My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

28 December 2012

Love Make Me Smile 26



Nasha Athierah sengaja buat-buat sibuk sebaik terpandangkan kelibat Ammar Adwan yang mula mengatur langkah memasuki rumah. Adik iparnya, Amir Adwa menyusul di belakang suaminya. Orang yang ditunggu-tunggu sejak tadi sudah muncul didepan mata. Baru sejam lebih terpisah, hatinya sudah sesak dengan pelbagai perasaan. Risau melepaskan si suami yang begitu bersemangat mahu menyertai orang kampung solat berjemaah disurau berhampiran tadi. Walhal surau berkenaan hanya kira-kira 500 meter sahaja dari rumah.

Hes, sejak bila pulalah Nasha Athierah ni pandai nak gedik jadi overprotective sangat ni? Takkanlah nak dirantai je kaki tangan si Inche Ammar Adwan tu kat rumah 24/7 kan? Isy, isy!

 Ketika Ammar Adwan melintasi ruang tamu untuk ke bilik, sempat juga pandangan mata mereka bertembung sejenak. Namun Nasha Atierah lebih cekap mengalihkan pandangannya. Malu rentetan kes petang tadi tak habis lagi ni!

“Kak, apa yang ditunggu lagi? Tu Abang Wan dah balik, pergilah sana. Tadi bukan main lagi kata rindu-rinduan dengan Abang Wan kan?” Dengan muka tak bersalah, Nora Afieqah berkata sambil menyenggol lengan si kakak yang masih kaku menunduk di sebelahnya.

“Isy, manade! Pikah ni!” Tangan Nasha Atierah bergerak mencubit manja lengan si adik yang begitu sopan santun mengusiknya tadi. Mukanya terasa tebal berinci-inci dah ni. Isy, bertuah betul si Pikah ni! Tak patut betul budak ni kantoikan dia depan si Am dan...Abang Ammar Adwan kita tu tau. Lagipun, mana ada dia kata rindu-rinduan tu? Si Pikah ni gedik pula nak tambah perisa dia punya cerita karut lagi merepek tu.

Tanpa sedar Nasha Athierah dah makin menunduk, nak cover tahap ke-segan-an la kiranya ni.

“Alala, comelnya kakak ipar Am blushing macam ni...” Giat Amir Adwa pula yang sudah mengambil tempat berhampiran dengan Nora Afieqah.

“Ma...mana ada...bl..blushing,” Tergagap-gagap Nasha Atierah menjawab. Tak boleh buat geng betul Am ni. Belum apa-apa lagi dah tunjuk aura pro-Pikah je. Haisy.

“Meh, biar Am je yang tolong kat sini. Akak pergilah masuk sana. Pi checking Abang Wan, Am tu. Kut dia nak apa-apa ke?” Perlahan saja suara Amir Adwa seakan separuh berbisik kepada Nasha Athierah. Muka memang bajet tulus ikhlas tahap tak ingat, padahal dalam hati tengah gelak jahat sakan.

 “Dia nak apa-apa, apa?” Nasha Athierah berani mati buat muka blur sambil mengajukan soalan tempah maut itu. Tapi serius dia tak faham kenapa si Am ni nak aci main bisik-bisik macam tu siap nak sembunyi senyum bagai sekali? Motif?

Punyalah Amir Adwa bersusah payah kunci hilai tawa dia apabila si kakak iparnya ini boleh siap tayang muka blur + innocent yang sumpah comel gila tu bila dia usik guna ayat mintak pelempang bekermbar daripada Abang Wan dia tadi, sekalinya....terhambur keluar juga gara-gara tak tahan dengan soalan Nasha Athierah yang dianggapnya blur semacam sahaja.

‘Serius dia ni otak suci tahap apa tak tahulah. Memang sesuai sangatlah end-up dengan Abang Wan tu. Memang habis musnahlah otak suci kakak ipar aku ni...’ Amir Adwa masih syok bantai gelak terkekeh-kekeh.

Manusia yang nama Ammar Adwan tu, depan korang semua punyalah dia bajet cool dan gentleman. Ditambah pula dengan sikap dia yang macam sopan santun je dengan orang tua tu, mesti semua orang akan fikir orang yang nama Ammar Adwan Abd Razak ni adalah lelaki budiman yang baik-baik. Markah bonus, sebab dia berjaya jadi papa yang baik untuk Erina. Tapi...disebalik semua itu...hahaha, tersembunyi satu kebenaran yang selalu terlindung daripada pengetahuan umum.

Amir Adwa sebagai adik, yang dah berpuluh tahun hidup sekali dengan Ammar Adwan saja yang tahu perangai si abang seorang itu.  Percayalah belakang korang, kemain lagi evil-naughty-side dia tu ya.

Apa? Tamau percaya? Fine, just wait and see. Tak lama lagi, mesti dia reveal dia punya ke-nakal-an tu.

“Abang Am, Nana dah mula nak lelap dah tadi tu. Karang terkejut pula dia...” Nora Afieqah memberitahu sekaligus nak beri peringatan supaya lelaki dihadapannya ini segera menamatkan acara ketawa dia tu. Mungkin kerana letih, si kecil Erina Casandra sudah masuk tidur sambil ditemani Tok Mi tadi.

“Ha? Awalnya Cik Nana kita masuk beradu? By the way, minta ampun mintak maaf, abang memang tak boleh nak brek dah ketawa ni. Adedehh...” Amir Adwa masih tetap berusaha keras nak berhentikan ketawa dia ni. Nora Afieqah menggeleng perlahan dengan senyumannya.

Phew. Amir Adwa gosok kedua belah pipinya yang terasa sengal semacam sebab bantai gelak tak beringat tadi. Mentang-mentanglah orang tengah ramai kat dapur dan dekat luar sana, ditambah pula dengan suasana yang bukan main meriah lagi walau jam dah mencecah pukul 9.35 minit malam, bukan main suka lagi si Amir Adwa ni nak mengusik si kakak iparnya ini.

“Kak Atie, baiklah akak masuk jumpa abang tu sekarang. Kesian kat dia, dia kata dekat Am, minta singgah sini kejap sebab ada benda nak cakap dengan akak tadi. Erm?”Amir Adwa senyum nipis.

“Cakap apa?” Nasha Athierah garu kepala sendiri? Punyalah banyak tanya, sebab sebolehnya dia nak elak sangat daripada masuk menghadap bos yang dah pegang title suami dia tu.

No idea. Itu akak kena tanya tuan badan sendirilah,” Bijak sungguh jawapan Amir Adwa nak melepaskan diri daripada terus dihujani soalan-soalan innocent si kakak ipar.

“Kenapa tak call je? Kenapa...” Nasha Athierah dah mula masuk mood curios.

“Ehem,” suara deheman itu membuatkan soalan-soalan Nasha Athierah tadi terbantut di pertengahan ayat.

Tiga pasang mata menoleh kebelakang, mencari siempunya suara yang berdehem tadi.

            “Nak pinjam wifey abang kejap boleh?”soal Ammar Adwan. Akhirnya, terpaksa juga dia tebalkan muka pergi jenguk si isteri yang masih diruang tamu. Jenuh dia tunggu, tapi haram kelibat si Nasha Athierah ni langsung tak kelihatan menjejakkan kaki ke dalam bilik beradu pengantin tu. Dah lah time is running out. Sebelum kena halau dengan Auntie Yatt, eh silap! Sebelum kena halau dengan mak, baik dia cepat-cepat make a move. Kalau tak berjaya laksanakan hal ni malam ini juga, adalah dia tak mampu nak lena sampai pagi esok karang.

            “Haaa. Boleh sangat Abang Wan, Kak Atie kat sini bukan membantu pun, membatu macam tugu adalah.” Nora Afieqah menjawab selamba. Sengaja nak mengusik si kakak yang dirasakannya serba tak kena sejak petang tadi lagi. Selalu bukan main becok lagi mulut dia tu, ini entah kenapa tiba-tiba transform jadi sopan santun tak tahulah.

 “Atie, come. Abang nak minta tolong sikit ni, boleh?” Soal Ammar Adwan sambil menghulurkan tangannya untuk membantu Nasha Athierah berdiri.

Teragak-agak Nasha Athierah nak menyambut huluran tangan Ammar Adwan. Habis seram sejuk siap terketar-ketar tangannya nak menyambut tangan kanan Ammar Adwan itu.

“Tapi, awak nak saya tolong apa?” Entah kenapa malam ni mulut dia jadi peramah tak kena tempat pula. Semua perkara nak disoal selidiknya.

“Abang nak minta tolong carikan sesuatu.”perlahan Ammar Adwan berbisik dengan senyuman misteri menghiasi bibirnya.

Come,” tak sempat Nasha Athierah nak tanya lebih lanjut, laju sahaja Ammar Adwan menarik tangannya untuk berlalu dari situ.

“Wan, Atie...nak ke mana tu?” Satu suara menuturkan pertanyaan tersebut dari arah ruangan dapur.

“Ibu...”Ammar Adwan sengih sambil sebelah tangan menggaru kepala yang tak gatal. Alamak! Macam mana ibu boleh ada kat sana pulak ni?

“Wan....”sedikit mencerun pandangan Puan Wahidah sambil ditambah dengan nada suaranya yang berbaur amaran dan peringatan pada si anak.

“Err, Wan ada benda sikit nak cakap dengan Atie.” Jawapan selamat daripada bibir Ammar Adwan.

“Erm, cepat sikit. Kita nak kena gerak ke rumah mak saudara Atie dah ni. Kamu tu kena berehat awal untuk majlis esok.” Perlahan suara Puan Wahidah berkata pada Ammar Adwan sebelum dia berlalu mencari Amir Adwa diruang tamu.

Okay. 2 minit je, bu.” Ammar Adwan menolak daun pintu kamar pengantin sambil mengisyaratkan Nasha Athierah untuk masuk.

Pintu bilik dikatup rapat sebaik dia turut sama melangkah masuk ke dalam ruangan bilik sederhana luas itu.

“Kenapa?” Soal Nasha Athierah dengan kening yang hampir bertaut.

Ammar Adwan tidak terus menjawab sebaliknya dia hanya senyum sambil matanya tak berkelip memandang wajah Nasha Athierah yang nyata sedang tertanya-tanya.

“Isy, orang tanya dia boleh pulak aci senyum je. Macamlah saya boleh tahu apa yang awak nak cakapkan hanya dengan melihat senyuman awak tu? Awak ingat saya ni...”

Kata-kata Nasha Athierah mati serta merta. Bulat matanya dengan perlakuan mendadak Ammar Adwan yang langsung tidak dijangkanya.

Masa berlalu, dengan kesunyian membalut keadaan.

“Encik Ammar...?” teragak-agak Nasha Athierah bersuara dalam kepayahan. Sampai tersasul pergi panggil lelaki dihadapannya ini dengan panggilan skema itu. Lupa bahawa mereka kini bukan berada dipejabat apatah lagi berada dalam waktu pejabat.

“Erm. Abang. You should start calling me, ‘abang’. Now, I’m your husband instead of  your boss, kan?”Ammar Adwan bergerak merapatkan lagi kedudukan mereka yang kini sedang berdiri secara berhadapan. Biar senang sikit dia nak menatap wajah kesayangannya ini lama-lama. Jari telunjuk kanan yang tadinya nakal pergi sentuh bibir cantik si isteri sudah dialihkan.

“Err, okey. Tapi apa yang...aa..aa...” Haih! Nasha Athierah mengeluh perlahan. Wajah Ammar Adwan dipandang sekilas sebelum dia mengalih pandang ke sisi.

‘Mak oii! Kenapa berdebar tak pepasal ni? Selama ni okey je nak cakap dengan inchik boss ni walaupun gagap tu tetap ada, tapi kali ni dah kenapa boleh sampai jadi terkelu terus lidah ni ye? Aiyaa!’ Nasha Athierah rasa nak ketuk kepala sendiri. Apa punya loser ni? Nak sebut perkataan ‘Abang’ yang punyalah simple tu pun tak boleh apa citer?

Inhale. Exhale. Bertenang. Seketika kemudian, mata naik mencari raut wajah si suami yang sedari tadi masih berdiri dihadapannya ini.

“Tadi kata nak minta tolong sesuatu kan? Apa dia?” soal Nasha Athierah perlahan. Sengaja perkataan ‘Abang’ itu digugurkan daripada ayatnya. Cara nak selamatkan diri buat masa sekarang ni. Bijak tak?

“Siapa kata?” Ammar Adwan sengih keji. Sengaja nak usik si isteri. Kemain lagi dia ye? Orang minta panggil abang pun sampai terkelu lidah. Tadi kemain lagi dia punya mulut tu becok bercakap itu ini.

Berkerut lagi dahi Nasha Athierah memandang wajah Ammar Adwan. Ni apa?

“Eh bukan ke? Tadi yang abang cakap dekat luar tu?” Geram punya pasal, tak sedar diri sendiri dah TER-sebut perkataan keramat yang boleh menyebabkan kelu lidah jika disebut dibawah kewarasan normal ya.

Sengih keji Ammar Adwan tadi sudah bertukar menjadi senyuman manis tahap tumpah selori gula. Aiseyy, baru gertak sikit terus Puan Nasha Athierah ni berjaya menyebut perkataan ‘Abang’ itu untuknya ya? Kalau kita gertak heavy sikit, kita dapat apa agaknya ye?

Otak sudah mula membayangkan perkara-perkara yang berkemungkinan besar terjadi. Dan...senyuman tadi semakin mekar dibibir Ammar Adwan. Nasha Athierah binti Ahmad Nasir is my deary wife after all, kan?

“Oh, itu...” Ammar Adwan masih tak berkalih di tempatnya. Nasha Athierah yang seakan baru sahaja menghela nafas lega dipandang bagai nak tembus.

“...alasan je.”

Zaapp!

Terus Nasha Athierah berpaling lipat maut ke arah  Ammar Adwan. Alasan JE?!

“Atie, janganlah buat muka macam tu. Comel sangat, geram abang dibuatnya.”Tanpa sedar, laju saja ayat tak tahu malu ni meluncur keluar daripada ulas bibir Ammar Adwan.

Makin membesar mata Nasha Athierah dibuatnya.

Ammar Adwan tarik senyuman dipinggir bibir. Orang dah kasi warning jangan buat muka comel macam tu...tapi nak tunjuk degil ni kenapa?

Ammar Adwan menghela nafas perlahan. Cuba nak stabilkan rentak jantung yang sekejap laju sekejap perlahan ni.  Seketika kemudian, tangannya naik menyentuh mesra kedua belah bahu Nasha Athierah.

Nasha Athierah sudah risau bukan kepalang. Alamak! Dia nak buat apa ni?!

Tamau! Jangan! Jangan!!” tertahan-tahan suara Nasha Athierah sambil tangannya cuba menepis tangan Ammar Adwan yang hampir menyentuh bahunya. Gila kau nak main jerit kuat-kuat? Dengar dek orang-orang kat luar tu, terutama sekali mak dia...masalah besar diorang berdua nanti!

“Atie, awak fikir apa ni sampai pucat lesi muka gaya macam abang ni nak telan awak hidup-hidup je? Erm?” lembut suara Ammar Adwan menuturkannya. Rasa bersalah pula bila mengenangkan kelakuannya tadi mungkin menakutkan gadis senaif Nasha Athierah ni.

Melihatkan gelengan Nasha Athierah, Ammar Adwan spontan menggaru pelipis sendiri. “Abang bukan nak buat benda pelik-pelik pun. Ingat abang berani sangat ke nak langgar titah perintah mak mertua abang tu?” lembut suara Ammar Adwan seakan memujuk. Mungkin juga cuba nak menyakinkan si isteri.

Suasana kembali sepi buat beberapa saat.

“Tapi...boleh tak abang nak buat satu special request?” soal Ammar Adwan teragak-agak.

“Apa?”laju pula Nasha Athierah menyoal, sambil matanya singgah pada wajah Ammar Adwan yang kelihatan semacam sahaja.

“Erm... abang nak...”Ammar Adwan garu pula kepalanya yang tidak gatal sebelum tangannya bergerak ke depan dan ke belakang, mengisyaratkan dirinya dan juga Nasha Athierah. Nak terus terang macam seganlah pula. Ada pernah ke suami minta izin pada isteri nak buat benda ni? Macam kelakar pun ada. Aiyaa.

Mata Nasha Athierah sudah kembali membulat. Ni permintaan jenis apa? Tadi kata takut nak langgar perintah mak dengan ibu...tapi kenapa...

“Aaa, jangan salah faham. Abang cuma nak...h..hug...boleh?”cepat-cepat Ammar Adwan berterus terang dengan muka yang sudah terasa panas semacam. Kut lambat sikit je tadi, mahunya ada yang melompat kijang keluar bilik nak selamatkan diri. Sekilas wajah si isteri dikerling dengan hujung mata. Aiseyy, malu tapi mahu!

“Aaa?!” Terkejut Nasha Athierah dibuatnya. Nak apa tadi?!

Ammar Adwan sekali lagi menghela nafasnya. Tak sanggup rasanya nak berlenggah lagi. “Abang kira Atie setuju jelah eh. Sorry, tapi abang memang wajib kena peluk Atie sebelum gerak rumah Abang Aus kejap lagi. Takut malam nanti tak boleh tidur sebab asyik teringatkan isteri abang ni...”Tanpa menunggu jawapan persetujuan daripada Nasha Athierah, terus sahaja tubuh kecil itu ditarik kemas ke dalam pelukannya.

“Err...bukan ke...”

“Shhh...” Ammar Adwan menggumam sambil tangannya mengemaskan pelukkan.

Nasha Athierah mula rasa lain macam. ‘Punyalah ketat dia ni peluk aku, sampai rasa nak putus nafas dah ni...’Nasha Athierah cuba untuk merenggangkan sedikit pelukan Ammar Adwan.

Please, stay still...”

Ammar Adwan terkedu seketika apabila pelukannya terlerai.

“Oksigen...oksigen...”tercungap-cungap Nasha Athierah mengambil udara.

Ammar Adwan pula yang berkerut dahi melihat si isteri yang sedang memandang mukanya sambil tercungap-cungap mengambil udara.

“Ketatnya peluk orang, sikit lagi saya nak pitam tak cukup oksigen tau...”

“Eh, sorry! Abang tak sengaja...”kalut seketika Ammar Adwan mengusap bahu Nasha Athierah.

“Nak abang tolong tak ni? Macam parah je abang tengok awak cari nafas ni?” Ammar Adwan tayang muka serius pada Nasha Athierah.

“Ha...a..bang nak tolong macam mana?” Nasha Athierah masih sibuk menstabilkan rentak nafasnya. Wajah serius si suami ditatap terus.

Wajah Ammar Adwan masih tetap serius.

“Tak ada pilihan dah ni. Ada satu cara je ni,” Luah Ammar Adwan. Muka bajet tulus ikhlas padahal sebenarnya kepala tu dah ala-ala nak tumbuh tanduk.

“Apa?”

“Abang tolong kasi CPR, nak?” perlahan suara Ammar Adwan berbisik nakal pada Nasha Athierah yang dah bulat mata.

Serentak itu terasa tubuhnya ditolak jauh-jauh oleh isterinya itu.

“Terima kasih je lah. Saya dah okey ni.” Laju Nasha Athierah menjawab dengan muka yang pucat lesi.

“Betul?” Ammar Adwan bernada mengusik.

Nasha Athierah angguk laju-laju.

“Baguslah.” Ammar Adwan bergerak ke hadapan. Selangkah mendekati si isteri. Jari tangan kanan naik mengusap perlahan kening kiri Nasha Athierah, sebelum kening yang cantik terbentuk secara semula jadi itu dikecup lembut.

Got to go, my dear wifey. Sebelum mereka yang diluar tu gegar pintu bilik ni bagai nak tercabut, baik abang balik rumah Abang Aus sekarang.”Sekelip mata bibir sudah berjaya mendarat di dahi Nasha Athierah yang dilindungi dengan tudung bawal yang dipin ringkas.

Nasha Athierah yang tergamam hanya mampu mengangguk lambat-lambat. Matanya saling berbalas pandang dengan Ammar Adwan. Rasa nak melayang dah badan ni lepas dapat dua hadiah tadi tu. Err, hadiah?

Gi-la gempak punya hadiah. Boleh menyebabkan jantung jadi tak normal pulak tu!

Sweet dream,” sambung Ammar Adwan lagi.

Nasha Athierah hanya mengangguk perlahan.

Sesaat. Dua saat. Sepi. Beku.

Nasha Athierah kerah segala semangat yang masih bersisa untuk menegakkan wajah ke hadapan. Memandang Ammar Adwan yang masih tiada tanda nak melangkah keluar.

Senyuman entah kenapa rasa mudah sahaja terbentuk dibibirnya ketika itu. Lambat-lambat tangannya mencari tangan kanan Ammar Adwan. Disalam hormat tangan lelaki itu.

“Hati-hati jalan. Kalau ada nak apa-apa, bagi tahu saya...” sempat Nasha Athierah berkata. Manalah tahu si suami yang kena paksa tidur dirumah sebelah ni tak selesa ke apa kan?

Ammar Adwan senyum tenang dengan perlakuan manis si isteri. Comelnya dia salam tangan kita!

“Apa-apa je?” soal Ammar Adwan.

“Erm, selagi boleh dan munasabah, insya-Allah.”Nasha Athierah menjawab dengan senyuman.

“Abang nak Atie, boleh?” soal Ammar Adwan. Sekadar nak mengusik pada mulanya.

Nasha Athierah diam sesaat dua.

“Atie kan dah jadi milik abang? Bukan ke?” Soal Nasha Athierah sambil sepasang keningnya yang cantik itu sudah dikerutkan.

Ammar Adwan menggeleng kepala perlahan. Kenapalah isteri aku ni comel sangat? Karang ada juga yang sampai esok pagi tak keluar dari sini...

“Assalamualaikum,” kepala Nasha Athierah yang masih buat muka comel itu diusap perlahan sebelum sekali lagi dahi si isteri menjadi sasaran bibirnya.

Pintu bilik dikuak perlahan. Lambat-lambat langkahnya diatur keluar. Sebaik sahaja kakinya dijejakkan ke luar, sekumpulan insan-insan yang sedang duduk bersantai di atas sofa sambil memandang tepat ke arah bilik pengantin ini menyentak jantungnya.

“Amboi....lamanya 2 minit dia ye?” Puan Hayati bertanya sambil mengangkat sebelah keninnya.

Ammar Adwan telan liur yang terasa kesat semacam.

“Maaf, Wan cari Tok Mi kejap. Nak ambil Erina,” Terus sahaja Ammar Adwan berdesup menuju ke bilik Tok Mi dibelakang. Tadi dia ada terdengar perbualan Amir Adwa dengan Nora Afieqah berkenaan si kecil Erina Casandra ni.

“Wan... ni, kami dah siap bawa Erina dah ni.” Suara Puan Wahidah yang lembut dan gemersik itu hampir saja menyebabkan Ammar Adwan tersadung bucu permaidani di lantai. Lambat-lambat dia berpaling. Benar, dilihatnya Erina sedang pulas tidur diatas pangkuan Amir Adwa yang duduk bersebelahan dengan Puan Wahidah.

“Err...” Ammar Adwan garu kepala yang tak gatal. Duduk letak songkok hitam dikepala spontan dibetulkan. Okey, mana patut aku sorok muka sekarang ni? 

********
HI:)

Soooo sorry. Lama sy tak update entry kat sini. Sibuk dengan life, jd tak mampu nak jenguk sini utk buat new entry.

Hopefully, enjoy reading yaa. Thanks ^_^

 



12 comments:

Wan Ruzana said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

waaaaaa lme ny tgu en3 bru,.nk lagiii keke

ciknie said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

akhirnya ada post bru

norma yusof said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best2..da lama menanti..:-)

gerau said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

baru jumpe blog ni. hehe next entry please ;))

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

serius lama... tp puas akhirnya dpt baca jugak n3 neh...rindu kat dorang...!

nurash said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wahhh best ..melepas rindu huhuhu

Lieynaim mohd noor said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama sgguh ... rindu..

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak lagi .

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak lgi....best...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Nak lgi....best...

Nur Aqilah said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

nak n3 strusnyaaaaa .. cepat2 la update kak arin .. x sbr la nak tnggu ..

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ampun maaf! apapun, thanks masih sudi jejak singgah sini baca LMMS. sayang kalian semuanya!
^_^