Bila dua orang yang asyik bertekak dulu tu dah mula nak berbaik;)
Selamat membaca^_^
Selamat membaca^_^
AURORA 30
Usai
Zuhur, Sharlyna berjalan semula menuju ke bangunan fakulti. Langkah yang pada
mulanya menghala ke lif bertukar arah.
“Isy,
habis pula green tea ni?” Sharlyna
mengomel perlahan sambil memerhati dada vending
machine tersebut. Tangan sudah naik menggaru kepala yang tak gatal. Pening
nak buat pilihan!
“Hi, kita jumpa lagi.”satu suara menegur.
Sharlyna
serta merta berpaling ke sisinya. Dia ni lagi?!
“Aa..”
Sharlyna mengukir senyum segaris. Nak beli yang mana eh? 100 plus dah habis.
Twister manis yang amat. Coke? no no no...
Butang
pada logo Revive di tekan. Tak kisahlah manapun...
“Macam
ada jodoh pula kita ni kan?” suara itu masih tenang berkata bersama senyuman
yang manis.
Sharlyna
senyum tawar. Banyaklah kau punya jodoh, dengar dek laki aku, mati kau!
‘Eh,
kenapa pulak machine ni? Apasal tak
keluar ni?’ Sharlyna garu lagi kepala yang tak gatal. Isy!
PAANNGGG!!
Spontan
Sharlyna mengundur beberapa langkah menjauhi lelaki itu. Punyalah terkejut! Ni
apa, nak tunjuk samseng ke apa?!
“So, kalau tak keberatan, boleh saya tahu
siapa nama awak?” Tin Revive di serahkan kepada Sharlyna.
“Sorry. Machine ni memang suka buat hal dengan perempuan. Dengan lelaki dia
okay je..” jelas lelaki itu. Seketika
kemudian, air pilihannya serta merta
keluar sebaik butang pada machine tersebut di tekan.
Sharlyna
hanya sekadar tersenyum sedikit. Mengada ye mesin ni!
“Thanks.”Sepatah Sharlyna mengucapkannya.
“Most welcome. So, nama awak?” lelaki itu masih dengan senyumannya.
‘Isy!
Letih betullah dia ni..’Sharlyna merungut sendiri. Namun entah bagaimana muncul
pula idea untuk menjawab soalan lelaki itu. Alah! Buat konfiden sudah..
“Nama
saya, Melati Sukma.”Sharlyna berkata sepatah-sepatah. Sengaja dia menyebutnya
dengan bahasa baku. Muka pula di control
ayu ala-ala watak Meriam dalam filem Pontianak Harum sundal malam.
“Melati
Sukma?” lelaki di hadapannya berlagak selamba.
Sharlyna
sudah tergelak sakan di dalam hati. Mesti kau nak kata nama aku klasik yang
amat kan? Langkahnya di atur menuju ke pintu lif. Lagi lama aku melayan dia,
silap-silap ada juga yang kena cekik karang..
“Jadi,
nak panggil apa ni?” soal lelaki itu lagi. Dia mengekor langkah Sharlyna dari
belakang.
“Kenapa
kamu mengekori saya?” Muka masih control ayu dengan suara yang sengaja di
seriuskan.
“Kawan?
Tak salahkan?” Ku Rell memberanikan diri menyuarakan hasratnya untuk berkawan
dengan si gadis yang jinak seperti merpati namun ternyata begitu sukar untuk di
dekati.
“Kawan?”
Sharlyna sengaja menduga. Mata masih sempat mengerling pintu lif yang masih
tertutup. Ciss! Apasal lambat sangat
lif ni?
“Assalamualaikum,
Miss Balqish!” satu suara yang entah dari mana menyapa Sharlyna.
GULP.
Alamak..
“Miss! Maaf kami ganggu.” Dua orang gadis
yang ayu berbaju kurung di sebelahnya sudah tersengih penuh.
“Waalaikumsalam..”
Sharlyna menjawab perlahan. Sempat matanya mengerling lelaki yang sedang
berdiri menghadap lif di sebelahnya itu.
“Tak
menganggu pun..”Saya lagi bersyukur korang berdua muncul time ni!
“Miss, tadi saya try call Miss tapi tak berangkat..”
“Oh,
saya turun solat tadi..” Sharlyna mengukir senyum.
“Sebenarnya
kami nak buat consultation dengan Miss, jadi kira nak confirm tarikh dan masa lah ni. Miss
free bila ye?”
“Oh, nak
buat consultation. Sekarang pun
boleh. Kelas saya petang nanti, esok takut tak sempat pula sebab saya half day saja. Lusa saya kena ikut
program fakulti kamu dekat Kalumpang tu...” Sharlyna menarik dua pelajarnya
untuk turut serta ke dalam perut lif.
Ku Rell
hanya diam membisu. Kakinya turut di atur ke dalam perut lif.
“Nak
minta pendapat Miss pasal tajuk yang kami kena bentang minggu depan tu..” gadis
berbaju kurung hijau tadi menjelaskan tujuan sebenar mereka.
“Okay, Jom.” Sharlyna segera melangkah
keluar menuju ke pejabat fakulti sebaik pintu lif terbuka pada aras dua.
“Minta
diri dulu, Encik Tengku..” salah seorang gadis itu tersenyum pada Ku Rell yang
bersandar santai pada dinding lif.
Ku Rell
sekadar mengangguk sambil berbalas senyum dengan gadis yang menegurnya tadi.
“Miss? Consultation?”soal Ku Rell perlahan sebaik pintu lif tertutup. Jadi
dia bukan pelajar?
‘Mungkinkah
dia pensyarah baru fakulti ni?’ hatinya berbisik ragu. Namun tak lama kemudian,
bibirnya perlahan mengukir senyum sebaik teringatkan sesuatu.
“Program
fakulti kat Kalumpang ye?”
Sungguhlah
ALLAH itu sebaik-baik perancang. Kita jumpa lagi nanti..Melati Sukma.
“Melati Sukma? Menarik. Makin menarik.” Gumamnya rendah sambil kaki di hayun menuju ke bilik pejabatnya.
“Melati Sukma? Menarik. Makin menarik.” Gumamnya rendah sambil kaki di hayun menuju ke bilik pejabatnya.
Ashraf mengerling wajah kelat Sharlyna
di sisinya. Sejak awal tadi mulut isterinya itu terkunci rapat.
“Lynn.”
“Erm?”
Sharlyna menoleh ke arah Ashraf di sisinya. Lelaki itu nampak santai dengan Tee
V-neck warna putih kosong dengan Jeans.
“Kenapa
ni? Students awak buat hal ke?”
Ashraf menyoal prihatin.
Sharlyna
menggeleng lemah. Wajah Ashraf di sebelahnya di pandang lama.
“Habis
tu, kenapa pula?” Ashraf mengerling sekilas Sharlyna di sebelah.
Sharlyna
hanya berdiam diri. Serba salah.
“Lynn, just say it. Kenapa ni? Awak ada nak
cakap apa-apa ke dengan saya?” soal Ashraf lagi. Entah kenapa hatinya terasa
tak tenang dengan tingkah Sharlyna. Apa yang di sembunyikan oleh gadis di
sisinya ini?
“Awak..”
Sharlyna mengalih sedikit posisi duduknya. Sedikit menghadap Ashraf.
Ashraf
mengerling Sharlyna di sisinya. Tiada sebarang kata yang terluah dari bibirnya.
Hanya tangannya bergerak mencapai tangan Sharlyna lalu di genggam erat. Sebuah
senyuman di ukir pada bibirnya.
“Saya
kena pergi Program Fakulti..” Sharlyna memandang Ashraf takut-takut.
Sejujurnya, dia sendiri tidak mahu menyertai program tersebut namun apakah
dayanya dia untuk menolak. Tambahan pula di saat hubungan dia dengan Ashraf
yang mulai menampakkan perubahan positif..baru je Ashraf balik dari Jerman
semalam..tapi esok dia pula dah kena ke sana.
“Program
Fakulti?” soal Ashraf.
“Lah,
apa masalahnya? Program apa?” soal Ashraf dengan senyuman. Takkan kena pergi
program fakulti pun dah nak nangis macam ni?
Sharlyna
mengeluh lemah. Kenapa hatinya jadi pedih tengok Ashraf selamba je siap boleh
senyum panjang lagi ye?
“Program
jati diri..”
Ashraf
masih dengan senyumannya. “Mesti best.
Bolehlah awak buli budak-budak tu nanti..”
Sharlyna
memandang Ashraf di sisinya sekilas. BEST?
“BEST.” Ucap Sharlyna sepatah.
Pandangannya di buang keluar tingkap kereta. Kelopak mata dah mula rasa panas.
‘C’mon Lynn!! Jangan leleh..’ hatinya
berkata memberi semangat. Nafas di hela berat.
“Best. 3 hari dua malam. KRTC, Hulu
Selangor.” Sharlyna masih membuang pandang keluar. Ya ALLAH..kenapa hati rasa
pedih sangat ni??
Ashraf
tersentak. Come again? 3 hari 2
malam? Hulu Selangor?!
Ashraf
senyap menenangkan hati sendiri yang sedang di buru gelisah. Sharlyna pula
membisu melayan rasa.
Sharlyna
menarik nafas panjang. Perlahan-lahan wajahnya di kalih menghadap lelaki di
sisinya.
“Saya
nak minta izin. Program tu, 3 hari 2 malam..” lemah suara Sharlyna berkata.
Sedaya upaya dia cuba menahan getaran suaranya menahan rasa sebak yang entah
mengapa terasa semakin menggigit tangkai hatinya. Pedih.
“Boleh?”
kebisuan Ashraf, ketenangan riak wajah milik lelaki itu membuatkan Sharlyna
makin serba tidak kena.
Ashraf
menghela nafas. “I’ve no choice
selain izinkan awak kan?” Ashraf kembali mencapai jemari Sharlyna lalu di bawa
ke ribanya.
“Pergilah.
Saya izinkan.” Berat hatinya melafaskan keizinan buat Sharlyna, kerana memberi
keizinan bermakna dia akan turut sama terjebak dengan seksanya rasa menanggung
rindu.
Jemari
Sharlyna di genggam erat.
“Thanks.” Balas Sharlyna ringkas. Serta
merta pandangannya di buang ke sisi. Memandang keluar tingkap kereta. Hatinya
menangis sendiri. Sungguh rasa yang sedang mekar di hatinya membuatkan
perpisahan ini terasa perit. Walau hanya 3 hari 2 malam. Entah kenapa ianya
terasa bagai bertahun-tahun lamanya.
Ashraf mendaki satu persatu anak tangga
rumahnya yang kini terasa kosong dan bagai sudah hilang serinya itu malas. Jam
sudah menunjukkan pukul 12.45 malam. Sengaja dia menghabiskan masanya di rumah
daddynya tadi kerana mahu menyibukkan diri. Sejak pagi tadi lagi bayangan wajah
Sharlyna terlayang di pandangannya. Serba serbi jadi tak kena di buatnya.
Sambil
itu sengaja dia meluangkan masa melepak dengan Nashrin di bilik rahsia mereka.
Bercerita tentang masalah dan rasa hati masing-masing. Kesudahannya, dia
terpaksa memandu di tengah malam begini untuk ke Rainbow Castle semula. Mama
sudah menyuarakan cadangan untuk dia bermalam saja di sana. Daddy dan yang lain
pun menyokong sepenuhnya cadangan mama. Lebih-lebih lagi Nia.
Namun
dia terpaksa menolaknya dengan alasan ada kerja yang perlu di selesaikan
sebelum dia ke pejabat keesokan harinya. Ashraf tersenyum lemah.
Padahal
rasa susah nak lena kalau bukan kat Rainbow
Castle. Rumah yang penuh dengan memorinya dengan Sharlyna.
Pintu
bilik di kuak perlahan. Haruman yang menyapa rongga hidungnya terasa begitu
mendamaikan. Rasa terubat sedikit rasa rindu yang menyesakkan dadanya.
Kaki di
atur ke arah katil bersaiz queen di tengah ruang tersebut. Terus duduknya di
labuhkan di birai katil. Bingkai kaca di atas meja lampu di sisi katil menarik
perhatiannya. Gambar mereka. Dia. Sharlyna. Bonda.
Terus
tubuhnya di rebahkan ke atas katil. Sebiji bantal di tarik lalu di peluk
erat. Penuh dengan bau Sharlyna.
Vibration dari galaxy di dalam saku
jeansnya membuatkan Ashraf kembali tegak 90 darjah di tengah katil. Siapa yang
hantar message tengah-tengah malam
ni?
Let the most beautiful dream come to u
tonite, Let the sweetes person come in ur dream tonite, But don’t make it a
habit bcz I’m not free every nite;p
GOODNITE^^
From: Pencuri Hatiku
From: Pencuri Hatiku
Ashraf
berjeda seketika sebelum senyuman mekar di bibirnya. Semua rasa yang
menyesakkan dada tadi terasa sedikit menyusut.
Sharlyna mengetuk kepala perlahan.
‘Apalah
yang kau cuba buat ni Lynn?’ Xperia di campak ke atas katil tidak jauh dari
tempat dia melabuhkan duduk ketika itu.
‘Yang
gatal sangat hantar message yang
bukan-bukan tu kenapa?’ Sharlyna mengomel sendiri. Jam di pergelangan tangan di
kerling sekilas. Dah pukul 12.55 pagi, mestilah dia dah tidur sekarang macam
ni.
Badan
di rebahkan ke katil. Letihnyaa...
Stereo Hearts yang berlagu di sisinya
menyebabkan Sharlyna serta merta tegak. Liur di teguk kesat. DIA!
Xperia
di capai dengan tangan yang sudah terketar-ketar. Kak Zahan sedang membersihkan
diri di bilik air. Kak Lia pula sedang duduk berehat di ruang tamu mini di
hadapan.
“Nak
angkat ke tak?” Hati mula berbelah bahagi.
Belum
pun sempat jari menekan icon bagi
menjawab panggilan tersebut, Xperia di tangannya sudah senyap.
Sharlyna
mengeluh lemah. Yang kalut kenapa?
Stereo Heart berlagu kembali. Kali ini
Sharlyna menarik nafas panjang lalu terus mengangkat panggilan tersebut.
“Hello?” suara yang sedang di rinduinya
menyapa gegendang telinga. Sharlyna serta merta senyum.
“Assalamualaikum..”
Lembut Sharlyna menyapa. Tubuhnya kembali di rebahkan ke tilam empuk. Rasa
sakit-sakit di badannya sedikit berkurangan. Lega!
Kedengaran
suara Ashraf tertawa kecil di hujung talian.
“Wa’alaikum
salam.” Ashraf menjawab seketika kemudian.
Seketika
kemudian, masing-masing senyap. Hanya bunyi deru angin yang kedengaran.
“Let the most beautiful
dream come to you tonight, Let the sweetest person come in your dream tonight,
But don’t make it a habit because I’m not free every night,”
Ashraf menyebut kembali mesej yang di hantar Sharlyna
padanya tadi. Mesej yang telah membuatkan senyuman tak lekang dari bibirnya
sehingga detik ini.
Sharlyna
kerut dahi sambil membuang pandang ke siling chalet. Hati terasa berdebar
semacam mendengar suara Ashraf yang kedengaran sedikit berbeza sebentar tadi.
‘Auuw.
Malu..malu..’ Tangan spontan menampar pipi sendiri.
“Kenapa
tu?” Ashraf sudah bernada risau. Hilang terus nada romantiknya tadi.
Wajah
Sharlyna makin merah, merona malu. “Tak, nyamuk..” Lancar pula mulutnya memberi
alasan.
“Oh..”
Ashraf menjawab perlahan. Ingat apa tadi..
“Tak tidur
lagi?” soal Sharlyna.
“Err,
saya kacau awak tidur ke? Sorry..”Sharlyna
rasa bersalah. Dah nak dekat pukul 1 pagi..sah tentulah orang dah tidur.
“Belum.
Tak kacau pun,”Ashraf menjawab perlahan.
“Oh,
kenapa belum tidur? Kan dah nak dekat pukul 1 ni?”soal Sharlyna sambil
mengiraikan rambutnya yang masih lembap.
Ashraf
di hujung talian tertawa kecil.
“I can’t sleep..” ...without you in my arms. Kalau jawab macam tu, gedik pula bunyinya.
Jadi, eloklah habis dalam hatinya saja.
“Kenapa
tak boleh tidur?” soal Sharlyna.
Ashraf
senyap.
Sharlyna
garu kepala. Apasal tetiba senyap ni?
“Kenapa
tiba-tiba hantar message?” Ashraf
sengaja memjawab soalan Sharlyna dengan soalan juga.
Erk?
Sharlyna terkulat-kulat sendiri. Kenapa ye? Sebab rindu kut?
Sharlyna terkulat-kulat sendiri. Kenapa ye? Sebab rindu kut?
‘Takkan
nak mengaku jujur kut? Buat malu 7 generasi je..’ Sharlyna tersengih sendiri.
“Kenapa
tak tidur lagi? Kata esok ada jungle
trekking?” soal Ashraf apabila Sharlyna hanya membisu tanpa menjawab
soalannya tadi. Malulah tu..
“Baru
habis aktiviti night walk tadi. Ni
baru je boleh baring-baring hilangkan sakit-sakit badan ni..” Panjang pula
jawapan Sharlyna.
“Oh,
baru habis aktiviti. Ni dah basuh kaki belum? Karang mengigau buat malu je..”
Kedengaran Ashraf tertawa kecil dengan usikannya.
Sharlyna
mencebik geram. “Orang dah siap mandi pun ni..” balasnya geram.
“Oh, dah
mandi. Patutlah wangi sampai sini...” Ashraf masih mahu mengusik. Mesti ketika
ini Sharlyna tengah buat muka tak puas hati dengan kata-katanya. Mesti comel.
ARRGGH.
Rindunya, hati Ashraf berbisik perlahan.
“Hisy!”
Sharlyna membalas geram. Ada je idea nak mengusik orang kan?
Buat
seketika, hanya tawa Ashraf yang mengisi masa panggilan.
“Kenapa?”
soal Ashraf tiba-tiba.
Sharlyna
kerut dahi. Yang pakcik sorang ni cakap ala main bisik-bisik ni kenapa?
”Kenapa
apa?” Sharlyna rasa nak ketuk kepala sendiri. Yang aku pun sengal cakap ala-ala
cover ayu dengan suara konon gemersik semacam ni kenapa?
Kedengaran
Ashaf menghela nafas panjang di hujung talian sana. “Kenapa mesej saya..”Ashraf
senyum lagi.
“Missing
me already?” tebak Ashraf.
Sharlyna
kelu lidah di atas katil. Rindukan dia? Tangan spontan naik mengusap dada.
Rindu sangat..
Bunyi
tawa Ashraf yang kedengaran makin menjadi di hujung talian menyedarkan
Sharlyna. Serta merta senyumannya mati.
“Tak
kuasa!” dalih Sharlyna. Nak cover
malu punya pasal.
“Dahlah,
saya nak tidur ni..” Sharlyna tidak sanggup lagi berbalas kata dengan Ashraf.
Ada jugak yang meraung nak balik KL malam ni jugak nanti.
“Boleh
ke tidur tu?”Ashraf masih giat mengusik.
“Dahlah,
malas nak layan awak. Saya letak dulu.”Sharlyna mencebik geram. Tahulah orang
tengah tak boleh tidur ni, janganlah nak gelak-gelak pulak..
“Lynn,
tunggulah dulu...” Ashraf cepat-cepat menahan.
“Dahlah,
saya mengantuk ni..” Sharlyna buat suara lemah konon tengah letih dan mengantuk
teramat.
“Sayang,
please...”..saya belum puas dengar
suara awak ni. Rindu tak habis lagi.
“Apa
lagi ni?” Sharlyna mengalah. Cair dengan rengekkan Ashraf tadi.
Ashraf
garu kening perlahan. Alamak, terlepas pulak ‘sayang’ tu tadi.
”Ehem.
Awak tengah buat apa tu?” soalan spontan sebab nak halau rasa yang menyebabkan
wajahnya terasa panas. Malu!
“Tengah
tebang balak,” Tenang Sharlyna menjawab.
Ashraf
spontan pecah tawa. Mentang-mentanglah dia duduk tengah-tengah hutan sekarang
ni, boleh pulak dia jawab macam tu ye?
‘Alahai!
Rindunya kat awak, sayang..’ Hati berbisik lemah.
“Soalan
entah apa-apa.” rungut Sharlyna apabila sedar jawapan sengalnya tadi telah
mengundang tawa Ashraf.
“Baringlah.”
Arah Ashraf sepatah.
Sharlyna
kerut dahi. Ni dah kenapa pula? Namun Sharlyna akur sahaja. Badannya di
rebahkan ke tilam walau fikiran sibuk memikirkan apa rasionalnya Ashraf
menyuruhnya berbuat begitu.
Kak
Zahan yang baru keluar dari bilik air setelah usai membersihkan diri hanya
tersenyum memandang Sharlyna yang sedang bergolek-golek di atas katil sambil
menekap handphone ke telinga.
Sharlyna
membalas senyuman Kak Zahan dengan sengihan. Serentak itu, Kak Lia pula masuk
ke ruang tidur untuk mengambil alih bilik air.
‘Habislah
aku, tak amanlah hidup aku kat fakulti tu karang..’ Entah apalah yang akan di
fikirkan oleh Kak Zahan dengan Kak Lia ni. Aku ni dah macam budak remaja yang
baru belajar bercinta je lagaknya. Sibuk nak bergayut di tengah malam sebab kos
lebih murah. Aduhai..
Ashraf
di hujung talian turut sana merebahkan badannya ke katil Sharlyna. Badannya di
iringkan ke sebelah kiri.
“Sekarang,
awak baring mengiring ke kanan.” Ashraf bersuara memberi arahan.
“Nak
buat apa ni?” soal Sharlyna perlahan. Tadi suruh baring. Kali ni suruh
mengiring ke kanan pulak?
Ashraf
tergelak kecil mendengar nada suara Sharlyna. “Tolong dodoikan awak.” Jawabnya
selamba.
Sharlyna
terlopong. Tolong apa?!
“Sekarang,
bayangkan saya ada baring kat depan awak...”Ashraf berjeda seketika.
Sharlyna
masih seperti tadi. Sedikitpun tidak berkutik. Apakah?!
Ashraf
menarik semula sebiji bantal Sharlyna ke dalam pelukannya. “..tengah peluk awak.
Warm and comfortable..”ucap Ashraf
dengan nada suara ala-ala romeonya.
Terkebil-kebil
Sharlyna mendengarnya. Tegak bulu roma dek suara Ashraf tadi. Bukan saja dah
berjaya bayangkan seperti yang di katakan Ashraf tetapi dah rasa macam
betul-betul kena peluk dengan Ashraf pun. Punyalah berdebar sakan!
Kenapa
pula dia ni terlebih romantik pulak malam ni? Sejak balik dari Jerman hari tu
perangai dia pelik betul. Macam dah
tersampuk semangat Romeo je gamaknya? Tapi, kan dia pergi Jerman, bukannya
Itali. Mana pula datangnya Romeo?
“Nak
lagu apa?” soal Ashraf lantas mematikan lamunan Sharlyna.
Senyuman
meleret dari Kak Lia yang sudah mengambil tempat di katil sebelahnya membuatkan
muka Sharlyna bertambah panas. ‘Mesti kakak aku berdua ni fikir aku tengah duk
sibuk bergayut dengan pakwe..’
‘Padahal
tengah sibuk melayan Encik suami yang sengal tapi sekarang dah transform jadi
suami yang romantik..’
“Sayang?
Dah tidur ke?” suara Ashraf di hujung talian menyedarkan Sharlyna. Hisy! Sempat
lagi nak berangan tu!
“Err,
kejap. Tengah fikir..”alasan! Padahal tengah berangan yang entah apa-apa.
Sharlyna tersenyum sendiri.
“My love
by Sia. Eclipse sountrack.” Sharlyna
masih senyum. Otak sibuk membayangkan macam manalah rupa Ashraf nak nyanyi lagu
meleret mendayu macam tu..HEHEHE
“Hah?!”
giliran Ashraf pula jatuh rahang mendengar permintaan Sharlyna. Nak suruh dia
nyanyi lagu genre macam tu ke?
“Kenapa?
Tak boleh nyanyi ke?” Sharlyna sengaja mengusik. Tahu sangat macam mana reaksi
Ashraf ketika ini. Mesti muka monyok tak setuju yang dia tayang.
“Bukan
tak boleh nyanyi, tapi awak tak takut ke?” Ashraf memberi alasan. Ting!! Idea
nakal muncul kat otak..
“Takut?”
Sharlyna berkerut dahi. Bukan tak faham, cuma kurang jelas dengan maksud
Ashraf.
“Yeah, awakkan
sekarang ni kat remote area. Tengah
malam macam ni, yeah you know, kind of vampires..but Malaysia version. Mrs Pon?” Ashraf tahan gelak. Mesti Sharlyna
gelabah gila sekarang ni.
Sharlyna
terdiam.
“Mrs Pon? Maksud awak?”soal Sharlyna lanjut.
Apa ni?
Cakap belit-belit.
Ashraf
tidak menjawab. Sebaliknya hanya tertawa suka. Namun makin lama bunyi tawanya
jadi makin pelik. Macam bukan lagi ketawa
yang biasa tapi...mengilai?
MENGILAI???
GULP.
Sharlyna peluk ketat-ketat bantal kepalanya.
“Awak!”
luah Sharlyna dalam suara yang tertahan. Ggrrr..GERAM!
Ashraf
gelak lagi.
“Baca
tiga kul. Ayat kursi. Then, doa
tidur.” Ucap Ashraf sambil terus memulakan bacaannya. Sharlyna hanya mengikut
dalam hati. Isy, dah macam apa yang bonda selalu buat kat aku je. Erm. Rindu
bonda...rindu juga pada empunya suara yang tengah mengalunkan ayat-ayat suci
al-quran buatnya di hujung talian sana.
“Sekarang,
let your adorable husband nyanyi
untuk dodoi awak, okay..”Ashraf sudah
sibuk mengingat lirik lagu dalam otaknya.
“Awak,
tak payah nyanyilah...”tegah Sharlyna separuh berbisik. Sharlyna makin serba
salah. Tak pernah dalam sejarah hidupnya ada orang nak nyanyi sebelum dia tidur
ni.
“Tak
kira. Nak nyanyi juga!” Ashraf masih tetap dengan keputusannya. Kedengaran
Ashraf berdehem beberapa kali untuk membetulkan suara.
Sejurus
itu, Ashraf memulakan nyanyiannya. Selamat Malam oleh Faizal Tahir versi
Muhammad Danish Ashraf untuk Puteri Balqish Sharlyna.
Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang…
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang…
“Goodnight, sayang..”ucap Ashraf perlahan sebelum talian di matikan.
Senyuman di bibirnya semakin
mekar. Galaxy di tangan direnung bagai nak tembus. Gambar yang diset sebagai wallpaper mengundang rasa bahagia di
hatinya. Rasa bahagia dan rasa cinta yang semakin mekar untuk si gadis. Rasa
rindu yang bagai sudah tidak tertanggung walau baru terpisah sehari.
“Hello. Abang..” Ashraf menarik senyum dengan panggilan yang di
gunakan kepada orang di hujung talian.
“Erm. You nak apa lagi ni? You
ingat you panggil I abang macam ni, I nak maafkan you
senang-senang?” Serak suara di hujung talian membalas sapaannya. Siap nak
marah-marah lagi apasal?
Senyuman Ashraf terus
membuahkan tawa.
“Woi bro! Akulah, kau
mamai apa ni?” Ashraf bantai gelak pada Nashrin.
“Bertuah kau Ash! Apa hal
kau call aku pagi-pagi buta ni? Yang
gedik panggil aku abang apasal?
Mengigau?” Nashrin merengus marah dengan mata tertutup rapat.
Hisy! Ingat Syaz yang call tadi!
“Wow, relex! Ni aku nak buat tawaran istimewa kat kau ni..” Ashraf masih
dengan senyuman.
“Herm. Apa dia? Aku
mengantuk ni. Kau cakap esok tak boleh ke?” Nashrin merungut geram.
“Bagi aku ganti kau turun
Tanjung Malim esok boleh?”Pinta Ashraf.
Nashrin berkerut dahi.
“Kau nak turun Tanjung
Malim ganti aku?” tanyanya meminta kepastian. Ke aku yang mamai sampai tersalah
dengar ni?
“Yeah. Tapi, lepas settle semua kerja aku nak stay sana. Esoknya nak cuti. Macam mana
boleh?”
“Hah? Kau nak buat apa stay kat sana? Bukannya jauh sangat pun
nak balik sini..tak payah nak cutilah..” Nashrin berkata di hujung talian.
“Hisy. Kau ni! Adalah
sebab aku nak stay sini.” Nanti kau
kahwin dengan Syaz tahulah kau macammana seksanya perasaan kena berjauhan
dengan isteri tercinta.
“Hah, yelahh..” meleret
suara Nashrin.
“Okay. Thanks abanggg..”
sengaja perkataan abang di leretkannya. Sengaja mahu mengusik Nashrin.
“Stop it! Geli aku dengar suara kau ni. Dah. Jangan kacau aku lagi.
Nak tidur ni..” Nashrin merengus geram. Entah apa kena budak sorang ni!
Panggilan di tamatkan.
Galaxy di letakkan ke atas
tilam sambil bibirnya mengukir senyuman yang penuh makna. Kalumpang, here I come!
“Seriously can’t wait for tomorrow..” Ashraf menggumam perlahan
sambil memeluk erat bantal milik Sharlyna.
14 comments:
ala takkan da last ni..huhu..bile kuar buku nvl ni..
belum habis lg tp yg baru upload ni final version(last edit) sblum hantar utk penilaian penerbit:)
Nak bab 31.....
Plz.....best sesangat....
nk n3..sterusnya...bestttt
serius... rindu gila pada ash dan lynn......
woww...besttttt.....harap2 novel ni cepat keluar...kompem la beli kann.....
next episode pleaseeeee
TQ
waaaaaaaa..klua la cepat2. siksa menanggung rindu kt ash n lynn..
Waaaaaaaa best gilerrrr
Best gilerrrrrr
Huhuhu . Sweet nyer
Huhuhu . Sweet nyer
best lar.. :)
Dh ade jual kt popular ke???
@anis izzaty
yes dear. dah ad di bookstore seluruh malaysia:)
*sorry for the late reply
Post a Comment