Hi, Assalamualaikum semua:)
Sebab blog CK ni dah lama terabai dan bersawang sebab tak ber-update, saya post chapter 17 Aurora Hidupku_final edit version.
Meh refresh memori dgn abang Ash dan Lynn dalam Aurora Hidupku dulu, Abang Ammar dalam Love make me smile tu kita put aside dulu ye;)
Sebab blog CK ni dah lama terabai dan bersawang sebab tak ber-update, saya post chapter 17 Aurora Hidupku_final edit version.
Meh refresh memori dgn abang Ash dan Lynn dalam Aurora Hidupku dulu, Abang Ammar dalam Love make me smile tu kita put aside dulu ye;)
as Abang mata biru (Ashraf)
AURORA 17
Adam memisat matanya malas. Hampir
pukul 2 pagi baru dia berjaya lelap semalam. Sibuk sangat sok sek-sok sek bergosip dengan Ashraf. Haha! Lelaki pun pandai
juga bergosip ye puan-puan sekalian. Tapi bukan gosip manapun sebenarnya, cuma
berbicara berkenaan hal-hal lelaki dari hati ke hati. Segmen luahan hati
jugalah kiranya.
Dia
bangkit duduk di atas katil. Ashraf masih lena berbungkus dengan comforter di
sebelahnya.
‘Aku
harap kenangan silam tu tak butakan mata hati kau. Lynn budak baik, jangan
sia-siakan dia. Kalau kau tak nak, boleh pass
kat aku. Rasa Lynn tu comellah..sweet
je..’ masih terngiang-ngiang pesanannya pada Ashraf semalam. Adam sempat
menarik senyum dalam keadaan yang masih separuh sedar itu. Macam tidak percaya pula dia boleh keluarkan
kata-kata macam tu. Gilalah, nasib tak makan penumbuk Ash semalam.
“Ash,
subuh..”Bahu Ashraf di goncang kuat. Nak kejut mamat ni bukan boleh sopan
santun. Kalau letak bom dekat sebelah pun dia bukan sedar. Tidur mati!
“Ash!
Subuh..” Adam meninggikan lagi suaranya. Ada jugak orang kena simbah ais
subuh-subuh ni karang.
“Kejaplah..”Ashraf
berpaling mencapai tangan Adam yang menyentuh bahunya tadi sambil menarik Adam
dekat padanya. Tanpa sedar.
Adam
mati kata. Bulat terus matanya yang masih layu tadi, sebaik Ashraf bertindak
memeluknya.
“WOI!!”Segera
Adam melompat turun dari katil sebaik wajah Ashraf di tolak jauh darinya.
“Meroyan
apa kau peluk aku subuh-subuh ni? High?”
Adam membebel geram. Pencabulan betul budak sorang ni! Ingat aku ni bini dia ke
suka-suka nak peluk bagai?
“Macam
mana kau ada kat sini Adam??” Ashraf bertanya dengan mata yang masih layu.
Adam
geleng kepala beberapa kali. Mamai lagilah tu. Parah dah sepupu aku yang sorang
ni.
“Dah!
Bangun subuh kalau tak nak aku rotan kau.” Adam terus berlalu ke bilik air.
Melayan budak Ash ni, alamat terlepaslah subuhnya.
Usai
mengambil wudu’ Adam kembali melangkah ke ruang utama bilik. Ashraf sudah
kembali hanyut dalam lenanya. Mencerun pandangannya pada Ashraf. Budak ni
memang..
LG fb164
yang damai di atas meja meja rendah berhampiran dengan katil Ashraf di hampiri.
Sekelip mata sahaja ipodnya sudah di pasangkan ke ipod docking station pada set micro
hi-fi milik sepupunya itu.
Surah
yaasiin beralun merdu. Dan, agak kuat juga. Hi-fi
kan?
Ashraf
yang masih berbungkus di atas katil sudah bergerak sedikit.
“Yelah..aku
bangun ni...”Ashraf menyeret kaki ke bilik air.
Adam
mengukir sengih melihatkan Ashraf yang sudah mengangkat bendera putih. Cara
nenek ni memang sampai sekarang berkesan! Cayalah!
“Ash, aku gerak dulu lah. Thanks bagi aku ‘merempat’ kat sini.
Jasamu tetap ku kenang.”Adam mencapai kot putihnya dari sofa pvc putih di ruang
tengah bilik tidur Ashraf. Ashraf hanya mengangguk lemah sambil kembali
menyeret kakinya ke katil. Mengantuk...mengantukk! Nak tidur..nak tidurr...
“Jangan
lupa aku nak jumpa kau masa lunch nanti.”Adam mengingatkan. Ashraf yang sudah
meniarap di tengah katil di pandang dengan geram. Nasiblah kerja jadi doktor ni,
hari sabtu macam ni pun kena kerja.
“Dah.
Pergi kerja cepat, buat pahala banyak-banyak. Kau tu banyak dosa dengan aku..”
Ashraf mengumam dengan mata yang sudah terpejam.
Adam
hanya ketawa. Bajet kau tu siapa? Heh!
“Kirim
salam dekat kakak ipar. Say thanks
sebab masak mee yang sedap semalam. Lain kali boleh masak lagi..”Adam berkata
sebelum memulas tombol pintu bilik.
Ashraf
sudah hanyut ke lala land (alam
mimpi) semula. Pagi-pagi macam ni bukan ada apa yang boleh di buat pun..
‘Kau dah
makan tak beringat malam tadi Ash! Kau patut jog or at least masuk gim hari ni..’ satu suara cuba mengingatkan
tetapi di buat tidak endah saja. Namun suara halus itu berkali-kali mengasak
otaknya. Tension!
“Arrgghh!”
dia kembali tegak di tengah katil. Nak tidur pun tak senang hati.
“Apasallah makanan semalam tu sedap
sangat? Kan dah susahkan aku kena buat PT lebih masa pagi-pagi macam ni..”
Ashraf mengomel tak puas hati sambil bergerak ke almari, menukar pakaian yang sesuai untuk melakukan
PT (physical training).
Sharlyna menarik senyum sambil
meletakkan telekung ke tempatnya semula. Jam di dindingnya di pandang sekilas.
“Awal
pula dia keluar hari ni?” Bisik hatinya. Bunyi derap langkah seseorang yang
baru sahaja melewati koridor di hadapan biliknya ini dan juga bunyi deruman
enjin kereta sebentar tadi cukup untuk memberitahu bahawa jiran sebelah
biliknya sudah pun keluar. Jadi..
“...jadi,
rumah ni aku yang punya!”Sharlyna menghambur tawa. Rambutnya di kemaskan dengan
satu klip besar. Ala, ikat cincai jelah, janji tak mengerbang keluar macam
rambut Kak Limah sudah lah..
Dengan
pakaian yang cukup santai, hanya menyarung spagetti strap loose tank top
kaler putih dengan corak polka dot kaler light pink separas lutut, Sharlyna
melangkah keluar dari biliknya. Comelkan gayanya?
Er..seksi?? Peduli hape, bukan ada orang lain pun kat rumah sekarang ni. Lelaki poyo
tu pun paling tidak, tengahhari nanti baru nampak bayangnya. Diakan workaholic, sibuk je semedang. Kalah PM tu...
‘Sempat
aku nak berpesta sambil kemas rumah dia yang besar macam istana ni..’ Sharlyna
tersenyum riang sambil menuruni tangga.
Langkahnya
di atur ke ruang tamu rumah. Sejujurnya ke arah set Hi-fi yang diletakkan
berhampiran dengan skrin plasma di ruang tamu.
Tangannya
lincah memasang segala perlatan yang di perlukan. Sebulan yang berlalu,
membuatkan dia sudah mahir melakukan semua ni.
‘Saya
pinjam harta benda awak ni ye. Siapa suruh saya berhenti kerja ?’ Sharlyna
sudah bangkit berdiri. Bersiap sedia untuk beraksi!
0330 yang dinyanyikan oleh kumpulan anak muda
dari Korea yang menggelar diri mereka sebagai U-Kiss berlagu merdu memenuhi
ruang sambil dia memulakan kerja-kerja mengemas. Lagu ni comel juga sebab ada
selitkan rumus radius matematik dalam liriknya. Mana lagi nak dapat lagu style macam ni kan?
Hampir
sejam kemudian, ruang tamu sudah hampir
siap dikemas. Sharlyna menarik nafas lega. Tubuhnya disandarkan ke sofa di
ruang tamu sambil mensisip sedikit
segelas Nestle Bliss yang sentiasa penuh satu peti sejuk. Stok Bliss
dalam rumah tak pernah habis sebab ‘hantu Bliss’ yang sorang tu selalu check stok Bliss dia setiap hari. Risau
sangat Bliss dia tu habis.
“Best juga dapat minum yogurt pagi-pagi ni..” Sharlyna
tersenyum lebar. Bestnya duduk sorang-sorang kat rumah besar ni. Rasa diri
macam mak datin je. HEHE. Nak buat apa pun tak ada orang sibuk kacau.
Tv
Plasma yang melekat elok di dinding di renung lama. Seketika kemudian dia
menarik sengih.
Run devil run by Girl’s Generation
bergema kuat memenuhi segenap ruang rumah. Memecah kesunyian pagi sabtu yang
hening ini. Sharlyna mengatur langkah seiring dengan barisan penyanyi di skrin
plasma. Penuh bersemangat setiap geri langkahnya. Maklumlah pemusnah
keamanannya aka Mr Muhammad Danish Ashraf sudah berangkat ke pejabat.
Sesekali
dia turut sama menyanyi kecil. Part favaurite
dia, ‘Neon jaemieobseo maeneo eobseo...(you’re
no fun, you don’t have manners..). Sesuai sangat dengan si mata biru
Muhammad Danish Ashraf tu! Hatinya menggerutu geram.
Langkahnya
terus di atur mengikuti rentak lagu.
Ashraf menyangkutkan tuala kecil yang
digunakannya untuk mengelap rambut yang masih basah tadi ke leher. Rambutnya
yang sedikit lembap disebak ke belakang. Dia berlalu masuk ke dapur untuk
mencari mineral water bagi menghilangkan
dahaga. Namun sebaik dia tiba ke ruang tengah dari bilik air berhadapan dengan
mini gymnya, sesuatu telah menarik perhatiannya.
‘Siapa?’
hatinya berdetik aneh melihat seorang gadis yang begitu berani menari di ruang
tamu rumahnya. Siap selamba pakai macam tu! Langkahnya diatur menghampiri si
gadis yang masih rancak menari tanpa menyedari kehadirannya.
Hampir
saja dia jatuh rahang sebaik menyedari tiada orang lain di rumahnya selain si
isterinya yang paling ‘Mithali’ Puteri Balqish Sharlyna.
“She’s dancing?” matanya masih tidak mahu
melepaskan liuk tubuh milik si kecil molek yang sedang rancak menari.
Dia terpegun.
Tak tahu pula samseng Pantai Desaru ni reti
menari? Kagum dia melihat gadis yang sering sahaja menunjukkan perangai
‘samseng’ di hadapannya mampu berbuat begini.
Sesekali
terbit senyuman manis dari ulas bibir gadis itu. Ashraf masih tidak berkutik.
Tangannya naik ke dada kirinya yang sedang rancak mengalunkan rentak yang tidak
lagi menentu temponya.
“Na
eopsol ttaen neon super playboy!..”
Sharlyna spontan berpusing ke belakang tanpa menyedari sedari tadi dia tidak
bersendirian di ruang itu. Ada sepasang mata biru yang asyik memerhati setiap
langkah dan lenggok tubuhnya sedari tadi.
Jarinya
tepat ke wajah Ashraf semasa dia menyebut ‘Super
Playboy’ tadi. Terus dia terkesima. Kaku tak mampu bergerak. Girl’s generation masih menari dan
menyanyi di skrin plasma tanpa menghiraukan Sharlyna yang dah rasa nak pengsan
apabila berhadapan dengan Ashraf dalam keadaan seperti ini.
Ashraf
semakin mendekat. Sharlyna pula dah makin hilang arah.
‘Kalau
nak pura-pura pengsan time ni aci
tak?’ Sharlyna sudah merencana rancangan untuk melepaskan dirinya. Ashraf yang
makin mendekat menyebabkan dia spontan mengundur ke belakang.
“A..awak..dari
mana ni?” Sharlyna tergagap-gagap bertanya. Melihatkan keadaan Ashraf yang
hanya bertuala mandi separas lutut, siap dengan badan dia yang ala-ala baru
lepas main hujan tu..aiihh..rasa susah je nak telan air liur ni. Dari mana pula
datangnya cik abang sorang ni? Bukan dia sepatutnya ada dekat office ke?
Ashraf
tidak menjawab. Dia masih meneruskan langkahnya merapati Sharlyna yang sudah
pucat muka.
“Er..saya..”GULP.
Sharlyna mati kata sebaik kakinya tersadung kaki sofa.
‘Kenapa
kau kejam dengan aku ni sofa? Aku dah lap kau sambil belai kau tiap hari, ini
balasan kau ye..’ Sharlyna cuba bangkit dari sofa namun tubuh Ashraf yang
betul-betul sudah rapat dengannya membuatkan niatnya terkubur begitu saja. Dia
cuba menarik nafas untuk bertenang. Kenal sangat dengan perangai Ashraf yang
gemar mengusiknya dengan perkara sebegini.
“Haah!”
Spontan Sharlyna mencapai bantal kecil pada kepala sofa untuk menekup wajahnya.
Ashraf
tersenyum kecil melihat reaksi Sharlyna.
‘Apa yang dah rasuk kau ni Ash? Pagi tadi kau
buat gila dan hampir sebabkan Adam layangkan penumbuk gara-gara adegan romantik
salah orang kau, sekarang kau cuba buat apa pula dengan samseng pantai Desaru
ni?’
Controller hi-fi dicapai dari sofa.
Hampir dengan Sharlyna yang masih menekup erat bantal kusyen ke mukanya.
“Hey.”
Bahu Sharlyna yang terdedah dek kerana gaun spagetti
tank top yang di pakainya di cuit sedikit. Sharlyna masih tidak mengalihkan
bantal kusyen dari wajahnya.
“Get up,” Ucap Ashraf. Sharlyna
menggeleng laju.
Ashraf
tersenyum nakal.
“Kau nak
bangun sendiri atau nak aku tolong?” ugut Ashraf. Suaranya di buat-buat serius.
Sharlyna
sudah rasa nak nangis. Apalah nasib aku hari ni..
“Come on, sayang..” Ashraf sudah berubah
nada. Kali ini penuh lembut menggoda. Kau kata aku super playboy kan? Sini aku tunjuk pada kau part mana yang aku ‘Super
Playboy’ tu.
“Kau dah
goda aku sekarang kau tak nak bertanggungjawab?”soalnya sambil mencapai lembut
tangan Sharlyna untuk membantu isterinya itu berdiri.
Sharlyna
hampir terduduk mendengarkan kata-kata selamba maut Ashraf tadi.
“Gila!
Siapa nak goda awak?” Sharlyna cuba merentap lengannya yang di genggam Ashraf.
Apa pegang anak dara orang ni?!
‘Eh, dia
suami kau lah Lynn..’ satu suara mengingatkan. Sharlyna mencebik geram.
“Awak
dari mana ni?” soal Sharlyna sambil berpeluk tubuh. Pandangannya di halakan ke
sisi. Tidak mahu bertentang pandang dengan Ashraf yang sedang
memandangnya. Pandangan lelaki itu
padanya terasa cukup pelik pagi ini. Hilang rentak jantungnya sebaik pandangan
mereka bertembung tadi.
‘Taulah
mata dia cantik, tak payahlah nak buat renungan maut macam tu. Sesak nafas saya
ni tau!’ Hatinya mendengus marah. Tidak selesa di renung begitu.
“Gym kat belakang.” Jawab Ashraf. Tiada
nada menyakitkan hati dalam bicaranya kali ini seperti yang selalu di lakukannya.
Sharlyna
berkerut dahi. Gym?
“Awak
tak pergi office?” soal Sharlyna
lagi. Ashraf menggeleng.
‘Habis
bunyi enjin yang dia dengar pagi tadi tu..?’hatinya berdetik bingung. Matanya
di pejam rapat. ‘Kenapalah aku tak pastikan betul-betul tadi?’
Sharlyna
melabuhkan duduk di sofa sambil masih tidak memandang Ashraf. Gelas berisi
yogurt Bliss di capai dengan niat untuk mengurangkan gugup di dadanya tika itu.
“Impressive.” Ucap Ashraf sambil
melabuhkan duduk di sisi Sharlyna. Gelas yogurt
milik Sharlyna dicapai dan dibawa ke mulut.
“Hey! Saya punyalah..!”Sharlyna bersuara tidak puas
hati. Nak pergilah ambik sendiri kat dapur sana, ada berlambak lagi! Yang
mengada ambil aku punya tu kenapa?
“It’s mine..” Ashraf bersuara tenang.
Masih tidak bernada menyakitkan hati yang selalu di gunakannya.
“Everything yours, is mine.”sambungnya
perlahan. Dekat di telinga Sharlyna.
Spontan
Sharlyna menjarakkan dirinya sambil menekup telinga. Say what?!
‘Eh? Apa
ni?’tangannya menyentuh sesuatu yang berjuraian di telinganya. RAMBUT? Alamak!
Sharlyna
terus bangkit. Macam mana aku lupa aku ni tengah pakai ‘uniform’ tak sempurna
untuk muncul depan dia ni?
Langkahnya
mati sebelum sempat diatur. Lengannya yang dipegang erat Ashraf, dipandang
dengan mata yang sudah membulat. Sengaja cari pasal dengan budak taek won do agaknya mamat ni?
Namun
belum sempat Sharlyna mengatur langkah untuk bertindak, Ashraf ternyata lebih
bijak membaca gerinya kali ini. Lelaki itu lebih pantas bertindak menariknya
rapat ke dalam pelukan. Terkunci sepenuhnya.
Sharlyna
menghela nafas berat. Kesemua cubaannya untuk memboloskan diri hampa. Tidak
tertanding rasanya tenaga milik lelaki itu. Nafasnya makin sesak apabila lelaki
itu meletakkan kepalanya ke bahunya. Terasa bahunya disentuh lembut oleh bibir
lelaki itu. ‘He..he..is a real super
playboy..’ Sharlyna memejam rapat matanya. Apa mamat ni nak buat?
“Lepas!!”
Sharlyna bersuara dalam kepayahan. Sungguh dia lemas dengan situasi sekarang.
Berada rapat ke tubuh lelaki itu membuatkan jantungnya berlari laju. Dia tidak
mahu lelaki itu mengetahuinya. Dia tidak mahu lelaki itu rasa denyutan jantung
dia yang sudah seperti hilang rentak apabila berada rapat dengannya.
Ashraf
tidak menjawab. Tidak juga menunjukkan akan menuruti permintaan Sharlyna yang
memohon untuk dilepaskan.
“Let me go!” Sharlyna mencuba lagi.
Namun
Ashraf hanya diam membisu. Sebelah tangannya turun melingkari pinggang kecil
Sharlyna.
“Dance with me. Will you?” soal Ashraf
perlahan.
Serentak
itu You Are My Everything mulai
berlagu memenuhi ruang. Sharlyna jatuh rahang. Hilang kata. Rasa nak pengsan.
Betul ke apa yang dia dengar atau lelaki ni yang tak sedar apa yang dia baru
cakap tadi?
“We should let ourself close to each other.”
Ucap Ashraf. Senyuman terus menghiasi bibirnya.
“Biarkan
hati kita bersatu di setiap langkah yang kita atur bersama..” suara Ashraf yang
separuh berbisik itu membuatkan Sharlyna meremang bulu roma.
“Saya
tak pandai menari. Hands off please.”
Sharlyna merungkai kasar tangan Ashraf dari pinggangnya. Huh!
“Jadi
tadi tu apa? Memasak?” Ashraf menyoal sinis. Tu tak lain tak bukan nak mengelat
lah tu!
‘Jangan
harap..’ Ashraf cuba menahan senyuman yang hampir terukir menghiasi bibirnya.
Sharlyna
menghela nafas panjang. Lelaki nilah!
“Tak
kuasa nak melayan awak.” Sharlyna membalas. Pergelangan tangannya cuba di
lepaskan dari genggaman Ashraf.
“So, kau
lebih suka melayan boyfriend kau dari
suami kau ye?” Ashraf sengaja meluahkan kata berbaur provokasi.
Sharlyna
diam kaku. Apa lelaki ni cakap tadi? Boyfriend?
“Awak
ingat saya ni apa?” Soal Sharlyna dengan rasa marah yang tiba-tiba menjelma
sebaik dituduh sebegitu tadi. Cakap ikut sedap hati dia je!
“Habis
tu, apa yang susah sangat nak ikut cakap aku?” soal Ashraf. Sharlyna sudah di
tarik rapat ke tubuhnya semula. Dia mengukir senyuman lebar melihat Sharlyna
yang sudah kematian kata. Minah kecik
ni tak pernah nak ikut cakap aku. Asyik membantah je!
Sekelip
mata Sharlyna sudah berada di dalam pelukan Ashraf. You Are My Everything terus berlagu menyampaikan sebuah cerita
cinta...
You
are my everything...
Nothing
your love won't bring
My
life is yours alone
The
only love I've ever known
Sharlyna yang sedari tadi sibuk
melarikan diri, turut sama hanyut melayan perasaan yang sudah
berbaur. Masing-masing diam melayan setiap bait nyanyian 98 degrees
itu. Hanyut dengan rasa hati masing-masing.
Now
all my hopes and all my dreams
Are suddenly reality
You've
opened up my heart to feel
A kind of love that's truly real
A
guiding light that'll never fade
Sharlyna hanya menuruti setiap
langkah yang diatur Ashraf. Benar, langkah mereka benar-benar bersatu kini.
Namun, mungkinkah hati mereka juga dapat bersatu seperti mana langkah mereka
yang sedang bersatu kini?
Sharlyna menala pandangan ke lantai.
Memandang setiap langkah yang mereka atur. Tangannya yang di letakkan Ashraf ke
kedua belah bahu lelaki itu tadi, sudah terasa dingin semacam. Sharlyna memejam
matanya rapat. Berharap segala yang berlaku ini hanyalah sekadar mimpi
ngerinya.
“There's not a thing in
life that I would ever trade
For the
love you give it won't let go..” Suara yang
kedengaran begitu dekat dengannya yang turut sama melagukan You Are My Everything membuatkan mata
Sharlyna serta merta terbuka luas.
Spontan wajahnya di angkat memandang si empunya suara tadi.
Ashraf masih dengan wajah tenangnya.
Namun, renungan sepasang matanya seakan mahu menyampaikan suatu maksud yang
amat mendalam. Bersesuaian dengan setiap bait yang di nyanyikannya.
Mungkinkah Sharlyna dapat merasakannya?
Memahami rasa hatinya yang jauh tersembunyi?
“I hope
you'll always know...” Ashraf merenung dalam anak mata Sharlyna. Cuba menyelami
hati si gadis. Sekaligus membiarkan Sharlyna merenung jauh ke dasar hatinya.
“You
are my everything...” Ashraf benar-benar
memaksudkan bait kata yang di ucapnya.
Sharlyna
makin tidak keruan dengan renungan redup lelaki di hadapannya ini. Entah kenapa
renungan ini di rasakannya penuh dengan seribu satu rasa. Bukan lagi seperti
pandangan mahupun renungan biasa milik lelaki itu yang penuh sinis.
Terasa
renungan tersebut meresap jauh ke dasar hatinya. Menghadirkan suatu getar di
jiwanya. Sharlyna bingung. Apa semua ni?
“Auch!!”
Sharlyna kembali ke dunia nyata sebaik jeritan
Ashraf memecah kesunyian. Sharlyna terpinga-pinga melihat Ashraf yang
sedang sibuk memeriksa kakinya di sofa sana. Pandangannya jatuh ke set hi-fi. You are my everything juga sudah sepi.
“Kau
memang nak bunuh aku ke botol kicap?” Ashraf menghamburkan rasa marahnya.
Wajahnya yang sedang merona merah di tundukkan ke bawah. Berpura-pura memeriksa
keadaan kakinya yang telah di pijak Sharlyna tadi.
Sebab
kelancangan mulutnya tadilah, habis pincang segala gerak yang pada mulanya
cukup harmoni dan teratur. Dia sudah hanyut dibuai perasan. Hampir sahaja dia
memalukan diri sendiri dengan mengungkap segala rahsia hatinya pada Sharlyna
tadi.
‘Kau nak
sangat usik dia tadi kan Ash? Sekarang hati kau yang dah makin terjatuh. Padan
muka kau!’ Satu suara menyindirnya. Ashraf mengukir senyum kecil sambil
menggelengkan kepalanya.
Sebaik
dia mengangkat kepala mahu mencari kelibat Sharlyna yang masih tegak di tengah
ruang tadi, ternyata gadis itu sudah tiada lagi di situ. Bunyi derap langkah
seseorang sedang berlari menaiki tangga membuatkan senyumannya makin lebar.
‘Aku
boleh gila kalau hari-hari macam ni..’ bisik hati kecil Ashraf.
_______________________
Salam sayang,
Arin Arida
_______________________
Salam sayang,
Arin Arida
7 comments:
alahai...comel sangat 2 orang ni!!!
alah nak lgi..
xpuas baca..
huhu
teruskannnn......smoga komplit stori dpt dibukukan and novel ni akn berada d pasaran..soonnn...x sabarrrrr...
keep it uppppp
Bestnya.....
Bestnya.....
Best gilerrr .. :)
sis,man sis ambik gambar ni semua?nak tulis apa kat google tu?
Post a Comment