My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

03 August 2012

Aurora Hidupku 17-final version


Hi, Assalamualaikum semua:)

Sebab blog CK ni dah lama terabai dan bersawang sebab tak ber-update, saya post chapter 17 Aurora Hidupku_final edit version.
Meh refresh memori dgn abang Ash dan Lynn dalam Aurora Hidupku dulu, Abang Ammar dalam Love make me smile tu kita put aside dulu ye;)

as Abang mata biru (Ashraf)

AURORA 17
            Adam memisat matanya malas. Hampir pukul 2 pagi baru dia berjaya lelap semalam. Sibuk sangat sok sek-sok sek bergosip dengan Ashraf. Haha! Lelaki pun pandai juga bergosip ye puan-puan sekalian. Tapi bukan gosip manapun sebenarnya, cuma berbicara berkenaan hal-hal lelaki dari hati ke hati. Segmen luahan hati jugalah kiranya.
            Dia bangkit duduk di atas katil. Ashraf masih lena berbungkus dengan comforter di sebelahnya.
            ‘Aku harap kenangan silam tu tak butakan mata hati kau. Lynn budak baik, jangan sia-siakan dia. Kalau kau tak nak, boleh pass kat aku. Rasa Lynn tu comellah..sweet je..’ masih terngiang-ngiang pesanannya pada Ashraf semalam. Adam sempat menarik senyum dalam keadaan yang masih separuh sedar itu. Macam  tidak percaya pula dia boleh keluarkan kata-kata macam tu. Gilalah, nasib tak makan penumbuk Ash semalam.
            “Ash, subuh..”Bahu Ashraf di goncang kuat. Nak kejut mamat ni bukan boleh sopan santun. Kalau letak bom dekat sebelah pun dia bukan sedar. Tidur mati!
            “Ash! Subuh..” Adam meninggikan lagi suaranya. Ada jugak orang kena simbah ais subuh-subuh ni karang.
            “Kejaplah..”Ashraf berpaling mencapai tangan Adam yang menyentuh bahunya tadi sambil menarik Adam dekat padanya. Tanpa sedar.
            Adam mati kata. Bulat terus matanya yang masih layu tadi, sebaik Ashraf bertindak memeluknya.
            “WOI!!”Segera Adam melompat turun dari katil sebaik wajah Ashraf di tolak jauh darinya.
            “Meroyan apa kau peluk aku subuh-subuh ni? High?” Adam membebel geram. Pencabulan betul budak sorang ni! Ingat aku ni bini dia ke suka-suka nak peluk bagai?
            “Macam mana kau ada kat sini Adam??” Ashraf bertanya dengan mata yang masih layu.
            Adam geleng kepala beberapa kali. Mamai lagilah tu. Parah dah sepupu aku yang sorang ni.
            “Dah! Bangun subuh kalau tak nak aku rotan kau.” Adam terus berlalu ke bilik air. Melayan budak Ash ni, alamat terlepaslah subuhnya.
            Usai mengambil wudu’ Adam kembali melangkah ke ruang utama bilik. Ashraf sudah kembali hanyut dalam lenanya. Mencerun pandangannya pada Ashraf. Budak ni memang..
            LG fb164 yang damai di atas meja meja rendah berhampiran dengan katil Ashraf di hampiri. Sekelip mata sahaja ipodnya sudah di pasangkan ke ipod docking station pada set micro hi-fi milik sepupunya itu.
            Surah yaasiin beralun merdu. Dan, agak kuat juga. Hi-fi kan?
            Ashraf yang masih berbungkus di atas katil sudah bergerak sedikit.
            “Yelah..aku bangun ni...”Ashraf menyeret kaki ke bilik air.
            Adam mengukir sengih melihatkan Ashraf yang sudah mengangkat bendera putih. Cara nenek ni memang sampai sekarang berkesan! Cayalah!
           

            Ash, aku gerak dulu lah. Thanks bagi aku ‘merempat’ kat sini. Jasamu tetap ku kenang.”Adam mencapai kot putihnya dari sofa pvc putih di ruang tengah bilik tidur Ashraf. Ashraf hanya mengangguk lemah sambil kembali menyeret kakinya ke katil. Mengantuk...mengantukk! Nak tidur..nak tidurr...
            “Jangan lupa aku nak jumpa kau masa lunch nanti.”Adam mengingatkan. Ashraf yang sudah meniarap di tengah katil di pandang dengan geram. Nasiblah kerja jadi doktor ni, hari sabtu macam ni pun kena kerja.
            “Dah. Pergi kerja cepat, buat pahala banyak-banyak. Kau tu banyak dosa dengan aku..” Ashraf mengumam dengan mata yang sudah terpejam.
            Adam hanya ketawa. Bajet kau tu siapa? Heh!
            “Kirim salam dekat kakak ipar. Say thanks sebab masak mee yang sedap semalam. Lain kali boleh masak lagi..”Adam berkata sebelum memulas tombol pintu bilik.
            Ashraf sudah hanyut ke lala land (alam mimpi) semula. Pagi-pagi macam ni bukan ada apa yang boleh di buat pun..
            ‘Kau dah makan tak beringat malam tadi Ash! Kau patut jog or at least masuk gim hari ni..’ satu suara cuba mengingatkan tetapi di buat tidak endah saja. Namun suara halus itu berkali-kali mengasak otaknya. Tension!
            “Arrgghh!” dia kembali tegak di tengah katil. Nak tidur pun tak senang hati.
            Apasallah makanan semalam tu sedap sangat? Kan dah susahkan aku kena buat PT lebih masa pagi-pagi macam ni..” Ashraf mengomel tak puas hati sambil bergerak ke almari,  menukar pakaian yang sesuai untuk melakukan PT (physical training).


            Sharlyna menarik senyum sambil meletakkan telekung ke tempatnya semula. Jam di dindingnya di pandang sekilas.
            “Awal pula dia keluar hari ni?” Bisik hatinya. Bunyi derap langkah seseorang yang baru sahaja melewati koridor di hadapan biliknya ini dan juga bunyi deruman enjin kereta sebentar tadi cukup untuk memberitahu bahawa jiran sebelah biliknya sudah pun keluar. Jadi..
            “...jadi, rumah ni aku yang punya!”Sharlyna menghambur tawa. Rambutnya di kemaskan dengan satu klip besar. Ala, ikat cincai jelah, janji tak mengerbang keluar macam rambut Kak Limah sudah lah..
            Dengan pakaian yang cukup santai, hanya menyarung spagetti strap loose tank top kaler putih dengan corak polka dot kaler light pink separas lutut, Sharlyna melangkah keluar dari biliknya. Comelkan gayanya?
             Er..seksi?? Peduli hape, bukan ada orang lain pun kat rumah sekarang ni. Lelaki poyo tu pun paling tidak, tengahhari nanti baru nampak bayangnya. Diakan workaholic, sibuk je semedang. Kalah PM tu...
            ‘Sempat aku nak berpesta sambil kemas rumah dia yang besar macam istana ni..’ Sharlyna tersenyum riang sambil menuruni tangga.
            Langkahnya di atur ke ruang tamu rumah. Sejujurnya ke arah set Hi-fi yang diletakkan berhampiran dengan skrin plasma di ruang tamu.
            Tangannya lincah memasang segala perlatan yang di perlukan. Sebulan yang berlalu, membuatkan dia sudah mahir melakukan semua ni.
            ‘Saya pinjam harta benda awak ni ye. Siapa suruh saya berhenti kerja ?’ Sharlyna sudah bangkit berdiri. Bersiap sedia untuk beraksi!
             0330 yang dinyanyikan oleh kumpulan anak muda dari Korea yang menggelar diri mereka sebagai U-Kiss berlagu merdu memenuhi ruang sambil dia memulakan kerja-kerja mengemas. Lagu ni comel juga sebab ada selitkan rumus radius matematik dalam liriknya. Mana lagi nak dapat lagu style macam ni kan?
            Hampir sejam kemudian, ruang tamu  sudah hampir siap dikemas. Sharlyna menarik nafas lega. Tubuhnya disandarkan ke sofa di ruang tamu sambil mensisip sedikit  segelas Nestle Bliss yang sentiasa penuh satu peti sejuk. Stok Bliss dalam rumah tak pernah habis sebab ‘hantu Bliss’ yang sorang tu selalu check stok Bliss dia setiap hari. Risau sangat Bliss dia tu habis.
            Best juga dapat minum yogurt pagi-pagi ni..” Sharlyna tersenyum lebar. Bestnya duduk sorang-sorang kat rumah besar ni. Rasa diri macam mak datin je. HEHE. Nak buat apa pun tak ada orang sibuk kacau.
            Tv Plasma yang melekat elok di dinding di renung lama. Seketika kemudian dia menarik sengih.
            Run devil run by Girl’s Generation bergema kuat memenuhi segenap ruang rumah. Memecah kesunyian pagi sabtu yang hening ini. Sharlyna mengatur langkah seiring dengan barisan penyanyi di skrin plasma. Penuh bersemangat setiap geri langkahnya. Maklumlah pemusnah keamanannya aka Mr Muhammad Danish Ashraf sudah berangkat ke pejabat.
            Sesekali dia turut sama menyanyi kecil. Part favaurite dia, ‘Neon jaemieobseo maeneo eobseo...(you’re no fun, you don’t have manners..). Sesuai sangat dengan si mata biru Muhammad Danish Ashraf tu! Hatinya menggerutu geram.
            Langkahnya terus di atur mengikuti rentak lagu.
           

            Ashraf menyangkutkan tuala kecil yang digunakannya untuk mengelap rambut yang masih basah tadi ke leher. Rambutnya yang sedikit lembap disebak ke belakang. Dia berlalu masuk ke dapur untuk mencari mineral water bagi menghilangkan dahaga. Namun sebaik dia tiba ke ruang tengah dari bilik air berhadapan dengan mini gymnya, sesuatu telah menarik perhatiannya.
            ‘Siapa?’ hatinya berdetik aneh melihat seorang gadis yang begitu berani menari di ruang tamu rumahnya. Siap selamba pakai macam tu! Langkahnya diatur menghampiri si gadis yang masih rancak menari tanpa menyedari kehadirannya.
            Hampir saja dia jatuh rahang sebaik menyedari tiada orang lain di rumahnya selain si isterinya yang paling ‘Mithali’ Puteri Balqish Sharlyna.
            She’s dancing?” matanya masih tidak mahu melepaskan liuk tubuh milik si kecil molek yang sedang rancak menari.
             Dia terpegun.
             Tak tahu pula samseng Pantai Desaru ni reti menari? Kagum dia melihat gadis yang sering sahaja menunjukkan perangai ‘samseng’ di hadapannya mampu berbuat begini.
            Sesekali terbit senyuman manis dari ulas bibir gadis itu. Ashraf masih tidak berkutik. Tangannya naik ke dada kirinya yang sedang rancak mengalunkan rentak yang tidak lagi menentu temponya.
            “Na eopsol ttaen neon super playboy!..” Sharlyna spontan berpusing ke belakang tanpa menyedari sedari tadi dia tidak bersendirian di ruang itu. Ada sepasang mata biru yang asyik memerhati setiap langkah dan lenggok tubuhnya sedari tadi.
            Jarinya tepat ke wajah Ashraf semasa dia menyebut ‘Super Playboy’ tadi. Terus dia terkesima. Kaku tak mampu bergerak. Girl’s generation masih menari dan menyanyi di skrin plasma tanpa menghiraukan Sharlyna yang dah rasa nak pengsan apabila berhadapan dengan Ashraf dalam keadaan seperti ini.
            Ashraf semakin mendekat. Sharlyna pula dah makin hilang arah.
            ‘Kalau nak pura-pura pengsan time ni aci tak?’ Sharlyna sudah merencana rancangan untuk melepaskan dirinya. Ashraf yang makin mendekat menyebabkan dia spontan mengundur ke belakang.
            “A..awak..dari mana ni?” Sharlyna tergagap-gagap bertanya. Melihatkan keadaan Ashraf yang hanya bertuala mandi separas lutut, siap dengan badan dia yang ala-ala baru lepas main hujan tu..aiihh..rasa susah je nak telan air liur ni. Dari mana pula datangnya cik abang sorang ni? Bukan dia sepatutnya ada dekat office ke?
            Ashraf tidak menjawab. Dia masih meneruskan langkahnya merapati Sharlyna yang sudah pucat muka.
            “Er..saya..”GULP. Sharlyna mati kata sebaik kakinya tersadung kaki sofa.
            ‘Kenapa kau kejam dengan aku ni sofa? Aku dah lap kau sambil belai kau tiap hari, ini balasan kau ye..’ Sharlyna cuba bangkit dari sofa namun tubuh Ashraf yang betul-betul sudah rapat dengannya membuatkan niatnya terkubur begitu saja. Dia cuba menarik nafas untuk bertenang. Kenal sangat dengan perangai Ashraf yang gemar mengusiknya dengan perkara sebegini.
            “Haah!” Spontan Sharlyna mencapai bantal kecil pada kepala sofa untuk menekup wajahnya.
            Ashraf tersenyum kecil melihat reaksi Sharlyna.
             ‘Apa yang dah rasuk kau ni Ash? Pagi tadi kau buat gila dan hampir sebabkan Adam layangkan penumbuk gara-gara adegan romantik salah orang kau, sekarang kau cuba buat apa pula dengan samseng pantai Desaru ni?’
            Controller hi-fi dicapai dari sofa. Hampir dengan Sharlyna yang masih menekup erat bantal kusyen ke mukanya.
            “Hey.” Bahu Sharlyna yang terdedah dek kerana gaun spagetti tank top yang di pakainya di cuit sedikit. Sharlyna masih tidak mengalihkan bantal kusyen dari wajahnya.
            Get up,” Ucap Ashraf. Sharlyna menggeleng laju.
            Ashraf tersenyum nakal.
            “Kau nak bangun sendiri atau nak aku tolong?” ugut Ashraf. Suaranya di buat-buat serius.
            Sharlyna sudah rasa nak nangis. Apalah nasib aku hari ni..
            Come on, sayang..” Ashraf sudah berubah nada. Kali ini penuh lembut menggoda. Kau kata aku super playboy kan? Sini aku tunjuk pada kau part mana yang aku ‘Super Playboy’ tu.
            “Kau dah goda aku sekarang kau tak nak bertanggungjawab?”soalnya sambil mencapai lembut tangan Sharlyna untuk membantu isterinya itu berdiri.
            Sharlyna hampir terduduk mendengarkan kata-kata selamba maut Ashraf tadi.
            “Gila! Siapa nak goda awak?” Sharlyna cuba merentap lengannya yang di genggam Ashraf. Apa pegang anak dara orang ni?!
            ‘Eh, dia suami kau lah Lynn..’ satu suara mengingatkan. Sharlyna mencebik geram.
            “Awak dari mana ni?” soal Sharlyna sambil berpeluk tubuh. Pandangannya di halakan ke sisi. Tidak mahu bertentang pandang dengan Ashraf yang sedang memandangnya.  Pandangan lelaki itu padanya terasa cukup pelik pagi ini. Hilang rentak jantungnya sebaik pandangan mereka bertembung tadi.
            ‘Taulah mata dia cantik, tak payahlah nak buat renungan maut macam tu. Sesak nafas saya ni tau!’ Hatinya mendengus marah. Tidak selesa di renung begitu.
            Gym kat belakang.” Jawab Ashraf. Tiada nada menyakitkan hati dalam bicaranya kali ini seperti yang selalu di lakukannya.
            Sharlyna berkerut dahi. Gym?
            “Awak tak pergi office?” soal Sharlyna lagi. Ashraf menggeleng.
            ‘Habis bunyi enjin yang dia dengar pagi tadi tu..?’hatinya berdetik bingung. Matanya di pejam rapat. ‘Kenapalah aku tak pastikan betul-betul tadi?’
            Sharlyna melabuhkan duduk di sofa sambil masih tidak memandang Ashraf. Gelas berisi yogurt Bliss di capai dengan niat untuk mengurangkan gugup di dadanya tika itu.
            Impressive.” Ucap Ashraf sambil melabuhkan duduk di sisi Sharlyna. Gelas yogurt milik Sharlyna dicapai dan dibawa ke mulut.
            “Hey!  Saya punyalah..!”Sharlyna bersuara tidak puas hati. Nak pergilah ambik sendiri kat dapur sana, ada berlambak lagi! Yang mengada ambil aku punya tu kenapa?
            It’s mine..” Ashraf bersuara tenang. Masih tidak bernada menyakitkan hati yang selalu di gunakannya.
            Everything yours, is mine.”sambungnya perlahan. Dekat di telinga Sharlyna.
            Spontan Sharlyna menjarakkan dirinya sambil menekup telinga. Say what?!
            ‘Eh? Apa ni?’tangannya menyentuh sesuatu yang berjuraian di telinganya. RAMBUT? Alamak!
            Sharlyna terus bangkit. Macam mana aku lupa aku ni tengah pakai ‘uniform’ tak sempurna untuk muncul depan dia ni?
            Langkahnya mati sebelum sempat diatur. Lengannya yang dipegang erat Ashraf, dipandang dengan mata yang sudah membulat. Sengaja cari pasal dengan budak taek won do agaknya mamat ni?
            Namun belum sempat Sharlyna mengatur langkah untuk bertindak, Ashraf ternyata lebih bijak membaca gerinya kali ini. Lelaki itu lebih pantas bertindak menariknya rapat ke dalam pelukan. Terkunci sepenuhnya.
            Sharlyna menghela nafas berat. Kesemua cubaannya untuk memboloskan diri hampa. Tidak tertanding rasanya tenaga milik lelaki itu. Nafasnya makin sesak apabila lelaki itu meletakkan kepalanya ke bahunya. Terasa bahunya disentuh lembut oleh bibir lelaki itu. ‘He..he..is a real super playboy..’ Sharlyna memejam rapat matanya. Apa mamat ni nak buat?
            “Lepas!!” Sharlyna bersuara dalam kepayahan. Sungguh dia lemas dengan situasi sekarang. Berada rapat ke tubuh lelaki itu membuatkan jantungnya berlari laju. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahuinya. Dia tidak mahu lelaki itu rasa denyutan jantung dia yang sudah seperti hilang rentak apabila berada rapat dengannya.
            Ashraf tidak menjawab. Tidak juga menunjukkan akan menuruti permintaan Sharlyna yang memohon untuk dilepaskan.
            “Let me go!” Sharlyna mencuba lagi.
            Namun Ashraf hanya diam membisu. Sebelah tangannya turun melingkari pinggang kecil Sharlyna.
            “Dance with me. Will you?” soal Ashraf perlahan.
            Serentak itu You Are My Everything mulai berlagu memenuhi ruang. Sharlyna jatuh rahang. Hilang kata. Rasa nak pengsan. Betul ke apa yang dia dengar atau lelaki ni yang tak sedar apa yang dia baru cakap tadi?
            We should let ourself close to each other.” Ucap Ashraf. Senyuman terus menghiasi bibirnya.
            “Biarkan hati kita bersatu di setiap langkah yang kita atur bersama..” suara Ashraf yang separuh berbisik itu membuatkan Sharlyna meremang bulu roma.
            “Saya tak pandai menari. Hands off please.” Sharlyna merungkai kasar tangan Ashraf dari pinggangnya. Huh!
            “Jadi tadi tu apa? Memasak?” Ashraf menyoal sinis. Tu tak lain tak bukan nak mengelat lah tu!
            ‘Jangan harap..’ Ashraf cuba menahan senyuman yang hampir terukir menghiasi bibirnya.
            Sharlyna menghela nafas panjang. Lelaki nilah!
            “Tak kuasa nak melayan awak.” Sharlyna membalas. Pergelangan tangannya cuba di lepaskan dari genggaman Ashraf.
            “So, kau lebih suka melayan boyfriend kau dari suami kau ye?” Ashraf sengaja meluahkan kata berbaur provokasi.
            Sharlyna diam kaku. Apa lelaki ni cakap tadi? Boyfriend?
            “Awak ingat saya ni apa?” Soal Sharlyna dengan rasa marah yang tiba-tiba menjelma sebaik dituduh sebegitu tadi. Cakap ikut sedap hati dia je!
            “Habis tu, apa yang susah sangat nak ikut cakap aku?” soal Ashraf. Sharlyna sudah di tarik rapat ke tubuhnya semula. Dia mengukir senyuman lebar melihat Sharlyna yang sudah kematian kata. Minah kecik ni tak pernah nak ikut cakap aku. Asyik membantah je!
            Sekelip mata Sharlyna sudah berada di dalam pelukan Ashraf. You Are My Everything terus berlagu menyampaikan sebuah cerita cinta...
            You are my everything...
            Nothing your love won't bring 
            My life is yours alone 
            The only love I've ever known
            Sharlyna yang sedari tadi sibuk melarikan diri, turut sama hanyut melayan perasaan yang  sudah  berbaur. Masing-masing diam melayan setiap bait nyanyian 98 degrees itu. Hanyut dengan rasa hati masing-masing.
            Now all my hopes and all my dreams
            Are suddenly reality 
            You've opened up my heart to feel
            A kind of love that's truly real 
            A guiding light that'll never fade 
            Sharlyna hanya menuruti setiap langkah yang diatur Ashraf. Benar, langkah mereka benar-benar bersatu kini. Namun, mungkinkah hati mereka juga dapat bersatu seperti mana langkah mereka yang sedang bersatu kini?
            Sharlyna menala pandangan ke lantai. Memandang setiap langkah yang mereka atur. Tangannya yang di letakkan Ashraf ke kedua belah bahu lelaki itu tadi, sudah terasa dingin semacam. Sharlyna memejam matanya rapat. Berharap segala yang berlaku ini hanyalah sekadar mimpi ngerinya.
            There's not a thing in life that I would ever trade
             For the love you give it won't let go..” Suara yang kedengaran begitu dekat dengannya yang turut sama melagukan You Are My Everything membuatkan mata Sharlyna  serta merta terbuka luas. Spontan wajahnya di angkat memandang si empunya suara tadi.
            Ashraf masih dengan wajah tenangnya. Namun, renungan sepasang matanya seakan mahu menyampaikan suatu maksud yang amat mendalam. Bersesuaian dengan setiap bait yang di nyanyikannya. Mungkinkah  Sharlyna dapat merasakannya? Memahami rasa hatinya yang jauh tersembunyi?
             I hope you'll always know...” Ashraf merenung dalam anak mata Sharlyna. Cuba menyelami hati si gadis. Sekaligus membiarkan Sharlyna merenung jauh ke dasar hatinya.
              You are my everything...”    Ashraf benar-benar memaksudkan bait kata yang di ucapnya.
            Sharlyna makin tidak keruan dengan renungan redup lelaki di hadapannya ini. Entah kenapa renungan ini di rasakannya penuh dengan seribu satu rasa. Bukan lagi seperti pandangan mahupun renungan biasa milik lelaki itu yang penuh sinis.
            Terasa renungan tersebut meresap jauh ke dasar hatinya. Menghadirkan suatu getar di jiwanya. Sharlyna bingung. Apa semua ni?
            “Auch!!” Sharlyna kembali ke dunia nyata sebaik jeritan  Ashraf memecah kesunyian. Sharlyna terpinga-pinga melihat Ashraf yang sedang sibuk memeriksa kakinya di sofa sana. Pandangannya jatuh ke set hi-fi. You are my everything juga sudah sepi.
            “Kau memang nak bunuh aku ke botol kicap?” Ashraf menghamburkan rasa marahnya. Wajahnya yang sedang merona merah di tundukkan ke bawah. Berpura-pura memeriksa keadaan kakinya yang telah di pijak Sharlyna tadi.
            Sebab kelancangan mulutnya tadilah, habis pincang segala gerak yang pada mulanya cukup harmoni dan teratur. Dia sudah hanyut dibuai perasan. Hampir sahaja dia memalukan diri sendiri dengan mengungkap segala rahsia hatinya pada Sharlyna tadi.
            ‘Kau nak sangat usik dia tadi kan Ash? Sekarang hati kau yang dah makin terjatuh. Padan muka kau!’ Satu suara menyindirnya. Ashraf mengukir senyum kecil sambil menggelengkan kepalanya.
            Sebaik dia mengangkat kepala mahu mencari kelibat Sharlyna yang masih tegak di tengah ruang tadi, ternyata gadis itu sudah tiada lagi di situ. Bunyi derap langkah seseorang sedang berlari menaiki tangga membuatkan senyumannya makin lebar.
            ‘Aku boleh gila kalau hari-hari macam ni..’ bisik hati kecil Ashraf.


_______________________
Salam sayang,
Arin Arida

7 comments:

cik n.haliban said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alahai...comel sangat 2 orang ni!!!

0nion_ring said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

alah nak lgi..
xpuas baca..
huhu

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

teruskannnn......smoga komplit stori dpt dibukukan and novel ni akn berada d pasaran..soonnn...x sabarrrrr...

keep it uppppp

arzalif said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya.....

arzalif said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bestnya.....

qila said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best gilerrr .. :)

aisahah muhd said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sis,man sis ambik gambar ni semua?nak tulis apa kat google tu?