My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

09 February 2013

KONTRAK CINTA PJJ -chapter 2 - by MR SWEETTALKER




Dari hati Ian

Aku menarik nafas perlahan. Ganggang telefon diletakkan kembali pada tempat sepatutnya.

Whats wrong with you, Ian?”sungguh, kadang-kala aku rasa tak faham dengan diri sendiri. 

Masuk kali ni, dah berapa belas kali aku angkat ganggang dengan niat nak buat phone call ke Tanah Melayu tapi tak jadi. Rindu berperang dengan ego, dan akhirnya ego menang tanpa bertanding.

Erm.

Aku sedang lancarkan mogok. Baru saja malam semalam konon kata nak merajuk 7 hari 7 malam, ni baru sekerat hari kedua dah mula jadi cacing kepanasan. Tangan pun rasa gatal nak menekan nombor telefon si dia yang disayang-sayangkan sangat tu.

Alahai Aakif Farhan.

Aakif Farhan yang sedang belajar memperbaiki diri. Aakif Farhan yang berazam untuk jadi lebih matang demi dia.

Dia, Nor Naila Aqira tu sukakan lelaki yang matang, berpandangan jauh, boleh memimpin keluarga, cool dan patuh pada agama. Tak hensem, tak pe. Tak kacak, tak kisah. Asalkan dia matang mendepani masalah. Rasional menangani emosi.

Matang, dan cool. Ciri yang aku sedar, jauh menyimpang daripada personaliti aku. Aku yang hanya fikir nak cari keseronokan dan menjalani hidup sebagai remaja yang penuh dengan benda-benda fun. Kerap terasa hati even berkenaan hal kecil. Maybe, sebab dah terbiasa dengan sikap parents aku terutamanya ayah yang selalu je turutkan walau apapun kehendak dan permintaan aku. Apa yang aku nak, aku akan dapat. Maklumlah, anak bongsu. Aku pun cuma dua beradik je. Aku sebagai si adik ni, memang manja. Keperluan aku masih diuruskan oleh mak aku walaupun aku dah besar panjang macam sekarang ni. Boleh dikatakan, aku masih tak mampu berdikari untuk uruskan hidup aku sendiri tanpa both my dearest parents.

And now, perempuan yang aku dah tersangkut hati ni, punyalah tegas dengan keputusan dia. Bila dia kata no, memang sampai bengkak mulut aku ni merayu pun haram nak dilayannya. Sampai ke sudahlah no juga keputusannya. Aku merajuk 3 hari 3 malam pun tak cair hati dia nak pujuk aku ke apa. Dia buat dek je, at last aku juga yang makin makan hati.

Lelaki yang suka merajuk ni, so not cool. Itu statement dia.

Dan aku?

Aku merajuk ni, semata-mata nakkan perhatian daripada dia. Nak bermanja-manja dengan dia. Nak merasa dia pujuk aku dengan ayat-ayat manis, kata-kata comel ke apa. Tapi...dia tetap sunyi sepi. Masih tetap buat tak reti je. Masih tetap dengan hati batu dia tu. Frust tertonggeng aku dibuatnya. Na’ie, you memang satu dalam sejuta. Sanggup ignore I macam tu je kan? Hurm.

Tangan naik menguak rambut yang sudah mulai panjang ke belakang.

Tubuh aku sandarkan lemah pada kerusi empuk di meja belajarku. Sambil itu bebola mata bergerak mencari skrin Macbook Pro masih setia dalam mood standby itu. Cuaca diluar semakin sejuk. Sejuknya terasa meresap ke tubuhku walau didalam bilik ini dilengkapi dengan heater sehingga membuatkan sekeping hatiku ‘beku’.

Jari kuangkat perlahan dan touch pad di usik lemah.

Sesaat, wajah si dia yang sedang jauh terpisah benua terpampang di skrin 15 inci itu. 

Senyuman si dia, renungan mata si dia...begitu mengusik jiwa aku.

Rindunya pada dia! Rindu yang makin menyesakkan dada.

Tanpa sedar bibirku sudah menguntum senyum. Gambar yang diset sebagai wallpaper ini adalah gambar curi sejujurnya. Selama ni, beria-ria aku minta si dia emailkan beberapa gambar untuk koleksi simpanan kesayangan aku. Manalah tahu boleh jadi pengubat rindu dikejauhan ni.

Namun, si dia yang memang keras hati tu, tetap mempertahankan prinsip dia, begitu tegar memberi bermacam alasan gara-gara tidak mahu menuruti permintaan aku. Tapi aku tak pernah rasa marah atau kecil hati di atas bermacam-macam alasannya itu kerana aku faham dan aku cukup yakin, itu adalah salah satu cara si dia nak pertahan dan jaga maruah dia sebagai seorang gadis sebaiknya. Dia ada hak untuk itu. Dan, aku sepatutnya rasa bersyukur, si dia yang berjaya mencuri perhatianku adalah seorang yang sempurna sebagai seorang muslimah. Dia gadis yang terbaik pernah aku kenali. Yang punya pelbagai pantang larang dalam meniti tempoh menyemai rasa sayang ni.

Namun sebab aku ni nakal dan degil, ditambah lagi dengan rasa rindu yang makin bercambah ni, datang pula idea yang agak jahat ni. Curi koleksi tagged photos dia dari akaun FB.
Sejak duduk jauh di negara orang ni, aku jadi rajin nak menghadap facebook dan twitter

Sehari, dapat 10 minit pun usha FB dia pun dah okey. Bukan apa, saja nak cuba nasib, mana tahu cinta hati aku tu pun online kan? So, boleh juga sembang dengan dia even hanya melalui tulisan di ruangan chat atau sekadar komen gambar. Bercakap pasal gambar,  kebanyakkan gambar-gambar si dia yang kini di dalam koleksi aku adalah daripada timeline facebook dia. Kawan-kawan dia tagging gambar dia, jadi aku pun curi peluang, download yang mana boleh. Nak harapkan dia upload koleksi peribadi dia sendiri then tag nama aku? Memang tak lah kan. Default picture dia pun guna gambar bunga calla lily sekuntum, dari mula dia buat akaun facebook sampailah saat ini. Tak pernah berganti. Suka sangat dia dengan bunga callalily tu.

Daripada gambar si dia pada skrin Macbook Pro, aku mengusap palm rest Macbook Pro tersebut pula. Macbook Pro ni juga ada  simpan kenangan tersendiri antara aku dan dia yang jauh di bumi Malaysia sana tu.

Mengenangkan itu, senyuman aku melebar ke telinga.

Gara-gara Na’ie lah aku merasa nak guna Macbook Pro ni. Mana tidaknya, HP EliteBook aku dah nazak gara-gara jatuh tersembab ke lantai. Seronok sangat bergelak tawa dan mengusik Nor Naila Aqira tu, tak pasal-pasal sampai terlupa notebook kat hujung kaki katil. Natijahnya, kaki tersepak notebook, macam soccerer nak buat penalty kick, mana tak selamat menyembah lantai dibuatnya?

To be honest, Macbook Pro yang harganya mencecah RM7000** ni, bukanlah kepunyaan aku asalnya. Aku, manalah mampu nak guna notebook yang mahal mak oii ni. Standard aku, dapat HP EliteBook pun dah tahap sebak terharu sebab ayah aku begitu baik hati nak taja benda alah tu. Macbook Pro ini pun kira belas ihsan daripada kakanda aku yang agak annoyed tapi still  layak digelar abang yang prihatin. Dia hadiahkan Macbook Pro ni FOC je pada aku. Sebagai hadiah pemangkin semangat aku bila jauh diperantauan nanti.Cayalah! Mr Lawywer aka Abang Ehad aku tu memang ohsem!

Tapi, jika diikutkan prinsip aku, harga dan jenama tak penting, walau Mr Lawyer tu hadiahkan aku notebook biasa-biasa pun, aku tetap kata dia ohsem. Yang penting fungsi notebook tu, bukan jenama dan harganya. Asalkan segala kerja assignment aku siap, dah kira bersyukur sangat dah. Nak berlagak cool dengan duit ihsan daripada mak bapak buat apa? Nak berlagak angkuh setakat hadiah FOC dari orang kenapa?

Haa sebelum aku melalut jauh,  mari cut off semua cerita tak penting ni.

Bercakap pasal belas ihsan daripada mak ayah dan abang, rasa rindu gila pula dengan mereka.

Kaki aku bawa melangkah merapati si katil empuk di sudut bilik aku. Badan aku rebahkan ke atas tilam. Mata yang...somehow, rasa...panas.

Ya Allah, kuatkan aku.

Hati memanjat doa dengan kedua mata yang kupejam rapat. Sebak.

Tangan kanan naik menekan hujung mata yang basah. Lemahnya seorang Aakif Farhan yang selalu tayang muka poyo dia tu sebab nak control macho dan bajet hot stuff. Aakif Farhan tetap manusia biasa.

Allah, Allah, Allah. Aku lemah tanpaMu, Aku resah tanpa hidayahMu, Aku rapuh tanpa lindunganMu.

Kelopak mata kubuka perlahan-lahan. Pandanganku kian kabur. Kabur dengan cecair yang entah dari mana datangnya.

Tangan kanan sekali lagi naik. Menggesel kedua belah kelopak mata. Mengusir cecair jernih sebelum ia jatuh beranak sungai ke pipi.

Kemudian, tangan dipanjangkan untuk menjangkau Android yang terdampar sepi di hujung katil. Hati masih kecewa dengan Na’ie. Namun, dalam kecewa  entah kenapa rasa rindu ni mengatasi segalanya.

Skrin Android yang masih gelap aku tatap tanpa agenda. Air mata yang cuba kutahan sejak tadi mengalir juga ke pipi. Herm. What a shame, Ian? What a loser, Ian?

Lantaklah korang nak kata aku apapun. Sanggup jatuhkan ego, menangis demi perempuan?
To be honest, aku tertekan dengan keadaan aku sekarang. Cukup tertekan dengan kehidupan aku sekarang ni.

Di sini, aku hanya ada diri aku sendiri saja. Aku tak boleh sembarangan nak percaya orang kat sini. Aku tak cukup kenal mereka macammana aku kenal Taqi. Aku tak tahu hati budi mereka macammana aku kenal hati budi Na’ie.

Sedih? Aku kena simpan kedukaan itu sendiri.

Gembira? Aku kena simpan kebahagiaan tu sendiri juga. Takkanlah nak cerita kat pokok bunga ros kat luar rumah sana tu? Nanti orang suspek aku ada sakit mental ke apa pulak.

Then, through thick and thin, I need to face it alone. All by my ownself.

Tiada Ayah nak comfort-kan hati aku bila aku rasa down.

Tiada Mak nak jaga aku, 24/7.

Tiada Abang Ehad, nak buli aku dan bebel kat aku for good.

Tiada Taqi untuk jadi penasihat tak bergaji merangkap tukang dengar segala macam masalah aku.

Dan...

Tiada juga Na’ie, sumber semangat dan inspirasi aku.

Kekunci Android aku buka dengan sekali sentuhan. Jari lincah mencari fail di dalam kad memori.

Subfolder dengan nama ‘I.N with LOVE’ aku buka.

Satu persatu gambar di dalam subfolder itu muncul pada skrin Android.

Gambar- gambar sewaktu di KLIA. Sebelum aku berlepas ke sini. Pertama kalinya Na’ie datang specially untuk aku for real. Kejutan daripada Taqi, benar-benar buat aku tergamam dan terkaku kat tengah-tengah KLIA tu. Entah ayat apa yang Taqi bagi pada Na’ie sampai cinta hati aku tu berani muncul di tempat dan masa yang aku yakin dia tahu, family aku turut ada sekali.

Masa tu, officially, aku kenalkan siapa Na’ie pada ayah dan mak for the first time. Alhamdulillah, lega hati aku bila mak dengan ayah terima salam kenal Na’ie dengan baik. Mak, siap tarik Na’ie bawa dalam pelukkan dia lagi. Cewah, mak aku ni macam over loving sangat ni kenapa? Takkan terus berkenan pada Na’ie yang nampak ayu je dengan jubah abaya bersulamnya itu?

Sebelum ni, ayah saja pernah bercakap dengan Na’ie di telefon, mak langsung tak pernah. Kes ayah sampai call Na’ie itupun, sebab Abang Ehad bocorkan rahsia pasal kejadian yang kononnya menjadi penyebab Ian bangkit dari koma. Ayah memang ada cakap pada aku minta aku bawa Na’ie datang jumpa mereka semua bila ada masa lapang nanti. Saja nak bersua muka, beramah mesra katanya. Apa yang pelik, mak pun sporting habis dengan cadangan ayah. Siap kata dia nak berkenalan lagi dengan Na’ie. Aku punyalah beria cuak. Kot lah mak ada niat tersembunyi nak kejar aku guna hanger baju ke kan? Maklumlah, berbanding ayah, mak aku lagi garang kut? Dan mak paling pantang kalau anak-anak dia bercintan cintun masa study.

Tapi mak dengan Na’ie? Hoyehh, takkanlah kes Na’ie ni dapat pengecualian khas daripada ‘kerajaan mak dengan ayah’? Kalau betul, gila heaven! Syukur! Haha.

Tapi, sebelum ni, memang tak berkesempatan nak bawa Na’ie jumpa family aku, terutama sekali parents aku. Tahu jelah Na’ie tu macam mana. Letih aku pujuk dia, tapi dia menolak secara baik dengan pelbagai alasan. Kurang manislah, rasa tak selesalah, lain kalilah. Hurm, Na’ie...biasalah. Kalau oren katanya, oren jugalah. Tak adanya nak bertukar jadi kaler biru apatah lagi pink!

Satu persatu gambar-gambar itu aku teliti.

Gambar Na’ie sedang bersalaman dengan mak aku ni antara gambar favorite aku. Somehow, aku rasa dia nampak sweet sangat dengan muka blushing habis tu masa sambut salam sambil cium tangan mak aku. Agaknya, bila dia salam aku masa majlis akad nikah kami nanti, macam nilah gayanya kan? Oh, how sweet....

Aku. Dia. Akad nikah. Wow, tinggi melangit betul angan yang aku bina ni. Mengenangkan aku yang sedang melancarkan rajuk dengan dia ketika ini, satu keluhan tercetus juga daripada ulas bibir aku.

Next photo adalah gambar curik yang semestinya angkara Taqi. Puas aku sorok-sorok, nampak juga dek mata Taqi yang tak berapa nak besar tu. Maklumlah, Taqi ni agak chinese look, so mata dia pun ala-ala sepet jugalah. Aku je kata sepet, tapi awek-awek Uni dulu semua kata itu smiley eyes.  

Nak tahu apa yang aku beria sangat nak sorok-sorokkan daripada pandangan umum tu?

Here it is.



Masa tu, entah macam mana aku boleh tergerak hati nak hand over cincin yang dah setahun duduk kat jari kelinking kanan aku ni pada Na’ie. Mungkin juga sebab kedatangan mengejut dia, jadi masa tu aku memang tak boleh prepare apa-apa hadiah perpisahan untuk dia on the spot. Jadi, pada dia Nor Naila Aqira kesayangan aku ni, aku titipkan pesan. Pada Nor Naila Aqira juga aku ceritakan kisah ringkas disebalik handmade silver ring yang aku beli masa bercuti dengan Taqi kat Thailand tahun sebelumnya. Setiap ukiran membawa maksud jalinan hati, walau ke mana sekalipun ianya bersimpang siur, membelit dan melentur, di akhirnya, pasti bertemu kesudahannya. Pendek kata, if it’s really meant to be, it'll find its own way. Tak kisahlah betapa sukarnya dan rumitnya perjalanan serta ujian yang perlu ditempuh.

Kalau nak diikutkan, cincin tu memanglah bukan cincin mahal pun. Aku cakap pada Na’ie, cincin ni jual tepi jalan je, tapi kisah di sebaliknya yang membuatkan aku tertarik hati untuk memiliki. Simbolik sebuah kehidupan. Sebuah kisah hidup.

Na’ie mulanya menolak pemberian aku. Seperti biasa, dia suakan bermacam alasan pada aku. Dan aku rasa aku dah makin kalis dengan alasan-alasan lapuk dia tu. Jadi aku pun dengan bijaksananya ugut dia.

“Sama ada you ambik cincin ni, or jangan terkejut kalau esok atau lusa you bakal jadi tunangan I. Or I’m supposed to go more forward to become your hus...”Belum sempat aku habis cakap, Na’ie terus ‘sebat’ bahu aku guna handbag dia yang besar gedabak tu. Phew. Kijut abe (terkejut abang) tahu. Nasib tak termelatah ke apa.

Tanpa sedar, aku tersenyum sendiri bila terkenangkan insiden itu. Riak muka Na’ie benar-benar mencuit hati lelaki aku. Once again, muka Na’ie jadi pinkish. Entah marah, entahkan menahan rasa segan.

Na’ie akhirnya terima cincin tersebut untuk diserahkan ke dalam jagaannya.

“Lepas ni, I’m always will be by your side. Twenty four- seven.”Aku kenyit mata. Mengusik Na’ie yang buat-buat sibuk membelek corak ukuran pada cincin tersebut.

Glad to hear that,” Na’ie buat rolled eyes. Gila comel kut face expression dia masa tu. Rasa nak peluk dia ketat-ketat, tak nak lepas sampai bila-bila!

Aku ketawa perlahan mengenangkan niat jahat aku masa tu. Sia-sia je merasa penampar bekembar. Satu daripada mak, satu lagi semestinya daripada si tuan empunya badan yang jadi mangsa niat jahat aku tu.

“Na’ie, may I ask you something?”

“Erm, sure.” Na’ie pandang muka aku sekejap sebelum dia kalih pandang ke tempat lain.
“Cuba sarung cincin tu kat jari you. Jari ni,” Aku tunjukkan jari manis kanan sebagai isyarat kepada dia.

Na’ie tayang muka blurr dia dengan permintaan aku.

Please?” Pintaku sepatah dengan muka penuh berharap.

As your wish. But, if I could ask...for what reason ya?” soal Na’ie. Mulut sibuk bertanya, mata dan fokus pula pada cincin yang sedang disorong ke jari manisnya.

Dan...cincin tu ternyata...

“Alhamdulillah, it suit you well as I see.” Aku senyum lagi. Orang tua-tua kata, kalau jari kelingking kita sama saiz dengan jari manis si dia, itu maknanya ada jodoh. Entah betul atau tidak, aku sendiri tak pasti kerana yang pasti jodoh pertemuan, ajal maut semua itu dibawah bidang kuasa Tuhan. Kita tak mampu meramal, apatah lagi menyusun atur dan menghalang perkara yang namanya jodoh ni.

Na’ie ku lihat beria-ria cuba nak tanggalkan cincin tu tapi gagal.

Aku angkat kening, double jerk.

See, cincin tu pun tak rela nak tinggalkan jari manis awak tu macam mana I tak rela nak berjauhan dengan you, tapi apakan daya...I’ve no choice. So, biar sajalah dia stay still kat situ ya.” Aku tahan senyum melihat Na’ie yang masih tak sudah berusaha nak tanggalkan cincin  tu.
Na’ie, how can you make me loving you this much? Somehow, head over heels...suffer so badly just for missing you...?

TukK TuKK!!

Dek kerana terkejut dengan bunyi ketukan tersebut, habis Android yang aku genggam terlepas lalu terhempas betul-betul atas muka aku.

Adess. Bad luck betul. Sudahlah jatuh ditimpa tangga, terkena pula selut lumpur.

“Tu diaaaaaa!!! Amboiiiii!! Hang dah tau lambat, hang pi layan jiwang sorang-sorang atas katil ni pasai pa? Aku ingat hang dah pi turun tunggu aku kat living room sana, rupanya duk berperap kat sini lagi? Aduilaa hang ni, Yan!” suara roomate aku yang mai dari kedah ni serta merta buat aku duduk tegak 90 darjah kat atas katil.

“Ya ALLAH, sorry la Haq, aku lupa!”Aku tepuk dahi.

“Hang tu sejak pagi tadi ada ja benda yang hang lupa. Jangan lepas ni hang lupa sapa nama hang dah la. Masak aku nak jawab kat pejabat ambassy. Dah, cepat kita gerak la ni jugak. Sat gi tertinggal tren semua tu, mampuih.” Dia masih membebel.

Aku senyum sambil bangkit dari katil.

“Hang jangan nak duk sengih gatai macam tu kat aku. Aku bukan gay, hang tau dak?” Dia yang bersandar pada bingkai pintu bilik aku ketawa sejurus lepas tu.

“What so ever, lah Pak Mat oi. Jomlah,” Aku tepuk bahu dia. Abdul Rahmat ni memang garang sikit, tapi setakat ni, aku rasa aku cuma boleh ngam dengan dia ni je. Somehow, dia ni tahu banyak benda kut. Masak terror. Kemas rumah handal. Cuci mencuci ni pun, cayalah!

Tapi awas, Abdul Rahmat ni buat jenis lelaki ‘aauww’ tu okay. Dia ni straight. Maskulin. Lelaki sejati, tapi hebat sebab boleh handle semua kerja-kerja yang sinonim dengan perempuan.

“Ha, tu pasai pa pulak tu? Hang melamun awek nun jauh kat KL sana tu, biaq la lepas kita pi settle hal kita kat pejabat ambassy dulu...” Suara Mat yang menegur aku tu buat aku sedar rupanya aku dah mengelamun tanpa sedar.

Pintu rumah dan pagar kami kunci kemas.

“Siapa kata aku mengelamun ingatkan awek.” Aku dan Mat beriringan di lorong pejalan kaki.

“Hang jangan nak ‘kencing’ aku Yan. Aku tau dengan hanya tengok mata hang ja tau.” Mat masih tak mahu mengaku kalah.

“Eh, Mat! Apa kata balik nanti kita pergi cari barang-barang masak untuk dinner malam ni?” aku tukar topik.

“Barang-barang nak masak pa? Yang semalam hang pi borong tu kalau kita guna makan untuk seminggu pun belum tentu habis hang tau dak?” Mat tak setuju.

“Alah...aku tiba-tiba teringin nak makan roti canai dengan kuah dhal. Kau masak malam ni boleh, Mat?” Aku peluk bahu Mat yang tinggi 2-3 inci lebih daripada aku ni.

“Gila. Hang ingat aku ni apa? Mamak mapley ka?” Mat berhenti melangkah. Dia memandang aku sambil bercekak pinggang.

“Dok aihh. Mamak mana ada handsome macam hang,” Aku tepuk-tepuk bahu dia.

“Banyaklah hang. Ni puji ada makna lah ni. Ceh, mapley pun mapley lah. Tengoklah lagu mana nanti. Aku takut roti canai aku langsung tak rupa roti canai. Sat gi hang makan terus admitted ward sebab foof poisoning. Masa tu hang jangan nak melalak sana sini pi salahkan aku..” Mat berkata panjang lebar.

Aku mengangkat thumbs up pada dia. Isyarat faham dengan terma dan syarat-syarat dia tu.
Tak dapat cari pasal dan mengusik Taqi, Mat pun bolehlah buat pengubat rindu. Kepala Mat ni pun boleh tahan gila-gila juga. Siapa tahu, kami boleh terus bekerjasama seterusnya menjadi sahabat baik sepanjang tempoh kami di sini?



__________
1. Pertama kali cuba bakat menulis. Pertama kali dpt peluang dan kepercayaan drpd cik empunya blog. Thanks Arin Arida utk duet-writing ni.

2. FYI, sy ditugaskan utk sambung cerita bg pihak Aakif Farhan manakala cik Arin Arida hanya akan sambung bagi pihak Nor Naila Aqira. Ini bermakna, setiap chapter akan berselang seli dengan kisah dari pihak Ian dan Na'ie.

3. Mana-mana salah silap, sorry in advance. Nanti sy perbetulkan.


4. Teruskan menyokong CK:)

6 comments:

hk said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

ai suker.. satu percubaan yang menariks...

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bestnya nak lagi ye

iman said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

sgt2 best smpai rasa terpanggil nk komen..n3 pnjg puas baca hope lps ni writer slalu update yea :)

aishah muhd said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

best...mula2 saya baca entry ni saya ingat ni part naila tu sbb nangis bagai orgnya.rupa2 nya part ian.btw yg upload part ian ni lelaki ka perempuan?ni novel kan? pa pa pun mmg best lah... x sabaq nak baca sambungan dia

Arin Arida said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Thanks pd yg sudi singgah baca:)

1. DOakanlah usaha sama kami ni (sy Arin, dan juga Mr SweetTalker) berjalan lancar:)

2. Utk makluman, kisah ini akan jadi novel. macam biasa, akan ada update every chapter secara bergilir2 oleh saya dan Mr SweetTalker.

3. Dan...sebab sy guna Mr pada nama samaran si penulis bersama ni, jadi obviously, penulis misteri e-novel kali ni adalah lelaki:)

4. Ada sebab kenapa co-writer kali ni adalah lelaki. Mungkin lelaki lebih faham isi hati seorang lelaki(watak dalam cerita) jadi, plot nampak makin real ke kan?


salam sayang semua. Thanks sekali lagi 4 ur support [love and hugs]

ONE MOMENT IN TIME said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

a brilliant idea...his writing is good!!