My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

12 July 2012

Love Make Me Smile 23




Love 23
            Nasha Athierah mengerling sekilas ke arah bilik pejabat milik Megat Adney. Sejak beberapa hari lepas, ketua yang juga merangkap kawan baiknya itu mulai berperangai pelik. Megat Adney di lihat lebih kerap terperuk menghabiskan masanya sehari suntuk di dalam bilik pejabatnya. Dulu selalu juga dia keluar masuk bertegur sapa dengan staff di luar pejabat. Persahabatan mereka juga jelas terasa dingin sejak kebelakangan ini.
            Nasha Athierah mengemas workstationnya memandangkan jam sudah menjangkau angka 5. Dia bakal bercuti esok untuk majlis pertunangannya pada hari lusa.
            Mengenangkan hal pertunangan itu, hati Nasha Athierah patah seribu.
            ‘Ewah, dah macam tajuk lagu favourite pemain bola Harimau Muda, Fandi Othman saja,’ Nasha Athierah tersenyum segaris apabila terkenangkan pemain bola kegemaran adiknya, Nora Afieqah itu. Dalam ramai-ramai hero bola sepak negara, jejaka itu juga yang menjadi pilihan hatinya. Macam-macam hal betul!
            Senyuman Nasha Athierah perlahan-lahan senyumannya mati. Beg tangannya di galas ke bahu sambil sebelah tangan membetulkan kedudukan baju kurung di tubuhnya. Mata mengerling sekilas pada bilik kaca bertirai di hujung sana. Bilik pejabat milik Ammar Adwan itu sudah dua hari gelap. Pintu bilik tersebut juga masih tertutup rapat.
            ‘Hari terakhir sebelum saya jadi tunangan orang, kita tak dapat berjumpa.’hatinya terdetik pilu.
            ‘Hari ni saya masih single and available, tapi bila saya masuk kerja minggu depan, saya masih lagi single tapi dah tak available lagi...’Nasha Athierah menghela nafasnya perlahan.
            Kali terakhir dia bertentang mata dengan Ammar Adwan adalah pada ketika dia menyedari bahawa Ammar Adwanlah lelaki misteri yang selalu mengirimkan nota-nota kecil kepadanya.
            Selepas hari tersebut, lelaki itu jarang berada lama di pejabat. Kebanyakkan masa bekerjanya di habiskan untuk menyelesaikan tugasan luar. Sejak kelmarin, dia mendapat khabar bahawa majikannya itu sudah terbang ke Sabah atas urusan pejabat selama dua hari. Mungkin esok baru lelaki itu ada di pejabat.
            Nasha Athierah membawa langkahnya yang lemah menuju ke pintu keluar. Hatinya mula berbelah bahagi. Betulkah tindakannya mengikut telunjuk dan kemahuan emaknya lalu meminggirkan perasaannya sendiri?
            Sedang sibuk dia melayan perasaan itu,  telefon bimbitnya berdering minta di angkat.
            “Assalamualaikum, mom.” Nasha Athierah segera mengucap salam selepas menekan butang hijau. Nanti tak pasal-pasal pula telinganya tertanggal mendengar bebelan ibunya yang seorang ini jika tidak mengucap salam.
            “Wa’alaikumsalam, Atie where are you?” soal Puan Hayati selepas menjawab salam yang diucap anaknya itu.
            “Atie dah otw balik ni mom,” jawab Nasha Athierah. Rasa sebak dan sayu tadi di bungkus kemas dan di simpan jauh ke dasar hatinya.
            “Ha, good good. Ni, go home terus okay. Go straight, don’t belok-belok ye,” Puan Hayati berpesan separa berseloroh.
            Yes, mom.” Nasha Athierah menjawab ringkas. Dia tersenyum sedikit mendengar tawa kecil emaknya di sana.
            “Ni, jangan lupa berkemas terus nanti. Pagi esok boleh Abang Aus kau ambik.”Puan Hayati berpesan.
            “Lah, kenapa pula Abang Aus susah-susah datang ambik Atie ni mom, kan Atie boleh balik naik bas je? Orang dah beli tiket pun tadi,” Nasha Athierah terkejut dengan berita yang di sampaikan oleh emaknya.
            “Mak Ngah kamu bising tak bagi kamu balik naik bas. Bahaya orang darah manis ni balik sendiri katanya. Anis pun kena kerja esokkan, jadi Mak Ngah kamu minta Abang Aus datang ambik kamu.”terang Puan Hayati.
            “Lah, darah manis apanya pula, Atie baru bertunanglah mom,” Nasha Athierah garu kepala yang tidak gatal sambil kakinya melangkah menuju ke lif. Tak rasa macam over ke mak aku ni? Aku baru bertunang kot?
            Kedengaran suara Puan Hayati  terbatuk beberapa kali di hujung talian sana.
            ‘Baru bertunang je? Hemm, dia tak tahu lepas 3 jam terus nak menikah pula...’ Puan Hayati tahan senyum memikirkan hal tersebut. Pasti anak gadisnya ini terkejut sakan nanti!
            Mom, are you okay? Batuk kering mak datang serang balik ke? Dah pergi check  kat doktor? Ya ALLAH, mak ni mesti penat sangat ni. Tulah, Atie kan dah pesan, jangan ligat sangat...” tanpa sedar Nasha Athierah sudah berceloteh panjang.
            “Eh, mana ada. Mak sihat wal’afiat ni kau kata kena batuk kering pulak. Tadi tu, tekak mak rasa gatal je,” Puan Hayati buat ayat cover line. Bukan tekak gatal sebenarnya, tapi hati tengah gusar memikirkan si anak yang mungkin boleh jatuh pitam sebaik mengetahui kebenarannya! Hehe.
            “Erm, dah lah. Atie, balik esok ye. Abang Aus datang ambik. Kau jangan buat perangai pula. Jangan malukan keluarga, kita dah janji dengan pihak lelaki. Kalau kamu buat hal, lari ke apa...siaplah. Mak tak mengaku anak nanti.”pesan Puan Hayati separuh mengugut.
            Yes, mom. Atie akan balik...” ...walau dengan hati yang hancur menjadi debu. Wuwuwu.
            Panggilan di tamatkan apabila bayang bas yang selalu di naikinya mula kelihatan. Enggan melayan rasa hati yang tiba-tiba rasa tidak enak, Nasha Athierah segera berjalan menuju ke pondok menunggu bas tidak jauh di depannya.


            Ammar Adwan segera menuruni anak tangga. Kotak segi empat yang sudah berbungkus cantik di bawa bersamanya.
            “Wan, nak ke mana pula tu?” tegur Puan Wahidah dengan kerutan di dahinya.
            “Keluar kejap, jumpa kawan.” Ammar Adwan tersenyum sambil menghampiri Puan Wahidah yang duduk bersama dengan Erina di ruang tamu. Sekilas, matanya memerhati satu persatu dulang hantaran yang sudah berhias cantik untuk majlis lusa.
            ‘Cantik. Perfect,’spontan bibir mengukir senyum. Hatinya mula putik bahagia. Dua hari lagi, Nasha Athierah bakal menjadi sebahagian daripada dirinya.
            “Baru sampai sejam tadi, sekarang nak keluar pula? Kamu tak letih ke Wan? Risau ibu, nanti jadi apa-apa,” Puan Wahidah meluahkan kegusarannya. Anak teruna yang nak menikah ni orang kata berdarah manis. Mudah di timpa benda yang kurang baik.
            “Wan okay ibu,” Tangan Puan Wahidah di capai lalu di kucup hormat.
            “Papa, Erina nak ikut. Boleh?” Erina sudah bangkit mencapai lengan Ammar Adwan.
            “Kali ni tak boleh sayang, sayang duduk dengan nenek ye.”kepala Erina di usap lembut sebelum di kucup lembut.
            “Wan pergi dulu ibu. Wan janji tak lama. Sebelum pukul 10 Wan balik ye,” Ammar Adwan mengucup sekilas pipi ibunya sebelum bergerak ke pintu.
            “Baik-baik memandu tu,” sempat Puan Wahidah menitipkan pesan buat Ammar Adwan.
            “InsyaALLAH ibu. Daa, sayang.” Ammar Adwan mengukir senyum sambil melambai kecil pada Erina Casandra.
           
            Ammar Adwan memakirkan keretanya di bahu jalan. Sekilas, rumah bercat coklat gelap itu di pandang. Ruangan dalam rumah yang kelihatan terang bercahaya dari luar di tambah pula dengan sebuah kereta yang masih elok terpakir di ruangan hadapan rumah membuatkan Ammar Adwan yakin dengan telahannya. Tuan rumah pasti ada di dalam sana.        
            Telefon bimbitnya di bawa keluar lalu jarinya lincah menekan nombor 2. Speed dial yang sememangnya sudah di setkannya lama dahulu.
            “Assalamualaikum,” Ammar Adwan segera mengucap salam sebaik panggilannya bersambut.
            “Wa’alaikumsalam,” jawab suara di hujung sana talian.
            Ammar Adwan mengerut dahi. Pelik dengan suara yang menjawab panggilannya.
            “Mana Nasha Athierah binti Ahmad Nasir?” soalnya pantas.
            “Ha?” suara di hujung talian seakan terkejut mendengar dia menyebut nama penuh si pemilik nombor telefon itu.
            “Siapa yang bercakap ni?” suara itu menjawab dengan soalan pula.
            Ammar Adwan melepaskan keluhan perlahan.
            “Kawan dia,” jawab Ammar Adwan ringkas.
            “Oh. Kejap ye, dia tengah solat...”beritahu suara yang menjawab panggilannya tadi. Belum sempat Ammar Adwan berkata apa-apa, kedengaran sayup-sayup suara lain di hujung talian sana.
            “Anne, siapa call aku?” Nasha Athierah berjalan keluar dengan naskah kecil surah yaasin di tangan kanannya.  Dia baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib ketika terdengar telefon bimbitnya yang di letakkan di meja kopi ruang tamu berdering.
            “Entah, kawan kau agaknya. Nah,” telefon sudah bertukar tangan.
            Nasha Athierah segera menekap telefon bimbit ke telinganya. “Hello,” sapanya sambil memandang wajah Anis yang sedang menonton berita di televisyen.
            “Assalamualaikum,” ucap Ammar Adwan. Bibir sudah mula menguntumkan senyuman manis di saat suara yang satu ini menyapa pendengarannya.
            “Wa’alaikumsalam, siapa ye?” soal Nasha Athierah terus terang. Isy, lelaki mana pula yang gedik sangat nak call orang senja-senja macam ni?
            Kedengaran suara di hujung sana tertawa kecil.
            “Takkan baru dua hari saya tak ada, awak dah tak boleh cam suara saya lagi dah, Atie?” soal Ammar Adwan.
            Nasha Athierah hampir terlepas telefon bimbit di genggamannya. Encik Ammar?!
            “Err, Encik Ammar...” sekilas wajah sepupunya di sebelah di kerling.
            “Eh? Encik Ammar? Kenapa panggil saya Encik Ammar pula?” soal Ammar Adwan dengan suara yang di buat-buat serius.
            “Ha? Err, mestilah kena panggil awak Encik Ammar, sebab awakkan bos saya?” lurus pula Nasha Athierah menjawab.
            “Kita bukan dalam office hour kan?” soal Ammar Adwan.
            “Errr,” Nasha Athierah garu kepala yang masih di lindungi kain telekung.  Memanglah bukan, tapi...
            “Panggil saya  Abang Ammar kan lagi mesra,” Ammar Adwan sudah menarik senyum sendiri di dalam keretanya. Pasti si gadis itu terkejut beruk dengan lawak tak jadinya ini.
            “Erk?” Nasha Athierah terkebil-kebil mendengar bicara selamba majikannya itu. Eh? Encik Ammar ni dah kenapa pula malam ni? Lain macam je gayanya? Siap boleh bergurau macam ni pula?
            “Encik Ammar, saya minta maaf tapi boleh saya tahu ada apa encik call saya ni? Saya bukan apa, saya ada hal lain yang perlu di selesaikan ni...” beritahu Nasha Athierah jujur. Suara Ammar Adwan yang tiba-tiba sudah pandai mengusiknya sebentar tadi seakan menggamit satu rasa ke dasar hatinya.
            ‘Kenapa awak muncul sekarang pula, Encik Ammar?’ hati terdetik satu persoalan. Mampukah dia melupuskan rasa yang entah bila terbina di dalam hatinya untuk lelaki bernama Ammar Adwan ini. Mampukah dia berpura-pura okey ketika berhadapan dengan lelaki ini kelak? Mengenangkan hal ini semua, Nasha Athierah jadi sebak tiba-tiba.
            “Oh, hal apa ye?” Ammar Adwan sengaja bertanya. Pasti hal berkaitan pertunangan merangkap pernikahan mengejut mereka lusa.
            Nasha Athierah menarik nafas sebelum menjawab soalan Ammar Adwan tadi. “Saya nak baca Yaasin untuk arwah ayah saya,” perlahan suara Nasha Athierah berkata.
            Ammar Adwan tergamam mendengar suara Nasha Athierah yang seakan sayu.
            “Kalau tak ada hal penting, saya letak dulu ye.”Nasha Athierah sudah berkira-kira untuk menamatkan panggilan apabila lelaki di hujung talian hanya diam membisu selepas dia memaklumkan hal yang di maksudkannya tadi.
            “Boleh awak keluar rumah awak sekejap?” permintaan Ammar Adwan membuatkan niat Nasha Athierah untuk menamatkan panggilan mati serta merta.
            “Nak buat apa pula keluar rumah senja-senja macam ni? Isy, tak naklah saya. Syaitan banyak berkeliaran kat luar sana tu,” jawab Nasha Athierah.
            “Atie, saya nak jumpa awak. Sekejap je, please?”pinta Ammar Adwan.
            “Apa Encik merepek ni? Encik kan masih ada kat sabah? Macam mana pula nak jumpa saya sekarang ni?” soal Nasha Athierah sambil menggeleng kepalanya. Tak logik betul!
            “Atie, saya dah ada kat depan rumah awaklah.” Beritahu Ammar Adwan sambil dia mematikan enjin keretanya. Sebelah tangan mencapai bungkusan di tempat duduk sebelah sebelum dia keluar dari perut kereta.
            “Isy, merepek makan kerepeklah encik ni!” Nasha Athierah cuba menahan rasa sebak yang makin mengasak perasaannya. Hatinya terasa makin berat untuk ‘melepaskan’ rasa indah pada lelaki itu kini.
            “Atie, I’m damn serious. Keluarlah kejap, mak cik sebelah rumah awak ni dah jeling-jeling semacam je kat saya ni...” suara Ammar Adwan seakan berbisik padanya.
            Seketika kemudian, terdengar salakkan anjing peliharaan milik Uncle Johny, jiran berbangsa Tionghua di depan rumahnya.
            Sesaat kemudian, bunyi salakkan yang sama kedengaran lewat di talian telefon.
            Ammar Adwan tersentak dengan salakkan nyaring dari arah belakangnya. Segera dia menoleh untuk memeriksa keadaan. Risau juga jika haiwan tersebut berada hampir dengannya. Sekarang ni, kes serangan anjing bukan boleh buat main. Ada juga yang kena menikah dalam wad nanti.
            ‘Fuhh,’ Ammar Adwan menghela nafas lega apabila terlihat kelibat haiwan tersebut di sebalik pagar tinggi rumah yang terletak berhadapan dengan rumah sewa Nasha Athierah ini.
            Please, sekejap je.” Ammar Adwan kembali semula pada niat asal kedatangannya ke sini tadi. Bungkusan di tangannya di pandang sambil bibir mengukir senyuman nipis.
            “Ke..kejap,” Nasha Athierah bangkit daripada duduknya di sofa. Panggilan sudah di tamatkannya. Langkah di atur laju menghampiri jendela hadapan rumah yang di sewanya bersama Aniss itu.
            “Kenapa Sha?” soal Aniss separuh berbisik. Dia turut sama mengekori langkah Nasha Athierah merapati jendela hadapan rumah mereka.
            “Dia betul-betul ada kat sini?!” gumam Nasha Athierah sambil menggenggam kejap langsir yang melindungi jendela tersebut.
            “Siapa tu?” soal Aniss sambil matanya tak lepas memandang ke arah seorang lelaki yang sedang berdiri di luar pagar rumah.
            “Bos aku,” jawap Nasha Athierah perlahan.
            “Dia buat apa kat sini senja-senja ni?” soal Aniss, sedikit aneh.
            “Entah.” Jawapan Nasha Athierah menimbulkan kerutan di dahi Aniss.
            “Entah?!” laju langkahnya menuruti langkah Nasha Athierah yang sudah melabuhkan duduknya di sofa kembali.
            “Sha...” Aniss sudah mengambil tempat di sebelah Nasha Athierah.
            Nasha Athierah tidak menghiraukan sepupunya itu. sedari tadi dia hanya menunduk merenung jari-jemarinya yang bersulam sesama sendiri di atas riba.
            “Aku...tak boleh jumpa dia. Kau keluar, tolong suruh dia balik saja,” jemari Aniss di genggam erat. wajah sepupunya itu di pandang dengan wajah penuh berharap agar permintaannya di penuhi.
            “Sha,” Aniss menentang pandangan sayu Nasha Athierah.
            “Janganlah macam ni. Apa kata kau keluar kejap, dengar dulu apa yang dia nak cakap. Mana tahu ada benda penting ke?” Aniss membuat saranan.
            “Aku tak boleh, Anne. Aku tak kuat...aku tak sanggup,” luah Nasha Athierah sambil kepalanya menggeleng tak setuju dengan saranan sepupunya itu.
            “Sha,”
            “Kalau kau masih anggap aku ni sepupu kau, please. Tolong ya,” bahu Aniss di goncang beberapa kali.
            Aniss menghela nafas panjang dengan kata-kata yang di ucapkan Nasha Athierah.
            “Petang tadi kata rindukan dia, bila dia dah muncul, kau pula siap ugut aku macam ni sebab tak nak jumpa dia...” Aniss bangkit menuju ke pintu.
            Sorry, and thanks.” Ucap Nasha Athierah sambil turut bergerak menghampiri jendela. Langsir di selak sedikit untuk mengintai suasana di luar sana.
            Aniss sudah berdiri hampir ke sisi pagar rumah. Jelas kelihatan mereka berdua saling berbalas senyuman sebelum keduanya di lihat seakan membicarakan sesuatu. Kemudian, spontan Ammar Adwan di lihatnya melontar pandangan ke arah rumah. Cepat-cepat Nasha Athierah menutup kembali langsir yang di selaknya tadi.
            Duduknya di labuhkan ke sofa semula. Entah bagaimana, hatinya berdebar sakan saat pandangan mata Ammar Adwan seakan singgah padanya tadi.
            Bunyi kuakan pintu rumah membuatkan Nasha Athierah tersentak daripada lamunan perasaannya.
            “Nah, dia bagi benda ni kat kau.” Aniss menutup lalu mengunci pintu hadapan itu sebelum bergerak merapati Nasha Athierah.
            “Apa tu?” soal Nasha Athierah. Aniss hanya menjungkit bahu tanda tidak tahu.
            “Dia cakap apa dengan kau?” soal Nasha Athierah sambil matanya sibuk meneliti bungkusan sederhana besar itu.
            “Tak ada apa,” balas Aniss ringkas.
            Nasha Athierah memandang wajah Aniss di sebelahnya. Bungkusan pemberian Ammar Adwan tadi di letakkan ke atas meja sofa.
            “Anne, kau marah ye?” soal Nasha Athierah sambil memeluk mesra lengan Aniss. Aniss hanya menggeleng.
            Nasha Athierah mengeluh lemah. Tubuhnya di sandarkan ke dada sofa.
            “Sha, aku bukan marah kau. Cuma aku tak berapa setuju cara kau ni. Kenapa nak korbankan diri dengan rancangan mak kau sedangkan kau dah hampir jumpa kebahagiaan kau?” soal Aniss.
            “Dah hampir jumpa kebahagiaan aku?” Nasha Athierah menyoal Aniss kembali.
            “Yelah, kau ada lelaki yang kau cinta kan?” Aniss menyuarakan ketidak puasan hatinya.
            “Perkahwinan tanpa cinta adalah penyeksaan, Sha. Kau tengok apa jadi dekat family aku. Mak dengan ayah aku bercerai masa umur aku 10 tahun. Sebab apa? Sebab mereka kahwin atas kehendak keluarga. Tanpa cinta. Tanpa persefahaman. Even benda kecik pun boleh buat diorang ‘perang’ besar.” Aniss turut sama bersandar ke dada sofa.
            “Cinta boleh jadi sebab jatuh bangun seseorang. Cinta juga boleh jadi punca perkahwinan, juga boleh jadi punca perceraian. Dunia realiti tak indah seperti dalam penceritaan novel yang selalunya berakhir dengan ‘happy ending’, Sha.”
            Seketika, suasana jadi sepi apabila keduanya berdiam diri.
            “Tapi, aku tak berani jamin yang hidup aku akan bahagia walau dengan lelaki yang aku cinta jika perkahwinan aku tak mendapat restu emak yang dah melahirkan aku, membesarkan aku dengan sedaya upaya dia selama ni. Perkahwinan perlukan restu dan doa ahli keluarga kita, Anne. Hidup kita perlu di sertai dengan reda seorang ibu, jika tidak...neraka sudah pasti buat kita. Aku pilih untuk patuh dengan kehendak mak aku sebab selama ni pilihan dia tak pernah salah, Anne. Aku yakin, mak aku dah pilih lelaki yang terbaik untuk aku,” Nasha Athierah mengukir senyum pada Aniss di sebelahnya.
            “Fine. Terpulanglah pada kau, Sha. Aku cuma...”
            “Anne, aku faham kau. Aku tahu niat kau baik, sebab kau sayangkan aku, kau tak nak pisang berbuah dua kali kan?” Nasha Athierah faham dengan sikap Aniss. Pasti sepupunya itu tidak mahu dia menerima nasib yang sama dengan emaknya.
            “Aku sayang kau, Sha.” Luah Aniss dengan mata yang berkaca.
            “Aku pun sayangkan kau.” Nasha Athierah menarik Aniss ke dalam pelukannya. Buat seketika, mereka diam melayan perasaan masing-masing.
            “So, siapa pun lelaki pilihan mak kau tu, kau setuju jelah?” soal Aniss.
            Nasha Athierah mengangguk perlahan.
            “Kalau macam tu, aku cuma mampu berdoa untuk kau. Semoga kau bahagia.” Aniss menepuk bahu Nasha Athierah perlahan.
            Thanks, Anne.” Nasha Athierah tersenyum. Aniss sekadar mengangguk perlahan sambil merungkai pelukan.
            “Eh, cepatlah buka, tengok apa yang pakwe tak jadi kau tu bagi,” Aniss mencuit pinggang Nasha Athierah. Cuba menceriakan semula suasana antara mereka.
            “Isy, kau ni...”Nasha Athierah menarik muncung dengan istilah ‘pakwe tak jadi’ yang di ucapkan Aniss tadi.
            Aniss hanya tertawa kecil.
            “Walaupun kau dah decided your own path, still aku dapat rasa kau dengan bos kau tu ada ‘chemistry’ tau. Tak tahu kenapa tapi, hati aku kuat mengatakan yang dia...”
            “Dah, dah. Nak aku buka ke tidak ni? kalau kau asyik bising pot pet pot pet tak berhenti, aku malaslah nak buka.” Nasha Athierah mengugut.
            “Yelah, yelah. Aku diam ni.Cepat buka.”Aniss buat gaya rolled-eyes.
            “Aku rasa tak payah bukalah, senang aku nak pulang balik kat dia nanti. Aku tak naklah ada hutang apa-apa kat dia.” Nasha Athierah sengih tayang muka tak bersalahnya.
            Serta merta Aniss menjengilkan matanya.
            “Dia kata hadiah ni ikhlas untuk kau. Hadiah sempena majlis pertunangan kau katanya,”jelas Aniss.
            ‘Sampai hati awak Encik Ammar, siap bagi hadiah untuk saya kan? Awak memang nak saya sedih sebab kisah kita yang belum pun bermula ni perlu di akhiri sebegini?’ lirih hati Nasha Athierah memikirkannya.
            Nasha Athierah menghela nafas panjang. Wajah Aniss di pandangnya lama sebelum tangannya perlahan-lahan turun menyentuh hadiah yang berbungkus cantik itu.
            Kertas pembalut di buka perlahan-lahan. Cermat bagi mengelakkannya terkoyak. Perlahan-lahan, penutup kotak tersebut di buka.
            Keduanya tergamam tanpa kata dengan mata yang membuntang tak percaya saat isi kotak tersebut menyapa pandangan.
            “Sha...” Aniss bersuara perlahan.
            Nasha Athierah menelan liur yang terasa kesat. Wajah Aniss di pandang tanpa sepatah kata pun mampu di luahkannya. Serius, dia terkejut sehingga tak tahu nak cakap apa!
            “Ni...” Aniss mengerling isi kotak tersebut sebelum kembali memandang wajah pucat Nasha Athierah.
           
           
 ______________________
Hi:)
1. Sorry lambat lagi. Busy+ tak berapa sihat lately. 
2. Enjoy reading ye:)
3. EH, agak-agak abang ammar bagi apa eh? hihi:D
4. Kalau sudi, bolehlah tinggalkan komen.
5. Nanti mungkin ada entry mengejut untuk berita sensasi untuk yang setia menunggu kisah Qaseh Nuralia Imani. InsyaALLAH, kita sama-sama nantikannya bulan ogos nanti ye:)
6. Thanks singgah baca di sini. saya hargai kesudian anda singgah ke sini:)

5 comments:

mizz acu said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Eh eeh eh.. Winndunyaaa kt abg wan ;p
Apa tu? Cincin?? Mutiara kottt.. Hehhe
Alahaii.. Sian sha sedey ekkk..
Xsabo nakk tgu apa nakk jd ms hr betunang tuuuu ;)
Thanks yaaa..

aR_aD (nAbA) said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh apa erk? xsbr nk tau.. cpt2 smbng yer..hehee

kak ida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adakah baju sepersalinan nikahnya..cepatlah E3 yg baru dik..teruja nak tahu apa yg terjadi..

ani man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best3...baju kawin kot....cepat2 n3kan,apa yg wan bg kat atie ni rasa surprise plok ni.camne la reaksi atie yg bakal tunang merangkap suaminya adalah ammar adhwan.....:-)

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kad kahwin yg ad nma mreka?