My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

18 July 2012

Qaseh Nuralia Imani Bakal Bertemu Penamatnya, Versi Cetak:)

Assalamualaikum,
Salam sejahtera:)


Alhamdulillah, akhirnya impian saya bakal terlaksana. Novel pertama yang berjaya saya sudahkan hingga ke epilog bakal menemui pembaca pada Ogos nanti. E-novel pertama yang di paparkan di laman Coretan Kehidupan_CK saya ini pada tahun 2010 lalu iaitu, Qaseh Nuralia Imani.

Di sini, saya sertakan cover Novel tersebut yang bakal terbit di bawah Kaki Novel Enterprise:



Sinopsis:

SYED ISKANDAR DZULKARNAIN AL-IQRAMI merupakan pewaris empayar perniagaan milik keluarganya, Al-Iqrami Holdings. Kemewahan yang melimpah ruah menyebabkan dia menjadi seorang yang kufur nikmat. Dalam erti kata yang mudahnya, dia hanya Islam pada nama sahaja. Seorang ‘buaya tembaga’ yang menganggap berhibur dengan wanita sebagai hobi utamanya. Lantas bagi menjaga reputasi serta nama baik keluarga, kedua orang tuanya sepakat untuk menjodohkan dia dengan seorang gadis yang digelar olehnya sebagai MUMIA kerana ‘berbungkus’ elok dari hujung kaki ke hujung kepala dengan jubah hitam serta bertudung lengkap dengan niqab yang melindungi wajahnya bernama Nuralia Imani. Sungguh Nuralia Imani ini bukanlah jenis gadis yang menjadi dambaannya.

NURALIA IMANI merupakan seorang gadis sopan dan penuh lemah lembut yang serba sederhana. Perjalanan hidupnya begitu perit. Dugaan tak henti-henti datang menghiasi perjalanan hidupnya. Namun takdir telah menyatukan dia dan seoarang lelaki bernama Syed Iskandar Dzulkarnain dengan ikatan perkahwinan yang dirancang oleh ummi serta walid Syed Iskandar. Seluruh keluarga Al-Iqrami melayannya dengan mesra dan baik sekali..kecuali seorang, iaitu suaminya sendiri. Sejak usai majlis akad nikah lagi, kebencian Syed Iskandar kepadanya tidak pernah berkurang malah kian menggunung.

Takdir ALLAH adalah takdir terindah. Syed Iskandar mula membuka matanya tentang kewujudan Nuralia Imani di sisi tatkala hatinya hancur berkecai dengan pengkhianatan kekasih yang dicintainya, Bella. Namun di saat mereka mula membina bahagia, muncul pula Akira yang masih belum letih mengejar cinta Nuralia Imani yang pernah menjadi sahabat baiknya suatu masa dahulu. Akira mahu Nuralia menjadi miliknya.

Keadaan bertambah kusut apabila Bella mengatur agenda untuk menghapuskan Nuralia Imani bersama musuh lama Syed Iskandar, Roy. Roy yang licik telah mempergunakan Akira bagi menjayakan misi balas dendamnya pada Syed Iskandar.

Boleh dapatkan kisah penuh ceriteracinta antara Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami dengan Nuralia Imani di bookstore terdekat anda atau boleh order terus kepada pihak Kaki Novel Enterprise melalui : http://kakinovel.com/. Tapi sebelum tu silalah jadi ahli berdaftar dulu dengan KN, boleh dapat diskaun:) Di samping itu, anda hanya bayar harga buku (tak perlu bayar postage)

Di sebabkan ada permintaan, saya juga buka tempahan pada yang berminat nak beli terus daripada saya. Tapi jumlahnya sangat terhad. Siapa cepat, dia dapat. Sesiapa berminat nak order terus dari saya boleh tengok maklumat dan cara-cara nak buat order di group facebook Coretan Kehidupan_CK: https://www.facebook.com/groups/coretankehidupanCK/. Ada satu document khas kat sana:)









13 comments:

Ai NuRaSh said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ahakssss hehehe x sabar nye nak beli hehehhe congrats for ur first book
^-^

Syarp said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Cerita ni dulu ada kt penulisan2u kan?

a|y|u a|y|r|i|e|z said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hak hak hak...dh order dh..x sabar nk bace...n congrate for ur 1st book..^^

baby mio said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

X SABAR NAK BACA DAH TUNGGU LAMA TQ.

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahniah....tahniah...tahniah....
hehehehe....xsbr rs nye dh ni...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

tahiah...alhamdulillah..
x sabor nk baca..
tahniah ye..

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Ai NuRaSh

thanks to u too^_^

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Syarp

ye, ada di sana^_^

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@a|y|u a|y|r|i|e|z

thanks ^_^

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@baby mio

^_^

zi kerry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

dira, tahniah. so proud of u :)

Chubby Ribena said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Kak arin .. sambungan novel ni ape erk??

Chubby Ribena said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Salam Kak Arin .. apa sambungan novel nie erk??