My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

01 September 2012

QNI versi ramadhan - aidilfitri: Aidilfitri, permulaan sebuah pengakhiran



iklan sekejap, mini novella Oh, Qasehku Sayang selepas ini.
Mini Novella ini adalah sedikit kesinambungan untuk dua sekuel cerpen Zarul-Qaseh ini.

selamat membaca^_^

_________________




Pulang dari solat tarawih di masjid kampus, Qaseh Nur Amani termenung sendiri di meja studyRoomate-nya pula sibuk mengulang kaji untuk refresh segala apa yang sudah dipelajari sepanjang sem untuk paper (exam) masing-masing esok.
Tiada mood mahu study dalam keadaan begini. Kalau baca pun belum tentu lagi nak masuk dalam otak.
Sehelai kertas dari sketches book-nya dibawa keluar.
Pen gel pelbagai warna dibawa keluar dari dalam drawer meja study-nya.
Tanpa kata, tangan sudah bergerak melakar itu ini pada kertas putih itu. Beberapa minit berlalu, akhirnya Qaseh Nur Amani berhenti.
Kertas yang pada asalnya kosong, kini sudah penuh dengan bermacam tulisan dan warna.
Segala apa yang diulangkajinya sepanjang petang tadi di perpustakaan sudah dizahirkan ke dalam bentuk mind-mapping.
Satu demi satu topik yang telah diulangkaji untuk paper esok dizahirkan ke dalam bentuk mind-mapping. Cara terbaik dan cepat baginya untuk refresh otak bila tengah malas nak membaca fakta yang panjang meleret itu berulang kali.
“Alhamdulillah, I’m done.” Kertas yang berselerakan di atas meja study disusun mengikut urutan topik. Senang nak scan apa yang patut lepas sahur esok.
Ya, esok.
Subjek untuk paper esok adalah subjek Encik Zarul Affendi.
Dan dia, masih belum sempat meminta maaf pada pensyarahnya itu. Orang kata tak baik lukakan hati ataupun buat guru yang mendidik kita tersinggung. Ilmu tak berkat, nak jawab exam pun tentunya payah.
Naskah kecil di hujung meja study-nya dicapai perlahan.
Al-Quran.
Jarinya terus sahaja menyelak surah ke-20 yang sudah ditanda sejak dahulu lagi. Antara surah kegemaraannya yang sering diulang baca bila ada masa lapang. Surah yang dimaksudkan adalah surah Tahaa, juzuk ke-16. Ayat 1-5 yang bagus diamalkan agar hati yang ego dan keras mampu menjadi lembut. Ayat-ayat ini juga boleh dijadikan bacaan doa pelindung selain ayatul kursi.
Masih jelas diingatannya, baik mama mahupun papa pasti akan meminta dia mengulang baca ayat-ayat ini apabila dia melakukan kesalahan, bersikap degil, malas nak solat, tidak mendengar kata, dan berbagai lagi kesalahan sehinggalah hati dia jadi tenang. Ketika itu memang dia akan menangis teresak-esak kerana baru menyedari kesalahan yang dilakukannya. Ini salah satu cara mama dan papa mendidik dia. Masa kecil dulu, dia tak tahu kenapa dalam banyak-banyak surah Al-Quran, ayat yang lima ini saja sering menjadi pilihan.
Usai menyudahkan bacaan pada surah Tahaa itu, tangan menyelak pula halaman seterusnya yang ditanda. Surah Ar-Rahman.
Selain surah An-Nur, surah Ar-Rahman juga bagus diamalkan oleh para pelajar beragama Islam yang bakal menghadapi peperiksaan. Tiga ayat diawal surah Ar-Rahman ini bagus dibaca sebelum mula menjawab kertas peperiksaan. Pendek saja ayat-ayatnya, mama juga sudah ajar dia untuk amalkan bacaan ini sejak dari darjah satu lagi. Insya-Allah, segalanya akan dipermudahkan untuk kita menjawab kertas soalan dengan tenang dan yakin.
Usai dengan bacaannya, Qaseh Nur Amani mengerling pula skrin Android-nya.
“Papa?” seakan tak percaya pula papanya akan menelefon dia pada jam sebegini.
“Assalamualaikum, papa..” salam diucap sebaik panggilan disambut.
“Wa’alaikumsalam, sweetie papa ni dah masuk tidur ke?” suara papanya bertanya di hujung talian.
Not yet-lah papa. Esok ada paper kan? Tak lena tidur selagi tak go through semua nota-nota ringkas Qaseh ni,” Qaseh Nur Amani tersenyum mendengar tawa kecil papanya di hujung talian.
Sorry sweetie, papa baru perasan Qaseh ada text papa ni,” beritahu Syed Iskandar Dzulkarnain.
“Papa buat apa malam-malam ni sampai tak perasan Qaseh ada text papa?” Qaseh Nur Amani sudah bergerak ke katilnya.  Sengaja mahu mengusik papanya itu. Selalu asyik dia saja yang kena, sekali sekala biar papa dia pula merasa. He he he.
Syed Iskandar di hujung talian ketawa saja.
“Papa?”
“Papa berborak dengan Zarul tadi,” tenang suara Syed Iskandar memberitahu.
Ha?
‘Bukan papa tengah sibuk dengan hobi dia ke? Apa lagi kalau bukan mengayat mama? Selalu saja papanya itu kantoi tengah kasi ayat-ayat manis untuk mama. Papa memang sweet, ayat-ayat dia pun tak menahan sweet-nya. Tapi, kali ni...sangkaannya meleset?’
Qaseh Nur Amani terdiam terus. Bagai kelu lidah mahu berbicara. Bermacam jenis soalan muncul di benaknya.
He? Zarul? Papa borak dengan Zarul pada jam begini? Pasal apa ya? Pasal aku ke?
“Ai? Sebut nama Zarul terus diam pula sweetie papa ni?”Syed Iskandar tertawa kecil lagi.
“Tak naklah kawan dengan papa. Suka macam ni tau...” Qaseh buat suara mahu merajuk dengan Syed Iskandar.
“Alala, jangan merajuklah sweetie...nanti kena pula papa call rumah sebelah, minta hantu ais-krim tu pujuk sweetie papa ni on behalf papa...”
Haiyaa. Papa siapa ni? Suka betul kenakan anak sendiri.
“Papa buatlah macam tu, tujuh hari tujuh malam Qaseh merajuk dengan papa nanti,” Qaseh Nur Amani senyum lebar. Papa memang macam ni, dari dulu suka sangat kenakan dia.
“Alaa, kalau Qaseh merajuk dengan papa susahlah papa nak passing number phone Zarul yang Qaseh minta tadi. Takkan Qaseh nak kena minta sendiri dari Zarul kan? Isy, isy...” Syed Iskandar tahan gelak menanti reaksi anaknya.
“Papa...” makin meleret panjang suara Qaseh Nur Amani. Asyik kalah je bila berlawan cakap dengan papa ni. Hampir terlupa pula dia ada minta tolong pada papanya ini tadi.
Okay. Dah lewat ni, nak papa passing phone number tu sekarang ke atau...”
Sengaja Syed Iskandar berjeda lama.
“Atau?” Isy, papa ni saja buat aku nervous tau.
“...atau Qaseh nak papa passing phone terus pada tuan empunya diri instead of the number?” soal Syed Iskandar.
WHAT?!
Pardon, papa?” Mata Qaseh Nur Amani yang mulai layu menahan kantuk tadi serta merta segar semula.
“Zarul ada kat sebelah papa ni, nak cakap terus dengan dia ke?” soal Syed Iskandar.
Lah! Papa masih ada sekali dengan dia ke sejak tadi? Aiyaa!!
Seketika kedengaran suara memanggil papanya di hujung talian.
Wait a minute, sayang...” ucap Syed Iskandar.
“Papa...err, tak pelah. Dah lewat ni, lain kali jelah Qaseh cakap dengan dia. Mama panggil ye?” Qaseh Nur Amani yakin suara tadi itu adalah suara mamanya.
Tetapi kenapa papa senyap je ni?
Okay-lah papa, Qaseh letak dulu ya. Kirim salam kat mama dengan Mak Imah.” Mungkin papa dah letih agaknya. Biarlah papa rehat. Teka Qaseh Nur Amani sendiri.
I love you. Muahh! ”seperti selalu, ucapan keramat ini pasti dititipkan buat mama mahupun papanya. Siap kasi kiss lagi. Dah jadi macam habit dia pula. Kalau tak buat, memang tak lena tidurlah jawabnya. Maklumlah, duduk jauh dari mama papa kan? Walau sesibuk manapun, dia pasti cari juga masa untuk call rumah setiap malam.
Zarul Affendi yang sedari tadi hanya senyap mendengar terus tersentak.
Suara lembut dan manja si gadis di hujung talian sana ketika mengucapkan ungkapan keramat itu tadi benar-benar telah mencuri degupan jantungnya. Dah rasa nak jatuh terjelepuk pun iya juga ni. Longgar saja rasanya segala sendi dalam tubuh badannya.
“Err...insya-ALLAH, nanti saya sampaikan salam awak pada Untie Nur dan Mak Imah ya,” hampir tak terluah bicara itu dari bibirnya. Zarul mengambil nafas perlahan-lahan.
Qaseh Nur Amani yang berada di Mahallah Safiyya hampir saja tergolek jatuh dari katil.
Suara itu bukan milik papa! Habis yang aku cakap I love you lengkap dengan ‘muaahhh’ tadi tu dengan siapa?
Jangan kata dia?! Please, jangan kata Zarul Affendi adalah orang yang sedang berlawan cakap dengannya di hujung talian sana sekarang ni!
Good luck untuk paper esok.” Sempat Zarul menitipkan ucapan selamat untuk Qaseh Nur Amani.
Huaaarrggghhh!! Memang dialah! Qaseh Nur Amani teguk liur walau sudah tak tertelan rasanya.
“Dah lewat ni, awak tidurlah. Jangan stay up jauh malam sangat.” Memandangkan Qaseh Nur Amani dihujung talian hanya menyepi, Zarul cuba mengatur bicara bagi menamatkan panggilan. Bukan boleh berlama-lama begini, takut dia pula yang angau melayang atas angin nanti. Tak pasal-pasal kena ambil MC pula esok. Ha ha ha, melampau betul sampai nak MC bagai kan?
Pasti gadis itu sedang menahan rasa segan sebab terlepas cakap ayat itu tadi. Papa pula, boleh aci kasi handphone minta dia cakap dengan Qaseh Nur Amani.
Kan tak pasal-pasal dia dapat dengar Qaseh Nur Amani ucap I love you, siap dengan  kiss through the phone lagi. Ini rezeki namanya. He he.
“Err, Qaseh letak ye. Assalamualaikum.”panggilan ditamatkan tanpa menunggu bicara lanjut Zarul Affendi.
Terus android-nya dicampak ke hujung kaki katilnya. Wajah ditekup ke bantal sambil comforter ditarik menyelubungi seluruh tubuhnya.
Malu gila ni! Macam mana nak menghadap dia lepas ni?!! Ada dua subjek lagi yang bakal diajar oleh lelaki itu pada sem hadapan. Yang paling penting, macam mana nak menghadap muka dia dirumah nanti?
Bila teringatkan ayat keramat khas untuk papanya yang entah macam mana boleh sampai pada pensyarahnya itu tadi, hampir sahaja Qaseh Nur Amani terjerit sendiri. Malu sampai tak tahu nak jelaskan macammana lagi dah!
Lupa terus pada niat asal dia meminta nombor telefon Zarul Affendi dari papanya adalah untuk meminta maaf. Sudahnya, bukan kata maaf yang diucapkan oleh mulutnya, sebaliknya kata-kata cinta dan sayang pula. Hailaa...
Dahulu, semasa awal sem ada juga lelaki itu memberikan nombor telefonnya pada semua pelajar supaya senang untuk berhubung jika ada urusan. Tapi dek kerana rasa menyampahnya pada lelaki itu yang tak pernah nak surut malah kian bertambah sejak mula lagi, dia buat tak endah saja. Malas nak semakkan telefon bimbitnya dengan nombor lelaki itu.
See, sekarang siapa yang susah. Entah isteri jenis apa dia ni. Nombor telefon suami sendiri pun tiada. Haiihh!
‘Dulu menyampah tahap tak ingat, sekalinya dekat lelaki yang dia menyampah tulah dia cakap ‘I Love U’ even secara tak sengaja sekarang ni. Inikah yang namanya takdir dan jodoh?’hati kecil Qaseh Nur Amani berbisik.
‘Jodoh tak perlu dicari, sampai masanya pasti akan ada juga. Takkan lewat mahupun cepat walau seminit. Sama juga dengan mati, mati itu pasti. Kita tak tahu panjang mana usia kita, tapi bila ajal dah sampai...ia takkan cepat mahupun lambat walau seminit pun. Ajal boleh sampai dalam banyak bentuk, begitu juga dengan jodoh. Ajal boleh datang dengan banyak sebab, begitu juga dengan jodoh. Semua ini takdir yang tak terduga,’ kata-kata papanya membuatkan Qaseh Nur Amani sebak sendiri.


“Assalamualaikum...” seawal jam 7 pagi, Zarul sudah terpacak di ruang tamu rumah. Langkahnya dibawa merapati Syed Iskandar yang sedang membaca akhbar.
“Wa’alaikumsalam,” Syed Iskandar menyambut huluran salam Zarul sambil menepuk ruangan kosong disebelahnya untuk mengisyaratkan Zarul duduk di situ.
“Mama mana?” soal Zarul selepas melabuhkan duduk disebelah Syed Iskandar yang sudah berkemeja, lengkap dengan tali leher.
“Dia ada kat atas tadi. Kejap lagi turunlah tu,” Syed Iskandar menyelak helaian pada ruangan sukan pula.
Sekilas dia mengangkat muka memandang ke arah Zarul Affendi di sebelah. Senyuman terukir buat anak muda itu.
“Dah sampai ye?” Nuralia Imani muncul sambil tersenyum manis. Zarul Affendi bingkas bangkit mendapatkan Nuralia Imani yang sedang berjalan menghampiri mereka.
 “Zarul nak gerak bila ni?” soal Nuralia Imani sambil menyambut salam Zarul.
“Dah nak gerak ni, mama. Saya kena jaga budak-budak tu dalam exam hall pagi ni, gantikan kawan saya yang ambil EL (emergency leave). Wife dia masih dalam labour room,”Zarul senyum lebar penuh makna.
“Oh, semoga semuanya dipermudahkan untuk kawan kamu dan isterinya ya..” Nuralia Imani senyum segaris pada menantunya itu
“Amin, mudah-mudahan mama.” Makin lebar senyuman Zarul Affendi.
“Kenapa senyum lebar semacam je ni?” Syed Iskandar sudah melipatkan akhbar, lalu diletakkan ke meja.
“Senyum pun salah ke papa? Senyum kan sedekah, jadi di bulan baik, bulan mulia, ramadhan al-mubarak ini, digalakkan supaya kita melipat gandakan amal kebaikan kita kan?”Zarul sengih lagi melihat wajah Syed Iskandar yang menyeringai tak puas hati mendengar dia ber’syarah’ agama pagi-pagi ni.
“Yelah tu Zarul, tapi mama tengok senyuman kamu ni lain macam saja gayanya tu?” Nuralia Imani pula menggiat Zarul Affendi.
“Mama pun?” Zarul tertawa kecil sambil menggeleng perlahan kepalanya.
“Papa, Zarul rasa nak test ilmu yang papa turunkan semalam tu, hari ni lah...” separuh berbisik Zarul berkata. Sengihannya makin lebar apabila tawa Syed Iskandar perlahan-lahan terhambur rancak.
“Abang ajar apa pula pada Zarul ni?” soal Nuralia Imani, mulai curiga. Bukan boleh kira sangat dua orang ni. Dulu-dulu, pantang jumpa pasti bertekak. Sekarang ni, merekalah yang paling rancak bergelak tawa kalau bersua muka. Siap cakap guna isyarat rahsia lagi. Kenyit matalah, isyarat jarilah, kadang-kala cara senyum pun boleh jadi. Isy, tak faham betul orang lelaki ni.
Syed Iskandar tidak terus menjawab soalan Nuralia Imani tadi, sebaliknya hanya mengenyitkan sebelah matanya pada Zarul Affendi di sebelah.
“Boleh tu memang boleh, tapi jangan lebih-lebih pula. Papa bukan apa, takut kamu yang seksa menanggung padahnya nanti,” Syed Iskandar berpesan pada Zarul yang tertawa kecil.
“Mana boleh lebih-lebih papa. Bulan puasa ni...”
Serentak itu Syed Iskandar dan Zarul Affendi ketawa lagi. Nuralia Imani pula, sekadar memandang dengan pandangan yang keliru.
“Erm. Zarul, bawa Qaseh balik sini sekali petang nanti ya, boleh buka puasa sama.” Melihatkan tawa keduanya mulai reda, Nuralia Imani segera menyampaikan niat asal dia memanggil Zarul untuk singgah sebentar ke sini tadi.
“Mama dah beritahu dia?” soal Zarul Affendi. Pada asalnya, dia juga merancang mahu berbuka puasa bersama dengan Qaseh hari ini. Saja mahu melepas rindu barang seketika. Lagipun hampir tiga hari mereka tidak bersua. Nama sahaja berada di satu tempat yang sama, tetapi kebarangkalian mahu terserempak memang nipis.
Qaseh Nur Amani sibuk dengan exam-nya. Dia pula sibuk di pejabat menyiapkan segala macam laporan untuk diserahkan pada pengurusan fakulti.
Seminggu bergelar suami kepada Qaseh Nur Amani, rutin hidupnya masih tidak banyak berubah. Lagi pula ketika ini, dia di rumah sedangkan Qaseh Nur Amani lebih selesa terus menetap di Mahallah (asrama) universiti.
Irony-nya, dia sendiri tidak pasti kedudukan ikatan perkahwinan ini. Jika mahu dikatakan sebuah perkahwinan paksa dia sendiri seratus peratus rela dengan  pernikahan yang sudah terjadi. Lebih mengejutkan, idea perkahwinan ini datangnya daripada Qaseh Nur Amani sendiri. Gadis itu yang mahu menjadi isterinya dengan rela hati.
Tapi benarkah rela hati?
Dia keliru sendiri apabila persoalan yang satu ini muncul di benaknya. Relakah Qaseh Nur Amani? Atau mungkinkah dia terpaksa mengambil tindakan seperti ini kerana insiden yang telah berlaku tempoh hari itu?
Apapun sebabnya, perkara penting adalah dia bahagia dengan apa yang berlaku. Perkahwinan ini, dia akan pastikan Qaseh Nur Amani juga akan bahagia dengan pernikahan ini.
Tetapi...
Nak kata perkahwinan mereka ini terikat dengan kontrak, semestinyalah salah kerana tiada sebarang kontrak pun yang diketengahkan oleh mana-mana pihak. Baik dia mahupun Qaseh Nur Amani, masing-masing hanya sunyi sepi setelah usai akad nikah hari itu.
Hanya ada beberapa hal yang diminta oleh Qaseh Nur Amani, antaranya membenarkan dia menetap di Mahallah sepanjang pengajiannya di universiti. Dia mahu terus menetap di sana kerana mudah baginya untuk mengadakan perbincangan berkenaan pelajarannya bersama rakan sekelas.
Zarul turutkan sahaja kehendak Qaseh Nur Amani itu, tetapi dengan syarat tambahan. Setiap kali hujung minggu, Qaseh Nur Amani wajib berada di rumah, baik rumah Syed Iskandar ataupun rumah Ahmad Huzaimy secara bergilir-gilir mengikut minggu.
Perkara kedua, Qaseh Nur Amani minta Zarul bersikap profesional. Masa kuliah atau kelas di universiti, Zarul wajib menganggap dia hanya sekadar seorang pelajar. Ini kerana, dia tidak mahu kawan-kawannya memandang serong hubungan yang terjalin dan menganggap markah yang diperolehinya didorong oleh faktor hubungan tersebut. If possible, rahsiakan terus ikatan suami-isteri mereka sehinggalah Qaseh Nur Amani tamat pengajian.
Zarul turutkan juga hal ini tetapi juga dengan syarat tambahan. Qaseh Nur Amani wajib pergi bercuti dengannya pada setiap musim semester break sekurang-kurangnya dua minggu atau lebih. Tak boleh kurang walau sehari pun. Dan, percutian itu hanya ada mereka berdua. Percutian bersama family, tak diambil kira. Period.

Zarul senyum lagi tanpa sedar. Masih teringat-ingat wajah comel Qaseh Nur Amani yang kelat semacam dengan syarat-syarat tambahan daripadanya. Namun, dalam muka kelat seakan mahu membantah begitu, Qaseh Nur Amani akur juga dengan kata-katanya.
“Zarul? Dah sampai mana ni? Boleh pula dia senyum gatal macam tu depan kita ye sayang? Isy, budak ni lah...” Syed Iskandar menyenggol lengan Zarul yang tak henti-henti tersenyum dalam lamunannya sejak tadi.
Ha ha ha, mana ada senyum gatal, papa. Ini senyuman rindu namanya,” Zarul ketawa lagi melihat Syed Iskandar menggeleng kepala sambil tersenyum padanya. See, papa yang katanya kasanova sepanjang zaman ni pun dah annoyed dengan senyuman rindu aku ni. He he he.
“Papa, mama...Zarul gerak dululah ye. Takut sangkut dalam jam,” Zarul bergerak mencapai tangan Nuralia Imani. Lama-lama duduk bersembang dengan papa-in-law nya ni, apapun boleh lupa.
“Baik-baik drive, Zarul.” Pesan Nuralia Imani sambil tersenyum pada Zarul Affendi.
“Insya-ALLAH, will do mama.” Zarul berpaling ke sisinya pula. Syed Iskandar di salam hormat.
“Betul ke takut sangkut jam ni?” Syed Iskandar masih tak lepaskan genggaman tangan Zarul.
“Bukan sebab tak sabar nak jumpa kekasih hati ke?” Syed Iskandar turut tertawa melihat wajah Zarul yang mula merona merah. Blushing pula budak sorang ni.
“Aha, kantoi.” Ha ha, Zarul ketawa sambil menahan rasa segan kantoi terang-terangan dengan Syed Iskandar.


Zarul Affendi melangkah perlahan. Selangkah demi selangkah kakinya diatur maju menuju ke hadapan ruangan exam hall melalui lorong antara meja. Sepi ruangan khas itu. Hanya bunyi deru penghawa dingin yang kedengaran menyapa lembut gegendang telinga.
Tangan masih memeluk tubuh sambil kepalanya digerakkan ke kiri dan kanan. Mata pula tajam memerhati keadaan sekeliling. Lima langkah di hadapannya, kelihatan seorang gadis berjubah moden dengan corak kotak-kotak lengkap dengan pashmina labuhnya sedang tekun menulis. Sudah dua kali dia lalu di lorong gadis itu, namun si gadis langsung tidak terkesan dengan kehadirannya. Sedikitpun gadis itu tidak menoleh padanya. Apatah lagi nak hulur senyum pada dia.
Paapp. Sebatang pen jatuh ke lantai.  Kali ini, si gadis tadi segera menoleh ke lantai. Kerutan terukir di dahi licinnya.
“Habis exam, kita jumpa. Bilik saya,” bisik Zarul Affendi sewaktu pandangan mereka bersabung disaat masing-masing mahu mencapai pen di lantai.
Zarul Affendi letak pilot pen milik Qaseh Nur Amani ke meja. Senyuman diukir pada Qaseh Nur Amani yang sedang buat double jerk. Gaya macam tak puas hati pun ada. Itu mesti tak nak pergi bilik consult dia sebab takut kantoi-lah tu.
Zarul tahan tawa yang hampir terlepas melihatkan mimik muka comel milik Qaseh Nur Amani. Gila kena maki tengah-tengah exam hall ni jika dia bantai gelak tiba-tiba. Langkahnya dibawa pergi menjauh daripada Qaseh Nur Amani. Dia pasti Qaseh mahu bertanya atas sebab apa dia perlu ke sana nanti.
Kalau cakap nak jumpa sebab aku rindu, silap-silap ada yang dapat cap tapak ankle boot setinggi 2 inci yang tersarung di kaki Qaseh tu nanti.
Zarul tekup mulutnya dengan tangan. Sembunyi senyum sambil tahan gelak. Bahagianya hati...kejap lagi boleh lepas rindu. He he he.


 “Assalamualaikum,” kedengaran suara halus itu di sebalik pintu bilik consult-nya.
Zarul Affendi bingkas bangkit membukakan pintu.
Come,” makin manis senyumannya mempelawa Qaseh Nur Amani masuk ke dalam.
Qaseh Nur Amani tidak terus masuk. Kepalanya di tolehkan ke kiri dan ke kanan. Memeriksa keadaan sambil memastikan tiada mata yang sedang memandang.
Come, tak payah buka kasut.” Segera tangan Qaseh Nur Amani dicapai lalu dipimpin masuk ke dalam ruangan sederhana luas itu. Walaupun tidak sebesar mana, tetapi cukup selesa untuk dia menyudahkan tugasan yang perlu.  Nak solat dalam bilik ni pun boleh. Masih cukup ruang kalau nak buat aksi bergolek berguling kat dalam ni.
“Kotorlah karpet bilik abang ni,” Qaseh Nur Amani keraskan badan di depan muka pintu.
“Oh, comelnya sayang abang ni bila buat ayat concerned habis dengan abang. I’m touched,” sempat pula Zarul sengih gatal pada Qaseh Nur Amani di depan muka pintu bilik pejabatnya itu.
I’m serious, Encik Endy.”Qaseh Nur Amani muncung sedepa. Mulalah dia nak guna abang-sayang  macam tu. Encik Endy, adalah nama glamour Zarul Affendi di kampus ini.
“Buka kasut tu letak kat tepi ni.” Zarul Affendi sudah mula nak rapatkan daun pintu biliknya, namun Qaseh Nur Amani segera menahan.
“Eh? Kenapa nak tutup pintu? Nanti orang nampak, timbul fitnah kan susah?” Qaseh Nur Amani tayang muka tak setuju. Isy, tak mahu dia. Fitnah ni, mudah benar tersebar luas. Kesannya nanti bukan kecil. Silap-silap bertimbun masalah yang muncul nanti.
Ha ha ha. Zarul Affendi  ketawa kecil.
“Sayangku, Syarifah Qaseh Nur Amani...sebab tu abang minta awak bawa masuk kasut awak tu sekali. Jadi, bolehlah kita duduk dalam ni dengan aman. Sebab orang tak tahu pun kita ada kat dalam ni...” Zarul Affendi  tutup rapat pintu bilik consult-nya. Siap kunci lagi.
GULP.
Qaseh Nur Amani beku di tepi dinding bersebelahan pintu bilik consult merangkap ‘office’ suaminya itu. Cuak bukan main lagi bila si suami siap nak kunci pintu bagai.
‘Dia nak buat apa ni?’ Qaseh Nur Amani takut untuk memikirkan sebarang kemungkinan. Sudahlah lelaki itu dari tadi tak sudah-sudah senyum meleret ke telinga begitu. Menakutkan betul!
Hey, ni kenapa berdiri tegak pula macam patung cendana kat situ?” soal Zarul Affendi.
“Dah, sayang duduk sini.” melihatkan Qaseh Nur Amani yang tiada tanda-tanda mahu berganjak daripada posisinya tadi, Zarul mencapai tangan Qaseh untuk membawa isterinya itu duduk di kerusi yang tersedia di depan meja kerjanya.
“Kenapa?” spontan terpacul soalan itu daripada Zarul Affendi apabila Qaseh Nur Amani merentap laju tangannya yang sedang di pegang dia tadi.
“Tak, maaf..saya... tak biasa.” Jujur Qaseh Nur Amani menjawab. Selama ini, hanya papa dan Tok Walid je yang pernah sentuh tangan dia. Oh ya, Abang Mika juga masuk dalam senarai kerana abang sepupunya itu adalah abang susuannya. Mak longnya yang jaga dan susukan dia selama 3 hari semasa dia baru lahir dahulu kerana keadaan mamanya yang tidak berapa stabil ketika itu. Jadi dia dan Umar Mikael adalah mahram.
“Oh, maaf. Abang lupa.” Zarul sengih menutup rasa bersalah. Boleh pula dia suka suki nak pegang tangan orang tu kan? Mujur saja ankle boot tak melayang ke kepalanya tadi. Phieww...
“Tak pe, Abang tak salah pun...just Qaseh yang masih rasa janggal. Maaf sebab Qaseh masih belum mampu nak adapt dengan kehidupan baru kita ni...”
It’s okay. Kita buat perlahan-lahan ya. Satu persatu. Perkahwinan kita pun agak mendadak, so no wonder-lah kalau Qaseh masih rasa janggal since kita pun terus bawa haluan sendiri lepas akad hari tu. Awak balik mahallah (asrama universiti), abang pula balik rumah Babah – Mommy.” Zarul masih dengan senyuman kacaknya. Jelas lesung pipit menghiasi wajah putih bersih itu.
Qaseh Nur Amani mengangguk perlahan. Setuju dengan apa yang dikatakan Zarul merangkap pensyarah bahasa dan juga suami ‘segera’nya itu. 
“Tapi, pernah dengar tak idiom ni?” Zarul Affendi menyoal tiba-tiba.
Idiom apa?” lurus pula Qaseh Nur Amani bertanya. Langsung tidak sedar dia kini sudah terjerat dalam perangkap kata-kata penuh muslihat suaminya sendiri.
Practice makes perfect?”entah bila bibir Zarul Affendi sedang mengukir senyuman nakal yang berjaya membuatkan hati Qaseh Nur Amani semakin resah...dan...semakin berdebar hebat.


Esok, hari terakhir exam. Qaseh Nur Amani keluar mengambil angin di balkoni bilik asramanya.
Baru sebentar tadi Zarul Affendi menghantarnya pulang ke Mahallah. Hujung minggu kali ini terasa begitu cepat berlalu. Tak sedar masa berlalu, esok sudah masuk minggu terakhir ramdhan. Esok juga paper last dia.
Suaminya itu menghantar dia sambil sorok-sorok muka. Siap guna kereta babah lagi. Takut budak-budak Mahallah cam kereta dia katanya. Qaseh Nur Amani tidak berkata apa, itu semua idea Zarul sendiri. 
Lelaki itu benar-benar mengotakan janjinya. Rahsia antara mereka ini begitu dijaga dengan teliti. Satu persatu tingkah dan layanan Zarul padanya membuatkan hati Qaseh Nur Amani semakin yakin dengan keputusannya. Seperti kata papanya Syed Iskandar, Zarul Affendi bin Ahmad Huzaimy adalah hadiah terbaik yang Allah berikan padanya. Lelaki yang boleh diharap untuk lindungi dan sayangi dirinya.
Tapi esok masih belum pasti, dia tidak tahu apa yang bakal terjadi esok. Apa yang penting adalah apa yang telah berlaku semalam dan apa yang sedang berlaku hari ini. Mungkin semalam dia masih ragu-ragu pada perasaan Zarul Affendi padanya, siapa tahu esok bakal mencatat sejarahnya yang tersendiri apabila dia mulai pasti dengan rasa hatinya sendiri?
Teringatkan hal semalam. Ketika berjalan pulang dari bersolat tarawih di masjid berhampiran rumah mama-papa, babah-mommy.
Wajah bersahaja Zarul sambil berjalan beriringan dengannya, terasa mencuit hati kecil Qaseh Nur Amani. Tambahan pula, sepanjang perjalanan, tangannya kekal berada di dalam genggaman erat Zarul. Dah macam tak mahu lepas pun iya juga.
“Sayangku, Qaseh Nur Amani.” Lembut suara Zarul memanggilnya membuatkan dahi Qaseh Nur Amani berkerut sambil memandang wajah tenang si suami yang sedang berjalan di sisinya.
“Abang sayang awak, ikhlas kerana ALLAH. Cinta abang pada awak, bukan memandang faktor luaran kerana faktor utama yang mendorong abang serahkan hati abang hanya pada awak adalah kecantikan ‘dalaman’ awak. Abang suka segalanya tentang awak, tapi apa yang menjadi kegemaran abang adalah hati dan jiwa halus awak yang nampak sangat lasak dan kasar secara luaran.”Zarul senyum mempamerkan lesung pipitnya.
Tu diaaa...ayat pensyarah bahasa kebangsaan memanglah suka berbelit, berkias begini. Qaseh Nur Amani rasa ingin ketawa pada mulanya, namun bilamana otak mula mencerna dengan teliti setiap bait ayat yang diucapkan oleh suaminya itu, dia sedar akan sesuatu.
Keikhlasan. Zarul Affendi cuba menghuraikan rasa hatinya melalui perkataan.
Qaseh Nur Amani mengangkat wajah memandang Zarul Affendi di sebelah. Senyuman terukir pada bibirnya disaat Zarul juga turut membalas pandangannya.
Tanpa kata, lengan Zarul dipeluk mesra sambil mereka masih meneruskan langkah pulang ke rumah. Beberapa langkah di hadapan, papa dan mama juga sedang berjalan berpimpinan tangan.
Babah dengan mommy berbuka puasa di rumah keluarga babah. Adik beradik Zarul yang lain turut pergi bersama babah dan mommy.
“Papa sweet-kan?” tiba-tiba Qaseh Nur Amani bersuara. Perlahan suaranya sehingga hampir-hampir saja tidak kedengaran.
Yeah, but I’m sweeter than him.” Zarul senyum sambil menatap lembut wajah isterinya itu. Tak mahu kalah.
“EH?” Qaseh Nur Amani senyum sangsi dengan statement suaminya itu. Papa is almost the bestPick up lines dia memang boleh buat orang dapat goose bump. Tiada sesiapa mampu menandingi sisi romantic-sweet papanya. Itu pandangan mata dia selama ini.
“Nak bukti?” Zarul Affendi ketawa kecil melihat muka tak - nak - percaya Qaseh Nur Amani.
Qaseh Nur Amani tidak menjawab. Hanya keningnya dijungkit sebelah sambil menunggu Zarul Affendi meneruskan bicaranya.
Zarul Affendi menarik nafas dalam.
“Orang luar nampak sayang liar macam pelanduk, tapi sebenarnya, bagi abang, sayang ni jinak macam Che Su.” Zarul tahan senyum melihat wajah separa terkejut Qaseh Nur Amani.
“Tahulah abang tu pencinta haiwan, tapi kenapa nak kaitkan saya dengan Che Su pula ni?” Qaseh Nur Amani bersuara tak puas hati. Terus sahaja tangannya ditarik daripada terus digenggam oleh Zarul Affendi. Kaki laju melangkah menuju ke arah pintu pagar kecil di hadapan perkarangan rumah keluarganya, meninggalkan Zarul beberapa langkah di belakang. Papa dan mama sudahpun masuk ke dalam rumah.
“Qaseh sayang...” Zarul mencapai lengan Qaseh yang masih terlindung disebalik telekung yang masih tersarung elok menutupi sebahagian badannya dari kepala hingga mencecah lutut.
Qaseh Nur Amani dan Zarul Affendi, masing-masing berdiri tegak ditengah-tengah perkarangan hadapan rumah.
I’m sorry if my words hurting you, sayang.” Tutur Zarul sambil membetulkan duduk letak songkok di kepalanya. Sebelah tangan yang tadi masih berada di dalam saku baju melayunya dibawa keluar untuk meraih sebelah lagi tangan isterinya. Mereka sedang berdiri secara berhadapan kini.
Gugup sebentar Zarul Affendi ketika berhadapan dengan rajuk Qaseh Nur Amani buat pertama kalinya ini. Dulu, dia memang selalu mengusik, tetapi belum pernah lagi memujuk rajuk si gadis ini.
 “Abang cuma nak mengusik tadi, tak sangka pula sayang ambil hati. Papa ada warning abang, kata isteri abang ni sangat soft-hearted, sensitif, so I need to be more careful with my words, but unfortunately abang...”
Kata-kata Zarul Affendi mati tatkala sebuah senyuman menghiasi bibir Qaseh.
“Qaseh akan maafkan abang, tapi ada denda.”
Zarul terlopong. Dia belum pun keluarkan ayat memujuk rayu, tetapi semudah ini Qaseh Nur Amani kata sudah memaafkan dia?
“Aih? Denda?”soal Zarul.
Yeah. Hantar Qaseh balik Mahallah esok,” Qaseh Nur Amani senyum memandang Zarul Affendi yang sedang beriak tak percaya itu.
“Itu je?”
Qaseh Nur Amani mengangguk.
“Itu bukan denda, sebab denda biasa sesuatu yang membebankan. Tapi apa sahaja yang melibatkan sayang, bukanlah beban pada abang. Itu tanggungjawab abang sebagai suami untuk melindungi serta memberikan yang terbaik untuk isteri dan keluarga kita.” Zarul masih dengan senyuman apabila tangannya menarik rapat tubuh Qaseh Nur Amani. Dahi Qaseh Nur Amani dikucup lembut sekilas lalu.
“Buat suspens je. Ingatkan sayang memang dah merajuk tahap suruh abang balik tidur rumah babah-mommy sorang-sorang malam ni...” kata-kata Zarul Affendi di sambut dengan tawa kecil oleh Qaseh Nur Amani.
“Qaseh tak berani nak buat macam tu, sebab abangkan menantu kesayangan papa dan mama. Nanti tujuh hari tujuh malam papa dengan mama ceramah dekat telinga Qaseh ni,” Qaseh Nur Amani tersenyum lagi sambil tangannya nakal bergerak mencubit geram pipi si suami.
“Kenapa tarik pipi abang? Sakit tau...” sebelah tangan mengusap kesan cubitan Qaseh Nur Amani pada pipi kanannya sambil tangan kirinya masih kemas melingkari pinggang isterinya itu.
“Siapa suruh comel sangat bila abang senyum?” Qaseh Nur Amani ketawa sendiri dengan pengakuan jujur tak ada cover cun-nya itu. Pertama kali dia bertindak berani dengan memuji si suami.
Nature born, anugerah tuhan. Alhamdulillah, abang pun tak minta jadi comel macam ni tahu.” Zarul tahan gelak melihat wajah Qaseh Nur Amani dengan rolled eyes begitu.
Ceh. Ayat perasan dia ni tak pernahnya hilang.
“Sayang,” suasana yang sedikit sepi apabila kedua mereka berdiam diri sambil berbalas pandangan dan senyuman di tengah halaman tadi dikejutkan dengan suara Zarul. Lelaki itu mengeluarkan telefon pintarnya daripada saku baju melayu.
“Erm?” Qaseh Nur Amani masih sibuk memerhati senyuman Zarul yang manis di hiasi lesung pipit itu.
“Rekod terbaru. Holding hand selama 15 minutesHugging each other selama 10 minutesStare and smile selama 5 minutes.” Zarul masukkan telefon pintarnya ke dalam saku baju melayu sambil kembali memandang Qaseh Nur Amani di hadapannya.
Better than yesterday’s, kan?” Yesterday yang dimaksudkan oleh Zarul Affendi adalah hal di bilik consult lelaki itu semalam. Kena banyak buat practice kalau nak cepat adapt dengan hidup baru mereka ni.
Dalam rasa yang tidak percaya, Qaseh Nur Amani mengangguk saja. Benarkah secepat ini dia mampu memusnahkan jurang ‘awkward’ antara mereka?
Namun, selepas hal di bilik consult Zarul Affendi petang semalam, dia kini sudah tidak janggal menerima sentuhan Zarul. Seperti yang dikatakan Zarul, practice makes perfect. Tapi takkanlah secepat ini ‘latihan’ mereka sudah menampakkan hasilnya?
“Zarul, Qaseh...kalau ye pun nak buat jejak kasih ke apa, masuklah dulu. Dah malam ni, tak elok duduk kat tengah halaman begitu.” Laungan Syed Iskandar dari arah balkoni bilik utama rumah membuatkan Zarul Affendi dan Qaseh Nur Amani segera menoleh. Pelukan mereka terungkai spontan. Zarul garu kepala yang tidak gatal sambil tersengih. Qaseh Nur Amani pula hanya tunduk merenung lantai. Segan, kantoi pula dengan papa!

Bunyi getaran daripada android di tangannya membuatkan lamunan panjang Qaseh Nur Amani mati. Segera skrin pipih android itu diperiksanya.

Dimulai dengan salam, assalamualaikum. Dititipkan doa penuh keikhlasan buat sayangku Qaseh Nur Amani. Dah nak tidur ke sayang?

From: Abang comel
12/8/2012  24:21:58 PM
Qaseh Nur Amani tersenyum sendiri melihat nama gerangan yang menghantar mesej padanya itu. Abang comel adalah nama yang diset olehnya untuk Zarul Affendi.
Segera dia membuka tab baru untuk membalas mesej tersebut.

Wasalam, setulus hati seikhlas rasa doa juga buatmu suamiku Zarul Affendi(;
Qaseh belum tidur lagi la. Kenapa abang?

Sent. Successfully delivered to Abang comel.

Beberapa ketika kemudian, sekali lagi telefonnya bergetar.

Rindu

From: Abang comel
12/8/2012  24:24:02 PM

Senyuman Qaseh Nur Amani makin melebar tanpa sedar.
Qaseh pun rindu abang juga. He he he, gatal bebenor(sangat) bunyinya.
Sekali lagi tab baru dibuka. Belum pun sempat dia menekan sebarang huruf pada dada skrin untuk membalas, satu lagi pesanan memasuki inbox-nya.

Each time I miss you, a star falls down from the sky. So, if you look up the night sky and find it dark, it is all your fault. You made me miss you too much!

From: Abang comel
12/8/2012  24:25:00 PM

Amboi orang tu!
Qaseh Nur Amani tertawa kecil dengan gelagat Zarul Affendi. Baru saja beberapa jam tadi  berpisah, dah jadi begini? Suami siapalah ni ya? He he.
Perlahan-lahan kepalanya diangkat menengadah langit malam yang gelap. Ternyata pada dada langit yang begitu luas terbentang, tiada sebutir bintangpun yang sudi menerangi kegelapan malam itu.
Itukah yang sedang dirasai oleh Zarul Affendi kerana sedang merinduinya di sana? Hidup terasa kosong. Gelap seperti langit malam yang sedang menjadi tatapannya ketika ini?
Kata-kata Zarul Affendi ketika dia menghulur tangan untuk menyalami lelaki itu sebelum keluar dari kereta tadi membuatkan Qaseh Nur Amani kembali rasa terharu.
Tanpa awak, hidup saya umpama sehelai kanvas kosong. Bersama awak, hidup saya umpama sebuah lukisan terindah.
“Abang, you are sweeter than papa, just the way you are...”Qaseh Nur Amani menggumam perlahan. Lincah jarinya menyelongkar fail di dalam android-nya itu.
Seketika, butang send ditekan.
Zarul Affendi yang sedang duduk mengambil angin di balkoni membuka inbox-nya. Mesej daripada Qaseh Nur Amani.
Bibir mekar dengan senyuman tanpa sebarang kata yang terluah. Matanya merenung lama skrin telefon pintarnya.
Tiada sebarang kata di hantar Qaseh Nur Amani. Tetapi sekadar sebuah gambar yang comel.

(credits to google-tumblr)


Papa, mari Zarul tolong sangkutkan.” Langsir tebal sudah bertukar tangan. Zarul Affendi sempat senyum sambil kenyit mata pada Qaseh Nur Amani yang sedang memasang cangkuk pada kain langsir di sofa berhampiran.
Ehem, nanti sampai pagi raya pun tak siap pasang kain langsir ni semua kalau asyik main mata je dari tadi,” usikkan sarkastik  Syed Iskandar mengundang tawa Zarul.
“Isy, papa ni.” Zarul memanjat tangga untuk memasang cangkuk langsir pada rail di dinding konkrit.
“Ni, sangkut langsir tu betul-betul. Papa nak tengok mama dekat dapur kejap,” Syed Iskandar terus berlalu ke ruang dapur di mana isteri kesayangannya sedang sibuk bersama Kak Imah.
Suasana sepi seketika. Zarul sibuk memasang cangkuk langsir pada rail khas. Qaseh Nur Amani pula masih kekal fokus meletakkan cangkuk pada kain langsir.
Okay, done.” Zarul turun daripada tangga lalu duduk di sebelah Qaseh Nur Amani yang masih belum sudah memasang cangkuk besi pada kain langsir.
“Kata nak tolong mommy tadi? Dah siap ke southern stars splendour mommy tu?” soal Qaseh Nur Amani. Petang tadi, dia ada ke rumah sebelah untuk membantu ibu mertuanya itu menyediakan satu dua jenis biskut. Kata mommy, malam ini nak sambung operasi buat kuih raya dengan ‘southern stars splendour’ itu.
Wajah Zarul Affendi yang elok mengukir senyuman tadi segera bertukar kelat. Dia menggeleng perlahan.
Mommy marah. Mommy halau abang ke sini tadi,”luahnya perlahan sambil tangan mula bergerak melingkari pinggang kecil isterinya itu.
Mommy halau abang? Kenapa?” sedikit terkejut Qaseh Nur Amani dibuatnya. Tangannya juga sudah berhenti dari tugas memasang cangkuk pada kain langsir di pangkuannya. Mata memandang wajah sedih si suami yang sedang bersandar pada bahunya.
“Entah. Abang tolong pun kena marah,” makin sayu pula suara Zarul berkata-kata. Pelukan pada pinggang Qaseh Nur Amani semakin dieratkan.
“Abang tolong apa?” soal Qaseh Nur Amani prihatin. Tapi rasanya, mommy takkan mengamuk kalau tak ada hal.
“Tolong tengok sambil baham biskut mommy,” Zarul Affendi sengih tak bersalah sambil mencuri cium pipi gebu Qaseh Nur Amani yang sedang membuntangkan matanya pada dia.
“Itu je?” soal Qaseh Nur Amani sambil cuba melarikan pipinya daripada menjadi mangsa bibir Zarul Affendi.
“Abang tolong letak foundation custard kat pipi Kak ngah,” dengan muka tak bersalah, Zarul Affendi menjawab. Kak ngah adalah anak kedua babah dan mommy, Zaira.
“Itu je?” soal Qaseh Nur Amani lagi sambil mencubit manja lengan Zarul yang mula ‘lebih-lebih’.
“Itu je? Naaa, rasanya ini saja tak cukup. I want more than this, boleh?”Zarul pura-pura salah faham dengan pertanyaan Qaseh Nur Amani tadi. Sengaja dia lencongkan sedikit perhatian Qaseh Nur Amani supaya isterinya itu berhenti menyoal siasat kegiatan nakal dia sehingga di ‘halau’ mommy tadi.
“Apa abang cakap ni?” Qaseh Nur Amani masih tak menangkap makna di sebalik ayat suaminya tadi.
Namun sebaik senyuman nakal yang semakin meleret kelihatan jelas pada wajah Zarul  yang kian mendekat dengannya membuatkan mata Qaseh Nur Amani terbuntang luas.
“Beranilah buat macam-macam, Qaseh report dengan papa nanti.” Ugut Qaseh Nur Amani sambil mula menyambung kerjanya untuk memasang cangkuk pada kain langsir yang tertangguh sejak tadi.
Ha ha ha. Zarul Affendi gelak kecil dengan tingkah Qaseh Nur Amani yang sedang menjarakkan kedudukan mereka.
“Papa dah masuk pakatan abang okaySo, sayang memang takkan ada immune kalau report dengan papa pun,”sengihan Zarul makin menjadi apabila terpandangkan riak tak puas hati isterinya.
So...” Zarul kembali merapatkan tubuhnya dengan Qaseh Nur Amani. Tangannya juga sudah bergerak untuk membawa Qaseh Nur Amani ke dalam pelukannya semula.
“Beranilah buat macam-macam kat sini, Qaseh sumbat mulut abang dengan langsir mama ni nanti,” ugutan Qaseh Nur Amani menggamit tawa kecil Zarul Affendi.
“Beranilah nak sumbat mulut abang dengan langsir mama tu, siaplah sayang nanti. Dah lupa ke plan kita minggu kedua raya nanti?”Zarul Affendi mengangkat kening, mengusik dan menggiat si isteri.
“Tiba-tiba Qaseh rasa nak ikut society uni buat program dekat Perlis lah.”Qaseh Nur Amani sembunyi senyum melihat wajah suaminya yang sudah mati senyuman.
“Perlis? Kenapa tak cakap awal-awal sayang nak honeymoon dekat Langkawi? Isy, dia berkias-kias macam ni pula ye? Nasiblah abang ni lecturer bahasa, boleh faham ayat kiasan sayang tu.” kali ini Zarul Affendi pula sembunyi tawa yang hampir terburai keluar melihat wajah terkejut Qaseh Nur Amani. Ceh, tadi nak kenakan abang sangatkan sayang? Keh keh keh.
“Eiiii, abang ni memang nak kena bungkus dengan kain langsir ni, macam ketupat palas Mak Imah tu agaknya?” Qaseh Nur Amani menyeringai geram sambil tangannya sudah mula mencapai kain langsir yang panjang untuk dibelitkan pada tubuh Zarul Affendi.
“Amboi, lepas dah siap bungkus nak buat apa?” Zarul Affendi ketawa sahaja dengan perlakuan Qaseh Nur Amani.
“Kukus abang sehari semalam,” Qaseh Nur Amani sengih jahat sambil menarik pipi Zarul Affendi yang sejak tadi tak sudah di hiasi lesung pipit comelnya itu. Comel sangat siapa suruh?
“Lepas kukus nak buat apa? Cicah abang dengan rendang ke?”giat Zarul Affendi. Pergerakannya sudah terbatas kerana sudah separuh ‘terbungkus’ dengan kain langsir yang dibelitkan oleh Qaseh Nur Amani tadi.
“Bagus juga idea abang tu,” He he he. Qaseh Nur Amani tertawa kecil.
“Uish, tak sangka pula sayang abang ni ada genetik puak kanibal pula...” keh keh keh, Zarul Affendi masih tak sudah dengan lawak sengalnya.
“Ya ALLAH, budak berdua ni pergi memadu kasih pulak kat sini. Habis, bilanya nak siap pasang langsir ni?” Syed Iskandar Dzulkarnain yang entah bila muncul di situ, berdiri sambil bersandar pada dinding konkrit berhampiran ruang tamu yang bersepah dengan langsir yang masih belum siap dipasang.
“Tu yang berbungkus macam mumia tak siap tu kenapa pula?” soal Syed Iskandar sambil tergeleng perlahan melihat tingkah anak menantunya.
“Qaseh nak buat saya jadi ketupat palas katanya. Siap nak cicah dengan rendang lagi,” Zarul mengadu manja pada Syed Iskandar yang sudah menjadi rakan pakatannya.
“Eh?”
Serentak ketawa mereka pecah bersama apabila Qaseh Nur Amani spontan memukul manja bahu suaminya dengan kuntuman bunga yang masih belum disusun cantik pada vase di atas meja kopi. Mengadu macam budak umur 6 tahun tu kenapa? Isy!
“Apa yang riuh sangat sampai ke dapur dengar ni?” Nuralia Imani muncul sambil mengukir senyuman pada semua di ruangan hadapan itu.
“Ni, tengoklah anak menantu awak ni, sayang. Harapkan pagar, pagar makan padi. Harapkan menantu datang membantu, menantu pula buat telenovela bergurau senda kat depan ni. Bukannya nak siapkan pasang langsir-langsir tu semua.” Syed Iskandar menggeleng lagi. Rimas dia melihat ruangan hadapan yang berselerak dengan kain langsir yang masih belum siap dipasang ini.
“Zarul tak salah okay, tengoklah siapa yang teraniaya sekarang ni...”Zarul buat muka sedih pada Nuralia Imani pula.
“Alalala, kesiannya menantu kesayangan mama ni...” tanpa mempedulikan riak wajah tak puas hati suaminya, Nuralia Imani terus berlalu mendapatkan Zarul Affendi.
“Sayang!” Syed Iskandar tarik muka ketat. Sengaja nak minta perhatian daripada Nuralia Imani.
Thank,s mama sayang...”Zarul sengih saja apabila Nuralia Imani merungkai lilitan langsir pada badannya.
Most welcome, Zarul sayang...” Nuralia Imani tergelak juga melihat wajah cemberut Syed Iskandar Dzulkarnain.
Akhirnya, keempat-empat mereka serentak menghambur tawa. Meriah ruangan hadapan rumah dengan gelak tawa mereka.
“Aidilfitri tahun ni lebih bermakna daripada tahun sebelumnya kan?” suara Syed Iskandar yang mula berjalan menghampiri isterinya memecah keheningan malam terakhir ramadhan itu.
“Aidilfitri yang menjadi permulaan sebuah pengakhiran kan?” kata-kata berbelit daripada Zarul Affendi membuatkan Qaseh Nur Amani, Nuralia Imani dan Syed Iskandar Dzulkarnain berkerut dahi, kurang mengerti.
“Maksud saya, permulaan sebuah kehidupan bagi kami berdua. Pengakhiran segala penantian dan angan-angan saya selama ini. Sekarang ni, Qaseh bukan lagi angan-angan, tetapi sebuah impian yang kini sudah menjadi nyata. Alhamdulillah, doa dan permintaan saya ditunaikan oleh ALLAH,” luah Zarul Affendi lancar.
Syed Iskandar saling berbalas senyum dengan Nuralia Imani disisinya melihatkan wajah anak gadis mereka yang sedang merona merah sambil buat-buat sibuk memasang cangkuk langsir di sebelah Zarul Affendi sana.
“Di depan papa dan mama saya ingin membuat satu perjanjian. Insya-ALLAH, saya akan menjaga, melindungi serta menyayangi Syarifah Qaseh Nur Amani Al-Iqrami binti Syed Iskandar Dzulkarnain Al-Iqrami sepenuh hati saya. Cinta dan kasih saya pada Qaseh Nur Amani tidak akan pernah surut. Moga Allah permudahkan perjalanan hidup kami. Moga seluruh keluarga kita dilindungi-Nya serta sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih sayang-Nya.” Panjang lebar ucapan Zarul Affendi mengalahkan perutusan khas ucapan raya oleh perdana menteri. Hi hi hi.
Amin ya rabb.” Syed Iskandar dan nuralia menjawab hampir serentak. Masing-masing mengulum senyum. Tidak terkecuali juga, Qaseh Nur Amani.


____________
Anda rasa something missing kat sini? Macam ada yang masih tergantung?
           
1. QNI edisi ramadhan - aidilfitri sudah selesai di sini.
2. Kita sambung Oh, Qasehku Sayang pula lepas ni ya. 
3. Tapi buat masa sekarang ni, boleh beri saya cuti selama sebulan tak? Nak siapkan sesuatu yang penting,  kemudian baru boleh fokus semula dengan semua ceritera di sini dengan tenang dan lapang hati.
4. Terima kasih dan setinggi penghargaan daripada dasar hati saya yang paling dalam atas segala sokongan anda selama ini. Tanpa kalian, siapalah saya^_^


15 comments:

Atie Umar said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

woot2.... sweet kot.. happy family sunggOh diOrang ni... Oh ya kak Arin... saya luluskan cuti akak selama sebulan tu... wakakaka... #suka hati#

HaNa91 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kanda! suka!!!
sat lagi kena gi klinik nk check kena diabetes ke x sbb Zarul

vcl said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Aduhai~ Zarul ni sama jer sweet mcm papa in law dia tue..blh kena kencing manis ni! Hihi..mmg best! Thnk u arin syg..senyum2 smpi ke telinga akak baca n3 ni..hehe..cuma akak nak tnye..knpe xmsukkn scene dorng kawen? Agak blur skejap bila tibe2 Qaseh ckp psl suami..hehe..mula2 tue jer la..as i read the story mula fhm yg dorng dah kawen actually..hehe..ape2 pn..another double thumbs up 4 u! Gud job! Heee.. <3 <3 <3

ciknie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oh mmang sgt2 sweet ye..x sbar nk tggu smbungan plak..hehehehe

Cik Sara said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best! Sangat!..

anis said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

arghhhhhhh.....bestttt

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

rsa mcm x puas...x sbar nk bca tntang kisah zarul dgn qaseh...heharap lebih romantik dr kisah mama n papa...hahah

strawberry.chocolate81 said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mmg best giler...maya ske3!!!!....awak rehat n uruskan ape yang perlu dulu...dah settle seme leyh sambung qaseh n zarul ni ngan tenang...but plezzz kalo boleh bila dah start 2 jgn lama2 sgt next n3 nye penat nak tunggu tau kecuali kalo manuskripnye dah ready kene anto kat publisher 2 len cite la kan yeh3!!!!

bunga said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

macam dejavu baca lebih kurang macam hlovate aA+bB..pls la cari new idea

aishah muhd said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak,knapa muka zarul x diparparkan pun?kalau ada mesti lagi gempak.dijamin hensem

aishah muhd said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

kak,knapa muka zarul x diparparkan pun?kalau ada mesti lagi gempak.dijamin hensem

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hahaha , best . akak saya nak tanya siapa yang jadi budak Erina Casandra ?! Nama sebenar dia ... tq ! =D

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best and sweet sangat. Thks so much!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

whooaaa!!bestnye suke sngt2..
best gler la cite nie..sweet je zarul ngan qaseh..
iskandar n nur pon x kurang sweet jugak

hasiza bt abdullah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best sangat zarul bila dah dewasa pandai mengayat macam iskandar juga ye. patutlah semasa kecil dulu selalu berebut nuralia dengan papa mertuanya