My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

12 December 2012

Aurora Hidupku 17-final version (edited)


         
          Adam memisat matanya malas. Hampir pukul 2 pagi tadi baru dia berjaya lelap. Sibuk sangat sok sek-sok sek bergosip dengan Ashraf. Ha ha! Lelaki pun pandai juga bergosip ye puan-puan sekalian. Tapi bukan gosip apa pun sebenarnya, cuma berbicara berkenaan hal-hal lelaki dari hati ke hati. Ala-ala segmen luahan hati jugalah kiranya.

            Dia bangkit duduk di atas katil. Ashraf masih lena berbungkus dengan comforter di sebelahnya.

          ‘Aku harap kenangan silam tu tak butakan mata hati kau. Lynn budak baik, jangan sia-siakan dia. Kalau kau tak nak, boleh pass kat aku. Aku rasa Lynn tu comellah, sweet je. Part yang pandai masak tu makin buat aku jatuh sayang kat dia tahu...’ masih terngiang-ngiang pesanannya pada Ashraf semalam. Adam sempat menarik senyum dalam keadaan yang masih separuh sedar itu. Macam  tidak percaya pula dia boleh keluarkan kata-kata macam tu. Gilalah, nasib tak makan penumbuk Ash semalam.

            “Ash, subuh...”Bahu Ashraf digoncang kuat. Nak kejut mamat ni bukan boleh sopan santun. Kalau bom meletup kat sebelah pun dia bukan sedar. Tidur mati!

            “Ash! Subuh...” Adam meninggikan lagi suaranya. Ada juga orang kena simbah ais subuh-subuh ni karang.

            “Kejaplah..”Ashraf berpaling mencapai tangan Adam yang menyentuh bahunya tadi sambil menarik Adam dekat padanya. Tanpa sedar.

            Adam mati kata. Bulat terus matanya yang masih layu tadi, sebaik Ashraf bertindak memeluknya.

            “WOI!!”Segera Adam melompat turun dari katil sebaik wajah Ashraf ditolak jauh daripadanya.

          “Meroyan apa kau peluk aku subuh-subuh ni? High?” Adam membebel geram. Pencabulan betul budak sorang ni! Ingat aku ni bini dia ke, suka-suka nak peluk bagai? Nasib tak dapat morning kiss sekali tadi. Kalau tak, sah dia terus pitam.

            “Macam mana kau ada kat sini Adam??” Ashraf bertanya dengan mata yang masih layu.

            Adam geleng kepala beberapa kali. Mamai lagilah tu. Parah betul sepupu aku yang sorang ni.

            “Dah! Bangun subuh kalau tak nak aku rotan kau.” Adam terus berlalu ke bilik air. Melayan budak Ash ni, alamat terlepaslah subuhnya.

            Usai mengambil wudu’ Adam kembali melangkah ke ruang utama bilik. Ashraf sudah kembali hanyut dalam lenanya. Mencerun pandangannya pada Ashraf. Budak ni memang..

            LG fb164 yang damai di atas meja rendah berhampiran dengan katil Ashraf dihampiri. Sekelip mata sahaja ipodnya sudah dipasangkan ke ipod docking station pada set micro hi-fi milik sepupunya itu.

            Surah Yaasiin beralun merdu. Dan, agak kuat juga. Hi-fi kan?

            Ashraf yang masih berbungkus di atas katil sudah bergerak sedikit.

            “Yelah...aku bangun ni...”Ashraf menyeret malas kakinya ke bilik air dengan mata yang separuh celik.

            Adam mengukir sengih melihatkan Ashraf yang sudah mengangkat bendera putih. Nasib baik dia bangun. Kalau dia masih tak bangun tadi, memang surah Yaasiin tu akan berganti dengan bacaan Talkin pula. Biar dia sedar sikit tanggungjawab seorang muslim untuk mendirikan solat itu lebih utama daripada tidur. Nanti dah mati, benda itulah yang akan disoal dahulu.

            Cara nenek ni memang sampai sekarang berkesan! Cayalah!
           
*******

            
           “Ash, aku gerak dulu lah. Thanks bagi aku ‘merempat’ kat sini. Jasamu tetapku kenang.”Adam mencapai kot putihnya daripada sofa pvc putih di ruang tengah bilik tidur Ashraf.           

         Ashraf hanya mengangguk lemah sambil kembali menyeret kakinya ke katil. Mengantuk...mengantukk! Nak tidur...nak tidurr...

            “Jangan lupa, aku nak jumpa kau masa lunch nanti.”Adam mengingatkan. Ashraf yang sudah meniarap di tengah katil dipandang geram. Nasiblah kerja jadi doktor ni, hari minggu macam ni pun kena kerja.

            “Dah. Pergi kerja cepat, buat pahala banyak-banyak. Kau tu banyak dosa dengan aku...” Ashraf mengumam dengan mata yang sudah terpejam.

            Adam hanya ketawa. Bajet kau tu siapa? Heh!

            “Kirim salam dekat kakak ipar. Say thanks sebab masak mee yang sedap semalam. Lain kali boleh masak lagi,”Adam berkata sebelum memulas tombol pintu bilik.

            Ashraf sudah hanyut ke lala land (alam mimpi) semula. Pagi-pagi macam ni bukan ada apa yang boleh dibuat pun...

            ‘Kau dah makan tak beringat malam tadi Ash! Kau patut jog or at least masuk gim hari ni!’ satu suara cuba mengingatkan tetapi dibuat tidak endah saja. Namun suara halus itu berkali-kali mengasak otaknya. Tension!

            “Arrgghh!” dia kembali tegak di tengah katil. Nak tidur pun tak senang hati.

            “Apasallah makanan semalam tu sedap sangat? Kan dah susahkan aku kena buat PT lebih masa pagi-pagi macam ni..” Ashraf mengomel tak puas hati sambil bergerak ke almari,  menukar pakaian yang sesuai untuk melakukan PT (physical training).
******


            Sharlyna menarik senyum sambil meletakkan telekung ke tempatnya semula. Jam di dinding dipandang sekilas.

            “Awal pula dia keluar hari ni?” Bisik hatinya. Mungkin ada urusan penting yang mahu di selesaikan agaknya.

            Bunyi derap langkah seseorang yang baru sahaja melewati koridor di hadapan biliknya ini dan juga bunyi deruman enjin kereta sebentar tadi cukup untuk memberitahu bahawa ‘jiran’ sebelah biliknya sudah pun keluar. Jadi...

            “...jadi, rumah ni aku yang punya!”Sharlyna menghambur tawa. Rambutnya dikemaskan dengan satu klip besar. Ala, ikat cincai jelah, janji tak mengerbang keluar macam rambut Kak Limah sudahlah.

            Dengan pakaian yang cukup santai, hanya menyarung gaun tidur satin spagetti strap loose tank top kaler putih dengan tampalan lace kaler light pink separas lutut, Sharlyna melangkah keluar dari biliknya. Comelkan gayanya pagi ini?

             Er...seksi?

            Peduli hape, bukan ada orang lain pun kat rumah sekarang ni. ‘Jiran’ sebelah bilik dia tu pun paling tidak, tengahhari nanti baru nampak bayangnya. Diakan workaholic, sibuk je semedang. Kalah PM.

            ‘Sempat aku nak berpesta sambil kemas rumah dia yang besar macam istana ni..’ Sharlyna tersenyum riang sambil menuruni tangga.


            Langkahnya diatur ke ruang tamu rumah. Sejujurnya ke arah set home theater yang diletakkan berhampiran dengan skrin plasma di ruang rehat.

            Tangannya lincah memasang segala perlatan yang diperlukan. Sebulan yang berlalu, membuatkan dia semakin mahir mengendalikan bermacam gajet moden di dalam rumah ini.

            ‘Saya pinjam harta benda awak ni ye.’ Sharlyna sudah bangkit berdiri. Bersiap sedia untuk beraksi!

             Lagu 0330 persembahan oleh sekumpulan anak muda dari Korea yang menggelar diri mereka sebagai U-Kiss berlagu merdu memenuhi ruang sambil dia memulakan kerja-kerja mengemas. Lagu ni comel juga sebab ada selitkan rumus radius matematik dalam liriknya. Kaitan diantara persahabatan dan percintaan yang disimbolikkan dengan rumus tersebut. Mana lagi nak dapat lagu style macam ni kan?

            Hampir sejam kemudian, ruang tamu sudah hampir siap dikemas. Sharlyna menarik nafas lega. Tubuhnya disandarkan ke sofa di ruang tamu sambil mensisip segelas yogurt Bliss yang sentiasa penuh satu peti sejuk. Stok Bliss dalam rumah tak pernah habis sebab ‘hantu Bliss’ yang juga ‘jiran’nya yang seorang itu selalu check stok Bliss dia setiap hari. Risau sangat Bliss dia tu habis. Jika dibuat rumus, mungkin hasil yang paling tepat adalah Ashraf(-Bliss)=Pengsan. He he.

            “Best juga dapat minum yogurt pagi-pagi ni..” Sharlyna tersenyum lebar. Bestnya duduk sorang-sorang kat rumah besar ni. Rasa diri sendiri macam mak datin je. Nak buat apa pun tak ada orang sibuk kacau.

            Tv Plasma yang melekat elok pada dinding direnung lama. Seketika kemudian dia menarik sengih.

            Run devil run by Girl’s Generation bergema kuat memenuhi segenap ruang rumah. Memecah kesunyian pagi sabtu yang hening ini. Sharlyna mengatur langkah seiring dengan barisan penyanyi di skrin plasma. Penuh bersemangat setiap geri langkahnya. Maklumlah pemusnah keamanannya, Mr Muhammad Danish Ashraf sudah berangkat ke pejabat.

            Sesekali dia turut sama menyanyi kecil. Bahagian favaurite dia, ‘Neon jaemieobseo maeneo eobseo...(you’re no fun, you don’t have manners...). Sesuai sangat dengan si mata biru Muhammad Danish Ashraf tu! Hati Sharlyna menggerutu geram. Langkah terus diatur mengikuti rentak lagu tanpa mempedulikan hal disekelilingnya lagi.
           
*****

            Ashraf menyangkutkan tuala kecil yang digunakannya untuk mengelap rambut yang masih basah tadi ke leher. Rambutnya yang sedikit lembap disebak ke belakang. Dia berlalu masuk ke dapur untuk mencari mineral water bagi menghilangkan dahaga. Namun sebaik dia tiba ke ruang tengah dari bilik air berhadapan dengan mini gymnya dibahagian belakang rumah, sesuatu telah menarik perhatiannya.

            ‘Siapa?’ hatinya berdetik aneh melihat seorang gadis yang begitu berani menari diruang tamu rumahnya. Siap selamba pakai macam tu lagi! Langkahnya diatur menghampiri si gadis yang masih rancak menari tanpa menyedari kehadirannya.

            Hampir saja dia jatuh rahang sebaik menyedari tiada orang lain di rumahnya selain si isterinya yang paling ‘mithali’itu. Siapa lagi kalau bukan Puan Puteri Balqish Sharlyna.

            “She’s dancing?” matanya masih tidak mahu melepaskan liuk tubuh milik si kecil molek yang sedang rancak menari tidak jauh dari tempat dia berdiri sekarang.

             Ashraf terpegun.

             Tak tahu pula samseng Pantai Desaru ni reti menari? Kagum dia melihat gadis yang sering sahaja menunjukkan perangai ‘samseng’ di hadapannya itu mampu berbuat aksi menggoda begini.

            Sesekali terbit senyuman manis daripada ulas bibir gadis itu. Ashraf masih tidak berkutik. Tangannya naik ke dada kirinya yang sedang rancak mengalunkan rentak yang tidak lagi menentu temponya.

            “Na eopsol ttaen neon super playboy!..” Sharlyna spontan berpusing ke belakang tanpa menyedari sedari tadi dia tidak bersendirian di ruang itu. Ada sepasang mata biru yang asyik memerhati setiap langkah dan lenggok tubuhnya sedari tadi.

            Jarinya tepat ke wajah Ashraf semasa dia menyebut ‘Super Playboy’ tadi.

            Terus Sharlyna terkesima. Kaku tak mampu bergerak. Girl’s generation masih menari dan menyanyi di skrin plasma tanpa menghiraukan Sharlyna yang dah rasa nak pengsan apabila berhadapan dengan Ashraf dalam keadaan seperti ini.

            Ashraf semakin mendekat. Sharlyna pula dah makin hilang arah.

            ‘Kalau nak pura-pura pengsan time ni aci tak?’ Sharlyna sudah merencana rancangan untuk melepaskan dirinya. Ashraf yang makin mendekat menyebabkan dia spontan mengundur ke belakang.

            “A..awak..dari mana ni?” Sharlyna tergagap-gagap bertanya. Melihatkan keadaan Ashraf yang hanya bertuala mandi separas lutut, siap dengan badan dia yang ala-ala baru lepas main hujan tu..aiihh..rasa susah je nak telan air liur ni. Dari mana pula datangnya cik abang sorang ni? Bukan dia sepatutnya ada dekat office ke?

            Ashraf tidak menjawab. Dia masih meneruskan langkahnya merapati Sharlyna yang sudah pucat lesi.

            “Er..saya..”GULP. Sharlyna mati kata sebaik kakinya tersadung kaki sofa.

            ‘Sejak bila kau dah pandai ‘derhaka’ dengan aku ni sofa? Aku dah lap kau sambil belai kau tiap hari, ini balasan kau ye..’ Sharlyna cuba bangkit daripada sofa namun tubuh Ashraf yang betul-betul sudah rapat dengannya membuatkan niatnya terkubur begitu saja. Dia cuba menarik nafas untuk bertenang. Kenal sangat dengan perangai Ashraf yang gemar mengusiknya dengan perkara sebegini.

            “Haiiyaakk!” Spontan Sharlyna mencapai bantal kecil pada kepala sofa untuk menekup wajahnya apabila terasa Ashraf semakin mendekat padanya.

            Ashraf tersenyum kecil melihat reaksi Sharlyna. Gaya macam ada orang dah nak mula pasang ‘kekuda’ Taek-won-do je ni? Siap jerit ‘Haiiyaakk!’ lagi.

             ‘Apa yang dah rasuk kau ni Ash? Pagi tadi kau buat gila dan hampir sebabkan Adam layangkan penumbuk gara-gara adegan romantik salah orang kau, sekarang kau cuba buat apa pula dengan samseng pantai Desaru ni?’

            Controller hi-fi dicapai daripada atas sofa. Kedudukan controller itu begitu hampir dengan Sharlyna yang masih menekup erat bantal kusyen ke mukanya.

            “Hey.” Bahu Sharlyna yang terdedah dek kerana gaun tidur bertali halus yang dipakainya dicuit sedikit. Namun Sharlyna masih tidak mengalihkan bantal kusyen daripada menutupi wajahnya.

            “Get up,” suara Ashraf.

            Sharlyna menggeleng laju.

            Ashraf pula tersenyum nakal melihat gelengan Sharlyna.

            “Fine, you choose. Kau nak bangun sendiri atau nak aku tolong?” ugut Ashraf. Suaranya dibuat-buat serius.

            Sharlyna sudah rasa nak nangis. Apalah nasib aku hari ni? Semakin kuat tangan Sharlyna  mencengkam bucu kusyen kecil yang masih setia menutupi wajahnya.

            “Come on, sayang...” Ashraf sudah berubah nada. Kali ini penuh lembut menggoda. Kasi suara serius tak jalan, mana tahu guna taktik godaan macam ni boleh kan? Keh keh keh!

            “Fine, nak aku tolong ye? My pleasure...”

            ‘Kau kata aku super playboy kan? Sini aku tunjuk pada kau part mana yang aku ‘Super Playboy’ sangat tu.’ Ashraf menyeringai menahan rasa geram. Aku yang punyalah alim lagi baik dan penuh sopan santun ni dikatakannya super playboy? Isy, tak patut betul.

            “Kau dah goda aku, sekarang kau tak nak bertanggungjawab pula?”soal Ashraf sambil mencapai lembut tangan Sharlyna untuk membantu isterinya itu berdiri. Sengaja nak provoke Sharlyna dengan kata-katanya. Isy, takkanlah taktik godaan pun tak berkesan juga ni? Hati batu ke apa bini aku ni? Ashraf sudah menunduk bagi mendekatkan lagi jaraknya dengan Sharlyna.

            Sharlyna hampir terduduk mendengarkan kata-kata selamba maut Ashraf tadi.

            “Gila! Siapa nak goda awak?” Sharlyna cuba merentap lengannya yang digenggam Ashraf. Berani mati betul statement lelaki ni!

            “Awak dari mana ni?” soal Sharlyna sambil berpeluk tubuh. Pandangannya dihalakan ke sisi. Tidak mahu bertentang pandang dengan Ashraf yang jelas sedang merenungnya.  Pandangan lelaki itu padanya terasa cukup pelik pagi ini. Hilang rentak jantungnya sebaik pandangan mereka bertembung tadi.

            ‘Tahulah mata dia cantik, tapi tak perlulah nak buat renungan ‘maut’ macam tu. Sesak nafas saya ni dibuatnya!’ Hati Sharlyna  mendengus marah. Tidak selesa sungguh direnung sebegitu.

            “Gym kat belakang.” Jawab Ashraf. Tiada nada sinis lagi menyakitkan hati dalam bicaranya kali ini seperti yang selalu dilakukannya.

            Sharlyna berkerut dahi. Gym?

            “Awak tak pergi office?” soal Sharlyna lagi.

            Ashraf menggeleng.

            ‘Habis bunyi enjin yang dia dengar pagi tadi tu..?’hatinya berdetik bingung. Matanya dipejam rapat. ‘Kenapalah aku tak pastikan betul-betul dulu tadi?’

            Sharlyna menyandarkan tubuhnya di sofa sambil menjatuhkan pandangan ke ribaan sendiri. Masih mengelak daripada memandang Ashraf. Gelas berisi yogurt Bliss dicapai dengan niat untuk mengurangkan gugup di dadanya tika itu.

            “Impressive,” Ucap Ashraf sambil mengambil tempat duduk di sisi Sharlyna. Gelas yogurt  Sharlyna dicapai dan dibawa ke bibirnya pula.

            “Hey!  Saya punyalah..!”Sharlyna bersuara tidak puas hati. Nak, pergilah ambil sendiri kat dapur sana, ada berlambak lagi! Yang mengada ambil aku punya tu kenapa?

            “It’s mine...” Ashraf bersuara tenang pakej dengan senyuman manis lagi. Sekali lagi gelas yang sama dibawa ke bibirnya. Yogurt buah-buahan itu disisip sedikit. Seketika kemudian, dia membalas pandangan Sharlyna.

            Sharlyna tak berpuas hati dengan perlakuan Ashraf. Tahulah dia yang beli yogurt tu semua. Tapi banyak lagi kut kat dapur sana tu, kenapa nak berebut dengannya juga? Takkanlah setakat segelas yogurt yang sebotol tu harganya hampir mencecah RM4.50 itu pun nak berkira dengan isteri sendiri?

            “...everything yours, is mine.”sambungnya perlahan. Dekat di telinga Sharlyna.

            Habis hilang berterbangan segala ketidakpuasan hati Sharlyna tadi. Terasa seram sejuk tubuh badannya serta merta.

            Spontan Sharlyna menjarakkan dirinya sambil menekup telinga. Say what?!

            ‘Eh? Apa ni?’tangannya menyentuh sesuatu yang berjuraian di telinganya. RAMBUT? Alamak! Dia baru tersedar perihal pakaiannya yang seksi mak oii itu. Spaggeti strap night gown kut! Satin pula tu.

            Sharlyna terus bangkit. Macam mana aku lupa aku ni tengah pakai ‘uniform’ tak sempurna untuk muncul depan dia ni? Kebiasaannya bila muncul depan Ashraf, dia tidak pernah lupa nak sarung tee dengan kardigan, jeans atau track-suit lengkap dengan tudung segera atau sekurang-kurangnya belit saja mana-mana shawl untuk tutup kepala dia. Tapi kali ni boleh kira dia ni dah half naked kut? Aduilaaa!!

            Sharlyna segera bangkit untuk melarikan diri. Dah sah-sah kantoi kan? Jadi wajib bagi dia menyusup lari sembunyikan diri sekali gus nak selamatkan diri sekarang ini!

            Namun malang bagi Sharlyna apabila langkahnya mati sebelum sempat diatur. Lengannya yang sudah dipegang erat Ashraf, dipandang dengan mata yang sudah membulat. Sengaja cari pasal dengan budak taek won do agaknya mamat ni?

            Namun belum sempat Sharlyna membuka langkah untuk bertindak, Ashraf ternyata lebih bijak membaca gerinya kali ini. Lelaki itu lebih pantas bertindak menarik dia rapat ke dalam pelukan. Terkunci sepenuhnya. Langsung tak berdaya nak bergerak.

            Sharlyna menghela nafas berat. Kesemua cubaannya untuk memboloskan diri hampa. Tidak tertanding rasanya tenaga milik lelaki itu. Suasana terasa sunyi sehingga membolehkan telinganya menangkap bunyi deruan nafas hangat Ashraf.

            Sharlyna jadi makin tak keruan apabila hangat nafas Ashraf terasa menyentuh kawasan lehernya. Nafasnya jadi sesak apabila lelaki itu meletakkan kepala ke bahu dia. Justeru, apabila bahunya terasa disentuh lembut oleh bibir lelaki itu, Sharlyna serta merta keras kaku. Sentuhan lembut itu bagaikan renjatan elektrik ber-voltan tinggi pada Sharlyna.

            ‘He...is a real super playboy...’ Sharlyna memejam rapat matanya. Tadi, sendiri cari fasal, sekarang sendiri pula yang takut sampai menggeletar satu badan! Inilah satu contoh jelas  kata-kata makan tuan. Hailaa...

            ‘Apa mamat ni nak buat?’ dalam hati Sharlyna masih tertanya-tanya apa tujuan Ashraf berbuat demikian padanya,  namun tanpa diduga Ashraf kembali mengulangi perlakuannya. Tetapi kali ini bahu kiri Sharlyna yang menjadi mangsanya.

            Lagi.

            Lagi..

            Dan...

            “Let me go!!” Sharlyna bersuara dalam kepayahan. Sungguh dia lemas dengan situasi sekarang. Berada rapat ke tubuh lelaki itu membuatkan jantungnya berlari laju. Dia tidak mahu lelaki itu mengetahuinya. Dia tidak mahu lelaki itu rasa denyutan jantung dia yang sudah seperti hilang rentak ketika itu. Lebih parah, dia takut hanyut sekali dengan perlakuan gila lelaki ini nanti!

            Ashraf tidak menjawab. Tidak juga menunjukkan tanda-tanda akan menuruti permintaan Sharlyna yang memohon untuk dilepaskan tadi. Cuma ‘sentuhan’nya itu tadi sudah dihentikan. Wajah tenang dipamerkan sambil menatap dalam anak mata Sharlyna yang sedang mencerlung memandangnya. Di luar nampak tenang dan bersahaja, di dalam ini jantung dia sendiri sudah gedebak-gedebuk menahan debar. Mujur saja dia tidak terbabas pada perkara yang tidak sepatutnya tadi.

            “Let me go!” Sharlyna mencuba lagi.

            Namun Ashraf masih diam membisu. Sebelah tangannya turun melingkari pinggang kecil Sharlyna.

            “Dance with me. Will you?” soal Ashraf perlahan. Riak wajahnya selamba sahaja. Bagai apa yang dilakukannya pada Sharlyna tadi merupakan perkara yang biasa mereka lakukan. Sedikit pun tiada nada bersalah pada suaranya tadi.

            “What?!” berkerut wajah Sharlyna dengan permintaan Ashraf tadi.

            Serentak itu You Are My Everything mulai berlagu memenuhi ruang. Sharlyna jatuh rahang. Hilang kata. Rasa nak pengsan. Betul ke apa yang dia dengar atau lelaki ni yang tak sedar apa yang dia baru cakap tadi?

            “We should let ourself close to each other.” Ucap Ashraf. Senyuman terus menghiasi bibirnya.

            “Biarkan hati kita bersatu disetiap langkah yang kita atur bersama,” suara Ashraf yang separuh berbisik itu membuatkan Sharlyna kembali meremang bulu roma.

            “Saya tak pandai menari. Hands off, please.” Sharlyna merungkai kasar tangan Ashraf daripada pinggangnya.

            ‘Eeii, menyeramkan betul dia ni!’Spontan Sharlyna menggosok batang lehernya sendiri. Memang meremang bulu tengkuk dibuatnya!

            “Jadi tadi tu apa? Memasak?” Ashraf menyoal sinis. Tu tak lain tak bukan nak mengelatlah tu!

            ‘Jangan harap awak dapat lari, Lynn.’ Ashraf cuba menahan senyum yang hampir terukir menghiasi bibirnya.

            Sharlyna menghela nafas panjang. Lelaki ni memanglah!

            “Tak kuasa nak melayan awak.” Sharlyna membalas. Pergelangan tangannya cuba dilepaskan daripada genggaman Ashraf.

            “So, kau lebih suka melayan lelaki lain berbanding suami kau sendiri ye?” Ashraf sengaja meluahkan kata berbaur provokasi.

            Sharlyna diam sambil mencerunkan pandangannya pada Ashraf. Apa lelaki ni cakap tadi? Layan lelaki lain?!

            “Awak ingat saya ni apa?!” Soal Sharlyna dengan rasa marah yang tiba-tiba menjelma sebaik dituduh sebegitu tadi. Cakap ikut sedap hati dia je! Bila masa pula dia melayan lelaki lain?

            “Habis tu, apa yang susah sangat nak ikut cakap aku?” soal Ashraf. Sharlyna mula ditarik rapat ke tubuhnya semula. Ashraf mengukir senyuman lebar melihat Sharlyna sudah kematian kata. Minah kecik ni tak pernah nak ikut cakap aku. Asyik membantah je!

            Sekelip mata Sharlyna sudah berada di dalam pelukan Ashraf semula. You Are My Everything terus berlagu menyampaikan sebuah cerita cinta...

            You are my everything...
            Nothing your love won't bring 
            My life is yours alone 
            The only love I've ever known

            Sharlyna yang sedari tadi sibuk melarikan diri, turut sama hanyut melayan perasaan yang  sudah berbaur. Masing-masing diam melayan setiap bait nyanyian 98 degrees itu. Hanyut dengan rasa hati masing-masing.

            Now all my hopes and all my dreams
            Are suddenly reality 
            You've opened up my heart to feel
            A kind of love that's truly real 
            A guiding light that'll never fade 

            Sharlyna hanya menuruti setiap langkah yang diatur Ashraf. Benar, langkah mereka benar-benar bersatu kini. Namun, mungkinkah hati mereka juga dapat bersatu seperti mana langkah mereka yang sedang bersatu kini?

            Sharlyna menala pandangan ke lantai. Memandang setiap langkah yang mereka atur. Tangannya yang diletakkan Ashraf ke kedua belah bahu lelaki itu tadi, sudah terasa dingin semacam. Janggal dengan sentuhan yang sedang berlaku. Sharlyna memejam matanya rapat. Berharap segala yang berlaku ini hanyalah sekadar mimpi ngerinya.

            “There's not a thing in life that I would ever trade
             For the love you give it won't let go..” Suara yang kedengaran begitu dekat dengannya yang turut sama melagukan You Are My Everything membuatkan mata Sharlyna serta merta terbuka luas. Spontan wajahnya diangkat memandang si empunya suara tadi.

            Ashraf masih dengan wajah tenangnya. Namun, renungan sepasang matanya seakan mahu menyampaikan suatu maksud yang amat mendalam. Bersesuaian dengan setiap bait yang dinyanyikannya. Mungkinkah Sharlyna dapat merasakannya? Memahami rasa hatinya yang jauh tersembunyi?

             “I hope you'll always know...” Ashraf merenung dalam anak mata Sharlyna. Cuba menyelami hati si gadis. Sekaligus membiarkan Sharlyna merenung jauh ke dasar hatinya.

              “You are my everything...”   Ashraf benar-benar memaksudkan bait kata yang diucapnya. Puteri Balqish Sharlyna, awak segalanya bagi saya. Saya tak rela kehilangan awak, kerana hilang awak bermakna saya akan kehilangan senyuman saya. Kalaulah awak tahu apa yang saya cuba lakukan untuk mengikat awak pada saya dengan perkahwinan ini...apa reaksi awak agaknya?

            Sharlyna makin tidak keruan dengan renungan redup lelaki di hadapannya ini. Entah kenapa renungan ini dirasakannya penuh dengan seribu satu rasa. Bukan lagi seperti pandangan mahupun renungan biasa milik lelaki itu yang penuh sinis.

            Terasa renungan tersebut meresap jauh ke dasar hatinya. Menghadirkan suatu getar di jiwanya. Sharlyna bingung. Apa semua ni?

            “Auch!!” Sharlyna kembali ke dunia nyata sebaik jeritan Ashraf memecah kesunyian. Sharlyna terpinga-pinga melihat Ashraf yang sedang sibuk memeriksa kakinya di sofa sana. Pandangannya jatuh ke set plasma. You are my everything juga sudah sepi.

            “Kau memang nak bunuh aku ke botol kicap?” Ashraf menghamburkan rasa marahnya. Wajahnya yang sedang merona merah ditundukkan ke bawah. Berpura-pura memeriksa keadaan kakinya yang telah dipijak Sharlyna secara tak sengaja tadi. Salah dia juga sebenarnya, asyik sangat menilik muka Sharlyna sampai tak perasan langkah tariannya sudah sumbang. Gara-gara dia yang menukar langkah disaat-saat akhir, Sharlyna pula yang dipersalahkan.

            Sebab kelancangan mulutnya jugalah tadi, habis pincang segala gerak yang pada mulanya cukup harmoni dan teratur. Dia sudah hanyut dibuai perasan. Hampir sahaja dia memalukan diri sendiri dengan mengungkap segala rahsia hatinya pada Sharlyna tadi.

            ‘Kau nak sangat usik dia tadi kan Ash? Sekarang hati kau yang dah makin terjatuh. Padan muka kau!’ Satu suara menyindirnya. Ashraf mengukir senyum kecil sambil menggelengkan kepalanya.

            Sebaik dia mengangkat kepala mahu mencari kelibat Sharlyna yang masih tegak di tengah ruang tadi, ternyata gadis itu sudah tiada lagi di situ. Bunyi derap langkah seseorang sedang berlari menaiki anak tangga membuatkan senyumannya makin lebar.

            ‘Aku boleh gila kalau hari-hari macam ni...’ bisik hati kecil Ashraf.

******
           

            Sharlyna mengunci pintu biliknya sebaik berjaya memboloskan diri daripada Ashraf tadi. Nafas yang masih tunggang langgang sedaya upaya dipulihkan.

            Dia mengeluh panjang sambil melabuhkan duduk di meja solek berhampiran pintu bilik.

            ‘Apa gila mamat sengal tu pagi-pagi ni?!’ hatinya menyumpah geram. Wajahnya diangkat menghadap cermin meja solek. Sah, dah macam udang kena salai atas bara api. Merah padam! Marah dan malu sudah bergabung menjadi satu.

            “Apa dah jadi dengan kau ni Lynn?”gumamnya rendah sambil dia bangkit menuju ke katil. Laptop yang sedang dalam mood ‘sleep’ dibuka. Ikon Winamp ditekan. Kemudian sengaja volume dinaikkan mencecah 100. Canon in D major berlagu merdu. Sharlyna mengukir senyuman dipinggir bibir. Matanya dipejam rapat untuk menghayati alunan merdu yang sedang berkumandang. Cuba mengusir kekusutan yang sedang bersarang di lubuk hatinya. Renungan milik Ashraf tadi benar-benar membuatkannya bingung. Apa yang cuba disampaikan lelaki itu sebenarnya?

            Masih terngiang-ngiang suara Ashraf mengungkapkan ‘you’re my everything’ sebentar tadi. Hati bagai dapat merasa keikhlasan lelaki itu dengan ungkapan bicaranya itu, namun logik akalnya berkeras mengatakan segala bicara lelaki itu hanyalah sekadar gurauan. Seperti yang selalu di lakukannya. Ashraf baginya, adalah seorang lelaki yang agak playful. Suka mengusik dan tak serius dengan kata-katanya. Maklumlah, jejaka itu baru sahaja mencecah usia 24 tahun.

            ‘Mungkin dia nak mengusik saja. Aku pula yang perasan lebih.’ Sharlyna berkata menyedapkan hati sendiri.

            Akhirnya dia bangkit mencapai tuala mandi dari dalam almari. Malas melayan bisikan hati yang bukan-bukan. Pintu bilik air dirapatkan.

*****

           
            Ashraf mengetuk pintu bilik Sharlyna bertalu-talu. Ish! Kalau ya pun marah, bukalah pintu ni dulu!
            Ashraf berjalan mundar mandir di hadapan bilik Sharlyna yang masih tertutup rapat. Kepalanya yang tidak gatal digaru perlahan. Jam di hujung koridor dijeling sekilas. Hatinya jadi makin tidak keruan mengenangkan detik yang terbuang begitu sahaja. Masih banyak perkara yang perlu dibereskan. Minah kecik ni pulak buat mogok!

            “Minah kecik! Baik kau buka pintu ni sebelum aku pecahkan..” Sekali lagi Ashraf mencuba. Naik sakit tekaknya menjerit memanggil gadis itu daripada tadi tetapi haram tak dilayan langsung. Ni dengar ke tidak ni? Takkan dah jadi pekak pula?

            Melihatkan tiada sebarang tanda-tanda pintu bilik akan dibuka, Ashraf merengus kasar.

            ‘Kau cabar aku ya?’Ashraf melangkah ke dalam biliknya dengan hati yang sudah mendongkol geram. Segugus anak kunci dibawa keluar daripada laci meja kerjanya.

            Sekelip mata saja kunci pintu bilik yang dihuni Sharlyna terbuka. Ashraf tersenyum puas. ‘Kau lupa aku tuan rumah ni agaknya..’Hatinya mendongkol geram.

            Laju langkah diatur ke dalam sebaik daun pintu berjaya dibukanya. Alunan muzik instrumental daripada laptop Sharlyna di atas katil sana serta merta menyapa telinganya.

            ‘Mak oi, patutlah tak dengar aku melolong macam orang gila kat luar..’Ashraf makin panas hati. Tadi tekaknya saja yang sakit. Sekarang, dengan hati, jantung hempedu, usus...pendek kata semuanya dah sakit!

             Volume lagu bukan main kuat lagi!

            Matanya ditala ke segenap ruang. Mana minah ni menyorok?

            Pandangannya mencerun ke arah pintu bilik air yang tertutup rapat. Tanpa sedar bibirnya mengukir sengih jahat.

            ‘Aku akan cari kau walaupun kau lari sampai ke Papua New Guinea sekalipun!’ laju langkahnya merapati bilik air. Kalau ye pun nak menyorok, cubalah cari tempat elok sikit? Ini klise sangat kut.

            Pintu bilik air diketuk kasar.“Hey minah kecik, baik kau serah diri pada aku sekarang!!” Ashraf sudah terpacak di hadapan pintu bilik air.

            Paapp!

            Pintu bilik air yang tadinya tertutup rapat sudah terbuka luas.

            Sharlyna menoleh ke arah pintu bilik air yang sudah ternganga luas. Ashraf sudah berdiri tegak di tengah-tengah muka pintu. Wajah itu nampak gerun dengan, his evil smile...

            Serah diri? Arahan jenis apa tu?

            Namun evil smile lelaki itu hilang sebaik pandangan mata mereka bertaut.

            Suasana sepi sesaat dua. Masing-masing terkejut dan kelu lidah.

            Sharlyna tergamam. Terkaku tidak berkutik.

            Ashraf yang sudah mati sengihannya masih terdiam tak terkata apa. Dia juga kaku berdiri dangan mata yang tidak berkelip memandang Sharlyna.

            “ARRRGGGGHHHH!!!!” Sharlyna dan Ashraf menjerit hampir serentak.

            Sharlyna cepat-cepat menggelongsor turun menyembunyikan tubuhnya ke dalam tab mandi. Buih-buih sabun ditarik rapat untuk menyembunyikan tubuhnya. Baru nak feeling tadi, ada pula makhluk yang datang kacau!

            Ashraf pula terus berpaling membelakangi Sharlyna. Namun dia masih tegak berdiri di muka pintu bilik air sambil menengadah ruangan bilik tidur Sharlyna. Dia berdehem cuba mengawal rentak jantungnya.

            “Sorry..” ucap Ashraf antara dengar dan tidak. Sesak dadanya menahan debaran yang entah apa-apa. Dia cuba menarik nafas panjang sambil menyebak rambutnya ke belakang. Wajahnya juga sudah merona merah. Tak sangka pula minah kecik ni tak kunci pintu bilik air tu tadi.

            “Macam mana awak masuk ha?!” Sharlyna tidak mempedulikan ucapan maaf Ashraf tadi.

            “Awak dah ceroboh hak peribadi saya!” marahnya lagi.

            “Suka ambil kesempatan.” Gumam Sharlyna rendah. Wajahnya sudah merona merah. Pagi tadi dah kantoi dengan gaun tidur tak cukup kain tu. Sekarang? Bukan tak setakat tak cukup kain lagi dah ...

            Ashraf cuba menahan rasa marah dengan ayat terakhir Sharlyna tadi.

            “Ambil kesempatan?!” Soalnya sambil kembali berpaling mencari seraut wajah yang begitu berani menuduhnya tadi.

            “Jangan cakap ikut sedap mulut je. Kata orang jangan sebab mulut, badan binasa..” Ashraf mencerun pandang pada wajah Sharlyna.

            “Habis tu kalau bukan ambil kesempatan apa?!” Sharlyna tidak mahu kalah. Dah buat salah pandai pulak nak ugut-ugut orang!

            “Siapa ambil kesempatan ha? Aku pun tak hingin tahu tak?!” Ashraf membalas geram. Minah ni memang carik fasal betul!

            “Tak hingin? Habis yang awak pecah masuk bilik saya ni kenapa?!” Sharlyna membalas pandangan Ashraf tajam.

            “Dasar lelaki..” Sharlyna mencebik geram sambil membuang pandang ke tempat lain. Makin panas hati aku nak mengadap muka mamat sengal ni!

            “What?!”Ashraf makin naik darah mendengar kata-kata Sharlyna. Cakap tak pakai otak agaknya minah ni? Sesedap rasa dia je!

            “What?!” Sharlyna juga tayang muka tak puas hati. “Tak betul?” soalnya geram.

            “Kau..” Ashraf mara menghampiri Sharlyna yang masih di dalam tab mandi. Tadi mulut becok dia je asyik pot pet pot pet bising. Badan dia disebalik buih krim mandian tu, sikit pun tak gerak.

            Sharlyna yang sedari tadi kaku di dalam tab mandi mula tidak senang hati bila Ashraf makin merapatinya.

            “STOP!!!” jeritnya sambil memejam rapat mata. Gila betul mamat sengal ni! Tak ada sivik sungguh!!

            Ashraf baru tersedar dengan tingkahnya. Sharlyna yang hanya nampak kepala di dalam tab mandi dipandang lama. Cuma kepala yang nampak. Seluruh badannya disorokkan ke dalam takungan air yang dilitupi buih halus krim mandiannya. ‘Macamlah aku hadap sangat dengan dia sampai nak sembunyi badan bawah buih macam tu..’ gerutu hati kecil Ashraf. Tapi ye ke tak kisah?

            Ashraf  sebak lagi rambut yang jatuh menyapa dahinya ke belakang. Dia menarik nafas panjang untuk menenangkan perasaannya yang sudah mula membisikkan perkara yang tidak-tidak. 

         “Wangi..” tanpa sedar ringan saja mulutnya meluahkan. Haruman krim mandian yang digunakan Sharlyna memenuhi segenap ruang kamar mandi itu. Tenang dan mendamaikan. Minah ni guna shower cream apa agaknya eh?

            Sharlyna kematian kata. Ni soalan spesis apa?

            “Hey!!” jeritnya sambil cuba untuk bergerak bagi membuatkan Ashraf yang bagai terawang-awang dilambung angan-angan itu sedar. Namun malang baginya apabila dia terus tergelunsur ke dasar tab mandi. Terkial-kial dia cuba untuk naik semula ke permukaan, namun permukaan tab yang licin menyukarkan dia. Sedang dia bergelumang untuk menyelamatkan diri daripada lemas di dalam tab mandinya, terasa lengannya ditarik seseorang.

            Sharlyna segera mengusap wajahnya bagi membuang buih-buih sabun yang bertepek di kulit mukanya. Turun naik nafasnya mencari oksigen sambil menahan debaran. Hampir saja dia lemas tadi!

            “Kau ni cuai betul!” suara itu begitu hampir dengannya. Sharlyna yang sedari tadi sibuk tercungap-cungap menarik nafas segela menoleh ke sisinya. Buntang matanya melihat Ashraf yang sedang duduk bersandar pada sisi tab mandinya.

            “Pedih..” Spontan Sharlyna menggesel kelopak matanya yang sudah mulai terasa pedih kerana dimasuki buih sabun.

            Ashraf yang melihat kekalutan gadis itu segera membuka pili air di hujung tab mandi. Wajah Sharlyna dibilas dengan air bersih.

            “Try buka mata, sini aku tengok.” Bahu Sharlyna ditarik agar rapat kepadanya.

            “Pedih..” gumam Sharlyna perlahan. Tangan masih sibuk menggesel kelopak matanya.

            “Bukak sekejap. Jangan digesel lagi dah..” Tangan Sharlyna segera dialihkan daripada terus menggesel kelopak matanya sendiri. Sharlyna hanya diam apabila terasa ada juraian air yang sedang melalui matanya. Rasa pedih yang dirasainya tadi juga sudah sedikit berkurang.

            “Pedih lagi?” suara Ashraf yang kini semakin hampir dengannya membuatkan Sharlyna tersedar. Bulat matanya memandang wajah Ashraf yang hanya beberapa inci terpisah daripadanya. Jemari lelaki itu terasa menyentuh pipi kanannya. Segera Sharlyna tunduk mencari bahu kirinya. Matanya yang masih terasa pedih tadi semakin membulat melihat tangan Ashraf elok saja berada di situ.

            “Keluar!! Lelaki gila!!!” Terus tubuh Ashraf ditolak sekuat hatinya. Marah, geram dan malu semakin membuak-buak. Nasiblah aku mandi ni berkemban, kalau tak...

            “Keluar!!!” sekali lagi Sharlyna menjerit geram apabila Ashraf seakan tergamam di atas lantai.

            “Err..aku..”

            “Keluar!! Pencabul!!” Sharlyna menjerit lagi bagai orang hilang akal. Matanya yang sedia merah sudah mulai berkaca. Bukan dia sengaja nak buat drama air mata atau apa, tapi sebab buih sabun ni sudah terpercik lagi ke matanya semasa dia meronta-ronta marahkan Ashraf tadi. Akibatnya, matanya memang tengah pedih gila sekarang ni!

            “Aku bukan sengaja nak masuk sini tadi. Aku ketuk pintu bilik kau banyak kali tapi siapa suruh kau tak bukak?” Ashraf memandang ke wajah Sharlyna. Dia bingkas bangkit sambil mengemaskan kembali lilitan tuala pada pinggangnya. Nasib tak terlucut terus tuala aku ni tadi! Haisy!

            “Macam mana awak masuk?!” mencerun mata Sharlyna. Pintu depan tadi memang sudah dikuncinya. Sebab itulah dia tidak mengunci pintu bilik air.

            Ashraf tersenyum sinis. “Kau lupa ye ini rumah aku?” Ashraf menunjukkan gugusan anak kunci yang sedari dulu lagi sudah duplicate-nya.

            Sharlyna rasa macam nak hantuk kepala kat dinding tab mandi ni. Macam mana aku boleh lupa mamat sengal ni ‘tuan tanah kedaung’, si empunya ‘istana’ ni?! Hailaa...

            “Kalau aku nak ambil kesempatan kat kau, tak payah tunggu hari ni..”Ashraf masih memandang Sharlyna yang sudah menundukkan kepala.

        “Kalau aku nak, dah lama kau kena..” tajam Ashraf merenung Sharlyna yang sudah kembali mengangkat muka memandangnya.

            Mata Sharlyna yang sudah merah dan berkaca membuatkan dia serba salah. Bukan niatnya mahu mengambil kesempatan jauh sekali mahu menjadi pencabul seperti yang dituduh Sharlyna tadi, namun...
            Sharlyna masih berdiam diri. Tak tahu nak berkata apa lagi.

             “Tapi, kau panggil orang yang dah selamatkan kau pencabul? Melampau sangat kut?” Ashraf bergerak menuju ke pintu bilik. Tak mengenang budi betul minah kecik ni.

            “Patutnya, aku biarkan saja kau mati lemas tadi!”Ashraf merengus geram. Sekilas wajah Sharlyna dikerlingnya. Siap nak menangis bagai! Macamlah aku dah apa-apakan dia. Hisy! Tak faham aku dengan perempuan ni! Aku nak tolong pun salah.

            “Nenek nak datang. Terpulanglah kau nak pindah masuk barang kau  ke bilik pencabul ni ke tak. Yang aku tahu, bilik ni kosong. Sebab nenek nak duduk bilik ni. Atau,  kalau kau nak biar rahsia kita ni bocor dan sanggup tadah telinga dan bersoal jawab panjang lebar dengan nenek? Terpulanglah. PENCABUL ni tak nak ambil kisah. Suka hati kau. Tapi aku nak bagi tahu kau. Nenek tu garang. And one more thing, nenek ada sakit jantung. Apa-apa risiko yang berlaku atas nenek kalau dia dapat tahu fasal kita ni, kau yang akan bertanggungjawab.” Ashraf terus melangkah keluar setelah menyudahkan kata-katanya meninggalkan Sharlyna yang kematian kata.

            Nenek nak datang?!
*****


            Sharlyna terkocoh-kocoh menyarung pakaian setelah usai mandi. Segala kain bajunya yang sudah tersusun elok di dalam almari besar di hujung sudut bilik itu segera disumbat ke dalam luggagenya semula.  Beberapa kali juga dia hampir tersungkur ke lantai konkrit kerana tersadung bucu karpet. Hisy! Semua ini benar-benar gila!

            Luggagenya segera ditarik keluar dari bilik. Rentak nafasnya yang sudah berterabur tidak lagi dihiraukan. Apa yang penting sekarang adalah memindahkan barang-barangnya yang masih berlambak dalam bilik kat atas sana tu ke dalam stor.

            Pintu bilik stor di tingkat bawah dibuka. Keadaan dalam bilik yang agak gelap, sedikit melambatkan pergerakannya menyusun barang-barang. Baik letak semua barang-barang aku dalam bilik stor ni daripada sibuk menyempit dalam bilik si lelaki mata biru tu!

            Biarlah dia terkial-kial membawa turun bagasi-bagasi besar gedabak ni sendiri daripada terhegeh-hegeh melutut untuk meraih simpati si lelaki tak berhati perut dan hanya tahu ambil kesempatan itu. Dia mahu buktikan dia boleh berdiri tanpa lelaki itu. Rahsia mereka ini tetap akan selamat tanpa dia perlu mengorbankan diri dengan bersetuju untuk tinggal sebilik dengan lelaki itu sepanjang nenek di sini nanti. Klise sangat kalau dia dengan pasrah hati nak duduk sebilik dengan lelaki itu sepanjang keberadaan nenek di sini nanti. Dia lebih rela tidur di bilik bacaan daripada di bilik utama yang dihuni Ashraf kerana bilik bacaan ini bersebelahan sahaja dengan bilik lelaki bermata biru itu. Nanti tengah malam, dia boleh curi-curi masuk dalam bilik ni tanpa pengetahuan nenek. Apa yang pasti, dia sudah punya jalan penyelesaian bagi masalah ini tanpa perlu akur dengan arahan Ashraf tadi.

            “Almost done. Sikit lagi..” Sharlyna mengukir senyum sebaik berjaya meletakkan kotak besar tersebut ke bilik stor. Ada beberapa kotak kecil lagi yang perlu di bawa turun.

*****



            Ashraf menekup rapat telinganya ke dinding konkrit. Cuba mendengar pergerakan jiran di bilik sebelahnya sambil sebelah tangannya sibuk mengelap rambutnya yang masih basah. Tadi, selepas keluar daripada bilik jiran sebelah ini, dia terpaksa mandi semula kerana seluruh badannya terasa melekit dek kerana terkena percikkan buih krim mandian Sharlyna.

            “Apasal minah kecik ni tak angkut barang-barang dia masuk bilik aku ni?” soal Ashraf separuh  berbisik. “Betul-betul nak buat nenek pengsan ke?” Wajahnya sudah beriak gusar. Samseng pantai Desaru ni bukan boleh percaya sangat. Suka buat kerja berani mati!

            “Mampuslah kalau nenek tahu benda ni. Tamat riwayat hidup aku kena cincang guna parang panjang dia ni..” Ashraf dah risau tahap nak hantuk kepala ke dinding dengan kedegilan Sharlyna.

            Sehelai tee dan bermuda dicapai dari almarinya.

*****


            Suara orang memberi salam dan juga dentingan loceng pintu membuatkan pergerakan Sharlyna mati.

            ‘Siapa pula tu?’ hatinya berlagu aneh. Siapa pula nak datang awal-awal pagi macam ni?

            Pintu utama rumah diselak perlahan. Sharlyna kaku di muka pintu melihat senyuman tetamunya. Nenek?!

            “Assalamualaikum..” Nenek bergerak memeluk Sharlyna.

            “Wa’alaikumsalam..” Sharlyna membalas sambil matanya membulat melihat beg pakaian nenek yang dibawa oleh pemandu bapa mertuanya. Besarnya...berapa harilah agaknya dia kena duduk merempat kat bilik bacaan tu nanti ye?

            Sharlyna beriringan dengan Hajah Fatimah ke ruang tamu. Pak  Ali pula sudah beransur pulang.

            “Mana suami kamu Lynn? Belum bangkit tidur ke? Matahari dah meninggi dia masih lagi sedap mengulit mimpi ye?” Nenek dah ada aura-aura nak ‘ribut taufan’.

            “Err..tak. Dia dah bangun nek. Ada kat atas. Tengah bersiap lagi agaknya sebab tadi dia baru keluar daripada bilik gym dia tu..” Goreng jelah alasan apa pun Lynn oii!

            “Oh, ye ke.. “ nenek kelihatannya berpuas hati dengan alasan Sharlyna tadi.

            ‘Baru habis excersice apanya? Pergi ceroboh bilik orang lagi!’Sharlyna kembali panas hati dengan kejadian awal pagi tadi,

            “Pergilah tengok dia Lynn, panggil ke sini. Takkan lama betul bersiap..”Luah Hajah Fatimah. “Entah-entah dia sambung tidur balik kot?” duganya lagi.

            “Err..” Sharlyna berat hati. Malas sahaja kakinya mahu melangkah ke bilik lelaki itu..

            “Kejap, Lynn panggil dia..” akhirnya Sharlyna terpaksa juga akur dengan permintaan neneknya.

*****


            Ashraf menguak daun pintu biliknya kasar. “Ada apa kau cari pencabul ni?” soal Ashraf acuh tak acuh. Masih sinis menyindir Sharlyna.

            Sharlyna mencebik geram. “Saya pun tak hinginlah nak terhegeh-hegeh cari awak!” Sharlyna separuh berbisik. Karang nenek dengar buat naya je.

            Ashraf menjungkit kening dengan jawapan balas Sharlyna. “Habis kalau TAK HINGIN lah sangat, kenapa sibuk ketuk pintu bilik aku macam nak roboh ni? Nak tunjuk kuat?” Balas Ashraf. Perlahan nada suaranya namun cukup menyakitkan hati.

            Sharlyna mengukir senyum sinis. Sejenak wajah Ashraf yang sedang bersandar pada bingkai pintu biliknya dipandang sesaat dua.

            “Nenek cari awak. Dia tengah tunggu dekat bawah.” Usai berbicara, Sharlyna terus mengatur langkah ke ruangan bawah semula meninggalkan Ashraf yang sudah tidak terkata apa.

*****
           


            Ashraf gusar bukan kepalang. Namun terpaksa juga dia turun berjumpa nenek di bawah. Perlahan-lahan kakinya di atur ke ruangan bawah. Senyuman semanis madu asli dilemparkan kepada nenek sebaik saja pandangan mereka bertemu.

            Ashraf tunduk menyalami Hajah Fatimah semasa Sharlyna sudah menghilang ke dapur.

            “Bila nenek sampai? Tak dengar pun..” Ashraf garu kepala yang tak gatal. Hebat ye nenek datang tanpa dapat di kesan?

            “Baru je..”Hajah Fatimah memandang wajah cucunya yang sedari tadi kelihatan seperti cacing kepanasan. Ni mesti ada apa-apa ni. Bukan dia tidak kenal perangai Ashraf.

            “Kamu ni kenapa Angah? Semacam je nenek tengok?” Hajah Fatimah menduga. Dari tadi tergaru-garu kepala dengan dahi berkerutnya.

            “Eh, tak ada apa..” Ashraf tayang sengih. “Mana ada apa-apa, Ash okey ni..” Ashraf bersandar pada dada sofa sambil menghela nafas panjang.

            “Kamu ada apa-apa rancangan ke hujung minggu ni?” soal Hajah Fatimah. Dia masih tidak berpuas hati dengan jawapan balas daripada Ashraf tadi. Tetapi buat masa ini ada agenda yang lebih penting perlu disuarakan kepada Ashraf.

            “Tak ada kot...” Ashraf berkerut dahi. Nenek nak buat apa pula ni?

            “Baguslah kalau tak ada.” Hajah fatimah mengukir senyum lebar mendengarkan jawapan Ashraf tadi.

            “Kenapa nek?” Ashraf makin tidak sedap hati melihat senyuman di bibir nenek.

            “Jomlah ikut nenek balik ke kampung?”Hajah Fatimah meluahkan hajat sebenarnya .

            “Balik kampung?” Ashraf menyoal tidak percaya.

            “Mak cik Leha nak buat kenduri cukur jambul cucu sulung dia,” luah Hajah Fatimah lagi.

            Ashraf yang sedari tadi menghalakan pandangannya kepada Hajah Fatimah kini sedang sibuk memandang kelibat Sharlyna yang semakin merapati mereka.

            “Anak siapa pula nek?” Soal Ashraf sambil matanya masih tidak lepas memandang Sharlyna yang sedang menuang air ke dalam cawan.

            “Anak siapa lagi, si Remy tu lah. Takkanlah anak Mak cik Leha pula kan?” nenek menghalakan sebuah jelingan kepada Ashraf. Budak ni nak melawak pula dia!

            Usai menuang air ke dalam cawan, Sharlyna mengambil tempat di sisi Hajah Fatimah. Tak kuasa nak duduk sebelah si mata biru itu.

            “Manalah tahu..”Ashraf tersengih lebar melihat jelingan neneknya tadi.

            “Jangan nak merepeklah. Mak cik Leha kamu tu dah lama ‘tutup kilang’..” selamba nenek menjawab sambil menyambut cawan yang dihulurkan Sharlyna.

            Ashraf tertawa kecil mendengar jawapan selamba neneknya sedangkan Sharlyna yang tidak tahu hujung pangkal cerita berkerut dahi tidak faham dengan situasi.

            “Dulu Mak cik Leha tu buka kilang apa nek?” ramah Sharlyna bertanya. Manalah tahu Mak cik Leha tu adalah usahawan IKS yang memasarkan produk desa secara kecil-kecilan kan?

            Ashraf terus ketawa lepas sebaik mendengar soalan lurus bendul isterinya. Nenek pula siap cover senyum. Makin berlapis-lapis kerutan di dahi Sharlyna melihatnya.

            “Kilang anak Lynn oii..” Hajah Fatimah sedaya upaya menahan tawa yang hampir meletus melihatkan riak wajah Sharlyna yang berubah 360 darjah.

            ‘Menyesal aku tanya tadi..’ hatinya mendongkol geram melihat Ashraf yang sedang menghabiskan saki baki tawanya tadi.

            “Gelak, gelak jugak angah oii..ni jadi ke tidak nak balik kampung sekali ni?” soal Hajah Fatimah.

            “Okay je. Tak kisah pun. Rindu juga nak balik kampung ni..” Ashraf tersenyum lebar. “Tapi kendurinya bila? Esok?” soalnya inginkan kepastian.

            “Hisy, apa pula esok? Malam nilah kendurinya...”ujar Hajah Fatimah.

            “Habis bila nak gerak?” Ashraf kambali menggaru kepalanya yang tidak gatal.  Tadi Nashrin kata nenek nak stay kat sini malam ni?

            “Sekarang pun boleh. Cepat sampai, bolehlah kamu rehat dulu sebelum kenduri tu malam nanti. Tak adalah penat sangat.”cadang Hajah Fatimah.

            “Tadi Nash ada call, kata nenek nak tidur sini?” luah Ashraf. Takkan Nashrin buat cerita palsu pula?

            “Ish, mana pula. Along sengaja nak prank kamulah tu. Nenek ke sini sebab nak ajak kamu ke rumah Mak cik Leha tu...”Ucap Hajah Fatimah.

            Sharlyna hampir tersembur air yang disisipnya tadi sebaik mendengarkan nenek boleh guna perkataan ‘prank’ lagi tu. Memang terbaik betul!

            “Nak ajak mama dengan daddy kamu? Entah bilalah agaknya mereka tu sempat. Asyik sibuk saja. Nenek ajak Along sekali semalam, tapi katanya dia kena terbang ke Jakarta pula petang nanti...”luah Hajah Fatimah sedikit kesal.

            “Yang si Along tu pun satu. Hujung minggu macam ni pun kerja? Kalau asyik sibuk 24 jam 7 hari seminggu bila masanya pula nak cari calon isteri?” Hajah Fatimah menggeleng lemah. Nilah masalahnya kalau menjadi ahli korporat. Sibuk semedang sehingga tiada masa untuk keluarga.

            Ashraf tahan senyum mendengar kata-kata nenek. ‘Outstation konon. Padahal sibuk berdating dengan Syaz dekat sana. Maklumlah, Malaysia ni dah tak ada tempat yang aman dan selamat untuk mereka berjumpa meluangkan masa bersama. Asyik kena intip dengan reporter je..’

            “Insya-Allah, tak lama lagilah tu nek..” ucap Ashraf sambil senyum penuh makna.

            Sharlyna turut mengukir senyum. Bukan kerana topik perbualan mengenai Nashrin yang perlu ‘outstation’ ke Jakarta hujung minggu begini, tetapi kerana si ‘raja’ yang memerintah di ‘istana’ ini bakal berangkat pulang ke kampung! Yeay!!

            Makin lebar senyumannya apabila terbayangkan betapa indahnya masa yang dia ada untuk dihabiskan sepanjang pemergian Ashraf nanti. Aman tanpa gangguan!

            “Kamu pun ikutlah sekali Lynn, boleh kenal dengan sedara mara..” tutur bicara Hajah Fatimah sungguhpun lembut tetapi berjaya membuatkan angan-angan indahnya hancur berkecai. Kena ikut mamat sengal ni sekali ke?

            “Ni dah sarapan belum?” soal nenek memecah kebisuan. Ashraf menggeleng sedangkan Sharlyna mengangguk. Menyedari kepincangan yang terjadi, Ashraf segera mengangguk dan Sharlyna pula segera menggeleng. Sekali lagi jawapan yang diberikan mereka bercanggah. Mencerun pandangan nenek memandang Ashraf dan Sharlyna silih berganti.

            “Sudah ke belum sebenarnya ni?” Ashraf teguk liur mendengar bicara neneknya. Kenal sangat dengan sikap neneknya yang amat menitik beratkan soal sarapan ini.

            “Belum. Tadi sempat minum yogurt je...”ucap Ashraf jujur. Orang kata jujur tu pahit untuk diungkap, namun untuk menyatakan pembohongan, itu lebih teruk.

            “Ya Allah, budak-budak ni...” Hajah Fatimah geleng kepala dengan wajah kesalnya.

            “Selalu ambil mudah pasal kepentingan bersarapan. Badan kita ni sangat memerlukan sarapan supaya kita dapat membekalkan tenaga untuk kita memulakan hari kita. Badan pun sihat. Nanti muda-muda lagi dah ada macam-macam penyakit, gastriklah, kurang vitaminlah, kurang zat besilah, itulah..inilah..kalau tak bersarapan nak buat apa-apa kerja pun tak boleh. Lesulah, tak bermayalah, tak bersemangatlah, cepat letihlah, macam-macam..” Hajah Fatimah menuturkan bicara panjang lebar kepada Sharlyna dan Ashraf yang sedang tertunduk.

            Hajah Fatimah memandang Sharlyna yang masih menunduk. Dia menggeleng kepala perlahan. “Kamu kena bagi Lynn ni makan banyak sikit ni, Angah. Risau nenek tengok isteri kamu ni. Pinggang pun bukan main kecik lagi. Ni kalau mengandung nanti macam mana?” Hajah Fatimah menyuarakan kebimbangannya.

            Sharlyna hanya mampu tersenyum kelat. Ashraf pula beria menahan tawanya daripada meledak kuat.

            “Dah, kamu pergilah berkemas dulu. Biar nenek tengok apa yang ada untuk dibuat sarapan..” nenek sudah menghilang ke dapur sambil mulutnya masih memperkatakan sesuatu namun tidak cukup jelas butir bicaranya untuk di dengari Ashraf dan Sharlyna.

            Sempat Ashraf tersenyum sinis pada Sharlyna sebelum dia melangkah ke tingkat atas semula.
            Usai mengemas barang-barang keperluannya ala kadar, Sharlyna turun mencari Hajah Fatimah di ruang dapur. Mahu membantu apa yang patut.

            Sarapan ringkas yang disediakan nenek disusun di meja makan bersebelahan kaunter bar. Ashraf yang baru sahaja turun sudah menarik kerusi sebelum melabuhkan duduk berhadapan dengan Hajah Fatimah. Usai membaca doa, masing-masing senyap sambil menikmati sarapan.

            “Makan banyak sikit Lynn.” Nenek meletakkan sepotong lagi sandwich ke dalam pinggan Sharlyna. Sharlyna tidak sempat mahu menolak. Sekilas wajah Ashraf yang sedang menyembunyikan senyum di hadapannya dikerlingnya tajam.

            Ashraf yang perasan dirinya menjadi tumpuan sepasang mata milik Sharlyna sedari tadi, membalas pandang sambil mengangkat sebelah tangannya seperti mahu menghantar pertanyaan - Apa?

            Sharlyna mencapai mug berisi teh suam di hadapannya. Lama-lama pandang mamat sengal ni buat sakit hati saja! Hisy!

            ‘Benci! Benci! Benci!’ bentak hati kecilnya. Sekali lagi dia menghantar jelingan pada si dia yang sedang duduk berhadapan dengannya.

*****


            Usai mengemaskan meja makan, Sharlyna membantu Hajah Fatimah mengangkat beg pakaiannya ke kereta. Ashraf sejak tadi sibuk membelek enjin Naza Sorentonya. Dah lama tak digunakan katanya. Kenalah check apa-apa yang patut. Takut meragam pula si Sorento ni kat tengah highway nanti.

            “Beg-beg ni biar saya yang angkut. Pergi check semua pintu dan tingkap dah locked properly belum.”Ashraf masih tidak mengangkat wajahnya daripada hut hadapan keretanya.

            Sharlyna hanya menurut tanpa syak. Dah Ashraf ni pun keluarkan arahan ala-ala ketua keluarga kan? Depan nenek pula tu. Memang sengaja nak menguji kesabaranlah ni!

            Ashraf mengukir senyum melihat Sharlyna yang hanya menurut tanpa sedikit pun membantah. Macam nilah isteri mithali, barulah suami sayang...kan?

            Tangan bergerak menghidupkan enjin. Bibir pula mula mengukir senyuman nakal. Ada agenda yang perlu dilaksanakannya kini. Sekilas dia mengerling ke arah Hajah Fatimah yang sedang leka berjalan-jalan di taman mini di laman hadapan rumahnya. Line clear! Segera langkahnya di atur ke dalam rumah semula.

*****

           
            Suasana sedikit sepi. Hanya suara DJ radio yang sibuk berkata itu ini sedari tadi sambil memutarkan lagu-lagu pilihan. Ashraf senyap sunyi, fokus pada pemanduannya. Sharlyna pula lebih selesa membuang pandang ke luar tingkap kereta melihat pemandangan sepanjang lebuhraya yang agak lengang ketika itu. Hajah Fatimah di tempat duduk belakang khusyuk dengan rantai tasbihnya.

            “Kamu ni kenapa senyap je, Angah?” suara Hajah Fatimah memecah kesunyian.

            “Ash okey je nek..” Ashraf yang tersentak bila Hajah Fatimah secara tiba-tiba menyoalnya semasa dia sedang sibuk mencuri pandang si isteri di sebelah.

            “Kenapa nenek tanya macam tu?” soal Ashraf sekadar cuba menukar topik. Karang kantoi buat malu je!

            “Nenek ni bukan apa. Kamu tu selama ni banyak mulut, bercakap tak berhenti. Banyak akal nak mengusik orang pun ia. Ni bila kamu diam membisu macam ni, risau juga nenek. Manalah tahu tak sihat ke kan?” Hajah Fatimah tertawa kecil. Kenal benar dengan perangan cucunya si Ashraf ni. “Nakal tak habis.” Sambungnya lagi.

            Ashraf turut menarik senyum. Tepat kena pada dia!

            “Nak nakal dengan siapa pula nek, dulu ada budak berempat tu bolehlah nak usik-usik. Ni semua dah sibuk.” Ashraf masih dengan senyuman. Rindu juga pada geng dia zaman muda-muda dulu.

            “Nak nakal dengan Puan Puteri kita ni, jangan haraplah. Silap-silap lebam kena gigit.” Ashraf ketawa besar sebaik Sharlyna yang sedari tadi buat tak endah dengan topik perbualan nenek dan dia, sudah berpaling lipat maut padanya. Amboi orang tu dah pandai main jeling-jeling manja ye?

            Senyuman Ashraf makin melebar. Hampir terlupa pada rajuknya dengan insiden tadi. Juga tuduhan ‘pencabul’ tadi.

            “Baguslah tu. Bawa-bawalah kurangkan perangai yang tak elok kamu tu. Karang dah ada anak, taklah anak kamu tu mengikut perangai kamu tu..” Tenang Hajah Fatimah menasihati.

            Ashraf garu kepala yang tak gatal sambil membetulkan duduk letak sunglassnya. Kenapa mesti topik anak ni dibangkitkan? Kenapa?? Kenapa???

            Sharlyna di sebelahnya sudah kembali membuang pandang ke luar tingkap.

            ‘Anak? Kalau dah setiap hari setiap saat asyik bertikam lidah je, nak ada anak apa bendanya?’ Ashraf menghela nafas panjang. Entah apa kesudahan kisah mereka ini agaknya ya?

*****
           

___________________________________

Sebagai pengubat rindu, sementara update Aurora Hidupku dibekukan buat seketika atas sebab-sebab tertentu:)

salam sayang utk semua, maaf sebab lama menghilang ^_^

4 comments:

Aalia Shahira said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

adakah part tangkap basah itu dirancang oleh ashraf ? hehe

interesting and melting (Y)

itu_aku +_^zue said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bila nk jd novel versi cetak ni.
lama dh tgu.
:(

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Arin..bile nk kuar novel ni..suddenly teringat n rindu nk bc cerita ni..

nursyafika said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Wahhhhhh semakin menarik ni !!!! Nk lagiiiiii