My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

04 August 2012

Aurora Hidupku 30- final version

Bila dua orang yang asyik bertekak dulu tu dah mula nak berbaik;)
Selamat membaca^_^



AURORA 30
             Usai Zuhur, Sharlyna berjalan semula menuju ke bangunan fakulti. Langkah yang pada mulanya menghala ke lif bertukar arah.
            “Isy, habis pula green tea ni?” Sharlyna mengomel perlahan sambil memerhati dada vending machine tersebut. Tangan sudah naik menggaru kepala yang tak gatal. Pening nak buat pilihan!
            Hi, kita jumpa lagi.”satu suara menegur.
            Sharlyna serta merta berpaling ke sisinya. Dia ni lagi?!
            “Aa..” Sharlyna mengukir senyum segaris. Nak beli yang mana eh? 100 plus dah habis. Twister manis yang amat. Coke? no no no...
            Butang pada logo Revive di tekan. Tak kisahlah manapun...
            “Macam ada jodoh pula kita ni kan?” suara itu masih tenang berkata bersama senyuman yang manis.
            Sharlyna senyum tawar. Banyaklah kau punya jodoh, dengar dek laki aku, mati kau!
            ‘Eh, kenapa pulak machine ni? Apasal tak keluar ni?’ Sharlyna garu lagi kepala yang tak gatal. Isy!
            PAANNGGG!!
            Spontan Sharlyna mengundur beberapa langkah menjauhi lelaki itu. Punyalah terkejut! Ni apa, nak tunjuk samseng ke apa?!
            So, kalau tak keberatan, boleh saya tahu siapa nama awak?” Tin Revive di serahkan kepada Sharlyna.
            Sorry. Machine ni memang suka buat hal dengan perempuan. Dengan lelaki dia okay je..” jelas lelaki itu. Seketika kemudian, air pilihannya  serta merta keluar sebaik butang  pada machine tersebut di tekan.
            Sharlyna hanya sekadar tersenyum sedikit. Mengada ye mesin ni!
            Thanks.”Sepatah Sharlyna mengucapkannya.
            Most welcome. So, nama awak?” lelaki itu masih dengan senyumannya.
            ‘Isy! Letih betullah dia ni..’Sharlyna merungut sendiri. Namun entah bagaimana muncul pula idea untuk menjawab soalan lelaki itu. Alah! Buat konfiden sudah..
            “Nama saya, Melati Sukma.”Sharlyna berkata sepatah-sepatah. Sengaja dia menyebutnya dengan bahasa baku. Muka pula di control ayu ala-ala watak Meriam dalam filem Pontianak Harum sundal malam.
            “Melati Sukma?” lelaki di hadapannya berlagak selamba.
            Sharlyna sudah tergelak sakan di dalam hati. Mesti kau nak kata nama aku klasik yang amat kan? Langkahnya di atur menuju ke pintu lif. Lagi lama aku melayan dia, silap-silap ada juga yang kena cekik karang..
            “Jadi, nak panggil apa ni?” soal lelaki itu lagi. Dia mengekor langkah Sharlyna dari belakang.
            “Kenapa kamu mengekori saya?” Muka masih control ayu dengan suara yang sengaja di seriuskan.
            “Kawan? Tak salahkan?” Ku Rell memberanikan diri menyuarakan hasratnya untuk berkawan dengan si gadis yang jinak seperti merpati namun ternyata begitu sukar untuk di dekati.
            “Kawan?” Sharlyna sengaja menduga. Mata masih sempat mengerling pintu lif yang masih tertutup. Ciss! Apasal lambat sangat lif ni?
            “Assalamualaikum, Miss Balqish!” satu suara yang entah dari mana menyapa Sharlyna.
            GULP. Alamak..
            Miss! Maaf kami ganggu.” Dua orang gadis yang ayu berbaju kurung di sebelahnya sudah tersengih penuh.
            “Waalaikumsalam..” Sharlyna menjawab perlahan. Sempat matanya mengerling lelaki yang sedang berdiri menghadap lif di sebelahnya itu.
            “Tak menganggu pun..”Saya lagi bersyukur korang berdua muncul time ni!
            Miss, tadi saya try call Miss tapi tak berangkat..”
            “Oh, saya turun solat tadi..” Sharlyna mengukir senyum.
            “Sebenarnya kami nak buat consultation dengan Miss, jadi kira nak confirm tarikh dan masa lah ni. Miss free bila ye?”
            “Oh, nak buat consultation. Sekarang pun boleh. Kelas saya petang nanti, esok takut tak sempat pula sebab saya half day saja. Lusa saya kena ikut program fakulti kamu dekat Kalumpang tu...” Sharlyna menarik dua pelajarnya untuk turut serta ke dalam perut lif.
            Ku Rell hanya diam membisu. Kakinya turut di atur ke dalam perut lif.
            “Nak minta pendapat Miss pasal tajuk yang kami kena bentang minggu depan tu..” gadis berbaju kurung hijau tadi menjelaskan tujuan sebenar mereka.
            Okay, Jom.” Sharlyna segera melangkah keluar menuju ke pejabat fakulti sebaik pintu lif terbuka pada aras dua.
            “Minta diri dulu, Encik Tengku..” salah seorang gadis itu tersenyum pada Ku Rell yang bersandar santai pada dinding lif.
            Ku Rell sekadar mengangguk sambil berbalas senyum dengan gadis yang menegurnya tadi.
            Miss? Consultation?”soal Ku Rell perlahan sebaik pintu lif tertutup. Jadi dia bukan pelajar?
            ‘Mungkinkah dia pensyarah baru fakulti ni?’ hatinya berbisik ragu. Namun tak lama kemudian, bibirnya perlahan mengukir senyum sebaik teringatkan sesuatu.
            “Program fakulti kat Kalumpang ye?”
            Sungguhlah ALLAH itu sebaik-baik perancang. Kita jumpa lagi nanti..Melati Sukma.
            “Melati Sukma? Menarik. Makin menarik.” Gumamnya rendah sambil kaki di hayun menuju ke bilik pejabatnya.



            Ashraf mengerling wajah kelat Sharlyna di sisinya. Sejak awal tadi mulut isterinya itu terkunci rapat.
            “Lynn.”
            “Erm?” Sharlyna menoleh ke arah Ashraf di sisinya. Lelaki itu nampak santai dengan Tee V-neck warna putih kosong dengan Jeans.
            “Kenapa ni? Students awak buat hal ke?” Ashraf menyoal prihatin.
            Sharlyna menggeleng lemah. Wajah Ashraf di sebelahnya di pandang lama.
            “Habis tu, kenapa pula?” Ashraf mengerling sekilas Sharlyna di sebelah.
            Sharlyna hanya berdiam diri. Serba salah.
            “Lynn, just say it. Kenapa ni? Awak ada nak cakap apa-apa ke dengan saya?” soal Ashraf lagi. Entah kenapa hatinya terasa tak tenang dengan tingkah Sharlyna. Apa yang di sembunyikan oleh gadis di sisinya ini?
            “Awak..” Sharlyna mengalih sedikit posisi duduknya. Sedikit menghadap Ashraf.
            Ashraf mengerling Sharlyna di sisinya. Tiada sebarang kata yang terluah dari bibirnya. Hanya tangannya bergerak mencapai tangan Sharlyna lalu di genggam erat. Sebuah senyuman di ukir pada bibirnya.
            “Saya kena pergi Program Fakulti..” Sharlyna memandang Ashraf takut-takut. Sejujurnya, dia sendiri tidak mahu menyertai program tersebut namun apakah dayanya dia untuk menolak. Tambahan pula di saat hubungan dia dengan Ashraf yang mulai menampakkan perubahan positif..baru je Ashraf balik dari Jerman semalam..tapi esok dia pula dah kena ke sana.
            “Program Fakulti?” soal Ashraf.
            “Lah, apa masalahnya? Program apa?” soal Ashraf dengan senyuman. Takkan kena pergi program fakulti pun dah nak nangis macam ni?
            Sharlyna mengeluh lemah. Kenapa hatinya jadi pedih tengok Ashraf selamba je siap boleh senyum panjang lagi ye?
            “Program jati diri..”
            Ashraf masih dengan senyumannya. “Mesti best. Bolehlah awak buli budak-budak tu nanti..”
            Sharlyna memandang Ashraf di sisinya sekilas. BEST?
            BEST.” Ucap Sharlyna sepatah. Pandangannya di buang keluar tingkap kereta. Kelopak mata dah mula rasa panas.
            C’mon Lynn!! Jangan leleh..’ hatinya berkata memberi semangat. Nafas di hela berat.
            Best. 3 hari dua malam. KRTC, Hulu Selangor.” Sharlyna masih membuang pandang keluar. Ya ALLAH..kenapa hati rasa pedih sangat ni??
            Ashraf tersentak. Come again? 3 hari 2 malam? Hulu Selangor?!
            Ashraf senyap menenangkan hati sendiri yang sedang di buru gelisah. Sharlyna pula membisu melayan rasa.
            Sharlyna menarik nafas panjang. Perlahan-lahan wajahnya di kalih menghadap lelaki di sisinya.
            “Saya nak minta izin. Program tu, 3 hari 2 malam..” lemah suara Sharlyna berkata. Sedaya upaya dia cuba menahan getaran suaranya menahan rasa sebak yang entah mengapa terasa semakin menggigit tangkai hatinya. Pedih.
            “Boleh?” kebisuan Ashraf, ketenangan riak wajah milik lelaki itu membuatkan Sharlyna makin serba tidak kena.
            Ashraf menghela nafas. “I’ve no choice selain izinkan awak kan?” Ashraf kembali mencapai jemari Sharlyna lalu di bawa ke ribanya.
            “Pergilah. Saya izinkan.” Berat hatinya melafaskan keizinan buat Sharlyna, kerana memberi keizinan bermakna dia akan turut sama terjebak dengan seksanya rasa menanggung rindu.
            Jemari Sharlyna di genggam erat.
            Thanks.” Balas Sharlyna ringkas. Serta merta pandangannya di buang ke sisi. Memandang keluar tingkap kereta. Hatinya menangis sendiri. Sungguh rasa yang sedang mekar di hatinya membuatkan perpisahan ini terasa perit. Walau hanya 3 hari 2 malam. Entah kenapa ianya terasa bagai bertahun-tahun lamanya.
           

            Ashraf mendaki satu persatu anak tangga rumahnya yang kini terasa kosong dan bagai sudah hilang serinya itu malas. Jam sudah menunjukkan pukul 12.45 malam. Sengaja dia menghabiskan masanya di rumah daddynya tadi kerana mahu menyibukkan diri. Sejak pagi tadi lagi bayangan wajah Sharlyna terlayang di pandangannya. Serba serbi jadi tak kena di buatnya.
            Sambil itu sengaja dia meluangkan masa melepak dengan Nashrin di bilik rahsia mereka. Bercerita tentang masalah dan rasa hati masing-masing. Kesudahannya, dia terpaksa memandu di tengah malam begini untuk ke Rainbow Castle semula. Mama sudah menyuarakan cadangan untuk dia bermalam saja di sana. Daddy dan yang lain pun menyokong sepenuhnya cadangan mama. Lebih-lebih lagi Nia.
            Namun dia terpaksa menolaknya dengan alasan ada kerja yang perlu di selesaikan sebelum dia ke pejabat keesokan harinya. Ashraf tersenyum lemah.
            Padahal rasa susah nak lena kalau bukan kat Rainbow Castle. Rumah yang penuh dengan memorinya dengan Sharlyna.
            Pintu bilik di kuak perlahan. Haruman yang menyapa rongga hidungnya terasa begitu mendamaikan. Rasa terubat sedikit rasa rindu yang menyesakkan dadanya.
            Kaki di atur ke arah katil bersaiz queen di tengah ruang tersebut. Terus duduknya di labuhkan di birai katil. Bingkai kaca di atas meja lampu di sisi katil menarik perhatiannya. Gambar mereka. Dia. Sharlyna. Bonda.
            Terus tubuhnya di rebahkan ke atas katil. Sebiji bantal di tarik lalu di peluk erat.  Penuh dengan bau Sharlyna.
            Vibration dari galaxy di dalam saku jeansnya membuatkan Ashraf kembali tegak 90 darjah di tengah katil. Siapa yang hantar message tengah-tengah malam ni?
           
            Let the most beautiful dream come to u tonite, Let the sweetes person come in ur dream tonite, But don’t make it a habit bcz I’m not free every nite;p
GOODNITE^^

From: Pencuri Hatiku

        Ashraf berjeda seketika sebelum senyuman mekar di bibirnya. Semua rasa yang menyesakkan dada tadi terasa sedikit menyusut.




        Sharlyna mengetuk kepala perlahan.
        ‘Apalah yang kau cuba buat ni Lynn?’ Xperia di campak ke atas katil tidak jauh dari tempat dia melabuhkan duduk ketika itu.
        ‘Yang gatal sangat hantar message yang bukan-bukan tu kenapa?’ Sharlyna mengomel sendiri. Jam di pergelangan tangan di kerling sekilas. Dah pukul 12.55 pagi, mestilah dia dah tidur sekarang macam ni.
        Badan di rebahkan ke katil. Letihnyaa...
        Stereo Hearts yang berlagu di sisinya menyebabkan Sharlyna serta merta tegak. Liur di teguk kesat. DIA!
        Xperia di capai dengan tangan yang sudah terketar-ketar. Kak Zahan sedang membersihkan diri di bilik air. Kak Lia pula sedang duduk berehat di ruang tamu mini di hadapan.
        “Nak angkat ke tak?” Hati mula berbelah bahagi.
        Belum pun sempat jari menekan icon bagi menjawab panggilan tersebut, Xperia di tangannya sudah senyap.
        Sharlyna mengeluh lemah. Yang kalut kenapa?
        Stereo Heart berlagu kembali. Kali ini Sharlyna menarik nafas panjang lalu terus mengangkat panggilan tersebut.
        Hello?” suara yang sedang di rinduinya menyapa gegendang telinga. Sharlyna serta merta senyum.
        “Assalamualaikum..” Lembut Sharlyna menyapa. Tubuhnya kembali di rebahkan ke tilam empuk. Rasa sakit-sakit di badannya sedikit berkurangan. Lega!
        Kedengaran suara Ashraf tertawa kecil di hujung talian.
        “Wa’alaikum salam.” Ashraf menjawab seketika kemudian.
        Seketika kemudian, masing-masing senyap. Hanya bunyi deru angin yang kedengaran.
            Let the most beautiful dream come to you tonight, Let the sweetest person come in your dream tonight, But don’t make it a habit because I’m not free every night,” Ashraf menyebut kembali mesej yang di hantar Sharlyna padanya tadi. Mesej yang telah membuatkan senyuman tak lekang dari bibirnya sehingga detik ini.
            Sharlyna kerut dahi sambil membuang pandang ke siling chalet. Hati terasa berdebar semacam mendengar suara Ashraf yang kedengaran sedikit berbeza sebentar tadi.
            ‘Auuw. Malu..malu..’ Tangan spontan menampar pipi sendiri.
            “Kenapa tu?” Ashraf sudah bernada risau. Hilang terus nada romantiknya tadi.
            Wajah Sharlyna makin merah, merona malu. “Tak, nyamuk..” Lancar pula mulutnya memberi alasan.
            “Oh..” Ashraf menjawab perlahan. Ingat apa tadi..
            “Tak tidur lagi?” soal Sharlyna.
            “Err, saya kacau awak tidur ke? Sorry..”Sharlyna rasa bersalah. Dah nak dekat pukul 1 pagi..sah tentulah orang dah tidur.
            “Belum. Tak kacau pun,”Ashraf menjawab perlahan.
            “Oh, kenapa belum tidur? Kan dah nak dekat pukul 1 ni?”soal Sharlyna sambil mengiraikan rambutnya yang masih lembap.
            Ashraf di hujung talian tertawa kecil.
            I can’t sleep..” ...without you in my arms. Kalau jawab macam tu, gedik pula bunyinya. Jadi, eloklah habis dalam hatinya saja.
            “Kenapa tak boleh tidur?” soal Sharlyna.
            Ashraf senyap.
            Sharlyna garu kepala. Apasal tetiba senyap ni?
            “Kenapa tiba-tiba hantar message?” Ashraf sengaja memjawab soalan Sharlyna dengan soalan juga.
            Erk?
            Sharlyna terkulat-kulat sendiri. Kenapa ye? Sebab rindu kut?
            ‘Takkan nak mengaku jujur kut? Buat malu 7 generasi je..’ Sharlyna tersengih sendiri.
            “Kenapa tak tidur lagi? Kata esok ada jungle trekking?” soal Ashraf apabila Sharlyna hanya membisu tanpa menjawab soalannya tadi. Malulah tu..
            “Baru habis aktiviti night walk tadi. Ni baru je boleh baring-baring hilangkan sakit-sakit badan ni..” Panjang pula jawapan Sharlyna.
            “Oh, baru habis aktiviti. Ni dah basuh kaki belum? Karang mengigau buat malu je..” Kedengaran Ashraf tertawa kecil dengan usikannya.
            Sharlyna mencebik geram. “Orang dah siap mandi pun ni..” balasnya geram.
            “Oh, dah mandi. Patutlah wangi sampai sini...” Ashraf masih mahu mengusik. Mesti ketika ini Sharlyna tengah buat muka tak puas hati dengan kata-katanya. Mesti comel.
            ARRGGH. Rindunya, hati Ashraf berbisik perlahan.
            “Hisy!” Sharlyna membalas geram. Ada je idea nak mengusik orang kan?
            Buat seketika, hanya tawa Ashraf yang mengisi masa panggilan.
            “Kenapa?” soal Ashraf tiba-tiba.
            Sharlyna kerut dahi. Yang pakcik sorang ni cakap ala main bisik-bisik ni kenapa?
            ”Kenapa apa?” Sharlyna rasa nak ketuk kepala sendiri. Yang aku pun sengal cakap ala-ala cover ayu dengan suara konon gemersik semacam ni kenapa?
            Kedengaran Ashaf menghela nafas panjang di hujung talian sana. “Kenapa mesej saya..”Ashraf senyum lagi.
             Missing me already?” tebak Ashraf.
            Sharlyna kelu lidah di atas katil. Rindukan dia? Tangan spontan naik mengusap dada. Rindu sangat..
            Bunyi tawa Ashraf yang kedengaran makin menjadi di hujung talian menyedarkan Sharlyna. Serta merta senyumannya mati.
            “Tak kuasa!” dalih Sharlyna. Nak cover malu punya pasal.
            “Dahlah, saya nak tidur ni..” Sharlyna tidak sanggup lagi berbalas kata dengan Ashraf. Ada jugak yang meraung nak balik KL malam ni jugak nanti.
            “Boleh ke tidur tu?”Ashraf masih giat mengusik.
            “Dahlah, malas nak layan awak. Saya letak dulu.”Sharlyna mencebik geram. Tahulah orang tengah tak boleh tidur ni, janganlah nak gelak-gelak pulak..
            “Lynn, tunggulah dulu...” Ashraf cepat-cepat menahan.
            “Dahlah, saya mengantuk ni..” Sharlyna buat suara lemah konon tengah letih dan mengantuk teramat.
            “Sayang, please...”..saya belum puas dengar suara awak ni. Rindu tak habis lagi.
            “Apa lagi ni?” Sharlyna mengalah. Cair dengan rengekkan Ashraf tadi.
            Ashraf garu kening perlahan. Alamak, terlepas pulak ‘sayang’ tu tadi.
            ”Ehem. Awak tengah buat apa tu?” soalan spontan sebab nak halau rasa yang menyebabkan wajahnya terasa panas. Malu!
            “Tengah tebang balak,” Tenang Sharlyna menjawab.
            Ashraf spontan pecah tawa. Mentang-mentanglah dia duduk tengah-tengah hutan sekarang ni, boleh pulak dia jawab macam tu ye?
            ‘Alahai! Rindunya kat awak, sayang..’ Hati berbisik lemah.
            “Soalan entah apa-apa.” rungut Sharlyna apabila sedar jawapan sengalnya tadi telah mengundang tawa Ashraf.
            “Baringlah.” Arah Ashraf sepatah.
            Sharlyna kerut dahi. Ni dah kenapa pula? Namun Sharlyna akur sahaja. Badannya di rebahkan ke tilam walau fikiran sibuk memikirkan apa rasionalnya Ashraf menyuruhnya berbuat begitu.
            Kak Zahan yang baru keluar dari bilik air setelah usai membersihkan diri hanya tersenyum memandang Sharlyna yang sedang bergolek-golek di atas katil sambil menekap handphone ke telinga.
            Sharlyna membalas senyuman Kak Zahan dengan sengihan. Serentak itu, Kak Lia pula masuk ke ruang tidur untuk mengambil alih bilik air.
            ‘Habislah aku, tak amanlah hidup aku kat fakulti tu karang..’ Entah apalah yang akan di fikirkan oleh Kak Zahan dengan Kak Lia ni. Aku ni dah macam budak remaja yang baru belajar bercinta je lagaknya. Sibuk nak bergayut di tengah malam sebab kos lebih murah. Aduhai..
            Ashraf di hujung talian turut sana merebahkan badannya ke katil Sharlyna. Badannya di iringkan ke sebelah kiri.
            “Sekarang, awak baring mengiring ke kanan.” Ashraf bersuara memberi arahan.
            “Nak buat apa ni?” soal Sharlyna perlahan. Tadi suruh baring. Kali ni suruh mengiring ke kanan pulak?
            Ashraf tergelak kecil mendengar nada suara Sharlyna. “Tolong dodoikan awak.” Jawabnya selamba.
            Sharlyna terlopong. Tolong apa?!
            “Sekarang, bayangkan saya ada baring kat depan awak...”Ashraf berjeda seketika.
            Sharlyna masih seperti tadi. Sedikitpun tidak berkutik. Apakah?!
            Ashraf menarik semula sebiji bantal Sharlyna ke dalam pelukannya. “..tengah peluk awak. Warm and comfortable..”ucap Ashraf dengan nada suara ala-ala romeonya.
            Terkebil-kebil Sharlyna mendengarnya. Tegak bulu roma dek suara Ashraf tadi. Bukan saja dah berjaya bayangkan seperti yang di katakan Ashraf tetapi dah rasa macam betul-betul kena peluk dengan Ashraf pun. Punyalah berdebar sakan!
            Kenapa pula dia ni terlebih romantik pulak malam ni? Sejak balik dari Jerman hari tu perangai dia pelik betul.  Macam dah tersampuk semangat Romeo je gamaknya? Tapi, kan dia pergi Jerman, bukannya Itali. Mana pula datangnya Romeo?
            “Nak lagu apa?” soal Ashraf lantas mematikan lamunan Sharlyna.
            Senyuman meleret dari Kak Lia yang sudah mengambil tempat di katil sebelahnya membuatkan muka Sharlyna bertambah panas. ‘Mesti kakak aku berdua ni fikir aku tengah duk sibuk bergayut dengan pakwe..’
            ‘Padahal tengah sibuk melayan Encik suami yang sengal tapi sekarang dah transform jadi suami yang romantik..’
            “Sayang? Dah tidur ke?” suara Ashraf di hujung talian menyedarkan Sharlyna. Hisy! Sempat lagi nak berangan tu!
            “Err, kejap. Tengah fikir..”alasan! Padahal tengah berangan yang entah apa-apa. Sharlyna tersenyum sendiri.
            “My love by Sia. Eclipse sountrack.” Sharlyna masih senyum. Otak sibuk membayangkan macam manalah rupa Ashraf nak nyanyi lagu meleret mendayu macam tu..HEHEHE
            “Hah?!” giliran Ashraf pula jatuh rahang mendengar permintaan Sharlyna. Nak suruh dia nyanyi lagu genre macam tu ke?
            “Kenapa? Tak boleh nyanyi ke?” Sharlyna sengaja mengusik. Tahu sangat macam mana reaksi Ashraf ketika ini. Mesti muka monyok tak setuju yang dia tayang.
            “Bukan tak boleh nyanyi, tapi awak tak takut ke?” Ashraf memberi alasan. Ting!! Idea nakal muncul kat otak..
            “Takut?” Sharlyna berkerut dahi. Bukan tak faham, cuma kurang jelas dengan maksud Ashraf.
            “Yeah, awakkan sekarang ni kat remote area. Tengah malam macam ni, yeah you know, kind of vampires..but Malaysia version. Mrs Pon?” Ashraf tahan gelak. Mesti Sharlyna gelabah gila sekarang ni.
            Sharlyna terdiam.
             “Mrs Pon? Maksud awak?”soal Sharlyna lanjut.
            Apa ni? Cakap belit-belit.
            Ashraf tidak menjawab. Sebaliknya hanya tertawa suka. Namun makin lama bunyi tawanya jadi makin pelik. Macam bukan  lagi ketawa yang biasa tapi...mengilai?
            MENGILAI???
            GULP. Sharlyna peluk ketat-ketat bantal kepalanya.
            “Awak!” luah Sharlyna dalam suara yang tertahan. Ggrrr..GERAM!
            Ashraf gelak lagi.
            “Baca tiga kul. Ayat kursi. Then, doa tidur.” Ucap Ashraf sambil terus memulakan bacaannya. Sharlyna hanya mengikut dalam hati. Isy, dah macam apa yang bonda selalu buat kat aku je. Erm. Rindu bonda...rindu juga pada empunya suara yang tengah mengalunkan ayat-ayat suci al-quran buatnya di hujung talian sana.
            “Sekarang, let your adorable husband nyanyi untuk dodoi awak, okay..”Ashraf sudah sibuk mengingat lirik lagu dalam otaknya.
            “Awak, tak payah nyanyilah...”tegah Sharlyna separuh berbisik. Sharlyna makin serba salah. Tak pernah dalam sejarah hidupnya ada orang nak nyanyi sebelum dia tidur ni.
            “Tak kira. Nak nyanyi juga!” Ashraf masih tetap dengan keputusannya. Kedengaran Ashraf berdehem beberapa kali untuk membetulkan suara.
            Sejurus itu, Ashraf memulakan nyanyiannya. Selamat Malam oleh Faizal Tahir versi Muhammad Danish Ashraf untuk Puteri Balqish Sharlyna.
Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu
Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman
Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayang…

            Goodnight, sayang..”ucap Ashraf perlahan sebelum talian di matikan.
            Senyuman di bibirnya semakin mekar. Galaxy di tangan direnung bagai nak tembus. Gambar yang diset sebagai wallpaper mengundang rasa bahagia di hatinya. Rasa bahagia dan rasa cinta yang semakin mekar untuk si gadis. Rasa rindu yang bagai sudah tidak tertanggung walau baru terpisah sehari.
            Hello. Abang..” Ashraf menarik senyum dengan panggilan yang di gunakan kepada orang di hujung talian.
            “Erm. You nak apa lagi ni? You ingat you panggil I abang macam ni, I nak maafkan you senang-senang?” Serak suara di hujung talian membalas sapaannya. Siap nak marah-marah lagi apasal?
            Senyuman Ashraf terus membuahkan tawa.
            “Woi bro! Akulah, kau mamai apa ni?” Ashraf bantai gelak pada Nashrin.
            “Bertuah kau Ash! Apa hal kau call aku pagi-pagi buta ni? Yang gedik panggil aku abang apasal? Mengigau?” Nashrin merengus marah dengan mata tertutup rapat.
            Hisy! Ingat Syaz yang call tadi!
            “Wow, relex! Ni aku nak buat tawaran istimewa kat kau ni..” Ashraf masih dengan senyuman.
            “Herm. Apa dia? Aku mengantuk ni. Kau cakap esok tak boleh ke?” Nashrin merungut geram.
            “Bagi aku ganti kau turun Tanjung Malim esok boleh?”Pinta Ashraf.
            Nashrin berkerut dahi.
            “Kau nak turun Tanjung Malim ganti aku?” tanyanya meminta kepastian. Ke aku yang mamai sampai tersalah dengar ni?
            “Yeah. Tapi, lepas settle semua kerja aku nak stay sana. Esoknya nak cuti. Macam mana boleh?”
            “Hah? Kau nak buat apa stay kat sana? Bukannya jauh sangat pun nak balik sini..tak payah nak cutilah..” Nashrin berkata di hujung talian.
            “Hisy. Kau ni! Adalah sebab aku nak stay sini.” Nanti kau kahwin dengan Syaz tahulah kau macammana seksanya perasaan kena berjauhan dengan isteri tercinta.
            “Hah, yelahh..” meleret suara Nashrin.
            Okay. Thanks abanggg..” sengaja perkataan abang di leretkannya. Sengaja mahu mengusik Nashrin.
            Stop it! Geli aku dengar suara kau ni. Dah. Jangan kacau aku lagi. Nak tidur ni..” Nashrin merengus geram. Entah apa kena budak sorang ni!
            Panggilan di tamatkan.
            Galaxy di letakkan ke atas tilam sambil bibirnya mengukir senyuman yang penuh makna. Kalumpang, here I come!
            Seriously can’t wait for tomorrow..” Ashraf menggumam perlahan sambil memeluk erat bantal milik Sharlyna.










14 comments:

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ala takkan da last ni..huhu..bile kuar buku nvl ni..

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

belum habis lg tp yg baru upload ni final version(last edit) sblum hantar utk penilaian penerbit:)

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak bab 31.....
Plz.....best sesangat....

0nion_ring said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nk n3..sterusnya...bestttt

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

serius... rindu gila pada ash dan lynn......

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

woww...besttttt.....harap2 novel ni cepat keluar...kompem la beli kann.....

next episode pleaseeeee

TQ

DHIYA AJANZ said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waaaaaaaa..klua la cepat2. siksa menanggung rindu kt ash n lynn..

nursyafika said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Waaaaaaaa best gilerrrr

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best gilerrrrrr

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Huhuhu . Sweet nyer

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Huhuhu . Sweet nyer

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best lar.. :)

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Dh ade jual kt popular ke???

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@anis izzaty

yes dear. dah ad di bookstore seluruh malaysia:)

*sorry for the late reply