My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

24 January 2013

KONTRAK CINTA PJJ(Perhubungan Jarak Jauh)-chapter 1- by Arin Arida



Dari hati Na’ie

So, that’s all for today. Thank you, pupils.”Miss Nadhia mengucapkan sambil tangannya bergerak menyusun buku-buku di meja. Netbook VIAO-nya ditutup sebelum dia mengangkat wajah memandang kami.

Thank you, Miss.”semua pakat jawab sambil tutup buku-buku dan kemas meja.

Have a nice day ahead, children.”katanya sambil tersenyum mengusik.

“Missssss.......”...dan seperti selalunya, semua kawan-kawan sekelas termasuklah aku akan buat nada tak puas hati padanya. Miss Nadhia ni suka sangat panggil kami ‘Children’ sedangkan kami ni dah masuk stageTeenagers’ kot?

“Yeah, I know I look stunning in this baju kurung.Thanks,”kata Miss Nadhia lagi sambil tergelak kecil.

Masing-masing buat muka dengan usikan cik pensyarah kami ni.

“Dah-dah la buat muka budak-budak tu. Pergi turun kafe sana. Breakfast. Jaga kesihatan, mid-term is just around the corner, remember?” Seperti selalu, Miss Nadhia memang suka juga buat pesanan penaja begini pada kami. Maklumlah, dia sayang kami lebih la tu. Hi Hi.

“ Miss Dhia, may I say something?”tiba-tiba satu suara kedengaran. Kemudian, semua 24 pasang mata memandang tepat ke arah si empunya suara, si class-rep.

“Erm. Make it short ya. I got clas after this. So, what was that?” Miss Nadhia anggukkan saja.

Sure. Just wanna says that you really look stunning in that baju kurung, Miss.” Si class-rep dah sengih lain macam. Kami yang lain pun ikut sengih juga sambil pandang Miss Nadhia. Sengih ada makna ni.

Old-fashioned trick, my dear. Pujian ada makna tu. Kalau nak saya belanja, please make sure that my subject for final is 4.00, then baru kita decide nak makan apa dan di mana semua tu, and I’ll pay. Is that clear enough?” Miss Nadhia senyum lagi.

Aku tepuk dahi dengan kenyataan pensyarah aku yang seorang ini. Cik Nadhia Bt Zakariyya ini adalah pensyarah bagi subjek Discourse and Pragmatics. Cantik manis orangnya. Pensyarah yang friendly, tapi tegas bila kena masanya. Kalau tak tegas, nanti pelajar naik tocang pula. Dia juga yang susah nanti. He he.

Dengar je Miss Nadhia kata macam tu, semua pakat bersandar lemah pada kerusi bilik tutorial tu. Gila nak 4.00 = A, sedangkan nak dapat lulus tu pun bukan kerja senang tau untuk subjek yang satu ni. Complicated kot, ingat subjek bahasa ni boleh pandang remeh dan senang belaka ke?

Mark my words ya. I’ll be going first, ada lecture dengan your junior.Take care,” Miss Nadhia berjalan ke pintu, dan automatik juga kami semua bangkit berdiri sebagai tanda hormat pada dia.

You too, Miss. Take care,” Seorang kawan aku tolong jawab bagi pihak kami yang lain sambil buat muka comel dia.

Bayang Miss Nadhia hilang. Semua buat hal masing-masing.

“Na’ie, nak gi sarap dulu tak?”kawan disebelahku bertanya.

“Erm, boleh juga Wa.” Aku senyum segaris pada Wafia. Barang-barang aku kemaskan dan simpan elok-elok dalam handbag gebadak aku. Aku ni jenis yang malas nak angkut banyak beg dalam satu masa. Sebab tu aku suka bawa handbag besar, boleh sumbat semua barang-barang aku dalam satu beg je. Tapi beratnya memang mak oii la! Sengal bahu juga la dibuatnya.

“Jomlah, lambat nanti sesak pula. Waktu macam ni semua orang tengah sibuk carik sarap.” Wafia sumbat earphones ke telinga sambil tangannya mula menekan-nekan keypad handphone. Kawan baik aku ni kalau berjalan kena dengar lagu, baru bersemangat nak jalan katanya. Aiseyy, macam-macam perangai. Tapi macam-macam perangai pun, kawan baik aku jugak. Aku sayang dia, dunia akhirat.

Korang, kelas petang ni on ye. Encik Zarul baru text aku, buat comfirmation. Venue tukar ke BS3026.” Si class-rep buat pengumuman kat depan kelas.

“Berita faham, boss.” Hampir serentak kami menjawab. Dah biasa macam ni pun dengan dia.

Class-rep senyum lebar. “Bagus. See ya.” Lepas tu, dia pun lesap disebalik pintu.

Aku pandang Wafia disebelah. Amboi seronok dia dengar mp3 ye? Ni mesti tak dengar announcement Mr class-rep tadi. Sah.

Aku tarik tangan dia ke pintu keluar. Nantilah aku re-inform kat dia. “Jom.” Kataku sepatah.
Kami berjalan menuju ke kafeteria. Suasana agak nyaman pagi itu kerana hujan renyai pada awal pagi tadi masih meninggalkan kesan sejuk dan dingin.

Kami mengambil tempat setelah membayar makanan. Menu simple saja, makaroni goreng dengan sosej dan juga teh o suam. Wafia pula nasi goreng cili padi dengan ayam goreng seketul dan juga milo.

Doa dibaca dan kami mula makan. Tengah syok makan tu, tiba-tiba aku baru teringat sesuatu. Lengan kiri baju kurung diselak sedikit.

Alamak! Baru perasan terlupa pakai jam! Maklumlah dah terlewat nak ke kelas Miss Nadhia pagi tadi. Sudu dan garfu diletakkan ke permukaan pinggan. Makaroni masih berbaki separuh. Sebelah tangan sibuk menyeluk perut handbag. Maklumlah, banyak sangat barang kat dalam tu, jadi susah pula nak cari kelibat handphone aku.

Isy, jangan phone pun tertinggal dah la. Haru jadinya nanti.

“Aha, gotcha. Alhamdulillah,” Sungguh, lega betul hati bila benda yang dicari berjaya dijumpai. Sebenarnya malas yang amat kalau nak kena patah balik ke kolej kediaman semata-mata nak ambil handphone ni. Kalau dekat takpe la juga.

Skrin handphone kuamati dengan tujuan nak lihat jam, tetapi...

‘Ada 10 missed call, early in the morning macam ni?’ notify tersebut aku tolak ke tepi dahulu untuk membuka sms yang dikirimnya pula.

Ian: Hi my dear r u ok? Y didn’t u picked up my call? Im-worried-to-death-u-know?

Aku senyum segaris membaca ayat yang muncul di skrin telefon bimbit. Pakcik nilahhh...!
Aku membalas SMS-nya itu.

Na’ie: Assalamualaikum:) Ian(eeyaan), Im fine la. Tadi phone silent, u know class Ms Nadhia kot. Mgamuk dia kalau ad bunyi asing masa dia tengah mengajar. So Y did u called me? Checking me huh?

Aku mencapai sudu daripada pinggan. Makaroni yang masih berbaki disuap ke mulut. Ketika itu satu lagi pesanan masuk.

Ian: Wasalam. Talk to u later.

Aihh! Lain macam je gaya ayat pakcik sorang ni?

Na’ie: Sulking, huh?

Saje nak usik-usik dia. Tapi gaya memang macam orang merajuk. Ayat pun pendek je, biasanya bukan main manis berbelit- belit lagi ayat dia.

SMS dihantar.

Ian: Tade-nyer org tu nk pujuk pun if i sulking. What a waste *rolled eyes*

Amboi? Ini betul merajuk ke apa?

Na’ie: Mohd Aakif Farhan....

Nama dia aku taip, dan SMS dihantar. Gaya macam geram je dah ni. Dia ni main-main ke serius? Tapi daripada gaya ayat memang macam orang tengah jauh hati. Kalau betul merajuk, dah satu hal pulak aku nak kena pujuk nanti.

Ian: I’m NOT sulking. I’m in lecture hall right now. Will catch u later, dear.  By 9pm-TM hour.

Dahi yang berkerut tadi hilang bila membaca SMS balasannya. Patutpun. Ingatkan merajuk ke apa. Tapi ni attitude apa pula masa lecturer duk sibuk bercakap di depan dia pulak sibuk berSMS di belakang? Tak boleh jadi ni, aku kena cut off the sweet conversation ni.

Na’ie: Fine wif u?

Aku suap lagi makaroni terakhir ke mulut. Dalam otak berkira-kira sama ada aku ada apa-apa hal dalam waktu tersebut ataupun tidak. Pukul 9 malam kat sini, kalau kat sana mungkin nak dekat midnight dah. Kesian pula kat pakcik tu nak tunggu lama. Dahlah penat sehari suntuk dengan study dia, lepas tu kena pula tunggu aku kan?

Ian: Fine wif u?

Aihh. Ni apa copy semula ayat orang? Tapi kalau dia dah tanya macam ni...

Na’ie: ok, noted. 9 pm-TM hour. Study well, Ian. Focus! Nanti fail paper kan susah? Take care, Assalamualaikum.

TM stands for Tanah Melayu, bukan Telekom Malaysia. Dan seperti biasa, pak cik Ian ni memang perlu kena bebel selalu.

Ian: Wa’alaikumsalam and thanks, dear. Oh ya mmg susah if I kena repeat paper ke apa nanti. Lambat habis study = lambat jejak TM  = lambat dapat kawin. Haha, btw u too. Take care [love]

Usai membaca aku terus tepuk dahi. Macam tu pulak katanya? Aiyaa...

Handphone aku masukkan ke dalam beg semula. Muka mula mencari Wafia dan...

“Bahagia je muka? Abang long ke?”soal Wafia dengan muka suspicious dia tu.

“Isy, bila masa pula aku ada abang ntah?” Aku buat muka tak bersalah sambil sisip teh o suam aku.

“Eh budak ni, kau tu kan anak sulong dan adik-adik kau semua pun assign kau dengan panggilan Along. So, bila kau dah kahwin nanti, suami kau mestilah orang especially adik-adik kau akan gelar Abang long, kan?” katanya bersemangat dengan muka bercahaya.

So, apa kaitannya?” tanyaku tak faham. Sengaja buat-buat tak faham sebenarnya.

Kulihat Wafia tepuk dahinya berkali-kali. Ala, stress lah tu nak jawab soalan sengaja-buat-buat-tak-faham aku tadi. Ha ha. Sabar jelah Wafia oii...!

“Dah, jom singgah library jap. Benda tak penting kita tolak tepi dulu, setuju? Sekarang, jom pi settle hal kita dengan assignment berbakul-bakul kita tu dulu,” Aku dah bangkit sambil merapikan semula baju kurungku.

“Yelah...Kak long,” Wafia senyum sambil mencapai beg galasnya.

What? Kak long?” soalku.

“Yeah. Kau kan tua daripada aku?” dengan muka tak bersalah Wafia menjawab. Kami mula bergerak menuju ke perpustakaan.

" Aku ingat kita sebaya,” Aku jeling Wafia yang buat muka dek di sebelah. Ada hati pulak dia ni nak perasan muda bagai kan?

“Kau kan tua sebulan daripada aku, remember?”jawab Wafia sambil menepuk bahuku.

“Ceh, sebulan pun nak berkira ke?” soalku lagi.

“Eh mesti. Aku kan, the annoying adik?” Wafia ketawa suka. Cis, siap perasan dirinya pangkat adik pula dengan aku!

Dan seketika kemudian, ketawa kami bergabung. Tapi ketawa kena cover sikit ye. Tengah orang ramai kut, tak proper nak gelak over sangat.

*****

Sebaik usai aku menunaikan solat Isyak, handphone aku di meja study berdering.

“Bagus betul timing. Elok je aku selesai solat. Entah siapalah yang call aku masa macam ni?” gumamku perlahan sambil mengangkat kain telekung supaya tidak menyapu lantai.

Ian? Sekilas jam dinding aku kerling. Baru 8:40 malam waktu TM. Biar benar dia ni? Kata siang tadi pukul 9?

“Assalamualaikum,”Aku berjalan keluar balkoni tempat kami satu rumah sidai pakaian untuk dijemur. Tidak mahu menganggu kakak sebilik yang kebetulan sedang mengaji seusai bersolat isyak tadi.

“Wa’alaikumsalam,” suara Ian agak serak ditelingaku.

“Kenapa suara pelik? Tak sihat ke? Demam? Dah check doktor? Awak okay tidak ni?” Mulalah otak aku ni nak sangka yang bukan-bukan dah. Risau punya pasal dengan orang yang jauh di perantauan ni.

“Aauuw, sweet-nya you risaukan I...”dia boleh pula gelak-gelak kat sana?

“Banyaklah awak punya sweet. Awak tu dahlah jauh daripada family semua, kalau jatuh sakit kan susah?” Gumamku perlahan. Orang serius, dia suka main-main. Gggrrr (geram)!

I’m fine, sihat sejahtera je, Alhamdulillah. Tadi I tengah siapkan assignment, tak sedar bila terlelap. Tahu-tahu alarm handphone I bunyi sebab I memang dah set timing untuk call you tadi. Takut terbabas dengan assignment semua ni. Tu yang suara pun tak sedap macam selalu ni. Kantoi, baru bangun tidur...” Dia menjawab sambil berdehem beberapa kali. Nak betulkan tone suaranya barangkali.

“Awalnya call? Kata pukul 9 masa Tanah Melayu? Sekarang baru pukul 8:40, saya pun baru selesai Isyak...” Soalku sambil memerhati persekitaran kampus yang sayup-sayup dipandangan. Cantik di warnai cahaya lampu jalan. Masih meriah dibawah sana dengan kenderaan yang lalu lalang.

Eh? Apasal dengan aku sekali terjebak guna I – you ni? Ouh, ini tidak bagus ya.

“Tak sabar nak tunggu 9 o’clock. Rindu.” Itu jawapan daripada dia, Mohd Aakif Farhan yang kini sedang jauh beribu batu di negara kanggaroo dan koala itu.

“Oh gediknya, jawapan dia.” Aku tertawa kecil. Dia pun sama.

“Gedik, but seriously I memang tengah rindu you. Sehari suntuk ni I tak dengar suara you. Tak tenang hati I. Nak buat kerja apapun serba tak kena.”

“Oh how sweet of you...”Aku sengaja buat gaya gedik. Saja nak test dia. Dia mula menghamburkan ketawa di sana talian.

 “...nak mintak kena hempuk dengan bakul laundry saya ke? Kalau nak tenangkan hati, pergilah solat sunat apa ke, tak pun mengaji. Ini pergi call saya dah kenapa?” sambungku sebaik dia di sana talian sedang seronok bantai gelak. Amboi, suka ye?

Dia gelak kuat.

I dah agak. Tak kasi chance langsunglah you ni. I baru nak masuk mood jiwang tau,” Kata dia.

“Yelah tu. Dah lewat ni, awak nak cakap apa sebenarnya?”Aku cepat-cepat memotong bicaranya.

“Tak sudi sembang dengan I? Atau you tengah busy? I ni menganggu ke?” soalnya dengan nada sedih dan sayu.

Aiyoyo, pakcik ni memanglah! Anak bongsu memang suka sentap cenggini eh? Sensetif amat kut...

“Awak, saya kesiankan awak, kena korbankan waktu rehat awak untuk sembang dan dengar saya ceramah free macam ni. So, please don’t get me wrong? Lagipun kos panggilan dari sana ke sini bukannya murah. Better guna untuk perkara penting. Simpan untuk call mak ayah awak ke?” aku garu kepala yang masih berbalut telekung. Tapi betullah kan? Daripada dia spend banyak duit nak call aku cakap benda-benda macam ni, baiklah dia simpan buat call nak tanya khabar mak ayah dia kan?

I buat ni untuk orang yang I sayang. Salah ke?” soalnya.

“Saya hargai effort awak semua ni, tapi to be truth, dalam masa yang sama saya rasa bersalah. Saya tak nak susahkan awak...” kataku pula. Yelah, apa dia ingat scholarship dia tu banyak sangat ke untuk dibazirkan macam ni?

Terdengar bunyi dia mengeluh di sebelah sana talian.

“Ian...” Aku memanggil namanya perlahan. Isy, aku terlepas cakap apa-apa yang tak patut ke?
“Ian, saya minta maaf kalau perkataan saya melukakan hati awak,”luahku serba salah. 3 tahun lebih mengenali lelaki ini, aku cukup faham dengan sifat sensetif dia tu. Pantang aku salah cakap sikit, mahu 3 – 4 hari dia merajuk boikot aku.

 “I’m fine. As long as I can hear you, I’ll be fine. Dear, I betul rindu you ni. Macam mana?”soalnya tiba-tiba.

Dan, soalannya yang satu ini berjaya membuatkan aku terkaku dan terkedu di balkoni bilik apartmen.

Dear...”

“Na’ie. ” tegurku sedikit tegas. Aku tidak mahu terleka dan terbuai dengan kata kata panggilan yang dia gunakan. Aku faham dia mahu menunjukkan perasaan hatinya melalui panggilan-panggilan manis sebegitu, tetapi bukankah lebih baik dia menyimpan keistimewaan panggilan itu untuk isterinya yang sah nanti? Aku tidak mahu menjadi perampas hak yang bakal membuatkan kata panggilan yang cukup istimewa itu hilang seri dan magisnya apabila tiba waktu dan ketikanya nanti.

Dear....dear...dear...” Ian ku rasakan sekan sengaja mahu mencabar kesabaranku.

“Mohd Aakif Farhan...”meleret suara aku menyebut namanya, menyatakan amaran secara tak langsung.

“I don’t want. Nak guna dear jugak.”katanya tak mahu beralah.

You tak letih ke setiap kali nak kena argue pasal hal ni? You tahu kan I tak suka you panggil I dengan perkataan spesis macam tu? I taught I dah explain panjang lebar pada you,  tentang semua forbidden words ni kan?”kataku. Isy, ni yang buat rosak suasana harmoni. Dari dulu lagi.
Aku dengar dia di sana mengeluh entah buat kali yang ke berapa. Awal-awal lagi aku dah warning dia, aku bukan macam gadis lain. Yang manja, yang suka cakap lemah lembut dengan boyfriend, yang pandai pujuk kalau boyfriend dia merajuk semua tu. Aku dah beritahu dia awal-awal, aku ni vice versa dengan girlfriend impian dia. Aku ni keras kepala, degil, selfish, tak pandai nak cakap lemah gemalai dengan boyfriend, tapi dia pun boleh tahan degil juga nak hubungan ni naik satu tahap lagi. Berkajang-kajang kertas aku guna nak senaraikan segala keburukan jika dia berdegil nak teruskan hubungan kami ke arah yang serius begini. Aku siap kasi checklist aku punya pantang larang pun dia kata dia okey je. Ketika itu, Ian begitu tenang menjawab;

I’m fine with it. I pernah baca artikel yang mengatakan perempuan yang garang sebelum bernikah akan jadi sangat manja selepas bernikah. Ini kerana, dia garang sebelum nikah atas sebab mahu menjaga kehormatan dirinya, namun dia akan berubah menjadi sangat manja selepas nikah kerana sememangnya itu yang sepatutnya. Erm, actually, I wonder bila agaknya I dapat lihat my Na’ie yang selalu garang ni jadi jinak after nikah nanti. How sweet it can be, sebab selama ni, I perasan, dalam you sibuk tunjukkan sisi garang you tu pada I, somehow I tetap rasa potensi you ke arah versi gadis idaman I, for my future bidadari hati. Yang sweet, lemah lembut, penyayang, bertimbang rasa, dan paling penting tak garang macam sekarang ni.”

“Boleh percaya ke artikel tu?” duga aku.

We will see. Boleh ke you resist untuk mempertahankan lakonan garang yang dibuat-buat ni or not. I have my own plan.” Ian ketawa penuh makna.

Dan, jawapan inilah yang membuatkan aku hilang hujah nak membidas kembali ketika itu.
Aku menghela nafas perlahan. Kenangan itu...Ian yang selalu sahaja hadir dengan idea-idea pelik tapi benar dia untuk membuatkan aku terkedu mencari hujah balas.

Sorry if I hurt you, tapi tolonglah. Hormati permintaan I ni?”pintaku dengan suara yang cuba aku lembutkan.

I sayang you, tapi tak bermakna you boleh pijak kepala I. You nak I hormati permintaan you, tapi you sendiri tak pernah nak fikir untuk pihak I. I bukan buat permintaan yang merepek dan melampau. I cuma nak panggil you dengan satu special word, satu perkataan yang dekat dengan hati I...dan itu pun jadi masalah besar?” Suara dia jelas kecewa dengan sikapku.

Aku diam sahaja. Suasana agak tegang. Ada aura nak berselisih faham yang akan mengakibatkan hati terluka lagi ni.

 “Siapa I pada you, Na’ie? A stranger? A friend? A BFF(best friend forever)? Never be your someone special?”soalnya pula.

Ah sudah! Ni dah kenapa pula jadi macam ni? Oh Tuhan...

“Ian...”

You sedar tak betapa terseksanya hati I sekarang ni? Betapa sakitnya menahan rasa rindu ni?”soalnya lagi dalam sendu.

Tangan kananku menekup handphone ke telinga, tangan kiri pula menggenggam kuat bucu kain telekung. Mendengar nada suaranya yang seakan tertahan-tahan itu membuatkan hatiku dipagut rasa sebak. Rasa yang cuba dia sampaikan melalui bait ayat yang diucapkannya tadi terasa meresap ke dalam jiwaku.

Sakit. Pedih. Seksa.

You tak mungkin dapat rasa semua tu.” Dia gelak. Aku tahu gelaknya itu hanya dibuat-buat. Gelak sinis. Gelak tawa yang menyimpan rasa luka dan duka.

“Sejak dulu, I rasa I je yang terhegeh-hegeh mengemis cinta dan sayang daripada you. Ya, I mengaku, dulu I yang paksa dan ugut you untuk terima I...”suaranya jelas bergetar.

Selfish ke I sebab beritahu you apa yang I rasa? Salah I ke bila rasa cinta ni wujud untuk you?” soalan demi soalan daripada dia menghujani aku. Aku bisu dalam sendu yang tak mampu disembunyikan lagi. Setitis air mataku jatuh jua ke pipi.

I tak pernah terfikir, yang I akhirnya akan end up dengan fallen in love with my own dearest best buddy. But since Dia dah aturkan begini, I take it as a bonus. Tahu sebab apa? Sebab bagi I, I beruntung kerana jatuh cinta pada seorang gadis yang I kenal, yang I adore dan pandang tinggi selama ni. The girl yang memahami I even dia dan I sebenarnya berbeza pendapat dalam banyak hal. Ya, mungkin tempoh perkenalan kita terlalu singkat dan mungkin ada banyak perkara lagi yang kita tak tahu tentang satu sama lain, tapi bagi I ini semua bukan masalah besar. You’re just one in a million that I can ever imagine to lose you...”Getaran suaranya jelas menyatakan si empunya suara sedang menitiskan air mata.

Dan, air mata seorang lelaki sangat berharga. Lelaki bukan seperti perempuan, yang boleh menitiskan air mata walau pada hal-hal yang kecil dan remeh. Justeru, bila mana seorang lelaki mula menitiskan air mata...

...itu tandanya, dia benar-benar ikhlas. Lelaki ada ego yang tinggi melangit, jadi apabila dia menitiskan air mata, secara automatiknya ego tersebut jatuh menyembah bumi.

Dan ketika ini...

Ian. Mohd Aakif Farhan is crying. Sebab aku.

“Ian...”

I tak rancang semua ni, Na’ie. I tak tahu sejak bila rasa ni hadir untuk you. Bila I sedar, rasa yang satu ni dah jadi terlalu sukar untuk dihalang, apatah lagi dibuang.”

Aku hanya memasang telinga, mendengar luahannya.

“Ian, saya...”

I penatlah Na’ie. Kita cakap lain kali.” Dia memotong kata-kataku.

Dan, buat pertama kalinya, dia menamatkan panggilan tanpa ucapan selamat malam dan pesanan-pesanannya seperti selalu. Selalunya walau dia sedang merajuk macammana sekalipun, dia tetap akan ucap selamat malam dan ‘take care’ pada aku.

Aku renung skrin handphone yang sudah gelap. Segelap langit malam di atas sana. “Jahatnya aku. Kejam sangat ke layanan aku pada dia?”perlahan soalan itu aku tujukan pada diri sendiri. Nafas kuhela lemah sambil kaki mula mengatur langkah memasuki bilik.

Kak Yin kulihat sudah selesai mengaji. Dia kelihatannya sedang berdiri didepan pintu lokernya.

“Qira, kita stress lah nak suaipadan baju dengan tudung kita ni. Macam bosan je asyik pakai baju kurung ni dengan tudung putih ni. Qira ada cadangan tak?” Kak Yin menayangkan baju kurung cotton kesayangannya yang cantik dengan taburan bunga kecil penuh. Sebelah lagi tangannya memegang tudung bawal putih yang masih bersangkut pada hanger.

Fenomena biasa kat hostel uni. Nak duduk sini sementara je kan, jadi memang tak kuasalah nak bawa baju kurung sampai beratus helai. Recycle je mana baju yang ada, kita bukan artis pun kalau pakai baju yang sama berulang kali orang akan hentam dan kutuk kaw-kaw kat dalam twitter dan newspaper.

Berkerut dahiku seketika. Duduk aku labuhkan pada birai katilku yang bersebelahan dengan katil Kak Yin. Kak Yin, memang suka benar dengan warna-warna lembut yang agak kusam.

Tamau tudung bawal putih tu. Apa kata ganti dengan tudung kaler pinkish purple tu?” Kataku sambil mengisyaratkan tudung yang masih bersangkut elok di dalam loker.

That one? Are you serious, darling? Tak nampak pelik ke? Esok kita ada presentation...wuwu,” Kak Yin buat muka comel.

Aku senyum segaris.

Changes is bitter, because we try to be better. Kena ambil risiko ni, Kak Yin...” aku kenyit mata mengusik dia. Sebak menusuk hati, tapi sebolehnya aku kawal sebaik mungkin daripada disyaki oleh Kak Yin. Ini ayat yang pernah diucapkan oleh Ian padaku. Hobi yang kami kongsi bersama, iaitu saling bertukar-tukar inspirational quotes setiap hari.

“Erm, betul jugak apa Qira cakap tu. Kejap,” Kak Yin bawa baju kurung dan tudung dengan warna pilihan aku tadi kehadapan cermin besar dibilik kami itu,

Okay-lah. Kita guna ni,” Kak Yin memutuskan. Aku senyum saja. Warna tudung kena sesuai dengan corak pada baju. Kena pilih warna yang sesuai untuk naikkan seri corak pada baju.

Good luck untuk presentation tu,” ucapku dengan senyuman dibibir.

Thanks!” Kak Yin buat peace dengan muka comelnya.

Aku angguk kecil. Sebelum bergerak untuk melabuhkan duduk dimeja belajar bersebelahan katilku.

Suasana senyap seketika.

“Qira,”Suara Kak Yin memanggilku.

“Erm,” balasku sambil tangan masih menaip sesuatu pada skrin handphone. Nama Wafia dicari dalam contact list.

“Qira...”suara Kak Yin sedikit meleret berbanding tadi membuatkan aku segera berpaling sambil mengangkat muka memandangnya. SMS yang kutaip tadi segera dihantar.

“Saya, Kak Yin?” soalku.

“Qira ada masalah?” Soal Kak Yin tiba-tiba.

“Ha?” Aku sedikit tersentak.

“Kita rasa lain macam lah. Hati kita tak sedap. Macam ada something je...”Luah Kak Yin sambil berjalan menghampiriku. Dia berdiri di sebelah meja belajarku sambil memandang aku tanpa berkelip.

Aku diamkan sahaja. Kak Yin, kadangkala aku jadi takut padanya. Azyin Mohamad  Fitry ini bagai punya kuasa mistik yang mampu membaca hati dan fikiran orang!

Tadepapelah Kak Yin, biasalah. Masalah dengan benda-benda assignment ni je pun,” aku mula membelek buku serta kertas yang agak berselerak diatas meja belajarku.

“Kalau Qira nak cari someone untuk kongsi cerita, kita sedia mendengar. Jangan simpan sorang-sorang, bahayakan kesihatan.”

Aku pandang muka Kak Yin. Senyuman terukir buat kakak yang hanya tua setahun daripadaku ini. Tempoh perkenalan kami cukup singkat, tak sampai 2 bulan pun lagi, tetapi ada rasa sayang yang sudah mengikat hati aku dengan Kak Yin dan semua orang dalam bilik apartment kami ni. Masing-masing cukup caring dan saling mengambil berat. Dah macam sebuah keluarga yang saling menyokong antara satu sama lain.

Thanks, tapi saya okey Kak Yin. Jangan risau eh,” Kataku sambil tepuk bahu Kak Yin beberapa kali.

Handphoneku bergetar tanda ada pesanan masuk.

“Kak Yin, saya keluar gi bilik Wa, nak siapkan assignment. Kak Yin tak yah tunggu, saya bawa kunci. Nanti kalau dah lewat sangat dan saya takut nak jalan balik sini, saya tidur sana je. Apa-apa hal, saya text Kak Yin. Daa, assalamualaikum.” Aku capai bagpack berisi notebook dan segala macam buku dan kertas-kertas fotokopi yang diperlukan lalu terus berjalan keluar. Handphone aku genggam ditangan kiri.

Maaf Kak Yin, saya belum sedia nak cerita semua ni dengan sesiapa pun. Lagipun saya tak nak susahkan orang dengan masalah saya dan dia.

Dia. Ian. Mohd Aakif Farhan. Masih merajuk. Masih teramat marah dan kecewa jauh di sana.
Bibir melepaskan keluhan perlahan.

Sms daripada Wafia tadi mengatakan dia ke bilik seorang lagi classmate kami di bangunan sebelah. Dia minta 10 minit untuk menyelesaikan urusannya disana.

Aku melangkah perlahan menuju ke bilik Wafia yang terletak di aras 6 bangunan setinggi 11 tingkat itu. Dari apartment aku di aras 4 ke bilik Wafia di aras 6 bukanlah tinggi sangat. Jadi aku lebih senang naik menggunakan tangga berbanding lif.

Sampai sahaja dihadapan bilik Wafia, aku mengambil keputusan untuk berdiri mengambil angin dilaluan masuk itu.

Skrin handphone yang masih gelap itu aku tenung lama.

‘Apa aku dah buat ni?’hati kecilku menyoal kesal. Nafas ku hela perlahan-lahan sambil menahan rasa sebak yang kian mengigit jiwa perempuanku.

Aku menarik selimut tebal sehingga ke panggal leher. Sambil itu, tangan pula menguak anak-anak rambut yang keluar daripada hood sweater yang tersarung ditubuhku. Sejuk terasa mencengkam hingga ke tulang!

Walau sudah menyarung sweater tebal dan berselimut dari kaki ke pangkal leher, sejuk itu sedikitpun tidak berkurangan. Ditambah dengan rasa pening yang membuatkan kepala menjadi berat, nak tidurpun rasa tak selesa.

Sejak lewat malam tadi lagi badanku rasa semacam sahaja. Dimulai dengan rasa perit ditekak dan juga suhu badan yang turun naik tidak menentu setelah aku terpaksa meredah hujan sewaktu pulang daripada kuliah lewat petang semalam. Sudahlah terlupa nak bawa payung spare sekali. Jadinya, memang basah kuyuplah semasa tiba dikolej kediaman. Habis buku-buku aku ikut lencun sekali.

Kakak-kakak sebilik aku semuanya sudah bergegas ke kelas dan kuliah masing-masing seawal jam 7 pagi tadi lagi. Jika tidak boleh juga nak minta mereka singgah belikan panadol ke apa.

Pasrah je lah dulu. Tengahhari nantilah, tunggu mereka balik rehat. Rasanya hari ni, Kak Yin ada satu kuliah je, dan selalunya Kak Yin memang akan balik makan dirumah. Dia tidak gemar makan di kafe dalam keadaan yang tergesa-gesa kemudian kena berjalan pulang ke kolej kediaman pula.

Baru aku nak memujuk mata untuk lelap merehatkan diri, handphone di meja belajar berdering ceria, minta diangkat.

Aku menggumam perlahan. Nak alih posisi badan pun rasa tak larat, macam mana nak pergi ambil handphone yang sejak semalam tersadai nun kat meja study sana tu?

Kali kedua handphone itu berdering, aku masih malas nak ambil pusing. Tetapi apabila handphone itu berdering buat kali ketiga, nak tak nak, terpaksa juga aku bangkit.

Hello,” tanpa melihat nama yang terpapar di skrin handphone, laju saja aku menjawab panggilan tersebut. Tubuh aku bawa untuk rebah ke tilam semula. Terasa berpinar pandanganku walau hanya berjalan beberapa tapak saja ke meja study itu tadi.

“Nor Naila Aqira Binti Khalid, I ada buat salah apa dengan you sampai you nak mogok tamau angkat call ni?” laju suara dihujung sana menyoal.

“Erm...Ian...” aku cuba membetulkan tone suara yang agak serak. Tekak rasa makin perit bila aku cuba berdehem tadi.

“Na’ie? You kenapa?” suara yang macam nak marah je tadi tu terus tertukar jadi suara orang risau.

I’m not feeling well. Sorry, lambat angkat call awak...”Kataku perlahan. Serius kepala rasa pening berpinar-pinar je ni.

Migrane huh?” tekanya dihujung sana talian.

No. Ehem. Entah, rasa macam ada aura nak demam ni.”Aku menjawab perlahan sambil berdehem beberapa kali. Tak selera nak bercakap dalam keadaan sakit tekak begini. Tekak yang perit membuatkan aku sukar mahu meneguk liur.

Say what?!!”suara dia naik tiba-tiba.

Aku? Habis terkejut beruk dengar nada dia tu. Nasib tak terlepas handphone daripada genggaman tanganku.

“Semalam balik kelas sempat main hujan ye?” soalnya laju.

Aku yang mendengar hampir je tersedak. Pakcik ni ada pasang spy ke dalam uni aku ni?

“Ingat saya kanak-kanak rebina ke? Tade kerja sangatlah nak main hujan tu kan?” balasku lemah. Orang dah sakit cenggini, dia buat lawak sengal dia tu ye?

Sorry, so dah pergi check kat klinik?” soal dia lagi, prihatin betul.

“Rasanya tadelah teruk sangat ni. Telan paracetamol pun dah okay ni. Nantilah saya minta roomate saya carikan paracetamol dekat mini mart uni.”kataku sambil sebelah tangan naik mengurut pelipis sendiri.

Dear, mana boleh ambil mudah benda-benda berkaitan kesihatan ni. Benda paling berharga dalam hidup kita ni adalah kesihatan tahu? So, better you jumpa doktor, biar dia check dan bagi ubat yang sepatutnya. Dengar tak ni?” suaranya apabila aku hanya diam mendengar bebelan penuh ‘kasih sayang’ daripadanya itu.

“Awak duk call saya pagi-pagi ni tade kelas ke Mr Ian?” soalku pula. Saja nak tukar topik. Dia ni, kalau masuk bab kesihatan ni memang sampai esok pagi pun tak habis. Mentang-mentanglah ayah dia doktor kan?

“Demimu, sanggupku curi masa sementara nak tunggu lecturer masuk lecture hall sebab dari subuh tadi hati ni rasa tak selesa. Macam nak kasi hint, ada something bad dah jadi pada cinta hati I ni,” dia tertawa kecil.

“Boleh pula macam tu?” soalku tak percaya. Boleh pula dia rasa tak sedap hati sebab aku nak sakit? Ni apa? Tak ke pelik mendengarnya?

“Ini namanya sehati sejiwa berlainan jasad, my dear. Cubit peha kiri, peha kanan ikut rasa sakit juga. Ni, you yang nak demam, I pulak yang rasa pening berpinar-pinar.”

“Ohh, yelah tu.” Dalam pada kepala yang makin rasa berat semacam, sempat juga aku buat rolled eyes. Gila betul ayat dia ni.

“Orang kata soulmate, yang bukan saja kongsi segala rasa suka dan duka, tapi sanggup kongsi segala susah dan senang...”dia sambung lagi.

Soulmate? Aku senyum segaris. Selama kami kenal, aku dan dia memang saling melengkapi. Kalau diikutkan, kami memang individu yang berbeza segalanya. Sebabkan banyaknya perbezaan antara kami, kami selalu juga berbalah semata –mata nak menegakkan pendirian masing-masing. Tetapi perbalahan kami tak lama bila kami mula sedar, perbezaan ini semualah yang menyebabkan kami memerlukan antara satu sama lain.

Aku api, dia air. Aku cepat naik marah, dia pulak kuat merajuk. Aku suka benda yang komplikated, semunya nak balance dan sempurna manakala dia pula lebih suka benda simple yang sederhana tapi berbaloi. Dia suka keluarkan idea-idea kreatif luar alam, dan aku paling suka bangkang idea-idea pelik dia tu!

Dear, I hang up dulu. Lecturer I dah sampai. Will catch you later, but till then, go to sleep and get some rest ya. Daa.”

Okay.” Aku membalas sepatah sebelum menamatkan talian. Tiada hati nak bercakap panjang lebar dalam keadaan sekarang ni. Mata ku katup perlahan. Cuba merehatkan tubuh barang seketika.

Aku membuka mata perlahan-lahan. Sedikit terganggu dengan bunyi pintu dirapatkan.

Sorry, kita kejutkan Qira.” Suara Kak Yin menyapa pendengaran.

Aku mengukir senyuman lesu. Kepala menggeleng perlahan tanda dia tidak bersalah dalam hal ini sehingga perlu mengucapkan ‘sorry’ itu tadi.

“Kita ada belikan panadol ni, tapi Qira sure ke tamau jumpa doktor?”soal Kak Yin yang sudah duduk dibirai katilku. Tangannya singgah menyentuh dahiku.

“Saya okey Kak Yin. Tak yah la jumpa doktor tu. Buat menyemak je saya ni kat klinik tu nanti,” aku cuba melawak.

“Isy, kita serius, dia main-main pula. Report Kak Ju nanti, taulah. Biar Kak Ju bebel Qira sehari semalam sampai Qira muntah pelangi dengar suara dia nanti,” Kak Yin berkata dengan muka serius.

Serius? Heh, Kak Yin walau macammana serius sekalipun suara dia, aku tetap rasa nak senyum-senyum saja. Ayat ‘garang’ dia tu kelakar dan comel kut. Ayat kartun betul.

Handphone dalam saku sweater bergetar tanda ada pesanan baru.

"Kejap eh, Kak Yin...” Aku senyum segaris sambil buat tanda ‘chop’ pada Kak Yin, meminta sedikit masa untuk menyemak pesanan yang dihantar kepadaku tadi. Kak Yin hanya mengangguk sambil meletakkan barang-barang serta begnya ke katil.

Ian : (With) salam:) Hi, u mcm mne skrg? *private doc dtg nk check cond patient every hour* (muka garang)

Aku tertawa kecil dengan isi pesanan ringkas yang dikirim oleh Ian itu.

Na’ie: Doc, sy baru nak mkn ubt ni. *muka innocent* (sengih)

Sent.

Ian : Already get ur brunch or not? (i thought u mesti dah skip breakfast kan? Apatah lagi lunch *cakap ikut pengalaman sendiri, since orang demam tade selera nak makan kan kan?* (sila angguk)

Senyuman aku makin melebar dipinggir bibir. Apa ke comel sangat pakcik sorang ni buat ayat budak remaja sekolah menengah macam ni?

Na’ie : *Geleng lelaju dgn muka cuak tgk doctor hensem dah berasap kepala tahan marah*

Sent. Kita ikut je rentak dia. Senyum lagi.

Ian : Doktr hensem, huh? Ni puji ada makna la tu...

Aku senyum saja membaca balasannya.

Na’ie : *kelip2 mata dpan doktr hensem sambil buat kitty  face mintak simpati*

Sent.

Aku geleng kepala beberapa kali. Mesti lepas ni dia balas dendam membebel panjang lebar pada aku seperti yang aku buat padanya beberapa minggu lepas. Ketika itu, dia diserang demam juga, sekali pakej dengan batuk dan selesema sampai hilang terus suara selama 3 hari 3 malam.

Ian : U boleh bangun + bjalan tidak?

Aku berkerut dahi membaca pesanannya itu. Apakejadahnya nak tanya macam tu?

Na’ie : Y?

Sent.

Ian : Turun parking kat kolej kediaman u kejap. I nak jumpa.

Aku melopong seketika. Terus tegak 90 darjah aku ditengah katil. Jam di meja belajar aku kerling seketika. Apa pakcik ni? Tak pernah-pernah dia datang cari aku sampai ke sini sebelum ni!

Belum sempat aku menaip sms padanya, handphoneku berdering tanda ada panggilan masuk.

Hello? Ian, awak bergurau apa tengahhari buta ni?” soalku sebaik saja panggilan bersambung.

“Assalamualaikum, hi orang demam. Na’ie, tengahhari mendenya you ni? Dah masuk 3.15 pm pun...” Suaranya santai saja.

“Er, wa’alaikumsalam.”aku jawab perlahan. Dush! Lupa pula nak ucap salam tadi.

“Mana ada I bergurau, dear. Turun lah kejap. Or else, kalau you betul tak larat nak jalan turun, you kirimlah roomate you datang jumpa I. I dah kat bawah ni. I nak kasi something...”ucapnya panjang lebar.

“Awak dah kat parking lot? Like seriously? What brings you here?” punyalah gelabah aku bila dia cakap dia dah sampai kat bawah kolej kediaman aku ni sampai tak sedar aku dah keluarkan bermacam soalan.

Our love brought me here, my dear.” Jawab dia selamba.

Aku terdiam sesaat. Cis! Dasar sweet talker betul.

“Awak kat parking lot mana ni?” soalku seketika kemudian.

“Entah, I’m not sure since this is my first time jejakkan kaki ke sini kan. Tapi tadi parking lot ni berhampiran dengan lereng bukit and if I not mistaken macam ada anak sungai kat luar pagar dekat jalan masuk parking lot ni tadi.” Panjang lebar dia explain lokasi dia ketika itu.

“Ian, its was parking lot sayap kiri kolej kediaman siswi. Berdepan dengan bangunan bernombor 8,” satu suara menyampuk dibelakang.

Aku mengerutkan dahi. Macam kenal je suara tu tadi?

“Ha, yes! Berdepan dengan bangunan berlabel dengan nombor 8 ni. Apartment you bangunan 8 kan? Sayap kanan ke sayap kiri?” soalnya Ian pula.

Aku terus tepuk dahi. Adoi! Makin pening kepala aku dengan budak berdua ni.

Langkah aku yang lemah longlai ku atur mendekati tingkap kaca besar di hujung kaki katilku. Melalui celahan kain langsir tebal itu, aku terendap-endap ke arah parking lot di bawah sana.
Agak meriah juga dengan beberapa buah kereta dan juga beberapa kumpulan manusia. Biasalah suasana weekend macam ni. Hari sabtu pun, boleh tahan ramai juga yang datang nak melawat anak atau saudara mara.

Namun, dalam ramai-ramai umat manusia di situ, kelibat seorang lelaki berbaju tee hot pink dengan jeans ringkas yang berdiri di sisi sebuah kereta Kia Spectra Novus hitam menarik perhatianku. Terus rasa nak melayang pitam je tubuhku ketika ini.

That was Taqi! Ahmad Zainul Muttaqin, best buddy Ian. Apa The Pinky Taqi tu buat kat sini?
“Na’ie, are you still with me?” sayup-sayup suara Ian di telingaku.

“Ya...ya, I hear you.”jawabku perlahan. Jantung entah kenapa rasa lain macam saja. Berdegup tak menentu. Sekejap laju, sekejap perlahan.

“Na’ie, boleh tak ni? Kalau tak, you kirim roomate you pun takpe. I risau you collapse pulak dalam elevator tu nanti...” suara Ian bernada risau.

“Kejap, I turun. Boleh ni. ”kataku sebelum terus menamatkan panggilan. Isy, nak minta orang lain turun, karang panjang pula ceritanya. Jenuh aku kena soal siasat dengan kakak-kakak ku semua ni nanti!

Terketar-ketar tanganku menyarung tudung segera yang siap ber-awning itu. Dengan track-suit dan sweater tebal tu, aku gagahkan juga untuk turun berjumpa dia.

Langkah ku atur lambat-lambat. Dari jauh, Ian yang sedang duduk di tempat duduk sebelah pemandu sudah tersenyum lebar sebaik menyedari kehadiranku dari muka lif.

Agak-agak kalau masa ni aku lari naik bilik semula, dia mengamuk tidak ye?

“Macam mana lepas masuk sampai sini ni? FYI, sini adalah forbidden area untuk lelaki tahu,” aku berkata perlahan.

 Dia hanya tersenyum.

“Forbidden area untuk lelaki yang tak de kaitan, tapi kami ni dikecualikan,”satu suara menyampuk. Pintu sebelah pemandu kembali dikatup rapat setelah dia melangkah keluar daripada perut kereta. Taqi sengih lebar.

“Dah si Ian ni konfiden kata dia nak masuk jumpa bakal isteri dia sebab ada urgent, mana tak lepasnya. Itupun jenuh juga disoal siasat dengan pak guard sana tu. Tapi bakal suami you ni bijak pusing cerita sampai tergaru-garu kepala pak guard tu.” sambung Taqi lagi.

Like seriously?” aku hampir jatuh rahang, melopong dengar apa yang Taqi beritahu tadi. Bakal isteri kut weii...! Ian ni lahh....! Tapi si Taqi ni pun, boleh tahan juga nak cari pasal dengan aku, siap sebut bakal suami bagai pulak dah! Gggrrr!!

Damn serious weii. And, hi Na’ie! Lupa nak bertegur sapa tadi, at the first place.” Taqi melambai padaku dengan senyuman mesranya.

Hi. Awak pun ada sekali?” aku bertanya sambil mengukir senyum segaris untuk lelaki tinggi lampai ini.

I jadi drebar tak bergaji budak Ian ni. Sabor je la.” Dia buat gara pasrah sambil pada badan kereta Spectra Novus hitamnya itu. Ian hanya menjeling manja pada si best buddy-nya itu.

Dear, come. You duduk sini, nanti you berdiri lama-lama kat situ pening kepala pula.” Ian sudah menghulurkan aluminium crutch-nya keluar daripada tempat duduk di sebelah pemandu itu. Taqi aku lihat mula berkira-kira untuk membantu Ian bangkit berdiri.

‘Amboi, berani dia panggil aku dear depan si Taqi ni? Aiyaa, malu mak oii!’ aku sengih tak ikhlas sambil mengerling wajah selamba Taqi sebelum beralih pada riak tak bersalah Ian.

“Ian, no need. Tak perlu susah-susah, I’m okey...” aku menegah dia untuk bangkit berdiri. Dalam keadaan dia sekarang, aku tak sampai hati nak lihat dia bersusah payah begini.

No, you pun bukannya sihat sangat. Jangan degil, come...” Ian yang aku kenal, memang begini. Dalam manjanya dia, tetap juga punya sisi tegas selayaknya seorang lelaki. Dia sudah berdiri sambil dibantu aluminium crutch yang di letakkan dibawah ketiaknya itu sambil membukakan pintu penumpang di belakang untuk aku. Tongkat tersebut dah membantu dia sejak 3 bulan lepas lagi.

 “Thanks, but its okay. I boleh berdiri lagi ni.” Aku tolak lembut.

“Na’ie...” dia panggil aku dengan suara lembut tetapi bernada tegas.

“Ian, please. Awak duduk sini diam-diam. Saya risau tengok awak jalan merata macam ni. Sudahlah awak kena bersusah payah jenguk saya sampai sini, saya rasa...” aku tarik nafas perlahan. Hati jadi sebak tiba-tiba.

“...saya rasa bersalah sangat...” mataku mulai berkaca. Aiyoo! Na’ie yang selalu berlakon tabah tu dah nak leleh depan Inchik Ian dia ni. Aku mengisyaratkan Ian untuk duduk di tempat duduk sebelah pemandu. Ian seakan mahu membantah, namun, aku pandang tepat ke muka dia. Cuba memujuk dia dalam diam.

Bersama keluhan perlahan, akhirnya Ian akur juga. Aku membantu dia dengan memegang tongkatnya. Nak tolong lebih-lebih macam tak patut pula. Ada pulalah anak dara nak gedik pegang-pegang anak teruna orang? Memang kerja gila la kan?

“Err, guys. Aku nak jalan gi kafe sana jap eh. Korang sembanglah.” Taqi tiba-tiba bersuara. Seketika dia mula berjalan menuju ke kafeteria tidak jauh dari situ. Saja tamau kacau line kut.
“Ian, nanti nak balik text aku eh. Aku sebolehnya nak kasi peluang bakal suami isteri ni bincangkan hal urgent korang tu...” Taqi berpesan sambil melambai ke arah kami berdua.

Cheesecake punya Taqi! Berani dia buat statement macam tu?

Aku tunduk pandang kaki sendiri. Satu badan rasa makin panas entah kenapa.

“Wei, tak yah gedik ye. Aku bukan nak lama-lama kat sini. Na’ie pun kena masuk rehat jap lagi.” Ian sedikit melaung pada Taqi. Budak Taqi ni mintak aku tuang berbotol-botol bleach kat mulut dia tu agaknya?

Dari jauh, Taqi mengangkat isyarat dengan ibu jarinya bersama sengihan. Isyarat OK.

Ian ku lihat mengalih pandangan padaku pula.

Sorry, Taqi tu mulut dia macam longkang kekadang. Tapi hati dia baik...” Ian aku lihat cuba menerangkan situasi.

Its okay. Saya tahu tu,”Kataku perlahan. Adess. Nasiblah kau pun kawan aku Taqi, kalau tidak mahu melayang dah kasut saiz 6 aku ni kat badan kau tu.

Ian, kemudiannya membuat isyarat tangan pada aku, meminta aku berdiri lebih hampir dengannya.

I ada nak kasi you something,”Dia berkata tiba-tiba. Dia cuba mencapai sesuatu di ruang penumpang di belakang.

 “Nah, I tak tahulah rasa dia okey ke tidak. Beli dekat restoran masa on the way ke sini tadi.” Ian hulurkan satu beg kertas sederhana besar pada aku.

“Apa ni?” soalku sambil cuba memeriksa isi beg kertas itu.

“Bubur nasi dengan sup sayur dan daging kurang minyak, tanpa serbuk seasoning, kurang garam, dan juga tambahan blackpaper. Bagus untuk orang demam.” Ian angkat kening sambil tersenyum segaris.

Oh Ian! Kenapa awak ni comel dan baik hati sangat?

Tade letak benda-benda pelik kat dalam ni kan?” aku sengaja mahu mengusik dia.

“Oh, ya. Lupa nak baca jampi serapah or else letak ubat guna-guna kat makanan tu, biar you tergila-gilakan I siang malam,”Dia jeling aku sekilas.

Aku pula hanya tertawa kecil dengan telatahnya. “Sorry, nak melawak je la. Awak ni, serius pulak ye? Biasanya dialah yang paling loyar buruk,” kataku kemudian. Beg kertas tadi aku jinjit dengan tangan kanan.

“Terima kasih, susah-susah je. But, next time awak janganlah susahkan diri datang jauh-jauh macam ni untuk hantar makanan ye. Saya boleh je cari makan sendiri kat kafe tu. Bukannya jauh sangat pun, kalau saya dah tak larat sangat, boleh je minta tolong roomate saya.”aku menyatakan rasa hati pada dia. Aku tidak mahu orang lain menganggap aku perempuan yang suka mengambil kesempatan dan terlalu mengada-ngada dan tidak pandai berdikari.

“...saya rasa bersalah pada awak, Ian. Kalau saya tahu, dari awal lagi saya tak beritahu awak saya demam.”gumamku perlahan. Kononnya nak berlaku jujur pagi tadi, itu yang mengaku rasa nak demam semua tu.

 “No need untuk rasa bersalah atau apa, Na’ie. You sendiri tahu, you adalah keutamaan I. You sendiri faham, betapa pentingnya you pada I. So, apa yang I buat ni adalah sesuatu yang patut, benda basic kut. You sakit, jadi I perlu ambil tahu. Perlu ambil berat, every single things yang jadi pada you.” Dia berkata dengan suara yang agak perlahan. Mungkin hanya mahu didengari oleh aku kerana di sekitar kami ada beberapa kumpulan lain di lot parking itu. Ada yang bersama dengan ahli keluarga, ada juga yang bersama teman-teman.

Aku hanya diam. Dia pun sama. Buat beberapa ketika, aku hanya tunduk merenung hujung jari kaki yang berbalut stoking bercorak kartun. Hati ni betul-betul terharu dengan keprihatinan dia. Dia yang begitu mengambil berat dan menyayangi. Dia yang rela menawarkan diri sebagai tempat aku bergantung harap dikala saat genting. Dia, Mohd Aakif Farhan yang dulu hanya seorang stranger entah dari ceruk mana, tersalah share kreadit handphone kepada nombor telefonku. Daripada stranger, kami mula menjadi kawan. Kawan dikala malam menjelma, kawan untuk saling bertukar cerita dan rasa. Kawan peneman studi di waktu malam, saling bertukar informasi, dan saling membantu dalam subjek SPM. Dia yang menjadi tulang belakang dan rahsia aku berjaya mendapat keputusan yang agak mengejutkan dalam peperiksaan SPM. Dia tutor tak bergaji yang sangat dedikasi. Dari sekadar kawan biasa, kami mula menjadi lebih akrab. Tiba giliran aku pula menjadi pendengar dia yang paling setia, mendengar segala keluhan dan rintihan seorang Aakif Farhan yang tertekan dengan kehidupan dia gara-gara jejak ‘emas’ yang ditinggalkan abangnya pada sekolah. Abangnya bekas pelajar cemerlang di sekolah itu, jadi sebagai adik dia turut terkena tempias daripada kejayaan si abang. Ian diangkat menjadi calon pelajar harapan, justeru hampir semua orang di sekolahnya memberi tekanan yang bukan sedikit pada dirinya. Tambah buruk, berlaku bias dalam kalangan guru. Ada di antara guru-gurunya terlampau memberi perhatian padanya sehingga menyebabkan ada rakan-rakan sekelas yang lain terasa hati dan mula memulaukan dia. Tidak terkecuali Taqi yang juga termakan racun hasutan rakan sekelas yang lain.

Aku faham apa yang dia rasa, kerana aku juga mengalami hal yang hampir sama. Tekanan yang datang, bukan daripada pihak sekolah sebaliknya daripada keluargaku yang terlalu menaruh harapan rentetan aku yang bergelar anak sulung, yang perlu menunjukkan role model yang terbaik untuk adik-adikku. Ketika itu, SPM hanya menunggu hari sahaja lagi, tekanan semakin besar namun kami seia sekata akan menyokong dan saling memberi semangat antara satu sama lain. Dia dengan matlamatnya, dan aku dengan matlamat aku yang tersendiri. Kami sama-sama mahu mencapai impian yang tersemat dalam hati, iaitu menjejakkan kaki ke uni. Dan, daripada sekadar kawan baik yang saling menyokong, Ian menyatakan hasratnya untuk menjadi seorang yang lebih istimewa. Dia nak aku sentiasa ada bersamanya, selamanya. Pendek kata, dia mahukan aku menjadi sebahagian daripda dirinya. Be his other half. Dan, sebagai permulaannya dia mahu aku menjadi kekasihnya. Aku terpaksa bantah dengan pelbagai alasan. Ketika itu, kami baru sahaja beberapa hari tamat daripada menduduki kertas untuk SPM.

Atas dasar prinsip hidup, aku tetap berkeras tidak mahu ber-couple. Buat pertama kalinya kami bertengkar besar. Dia merajuk, dan aku pula tetap dengan perangai keras hatiku. Sikitpun tiada usaha mahu memujuk dia yang sedang menjeruk hati.

Sehinggalah aku menerima panggilan daripada Taqi, memaklumkan insiden kemalangan yang telah terjadi dan juga keadaan Ian ketika itu. Terkejut benar aku ketika itu. Hampir seminggu lebih tanpa sebarang panggilan mahupan kiriman SMS daripada Ian, aku ingat dia masih dengan rajuknya...rupa-rupanya...dia sedang terlantar koma. Sedang berjuang, antara hidup dan mati! Sungguh ketika itu, takutku bukan kepalang.

Aku takut aku akan kehilangan dia. Takut aku tidak sempat mahu memohon maaf atas kesalahan yang aku buat padanya...takut dia tinggalkan aku dalam keadaan dia yang masih marah dan terasa hati denganku...

“Nor Naila Aqira, are you okay? Termenung jauh nampak?” teguran Ian membawa aku semula ke sini. Hilang sudah kisah dan cerita lama itu.

Aku senyum. Ikhlas untuk Ian.

“Terima kasih,” ucapku perlahan. Sekilas wajahnya aku kerling.

“Kasih you, dah lama I simpan dalam hati ni...” Ian sentuh dada kiri dia.

Aku senyum segaris.

“Buat loyar buruk dia tu kat sini? Ketuk kaki tu baru tahu,” ugutku sambil sembunyi tawa.

“Alalala, sampai ke hati tu nak ketuk I?” Ian buat kening double-jerk.

Aku buat rolled eyes je. Confident sangat nampaknya dia ni. Ingat aku tak berani nak ketuk kaki dia yang baru je beberapa bulan lepas dimasukkan besi bagi menyokong tulang yang patah akibat kemalangan terdahulu itu.

You kan sayang dengan I, mana boleh aniaya I macam ni. Nanti kalau besi ni teralih, you juga yang susah, kena stay by my side for the rest of your life sebab I’ll make sure, I akan ikat you sebagai wife I,” Makin lebar pula aku rasa senyuman Ian ni.

Aku yang mendengar, menggeleng perlahan sambil sembunyi senyum. Suka suki dia je sebut nak ikat aku jadi wife dia. Apa dia ingat aku ni lembu atau kambing ke nak kena ikat dan tambat semua ni? Erm, tapi memang takkan sampai hatipun nak buat macam tu. Sekejam aku ni, sayang punya pasal...paling kuatpun, aku bebel je. Mana boleh tepuk tampar anak teruna orang sesuka hati. Haram.

 “Awak dengan Taqi bukan dari Shah Alam ke?” soalku laju. Saja nak tukar topik yang dah mula keluar aura bunga-bunga jiwang ni.

“Kami dari Shah Alam, tapi singgah Bangsar jap. Nak jumpa ayah saya, cari ni.” Ian hulurkan pula satu beg plastik berwarna putih padaku.

“Apa ni?” soalku terpinga-pinga. Siap pusing singgah rumah family dia lagi tu.

“Ubat-ubat khas yang ayah saya spare dekat rumah. Just in case saya demam. You know me, kalau demam macam mana. So, instead of paracetamol, ada ubat-ubat lain juga. Biar cepat sikit kebah.” Dia menerangkan serba ringkas.

Aku pandang dia silih berganti dengan peket-peket kecil berisi beberapa jenis pil ini dengan mata yang kembali berkaca. Terharu campur sebak. Ian, you are my armour hero la!

“Lepas ni, naik makan bubur dengan sup tu. Jangan biar perut kosong pula. Awak tu jauh dari family. Lepas ni tamau lah main hujan, ye. Saya risau, nak luruh jantung ni bila memikirkan awak sedang menanggung sakit macam ni, sorang-sorang kat sini.”kata Ian lembut. Siap guna saya – awak lagi. Biasanya, lidah dia tu asyik nak tergeliat je bila diminta guna saya – awak ni. Itu yang sibuk guna I – you tu.

Aku yang dah sebak sejak tadi jadi berganda-ganda sebak. Tanpa dapat ditahan, setitis air mata jatuh jua ke pipi. Namun segera aku menyeka, tak nak Ian sedar keadaanku. Aku alih muka daripada terus memandang dia.

“...kalau awak ada sekali dengan saya, awak nak sakit setiap hari pun takpe. Saya rela jaga 24/7.” Kata-kata Ian itu walaupun perlahan cepat aje ditangkap oleh telingaku. Mencerlung mataku memandang dia yang sedang tertawa kecil. Suka lah tu dapat buat lawak yang tak berapa nak lawak tu kat aku? Dia bajet dia tu suami aku ke siap kata nak tolong jaga 24/7?

Melihatkan tawa dia yang makin menjadi, sengaja aku suakan sebuah jelingan tajam kepadanya.

“Isy, you ni bila demam perangai dah nak jadi singa betina yang baru beranak la. Garang! Nasib bukan officially my other half lagi, kalau tak...” Ian ku lihat tersengih nakal sambil memandang aku.

“Erm, kalau tade pape, singa betina yang baru beranak ni nak naik dulu.” Aku sengaja buat gaya sentap dengan dia. Biar kita ajar sikit dia ni cara-cara nak buat lawak dengan sopan santun tanpa sakitkan hati orang lain.

“Alala, I’m sorry...janganlah...”Ian segera menghalang. Dah mula sedar diri dah buat salah lah tu.

Aku tak kata apa, hanya jeling dia sekilas saja.

I’m sorry. Tak berniat nak buat you sakit hati pun...” Ian sudah mula tergaru-garu kepalanya yang aku pasti tade kutu tu. Mana taknya, Ian paling sayang rambut dia tu. Aset berharga katanya, jadi setiap minggu mesti bawa pergi saloon buat treatment entah apakenamanya aku pun dah lupa. Banyak sangat, sungguh over jika nak dibandingkan dengan aku yang perempuan ni ya.

I kena pujuklah ni eh?” dia garu kepala lagi dengan muka risau dia tu.

Aku tahan senyum. Muka sengaja aku ketatkan. Muka sentaplah katakan.

“Nak I nyanyi? Nak guna lagu apa eh? Alamak, tak prepare apa pun ni. Agak-agak Taqi ada bawa gitar or bass dia tak eh?”Ian sedikit kalut.

Aku yang melihat sudah tidak sampai hati mahu meneruskan.

“Ian, sometime kita kena consider banyak benda sebelum utter even just a simple sentence. Somehow, just a single words boleh buat kawan karib bermasam muka, kekasih bertekak dan terluka hati, suami isteri bercerai berai, negara jadi porak peranda, dan dunia jadi kucar kacir. Boleh buat lawak, tapi hati-hati sikit sebab niat kita nak melawak tu, mungkin akan makan diri kita nanti.”aku senyum segaris pada Ian. Saja aku guna ‘kita’ sebagai tanda aku turut sama mengingatkan diri sendiri akan hal tersebut.

Perkara normal pada kami berdua, saling memberi teguran dan nasihat. Dan Ian, tiada masalah menerima teguran aku asal kena cara dan gayanya.

Ian diam sejenak. Spontan tangan naik menggaru pelipisnya sendiri.

I’m sorry, truly sorry if my words hurt you...”Ian tunduk memandang jari di riba sendiri.

“Nasiblah saya sayang awak Ian, kalau tak...erm.”gumamku perlahan.

Ian yang tertunduk dengan muka sedih tadi segera memandangku dengan senyuman dan muka yang kembali ceria.

Pardon me? Ohh Allah! Kenapa I lupa nak record tadi? Isy, ruginyaa! Kalau tidak boleh buat tone untuk alarm handphone I. Mesti lepas ni I dah tak liat nak bangun subuh sebab my shining day start with your sweet voice tu, ” berani Ian kata begitu? Isy! Ketuk kaki dia tu betul-betul karang!

Aku buat gaya mahu menepuk kakinya yang dihulurkan keluar kereta sejak awal tadi.

“Alalala, malulah tu...nak cover line punya pasal, sanggup nak ketuk kaki I yang tade buat dosa kat you pun...” dia sembunyi tawa.

Aku? Dah merah padam muka ni. Macammana boleh cuai sangat ni sampai terbabas sebut ‘sayang’ live depan dia tadi? Aiya, dusshh!!!

Seketika, suasana antara kami tiba-tiba rasa awkward semacam. Dengan aku yang baru terlepas sebut ‘sayang’ tadi, dan Ian yang masih tak sudah tersengih sendiri...

“Na’ie...” suara Ian tiba-tiba sahaja memanggilku.

“Erm?” aku pandang muka dia sekilas sebelum alih pandanganku ke tempat lain. Tak sanggup nak pandang muka dia tiba-tiba. Mak segan nak oii!

 “Sabar eh, sakit ni salah satu cara Allah nak hapuskan dosa-dosa kecil kita.” Tiba-tiba Ian kata begitu.

Aku angguk perlahan. Mengiayakan kata-kata Ian. Betullah tu.

Sekilas aku mengalihkan pandangan pada Ian semula. Ian senyum memandang aku.

“Allah beri dugaan pada hamba yang dikasihi-Nya saja. Setiap orang, bentuk dugaannya tidak sama. Ada yang diduga dengan kesenangan yang merimpah ruah, ada yang diduga dengan kesukaran yang tidak berpenghujung. Maka berhati-hatilah mereka yang diuji-Nya dengan kesenangan dan kesihatan yang baik kerana jika segala macam kesenangan dan nikmat duniawi ini akan menyebabkan manusia lalai dan leka sehingga lupa pada-Nya. Sebaliknya, beruntunglah orang yang diduga-Nya dengan bermacam kesukaran dan kepayahan, kerana setiap kesakitan itu adalah bertujuan untuk memandu manusia tersebut mencari-Nya, berharap dan bermunajat serta menghampirkan diri seterusnya bergantung harap dengan-Nya. Berdoalah, supaya diberikan kekuatan dan ketabahan kerana sifat tabah itu bukan dimiliki oleh semua orang. Dan, sabar itu adalah indah. Tabah itu pula kekuatan.” Ian tenang saja dengan ucapan panjang lebar tersebut.

Sungguh aku sekali lagi dihimpit rasa sebak. Lelaki ini, boleh ubah mood aku dalam sekelip mata sahaja. Dari senyum, dia buat aku ketawa. Dalam ketawa, dia buat aku rasa terharu dan sebak. Dia, anak manja yang suka cakap ikut suka hati dia, tapi dia ada kunci ajaib yang membolehkan dia masuk kedalam hidup aku dan menyentuh dasar hati aku yang paling dalam, dengan kata-katanya. Dengan perbuatannya.

Aku angkat kening bila perasan senyuman Ian dah lain macam gayanya. Kenapa aku rasa macam....

“Apa ni, copy paste ayat saya...”aku menuturkan perlahan, sambil cuba sembunyikan sebak di hati.

“Eh, you should be damnly proud of me sebab I mampu ingat ayat SMS you yang panjang berjela ni tahu? But, since I akan baca those thing berkali-kali dalam sehari sejak you sent pada I couple months ago, every morning, every minute and hour till night comes, makin menguatkan rasa hati I pada you. I really need you to be mine, one fine day at the couple years ahead after we both habiskan pengajian masing-masing. Masa tu kita settle down, Insya-Allah.”Ian dah mula masuk aura Mohd Aakif Farhan yang serius kus kus tu.

“Allah knows better. Kita hanya mampu merancang, Dia yang menentukannya.” Aku jawab dengan senyuman. Aku sengaja jawab begini kerana aku takut mahu memasang angan melangit tinggi. Risau aku jatuh tersungkur ke bumi sebelum sampai mencecah awan...jika itu yang berlaku, pasti kesakitannya bukan calang-calang, dan aku khuatir tidak mampu bangkit berdiri lagi sesudah itu nanti...

“Moga Allah permudahkan laluan kita, moga Allah perkenankan permintaan kita ni...”Ian turut tersenyum.

Aku pandang dia yang sedang tersenyum.

‘Tuhan, andai benar dia adalah seseorang yang Kau tetapkan sebagai pendampingku sepanjang hayat ini, lembutkan dan tetapkanlah hati ini dengannya. Namun, seandainya dia bukanlah lelaki yang Kau tetapkan memiliki hati ini, selayaknya seorang suami...maka ikhlaskan dan tabahkanlah hati kami menerima ketentuan-Mu...Kuatkan dirinya, juga tabahkanlah aku menghadapi ketentuan-Mu.’hatiku menitipkan doa dalam diam. Aku khuatir, suatu hari nanti, saat kami terpisah semakin jauh...sesuatu bakal terjadi dan mungkin jodoh bukan milik kami berdua...aku khuatir, kami tidak mampu menerima ketentuan yang sudah tercatat kerana rasa sayang yang semakin menggunung dan bercambah saban hari ini.’

Ian terlalu baik untukku. Bahkan, adakalanya aku merasakan, aku tidak layak berdampingan malahan bergelar sahabat baik apatah lagi seorang yang istimewa di hati lelaki ini. Kami berbeza. Dia bakal terbang ke negara kanggaro untuk menyambung pelajarannya, tetapi aku hanyalah seorang pelajar uni tempatan. Dia pelajar cemerlang dengan straight A’s, sedangkan aku hanya cukup makan untuk jejak uni. Dia bagai bintang di langit, sedangkan aku hanyalah rumput yang melata dibumi.

Air mata yang jatuh ke pipi aku kesat lagi. Nafas ditarik perlahan-lahan. Cuba menyimpan sendu dan sebak jauh di dasar hati.

You ibarat nyawa kedua I, Na’ie. I tak boleh hilang you. Never. I tahu, you faham apa yang I cakap ni,”Ian senyum pada aku sambil hulur tisu.

Tisu? Eh?! Dia nampak aku nangis ni?Aiyoo, Na’ie kau memang failed betul nak berlakon babak hipokrit!

I’ll always be your crying shoulder, tapi bukan sekaranglah. I ajak you nikah dengan I, before I fly you tak nak. Ni dah jadi macam ni, kan susah... I nak jadi your crying shoulder pun tak boleh. Dahlah, stop crying...touching-touching ni semua. Tak tenang hati I nak balik uni I macam ni...” Ian berkata sambil tersenyum kacak di sebelah aku. Entah bila pula pak cik sorang ni bangun.

Aku tersenyum tawar dengan kata-katanya itu. Nikah? Masa baru setahun jagung jejak uni? Boleh ke nak urus masa dengan baik nanti? Tanggungjawab bukannya alang-alang kecil.

“Andai saja masa tu masih ada untuk saya, Ian.”kataku perlahan sambil menyambut tisu yang dihulurkannya. Isy. Malu kut buat drama air mata tengah parking lot ni.

What do you mean by that, Na’ie?” suara Ian terus jadi serius.

Aku berjalan merapati tembok divider kecil dihadapan ruangan parkir kereta itu. Duduk aku labuhkan disitu. Kepala dah rasa berat semacam ni. Soalan Ian tadi, sememangnya sudah dapat ku agak. Dan, aku telah pun siapkan sekali skema jawapan yang akan aku ucapkan pada dia sebaik sahaja aku membuat keputusan untuk berkata pegitu kepada dia tadi.

“Berapa bulan lagi, awak dah fly oversea. Siapa tahu kat sana nanti, awak jumpa someone better than me? Siapa tahu hati awak berubah untuk dia?” Aku berkata perlahan sambil duduk memeluk lutut sendiri. Kemungkinan yang sememangnya perit buat aku.

Astagfirullah, Na’ie apa you merepek ni?” jelas suara Ian penuh rasa tak puas hati.

“Ini bukan merepek Ian, tapi berpandangan jauh.” Aku menjawab.

Ian ku lihat menyebak rambutnya yang tidaklah sepanjang mana itu kebelakang.

“Fine, even you keep saying such thing, I’ll stick with one simple statement. There is nobody better and suit me well than you, for me. I ada you, I rasa I dah miliki satu dunia ni. Tahu sebab apa?” soalnya sambil bersandar pada pintu kereta yang dibuka sejak tadi.

“Sebab you adalah dunia dan kehidupan I. You semangat I. You terlalu penting untuk I, Na’ie. I tak tahu macammana nak explain more further, tapi apa yang I boleh cakap, you are my everthing. I owe you once, Na’ie. Remember?” suara Ian mula mengendur bagai cuba memujuk hatiku.

And...I’ll absolutely take my whole life to pay for it. I’ll absolutely make you stay by my side, as my dear wifey. No one else but Nor Naila Aqira. Period. Dah tade tawar menawar lagi dah.”
Aku hanya menunduk. ‘Ian...’hatiku merintih sendirian.

Kata-kata Ian itu membawa aku kembali pada kejadian akhir tahun 2008 itu. 28 Disember, tarikh keramat yang akan aku ingat sampai bila-bila. Tarikh keramat yang mencatat nota hitam, peristiwa berdarah yang hampir meragut nyawa Ian dan sekaligus Taqi. Pada malam tarikh tersebut, mereka terlibat dalam kemalangan yang mengakibatkan kecederaan teruk pada Ian. Taqi yang menunggang motorsikal, sambil Ian membonceng dibelakang. Entah di mana silapnya, tiba di satu simpang empat berhampiran kawasan rumah mereka, mereka telah dilanggar oleh sekumpulan mat rempit yang kini dikenali sebagai samseng jalanan. Ian tercampak hampir 30 meter daripada Taqi yang terseret dengan motorsikal akibat rempuhan daripada geng mat rempit tersebut.

Taqi mengalami kecederaan pada tulang bahu kanannya, serta luka pada kaki kiri dan beberapa anggota badan yang lain sementara Ian cedera parah akibat hentakkan kuat itu. Dia patah kaki kanan, satu tulang rusuknya retak, pergelangan tangan kanannya turut tercedera selain kehilangan banyak darah. Ian koma hampir 4 hari. Ketika diberitahu tentang perkhabaran itu setelah 2 hari Ian koma oleh Taqi, aku hanya mampu menghambur tangisan mengiringi doa yang dititipkan buat Ian. Pertama kali rasanya aku berdepan situasi begini. Risau yang benar-benar risau! Apatah lagi, ketika itu kami hanya berusia 17 tahun. Baru beberapa minggu selesai menamatkan kertas SPM.

Justeru, pada hari keempat Ian terlantar koma itu, aku sedikit kaget apabila muncul nombor asing sebagai pemanggil di telefon bimbitku. Dengan debaran, aku kuatkan semangat untuk mengangkat panggilan itu. Secara jujurnya, aku dengan Ian tidak pernah bersua muka pun sepanjang tempoh perkenalan kami pada ketika ini. Lagipun perkenalan kami hanya berusia sebulan lebih. Aku masih belum kenal sangat pun dengan si pemilik nama Mohd Aakif Farhan ini, justeru itu terdetik juga di hati kecilku, mengapa sehingga begini aku risaukan dia.

Rupanya, satu-satunya abang yang Ian ada telah mengambil inisiatif untuk menelefon aku. Saja mahu berkenalan dengan gadis pertama yang mampu buatkan tembok perisai Ian untuk tidak melayan mana-mana perempuan ni musnah.

Ian tak pernah layan perempuan? Aku tak percaya pada mulanya, tetapi itulah yang diberitahu oleh Abang Iman Ferhad kepadaku.

Terlanjur dia menelefonku, segera aku bertanyakan pada dia tentang perkembangan Ian kepadanya.

Dan dia dengan bijaksananya minta aku bercakap sendiri dengan Ian yang masa tu masih terlantar koma. Dia kata orang yang koma ni boleh dengar kalau ada orang bercakap dengan dia. Lagi-lagi kalau orang yang dia sayang. Mana tahu ada miracle kan? Yang penting usaha. Abang Ehad minta aku bercakap, beri kata semangat pada Ian. Kata doktor, kecederaan Ian agak teruk. Emosi dia pun agak tak stabil, jadi mungkin ada bagi kesan yang tak baik pada keadaan dia sekarang ni. Pendek kata, dia perlukan moral support daripada orang-orang terdekat.

Aku masih menunduk. Menyembunyikan keadaan mataku yang mulai berkaca semula.

“Saya dengar apa yang awak cakap, Na’ie. Tapi saya seakan tak berdaya nak buka mata apatah lagi nak bangkit. Tapi, ayat terakhir awak tu...” Ian senyum segaris sambil tanggalkan spek hitam besar yang hampir menutupi kedua belah pipinya itu lalu diletakkan di atas compartmen kereta milik Taqi itu. Wajah Ian tanpa spek hitam besar itu...

Parut kesan kemalangan itu masih jelas di pipi kanannya. Parut akibat terkena serpihan cermin helmet yang dipakainya ketika itu. Saban malam, Ian tabah menyapu krim menghilangkan parut semata-mata nak hilangkan kesan parut kesan jahitan sepanjang 6 cm itu. Dia tidak selesa mahu keluar menjalani kehidupan sehariannya dengan parut panjang ala gangster besar itu.

Masih segar dikotak ingatanku, dulu Ian pernah diserang kemurungan dan trauma teruk akibat kemalangan yang dialaminya. Ditambah pula dengan kesan kecederaannya, dia jadi makin tertekan dan seakan hilang harapan untuk terus hidup. Mana tidaknya, Ian yang dahulu adalah seorang remaja lincah yang gemar melakukan aktiviti luar dan mencabar, kini terlantar tidak boleh bergerak bebas dan sewenang-wenangnya tanpa bantuan tongkat dan wheelchair. Pendek kata, dia tidak mampu menerima apa yang telah terjadi kepada dirinya. Dia menganggap kecederaannya tidak mampu dipulihkan sepenuhnya. Dia takut untuk memikirkan masa depannya dengan keadaan dia yang bakal tempang dan tidak sempurna seperti orang lain.

Puas juga aku memujuk hati dia, memberi dia kata-kata semangat untuk sembuh semula. Mendorong dia agar berfikiran positif dan kembali menjadi Ian yang optimistik seperti yang mula-mula aku kenali dahulu.Saban hari aku meluangkan masa menelefon dan bertanya khabar pada dia. Apatah lagi, Taqi sendiri selalu juga sms aku keadaan Ian yang enggan menjalani fisioterapi. Ian hanya berkurung sehari suntuk di dalam biliknya dan tidak mahu diganggu sesiapapun sambil dia buat mogok tidak mahu makan dan minum even ubat sekalipun tidak diambil peduli hanya kerana aku tidak sempat mahu meluangkan masa rentetan kesibukan dengan beberapa urusan penting disekolah.

Lamunanku sekali lagi dicantas oleh suara Ian.

I terima apa yang jadi pada I, even I patah riuk sana sini sebab semua ni adalah rahmat terbesar yang Allah beri pada I. Rahmat dalam kesakitan. Saat you terima I sebagai seorang yang istimewa even dalam keadaan rahsia begini. I tak kisah, as long as you ikhlas seperti mana I ikhlas dengan relationship kita ni. I tak perlukan satu dunia tahu siapa you pada I, cukup bila you tahu siapa you pada I dan siapa I pada you. You mungkin tak pasti lagi dengan perasaan you, tapi I nekad untuk tetap yakin dengan perasaan I pada you. I sayang you, ikhlas. You yang pertama bertahta di hati I, dan I harap sangat, you juga akan jadi yang terakhir.” Ian senyum lebar selepas itu.

Aku agak terkejut. Spontan aku mengangkat muka memandang dia dengan riak tak percaya. Muka jangan cakaplah betapa kebasnya. Rasa macam tebal berinci je ni.

“Na’ie...” satu suara menyapa sambil bahuku terasa ditepuk mesra.

Hilang terus senyuman Ian. Muncul pula wajah Wafia dengan dahi yang berkerut memandang aku.

Hampir aku terlupa ketika ini aku sedang berada di balkoni hadapan bilik Wafia, sedang menunggunya pulang dari bilik classmate kami. Terlalu leka menyelusuri jalan memori masa silam...

Terkocoh-kocoh aku membetulkan pashmina yang melilit ringkas kepalaku. Angin malam yang berpuput lembut berjaya membuat pashimaku senget benget tanpa aku sedari. Pipi yang terasa basah dengan air mata juga aku kesat laju.

“Wa, tolong bawa masuk barang-barang aku. Aku nak pergi ladies kejap,” aku berkata sambil menunduk, seketika terus sahaja aku mengatur langkah beredar menuju ke tandas yang terletak dihujung aras bilik Wafia.

Langkah kuatur menuju ke deretan sinki lengkap dengan cermin didalam tandas besar yang memuatkan hampir 10 buah bilik mandi dan tandas itu.

Tak sedar, jauh lamunanku melayang mengingati satu persatu memori antara aku dan Ian. Dan, kisah tadi itu hanyalah satu diantara yang lain. Kisah sewaktu Ian masih lagi membuat kelas persediaan sebelum berlepas ke luar negara.

Kepala pili aku pulas perlahan. Air sejuk yang menderu keluar aku tadah dengan kedua tapak tangan sebelum air sejuk itu di bawa ke wajah. Membasuh sisa air mata yang mencemari wajahku tadi.

Come on, Na’ie. Put aside all those things. Jangan biar emosi membunuh akal rasional kau,” aku berkata pada figura sendiri yang terbias dicermin. Cara aku memotivasikan diri sendiri.
Setelah berpuas hati dan berjaya menenangkan hati yang bukan kepalang gundahnya, aku melangkah perlahan menuju ke bilik Wafia semula. Assignment memang tak kenal erti sekejap. Masa terus berlalu, dan jika tidak diusahakan, kerja pastinya masih bertimbun menanti perhatianku. Tiada banyak masa yang tinggal untuk dibazirkan.

‘Maafkan saya, wahai Ian. Apalah nasib awak, memilih saya yang begini sebagai teman istimewa awak...? Berbaloikah?’hatiku bertanya sendiri.

Apa yang nyata, jawapannya bukan pada aku.

Pintu bilik Wafia aku ketuk 3 kali, disertai juga dengan ucapan salam.



********

Kisah Na’ie, part 1 dah saya settled. Kita sama-sama tunggu Kisah Ian, part 1 di publish-kan oleh co-writer rahsia Coretan Kehidupan nanti ye.Saya pun suspens jugak ni. Hihi, apapun wahai mr co-writer, good luck ya. Cepat awak siap taip, cepat juga kami baca.

Buat anda yang sudi singgah dan baca KONTRAK CINTA PJJ ni, THANKS!




















7 comments:

aishah muhd said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalam,sis. kalau letak pelakon utk cerita ni lagi best rsanya.awal2 dah best,mesti sambungannya pun best kan?saya x paksa sis buat cpat2,cuma cadangan ja. smile :)

aishah muhd said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

assalam,sis. kalau letak pelakon utk cerita ni lagi best rsanya.awal2 dah best,mesti sambungannya pun best kan?saya x paksa sis buat cpat2,cuma cadangan ja. smile :)

aishah muhd said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sori sis,tersilap komen dua kali.hehehe..ni dah jadi kali ketiga plak.ayoyo...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates
This comment has been removed by a blog administrator.
Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

wasalam:)

saya dah letak. boleh check photo album kat fb:) belum sempat kemaskini dalam blog. hehe, ampun!

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

mcm best je cite nie..name2 watak lam cite nie pon cm knl je..cite nie berdasarkn pengalaman sndri ke? :p

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

@Anonymous

hanya rekaan:)