My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

23 June 2012

Love Make Me Smile 20




Love 20
            Aniss mencuri pandang ke wajah Nasha Athierah di sebelah. Seusai sepupunya itu bercakap di telefon pagi tadi, terus sahaja dia jadi pendiam begini. Langsung tiada senyuman di wajah manis itu seperti selalunya.
            “Weyh, kau okay tak ni?” akhirnya Aniss bersuara juga.
            Nasha Athierah yang sedang duduk sambil berpeluk tubuh masih melemparkan pandangannya jauh keluar cermin tingkap kereta. Soalan Aniss tadi dibiarkan saja tanpa kata jawapan.
            “Sha?” Aniss menegur. Bahu Nasha Athierah di cuit sedikit.
            “Aa?” soal Nasha Athierah, sedikit terpinga-pinga. Buat seketika dia memandang wajah Aniss di sebelah.
            Kereta Viva yang di pandu Aniss sedag berhenti sementara menunggu lampu isyarat bertukar hijau. Di luar sana hujan masih lebat mencurah sejak waktu subuh tadi lagi. Kerana itu jugalah sepupunya di sebelah ini bertegas mahu menghantarnya ke pejabat hari ini. Selalunya Aniss menghantarnya ke bus stop kerana dia lebih senang menaiki pengangkutan awam dek kerana masa pulangnya yang tidak menentu. Kebelakangan ini, makin banyak pula kerja yang menantinya, membuatkan dirinya juga sudah sedikit bercelaru. Sekarang masalah bertambah pula dengan perkhabaran dari kampungnya tadi.
            “Sha, kau ni kenapa sebenarnya? Mak Ngah cakap apa dengan kau pagi tadi?” soal Aniss sambil mengerling wajah suram Nasha Athierah di sisi.
            “Anne....” mata Nasha Athierah sudah berkaca-kaca.
            “Eh?” Aniss kalut melihatkan wajah keruh Nasha Athierah.
            “Ce citer sikit dengan aku ni?” pinta Aniss sebelum menyambung perjalanan.
            “Anne, apa kau buat kalau ada orang paksa kau buat benda yang kau tak suka?” soal Nasha Athierah perlahan.
            “Kalau aku? Haha, mestilah aku tak nak! Apa kes nak jadi macam kerbau kena cucuk hidung kan?” yakin Aniss menjawab.
            Nasha Athierah menghela nafas berat sambil kembali membuang pandang keluar. Jawapan Aniss sama dengan jawapannya.
            “Hey, kau ni dah kenapa pula? Gaya macam Mak Ngah dah paksa kau kahwin dengan calon pilihan dia je?” Aniss berseloroh sambil tertawa kecil. Nasha Athierah ni bukan boleh jangka sangat. Selalu juga dia terkena dengan loyar buruk si sepupu.
            Mata yang berkaca tadi sudah pun menerbitkan titisan mutiara jernih ke pipinya. Tepat! Apa yang Aniss katakan itu tepat belaka!!
            Anis di sebelah Nasha Athierah semakin kalut apabila esakkan sepupunya itu menjadi secara tiba-tiba. Kalut dia bergerak ke bahu jalan, mencari tempat yang sesuai untuk memberhentikan keretanya.
            “Sha? Kenapa ni? Eh, sorrylah kalau kau terasa dengan apa yang aku cakap tadi...” Aniss mengusap lengan Nasha Athierah di sebelah.
            Nasha Athierah menggeleng perlahan. “Bukan, bukan pasal apa yang kau cakap tadi, Anne...”
            “Habis?” Aniss masih menanti jawapan daripada Nasha Athierah.
            “Minggu depan aku dah nak bertunang...” luah Nasha Athierah perlahan. Dengan air mata yang semakin laju mengalir keluar, tubuh Aniss di sebelahnya di peluk kejap.
            Buat beberapa ketika, Aniss tergamam seribu bahasa.
            “Bertunang?” soalnya perlahan.
            Anggukan perlahan Nasha Athierah membuatkan senyuman perlahan-lahan terukir di bibirnya.
            “Betul ke? Ya ALLAH, tahniah Sha!” tanpa mengetahui hujung pangkalnya, Aniss sudah bersorak riang.  
            “Amboi, kau senyap-senyap je kan? Tahu-tahu dah nak bertunang,” ucap Aniss dengan senyuman yang makin melebar.
            Esakkan Nasha Athierah makin menjadi dengan ucapan tahniah daripada Aniss itu.
            “Lah, ni dah kenapa pula meraung sampai macam ni? Patutnya dah nak bertunang macam ni, kau happy...” ujar Aniss.
            “Aku kena kahwin paksa,” dalam esak tangisnya, Nasha Athierah menjawab.
            “HAAA?!!” Aniss jatuh rahang. Seriously?!
            “Kau janganlah buat main. Tak lawak kut,” Aniss cuba menafikan. Budak Sha ni bukan boleh sangat, hobi dia memang suka mengusik walau terkadang tu, dialah paling lurus, naif yang amat.
            “Anne, semalam ada orang datang merisik aku. Mak aku dah terima...tanpa pengetahuan aku!” makin menjadi esakkan Nasha Athierah.
            Aniss terkebil-kebil sambil tangannya makin galak mengusap belakang sepupunya itu. Dia faham benar dengan perangai Mak Ngahnya aka emak kepada Nasha Athierah ini. Jika hitam katanya, janganlah ada yang berani nak tukar jadi putih pula. Mahu runtuh pula rumah jadinya nanti.
            “Sha...”pelukannya pada tubuh Nasha Athierah semakin dieratkan. Macam mana caranya untuk dia membantu sepupunya ini?
            “Macam ni ke pengakhiran hidup aku? Kena paksa kahwin macam kisah dalam novel-novel online yang aku selalu baca tu?” lirih suara Nasha Athierah memecah kebisuan di dalam ruangan kereta tersebut.


            Nasha Athierah duduk menghadap beberapa dokumen yang perlu diselesaikan hari tersebut. Sejak semalam lagi, emosinya tidak seceria selalu. Hendak mengukir segaris senyuman pun dia terasa hilang upaya, apatah lagi bergelak tawa seperti selalu.
            “Tolong semak list ni. Nanti hantar pada saya semula.” sebuah fail di letakkan ke atas meja kerjanya sebelum si jejaka tadi berlalu pergi.
            Nasha Athierah memandang langkah Ammar Adwan yang sudah menghilang di sebalik pintu bilik mesyuarat. Berkerut juga dahinya dengan tingakh aneh majikannya itu. Kenapa pula dia yang kena check benda ni pula? Siap hantar personally lagi? Secretary bosnya itu di mana?
            Namun dia akur juga dengan permintaan Ammar Adwan tadi. Fail tersebut di capai lalu di buka. Sehelai sticky note yang elok tertampal di  halaman pertama itu di di tenung penuh rasa terkejut.
            ‘Sticky note ni macam...’ pantas drawer paling atas pada meja kerjanya di tarik keluar. Beberapa helai sticky note dari pengirim misterinya selama ini di bawa keluar.
            ‘Sama...’ satu bentuk kecil seakan rama-rama pada setiap keping sticky note itu adalah buktinya. Makna...
            ‘Encik Ammar...’matanya di sorot pada pintu bilik mesyuarat yang masih tertutup rapat.
            Mungkinkah pengirim nota misteri itu adalah bosnya, Ammar Adwan?
            ‘Jadi sebakul coklat dulu itu pun?’
            “Aaa.” Segera tangan naik menekup mulut sendiri. Habis sebakul coklat tu di agihkan sama rata dengan staff office yang lain, termasuk Encik Ammar sendiri. Patutlah muka lelaki itu keruh semacam saja sewaktu dia beri coklat tu dulu...
            ‘Bunga ros merah yang penuh satu mejanya tu?’
            “Aaaaaa.” Sebelah lagi tangan turut naik menekup mulut sendiri. Habis bunga-bunga tu dulu di sedekahkannya pada Kak Dian, depan Encik Ammar lagi tu!
            ‘Payung ajaib yang tiba-tiba muncul tu...’ payung yang entah dari mana telah terletak elok di sebelah meja kerjanya. Terdapat sekeping sticky note di atas mejanya yang mengandungi pesanan supaya dia membawa bersama payung itu ketika balik nanti. Petang itu, memang hujan lebat yang amat. Nasib jumpa Adney masa kat lobi. Dia yang hantar balik hari tu.
            “Aaaaaaaaaaa!” tangan naik mengurut pelipis sendiri. Kenapa dia tak perasan hari tu Encik Ammar pun stay back kat office? Takkanlah Encik Ammar sengaja stay back sebab tunggu aku balik?
            “AAAAaaaa!!!” tanpa sedar dia sudah terjerit sendiri. Sebaik menyedari keterlanjurannya, dilihatnya semua mata sedang memandang tepat ke arahnya dengan pelbagai gaya.
            “Err, sorry,” secepat kilat Nasha Athierah mengatur langkah menuju ke tandas.
            Nasha Athierah berdiri tegak di hadapan cermin di dalam tandas. Terketar-ketar tangannya memulas kepala paip.
            “Takkanlah. Mustahil.” Bisiknya perlahan.
            “Takkanlah dia,”sebelah tangan mengurut pelipis sendiri. Tak mahu mempercayai realiti yang terpapar di depan mata.
            “Kenapa masalah datang bertimpa ni?”Nasha Athierah menggumam sendiri. Matanya sudah terasa berkaca. Kenapa baru sekarang? Kenapa?
            Nasha Athierah masuk ke dalam sebuah bilik tandas. Pintu di rapatkan sebelum di kunci. Air mata di biarkan mengalir bebas. Semalam dia dikejutkan dengan hal pertunangan ekspressnya itu. Hari ini dengan perkara ini pula?
           

            “Come in,” Ammar Adwan memberi arahan selepas terdengar pintu biliknya di ketuk dari luar.
            Sesaat kemudian, wajah sembap Nasha Athierah tersembul di sebalik muka pintu.
            “Atie?” Ammar Adwan menarik senyum di bibirnya. Khas buat si gadis yang kini sudah berdiri di hadapan mejanya.
            “Duduklah,”
            Namun Nasha Athierah hanya tegak berdiri. Matanya tak berkalih memandang wajah Ammar Adwan.
            “Apa semua ni, Encik Ammar?” fail yang di berikan oleh Ammar Adwan sebelum lelaki itu masuk bermesyuarat tadi di letakkan di atas meja. Segala sticky note dari pengirim misteri yang di terimanya selama ini turut sama di letakkan ke meja kerja Ammar Adwan.
            Ammar Adwan kembali tersenyum. Sudah di jangka, pasti gadis ini bakal terkejut dengan apa yang sudah dan bakal terjadi. Sejujurnya, hatinya juga berdebar bagai nak terkeluar dari badan ketika ini. Dia mahu berterus terang pada gadis ini.
            “Nasha Athierah binti Ahmad Nasir, saya akan explain. Yes, saya. Saya orang misteri yang awak cari selama ni tu,”
            Buntang mata Nasha Athierah memandang wajah Ammar Adwan. Masih terkejut, walhal jawapan Ammar Adwan itu sudah di jangka olehnya.
            “Wait. Memandangkan dah masuk waktu lunch, apa kata kita discuss hal ni kat luar je?”Ammar Adwan sudah mula mengemaskan meja kerjanya sebelum bangkit mencapai blazer pada penyangkut khas di sudut biliknya.
            “Saya tak ada hati nak pergi mana-mana pun,” Nasha Athierah memandang tajam wajah Ammar Adwan.
            Melihatkan reaksi yang di tunjukkan oleh Nasha Athierah, Ammar Adwan menghela nafas perlahan.
            “Nasha Athierah...”
            “Encik Ammar tahu tak apa perasaan saya sekarang ni?” soal Nasha Athierah dengan mata yang sudah kembali berkaca.
            “Atie,” Ammar Adwan cuba merapati Nasha Athierah.
            “Rupanya kerja encik,” Nasha Athierah masih tajam memandang Ammar Adwan yang sedang menghampirinya.
            “Atie...” Ammar Adwan mula rasa serba salah. Adakah dia sudah melukakan hati gadis ini tanpa sedar?
            “Rupanya selama ni, encik yang dah permainkan saya...” setapak Nasha Athierah mengundur menjauhi Ammar Adwan.
            “No, saya tak pernah berniat nak permainkan awak...”
            “Seronok ke nampak saya terpinga-pinga dan ketakutan setiap kali dapat sticky note tu?”setapak Ammar Adwan melangkah merapati, dua langkah Nasha Athierah mengundur menjauhi lelaki itu.
            “Atie, please...saya tak berniat...”
            “Sampai hati encik buat saya begini,” makin laju mutiara jernih turun dari kelopak matanya.
            “No, Atie...saya,”
            “Encik kejam,” langkah Nasha Athierah mati pada dada dinding konkrit pejabat Ammar Adwan.
            “Tak, saya tak bermaksud nak permainkan, nak takutkan atau berlaku kejam pada awak Atie. Saya minta maaf kerana saya tak berterus terang pada awak selama ni,” Ammar Adwan segera menghalang Nasha Athierah keluar dari bilik pejabatnya.
            “Kenapa encik buat saya begini? Untuk apa?!” sedikit meninggi suara Nasha Athierah berselang seli dengan sendunya.
            Ammar Adwan merenung lama wajah Nasha Athierah di hadapannya.
            “Sebab saya sayangkan awak. Saya dah jatuh hati pada awak, Nasha Athierah binti Ahmad Nasir.” Luah Ammar Adwan tenang. Mata Nasha Athierah yang berkaca-kaca di tatap dengan rasa kasih yang tulus dan ikhlas.
            Nasha Athierah tergamam beberapa ketika. Terkebil-kebil dia memandang wajah Ammar Adwan yang begitu hampir dengannya kini.
            “Betul ke?”soal Nasha Athierah perlahan.
            Ammar Adwan mengukir senyum sebelum mengangguk perlahan.
            Melihatkan anggukan dan senyuman daripada Ammar Adwan membuatkan hatinya semakin hancur.
            Ammar Adwan pelik melihat air mata yang perlahan-lahan menuruni pipi gadis di hadapannya ini semula. Tiada kata yang terluah, namun melihatkan mutiara jernih yang semakin galak merembes keluar membasahi pipi Nasha Athierah, Ammar Adwan kalut sendiri.
            “Atie...”
            “Selama ni, saya juga simpan rasa yang sama pada encik.” Pengakuan dari ulas bibir Nasha Athierah membuatkan secalit senyuman melebar di bibir Ammar Adwan.
            “Tapi perasaan kita ini tak mungkin membawa apa-apa makna.”
            Mati terus senyuman Ammar Adwan tadi. sebaris kata-kata Nasha Athierah tadi bagai menyentap tangkai nyawanya.
            “Apa maksud awak, Atie?”
            Nasha Athierah mengumpul kekuatan untuk menatap wajah Ammar Adwan.
            “Encik dah ada anak isteri. Mustahil untuk saya merosak kebahagian orang lain.”beberapa ketika sahaja dia bertentang pandangan dengan Ammar Adwan sebelum dia mengambil keputusan untuk mengubah arah pandangannya.
            Ammar Adwan tersentak dengan bicara Nasha Athierah. Anak isteri? Ya, dia mungkin ada Erina Casandra, tetapi sejak bila pula dia ada isteri ni?
            “Atie, rasanya awak dah salah faham ni...”
            “Sudahlah encik. Mungkin bukan jodoh kita,” Nasha Athierah tidak lagi berani memandang wajah Ammar Adwan.
            “Tapi Atie,”
            “Saya pun dah nak bertunang hujung minggu ni. Jadi, rasanya untuk kebaikan semua, eloklah kita tamatkan saja hal ini di sini.” lengan Ammar Adwan yang sedang mengepung tubuhnya di dinding pejabat di rungkai lemah.
            “Bertunang? Dengan siapa?” soal Ammar Adwan kaget. Rasanya hari tu Tok Mi kata dia dah reserved awal-awal Nasha Athierah untuknya? Kenapa sekarang?
            “Pilihan keluarga,” Nasha Athierah cuba tersenyum, namun senyumannya pahit.
            Nasha Athierah sudah menghilang keluar. Ammar Adwan pula sudah melorot berteleku di lantai.
            ‘Siapa pula yang dah potong line aku ni?!’







_____________________
Hi:)
1. Taraaaaa. Sorry, lambat lagi.
2. Betul ke dah ada orang berani potong line abang ammar ni? agak-agak siapa ye?
3. Sorry kalau entry ni tak seperti yang di harapkan. 
4. Minta jasa baik anda yang sedang membaca ni supaya doakan saya di beri kekuatan dan di beri kesihatan yang baik. (dah ada aura ketidaksihatan diri ni.) Doa anda saya dahulukan dengan terima kasih:)
5. Jaga kesihatan, jaga diri, jaga hati anda. Keadaan cuaca tak menentu, udara pun tak berapa sihat lately, jangan bertindak ikut emosi, kerana ramai insan tak berdosa terluka dengan tindakan tersebut.
6. Selamat berhujung minggu:)

7 comments:

Wan Ruzana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehe msg2 dh slh phm keke

wida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alaa...pendek nye n3 dia..

aR_aD (nAbA) said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak lagi..:)

Lieynaim mohd noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahahahahah.. mesti masing2 terkejut nie nt nie

ciknie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

xkn mak ammar da g mrisik sme tnpa pngetahuan ank dye..plik nie..x sbr plak nk tggu next n3..smga pnlis pn chat2 la sllu ea..jga ksihatan ea

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kehkehkeh... kesiannnnnnnnnn!!!
mesti sepanjang minggu tu mood dedua merudumm.. hahahahahhaaa...
adehh.. tu laa, nak rahsia drpd mak.. last2 dedua sepriseeeeee!! bila aunty wahi nak gtau ammar adhwan nih.. :P
xsabo nak tggu tyme tunang... :)

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

konflik2...bertimpa2! hush.sayu eden. haha.