My Precious Buddies:)

Daisypath

Daisypath Coretan Kehidupan_ck

"U may hurt me with a truth but don't satisfy me with a lie"


Dah baca? Jom komen sikit?^^

Latest Karya

Latest Karya

12 February 2013

Love Make Me Smile 27



Love 27

SEHARIAN berhempas pulas mengerah tenaga melayan para tetamu yang hadir memenuhi jemputan untuk memeriahkan lagi perjalanan majlis resepsi di pihak perempuan ini. Sejak awal pagi lagi dia melihat ibu mertuanya, Puan Hayati tidak menang tangan menguruskan pelbagai hal berkaitan majlis kenduri walimahnya ini. Tetamu jemputan yang hadir, mencecah 3000 orang. Dahsyat!

Maklumlah, isterinya anak sulong...perempuan pula tu. Habis satu kampung datang memeriahkan majlis. Tak cukup dengan itu, kampung sebelah menyebelah pun mak mertuanya jemput sekali. Kalau nak diikutkan, memang happening habis walaupun majlis diadakan di kampung, tanpa artis jemputan dan juga orang-orang kenamaan yang hadir. 

Di sini, budaya bergotong-royong dan muafakat amat jelas kelihatan. Orang-orang kampung rajin membantu keluarga tuan rumah menguruskan perjalanan majlis agar lancar, sesuatu yang agak payah nak dilihat dikawasan bandar seperti di tempat tinggalnya. Masing-masing sibuk dengan hal sendiri, jadi bila ada yang mahu mengadakan kenduri-kendara, elok buat sahaja di dewan yang ditempah khas. Mana yang berkemampuan boleh upah terus perancang majlis. Sediakan duit saja, dan semua hal akan berjalan seperti yang tuan rumah mahukan tanpa perlu bersusah payah.

Ammar Adwan menghela nafas perlahan. Berbeza cara hidup dia dan Nasha Athierah. Dan...dia mulai teruja untuk menyelami keseronokan membesar di sini. Jiran tetangga semuanya ramah-tamah belaka. Ketika dia mahu menuju ke arah kamar yang bakal dikongsi bersama dengan Nasha Athierah, kedapatan beberapa orang wanita hampir sebaya ibunya sedang mengemas dihadapan ruangan pelamin. Sempat juga dia membalas ikhlas senyuman mesra yang dihulur oleh makcik-makcik itu.

Ruangan tamu pula lengang saja tanpa kelibat sesiapun. Ke mana agaknya semua orang ni? Namun, demi mendengarkan suara riuh rendah dari arah ruangan dapur dia tahu saudara mara yang lain pasti sedang ‘berkampung’ di sana.

Pintu kamar pengantin kembali dirapatkan oleh Ammar Adwan selepas dia memboloskan diri ke dalam.

Kaki di atur lemah menuju ke birai katil yang kemas dibaluti cadar satin dengan hiasan kain chiffon ala-ala langsir dibahagian bawah katil. Jambangan bunga plastik yang diletakkan di tengah katil dialih ke tepi bagi memudahkan dia merebahkan badan dengan selesa. Badannya yang letih dan lesu mahu direhatkan barang seketika.

Bilik pengantin masih sesak dengan timbunan hadiah daripada sahabat handai dan saudara mara Nasha Athierah.  Macam-macam bentuk dan saiz!

Seketika, matanya singgah pada sepersalinan kebaya moden dengan kain chiffon dan renda berwarna coklat keemasan yang sudah selamat tergantung kemas di depan pintu almari di hujung sudut kamar.

Si isteri pasti sudah menukar baju resepsi mereka tadi dengan baju lain yang lebih ringan dan selesa. Patutpun, ketika dia sedang sibuk melayan sembang dengan beberapa jiran terdekat keluarga si isteri tadi, kelibat si isteri tiba-tiba saja hilang daripada pandangan matanya.

Ammar Adwan mengambil peluang untuk melelapkan mata barang seketika sementara menunggu asar. Walaupun tidur pada waktu begini ni tak baik, tetapi badannya benar-benar letih. Mata pun dah tak larat nak dibuka. Lalu, dilayankan saja rasa letih yang kini sudah bergabung dengan rasa kantuk.



NASHA ATHIERAH melangkah menghampiri biliknya. Rambut yang masih lembap dilindungi dengan tuala mandinya memandangkan masih terdapat beberapa orang sepupu lelakinya yang masih berada di dalam rumah bersama saudara mara yang lain.

“Atie, kamu tahu Wan ke mana?” soal Tok Mi yang sedang duduk melepaskan lelah bersama-sama dengan yang lain di ruang tamu.

“Err, tadi masa Atie masuk rumah, dia masih dekat luar, bersembang dengan orang kampung kat bawah kanopi. Kenapa Tok Mi?” Nasha Athierah yang sudah lengkap berseluar track-suit dan berbaju tee ringkas bergerak menghampiri ruang tamu.

“Tidaklah, daripada tadi Tok cari dia ni, tapi langsung tak nampak bayang. Ni, keluarga Pakcik Busu dah nak bertolak balik. Saja, Pak cik Busu kamu ni nak jumpa dengan dia sebelum berangkat...lepas ni, dah tak tahulah bila lagi boleh jumpanya kalau dia dah balik ke Brunei sana tu...” Tok Mi menerangkan.
Sedang Nasha Athierah mengaru kepalanya yang masih berbungkus dengan tuala, Nora Afieqah pula muncul dari luar.

“Ha Pikah, ni kamu ada nampak abang ipar kamu pergi ke mana?” Soal Tok Mi sambil menahan Nora Afieqah daripada berlalu pergi.

“Abang Ad kata nak masuk mandi tadi. Nak bersiap untuk solat Asar katanya. Akak tak terserempak dia kat bilik tadi? Sebab tak lama akak masuk rumah tadi, Abang Ad ada follow.” Nora Afieqah berkerut dahi. Biar benar kakak dia ni? Takkan Abang Ad sebesar tu pun boleh tak perasan.

“Eh, sebelum akak pergi mandi tadi mana ada akak nampak dia kat dalam rumah ni?” Nasha Athierah mempertahankan diri.

“Abang Ad ada dalam bilik tak? Akak dah check?” soal Nora Afieqah.

Haa. Nasha Athierah tepuk dahinya sekali. Aduilah. Apasal tak terfikir tadi?

“Kejap, Atie check.” Nasha Athierah terus berlalu menuju ke kamarnya. Pintu bilik dirapatkan.

Sebaik pandangannya ditala ke dalam ruangan bilik, ternyata telahan adiknya benar. Ammar Adwan tenang saja dengan lenanya di atas katil. Masih dengan baju melayu moden untuk majlis resepsi tadi. Samping songketnya saja entah ke mana sudah tercampaknya.

Setelah menyidai tuala lembap tadi pada rak khas berhampiran tingkap bilik, perlahan-lahan, langkah kakinya di bawa merapati katil.

‘Isy, comelnya dia tidur.’ Tanpa sedar, Nasha Athierah sudah duduk bersimpuh disisi Ammar Adwan sambil bertongkat dagu memerhatikan si suami. Senyuman mudah saja terukir menghiasi bibirnya.

Satu persatu kenangan bersama lelaki bernama Ammar Adwan ini berulang tayang dimindanya. Bermula dengan Ammar Adwan yang suka bersikap dingin dengannya, perlahan-lahan berubah menjadi Ammar Adwan yang suka marah-marah dan mencari silap dan kelemahan seorang Nasha Athierah. Namun semua tu tak lama bila Ammar Adwan berubah pula menjadi Ammar Adwan yang selalu sarkastik padanya. Namun, apa yang anehnya dalam layanan Ammar Adwan yang buruk padanya, Nasha Athierah tetap rasa Ammar Adwan itu lelaki yang budiman. Tak tahulah roh apa yang dah merasuk dia, tapi ada satu deria yang tak sudah menyakinkan dia tentang hal yang satu ini. Dalam sarkastiknya seorang Ammar Adwan, somehow, sepasang mata redup milik lelaki itu begitu menggetarkan jiwanya.

Tanpa sedar jemari tangan kanannya menjalar lembut pada dada kiri Ammar Adwan yang beralun tenang mengikut rentak nafasnya.

Buat seketika, Nasha Athierah seakan terlupa akan tujuan asal dia masuk ke bilik tadi adalah untuk mencari kelibat si suaminya untuk Tok Mi.

Wajah tenang Ammar Adwan yang masih pulas dengan lena di tenung lama. Lama membisu tanpa melepaskan matanya daripada memandang raut wajah si suami, timbul pula satu keinginan lain dalam hati Nasha Athierah. Jemari kiri yang masih merah dengan inai naik mengusap manja pipi bersih si suami.

Daripada pipi, matanya singgah pula pada ulas bibir si suami. Cantik bibir merah muda milik Ammar Adwan ni, hatinya merumuskan tanpa sedar. Bibir cantik yang sangat nakal sejak semalam lagi. Suka sangat nak landing kat pipi dan dahi dia. Itu baru dahi dengan pipi, kalau dia landing port lain, memang confirm ada yang pengsan 3 hari 3 malam nanti.

Nasha Athierah masih dengan senyumannya.

“Macam tak percaya kita dah jadi suami isteri...”perlahan suara Nasha Athierah kedengaran. Semua yang berlaku terasa seperti mimpi. Mimpi indah yang dulu hanya angan-angan dongeng dia. Tak sangka Allah betul-betul beri dia peluang menjadi suri untuk lelaki bernama Ammar Adwan.

Nasha Athierah perlahan-lahan merapatkan wajahnya dengan dahi si suami. Tanpa berlengah, satu kucupan kasih penuh kesyukuran diberikan ke dahi si suami. Tangan kiri naik mengusap rambut si suami, sementara tangan kanan masih damai di dada si suami sedari tadi.

Lelaki yang dia cinta dalam diam dahulu, kini sudah bergelar suaminya. Suami yang sah menjadi pemilik dia, dunia akhirat. Jadi, mulai saat ini dia akan mula belajar untuk membahagiakan suaminya.

Daripada dahi, kecupannya hinggap pula ke pipi kanan Ammar Adwan. Lembut dan mesra, seakan mahu menyatakan, betapa dia bersyukur dengan jodoh yang ditentukan-Nya.

Haruman si suami entah mengapa mula membuatkan hati Nasha Athierah berubah rentak. Seperti mana yang diperkatakannya semalam, bau ‘garang’ yang dimiliki si suami dahulu telah berubah menjadi bau ‘seram’ yang tak henti membuatkan hatinya berdebar tanpa rentak yang sekata sejak semalam.

Ammar Adwan yang sudah terjaga sejak tadi mula rasa lain macam gara-gara sentuhan si isteri yang dirasakannya benar-benar menggoda hati lelakinya. Bunyi pintu yang dirapatkan oleh Nasha Athierah tadi sudah mengganggu lenanya, namun sengaja dipaksa matanya untuk tetap terkatup rapat. Berniat mahu melayan kantuknya barang seketika lagi tambahan pula matanya terasa berat untuk dibuka. Namun, menyedari si isteri yang begitu berani melabuhkan duduk hampir dengan tubuhnya di atas katil membuatkan kantuknya hilang serta merta.

Namun, sentuhan lembut si isteri pada dada kirinya membuatkan nafasnya yang cuba ditahan-tahan agar Nasha Athierah percaya dia masih lena diulit mimpi tadi, hampir sahaja berhenti terus.

Dia perlu bertenang. Dia teringin nak tahu apakah tindakan selanjutnya yang ingin dilakukan isterinya itu secara curi-curi begini padanya.

Demi merasakan sentuhan hangat bibir si isteri yang melekap lembut pada dahinya, Ammar Adwan sedar jantungnya mulai berdegup laju.  Dan, apabila bibir si isteri singgah pula pada pipi kanannya, dia tahu dia tak mungkin betah berdiam diri dan berpura-pura lena begini lagi. Tambahan pula aroma krim mandian dan syampu milik Nasha Athierah, menambahkan lagi perisa rasa gelora di hatinya.

Ammar Adwan membuka kelopak matanya. Wajah si isteri terasa begitu hampir dengannya. Bibirnya mengukir senyuman lebar. Senyum lebar dan nakal lagi gatal melihatkan mata Nasha Athierah yang membulat merenungnya tanpa berkelip. Terkejut barangkali apabila dia secara tiba-tiba saja membuka mata tadi.

“Ermm...sayanggg...”sedikit serak suara Ammar Adwan menyapa Nasha Athierah yang masih terkaku tak berganjak daripada posisi ‘curik-curik cium’ –nya tadi. Meleret saja suara Ammar Adwan sambil tangannya bergerak mencapai tangan kanan Nasha Athierah yang masih di atas dada kirinya. Sebelah lagi tangannya bergerak untuk melingkari pinggang si isteri lalu tubuh Nasha Athierah dibawa rapat ke tubuhnya.

“Aaaa....errr...” hanya itu yang mampu diluahkan Nasha Athierah. Alamak! Dah lah TERkantoi! Sekarang ni...kena ‘kunci’ pula ke?

“Sayang....”senyuman Ammar Adwan makin meleret demi melihat kekalutan isterinya.

“Haa....” macam tak terkeluar suara Nasha Athierah ketika ini. Tadi punyalah berani mati pergi curi-curi cium anak teruna orang, sekarang...habis menggeletar sakan dah kenapa?

“Nasha Athierah Binti Ahmad Nasirrrr....” makin meleret manja suara Ammar Adwan menyapa gegendang telinga Nasha Athierah.

“Ke..kena...pa?” tersekat-sekat suara Nasha Athierah apabila Ammar Adwan meletakkan kepalanya yang bersandar pada lengan suaminya tadi ke atas tilam. Ammar Adwan sudah bertukar posisi dengan mengiring rapat ke sisi tubuhnya. Tangan lelaki itu kemas merangkul pinggang dan bahunya.

Kebisuan Ammar Adwan meresahkan Nasha Athierah. Mana tidaknya, mulut yang biasanya digunakan oleh lelaki itu untuk bercakap dan mengusiknya, kini sudah mula buat ‘part time’ job, menerokai aroma rambutnya yang panjang menutupi bahu.

Aiyarrkk!

Nasha Athierah pejam rapat kedua belah matanya apabila terasa jemari Ammar Adwan yang mula menyebak rambutnya yang panjang mengurai itu agar menjauhi lehernya.

“Kenapa muka pucat ni?” separuh berbisik suara Ammar Adwan pada Nasha Athierah. Hangat deru nafasnya jelas terasa pada kulit leher Nasha Athierah.

Nasha Athierah gelisah dalam resah.

“Air kat rumah mak ni sejuk sangat ke? Herm?” soal Ammar Adwan. Sekadar cuba meneka, randomly. Sengaja Ammar Adwan wujudkan satu isu kerana mahu Nasha Athierah berbual dengannya. Tidak mahu suasana terlalu serius begini. Mungkin juga dengan berbual, ianya dapat membantu Nasha Athierah lebih rileks.

Nasha Athierah menggeleng perlahan sebagai jawapan kepada tekaan Ammar Adwan tadi.

“Atau...sayang ni takut dengan abang sebenarnya? Herm?” Ammar Adwan sengaja berbisik hampir dengan cuping telinga si isteri.

Nasha Athierah tak mampu nak menggeleng kali ini. Dia benar-benar hilang daya untuk bergerak walau sepicing pun. Kesudahannya dia hanya menggigit bibir bawahnya perlahan. Cuba mengusir debar yang makin menggila.

“Kenapa curi-curi kiss abang tadi? Kan dah halal pun, kenapa nak buat curi-curi?” soal Ammar Adwan sambil mengusap lembut rambut Nasha Athierah yang cantik mengurai.

“Kalau sayang buat berdepan, abang tak marahlah...suka lagi ada...” Ammar Adwan sudah masuk mood nak tunjukkan ke-nakal-an-nya. Kawasan dibawah cuping telinga Nasha Athierah pula menjadi tempat persinggahan bibirnya.

Haruman Nasha Athierah membuatkan jiwanya melayang ke alam penuh fantasi.

Nasha Athierah diam kaku apabila bibir Ammar Adwan makin galak menerokai lehernya.

Aaaaa! Cepat cari idea Nasha Athierah! Korang tak boleh hanyut ni. Asar tunggu masa je lagi ni...lagipun....

Nasha Athierah gigih mengerah otaknya agar memikirkan jalan keluar yang terbaik ketika ini.

Aha! Gotcha!

“Aw..eh, Abb...bbang,” hampir terbelit lidah Nasha Athierah.

“Erm...” suara Ammar Adwan hampir tidak kedengaran.

“Atie lupa, ta..tadi..”

Gulp. Kata-kata Nasha Athierah mati apabila bibirnya terasa dihalang untuk meneruskan kata. Sentuhan hangat bibir Ammar Adwan yang dipujinya cantik tadi pada ulas bibirnya membuatkan Nasha Athierah hilang rentak nafas. Hilang perkataan yang sudah disusun elok didalam sistem otaknya tadi.

‘Ammar Adwan...di..dia...dia...errr...’

“Abb..bb...bang...” bersusah payah Nasha Athierah ‘melepaskan diri’ daripada Ammar Adwan. Dia benar-benar perlu bertindak sekarang. Mereka tidak boleh hanyut sehingga membelakangkan perintah agama. Dia perlu patuh dan tunduk pada kehendak dan permintaan suaminya, namun perintah dan kehendak Allah tetap perkara utama.

“Erm...?” hanya itu yang keluar daripada ulas bibir Ammar Adwan yang sememangnya sudah hilang fokus pada apa yang mahu diperkatakan oleh Nasha Athierah. Pelukan pada tubuh si isteri semakin diperkemaskan.

Nasha Athierah kalut melihatkan gaya Ammar Adwan yang seakan mahu membuat ‘serangan hendap’ pada dia, justeru itu segera kedua belah tangannya naik menekup mata si suami.

“Abang, chopp!!” turun naik nafas Nasha Athierah dibuatnya.

“Sayang, kenapa tutup mata abang ni...” seakan merengek pula suara bos garang si Ammar Adwan.

Nasha Athierah terdiam seketika. A’ah-lah. Kenapa aku tutup mata dia? Kan sepatutnya aku tekup mulut dia sebab yang nak buat ‘serangan hendap’ tu bukan mata tapi bibir cantik dia nilah!

Alahai Nasha Athierah! Hatinya menyumpah sendiri. Hailaaa....hailaaa!

“Tadi Tok Mi panggil. Pak cik Busu nak jumpa abang sebelum dia sekeluarga berangkat balik ke Brunei kejap lagi...”tangannya pada mata Ammar Adwan masih tidak dialihkan walaupun si suami beria berusaha mahu merungkaikan tekupan tangannya.

“Ha?” terbias nada kecewa pada suara Ammar Adwan. Tok Mi cari dia? Jadi sebab tu ke Nasha Athierah masuk ke kamar tadi?

You hear me,” Nasha Athierah menjawab ringkas.

“Kenapa tak cakap awal-awal? Kenapa pergi buat ‘serangan hendap’ masa Abang tengah tidur tadi?  Abang ingat Atie memang sengaja nak...goda Abang ke apa tadi...”sempat pula Ammar Adwan tertawa kecil.

“Dahlah...lepaskan tangan ni. Sakit mata Abang...” Ammar Adwan bersuara lembut seakan memujuk rayu Nasha Athierah untuk melepaskan tekupan pada matanya.

Nasha Athierah akur. Perlahan-lahan tangannya dikalihkan.

Muka Nasha Athierah serta merta merona merah jambu dengan tuduhan cuba buat ‘serangan hendap’ oleh Ammar Adwan tadi. Gila apa nak main goda-goda ni? Eiiii!

“Sebenarnya, Atie masuk tadi nak beritahu Abang pasal benda ni. Tapi Abang tidurlah pula masa tu,”Nasha Athierah menjawab perlahan. Tangannya cuba menahan tubuh Ammar Adwan supaya ada jarak yang memisahkan tubuh mereka.

“Nak beritahu hal ni, kenapa tak kejut je Abang? Kenapa mesti nak guna cara paling menggoda tu untuk buat Abang bangun, erm?” Ammar Adwan menyoal sambil jungkit sebelah keningnya. Saja dia mengusik, sebenarnya nak sembunyikan rasa segan kerana dah ter-over react dengan ‘serangan hendap’ Nasha Athierah tadi.

“Errr...” Nasha Athierah sengih serba salah.

Bunyi ketukan pada pintu membuatkan keduanya tersentak daripada mood manja-manja itu.

“Err, Atie pergi buka pintu. Cepatlah Abang,” Nasha Athierah sudah melompat turun daripada katil.

“Nasha Athierah Binti Ahmad Nasir, freeze.” Perlahan suara Ammar Adwan, namun tetap jelas berbaur aura tegas.

Terus saja Nasha Athierah beku di tengah ruangan bilik. Hanya kaku menunggu bicara lanjut Ammar Adwan. Mahu berpaling, dia tidak berani.

Derap langkah Ammar Adwan menghampiri dia. Nasha Athierah menundukkan wajahnya, berselindung disebalik juraian rambutnya yang beralun lembut.

“Sayang,” Terus hilang ‘Atie’ dan permanently digantikan dengan ‘sayang’. Lebih sweet rasanya even sangat klise.

Rambut Nasha Athierah dibawa kebelakang bahu si isteri, menyerlahkan kulit leher gadis itu.

“Aaa.”Ammar Adwan terkebil-kebil menampung rasa serba salah.

Better you put on your hijab kalau nak keluar daripada bilik ni,” Perlahan suara Ammar Adwan berbisik.

Nasha Athierah angkat muka dan tayang riak blurr pada Ammar Adwan. Pak cik Busu adalah abang ayahnya yang jelas adalah wali pernikahannya. Lagi pula anak-anak Pak cik Busu semuanya perempuan. Mahram kut.

“Ni...” Ammar Adwan yang mula mengerti riak muka si isteri segera menjelaskan. Tahu benar sikap naif si isteri yang kadang kala tidak kena tempatnya.

Makin berkerut dahi Nasha Athierah apabila Ammar Adwan mengisyaratkan lehernya. Bukan sepatutnya tudung nak cover rambut, leher dan dada sekali ke?

Come,” Nasha Athierah makin pelik bila Ammar Adwan menarik dia dekat dengan cermin meja solek.

“Ni...sorry, tak perasan...” rendah nada suara Ammar Adwan. Tak sangka perbuatannya tadi meninggalkan kesan . Aiyaa.

“Aaaa...” okay, get it. Nasha Athierah serta merta speechless dengan muka membahang merah. Tak pasal-pasal insiden mendebarkan tadi terimbas kembali dalam kotak mindanya.

Gugup Nasha Athierah merapati almari pakaiannya. Sehelai tudung ber-awning segera disarung.

“Jom, kesian Pak cik Busu tunggu lama kat luar,” Nasha Athierah gigih bajet cool depan ahli keluarga yang lain. Persis tiada apa yang berlaku antara dia dan Ammar Adwan.

Ammar Adwan pula terpacak didepan cermin meja solek. Rambutnya yang agak kusut dan berselerak segera dikemaskan dengan hujung jari. Setelah puas hati dengan keadaan penampilannya, langkahnya dibawa keluar bilik.

“Ai Abang Wan, apa muka baru bangun tidur ni?” Amir Adwa yang baru muncul dari arah dapur sempat berbisik perlahan ketika mereka bertembung sewaktu Ammar Adwan mahu merapatkan kembali kamar pengantin.

“TER-tidur lah. Erina mana?” soal Ammar Adwan sambil mengurut belakang tengkuknya. Segera kelibat anak kesayangannya itu dicari.

“Papa!” Erina muncul dari arah dapur sambil ceria berlari-lari anak ke arahnya.

“Ish, sayang papa ni dari mana?” Ammar Adwan terus mengangkat Erina Casandra ke dalam dukungannya.

“Mintak milo dengan Pak su. Tapi Auntie cantik yang buatkan milo Nana,” ceria saja suara si kecil itu.

“Sedap tak?” duga Ammar Adwan sambil berjalan mengikuti langkah adiknya Amir Adwa di hadapannya menuju ke ruang tamu.

“Ada ummpp! Bak kata Pak su,” Erina membalas soalan Ammar Adwan, siap dengan mimik mukanya lagi. Comel betul!

Ammar Adwan tertawa kecil dengan gelagat comel anak saudaranya ini.

“Papa...” Erina mengalihkan tangannya yang sedari tadi erat memeluk leher Ammar Adwan yang sedang mendukungnya.

“Papa hensem pakai baju ni tadi. Tengok ni,” Erina mengunjukkan skrin samsung galaxy S milik Amir Adwa kepadanya.

“Nana buat apa dengan phone Pak su ni? Cepat pulangkan kat dia, nanti dia marah...”terkejut Ammar Adwan, bila masa pula Erina Casandra boleh simpan smartphone adiknya tu? Karang terhempas ke apa, barulah ada orang nak melalak meraung ke apa?

“Ni...tengoklah, Nana capture gambar papa lah. Papa Nana handsome...” Erina Casandra masih berusaha membuatkan Ammar Adwan memandang pada skrin smartphone tersebut.

“Mana?” Ammar Adwan segera mencapai smartphone tersebut daripada pegangan si kecil. Risau jika apa-apa jadi pada handphone adiknya itu.

Berkerut dahi Ammar Adwan menatap gambar yang dimaksudkan Erina Casandra tadi. Gambar yang pastinya sewaktu majlis persandingan tadi. Ni sewakti upacara potong kek.

“Ohh, pandai anak papa capture gambar ye,” Ammar Adwan mencuri peluang mengucup pipi si kecil, penuh kasih sayang.

Mulanya, Ammar Adwan agak ragu jika benar gambar ini di rakam oleh Erina Casandra sendiri demi melihatkan keadaan gambar tersebut. Budak sekecil Erina Casandra, mana mungkin mampu capture gambar tanpa shaking dengan resolusi kamera pada smartphone si Amir Adwa ni...Namun angle gambar itu diambil membuatkan keraguan Ammar Adwan lesap. Angle serendah ini, mana mungkin Amir Adwa mahu berbaring merebahkan badannya di atas tanah sana semata-mata mahu merakamkan gambarnya dalam angle itu.

 Erina Casandra sememang dilahirkan dengan bakat seorang photographer agaknya? Maklumlah, abangnya iaitu ayah kandung Erina Casandra juga punyai bakat dalam bidang photography ni. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan?

“Wan,” suara Pak cik Busu membuatkan Ammar Adwan semakin melajukan langkahnya menuju ke beranda hadapan rumah.

“Saya, Pak cik Busu. Maaflah lama menunggu,” Ammar Adwan menghulur salam penuh sopan pada ayah saudara isterinya yang kini bermastautin di Brunei atas urusan kerja.

“Takpe, Pak cik Busu faham benar...” sempat Pak cik Busu mengenyitkan sebelah matanya, mengusik si pasangan pengantin baru.

Ammar Adwan hanya mampu tersenyum melihatkan usikan nakal yang disambut gelak tawa mesra saudara mara yang lain. Naik merah juga agaknya mukanya ketika ini.



Amran Adli duduk tegak di meja kerjanya. Fokus pada kerja-kerja mencetak gambar-gambar daripada memori kameranya ke atas glossy paper. Gambar-gambar si kecil Erina Casandra kesayangannya.

Seketika, matanya merenung lama satu persatu gambar-gambar Erina Casandra yang digantung cantik pada dinding studionya itu.

“Fiya, maafkan abang, sayang. Betapa terkilannya hati abang, abang tiada sewaktu Fiya benar-benar perlukan abang. Abang tak ada di sisi Fiya sepanjang tempoh Fiya mengandungkan anak kita, dan masa baby lahirpun abang tak ada temankan Fiya. Abang berdosa kerana membiarkan hidup Fiya menderita...Abang berdosa kerana mengabaikan keluarga abang. Abang suami yang tak berguna, even isteri abang mengandungkan anak abang pun abang tak tahu. Abang dah susahkan Wan, ibu dengan Am selama ni. Abang janji, abang akan cari masa yang sesuai untuk abang munculkan diri. Abang teringin sangat nak peluk dan cium anak kita, Fiya...” Amran Adli meluahkan rasa pada kepingan gambar-gambar kaku di atas meja kerjanya.



Sudah beberapa hari dia meneruskan aktiviti rutinnya, mengintip pergerakan si comel Erina Casandra di nursery seperti biasa, namun kelibat si kecil tidak pula kelihatan. Malah tiada juga kelibat Ammar Adwan dan juga Amir Adwa menghantar dan mengambil si kecil daripada nursery tersebut seperti selalunya.

“Sayang ayah ni tak sihat ke? Lama betul cuti sekolah...”Amran Adli memohon jauh di dasar hatinya agar ALLAH melindungi satu-satunya permata hati, kenangan dan hadiah yang ditinggalkan oleh arwah isterinya.
Isnin depan, dia akan kembali mengintip pergerakan si kecil. Jika si kecil itu masih tidak hadir ke sekolah juga, dia nekad mahu bertemu dengan pihak pengurusan dan pentadbir taman asuhan tersebut untuk mendapatkan khabar berita seterusnya merisik alamat tempat tinggal si kecil itu.



_________________
1. Thanks sebab masih setia menanti:)

2. Maybe klise, tapi harapnya masih mampu menghiburkan:)


10 comments:

ani man said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

so sweet la dia org ni.nak lg,lg n lg....terbaik la writter.good job:-)

Aida Sherry said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

lama dah tunggu n3 ni......

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

oh...lama nyer n3 u menyepi dek.. tq ngan n3 nih cepat2 tempek lg yer dek.best sngt cerite depa nih,dh sah segala gala nyer.......heeheee

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best....nk lgi...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Best....nk lgi...

Anonymous said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

bes lar. lagi2.. nak lagi writter.. hehehe

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Lamanya tapi puas hati tq.

Nayna H. said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

hi cik penulis, belum ada sambungan lg ke? peace!!

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

Bila nk ada sambungan cerita ni....lamanya saya tunggu...ke dah ada versi cetak.

Unknown said... Best Blogger Tips[Reply to comment]Best Blogger Templates

X dak smbungan?