My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

30 June 2012

Love Make Me Smile 22




Love 22

            Amran Adli duduk melepaskan lelah pada sebuah kerusi taman. Tali DSLR masih setia tergantung di lehernya. Topi cap di tanggalkan daripada kepalanya. Peluh yang merinik di dahi di kesat perlahan.
            “Nyaris kantoi lagi.” nafas panjang di hela menggambarkan rasa lega yang tidak terhingga.
            Sebentar tadi, seperti kebiasaanya dia akan pergi menjenguk permata hatinya secara curi-curi di sekolah. Entah bagaimana pula secara tiba-tiba sahaja adiknya, Amir Adwa boleh muncul pula pada jam-jam begini. Selalunya menginjak petang barulah nampak bayang adiknya menjemput pulang si kecil di sekolah itu.
            “Erina,”seketika bibirnya mengukir senyuman sedikit. Teringat ketika seorang wanita muda melaung memanggi  si kecil yang menjadi perhatiannya selama ini itu. Erina rupanya nama si kecil itu.
            Tetapi reaksi wajah Amir Adwa yang cemas semacam mengundang kegusaran di hatinya. Ada benda tak baik dah jadi ke?
            “Ibu? Atau Wan?” Amran Adli melepaskan keluhan perlahan. Dalam hati dia berdoa, semoga kedua mereka terlindung daripada segala macam bahaya dan perkara yang tidak baik.
            Otak terlanjur memikirkan ibunya, sekaligus menerbitkan rasa rindu pada keluarga yang sudah lama di tinggalkan itu. Masih ingatkah mereka pada aku?
            Sekiranya mereka tahu aku masih hidup, dan sudah pulang ke sini semula, mahukah mereka memaafkan aku seterusnya menerima aku kembali?
            Bermacam soalan menerjah benaknya. Amran Adli mengeluh lagi. Andai saja dia punya kekuatan untuk berhadapan dengan semua ahli keluarganya itu ketika ini...
            “Apa yang dah berlaku ya?” hatinya jadi tak tenang bila mengenangkan riak wajah cemas adik bongsunya itu tadi. Pasti ada benda tak baik dah jadi, dia pasti tentang itu.
            ‘Ibu tak sihat ke?’ otak membuat andaian sendiri. Apapun, dia patut menyusuli Amir Adwa. Dia perlu tahu apa yang sudah terjadi, jika tidak hatinya bakal tidak tenteram.
            Sesaat, Amran Adli sudah tegak berdiri. Tanpa berlengah, kaki di hayun menuju ke arah keretanya yang di parkir di hujung taman permainan tersebut.
            Sambil kaki melangkah, kepalanya memerhati keadaan sekeliling. Bimbang ada yang mengekorinya. Kaca mata hitam sudah terletak di tempatnya. Topi cap yang menutupi sebahagian kepalanya di tarik ke bawah sedikit. Alarm kereta di tekan, sebelum dia membuka pintu belah pemandu Inspira putih tersebut.
            Inspira di undur keluar dari petak parking tersebut tanpa menyedari kehadiran seseorang di belakang keretanya.
            Amran Adli kaget apabila terasa keretanya sudah menghentam sesuatu di belakang. Segera dia melangkah keluar untuk memeriksa keadaan.
            “Maaf, saya tak perasan awak nak lintas kat belakang tadi,” Amran Adli merapati wanita bertudung litup yang sedang mengaduh sakit di atas tar.
            “Tak, salah saya sebab jalan menonong je tak toleh kiri kanan,” si wanita menjawab perlahan sambil memeriksa tangannya yang luka bergesel dengan permukaan kasar jalan tar.
            “Saya hantar awak ke klinik?” soal Amran Adli. Rasa bersalah menghantui dirinya apabila melihat luka di tangan wanita itu yang sudah mula mengeluarkan darah.
            “Tak pe. Sikit je ni,” wanita itu cuba untuk bangkit.
            Are you sure miss? Your wound is bleeding. Saya rasa better awak dapatkan rawatan supaya luka tu tak melarat ke penyakit lain pula.” Amran Adli teragak-agak untuk membantu wanita itu bangkit. Tetapi untuk hanya melihat dan sekadar menjadi pemerhati, dia rasa tidak patut pula.
            “InsyaALLAH. Saya boleh pergi sendiri saja,” wanita itu sudah berkira-kira untuk beredar, namun Amran Adli segera menghalang.
            No, saya yang cuai. So, biar saya yang bertanggungjawab. Saya hantar awak pergi klinik, bil or anything, everything on me.” Pintu sebelah pemandu di buka.
            “Encik, it’s okay. Saya drive tadi,” wanita itu mengisyaratkan jari ke arah sebuah kereta City berwarna merah selang tiga buah kereta di sebelah kiri mereka.
            “Oh, kalau macam tu bagi kunci kereta awak. Biar saya drive ke klinik,” cadang Amran Adli. Dia memang ikhlas mahu membantu.
            Wanita tadi tersenyum kecil.
            “Maaf, saya tak kenal encik. So memang taklah kan, saya senang-senang nak percaya encik sampai beri encik pandu kereta saya tu,” wanita itu menjawab.
            “Cik, saya tak ada niat lain selain nak bantu awak. Saya rasa bersalah sebab awak sampai luka-luka macam ni kerana kecuaian saya.” Amran Adli membela diri. Ewah perempuan ni, dia ingat aku ni apa? Perogol bersiri? Penjenayah paling di kehendaki?
            “Maaf, saya minta diri dulu.” Wanita itu  sudah mula mengatur langkah, namun sekali lagi Amran Adli menghalang.
            “Nah, pegang ic saya. Kalau saya buat macam-macam, silalah bawa benda ni jumpa abang polis kat balai.” Amran Adli mengeluarkan mykadnya dari wallet lalu di hulurkan pada wanita di hadapannya itu.
            Berkerut dahi wanita tersebut melihat huluran Amran Adli. Gila apa mamat sorang ni? Ni apa? Taktik mengurat macam ni dah lapuk cik abang oii!
            ‘Tapi kenapa bila pandang muka mamat ni aku macam terbayang seseorang je ye? Mata dia ni mengingatkan aku pada....’
            Ammar Adwan. Mata itu persis seperti lelaki pujaannya itu.
            “Meh kunci,” suara si lelaki entah siapa di hadapannya itu mematikan terus layangan fikiran Diana.
            “Boleh percaya ke awak ni?” soal Diana sambil menyambut huluran lelaki di hadapannya itu. Sekilas nama lelaki itu di bacanya.
            ‘Amran Adli,’
            “Ya ALLAH, awak nak saya buat macam mana lagi baru kita nak sampai ke klinik ni? Luka awak tu, tak sakit ke?” soal Amran Adli dengan suara yang sudah mulai tegas. Orang nak tolong ni pun kira untung tau. Banyak pula ragam dia. Ingat aku ni ada banyak sangatlah masa lapang nak melayan karenah dia ni?
            ‘Kau ni pun satu Adli, dah dia kata nak pergi klinik sendiri tadi, kau pula yang gatal nak hantar. Baik hati sangat!’ hati kecilnya mengomel tak setuju.
            ‘Aku rasa tak patutlah, dah buat anak orang berdarah-darah macam tu, lepas tu lari je terus. Tak gentlemen lah,’ satu suara lain mengeluarkan kata-kata pembelaan.
            ‘Dia pun salah apa? Apa tadi masa berjalan mata letak kat tapak kaki ke? Tak nampak orang nak reverse kereta? Nak bunuh diri pun janganlah kat tempat playground ni...’
            “Astagfirullah,” Amran Adli berkata perlahan. Hatinya berbelah bahagi dan saling berbalah sesama sendiri. Syaitan tak pernah puas untuk mengenakan anak cucu Adam. Mereka tidak suka melihat anak cucu Adam berbuat kebaikan waima sekecil-kecil kebaikan pun.
            “Sekarang ni, perempuan patut lebih berhati-hati, lagi-lagi dengan strangers macam awak ni...” Diana menggumam perlahan namun jelas di pendengaran Amran Adli.
            “Suka hati awaklah. Saya malas nak paksa-paksa orang sombong yang prejudis macam awak ni,” Amran Adli merengus marah.
            Fine, I’m leaving. Tapi jangan salahkan saya kalau jadi apa-apa.” Mykad yang masih di pegangan wanita itu segera di rampas.
            Diana hanya memerhati. Huh! Nak marah-marah orang pulak! Dah baik aku tak kata nak minta pampasan ke apa tadi!
            Amran Adli melangkah ke tempat pemandu kereta. Diana pula mula mengatur langkah beredar.
            Baru sahaja Amran Adli mahu memboloskan diri ke dalam perut Inspiranya, bunyi benda jatuh di belakangnya membuatkan tingkahnya mati serta merta. Spontan dia berpaling.
            “Eh, Cik!” terkejut Amran Adli melihat wanita tadi sudah terkulai di atas jalan.
            “Isy, tengoklah. Degil sangat kan tadi, tengok apa dah jadi sekarang?” sempat pula Amran Adli mengomel sambil  tunduk memeriksa keadaan wanita yang di langgarnya secara tidak sengaja itu tadi.
            Matanya meliar ke kiri dan kanan, cuba mencari bantuan. Malangnya, tiada sesiapapun di situ kecuali mereka.
            “Cik,” bahu wanita itu yang berlapik dengan kain baju jubah di cuit sedikit.
            “Saya minta maaf ye, saya tak ada pilihan lain.” Tanpa berlengah, terus sahaja wanita itu di cempungnya ke dalam Inspira.
            “Tadi sombong sangat, tengok sekarang siapa susah?” Amran Adli meletakkan handbag wanita itu ke tempat duduk belakang. Kereta di pandu menuju ke pusat perubatan berhampiran.
            ‘Mana agaknya klinik tak pun hospital di kawasan ni ye?’ sambil memandu,  matanya meliar ke kiri dan kanan jalan.
            ‘Rasanya kat depan sana tu ada satu klinik...’mengenangkan itu, laju sahaja keretanya di pandu menuju ke destinasi.


            Amran Adli teragak-agak untuk membuka beg tangan wanita tadi yang masih berada di tempat duduk belakang keretanya.
            Namun, mengenangkan dia perlu mendapatkan kad pengenalan wanita tersebut untuk tujuan pendaftaran pesakit, di gagahkan juga dirinya.
            Purse panjang di bawa keluar lalu di buka. Mykad di tarik keluar sebelum purse tersebut di tutup kembali seperti asal.
            “Diana Binti Abdul Rauf,”Amran Adli membaca nama yang tertera pada kad tersebut sambil kaki mula melangkah menuju ke kaunter hadapan klinik berkenaan.
            “Encik, tadi doktor cari.”petugas di kaunter klinik tersenyum menyampaikan pesanan.
            “Oh,” Amran Adli terus menuju ke bilik kedua yang menempat bilik rawatan.
            Pintu bilik di ketuk sebelum dia melangkah masuk.
            “Encik, sila duduk.” Doktor berbangsa India itu tersenyum mesra sambil mempersilakan Amran Adli duduk di kerusi yang tersedia di hadapannya.
            “Encik tak perlu risau, isteri encik tidak ada apa-apa masalah kesihatan yang serius. Dia hanya mengalami demam biasa. Luka akibat terjatuh itu juga sudah saya rawat.”tutur doktor tersebut sambil mengukir senyum pada Amran Adli dan juga wanita di sebelahnya.
            Amran Adli hampir saja tergolek jatuh dari kerusi gara-gara kata bicara doktor itu tadi. Isteri? Siapa? Perempuan sombong ni?
            “Kami bukan suami isteri. Kami tak kenal pun. Saya kebetulan berada di tempat kejadian masa dia pengsan tadi,” Amran Adli mengerling sekilas wanita di sebelahnya. Wajah pucat milik wanita itu hanya diam membisu.
            “Oh, begitu ke? Maafkan saya. Saya ingatkan awak berdua suami isteri tadi,”
            “Saya dah boleh balik kan doktor?” soal Diana, lemah dan lesu.
            Doktor itu mengangguk. “Tapi sebelum tu, ambil ubat dulu ya,” doktor itu menyerahkan sehelai kertas yang sudah di tulis entah apa kepada seorang jururawat.
            “Jaga diri, jaga makan. Ubat nanti makan ikut masa. Kalau rasa demam cik makin teruk, segera ke hospital dapatkan rawatan lanjut.” Doktor itu sempat berpesan.
            Diana mengangguk saja tanda faham.
            Thanks, doc.” Amran Adli bersalam dengan doktor tersebut.
            Most welcome. Selamat jalan,”
            Selesai mengambil ubat, Diana terus sahaja melangkah keluar. Hatinya masih geram apabila lelaki itu berkeras mahu menanggung segala kos perubatan.
            “Diana,”suara yang memanggilnya itu membuatkan Diana serta merta berpaling lengkap dengan jelingan tajam.
            “Macam mana awak tahu nama saya?”
            Amran Adli tak berkata apa. Dia berjalan ke arah keretanya yang di parkir berhadapan klinik.
            “Hey! Saya bercakap dengan awaklah, Encik Pelik!”Spontan lengan Amran Adli di capainya bagi mengelakkan lelaki itu berlalu pergi.
            Amran Adli menoleh ke belakang mencari seraut wajah yang masih pucat tak bermaya itu.
            “Dah sakit macam ni pun, masih ada tenaga nak jerit marah saya macam ni?” Amran Adli bertanya sinis. Ada pulak sesuka hati dia je panggil aku Encik Pelik?
            Diana menarik nafas perlahan. Kepala masih terasa berat, emosi pun turut terjejas sama.
            “Terima kasih,” Diana tunduk merenung lantai. Tak berdaya saja rasanya nak memandang wajah ‘orang tu’ selepas apa yang di cakapkannya tadi.
            “Kena marah pun awak nak berterima kasih?” Amran Adli tergelak kecil.
            “Awak atau saya yang pelik sekarang ni?” soal Amran Adli sambil berjalan menghampiri Diana.
            Diana spontan mengerling sekejap wajah lelaki itu. Geram!
            “Terima kasih sebab tolong saya,” ucap Diana.
            “Aha?” Amran Adli bersandar pada badan keretanya. Wajah Diana yang sedang menunduk di pandang dengan senyuman. Entah kenapa terasa mahu mengusik orang pula sekarang ni.
            Come again?” Amran Adli senyum lagi.
            Thanks for helping.” Diana turutkan saja kemahuan lelaki itu.
            “Oh, itu.” Amran Adli membetulkan cap di kepalanya. Bibir masih dengan senyuman.
            “Awak kena berehat. Mari, saya hantarkan.” Amran Adli menarik hujung lengan baju jubah yang di pakai Diana.
            “Tapi,”
            “Jangan banyak cakap. Kalau awak pengsan tepi jalan lepas ni, jangan harap akan ada orang baik yang ikhlas tolong perempuan cantik macam awak ni tanpa niat jahat macam saya lagi tahu,” Amran Adli tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri. Puji diri tak ingat dunia!
            Handbang awak, sorry saya buka nak cari IC awak tadi. Tapi jangan risau, saya tak kacau apa-apa barang awak yang lain pun, saya buka ambil IC lepas tu simpan semula dalam handbag ni.” sebelum wanita di hadapannya itu bertanya, lebih baik dia siap berterus terang.
            “Terima kasih,” sekali lagi Diana mengucapkan kata terima kasih pada Amran Adli yang sudah mengambil tempat di sebelahnya. Bersiap sedia untuk memandu.
            Sepanjang perjalanan, keduanya hanya senyap tanpa kata. Baik Amran Adli mahupun Diana, masing-masing hanya membisu.
            Sure tak nak saya hantar terus ke rumah awak?” Amran Adli meminta kepastian selepas memakir keretanya bersebelahan dengan City merah milik Diana di kawasan parking playground yang menjadi tempat pertemuan mereka tadi.
            Sure do,” Diana sedaya upaya mengukir senyuman.
            Okay, then.” Walaupun masih risau dengan keadaan wanita di sebelahnya itu, namun Amran Adli sedar dia bukanlah sesiapa untuk memaksa wanita itu tunduk dan akur pada kehendak dan keputusannya.
            Drive safely, Diana.” Kata Amran Adli.
            Thanks, but nama awak...”
            “Adli, boleh panggil saya Adli.” Amran Adli senyum.
            Okay, Adli. Thanks.” Diana masih teragak-agak. Sepanjang perjalanan tadi dia mempertimbangkan, namun...
            “Er, Adli saya...” wajah Amran Adli di sisi di kerling sekejap sebelum dia melarikan pandangan kehadapan semula.
            Yes?” Amran Adli menoleh ke arah Diana di sebelah.
            “Saya harap awak tak salah faham, but can I get your phone number?” soal Diana perlahan.
            Amran Adli agak terkejut dengan permintaan wanita itu.
            Pardon me?” Amran Adli meminta kepastian. Ke aku yang salah dengar, perempuan ni minta nombor telefon aku tadi?
            Your number. Saya rasa tak sedap hati, rasa terhutang budi dengan awak. So, saya perlukan contact number awak supaya bolehlah saya nak, yaa you know kind of...arrange satu masa untuk balas budi awak ni?” kata Diana, terus terang.
            “Awak jangan salah faham, saya cuma tak suka terhutang budi dengan orang...”
            “Oh, macam tu. Sia-sia je saya terkejut beruk tadi. Ingatkan awak nak ngorat saya ke kan...” ujar Amran Adli bersama gelak tawanya.
            Wajah Diana merona merah dengan kata usikan lelaki yang baru beberapa jam di temuinya itu.
            No need contact number. If anything, awak boleh contact saya guna benda ni.” Amran Adli menghulurkan sekeping kertas memo kecil yang sudah di stamp dengan alamat url laman sesawangnya kepada Diana.
            “Amran Adli lensa story studio dot com?”berkerut dahi Diana membaca perkataan yang tertera pada kertas yang di berikan lelaki itu.
            “Yup, twenty-four seven available. InsyaALLAH.” Amran Adli tersenyum lagi.
            “Awak ni, photographer?”
            Amran Adli senyum saja tanpa jawapan kepada soalan Diana tadi. melihatkan Amran Adli yang hanya tersenyum, Diana tidak lagi bertanya lanjut. Tambahan pula kepalanya semakin berat, lalu segera dia meminta diri untuk beredar.
            City merah milik Diana beransur pergi. Amran Adli bersandar lemah pada badan keretanya.
            “Esok ada job dekat Melaka. So, sehari suntuk aku tak dapat jumpa Erina...” Baru dia teringat bahawa dia perlu ke Melaka untuk satu resepsi perkahwinan pelanggannya.
            “Ibu,” bibir menggumam perlahan. Patutkah dia muncul semula sekarang? Adakah kemunculannya bakal mencetuskan masalah yang lebih besar?
           

            “Kenapa ni Pak su?” Erina menyoal Amir Adwa yang sedang berlari-lari anak sambil mendukungnya masuk ke dalam rumah.
            “Erina sayang papa tak?” soal Amir Adwa tiba-tiba.
            “Mestilah sayang,” laju tanpa ragu Erina menjawab.
            “Kalau macam tu, janji dengan Pak su Erina takkan jumpa mama Ayang lagi.”ucap Amir Adwa sambil menyerahkan Erina kepada Puan Wahidah.
            “Kita akan dapatkan perintah mahkamah untuk halang Dayang Safiya dan emak dia datang jumpa Erina. Berani mereka datang sini ugut kita macam tu?” Amir Adwa masih tak sudah dengan amarahnya.
            “Am,” Puan Wahidah mengusap lembut bahu Amir Adwa untuk menenangkannya.
            “Perempuan tu memang dah lama hidup agaknya.” Amir Adwa merengus geram.
            “Mentang-mentanglah Abang Wan tengah dekat Sabah sekarang ni, berani dia ugut nak culik dan larikan Erina? Apa dorang ingat Malaysia ni negara yang tak ada undang-undang ke? Mereka nak cabar undang-undang nampaknya.” Makin meruap amarah Amir Adwa apabila mengenangkan rancangan jahat dua beranak itu.
            “Sabar dulu Am,” pujuk Puan Wahidah.
            “Nak sabar apa bu? Dorang ni dah melampau sangat!” Amir Adwa merengus geram.
            “Mereka ingat ugutan macam ni tak boleh jadi kes polis ke? Dorang ingat kes culik ni benda main-main?” Amir Adwa duduk di sofa bersebelahan Erina yang terpinga-pinga dengan situasi di depannya.
            “Kejap, Am call kawan Am dulu. Kita minta tolong dia untuk dapatkan jaminan keselamatan untuk Erina dulu.” Amir Adwa bangkit berjalan ke luar rumah untuk membuat panggilan.
            “Sayang cucu nenek,” Puan Wahidah membawa Erina ke dalam pelukannya. Dahi si kecil di kucup penuh kasih dan sayang.
            Sejak sebesar tapak tangan Erina Casandra di jaganya, dan kini semudah itu mereka mahu merampas Erina daripada mereka sekeluarga?
            Tidak, dia tidak akan sesekali membenarkan itu terjadi.
            Kehadiran Nasha Athierah ke dalam keluarga mereka bakal melindungi kedudukan Erina di dalam keluarga mereka tak lama lagi. Hanya beberapa hari yang tinggal sebelum majlis nikah hujung minggu nanti.
            “Kenapa Pak su marah dengan mama Ayang, nek?” soal Erina.
            “Dia dah kacau sesuatu yang kami sayang sangat.” jawab Puan Wahidah.
            “Mama tak minta maaf ke, nek? Dia tak sengaja kot?” Erina Casandra berkata.
            “Tak sayang,”..sayang masih kecil, sayang takkan faham tentang apa yang terjadi sekarang ni...
            Puan Wahidah sebak. Lantas tubuh kecil Erina kembali di dakap erat. Seperti kata Ammar Adwan sebelum ini, Erina Casandra ibarat hati yang menjadi nadi keluarga. Tanpa Erina, keluarga ini bakal hilang serinya.




           
_____________
HI:)
1. Semoga terhibur. Ni cerita selingan sbb nak ubati luka hati kak dian kita yang dah di reject abang ammar. Tapi okay apa, tak dapat abang ammar, tapi jumpa abang adli kan? hehe, doa-doa untuk dorang berdua ye sebab kak dian pun dah berubah sekarang ni:)

2.   Ni entry sebelum exam penting isnin ni. Doakan semuanya goes smoothly for me yeah? thanks:)      
 3. Kalau sudi, komenlah. Nanti saya check dan reply mana yang boleh ye. Thanks:)
           
           
           
           

           
           
            

24 June 2012

Love Make Me Smile 21





Love 21
            Assalamualaikum,” Ammar Adwan segera menanggalkan kasutnya sebelum berlari-lari anak memasuki  rumahnya.
            “Ibu,” susuk tubuh ibunya segera di cari. Satu rumah sudah dia pusing, namun ibunya masih gagal dijejaki. Segera dia membuka pintu gelungsur di sisi ruang tamu. Kaki dihayun deras menuju ke kolam ikan mini di situ.
            “Ibu,” sekali lagi dia memanggil.
            “Wan? Kenapa kamu boleh ada kat sini pula masa macam ni? Ada tertinggal barang ke?”soal Puan Wahidah yang muncul di sebalik pokok bunga di taman. Belum jam 5 petang, tetapi Ammar Adwan sudah elok terpacak di rumah.
            “Wan tak perasan pula ibu kat luar. Ingat ibu ada kat dalam tadi,” luah Ammar Adwan.
            “Ibu nampak kamu masuk tadi. Ingatkan kamu nak ambil barang apa ke,” balas Puan Wahidah sambil menanggalkan sarung tangannya.
            “Kenapa ni? Muka resah semacam je?” soal Puan Wahidah lagi. dengan rambut berserabai macam tu, muka yang sememeh saja...Ya ALLAH, apa kena dengan anak bujang aku seorang ni?
            “Ibu, Wan dah buat keputusan.” Ucap Ammar Adwan. Tangan ibunya digenggam erat.
            “Keputusan apa ni Wan?” Puan Wahidah merenung wajah Ammar Adwan.
            “Ibu bersiap, kita gerak sekarang juga.” Beritahu Ammar Adwan sebelum dia mula berkira-kira untuk mengatur langkah.
            “Eh, nak ke mana Wan? Dengan kamu yang comot macam ni? Cubalah kamu bawa muka kamu ni ke cermin kejap Wan,” Puan Wahidah segera menahan Ammar Adwan.
            Ammar Adwan terdiam seketika. Otak segera mengingati semua perkara yang di lakukannya sepanjang hari ini. Lepas insiden di office tengahhari tadi, dia terus keluar. Sepanjang petang dia duduk termenung di di pinggir pantai. Punyalah kusut fikiran sampai tak sedar dah sampai sempadan negeri sembilan dia memandu tanpa arah tujuan. Dah alang-alang dia terus sahaja ke Teluk Kemang. 2 jam duduk berfikir, akhirnya dia sudah punya keputusan. Dia nekad. Apa nak jadi, jadilah. Dia mahu pergi menagih janji dan penjelasan daripada keluarga Nasha Athierah atas apa yang sudah berlaku.
            “Ke rumah bakal besan ibu.” Ucap Ammar Adwan dengan senyuman segaris.
            Puan Wahidah yang terkejut dengan perkara yang tidak di sangka itu hanya mampu kaku berdiri.
            Biar betul kamu ni Wan?
            “Tapi,”..isy! Takkanlah dia dah dapat hidu apa-apa pula?
            “Please ibu, nanti dalam perjalanan Wan cerita kenapa, apa, dan bagaimana ini boleh berlaku.” Ammar Adwan memimpin Puan Wahidah untuk segera masuk ke dalam rumah.
            “Ibu pergilah bersiap. Wan nak naik mandi, tukar baju kejap. Wan dah call Am, minta dia jaga Erina sepanjang kita di sana nanti.” Ammar Adwan sudah berlari-lari anak memanjat anak tangga menuju ke biliknya.

           
            Tok Mi memandang wajah anaknya silih berganti dengan wanita pertengahan usia yang duduk di sisi Ammar Adwan. Nora Afieqah sedang menyediakan hidangan makan malam di dapur.
            Sepi. Sejak tadi, soalan demi persoalan yang diajukan Ammar Adwan masih belum di jawab oleh Puan Hayati.
            “Untie masih tak percaya ke dengan keikhlasan saya?” suara Ammar Adwan yang tenang tadi sudah mula bergetar menahan rasa.
            Puan Hayati memandang sekilas wajah wanita di sisi Ammar Adwan sebelum pandangannya singgah pada si jejaka.
            Puan Hayati menghela nafasnya perlahan.
            “Kalau kamu betul ikhlas nakkan anak Untie, kamu patut masuk meminang dia sejak awal.” Puan Hayati menjawab dengan nada lembut. Hatinya jadi serba salah sebaik menyedari mata Ammar Adwan yang sudah berkaca.
            Ammar Adwan melepaskan keluhan perlahan. Tak semudah itu.
            “Saya betul-betul ikhlas sayangkan Nasha Athierah Untie Yatt. Tapi keadaan saya sekarang...saya tak boleh buat keputusan secara mendadak untuk terus hantar rombongan meminang dia Untie,” satu persatu wajah di ruang tamu itu di pandangnya.
            “Saya ikhlas nak ambil Nasha Athierah sebagai isteri saya, tetapi saya risau penerimaan anak saya,” luah Ammar Adwan.
            Puan Hayati memandang wajah wanita di sisi Ammar Adwan. Wanita itu menguntum senyuman segaris sambil mengusap lembut belakang anak bujangnya.
            “Anak?” walau dia sudah tahu tentang segalanya, Puan Hayati tetap juga menyoal. Dia mahu Ammar Adwan sendiri bercerita padanya.
            Dia tahu dari A-Z cerita berkenaan ‘anak’ Ammar Adwan tersebut dari ibu jejaka itu sendiri. Namun, kali ini biarlah Ammar Adwan sendiri membuka mulut bercerita lebih lanjut.
            “Ya. Anak saya, Erina Casandra. Anak abang sulong saya yang sudah saya anggap seperti anak saya sendiri.” Ammar Adwan menarik nafas panjang.
            “Kenapa pula budak perempuan tu yang jadi masalahnya? Dia anak abang kamu kan? Kenapa pula nak kaitkan dengan hubungan kamu dan Atie?” soal Puan Hayati. Mungkin soalannya kedengaran kejam, namun dia perlu juga mengutarakan soalan ini. Dia mahu tahu isi hati sebenar seorang Ammar Adwan di sebalik pengorbanan besar yang dilakukannya selama ini untuk si kecil yang comel dan bijak itu.
            Ammar Adwan terdiam mendengar soalan daripada Puan Hayati. Kisah silam yang satu ini perlu juga di rungkainya satu persatu hari ini.
            “Perkahwinan abang saya menghadapi masalah, sejak hari dia ceraikan arwah kakak ipar saya, kami tak dapat kesan di mana dia berada. Erina Casandra jadi yatim sebaik dia dilahirkan kerana kakak ipar saya meninggal dunia kerana komplikasi sewaktu proses melahirkan Erina.” Ammar Adwan sekali lagi menarik nafas panjang sebelum menyambung ceritanya.
            “Pada saat doktor serahkan Erina pada saya untuk di iqamatkan, saya berjanji saya takkan abaikan Erina. Pada asalnya, saya anggap Erina sebagai seorang anak kecil yang perlu saya lindungi dan jaga sebab dia hanya punya saya, ibu saya dan adik saya sebagai ahli keluarganya yang terdekat.  Tetapi, ketika melihat senyuman Erina yang pertama untuk saya, saya sedar sayang saya pada anak tu dah menggunung tingginya. Ketika itu saya berjanji, saya akan sayang dan jaga Erina seperti anak kandung saya. Saya sanggup buat apa saja untuk dia,” luah Ammar Adwan. Hujung matanya yang terasa basah segera di kesat dengan hujung jari.
            “Dia berhenti merokok demi Erina. Walaupun dia menderita nak tinggalkan tabiatnya sejak umur 22 tahun tu, dia tetap bertahan sebab Erina pernah ada asma yang teruk masa kecil dulu. Saya bersyukur sangat pada ALLAH, sejak Erina lahir, saya dapat anak bujang kesayangan saya ni semula. Demi Erina, dia buang semua perangai tak elok dia supaya dia boleh jadi papa yang dapat Erina banggakan.” Puan Wahidah menggenggam erat tangan Ammar Adwan yang sudah menunduk menekur lantai.
            “Tetapi, baru-baru ni emak arwah kakak ipar saya mahukan Erina. Mereka tak pernah ambil tahu pasal Erina sejak hari Erina lahir bahkan sewaktu majlis pengebumian arwah kakak ipar saya mereka tidak ambil endah, tetapi sekarang mereka muncul melaungkan hak penjagaan Erina yang sepatutnya menjadi milik mereka. Mereka dah buang arwah kakak ipar saya sejak arwah berkahwin dengan abang saya. Bermacam cara mereka guna nak pisahkan abang saya dengan arwah kakak ipar saya dulu. Dan akhirnya mereka berjaya. Mereka berjaya pisahkan abang dan arwah kakak ipar saya. Sekarang, mereka guna alasan saya masih bujang dan tidak mampu menguruskan Erina yang bakal meningkat dewasa.”Ammar Adwan berjeda seketika.
            Tok Mi di sebelah Puan Hayati sudah mengesat air matanya dengan hujung lengan baju kurung kedah yang di pakainya.
            “Saya cintakan Nasha Athierah, saya ikhlas nak ambil dia sebagai isteri saya. Dalam masa yang sama, saya harap Nasha Athierah boleh melengkapkan dan menyempurnakan hidup saya. Saya tak mahu Erina Casandra jatuh ke tangan mereka.” Wajah Puan Hayati di tatap dengan berani. Dia takkan selindungkan apa-apa lagi hari ini jika itu yang akan membuatkan keluarga Nasha Athierah berubah fikiran untuk menolak pinangan tersebut.
            “Nasha Athierah jantung saya. Erina Casandra hati saya. Saya tak mungkin mampu terus hidup di dunia ni tanpa kedua mereka. Mereka nyawa saya,” tulus bicara Ammar Adwan membuatkan wajah Puan Hayati berubah.
            “Sudah. Cukup.” Puan Hayati berpaling dari terus memandang wajah sayu Ammar Adwan. Wajah itu kelihatan cukup ikhlas dan tulus dengan setiap kata-kata yang di ucapkan sehingga membuatkan hatinya sebak.
            Ammar Adwan tersentak dengan reaksi balas Puan Hayati. Tidak, dia takkan berhenti semudah ini!
            Puan Wahidah memandang Ammar Adwan yang sudah bangkit berdiri. Anak bujangnya itu berjalan merapati Puan Hayati dan Tok Mi di sebelah sana.
            Tanpa kata, dia membongkokkan badannya. Melutut di hadapan kedua orang tua Nasha Athierah.
            “Saya tak mampu hidup tanpa Nasha Athierah untie...”
            “Tok Mi, tolonglah saya...” biarlah dia perlu melutut merayu sekalipun, dia sanggup.
            “Untie kata sudah, cukup!” Puan Hayati bingkas bangkit daripada duduknya. Dia berjalan menuju ke arah kabinet di ruang tengah rumah.
            Sekotak tisu di tarik keluar daripada laci kabinet tersebut.
            Air mata yang mengalir mencemari wajahnya di kesat dengan tisu. Ada senyuman terukir di bibirnya. Nasha Athierah bakal mempunyai seorang suami yang baik, lega hatinya.
            “Wan,” Tok Mi tidak sampai hati mahu dengan semua ini. kepala Ammar Adwan di usap lembut.
            “Betul kamu sayangkan Atie kami ni?” soal Tok Mi sambil mengerling anaknya yang sedang berdiri membelakangi mereka sebelum bertukar pada wajah Puan Wahidah yang duduk bertentangan dengannya di belakang Ammar Adwan sana.
            “Tiada perkataan yang dapat menjelaskan betapa sayang saya pada dia, Tok Mi.” Jawapan Ammar Adwan menerbitkan senyuman di bibir Tok Mi.
            “Jadi, redhalah dengan apa yang terjadi cu. Kalau betul ada jodoh antara kamu, insyaALLAH takkan ke mana.”Tok Mi menepuk bahu Ammar Adwan.
            Ammar Adwan terkaku dengan jawapan  Tok Mi.
            “Tok Mi pun...nak saya mengalah?”teragak-agak Ammar Adwan bertanya.
            “Bukan mengalah. Tapi redha,” Tok Mi sempat kelip mata dengan Puan Wahidah.
            “Apa pun, majlis pertunangan tu tetap akan di adakan. Untie dah terlanjur berjanji pada pihak lelaki tu, takkan nak mungkir pula. Semua persiapan dah hampir siap pun,” Puan Hayati pula berkata-kata. Dia berjalan merapati Puan Wahidah.
            “Tapi tak sangka pula, kamu sampai serbu kami kat sini...” Puan Hayati mengambil tempat di sisi Puan Wahidah.
            Ammar Adwan hanya tunduk merenung tikar buluh yang menghiasi lantai ruang tamu itu. Usahanya sudah bertemu jalan buntukah? Pertunangan Nasha Athierah ini sudah tidak berdaya di halang, apatah lagi di hentikan kah?
            “Yati, akak sendiri pun tak sangka perkara akan jadi begini pula...”Puan Wahidah bersuara.
            “Yati, Wahi. Sudahlah tu. Eloklah kita terangkan saja hal sebenar pada Wan ni. Tak sampai hati dah nak menengoknya ni...”Tok Mi pula bersuara.
            Ammar Adwan yang hanya memasang telinga sedari tadi mula rasa tidak sedap hati.
            “Wan,” Puan Wahidah bangkit merapati Ammar Adwan yang masih duduk di lantai.
            “Apa maksud Tok Mi?” Ammar Adwan memandang wajah Tok Mi. Jelas rasa serba salah terpeta di wajah tua itu.
            “Wan, pertama kali ibu rasa ibu patut minta maaf pada Wan. Ibu tak berniat nak main-mainkan Wan, dan ibu memang nak beritahu pada Wan hal yang satu ni hari ni. Tapi Wan tiba-tiba muncul dan minta ibu ikut Wan ke sini.” Puan Wahidah memeluk lengan anak lelakinya itu.
            “Apa maksud ibu? Hal apa?” soal Ammar Adwan dengan dahi berkerut.
            “Hal pertunangan Wan.”
            Ammar Adwan tak berkelip memandang muka ibunya. Pertunangan?!
            “Ya, pertunangan Wan. Pertunangan Nasha Athierah.” Puan Wahidah mengukir senyum segaris pada Ammar Adwan.
            “Hujung minggu ni kalau mengikut perancangannya, kamu akan bergelar tunang kepada Atie,” Puan Hayati pula bersuara dari sofa di sebelah sana.
            “Ha?!” terkejut besar Ammar Adwan.
            “Macam mana..?!”
            “Minggu lepas, ibu dah datang sini. Masuk meminang Nasha Athierah untuk kamu, Wan.” Puan Wahidah mengusap lembut lengan Ammar Adwan.
            Ammar Adwan terdiam. Betul ke ibu buat macam tu?
            “Tapi...”
            “Semua ni idea adik kamu, Am. Dia kata kalau nak tunggu kamu sendiri yang minta ibu masuk meminang, alamat habislah bakal kakak ipar dia tu di curi orang lain.”perlahan Puan Wahidah berkata sambil memaut bahu Ammar Adwan yang masih terkelu seribu bahasa.
            “Tapi, Wan...”
            Bunyi enjin kereta memasuki perkarangan rumah membuatkan kata bicara Ammar Adwan mati di tengah jalan.
            “Siapa pula yang datang tu?” soal Tok Mi sambil dia cuba menjengah keluar tingkap jendela. Namun keadaan di luar rumah sudah semakin kelam, membataskan mata tuanya melihat dengan jelas.
            “Assalamualaikum,” suara di luar melaungkan salam.
            “Assalamualaikum...”satu suara comel turut kedengaran dari luar rumah.
            Ammar Adwan memandang wajah ibunya di sebelah. Kedua-dua suara itu amat di kenalinya.
            “Waalaikumsalam. Am, Nana, masuklah.” Puan Hayati ceria menyambut kehadiran kedua tetamunya itu.
            “Nek Ma!” suara comel itu kedengaran lagi.
            Puan Hayati tersenyum sambil menarik si kecil itu ke dalam dakapannya. Kedua belah pipi gebu si kecil itu di kucup lembut.
            “Jom, masuk.” Tangan si kecil di genggam erat sambil dia menggamit anak muda itu supaya masuk ke dalam rumah.
            “Hi, Am terlepas apa-apa cerita ke?” dengan muka tak bersalah, Amir Adwa tersengih lebar.
            “Papa!” Erina Casandra tidak menunggu lama sebaik terlihatkan kelibat Ammar Adwan di ruang tamu, terus sahaja dia berlari mendapatkan papanya itu.
            “Sayang,” dalam di ulit rasa terkejut yang bukan sedikit, Ammar Adwan mengukir juga sebuah senyuman untuk si kecil kesayangannya itu.
            “Nek Ma, mana Untie cantik?”ceria sahaja suara Erina bertanya.
            “Hi budak kecik comel!” suara Nora Afieqah yang muncul dari arah dapur membuatkan senyuman Erina melebar.
            “Untie buat apa?” soal Erina selepas bersalaman dengan Nora Afieqah.
            “Hihi, Untie tengah buat muffin. Nana nak tengok tak? Untie boleh buatkan yang ada corak angry bird untuk Nana.” Nora Afieqah tersenyum melihat muka Erina Casandra yang beriaksi teruja.
            “Nak! Nak!!” Erina melompat gembira sambil bertepuk tangan.
            “Papa, Erina ikut Untie boleh?” soal Erina pada Ammar Adwan.
            Ammar Adwan yang terlopong melihat Erina Casandra yang mesra dengan ahli keluarga Nasha Athierah hanya mampu mengangguk perlahan.
            “Pikah, dah siap ke makan malamnya?” soal Tok Mi.
            “Dah Tok. Tadi Nana ada call kata dia nak datang, tu yang Pikah buat muffin. Kebetulan, semua bahan-bahan ada tadi,” Nora Afieqah sudah mencapai tangan Erina.
            “Kami pergi belakang dulu ye,” Erina sempat melambai pada semua yang ada di ruang tamu. Wajahnya semakin bersinar ceria tanpa mengetahui masalah yang di hidapi oleh papanya sebentar tadi.
            “Erina...” Ammar Adwan memandang satu persatu wajah di ruang itu sebelum pandangan matanya berhenti pada wajah ibunya. Dia perlukan penjelasan.
            “Kalau Erina Casandra yang menjadi masalah kamu, kamu tak perlu risau dah. Kami dah terangkan pada dia awal-awal lagi. Alhamdulillah, dia suka dengan bakal keluarga baru dia ni. Lagi-lagi dengan Untie cantik dia tu. Kamu sendiri pun nampak tadi kan?” Puan Wahidah menepuk lembut bahu Ammar Adwan.
            “Erina jumpa Nora, terus Am di lupakannya. Tengok, boleh dia biar pak su hensem dia ni terkontang-kanting sorang-sorang kat sini? Isy, isy!” Amir Adwa bangkit dengan senyuman kepada Ammar Adwan.
            “Abang Wan settle kan hal abang dulu ye. Am nak join Cik Nana kita tu,”
            “Minta izin ye Tok Mi, Untie Yatt..” Amir Adwa sengih pada Tok Mi dan Puan Hayati.
            “Pergilah Am.” Tok Mi menyatakan izin. Puan Hayati juga mengangguk setuju. Lagipun, mereka duduk di ruang depan bahagian dapur tu. Masih boleh nampak dengan jelas dari ruang depan ni.
            Amir Adwa menghilang ke belakang. Sesekali kedengaran suara Erina tertawa kecil dari belakang sana.
            “Semua persiapan ibu dah buat, Wan tak perlu risau apa-apa pun. Cincin pun dah siap pilih.” Puan Wahidah bersuara memecah suasana.
            “Kenapa ibu tak bagi tahu Wan awal-awal?”
            “Ada, ibu ada bagi hint, tapi Wan yang tak faham. Ingat tak ibu kata nak beli cincin baru untuk orang baru tu?”soal Puan Wahidah.
            Ammar Adwan terdiam. Ada memang ada. Tapi...
            “Tapi tengahhari tadi Atie cakap dia akan bertunang dengan pilihan keluarga dia. Dia kata antara kami memang tiada jodoh.” Ammar Adwan pula menyoal.
            “Budak bertuah tu, semalam masa Untie call beritahu pasal hal ni, belum sempat lagi Untie cerita sampai habis dia dah buat spekulasi sendiri. Geram juga di buatnya.” Puan Hayati menggeleng perlahan.
            “Jadi, dia tak tahu kami nak bertunang?” soal Ammar Adwan.
            Puan Hayati menggeleng. “Biar kita buat kejutan kat dia.” Senyuman melebar pada wajahnya.
            “Kak Wahi, saya ada permintaan.”Puan Hayati bangkit mendapatkan Puan Wahidah.
            “Apa dia?” soal Puan Wahidah sebaik Puan Hayati duduk di sebelahnya.
            “Kita singkatkan tempoh pertunangan mereka boleh?” soal Puan Hayati.
            “Molek juga tu. Benda baik ni, kalau boleh di permudahkan. Pertunangan ni pula adat saja, nikah tu yang wajibnya.” Tok Mi mengeluarkan pandangannya.
            Puan Hayati dan Puan Wahidah mengangguk setuju dengan pendapat Tok Mi tadi.          
            “Apa pendapat kamu, Wan?” soal Puan Wahidah. Biarlah Ammar Adwan yang membuat keputusan kali ini.
            “Ehem,” Ammar Adwan mengelak dari menjadi mangsa renungan ibunya dan Puan Hayati. Ada pula kan, tanya direct macam tu.
            “Terpulanglah pada ibu, Untie Yatt, dan Tok Mi. Wan ikut je,”...tapi idea Untie Yatt tu tersangatlah bagus! Kecil tapak tangan, laut china selatan saya suakan!
            “Kalau macam tu, kita singkatkan tempoh pertunangan tu daripada 3 bulan kepada 3 jam. Macam mana, setuju Wan?” soal Puan Hayati.
            Ammar Adwan tergamam. Bertunang 3 jam je? Pernah ke di buat orang ni?
            Puan Wahidah tertawa kecil melihat bakal besannya tersenyum mengusik Ammar Adwan.
            “Bagus juga. Boleh sekalikan majlis tu dalam sehari. Pagi bertunang, petang nikahnya ye Yati?” Puan Wahidah tersenyum pada Puan Hayati.
            Ammar Adwan benar-benar hilang kata. Baru tengahhari tadi dia rasa kehilangan semangat untuk terus hidup, malam ni dapat berita dia akan berkahwin pula hujung minggu ni?
            Nak pitam sekarang boleh?
            “Diam tu tanda setuju selalunya,” Tok Mi pula tertawa kecil melihat Ammar Adwan yang sudah terkelu kata.
            “Nora, Abang terbau nasi minyaklah...” usik Amir Adwa.
            “Nora pula dah terdengar bunyi kompang,” Nora Afieqah turut tidak mahu kalah.
            “Pak su, Erina ada bau muffin je. Mana ada nasi minyak. Untie cantik, tak ada dengar bunyi apa-apa pun?” Erina Casandra pula bersuara. Seketika kemudian, ruang tamu itu meriah dengan gelak tawa mereka.
            Erina Casandra yang masih belum mengerti apa-apa, turut tumpang sekaki bergelak tawa walau tidak tahu hujung pangkalnya.
             

         
________________
Hi:)
1. Sorry pasal error tadi tu. 

2. Tak larat nak taip pesanan penaja banyak dah, so hopefully this entry make u smile:)