My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

02 June 2012

Love Make Me Smile 17



Love 17
            Ammar Adwan melangkah menuju ke arah bilik Erina Casandra. Wajah lena anak kecil itu di tatap lama.
            Sebelum  bangkit untuk ke biliknya, sempat dahi Erina Casandra di kucup lembut.
            Seluruh badannya terasa lenguh. Letih. Dia perlu segera mandi dan berehat. Mujur saja dia sudah awal-awal menunaikan solat isya’ sebelum berangkat balik tadi.
            Usai mandi, tekak pula terasa kering. Nak tak nak, kaki terpaksa juga di atur ke arah dry kitchen di hujung aras sana.
            Gelas kaca di capai lalu di isi dengan air masak. Ammar Adwan mengambil tempat di meja kaunter.Sambil meneguk minuman di dalam gelasnya itu, fikiran menerawang kepada peristiwa sepanjang hari ini tadi.
            Daripada saat dia menjejakkan kaki di hadapan rumah milik keluarga Nasha Athierah sehinggalah saat terakhir sebelum dia berangkat pulang lewat jam 9 lebih tadi.
            Mengenangkan hal itu semua, senyuman perlahan terukir di bibirnya. Nasha Athierah sememangnya ada sebuah keluarga yang sangatlah unpredictable.
            Pertama sekali, tak sangka juga siap kena ada ujian lisan. Gaya macam kena temuduga kerja je. Macam-macam juga mak dan nenek Nasha Athierah tanya. Paling dia ingat adalah soalan dan tugasan terakhir dia bagi ujian lisan tu.
            Sejujurnya, dia memang dah rasa dunia ni kelam semacam je bila mak Nasha Athierah minta nyanyi lagu hindustan. Habis berpeluh sakan sebab tak pernah di buatnya dia layan mana-mana cerita hindustan. Apatah lagi nak menyanyikan lagu dalam bahasa hindi tu.
            Tapi melihatkan wajah Tok Mi yang seakan menyembunyikan senyum dan juga tawa Untie Yatt yang pecah tiba-tiba, dia jadi pelik. Rupanya Untie Yatt sengaja nak mengusik dia je. Tugas terakhir yang dia perlu lakukan untuk ujian lisan itu adalah membaca surah al-fatihah, bukannya menyanyi hindustan. Rupanya, tugasan terakhir tu, Tok Mi yang beri markah.
            Kemudian, Untie Yatt kata nak buat ujian praktikal pula. Namun memandangkan hari yang sudah menginjak jam 11 pagi, Tok Mi kata sambung petang sikitlah. Tok Mi ajak dia lunch kat sana hari tu, nanti lepas lunch baru sambung dengan ujian praktikal.
Sementara nak tunggu hidangan lunch siap, dia buat keputusan untuk ambil angin di luar rumah. Kebetulan, ternampak pula Tok Mi sedang mengopek kelapa. Sebab nak jadi hero punya pasal, terus sahaja dia tawarkan diri untuk membantu padahal itulah pertama kali dia nampak orang kopek kulit kelapa guna alat tu. Kesudahannya, kulit kelapa tak berjaya dikopek, kulit lengan dia pula yang terkopek. Berdarah jugalah walau kena sipi-sipi je pada alat pengopek itu. Apalagi, bising mulut Untie Yatt berkata itu ini sambil membersihkan luka sebelum meletakkan minyak penyembuh luka. Kalau tak silap, Tok Mi kata minyak but-but. Minyak tu di buat daripada sejenis burung bernama but-but.
            Kemudian, dia berpeluang bertemu dengan adik Nasha Athierah, Nora Afieqah. Macam yang di ceritakan Nasha Athierah padanya sebelum ini, gadis muda belasan tahun itu memang seorang yang banyak mulut dan periang. Ada sahaja ideanya mahu mengusik Tok Mi. Rasanya dia berbeza dengan Nasha Athierah yang agak pendiam dan naif.
            Petang itu, dia dapat rasa bingka ubi Tok Mi. Memang sedap macam yang Nasha Athierah cerita.
            Lepas asar, seorang demi seorang kanak-kanak datang bertandang. Mulanya, dia tertanya-tanya juga, tetapi setelah di terangkan oleh Nora Afieqah, barulah dia mengerti. Budak-budak tu datang nak mengaji dengan Tok Mi.
            Tetapi, dia tak sangka pula Tok Mi minta dia tolong ajar kan beberapa orang budak-budak yang datang mengaji tu. Rupanya itu adalah sebahagia daripada ujian praktikalnya. Menurut Tok Mi, dia harap bakal suami Nasha Athierah adalah seorang yang mampu menjaga kebajikan cucunya itu. Bukan sekadar kebajikan duniawi, tetapi juga kebajikan ukhurawi yakni akhirat. Jadi untuk asasnya, suami kepada cucunya perlulah pandai mengaji al-quran.
            Memang sehari suntuk dia di kampung Nasha Athierah. Mujur saja dia ada menyediakan beberapa helai pakaian di dalam boot kereta sebelum itu. Boleh juga salin baju bersih setelah sehari suntuk dengan pelbagai aktiviti.
            Kejutan seterusnya, dia perlu menjadi imam untuk solat maghrib atas permintaan Tok Mi.  Selepas itu, mereka makan malam bersama. Seusai makan malam, mereka semua duduk bersama di ruang tamu.
Ketika itulah, Tok Mi menerangkan tujuan mereka melakukan semua itu.
            “Kami buat begini untuk kebaikan Atie. Cucu Tok Mi yang seorang tu agak lurus orangnya. Sebelum ini, dia pernah menjadi mangsa permainan orang lelaki. Ramai lelaki datang nak berkawan rapat dengan dia, tapi semuanya buat tak ikhlas. Kalau ikhlas pun, ada beberapa perkara yang merisaukan kami semua.” Tok Mi berkata dengan senyuman.
            “Kami harap, Atie bersuamikan orang yang mampu menjaga dan melindungi dia sebaiknya.”Untie Yatt pula menyambung bicara Tok Mi tadi.
            “Saya harap, abang tak macam lelaki lain yang hanya berniat nak permainkan hati dan perasaan kakak saya.” itu pula kata Nora Afieqah.
            ‘Saya tak pernah beritahu Nasha Athierah berkenaan perasaan saya. Jujur saya mengaku, saya bukanlah seorang yang bijak mengatur ayat manis untuk memikat, sebab itulah saya datang ke mari. Mencari restu dan keizinan daripada semua.’ Itulah jawapan dia pada semua yang ada beberapa jam lepas.
            Tok Mi dan Untie Yatt saling berpandangan sebelum Tok Mi menyambung bicaranya.
            “Atie tak tahu?” soal Tok Mi.
            Tepukan di lengannya membuatkan Ammar Adwan tersedar. Lamunannya bertebaran pergi. Segera dia menoleh ke sisi.
            “Am,” Ammar Adwan senyum segaris melihat Amir Adwa yang sudah elok terpacak di sebelahnya.
            “Bila muncul ni? Tak perasan pula,” kata Ammar Adwan sambil kembali meneguk air di dalam gelasnya.
            “Mana nak perasan, kalau otak tengah duk menerawang teringatkan awek,” Amir Adwa tertawa kecil sambil mensisip air di dalam cawannya.
            Ammar Adwan spontan menepuk bahu adiknya itu. Amboi, suka hati tuduh orang teringatkan awek ye?
            “Am dah lama kat sini tau. Kopi pun dah tinggal separuh gelas.” Kata Amir Adwa sambil mengunjukkan kopi di dalam gelasnya yang berbaki separuh.
            “Erm,” Ammar Adwan menggeleng perlahan. Macam mana boleh tak perasan tadi?
            “Abang pergi mana sehari suntuk ni? Ibu kata abang keluar sebab nak settle something, apa dia?” soal Amir Adwa  sambil mensisip airnya.
            “Oh, tak ada apalah,” Ammar Adwan menjawab perlahan sambil tersenyum. Takkan nak mengaku depan Amir Adwa pula kan?
            “Kenapa minum kopi tetiba ni?” soal Ammar Adwan cuba mengubah topik. Jarang adiknya ini minum kopi pada waktu malam begini.
            “Ada hal sikit,” jawab Amir Adwa.
            “Hal?” soal Ammar Adwan. Eh, Am pun nak main teka teki ke?
            “Am tengah tunggu maklumat dari sorang kawan Am. I’m currently investigating something.” beritahu Amir Adwa.
            “Aih? Sejak bila pula abang JPJ takeover tugas PDRM pula? Siasat kes apa Am?” soal Ammar Adwan. Sekadar mencari modal untuk berborak sambil menghabiskan minuman masing-masing.
            Amir Adwa hanya tertawa kecil sebelum memulakan ceritanya.
            “Kes seorang lelaki yang menghilangkan diri selama 7 tahun. Dia ada seorang anak. Tapi dalam 7 tahun ni dia langsung tak ambil tahu pasal anak dia ni. Mungkin juga dia tidak tahu kewujudan anak dia ni sebab dia menghilang sebelum anak dia ni lahir,”Amir Adwa menongkat kepala memandang wajah Ammar Adwan yang sudah mula berubah riak di sebelahnya.
            “Tapi sekarang ni dia muncul secara tiba-tiba. Secara curi-curi memandang si anak dari jauh...”Amir Adwa menyudahkan bicaranya.
            “Am...”
            “Am terserempak dengan Abang Adli masa nak ambil Erina petang tadi. Tapi Am tak sempat nak buat apa-apa sebab dia terus lesap bila nampak Am,” Beritahu Amir Adwa perlahan.
            ‘Amran Adli!’Ammar Adwan memandang wajah adiknya.
            “Ibu...”belum sempat Ammar Adwan menyudahkan kata-katanya, Amir Adwa sudah mengangguk.
            “Am dah beritahu ibu,”
            “Am yakin itu dia? Entah-entah orang lain tapi ada muka seiras dia...”
            No. Am yakin itu memang Abang Adli kita. Sekarang, Am tengah usaha nak kesan jejak dia. Kawan-kawan Am tengah tolong kumpul maklumat berkaitan.” Kata amir adwan sambil menepuk bahu Ammar Adwan.
            He’s back. Mungkin sebab Erina Casandra.” Beritahu Amir Adwa.
            Ammar Adwan kaku merenung wajah Amir Adwa. Betulkah? Betulkah Amran Adli sudah pulang? Pulang untuk Erina Casandra?


            Amran Adli termenung panjang sambil merenung kepingan gambar-gambar yang sudah siap di cucinya tadi.
            Gambar kanak-kanak perempuan itu sedang tersenyum, sedang ketawa, sedang buat muka ketat kerana merajuk, di tatap dengan mata berkaca.
            Sudah hampir seminggu dia mengekori pergerakan si kecil yang comel lagi lincah itu.
            Namun, entah bagaimana petang tadi dia hampir-hampir tertangkap dengan Amir Adwa. Mujurlah dia sempat melarikan diri.
            “Ruby...abang rindukan awak sayang,” setitis air mata gugur ke pipinya.
            Besarnya salah dia dulu. Betapa dia menyesal membuat keputusan membuta tuli 7 tahun lepas. Betapa dia menyesal membiarkan isteri kesayangannya menderita hingga ke akhir usianya...
            Dayang Safiya. Perempuan itu, yang menjadi dalang semua ini. Perempuan itu takkan di biarkan hidup tenang selepas apa yang di lakukannya!
            Sekeping gambar milik si kecil yang berselerak di atas meja kerjanya di capai lalu di tatap sayu. Si kecil ini adalah satu-satunya hadiah kenangan buatnya daripada arwah Ruby.
            Wajah si kecil membuatkan rindunya pada Dayang Rubiah semakin membukit. Senyuman si kecil persis milik arwah isterinya.
            Amran Adli teringin benar mendakap si kecil ini secara nyata, namun dia tidak kuat menghadapi keluarganya. Terutama sekali lelaki yang di panggil si kecil ini sebagai papa iaitu adik keduanya, Ammar Adwan. Setiap pagi dia menunggu berhampiran pusat asuhan si kecil itu. Menjadi pemerhati setia setiap gerak dan geri keduanya. Ammar Adwan yang akan menghantar si kecil itu ke sekolah setiap pagi. Petang, Amir Adwa pula muncul untuk menjemput si kecil pulang. Baik Ammar Adwan mahupun Amir Adwa, si kecil itu benar-benar sayang dan selesa berada dengan kedua orang adiknya itu.
            Masih jelas terngiang-ngiang suara si kecil memanggil Ammar Adwan dengan panggilan ‘papa’ sedangkan panggilan itu adalah milik dia pada asalnya. Luluh hatinya mengenangkan si kecil itu langsung tidak mengenali dirinya sedangkan dia adalah ayah kandung yang lebih berhak.
            Ya, mungkin dia lebih berhak. Tetapi mungkin hak itu sudah lama hilang sejak Ammar Adwan dan yang lain-lain yang bersusah payah menjaga, membesarkan dan mendidik si kecil itu dan bukannya dia.
            Lelaki seperti Ammar Adwan perlu memikul tanggungjawab yang sepatutnya di galas olehnya selama 7 tahun ini. Sudah pasti ianya bukan sesuatu yang mudah terutama bagi seorang seperti Ammar Adwan. Namun ternyata adik keduanya itu sudah berjaya menjadi papa terbaik untuk anak perempuannya itu...
            “Wan...maafkan abang,” bisik Amran Adli sendirian. Sudah sebulan dia menjejakkan semula kakinya ke tanah Malaysia. Namun, sepanjang tempoh itu dia masih tidak punya kekuatan untuk bersua muka dengan ahli keluarganya.
            ‘Mahu ke mereka terima aku? Maafkan aku?’ foto si kecil di bawa ke rapat ke dadanya. Air mata semakin deras beranak sungai ke pipinya. Malam kian larut, Amran Adli pula masih teresak-esak sendirian. Bertemankan rindu dan rasa kesal yang tak sudah...
           


memperkenalkan, Amran Adli;)



____________________
HI:)
1. Thanks singgah n follow cerita ni:)
2. Saya tak mungkin mampu nak buat semua orang puas hati, but I'm trying to do the best.
3. Sorry kalau agak bosan kali ni.

           

           
           

         


19 comments:

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ooowhh.. Nampaknya ammar adhwann lulus nggn cemerlang.. Hehe tahniah2!
Ok, abg dia da balikk.. Tingin nak tau apa reaksi papa erina ni bila jumpa papa sebenar erina.. Xmo gado2 k.
Yg ai heran, dayang safia si dalang tu.. Cmna lak leh erina kenal dia n panggil dia mama? Bkn ke sejak dr kecik family ammar adhwan yg jaga?

zm said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

woo bin.... ehhhh apasal mran adli lgi macho ni.... jgn nk berebut heroin sudah

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak arin,..tau tak. kadang2 sy pk kesian dkt atie tu. klau dorang betul2 ada jodoh... rasa mcm dia tu naif sgt and tetiba dikejutkan dgn mcm2 konflik keluarga ammar. heheh.

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak arin,..tau tak. kadang2 sy pk kesian dkt atie tu. klau dorang betul2 ada jodoh... rasa mcm dia tu naif sgt and tetiba dikejutkan dgn mcm2 konflik keluarga ammar. heheh.

ciknie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

llus da ujian tok jdi bkl suami sya..mst tkejut kn nti sya ttbe je kwin ngn bos sndiri da la xde bg hint ke suke kt dye..nk ke ammar bg blik ank 2 pd abg dye yela dye yg sush pyah jge kn

Wan Ruzana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

keke lulus ujian la ni kireny,.
ble ayh kndung erina da blik,. xde la si ayang tu ajak ammar kawen lgi yuhuu,.

Lieynaim mohd noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahahah..naseb x jadi nyanyi..terbaik papa ammar...dah dapat pikat hati krga mertua

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@mizz acu

Dayang safiah tu mmg tak reti putus asa. nanti kita cerita sebab kenapa dia ajar erina panggil dia 'mama' ye:)

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@zm

hehe, jangan risau..Sya untuk Abang ammar je:)

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Ok, harap2 nti papa kandung erina pon xkan pilih dayang safiah. Nyampah!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amar adli hensem lahh. hehe, hope hubungan ammar and sha okayy.

tiekqa fhea said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

amran adli yang hensem.

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@MiMi

ya, betul tu. kesian pd dia, tp ammar adwan pun tak minta family dia bergolak mcm tu...

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@cheknie
yeehhaaa! Sya mesti terkejut. jangan pitam dah la. hee:P

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Wan Ruzana

hehe, mungkin juga tu:P

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@nzlyna'im

hehe, kalau betul kena nyanyi, habislah abang ammar kita..hee;p

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@mizz acu

hihi, ai pun nyampah dgn dia! nak campak dia jauh2 boleh tak? hehe;p

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@tiekqa fhea

alamak! ammar adli tak patut kena puji lebih2 ni...nanti abang hero kecik hati. ngee;p

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Amatlah dialu-alukan ;)
Tindakan segera tau!