Love 19
Adney mengetuk perlahan
palang balkoni bilik penginapannya. Kepalanya di angkat memerhati suasana pinggir
pantai yang semakin suram. Sudah senja.
Ingatannya kembali pada
sms yang di kirim Nasha Athierah tengah hari tadi. Ringkas sahaja isi kandungan
sms untuk bertanya khabar itu, namun berjaya membuatkan dia tersenyum hingga ke
saat ini.
Mengenangkan itu, senyuman
Adney makin melebar.
Baru seketika berada di
samping wanita itu, hatinya sudah tercuit. Mengenali seorang Nasha Athierah,
bersahabat pula dengan si gadis itu, dia mengaku hatinya sudah mulai ‘jatuh’
sedikit demi sedikit.
Tetapi mengenangkan misi
yang perlu di sempurnakannya, dia terpaksa menjauh dari si gadis untuk
memuhasabah diri. Untuk menenangkan hati yang sudah mula berbolak-balik. Untuk
mententeramkan jiwa yang kian bercelaru.
Justeru, tindakan Ammar
Adwan merupakan satu peluang terbaik untuk dirinya. Jelas di matanya, Ammar
Adwan mulai rasa tergugat dengan kemunculannya sebagai watak ‘pengacau’. Itu
bermakna, dia kini sudah di landasan betul dengan matlamat dan misinya.
Namun...
...kenapa hati ini seperti
tidak mahu bekerjasama dengan baik? Kenapa hatinya seakan sedang melagukan
irama indah setiap kali fikiran mengenangkan gadis naif itu?
‘Aku dah jatuh cinta pada
orang yang salah, pada masa yang tak sepatutnya,’ Adney masih membuang pandang
jauh ke tengah laut yang semakin gelap.
‘Sha, jiwa saya terseksa,’
Bunyi desiran ombak terasa begitu mendamaikan, namun semua itu tidak berkesan
untuk mendamaikan jiwanya yang sedang kacau bilau ketika ini.
“Andai kata saya yang
jumpa awak dulu, mungkin sekarang ni awak ada bersama saya. Berdiri di sebelah
saya. Berkongsi satu pemandangan indah ini bersama.” Tutur Adney sambil matanya
masih tak lepas memandang ke arah laut.
“Tapi hakikat hidup, ada
perkara yang kita suka, tapi kita tak berdaya untuk memilikinya.”sebuah keluhan
tercetus dari ulas bibirnya.
“Ada kebahagian yang
tercipta daripada sebuah kelukaan.” Korbankan perasaan sendiri demi kebahagiaan
insan kesayangan kita. Jika benar sayang, jika tulus mencintai, benarkanlah
insan kesayangan kita bahagia. Walau kebahagiaan dia bukan bersama kita.
“Ikhlaskan hatiku, Ya
ALLAH. Nasha Athierah, bukan tercipta untukku,”Adney cuba untuk mencegah, namun
matanya tetap berkaca menahan rasa.
Nafas di hela panjang.
Permintaan ‘bos’nya,
benar-benar menyentap tangkai hatinya. Adney tersenyum pahit mengenangkan
perbualannya seketika tadi.
Habib Jewels.
Cincin.
Nasha Athierah.
Tiga perkara ini
benar-benar menganggu fikirannya.
“Adney, nanti bila kamu dah balik dari sabah tu, kamu cari masa bawa
bakal menantu mak cik pergi Habib Jewels ye? Suruh dia pilih cincin. Tak
kisahlah mana yang dia berkenan, yang penting ukuran jari dia betul. Kalau dia
tanya, kamu jawablah apa-apa yang patut, asalkan rancangan kita berjalan
lancar. Jangan sampai dia syak apa-apa pula ye,”
“Cincin untuk apa mak
cik?”
“Mak cik dah jumpa family dia pagi tadi. Alhamdulillah, pihak sana dah
kasi greenlight. Cuma pihak sini je yang keras beku. Mak cik tak beritahu Wan lagi
ni. Nantilah, kamu balik semenanjung semula, kita jumpa ye. Mak cik cerita rancangan
seterusnya pada kamu.” ceria suara wanita di hujung sana talian.
Nafas sekali lagi dihela
berat. Suasana sudah gelap. Tiada lagi cahaya matahari yang menerangi alam.
Gelap gelita. Segelap hidupnya pada hari-hari yang bakal mendatang.
Perlahan-lahan Adney
mengangkat tangannya ke dada. Pedih. Kenapa hatinya rasa bagai di carik-carik
ni?
“Hati, ikhlaslah. Lepaskan
Nasha Athierah, biarlah dia bahagia di samping orang yang dia cinta...”ucap
megat Adney sebelum mengatur langkah kakinya menuju ke dalam. Bersiap sedia
untuk menunaikan solat maghrib.
Nasha Athierah menala
pandangan matanya ke segenap ruang di premis tersebut. Lip lap lip lap dengan kilauan daripada pelbagai jenis dan reka
bentuk barangan kemas.
“Awak nak buat apa kat
sini, Adney?” soal Nasha Athierah sambil mengambil tempat di hadapan meja
pameran.
“Cari cincin,” Megat Adney
mengukir senyum sambil duduk di sebelah Nasha Athierah.
“Cincin untuk apa ye,
encik?” soal jurujual.
“Cincin tunang,” tenang
Megat Adney menjawab.
Nasha Athierah melopong.
“Eh, siapa yang nak
bertunang?” laju Nasha Athierah menyoal.
“Saya,” Megat Adney tak
menoleh ke wajah Nasha Athierah di sisi. Dia berpura-pura sibuk meneliti
barangan kemas yang di pamerkan di situ.
“Hah?!” Nasha Athierah
terkejut lagi.
Spontan lengan Adney
menjadi mangsanya.
Berkerut dahi Megat Adney
menahan sakit. “Sha?”
“Sampai hati nak bertunang
tak cakap dengan saya,” Nasha Athierah sudah muncung.
“Kenapa nak cakap dengan
awak pulak?” soal Megat Adney.
“Mestilah! Saya kan orang
penting...”Nasha Athierah menjeling sekilas Adney di sebelahnya. Uh! Sampai
hati tau...
“Bukan saya nak bertunang
dengan awak pun...”perlahan Megat Adney berkata. Sengaja nak menduga sekaligus
menyakat gadis itu. Sedaya upaya dia menahan tawa yang hampir terburai
gara-gara riak wajah Nasha Athierah ketika itu.
“Isy! Kalau ye pun tak
bertunang dengan saya, awak kena juga beritahu saya. Saya kan best friend awak?” Nasha Athierah senyum
segaris. Mentang-mentanglah dia dah nak bertunang, tengok ayat dia, aci redah
je! Adney Adney..
Adney ketawa kecil. Riak
wajah Nasha Athierah comel benar!
“Isy, ketawa pula dia...”
Nasha Athierah menggeleng perlahan.
“Awak nak melamar dia ke?”
soal Nasha Athierah sambil matanya turut sama memerhatikan satu persatu
bentuk-bentuk cincin yang di pamerkan di situ.
Megat Adney sekadar
tersenyum pahit. Kalau dia melamar gadis pujaannya itu, mungkinkah si dia itu
mahu menerima lamarannya?
“Sha, awak tolong saya
pilih boleh?” pinta Megat Adney. Wajah tenang dengan senyuman di pamerkan pada
Nasha Athierah bagi menutup hatinya yang hancur terluka.
“Isy, awaklah yang pilih.
Apa pula saya,” Nasha Athierah tersenyum lagi. Wah, cantik belaka semuanya.
Rambang mata nak pilih ni...
“Saya lelaki. Manalah tahu
benda-benda barang kemas ni. Awakkan perempuan, mesti tahu yang mana cantik
kan?” Megat Adney kembali memandang deretan cincin yang di susun kemas.
“Tapi, macam mana kalau taste saya ni tak sesuai dengan bakal
tunang awak?” soal Nasha Athierah. “Macam mana kalau dia reject awak sebab cincin yang saya pilih tu tak berkenan di
hatinya?” Nasha Athierah menggeleng tak bersetuju.
“Sha, saya yakin dengan
pilihan awak. Kalau awak suka, mesti dia pun suka.” Ucap Megat Adney.
“Please Sha, awak sajalah satu-satunya kawan perempuan yang saya
percaya... “ Megat Adney bersuara perlahan.
Nasha Athierah menoleh ke
sisinya. Mencari seraut wajah milik Megat Adney.
“Yelah, saya tolong. Tapi
kalau ada apa-apa jadi nanti, jangan salahkan saya pulak,” Nasha Athierah akur
juga akhirnya. Matanya mula bergerak memerhati satu persatu deretan cincin
pelbagai bentuk, warna dan yang paling penting...harganya. Ada yang bersaiz
kecil, tetapi harganya mak oii, mahal yang amat!
“Yang ni macam cantik. Simple tapi comel!” laju sahaja jarinya
bergerak menunjukkan ke arah cincin yang di maksudkannya.
Megat Adney turut
memandang ke arah cincin yang di maksudkan oleh Nasha Athierah tadi. Not bad.
“Erm, okay. Awak guna saiz apa ye, Sha?” soal Megat Adney.
“Ha?” Nasha Athierah
terkejut dengan soalan Megat Adney. Eh? Kenapa tanya saiz aku pula? Macamlah jari
bakal tunang dia tu satu saiz dengan aku.
“Rasanya, jari ‘bakal
tunang’ saya tu sama saiz dengan awak.” Megat Adney menjawab laju. Riak wajah Nasha
Athierah sudah boleh dibacanya.
“Miss, you kasi saiz ikut jari dia.” Megat Adney berkata pada jurujual
tersebut.
“Adney, serius awak nak
guna cincin yang ni? Okay ke yang saya pilih ni?” soal Nasha Athierah. Ewah
pakcik ni, senang-senang je pula dia setuju?
“Apapun pilihan awak, saya
ikut je.” Megat Adney cuba menarik senyuman semanis yang mampu walau hakikatnya
senyumannya palsu. Plastik. Mana mungkin kita mampu mengukir senyum jika hati
sedang luka berdarah?
“Sha, saya keluar kejap.
Nak buat phone call.” Laju Megat Adney bangkit menuju pintu keluar tanpa sempat
Nasha Athierah berkata apa-apa.
‘Adney, jangan cari
pasal...’ hatinya mengingatkan diri sendiri. Nasha Athierah di tinggalkan
seketika. Dia perlukan udara. Dia perlu jauh dari Nasha Athierah untuk seketika
ini. Dadanya sesak dengan pelbagai rasa.
Adney melabuhkan duduk
pada kerusi yang tersedia di ruang legar pusat beli belah tersebut. Dia tunduk
menekur lantai.
‘Adney, kau dah janji. Antara
kau dengan dia, hanya ada hubungan
sebagai sahabat, dan sampai bila-bilapun, hanya akan kekal sebagai sahabat.
Hapuskan perasaan kau, jangan sampai ianya merosak kebahagiaan orang lain.’ Megat
Adney berteleku menekur lantai. Berkali-kali dia mengingatkan diri sendiri
tentang hal yang satu ini.
‘Jangan kusutkan keadaan, Adney...’
___________________
Hi:)
1. sorry lama hilang. Penat sangat dengan pelbagai perkara sampai menaip chapter ni siap tampal panaflex kat bahu (aiyayaya)
2. Next entry tak boleh janji bila. Minggu ni busy sangat dengan banyak perkara. Siap nak kena pergi kursus lagi ni. (sekali lagi, aiyayayaya)
3. Ada tak yang bersimpati dengan abang Adney? :'( saya bersimpati dengan dia, tapi apakan daya, saya terpaksa juga korbankan dia..*wuwuwuwu, saya tak kejam kan?*
1. sorry lama hilang. Penat sangat dengan pelbagai perkara sampai menaip chapter ni siap tampal panaflex kat bahu (aiyayaya)
2. Next entry tak boleh janji bila. Minggu ni busy sangat dengan banyak perkara. Siap nak kena pergi kursus lagi ni. (sekali lagi, aiyayayaya)
3. Ada tak yang bersimpati dengan abang Adney? :'( saya bersimpati dengan dia, tapi apakan daya, saya terpaksa juga korbankan dia..*wuwuwuwu, saya tak kejam kan?*
4. Thanks singgah. Thanks suka. Thanks tunggu. Thanks komen:)
11 comments:
best kak . luv this . keep it up .
ADNEY . . .
tq dear..huhu sian kt adney..ala buatla nasha ni ad kembr ke bleh kawen ngan adney..haha ngarot je..
ad cpat skit bertindak, kalo ta melps kat adney..
thanks for the entry..
~adda~
Pengorbanan Adney amatlah dihargai...
ape susah buat jee adney tu terpikat dgn adek nasha athierah..hehehe :D
Saya setuju dgn dia......huhuhu....
Kesian adney. Aiih.. Suro aunti wahi tu pinang kakak ngn adik sekaligus.. Utk hero n pengacau skali. Heehe
cian adney...atie blurr r
@fz
thanks sebab suka fz:)
dear adda,
hehe, abang Ad memang kena cepat, kalau tidak memang gigit jari jelah:D
@mizz acu
hehe, boleh sanding sebelah menyebelah ye dak:P
@nzlyna'im
yaa, atie yang helpless blurr yang amat! hihi:D
Post a Comment