Love 22
Amran Adli duduk
melepaskan lelah pada sebuah kerusi taman. Tali DSLR masih setia tergantung di
lehernya. Topi cap di tanggalkan daripada kepalanya. Peluh yang merinik di dahi
di kesat perlahan.
“Nyaris kantoi lagi.”
nafas panjang di hela menggambarkan rasa lega yang tidak terhingga.
Sebentar tadi, seperti
kebiasaanya dia akan pergi menjenguk permata hatinya secara curi-curi di
sekolah. Entah bagaimana pula secara tiba-tiba sahaja adiknya, Amir Adwa boleh
muncul pula pada jam-jam begini. Selalunya menginjak petang barulah nampak
bayang adiknya menjemput pulang si kecil di sekolah itu.
“Erina,”seketika bibirnya
mengukir senyuman sedikit. Teringat ketika seorang wanita muda melaung
memanggi si kecil yang menjadi
perhatiannya selama ini itu. Erina rupanya nama si kecil itu.
Tetapi reaksi wajah Amir
Adwa yang cemas semacam mengundang kegusaran di hatinya. Ada benda tak baik dah
jadi ke?
“Ibu? Atau Wan?” Amran Adli
melepaskan keluhan perlahan. Dalam hati dia berdoa, semoga kedua mereka
terlindung daripada segala macam bahaya dan perkara yang tidak baik.
Otak terlanjur memikirkan
ibunya, sekaligus menerbitkan rasa rindu pada keluarga yang sudah lama di
tinggalkan itu. Masih ingatkah mereka pada aku?
Sekiranya mereka tahu aku
masih hidup, dan sudah pulang ke sini semula, mahukah mereka memaafkan aku
seterusnya menerima aku kembali?
Bermacam soalan menerjah
benaknya. Amran Adli mengeluh lagi. Andai saja dia punya kekuatan untuk
berhadapan dengan semua ahli keluarganya itu ketika ini...
“Apa yang dah berlaku ya?”
hatinya jadi tak tenang bila mengenangkan riak wajah cemas adik bongsunya itu
tadi. Pasti ada benda tak baik dah jadi, dia pasti tentang itu.
‘Ibu tak sihat ke?’ otak
membuat andaian sendiri. Apapun, dia patut menyusuli Amir Adwa. Dia perlu tahu
apa yang sudah terjadi, jika tidak hatinya bakal tidak tenteram.
Sesaat, Amran Adli sudah
tegak berdiri. Tanpa berlengah, kaki di hayun menuju ke arah keretanya yang di
parkir di hujung taman permainan tersebut.
Sambil kaki melangkah,
kepalanya memerhati keadaan sekeliling. Bimbang ada yang mengekorinya. Kaca
mata hitam sudah terletak di tempatnya. Topi cap yang menutupi sebahagian
kepalanya di tarik ke bawah sedikit. Alarm
kereta di tekan, sebelum dia membuka pintu belah pemandu Inspira putih tersebut.
Inspira di undur keluar
dari petak parking tersebut tanpa menyedari kehadiran seseorang di belakang
keretanya.
Amran Adli kaget apabila
terasa keretanya sudah menghentam sesuatu di belakang. Segera dia melangkah
keluar untuk memeriksa keadaan.
“Maaf, saya tak perasan
awak nak lintas kat belakang tadi,” Amran Adli merapati wanita bertudung litup
yang sedang mengaduh sakit di atas tar.
“Tak, salah saya sebab
jalan menonong je tak toleh kiri kanan,” si wanita menjawab perlahan sambil
memeriksa tangannya yang luka bergesel dengan permukaan kasar jalan tar.
“Saya hantar awak ke
klinik?” soal Amran Adli. Rasa bersalah menghantui dirinya apabila melihat luka
di tangan wanita itu yang sudah mula mengeluarkan darah.
“Tak pe. Sikit je ni,”
wanita itu cuba untuk bangkit.
“Are you sure miss? Your wound
is bleeding. Saya rasa better awak dapatkan rawatan supaya luka tu tak
melarat ke penyakit lain pula.” Amran Adli teragak-agak untuk membantu wanita
itu bangkit. Tetapi untuk hanya melihat dan sekadar menjadi pemerhati, dia rasa
tidak patut pula.
“InsyaALLAH. Saya boleh
pergi sendiri saja,” wanita itu sudah berkira-kira untuk beredar, namun Amran
Adli segera menghalang.
“No, saya yang cuai. So,
biar saya yang bertanggungjawab. Saya hantar awak pergi klinik, bil or anything, everything on me.” Pintu
sebelah pemandu di buka.
“Encik, it’s okay. Saya drive tadi,” wanita itu mengisyaratkan jari ke arah sebuah kereta
City berwarna merah selang tiga buah kereta di sebelah kiri mereka.
“Oh, kalau macam tu bagi
kunci kereta awak. Biar saya drive ke
klinik,” cadang Amran Adli. Dia memang ikhlas mahu membantu.
Wanita tadi tersenyum
kecil.
“Maaf, saya tak kenal
encik. So memang taklah kan, saya
senang-senang nak percaya encik sampai beri encik pandu kereta saya tu,” wanita
itu menjawab.
“Cik, saya tak ada niat
lain selain nak bantu awak. Saya rasa bersalah sebab awak sampai luka-luka
macam ni kerana kecuaian saya.” Amran Adli membela diri. Ewah perempuan ni, dia
ingat aku ni apa? Perogol bersiri? Penjenayah paling di kehendaki?
“Maaf, saya minta diri
dulu.” Wanita itu sudah mula mengatur
langkah, namun sekali lagi Amran Adli menghalang.
“Nah, pegang ic saya.
Kalau saya buat macam-macam, silalah bawa benda ni jumpa abang polis kat
balai.” Amran Adli mengeluarkan mykadnya dari wallet lalu di hulurkan pada
wanita di hadapannya itu.
Berkerut dahi wanita
tersebut melihat huluran Amran Adli. Gila apa mamat sorang ni? Ni apa? Taktik
mengurat macam ni dah lapuk cik abang oii!
‘Tapi kenapa bila pandang
muka mamat ni aku macam terbayang seseorang je ye? Mata dia ni mengingatkan aku
pada....’
Ammar Adwan. Mata itu
persis seperti lelaki pujaannya itu.
“Meh kunci,” suara si
lelaki entah siapa di hadapannya itu mematikan terus layangan fikiran Diana.
“Boleh percaya ke awak
ni?” soal Diana sambil menyambut huluran lelaki di hadapannya itu. Sekilas nama
lelaki itu di bacanya.
‘Amran Adli,’
“Ya ALLAH, awak nak saya
buat macam mana lagi baru kita nak sampai ke klinik ni? Luka awak tu, tak sakit
ke?” soal Amran Adli dengan suara yang sudah mulai tegas. Orang nak tolong ni
pun kira untung tau. Banyak pula ragam dia. Ingat aku ni ada banyak sangatlah
masa lapang nak melayan karenah dia ni?
‘Kau ni pun satu Adli, dah
dia kata nak pergi klinik sendiri tadi, kau pula yang gatal nak hantar. Baik
hati sangat!’ hati kecilnya mengomel tak setuju.
‘Aku rasa tak patutlah,
dah buat anak orang berdarah-darah macam tu, lepas tu lari je terus. Tak
gentlemen lah,’ satu suara lain mengeluarkan kata-kata pembelaan.
‘Dia pun salah apa? Apa
tadi masa berjalan mata letak kat tapak kaki ke? Tak nampak orang nak reverse kereta? Nak bunuh diri pun
janganlah kat tempat playground ni...’
“Astagfirullah,” Amran
Adli berkata perlahan. Hatinya berbelah bahagi dan saling berbalah sesama
sendiri. Syaitan tak pernah puas untuk mengenakan anak cucu Adam. Mereka tidak
suka melihat anak cucu Adam berbuat kebaikan waima sekecil-kecil kebaikan pun.
“Sekarang ni, perempuan
patut lebih berhati-hati, lagi-lagi dengan strangers
macam awak ni...” Diana menggumam perlahan namun jelas di pendengaran Amran
Adli.
“Suka hati awaklah. Saya
malas nak paksa-paksa orang sombong yang prejudis macam awak ni,” Amran Adli
merengus marah.
“Fine, I’m leaving. Tapi jangan salahkan saya kalau jadi apa-apa.”
Mykad yang masih di pegangan wanita itu segera di rampas.
Diana hanya memerhati.
Huh! Nak marah-marah orang pulak! Dah baik aku tak kata nak minta pampasan ke
apa tadi!
Amran Adli melangkah ke
tempat pemandu kereta. Diana pula mula mengatur langkah beredar.
Baru sahaja Amran Adli mahu
memboloskan diri ke dalam perut Inspiranya, bunyi benda jatuh di belakangnya
membuatkan tingkahnya mati serta merta. Spontan dia berpaling.
“Eh, Cik!” terkejut Amran
Adli melihat wanita tadi sudah terkulai di atas jalan.
“Isy, tengoklah. Degil
sangat kan tadi, tengok apa dah jadi sekarang?” sempat pula Amran Adli mengomel
sambil tunduk memeriksa keadaan wanita
yang di langgarnya secara tidak sengaja itu tadi.
Matanya meliar ke kiri dan
kanan, cuba mencari bantuan. Malangnya, tiada sesiapapun di situ kecuali
mereka.
“Cik,” bahu wanita itu
yang berlapik dengan kain baju jubah di cuit sedikit.
“Saya minta maaf ye, saya
tak ada pilihan lain.” Tanpa berlengah, terus sahaja wanita itu di cempungnya
ke dalam Inspira.
“Tadi sombong sangat,
tengok sekarang siapa susah?” Amran Adli meletakkan handbag wanita itu ke
tempat duduk belakang. Kereta di pandu menuju ke pusat perubatan berhampiran.
‘Mana agaknya klinik tak
pun hospital di kawasan ni ye?’ sambil memandu,
matanya meliar ke kiri dan kanan jalan.
‘Rasanya kat depan sana tu
ada satu klinik...’mengenangkan itu, laju sahaja keretanya di pandu menuju ke
destinasi.
Amran Adli teragak-agak
untuk membuka beg tangan wanita tadi yang masih berada di tempat duduk belakang
keretanya.
Namun, mengenangkan dia
perlu mendapatkan kad pengenalan wanita tersebut untuk tujuan pendaftaran
pesakit, di gagahkan juga dirinya.
Purse panjang di bawa
keluar lalu di buka. Mykad di tarik keluar sebelum purse tersebut di tutup
kembali seperti asal.
“Diana Binti Abdul Rauf,”Amran
Adli membaca nama yang tertera pada kad tersebut sambil kaki mula melangkah
menuju ke kaunter hadapan klinik berkenaan.
“Encik, tadi doktor
cari.”petugas di kaunter klinik tersenyum menyampaikan pesanan.
“Oh,” Amran Adli terus
menuju ke bilik kedua yang menempat bilik rawatan.
Pintu bilik di ketuk
sebelum dia melangkah masuk.
“Encik, sila duduk.”
Doktor berbangsa India itu tersenyum mesra sambil mempersilakan Amran Adli
duduk di kerusi yang tersedia di hadapannya.
“Encik tak perlu risau,
isteri encik tidak ada apa-apa masalah kesihatan yang serius. Dia hanya
mengalami demam biasa. Luka akibat terjatuh itu juga sudah saya rawat.”tutur
doktor tersebut sambil mengukir senyum pada Amran Adli dan juga wanita di
sebelahnya.
Amran Adli hampir saja
tergolek jatuh dari kerusi gara-gara kata bicara doktor itu tadi. Isteri?
Siapa? Perempuan sombong ni?
“Kami bukan suami isteri.
Kami tak kenal pun. Saya kebetulan berada di tempat kejadian masa dia pengsan
tadi,” Amran Adli mengerling sekilas wanita di sebelahnya. Wajah pucat milik
wanita itu hanya diam membisu.
“Oh, begitu ke? Maafkan
saya. Saya ingatkan awak berdua suami isteri tadi,”
“Saya dah boleh balik kan
doktor?” soal Diana, lemah dan lesu.
Doktor itu mengangguk.
“Tapi sebelum tu, ambil ubat dulu ya,” doktor itu menyerahkan sehelai kertas
yang sudah di tulis entah apa kepada seorang jururawat.
“Jaga diri, jaga makan.
Ubat nanti makan ikut masa. Kalau rasa demam cik makin teruk, segera ke
hospital dapatkan rawatan lanjut.” Doktor itu sempat berpesan.
Diana mengangguk saja
tanda faham.
“Thanks, doc.” Amran Adli bersalam dengan doktor tersebut.
“Most welcome. Selamat jalan,”
Selesai mengambil ubat,
Diana terus sahaja melangkah keluar. Hatinya masih geram apabila lelaki itu
berkeras mahu menanggung segala kos perubatan.
“Diana,”suara yang
memanggilnya itu membuatkan Diana serta merta berpaling lengkap dengan jelingan
tajam.
“Macam mana awak tahu nama
saya?”
Amran Adli tak berkata
apa. Dia berjalan ke arah keretanya yang di parkir berhadapan klinik.
“Hey! Saya bercakap dengan
awaklah, Encik Pelik!”Spontan lengan Amran Adli di capainya bagi mengelakkan
lelaki itu berlalu pergi.
Amran Adli menoleh ke
belakang mencari seraut wajah yang masih pucat tak bermaya itu.
“Dah sakit macam ni pun,
masih ada tenaga nak jerit marah saya macam ni?” Amran Adli bertanya sinis. Ada
pulak sesuka hati dia je panggil aku Encik Pelik?
Diana menarik nafas
perlahan. Kepala masih terasa berat, emosi pun turut terjejas sama.
“Terima kasih,” Diana
tunduk merenung lantai. Tak berdaya saja rasanya nak memandang wajah ‘orang tu’
selepas apa yang di cakapkannya tadi.
“Kena marah pun awak nak
berterima kasih?” Amran Adli tergelak kecil.
“Awak atau saya yang pelik
sekarang ni?” soal Amran Adli sambil berjalan menghampiri Diana.
Diana spontan mengerling
sekejap wajah lelaki itu. Geram!
“Terima kasih sebab tolong
saya,” ucap Diana.
“Aha?” Amran Adli
bersandar pada badan keretanya. Wajah Diana yang sedang menunduk di pandang
dengan senyuman. Entah kenapa terasa mahu mengusik orang pula sekarang ni.
“Come again?” Amran Adli senyum lagi.
“Thanks for helping.” Diana turutkan saja kemahuan lelaki itu.
“Oh, itu.” Amran Adli
membetulkan cap di kepalanya. Bibir masih dengan senyuman.
“Awak kena berehat. Mari,
saya hantarkan.” Amran Adli menarik hujung lengan baju jubah yang di pakai
Diana.
“Tapi,”
“Jangan banyak cakap.
Kalau awak pengsan tepi jalan lepas ni, jangan harap akan ada orang baik yang
ikhlas tolong perempuan cantik macam awak ni tanpa niat jahat macam saya lagi
tahu,” Amran Adli tergelak kecil dengan kata-katanya sendiri. Puji diri tak
ingat dunia!
“Handbang awak, sorry saya
buka nak cari IC awak tadi. Tapi jangan risau, saya tak kacau apa-apa barang
awak yang lain pun, saya buka ambil IC lepas tu simpan semula dalam handbag ni.” sebelum wanita di hadapannya
itu bertanya, lebih baik dia siap berterus terang.
“Terima kasih,” sekali
lagi Diana mengucapkan kata terima kasih pada Amran Adli yang sudah mengambil
tempat di sebelahnya. Bersiap sedia untuk memandu.
Sepanjang perjalanan,
keduanya hanya senyap tanpa kata. Baik Amran Adli mahupun Diana, masing-masing
hanya membisu.
“Sure tak nak saya hantar terus ke rumah awak?” Amran Adli meminta
kepastian selepas memakir keretanya bersebelahan dengan City merah milik Diana
di kawasan parking playground yang
menjadi tempat pertemuan mereka tadi.
“Sure do,” Diana sedaya upaya mengukir senyuman.
“Okay, then.” Walaupun masih risau dengan keadaan wanita di
sebelahnya itu, namun Amran Adli sedar dia bukanlah sesiapa untuk memaksa
wanita itu tunduk dan akur pada kehendak dan keputusannya.
“Drive safely, Diana.” Kata Amran Adli.
“Thanks, but nama awak...”
“Adli, boleh panggil saya
Adli.” Amran Adli senyum.
“Okay, Adli. Thanks.”
Diana masih teragak-agak. Sepanjang perjalanan tadi dia mempertimbangkan,
namun...
“Er, Adli saya...” wajah
Amran Adli di sisi di kerling sekejap sebelum dia melarikan pandangan kehadapan
semula.
“Yes?” Amran Adli menoleh ke arah Diana di sebelah.
“Saya harap awak tak salah
faham, but can I get your phone number?”
soal Diana perlahan.
Amran Adli agak terkejut
dengan permintaan wanita itu.
“Pardon me?” Amran Adli meminta kepastian. Ke aku yang salah dengar,
perempuan ni minta nombor telefon aku tadi?
“Your number. Saya rasa tak sedap hati, rasa terhutang budi dengan
awak. So, saya perlukan contact number awak supaya bolehlah saya nak, yaa you know kind of...arrange
satu masa untuk balas budi awak ni?” kata Diana, terus terang.
“Awak jangan salah faham,
saya cuma tak suka terhutang budi dengan orang...”
“Oh, macam tu. Sia-sia je
saya terkejut beruk tadi. Ingatkan awak nak ngorat saya ke kan...” ujar Amran
Adli bersama gelak tawanya.
Wajah Diana merona merah
dengan kata usikan lelaki yang baru beberapa jam di temuinya itu.
“No need contact number. If
anything, awak boleh contact saya
guna benda ni.” Amran Adli menghulurkan sekeping kertas memo kecil yang sudah
di stamp dengan alamat url laman
sesawangnya kepada Diana.
“Amran Adli lensa story
studio dot com?”berkerut dahi Diana membaca perkataan yang tertera pada kertas
yang di berikan lelaki itu.
“Yup, twenty-four seven available. InsyaALLAH.” Amran Adli tersenyum
lagi.
“Awak ni, photographer?”
Amran Adli senyum saja
tanpa jawapan kepada soalan Diana tadi. melihatkan Amran Adli yang hanya
tersenyum, Diana tidak lagi bertanya lanjut. Tambahan pula kepalanya semakin
berat, lalu segera dia meminta diri untuk beredar.
City merah milik Diana
beransur pergi. Amran Adli bersandar lemah pada badan keretanya.
“Esok ada job dekat
Melaka. So, sehari suntuk aku tak dapat jumpa Erina...” Baru dia teringat
bahawa dia perlu ke Melaka untuk satu resepsi perkahwinan pelanggannya.
“Ibu,” bibir menggumam
perlahan. Patutkah dia muncul semula sekarang? Adakah kemunculannya bakal
mencetuskan masalah yang lebih besar?
“Kenapa ni Pak su?” Erina
menyoal Amir Adwa yang sedang berlari-lari anak sambil mendukungnya masuk ke
dalam rumah.
“Erina sayang papa tak?”
soal Amir Adwa tiba-tiba.
“Mestilah sayang,” laju
tanpa ragu Erina menjawab.
“Kalau macam tu, janji
dengan Pak su Erina takkan jumpa mama Ayang lagi.”ucap Amir Adwa sambil
menyerahkan Erina kepada Puan Wahidah.
“Kita akan dapatkan
perintah mahkamah untuk halang Dayang Safiya dan emak dia datang jumpa Erina.
Berani mereka datang sini ugut kita macam tu?” Amir Adwa masih tak sudah dengan
amarahnya.
“Am,” Puan Wahidah
mengusap lembut bahu Amir Adwa untuk menenangkannya.
“Perempuan tu memang dah
lama hidup agaknya.” Amir Adwa merengus geram.
“Mentang-mentanglah Abang
Wan tengah dekat Sabah sekarang ni, berani dia ugut nak culik dan larikan
Erina? Apa dorang ingat Malaysia ni negara yang tak ada undang-undang ke? Mereka
nak cabar undang-undang nampaknya.” Makin meruap amarah Amir Adwa apabila
mengenangkan rancangan jahat dua beranak itu.
“Sabar dulu Am,” pujuk
Puan Wahidah.
“Nak sabar apa bu? Dorang
ni dah melampau sangat!” Amir Adwa merengus geram.
“Mereka ingat ugutan macam
ni tak boleh jadi kes polis ke? Dorang ingat kes culik ni benda main-main?”
Amir Adwa duduk di sofa bersebelahan Erina yang terpinga-pinga dengan situasi
di depannya.
“Kejap, Am call kawan Am
dulu. Kita minta tolong dia untuk dapatkan jaminan keselamatan untuk Erina
dulu.” Amir Adwa bangkit berjalan ke luar rumah untuk membuat panggilan.
“Sayang cucu nenek,” Puan
Wahidah membawa Erina ke dalam pelukannya. Dahi si kecil di kucup penuh kasih
dan sayang.
Sejak sebesar tapak tangan
Erina Casandra di jaganya, dan kini semudah itu mereka mahu merampas Erina
daripada mereka sekeluarga?
Tidak, dia tidak akan
sesekali membenarkan itu terjadi.
Kehadiran Nasha Athierah
ke dalam keluarga mereka bakal melindungi kedudukan Erina di dalam keluarga
mereka tak lama lagi. Hanya beberapa hari yang tinggal sebelum majlis nikah
hujung minggu nanti.
“Kenapa Pak su marah
dengan mama Ayang, nek?” soal Erina.
“Dia dah kacau sesuatu
yang kami sayang sangat.” jawab Puan Wahidah.
“Mama tak minta maaf ke,
nek? Dia tak sengaja kot?” Erina Casandra berkata.
“Tak sayang,”..sayang
masih kecil, sayang takkan faham tentang apa yang terjadi sekarang ni...
Puan Wahidah sebak. Lantas
tubuh kecil Erina kembali di dakap erat. Seperti kata Ammar Adwan sebelum ini,
Erina Casandra ibarat hati yang menjadi nadi keluarga. Tanpa Erina, keluarga
ini bakal hilang serinya.
_____________
HI:)
1. Semoga terhibur. Ni cerita selingan sbb nak ubati luka hati kak dian kita yang dah di reject abang ammar. Tapi okay apa, tak dapat abang ammar, tapi jumpa abang adli kan? hehe, doa-doa untuk dorang berdua ye sebab kak dian pun dah berubah sekarang ni:)
HI:)
1. Semoga terhibur. Ni cerita selingan sbb nak ubati luka hati kak dian kita yang dah di reject abang ammar. Tapi okay apa, tak dapat abang ammar, tapi jumpa abang adli kan? hehe, doa-doa untuk dorang berdua ye sebab kak dian pun dah berubah sekarang ni:)
2. Ni entry sebelum exam penting isnin ni. Doakan semuanya goes smoothly for me yeah? thanks:)
3. Kalau sudi, komenlah. Nanti saya check dan reply mana yang boleh ye. Thanks:)
17 comments:
Erkss.. Kenapakahh sangat pendekk?? Wuwuuuuuuwww..
Hr ni slasa nti letakk n3 lg yer.. Gudluck!
best.. tapi pndek sngt... sob2... hope akan ada n3 bru yer..
gud luck 4 exam cik writer
dah lama menanti tapi pendekkkkkkkknyaaaaaaa..
diana sapa ek.
mcmner dgn perkahwinan adwan atie
dah lama menanti tapi pendekkkkkkkknyaaaaaaa..
diana sapa ek.
mcmner dgn perkahwinan adwan atie
haishh cepat2 la wan ngan atie ni kawin,x sabar ni tunggu n3 baru...good luck tuk cik writter ek....best3....
sedihnya perjalanan hidup seorg anak yg bernama Erina..menjadi rebutan 2 keluarga yg mempunyai kepentingan masing masing..Teruja nak tahu ..apa kesudahan seorg ayah yg sanggup meninggalkan anaknya yg kecil dan membiarkan keluarganya sendiri membela anak kandungnya dan itu juga berlaku pada biras dan besan Amran adli apabila besar dengan selambanya mau claim bahawa anak itu zuriatnya
oww..nti jdoh kak dian ngn si abg la plak ek x dpt jdoh ngn adik abg pn okey gak..abg pn da insaf kn..x sbar nk tggu atie n wan nikah nie
I was suggested this blog through my cousin. I'm not positive whether this post is written through him as nobody else realize such particular about my trouble. You are wonderful! Thank you!
My web-site - blogs.rediff.com
Howdy! I know this is kinda off topic however , I'd figured I'd ask.
Would you be interested in trading links or maybe guest authoring a blog post
or vice-versa? My website addresses a lot of the same topics as yours and I think we could greatly
benefit from each other. If you might be interested feel free to send me an
email. I look forward to hearing from you! Excellent blog by the way!
Feel free to surf my blog post - account information sheet
This article is really a pleasant one it helps new net people, who are wishing in favor of blogging.
Also visit my site ... http://www.navyenemy.com/
Howdy! I know this is somewhat off topic but I was wondering which blog platform
are you using for this website? I'm getting tired of Wordpress because I've had
problems with hackers and I'm looking at options for another platform. I would be awesome if you could point me in the direction of a good platform.
Feel free to surf to my web site - champions league 2013
I always used to study paragraph in news papers but now
as I am a user of web therefore from now I am using net for posts, thanks to web.
My web page; http://www.jameshom.com/cgi-Bin/mt-tb.cgi?__mode=view&entry_id=19
Attractive section of content. I just stumbled upon your
blog and in accession capital to assert that I acquire actually enjoyed account your
blog posts. Anyway I will be subscribing to your augment and even
I achievement you access consistently fast.
my weblog - blackdahlia.info
I was able to find good information from your content.
Here is my weblog: aaalimonetwork.Com
Hi there would you mind letting me know which web host you're using? I've
loaded your blog in 3 completely different web browsers and I must say this blog loads a lot quicker
then most. Can you recommend a good internet hosting provider at
a fair price? Thanks a lot, I appreciate it!
Check out my weblog: http://www.phunblog.de/
Having read this I believed it was very enlightening.
I appreciate you taking the time and effort to put this short
article together. I once again find myself spending a
lot of time both reading and commenting. But so what, it was still worth it!
Here is my website: hotmail email Directory
I've been exploring for a bit for any high-quality articles or blog posts in this kind of space . Exploring in Yahoo I finally stumbled upon this website. Reading this information So i am glad to convey that I've an incredibly just right uncanny feeling I found out exactly
what I needed. I most unquestionably will make sure to do not overlook this website
and provides it a look regularly.
my blog post; nokia 808 specification
Post a Comment