pada mak saya. Please, Am?” ucap
wanita tersebut.
Amir Adwa mengeluh perlahan.
Ammar Adwan segera mencapai telefon
bimbitnya. Seketika, panggilannya sudah bersambut.
“Assalamulaikum,”
“Wa’alaikumsalam, Wan.” Puan Wahidah
menjawab salam anaknya.
“Ibu, Erina ada? Wan nak cakap sikit
dengan dia ni.”pinta Ammar Adwan.
“Erina belum sampai lagi ni Wan.
Kamu cuba telefon adik kamu tu. Dia bawa Erina jalan-jalan dulu agaknya.” Kata
Puan Wahidah.
“Oh, okay. Wan letak dulu
bu,”setelah berbalas salam, Ammar Adwan segera mendail nombor telefon adiknya,
Amir Adwa.
“Hello,” lambat-lambat Amir Adwa
mengangkat panggilan abangnya. Hati sudah tak senang.
“Hello,
Am. Erina ada? Abang nak cakap dengan dia kejap.” Pinta Ammar Adwan.
“Err,” Amir Adwa garu kepala
sendiri.
“Kenapa?”
“Sebenarnya,” Amir Adwa tarik nafas
dalam.
“Erina tak ada dengan Am,” jawabnya
seketika kemudian.
“WHAT?!”
Amir Adwa menyeringai menahan jeritan abangnya. Sudahlah dia guna handsfree ni, rasa nak pecah gegendang
telinga tahu.
“Sebelum Am sampai tadi, dah ada
seorang perempuan ambil Erina.”jawab Amir Adwa.
“Perempuan?” Ammar Adwan berkerut
dahi. Perempuan? Takkanlah...
“Perempuan tu? Perempuan tu yang dah
bawa Erina kan?!” Ammar Adwan tak sedar suaranya sudah makin meninggi.
“Abang Wan, macam ni...”
“Am, kau lupa apa yang abang pesan?
Kau lupa Am?!” Ammar Adwan makin hilang sabar.
“Abang Wan, Am...”belum sempat Amir
Adwa menyudahkan kata-katanya, talian sudah diputuskan.
“Hello,” lembut suara di hujung
talian menyambut panggilannya langsung tidak berjaya membuatkan hatinya sejuk.
“Mana Erina?” terus terang dia
bertanya.
“Awak,”
“Mana Erina?!” makin tegang suara Ammar
Adwan bertanya.
Suara halus di hujung talian
kedengaran lemah melepaskan keluhan.
“Awak, saya bawa Erina jalan-jalan
je...saya...”
“Cakap, mana Erina?” Ammar Adwan sudah
bangkit berjalan mundar mandir di hadapan meja kerjanya.
“Ammar Adwan, saya...”
“Kalau tak, saya buat laporan polis,
awak cuba culik anak saya.” Ammar Adwan mula mengugut.
“Wan! Awak dah melampau,” suara di
hujung talian sudah bergetar sebak.
“Salah ke saya nak jumpa Erina, nak
luangkan masa dengan Erina?”
Ammar Adwan melepaskan keluhan
berat. Getar suara wanita di hujung sana talian membuatkan hatinya terbahagi
dua.
Buat beberapa ketika, talian sepi
tanpa sebarang kata.
“Saya dekat Sunway Pyramid.” Beritahu suara di hujung
talian tanpa di soal.
“Papa! Jomlah datang sini! Best! Mama
bawak Erina main dekat sini, jomlah papa!”suara comel Erina menyapa telinga Ammar
Adwan.
“Sayang,”
“Papa, cepatlah! Datang ye...lama
kita tak jalan-jalan dengan mama,” suara ceria Erina mengundang rasa sebak di
hati Ammar Adwan. Pasti si kecil itu merindui mamanya. Namun dia tidak punya
pilihan. Mungkin tindakannya kejam, tapi dia tidak punya pilihan lain lagi.
“Erina sayang, papa kena duduk dekat
office, ada kerja lagi. Erina main dengan mama je ye?” sayup-sayup suara si
wanita memujuk Erina.
Sekilas jam tangannya di kerling. Masih
dalam waktu pejabat.
“Papa, papa busy ye? Alahh, tak
bestlah papa tak de...” kedengaran suara Erina mengomel tak puas hati.
“Best sangat ke? Papa nak join
boleh?” soal Ammar Adwan.
“Papa nak datang?” jelas suara Erina
kedengaran ceria sekali.
“Kejap lagi papa sampai.” Balas Ammar
Adwan.
“Hooray!!”
“Papa, drive safely ye. Erina tunggu
kat sini dengan mama.” Erina berkata ceria.
“Okay sayang,” Ammar Adwan menamatkan
panggilan sambil berjalan keluar dari pejabatnya.
“Zana, saya keluar kejap. Kalau ada
benda penting, awak text saya.” sempat Ammar Adwan berpesan pada PAnya sambil
melangkah beredar dari situ.
Ammar Adwan nekad kali ini. Ada
beberapa perkara yang perlu di selesaikan antara dia dan wanita tersebut. Ini
untuk masa depan Erina.
“Papa!!” Erina ceria menyapanya
sebaik dia sampai.
“Hai sayang,” sekilas kedua belah
pipi Erina di kucup sebelum Erina di bawa ke dukungannya.
“Papa, lambatnya papa sampai. Erina dah
penat. Lapar.”Erina buat muka kelatnya.
“Alah, kesian anak papa ni. Lapar?” Ammar
Adwan mengusap kepala Erina yang masih di dalam dukungannya.
Erina Casandra segera mengangguk.
“Okay, jom.” Erina di turunkan
daripada dukungannya.
“We need to talk.” Ammar Adwan berkata
pada wanita muda yang anggun bergaya di hadapannya.
“Wan,”baru selangkah Ammar Adwan bergerak,
wanita muda itu memanggil namanya.
“Maaf, saya...”
“Ayang, come. Kita bawa Erina makan dulu. Later on kita cakap. Okay?”Ammar Adwan terus melangkah sambil
memimpin tangan Erina.
Wanita itu hanya mengangguk perlahan
tanda bersetuju.
Hi:)
1. Siapa perempuan yang Ad panggil Ayang tu? Hehe, kontroversi kan?
1. Siapa perempuan yang Ad panggil Ayang tu? Hehe, kontroversi kan?
4 comments:
haduiyai,sape pulak yg die panggil ayang ni??mintak2 lah si nasha athierah ammar adwan tu. =)
Siapa dia ayang, kita cerita next chapter ye:)
Erkss.. Sapa lak ni.. Eyyy! Ad ni da kawen ke blom.. Konpius aiii! Tu anak dia ke bukan.. Ayang tu xwife ke..
Kak Arin nii suka bikin saspens tahu :(
Siapa pulak yg di panggil ayang tuh? Sya? Takkan Sya ikut Wan pegi amek Erina kot? Huii, bikin hati sye gundah gelana la akak ni :p
Post a Comment