My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

14 August 2012

Love Make Me Smile 25




LOVE 25
“Am, mana Erina?” Ammar Adwan muncul di sisi adiknya, Amir Adwa yang sedang sibuk menaip sesuatu pada skrin telefon pintarnya.
“Tu,” tanpa mengangkat muka daripada skrin telefonnya, Amir Adwa menunding ke suatu arah.
Erina Casandra sedang bergelak tawa dengan beberapa orang kanak-kanak lebih kurang sebaya dengannya sambil di awasi oleh Nora Afieqah.
Ammar Adwan melambai tangan apabila pandangan si kecil itu tertumpu padanya. Erina membalas sambil tersenyum lebar.
“Amboi orang tu, senyum sorang-sorang pula depan skrin telefon...” Ammar Adwan sengaja mengusik sambil ketawa kecil. Duduknya dilabuhkan pada kerusi di sebelah Amir Adwa. Sambil itu, sempat juga matanya bergerak untuk mengesan kelibat isterinya, Nasha Athierah.
Hah! Gotcha! Tak susah mana pun nak mengesan kelibat isterinya yang masih lengkap berbusana putih dengan hiasan batu hiasan yang sarat begitu.
Bagaikan tersedar dirinya yang sedang menjadi tumpuan mata seseorang, Nasha Athierah serta merta menoleh ke sisi kirinya. Ammar Adwan yang sedang tersenyum kepadanya membuatkan wajah Nasha Athierah merona merah. Serta merta dia teringat perlakuan berani matinya tadi! Haiyaak!
Senyuman Ammar Adwan dibalas juga walau hanya beberapa saat sebelum dia kembali menumpukan perhatiannya kepada beberapa orang tetamu berhampiran.
Senyuman di bibir Ammar Adwan makin melebar dengan gelagat Nasha Athierah yang sengaja mahu menghindar renungannya.
“Senyum sendiri depan skrin takpe lagi, jangan tengah orang ramai ni asyik main mata je macam orang tu,” Amir Adwa ketawa kuat. Nak kenakan orang sangatkan? Hah, tengok siapa yang kantoi sekarang? Ingat dia tak nampaklah tadi tu? Ha ha ha!
Ammar Adwan tersenyum malu. Macam mana pula Amir Adwa yang leka merenung skrin telefonnya sejak tadi, menyedari perlakuan dia yang sedang berbalas senyum dengan Nasha Athierah di hujung sana?
“Boss,” Megat Adney sudah terpacak disebelah Ammar Adwan.
“Hey, Adney. Duduklah,” pelawa Amir Adwa sebelum sempat abangnya berbuat demikian.
Again, tahniah.” Megat Adney menghulur tangan untuk berjabat dengan Ammar Adwan.
“Terima kasih,” Ammar Adwan senyum juga sambil menyambut huluran tangan Megat Adney.
“Kau serius nak resign?” soal Ammar Adwan seketika kemudian. Teringat perbualannya dengan Megat Adney semalam. Lelaki di sebelahnya ini menyatakan hasrat untuk berhenti kerja.
Yeah. Begitulah nampaknya, since tiket flight dah ditempah dan yang lain-lain pun hampir siap.”Megat Adney hanya senyum segaris. Dia akan menyambung pelajaran ke luar negara. Untuk mempertingkatkan keupayaan dan kepakarannya dalam bidang pengurusan kewangan dan juga... untuk mengubati hati yang terluka.
“Adney,” Ammar Adwan menoleh kepada Megat Adney di sebelah.
Megat Adney pula hanya diam menunggu tutur lanjutan daripada Ammar Adwan.
A big thanks, for what you did for me. For both of us.”tutur Ammar Adwan. Semalam, ibunya sudah menceritakan segala-galanya tentang rancangan untuknya dan Nasha Athierah. Jujur dia terkejut bukan kepalang apabila dimaklumkan, Megat Adney memang dihantar oleh ibunya ke syarikat sebagai ejen perisik. Memang dahsyat sungguh ibunya mahukan dia berkahwin. Siap hantar perisik lagi...
I’m happy for you. Semoga Tuhan berkati perkahwinan kalian,” ikhlas Megat Adney menitipkan doa buat Ammar Adwan dan Nasha Athierah.
Sorry,”Amir Adwa tiba-tiba bersuara sambil mengisyaratkan telefon bimbitnya yang sedang berdering. Dia bangkit menuju ke tempat yang lebih sesuai untuk menjawab panggilan meninggalkan Megat Adney dan Ammar Adwan sendirian.
“Aku harap kau boleh jaga Sha sebaiknya atau jangan menyesal bila kau akan kehilangan dia. Sekali kau lukakan hati dia, aku takkan teragak-agak untuk rebut dia daripada kau,” Megat Adney berkata perlahan. Cukup sekadar dia dan Ammar Adwan yang mendengar. Mujur sahaja di tempat yang sedang mereka duduki ini agak lengang daripada orang ramai. Mana taknya, ini khemah untuk acara makan beradap esok.
Ammar Adwan ketawa kecil mendengar gurauan serius berbaur ugutan daripada Megat Adney itu.
“Jangan risau, kau takkan dapat peluang tu kerana aku akan pastikan, Nasha Athierah akan sentiasa tersenyum, hanya untuk aku seorang.” Ammar Adwan membalas tenang.
Well, kalau macam tu terpaksalah aku give up dan cari orang lain awal-awal...” Megat Adney berkata selamba.
Ammar Adwan senyum memandang Megat Adney yang sedang tertawa kecil itu.
“Papa...”
Erina Casandra naik ke pangkuannya.
“Kenapa sayang?” wajah cemberut Erina dengan mata yang berkaca-kaca membuatkan Ammar Adwan  tertanya-tanya sendirian.
“Erina...”kepala Erina Casandra yang sedang memeluk erat lehernya diusap sayang. Esakkan halus si kecil itu jelas dapat di dengarinya.
“Nana, Untie cantik salah cakap tadi...sorry ye. Maksud Untie...”Nora Afieqah menyentuh lembut bahu si kecil yang masih enggan melepaskan Ammar Adwan.
“Erina nak  papa...”rengek Erina sambil masih di kedudukannya tadi.
“Afi, kenapa ni?” soal Ammar Adwan pada adik iparnya.
“Nana mungkin dah salah faham dengan apa yang Afi cakap tadi, abang..” ujar Nora Afieqah dengan riak yang gelisah.
“Oh,” Ammar Adwan berkata sepatah sambil mengalih fokus pandangannya kepada Erina Casandra yang masih di pangkuan.
“Sayang, tak comellah nangis macam ni...malulah Uncle Adney nampak muka comot sayang papa ni,” Ammar Adwan memujuk lembut sambil menyeka air mata di pipi gebu Erina Casandra. Seketika, pipi si kecil di kucup sayang.
Erina mengangkat muka memandang Megat Adney di kerusi sebelah. Melihatkan Megat Adney yang sedang tersenyum kearahnya, cepat-cepat Erina Casandra menyembunyikan wajahnya di sebalik dada Ammar Adwan.
“Papa sayangkan Erina, sampai bila-bilapun, papa akan sayang Erina. Okay?”Ammar Adwan senyum pada Erina yang sedang mengesat saki air mata di pipinya.
“Janji?” Erina Casandra menyuakan jari kelingking comelnya pada Ammar Adwan.
“Janji.”Ammar Adwan senyum lagi lalu mengucup perlahan pipi si kecil.
“Sayang papa ni dah makan belum, dari tadi papa tengok seronok main je?” soal Ammar Adwan sambil mula bangkit daripada duduknya.
Erina Casandra menggeleng perlahan. Masih dengan muka sedihnya.
“Lah, kesiannya dia. Meh, ikut papa.”tangannya di hulurkan pada si kecil itu.
“Adney, aku ke belakang kejap.” Ammar Adwan menggangkat Erina ke dalam dukungannya.
Megat Adney mengangguk sambil tersenyum.
“Afi cakap apa pada dia?” soal Ammar Adwan sambil berbisik pada Nora Afieqah yang berjalan selangkah di belakangnya.
“Panjang ceritanya. Nanti Afie cerita ye. Ampun abang, Afi tak sangka pula sampai jadi macam ni...” jelas terpeta riak bersalah di wajah Nora Afieqah.
“Kak Atie mana? Afi ada nampak dia?” soal Ammar Adwan sambil melangkah memasuki pintu dapur rumah.
“Err,” Nora Afieqah garu kepala sendiri. Sungguh dia tidak tahu kerana sejak tadi dia berada di ruang tamu rumah bersama dengan Erina.
“Eh, ni akak. Panjang umur, Abang Ad baru je tanyakan akak tadi,” Nora Afieqah tersengih panjang melihat kakaknya, Nasha Athierah yang sudah menukar baju akad nikah tadi dengan blaus berpotongan ringkas serta  berskirt labuh berwarna gelap.
Ammar Adwan segera mengangkat muka mencari kelibat Nasha Athierah. Sebaik mata mereka bertemu, keduanya bagai terlupa dengan suasana sekeliling yang masih riuh rendah dengan tetamu yang hadir.
“Papa...rimas...” rengekkan Erina Casandra yang masih di dalam dukungan Ammar Adwan membuatkan Ammar Adwan kembali rasional.
“Aa,  apa dia sayang?” mulut bertanya pada Erina Casandra, tetapi anak mata bergerak ke sisi mencari seraut wajah milik Nora Afieqah.
Sah!
Gadis remaja tersebut sedang tersengih bak kerang busuk ke arahnya.
“Papa, Erina nak mandi. Nak tukar baju ni...”ujar Erina Casandra sambil menyebak anak rambutnya yang sedikit berselerak.
“Mandi?” Ammar Adwan terdiam sebentar. Macam mana ni? Baju Erina semua ada dengan ibunya. Amir Adwa pula terus lesap selepas meminta diri untuk menjawab panggilan tadi. Haiih.
Kepala yang tak gatal di garu lagi. Sekilas wajah cemberut Erina yang jelas sedang rimas di pandang kasihan.
“Kejap, papa call nenek ya...” Erina Casandra di turunkan ke lantai. Telefon bimbitnya di bawa keluar lalu terus sahaja nombor telefon  ibunya di dail.
“Awak, biar saya tolong mandikan Erina. Ibu ada tinggalkan beg baju Erina dalam bilik Pikah tadi. Kan Pikah?” Nasha Athierah bergerak menghampiri si suami yang masih berbaju melayu putih tanpa samping songketnya tadi.
“A’ah, lupa pulak. Beg Erina ada kat bilik, kejap Pikah ambil.”Nora Afieqah sudah menghilang ke biliknya.
“Jom, Untie Sha tolong Nana mandi,”Nasha Athierah duduk berlutut di hadapan Erina Casandra agar setentang dengan ketinggian si kecil itu. Tangannya di hulurkan pada Erina Casandra.
Erina menggeleng laju.
Ammar Adwan pula memandang wajah Nasha Athierah.  Pandangannya jelas memperlihatkan reaksi tidak bersetuju dengan panggilan ‘Untie Sha’ yang digunakan oleh isterinya itu ketika berbicara dengan Erina Casandra tadi.
“Jomlah, ikut Untie Sha ye?” Nasha Athierah masih senyum memujuk si kecil tanpa menyedari pandangan ‘membunuh’ bak laser Ammar Adwan kepadanya.
“Tak nak! Papa....tak nak...” Erina kembali merengek sambil memeluk kejap kaki Ammar Adwan. Tangan Nasha Athierah yang cuba menyentuh tubuhnya di tepis kasar.
“Sayang, kenapa buat mama macam tu?” soal Ammar Adwan sambil turut sama berlutut agar setentang dengan Erina Casandra. Sekilas wajah si isteri di hadapannya di kerling sekejap.
“Bukan, dia bukan mama Erina!”raungan Erina membuatkan kedua mereka tersentak.
“Dia bukan mama Erina! Bukann!!” kali ini raungan si kecil itu di ikuti dengan tolakan pada tubuh Nasha Athierah.
Ammar Adwan yang terkejut dengan tindakan kasar Erina Casandra terhadap Nasha Athierah terus bertindak menarik Erina Casandra ke dalam pelukannya untuk menenangkan si kecil itu.
“Sayang...shhhtt, tak mau jerit-jerit macam ni...”kepala Erina Casandra di usap perlahan sambil matanya tak lepas memandang Nasha Athierah yang masih kaku merenung ke arah Erina Casandra di dalam pelukannya.
“Nak mama, papa...nak mama....nak mama...” suara comel Erina Casandra teresak-esak di dalam pelukan Ammar Adwan.
“Kenapa ni?” Nora Afieqah yang muncul dengan beg Erina Casandra terkejut mendengar esakkan si kecil di dalam pelukan abang iparnya itu.
“Wan, kenapa ni?” Tok Mi pula muncul dari ruang depan rumah.
“Nana dah penat sangatlah tu agaknya, main kejar-kejar dari tadi kan? Sayanglah Nana Tok Mi ni...” Tok Mi  mencapai tangan Erina Casandra yang sedari tadi erat merangkul leher Ammar Adwan.
“Alah, habis berpeluh-peluh ni. Nana nak mandi tak? Nanti dah mandi, badan jadi segar...” Tok Mi pula menjalankan misi memujuk si kecil itu. Dahi Erina Casandra di usap lembut dengan senyuman terukir di bibirnya.
“Alaa sayang Nana Tok Mi ni...” pipi Erina Casandra dikucup sekali oleh Tok Mi.
“Mandi dulu ya?” lembut suara Tok Mi memujuk.
Perlahan-lahan Erina Casandra mengangguk bersama esakkannya yang mulai surut.
“Baju dan barang-barang Nana ada dalam beg ni Tok Mi,”Nora Afieqah mengunjukkan beg yang masih di genggamannya.
“Bawa Nana masuk bilik dulu, Pikah.” Arah Tok Mi kepada Nora Afieqah.
Come, Nana...” Nora Afieqah menghulurkan tangan. Perlahan-lahan Erina Casandra menyambut. Namun seketika, wajah Ammar Adwan di pandangnya pula.
“Papa...”sebelah tangan kecilnya menyentuh lengan Ammar Adwan.
“Papa tunggu kat sini ya, sayang.” Ammar Adwan berkata sambil mengusap pipi si kecil.
Okay, jom jom jom..jom kita mandi..” Nora Afieqah mendukung Erina Casandra sebelum berlalu dari situ.
“Perlahan-lahan dulu, Wan. Nana masih belum biasa lagi.” Ujar Tok Mi sambil menepuk bahu Ammar Adwan.
“Jangan paksa dia guna panggilan mama untuk Atie, buat masa terdekat ni...” tambah Tok Mi lagi.
“Beri dia masa, Wan. Budak kecil, apalah yang dia tahu. Nanti-nanti kita ambil hati dia sikit-sikit ya... ” Ujar Tok Mi sebelum turut berlalu menuju ke bilik Nora Afieqah, memberikan peluang kepada Nasha Athierah dan Ammar Adwan berdua.
“Awak okey?” soal Nasha Athierah sambil membetulkan duduknya menghadap Ammar Adwan yang masih memandang langkah Tok Mi.
“Abang yang patut tanya awak soalan tu.” Ammar Adwan memandang Nasha Athierah yang sudah bersimpuh sopan di hadapannya. Masing-masing masih belum mahu bangkit dari lantai ruangan dapur itu.
“Errr, saya okey.”Nasha Athierah sedaya upaya mengukir senyuman bagi menyakinkan Ammar Adwan bahawa dia benar-benar okey dengan apa yang baru berlaku tadi. Dia faham.
Ammar Adwan tidak meluahkan sebarang kata  sebaik mendengar ucapan Nasha Athierah tadi. Hanya matanya masih merenung tepat seraut wajah di hadapannya itu.
Nasha Athierah memandang wajah Ammar Adwan dengan penuh tanda tanya. Namun, tak lama apabila dia sudah berkira-kira untuk beredar dari situ bagi menghindar renungan Ammar Adwan yang terasa sedang menembusi jiwanya.
“Nak ke mana?” soal Ammar Adwan perlahan sambil menahan Nasha Athierah dari bangkit beredar.
“Err,” Nasha Athierah terkulat-kulat sendiri mencari jawapan. Dia memang tidak tahu mahu menuju ke mana, namun apa yang penting, dia tak boleh duduk menghadap Ammar Adwan pada ketika ini. Seram!
“Erm?”Ammar Adwan tersenyum sedikit melihat wajah kalut Nasha Athierah. Lupa sebentar pada apa yang telah berlaku tadi. Tangan isterinya itu ditarik perlahan bagi mendekatkan lagi jarak kedudukan mereka.
Nasha Athierah makin resah dek kerana renungan dan senyuman Ammar Adwan yang kelihatan lain, kini di tambah pula dengan jarak mereka yang amat rapat...
“Maaf, atas apa yang Erina buat dan cakap tadi.”Ammar Adwan masih leka menatap sepasang mata milik isterinya yang berada kurang 10 inci di hadapannya kini.
Nasha Athierah tak berkelip memandang Ammar Adwan di hadapannya. Jarak mereka yang begitu hampir membuatkan pipinya berbahang dengan deru nafas Ammar Adwan.
“Saya okey, saya faham...Erina...”
Gulp. Nasha Athierah  hilang upaya untuk meneruskan kata-katanya apabila tangannya secara tiba-tiba ditarik oleh Ammar Adwan, membuatkan jarak wajah mereka kini hanya terpisah beberapa inci sahaja lagi. Dekat betul dah ni!
Masa berlalu, tetapi tiada kata yang terluah baik Ammar Adwan mahupun Nasha Athierah.
Nasha Athierah membeku tanpa sebarang pergerakan. Risau mahu bergerak walau sepicing pun kerana takut pergerakannya yang kecil itu bakal menyebabkan sesuatu yang ‘dahsyat’ terjadi.
Tapi...
“Err, awak tukar perfume?”Nasha Athierah rasa nak ketuk kepala sendiri. Macam mana boleh lancar je dia mengutarakan soalan itu tadi?Aiyaaaaarrkk!
“Ha?” Ammar Adwan sedikit terkejut mendengar soalan isterinya.
“Awak perasan?” Wah, hebat isterinya ni. Benda sekecil ini pun dia boleh perasan? Hati penuh dengan rasa terharu atas keprihatinan si isteri pada dirinya.
“Sebab selalunya, awak ada bau yang ‘garang’. Tapi hari ni, awak ada bau yang ‘menyeramkan’...”...sebab tu habis saya seram sejuk bila dekat dengan awak tahu. Siap hati dan jantung ni berdebar bagai nak tercabut sahaja rasanya.
“Menyeramkan? Kenapa menyeramkan?” soal Ammar Adwan perlahan. Ala-ala berbisik pun iya juga. Nak buat macam mana, dah jarak mereka dekat, takkanlah nak main jerit-jerit pula kan?
“Err...”Nasha Athierah makin gelisah. Aiiihh! Seram sebab awak buat saya rasa tak tenteram bila duduk dekat-dekat awak ni!
“Kenapa rasa seram, sayang...?”
Nasha Athierah mula rasa seluruh tubuhnya sekejap panas, sekejap sejuk apabila Ammar Adwan memanggilnya ‘sayang’ dengan suara ala-ala romantik begitu. Senyuman manis si suami di hadapannya membuatkan Nasha Athierah menelan liur. Nak jawab macam mana ni?!
“Opss!!” suara yang pecah tak jauh daripada mereka membuatkan Ammar Adwan dan Nasha Athierah serentak berpaling.
Terhenti terus drama sebabak penuh bunga-bunga setaman mereka tadi. Melihatkan si empunya suara tadi yang sudah tersengih mengusik, membuatkan Nasha Athierah segan sendiri. Segera wajahnya ditundukkan.
“Am?” soal Ammar Adwan serius untuk menutup rasa segan, terkantoi lagi dengan si adik. Siapa suruh buat drama kat tengah ruang dapur macam tu kan?
“Err, sorry..sorry, Untie Yatt cari Kak Atie tadi...”Amir Adwa beriak serba salah tengah ruang. Namun, senyuman masih menghiasi wajahnya.
“Am datang salah timing nampaknya ni..” Amir Adwa akhirnya tertawa kecil melihat abang dan kakak iparnya yang sedang kalut menjauhkan jarak masing-masing.
“Sambunglah balik, Am minta diri dulu ya. Sorry in advance, Am dah kacau daun...” sempat Amir Adwa mengusik sebelum dia beredar dari situ.
“Saya cari mak dulu,” Nasha Athierah sudah bangkit sambil di ikuti oleh Ammar Adwan.
“Awak hutang abang satu jawapan, sayang...” sempat Ammar Adwan berbisik perlahan sebelum melepaskan lengan Nasha Athierah daripada pegangannya.
“Abang akan pastikan awak ada jawapan untuk soalan abang tu, esok...”sekilas dahi Nasha Athierah dikucup sedikit sambil bibirnya membisikkan sesuatu kepada si isteri.
Membuntang mata Nasha Athierah memandang senyuman nakal Ammar Adwan. Aiyaa. Apakah?
Tanpa kata, laju sahaja dia mengatur langkah meninggalkan Ammar Adwan setelah mengukir segaris senyuman untuk si suami.
Seketika, tawa kecil Ammar Adwan yang menyapa pendengarannya membuatkan Nasha Athierah menoleh sambil menghantar jelingan ‘maut’ yang entah kenapa kelihatan manja pula di mata Ammar Adwan.
Spontan dia membalas jelingan si isteri dengan satu kenyitan mata.
Senyumnya makin meleret apabila Nasha Athierah yang terkejut dengan respons gatalnya tadi membuat isyarat mahu mencubitnya dari jauh.
Hatinya terasa bahagia. Bahagia sehingga terasa dia kini sudah menjadi seorang Ammar Adwan yang baharu. Ammar Adwan yang tak tahu malu dan sudah pandai nak buat nakal dengan anak dara orang.





____________________
At last, pheww~
1. Thanks sudi tunggu.
2. Thanks sebab still support sy.
3. Thanks sebab still sudi singgah sini, jenguk Abang Ammar dan Sha.
4. Rasanya ini entry terakhir sebelum raya. Lepas ni, saya pun busy dgn persiapan raya etc...dan jugaaa...projek sepanjang musim raya nanti iaitu:

Mini Novel: Oh, Qasehku Sayang!
Atas permintaan, saya akan usahakan sambungan kisah Zarul Affendi dan Qaseh Nur Amani dalam QNI melalui Mini Novel ini^_^
Doakan semuanya berjalan lancar ya. Lancar saya menulis, lancar juga anda membacanya nanti:)




7 comments:

HaNa91 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

walaupun pendek tapi dimaafkan.. harap entry seterusnya lebih panjang..

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sukaaaaaaaaa...teruskannnnn

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@HaNa91

begitu ya dinda..insyaALLAH, ada idea lebih..adalah panjang lebih entry seterusnya yaa:D

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

saya baru aje beli novel qaseh belum mula membaca,lepas cepatlah sambung ya tq.

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

eh,. tetiba dorang kawin,.sy dah missed satu epi kot. haha.

Qistina Munit said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hehehehehe untie yatt tu cikgu b.i ke ? speaking bukan main lagi hahahahahahahah ~~~~ waiting for next episode

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best sngt2 cite kali nie..